You are on page 1of 58

1

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Karangan Berpandu


2009 Hak Cipta Terpelihara

kcloo

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Perhatikan gambar rajah di atas. Beri pendapat anda tentang gambar rajah tersebut. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada tiap-tiap tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita. Antara faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong. Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya. Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati keindahan alam. Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong. Para pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat bangunan canggih iaitu bangunan KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah. Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, pelbagai jenis makanan terdapat di sini. Pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum India seperti tosei dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina. Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita. Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam sektor pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negaranegara lain untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah dari setahun ke setahun. Faktor terakhir yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia ialah terdapatnya kemudahan membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong. Dengan wujudnya kemudahan ini, mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini menggalakkan pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita. Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju kerana disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan-santun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara kita.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui. Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.

Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat di antara satu dengan lain. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa. Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersamasama tanpa sebarang masalah. Justeru, tugas yang berat menjadi mudah laksana hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat. Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah citacita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Kebaikan Berjoging

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Contoh aktiviti yang meliputi hobi masa lapang termasuklah berjoging, bermain badminton, bola sepak dan memancing ikan. Aktiviti berjoging banyak mendatangkan pelbagai. Oleh hal yang demikian, apakah faedah-faedah mengenai hobi berjoging? Salah satu faedahnya ialah kitadapat menyihatkan badan. Kita dapat mengeluarkan peluh semasa berjoging. Hasil kajian yang sahih lagi tepat yang dikeluar oleh Kementerian Kesihatan, pada tahun 2008 telah menunjukkan bahawa kesihatan orang yang sentiasa bersukan lebih baik daripada orang yang tidak bersukan. Dengan ini, orang yang tidak bersukan lebih senang diserang penyaikit. Oleh sebab itu, badan sihat, otak cerdas. Kenapa tidak? Aktiviti tersebut juga dapat mencerdaskan fikiran kita. Oleh sebab itu, kita dapat mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah dengan otak yang cerdas. Selain itu, aktiviti tersebut dapat menguruskan badan. Lebih baik kita berjoging untuk menguruskan badan berbanding dengan makan pil-pil pelangsing badan. Pil tersebut mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang tidak baik terhadap badan kita. Seterusnya, aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan. Pada era globalisasi ini, banyak orang hanya sibuk bekerja sahaja sehingga tidak menpunyai sebarang masa lapang. Hal ini terjadi demikian kerana manusia hanya mementingkan kejayaan sahaja. Aktiviti berjoging sangat berfaedah kepada pekerja-pekerja. Oleh sebab tekanan yang tinggi sering kali dihadapi oleh pekerja, mereka bolehlah pergi berjoging di taman berdekatan tunuk mengurangkan tekanan. Kita tidak dapat menyiap kerja dengan sempurna sekiranya menghadapi tekanan yang tinggi. Dalam keadaan yang tiada tekanan, barulah kita dapat menyiapkan kerja dengan cepat dan sempurna. Dengan ini, memang tidak dapat boleh dinafikanbahawa aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan. Di samping itu, remaja dapat menggunakan masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu emas. Oleh sebab ibu bapa sibuk bekerja, remaja yang berada di rumah berseorangan akan berasa bosan. Tidak hairanlah sekiranya mereka akan keluar unuk mencari kawan untuk mengurangkan perasaan bosan. Mereka akan pergi melepak di pusat-pusat beli-belah ataupun pusat hiburan. Hal ini pasti membazirkan wang dan masa. Kontradiksinya, aktiviti berjoging merupakan aktiviti yang berfaedah. Remaja boleh mengajak rakan sebaya untuk pergi berjoging bersama-sama. Keadaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan perasaan bosan remaja di rumah malah dapat mengunakan masa lapang dengan berfaedah. Sebagai kesimpulan, kekayaan yang hilang boleh diperoleh semula dengan usaha yang bersungguh-sungguh, namun kesihatan yang hilang dapat diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik?,

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Ingatlah bahawa masa yang hilang akan terus hilang dan tidak akan kembali kepada kita buat selamalamanya. Oleh sebab itu, janganlah kita membazirkan masa. Gunakan masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti berjoging yang mendatangkan pelbagai faedah. ***

FAEDAH MENABUNG SEJAK KECIL Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik, kita seyogianya memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang, kita dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya. Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Dalam marcapada, menabungkan wang dikatakan dapat mendisiplinkan diri kita. kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Apabila menabung, prinsip sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Wang tabungan ini dapat mengekang diri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros. Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam bagai lebah mengumpulkan madu demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna. Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti menabung. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa hadapan. Mereka akan menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana asal ditugal, adalah benih.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Di samping menabung, kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangan dunia perbankan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. Daripada perspektif ekonomi, kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan negara daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak seberapa yang kita laburkan dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali gus menstabilkan ekonomi negara. Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya. ****

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu ini mestilah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Hal ini penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikukum. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat. Cara-cara berikut mestila kita ketahui demi menjadikan sekolah sebagai tempat anakanak belajar yang selamat dan selesa. Pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat dielakkan daripada merebak ke bangunan yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah di Malaysia mengalami nasib yang sama, yakni alat kawalan kebakaran seperti pili bomba dan alat kawalan kebakaran berbentuk semburan tidak dapat berfungsi dengan normal kerana rosak atau hilang. Sebenarnya, alat kawalan kebakaran yang rosak dan yang telah dicuri mestilah digantikan yang baharu. Pihak sekolah juga haruslah mendidik murid cara-cara menggunakan alat tersebut pada waktu kecemasan. Dengan ini, sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat. Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga haruslah melukis pelan kecemasan yang dapat digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini demikian kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa, latihan kebakaran haruslah dijalankan juga. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Cara ini pasti dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan dalam kalangan wara sekolah. Di samping itu, keselamatan pelajar di pintu sekolah juga mestilah dijaga dengan rapi. Setiap pintu sekolah mestilah dijaga oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Pondok sekuriti mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti kes culik dan kes ragut dapat diatasi sekali gus menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki pintu sekolah mahupun semasa balik ke rumah. Ibu bapa juga pasti berasa puas hati dengan tahap keselamatan sekolah. Tahap kebimbangan ibu bapa dan keyakinan ibu bapa yang tinggi ini dapat meningkatkan imej sekolah secara tidak langsung. Sementara itu, keselamatan di jalan-jalan berdekatan dengan kawasan sekolah juga harus ditingkatkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Perhatian harus diberikan oleh pihak kerajaan tempatan dengan menyediakan lampu isyarat di jalan-jalan yang menjadi lintasan pelajar. Penyediaan lintasan zebra juga merupakan langkah penting supaya murid-murid dapat melintas jalan ke sekolah dengan selamat. Kawalan trafik oleh pihak pengawal keselamatan sekolah juga amat penting selain memasang papan tanda isyarat Kurangkan Kelajuan, Kawasan Sekolah. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada para pemandu supaya mengurangkan kelajuan di kawasan sekolah. Apabila langkah di atas dapat diambil, murid-murid akan berasa selamat dan kes kemalangan di kawasan sekolah dapat dikurangkan. Kesimpulannya, keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak. Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keselamatan anak-anak ke sekolah dan sepanjang berada di sekolah. Para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa haruslah memastilah anak-anak selamat masuk ke sekolah sebelum beredar ke pejabat. Kempen Sekolah Selamat haruslah diuar-uarkan supaya keselamatan anak-anak dapat dijamin. Saya berharap sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat dan kondusif.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Punca Fenomena Jerebu

Fenomena cuaca berjerebu merupakan duri dalam daging kepada pihak kerajaan dan rakyat. Fenomena ini seolah-olah tertaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda negara. Realitinya, keadaan negara yang berjerebu ini amat membahayakan kesihatan rakyat. Punca utama fenomena jerebu melanda negara ialah pembebasan asap daripada kenderaan. Hal ini demikian kerana bilangan kenderaan yang semakin meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Kenderaan seperti lori, trelar, bas dan banyak lagi mengeluarkan asap karbon monoksida sehingga mencemarkan udara. Selain itu, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka juga menyebabkan keadaan jerebu terjadi-jadi. Oleh sebab sampah sarap dibakar sesuka hati, sikap masyarakat dikatakan bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Natijahnya, kanak-kanak diserang sesak nafas dan penyakit asma. Pembakaran asap kotor dari kilang juga dikenal pasti sebagai punca fenomena jerebu berlaku. Situasi ini bertambah buruk terutamanya di kawasan perindustrian kerana pihak pengilang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Hujan asid dan penyakit kulit pasti menyerang kita. Sementara itu, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu meningkat sehingga menyebabkan jerebu berlaku. Hal ini demikian kerana fenomena pemanasan global. Oleh itu, sudah sampai masanya kita menyelamatkan bumi. Selain faktor cuaca, kegiatan penebangan hutan yang berlaku dengan leluasa juga menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Pembalak di kawasan hutan membuka hutan dengan jalan mudah ini. Mereka bersikap tidak bertangungjawab sehingga menyebabkan negara-negara jika terpaksa menerima padahnya. Di samping itu, pembebasan debu daripada letupan gunung berapi juga menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Gunung-gunung yang masih aktif di negara Indonesia tamsilnya mengeluarkan asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan meletus. Hal ini menyebabkan jarak penglihatan terbatas dan penerbangan tergendala.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

10

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam soal penjagaan alam sekitar. Kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Oleh itu, kita harus memikirkan setiap perbuatan yang melibatkan pembakaran supaya dapat mengelakkan fenomena jerebu. ****

Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya. Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen Jom Main Permainan Tradisional dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang. Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

11

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa sambil menyelam, minum air. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat. Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam rumah dan kampung pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah. Ayuh kita main congkak! **** Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang peranan masyarakat membantu golongan warga tua menjalani kehidupan seharian. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

12

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Kebajikan warga tua sentiasa menjadi isu yang hangat diperbualkan oleh ahli masyarakat. Hal inidemikian kerana masyarakat madani di negara kita tidak pernah diajar menjadi seperti kacang lupakan kulitnya. Oleh hal yang demikian, warga tua yang berkeluarga mahupun tidak berpunya apaapa lagi menjadi permata hati pelbagai pihak termasuk kerajaan badan bukan kerajaan. Hari warga tua kala ini menjadi lebih bererti apabila pelbagai pihak dalam masyarakat hari ini sanggup memainkan peranan penting untuk membantu warga tua menjalani kehidupan haria yang lebih bermakna sementara menanti panggilan Ilahi. Pihak kerajaan Malaysia sentiasa meletakkan warga tua di tahap yang tinggi acap kali belanjawan negara dibentangkan di Parlimen. Perdana Menteri, merangkap portfolio Menteri Kewangan telah membentangkan peruntukan yang "bahagia" sekali gus memberikan keceriaan kepada golongan tua. Elaun sara hidup warga emas telah dipertingkatkan seiring kenaikan harga barangan keperluan. Pengumuman ini membawa seribu harapan dan jutaan ukiran senyuman di bibir warga tua. Oleh sebab itu, warga tua dapat melangsungkan sisa-sisa hidup dengan lebih bermakna dan gembira. Badan Bukan Kerajaan di Malaysia juga mempamerkan kesungguhan mereka untuk menghulurkan bantuan dan sokongan hidup kepada warga emas. Hal ini demikian kerana warga tua memerlukan perhatian daripada setiap pihak. Oleh hal yang demikian, badan kebajikan "Tzu Chi" umpamanya membuka lebih seratus buah klinik kebajikan dengan harapan warga tua dapat membuat pemeriksaan doktor secara percuma dan mendapat rawatan serta nasihat doktor yang bertauliah yang memegang pada prinsip "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali". Hal ini dapat mengelakkan dan menurunkan tahap obesiti dan masalah kesihatan lain yang kian menyerang warga tua akibat pengabaian aspek kesihatan. Ahli masyarakat sentiasa digalakkan supaya menghormati dan mentaati warga tua yang lebih berpengalaman dalam aspek kehidupan. Yang boleh kita lakukan ialah menggembirakan hati dan membahagiakan hidup mereka. Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak supaya membantu datuk dan nenek mereka yang tidak bertenaga, terutamanya ke tandas atau sewaktu berjalan-jalan. Apabila luangan masa berkualiti dikongsi bersama warga tua, kebahagiaan hidup berkeluarga dapat dicapai sekali gus merealisasikan slogan "rumahku syurgaku jua". Dengan berbuat begitu, masyarakat yang penyayang dan prihatin dapat dilahirkan. Akhirulkalam, setiap daripada kita berpeluang melalui hidup pada usia lanjut. Mahukah kita melihat warga tua hidup merempat di lorong-lorong kemiskinan? Oleh hal yang demikian, pendidikan mengapresiasi warga tua haruslah dimulakan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan semangat ingin membantu dan meringankan beban kehidupan warga emas, setiap daripada kita mampu mengubah kehidupan mereka daripada duka menjadi suka. Sebagai penutup bicara, ingatlah bahawa hari ini hari mereka, esok hari kita.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

13

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

14

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Sejak 1990-an lagi, Malaysia sudah pun berjaya menganjurkan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kejayaan ini diteruskan sekali demi sekali sehingga kini. Tahun 2007 sekali lagi dikenali sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan slogan "Malaysia Truly Asia" Keaslian Malaysia sebagai negara Asia yang termaktub dalam lagu tema kempen ini sekali gus membuka mata dan minda seantero dunia. Walau bagaimanapun, banyak pihak berpendapat bahawa langkah yang diambil untuk memajukan industri pelancongan sebelum ini belum sampai tahap berprestij dan kurang efektif. Oleh hal yang demikian, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai lengan. Kempen dan usaha mempromosikan Malaysia di persada dunia merupakan rencah utama yang dapat meningkatkan imej negara Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini. Hal ini demikian kerana promosi dan kempen dapat mempercepat langkah kerajaan menguar-uarkan aktiviti Tahun melawat Malaysia ke seluruh pelosok jagatraya. Melalui media massa dan jerayawara (aktiviti "road show"), saya yakin Malaysia dapat menarik perhatian pendarmawisata dari segenap sudut dunia. Hal ini memang mirip dengan lirik lagu "Malaysia Asia Sebenar" yang dimainkan di corong-corong radio. Justifikasinya, saya yakin bahawa kempen Tahun Melawat Malaysia akan sukses. Mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab, sistem pengangkutan yang efisien di sesebuah negara memainkan peranan penting untuk menjana perkembangan industri pelancongan. Malaysia yang masih kekurangan dari segi kemudahan pengangkutan yang sistematik perlu ukur baju di badan sendiri sekali gus membuat anjakan paradigma dalam soal pengangkutan awam. Rungutan dan luahan ketidakpuasan hati pelancong mestilah diambil kira. Oleh sebab itu, kerajaan mestilah menyusun strategi pembangunan dengan menyediakan kemudahan pengangkutan bertaraf lima bintang sebagai pemangkin usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi persinggahan pelancong dari seluruh dunia yang mendambakan keunikan alam semula jadinya. Malaysia sememangnya nusa bertuah kerana iklimnya yang panas dan lembap sepanjang tahun. Kehidupan flora dan fauna yang terpulihara menjadikan Malaysia kaya dengan destinasi ekopelancongan utama dunia. Penaiktarafan kawasan pelancongan di seluruh negara dengan chalet, hotel dan kemudahan penginapan lain dapat memberi bonus kepada Malaysia untuk menjadi destinasi pilihan pelancong. Aspek kebersihan di kawasan pelancongan janganlah dipandang enteng kerana industri pelancongan menyediakan pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk tempatan. Oleh itu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Malaysia pasti boleh!

Kesimpulannya, Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam usaha memperkembangkan industri pelancongannya. Yang paling penting, rakyat dan kerajaan perlulah mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pelancong. Saya berharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah yang sesuai seperti dinyatakan di atas untuk merealisasikan aspirasi negara untuk mencapai pembangunan dalam bidang pelancongan yang bertaraf dunia. Sebenarnya, genggam bara api, biarlah sampai jadi abu. Kita mestilah berusaha sehingga nama Malaysia tersohor di seluruh dunia.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

15

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat catatan di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan semangat kejiranan tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN Mewujudkan masyarakat bersatu padu Melahirkan masyarakat yang prihatin Mengakrabkan hubungan sesama jiran

Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu atau mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik ibarat cubit paha kiri paha kanan pun terasa amat sukar ditemui. Sesungguhnya, banyak kepentingan yang diperoleh jika kita mengutamakan hubungan yang erat sesama jiran atau mengamalkan semangat kejiranan. Salah satu kepentingan semangat kejiranan ialah kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas, Hari Gawai dan Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang dialami mereka dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim. Selain itu, hubungan antara kaum dan agama juga dapat dieratkan. Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat antara satu dengan lain. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa. Tegasnya, semangat kejiranan akan melahirkan rasa prihatin dalam kalangan masyarakat.

Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotongroyong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab seperti aur dengan tebing, sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersama-sama tanpa sebarang masalah. Oleh itu, tugas yang berat menjadi mudah laksana hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat. Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan, maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang sebagaimana dihasratkan dalam matlamat Wawasan 2020.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

16

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

17 RANGKA JAWAPAN CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Pendahuluan Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara.

Isi/fakta Melawat pusat-pusat kebudayaan (IU) Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. (HS1) Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. (HS2) Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. (HS3) - Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. (HS4) - Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya. (CTH) Mengembara (IU) Sama ada ke luar bandar atau hutan. (HS1) Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. (HS2) Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. (CTH) Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Iilahi. (HS3) Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang. (HS4) Melawat pusat-pusat membeli-belah (IU) Pada musim perayaan atau hujung minggu. (HS1) Ekonomi negara meningkat. (HS2) Membeli barangan buatan tempatan. (HS3) Menyahut seruan kerajaaan. (HS4) Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. (CTH) Penutup Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia. (CDG) Merealisasikan harat murni kerajaan. (HP)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

18 Contoh Jawapan

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Malaysia satu-satunya negara yang kaya dengan pelbagai hari percutian kerana kepelbagaian kaum. Rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan untuk mengisi masa percutian ini dengan pelbagai cara kerana percutian bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim atau hubungan kekeluargaan, malah dapat menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi . Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia patut mengisi masa cuti bak kata peribahasa , jauh perjalanan, luas pengalaman. Salah satu bentuk percutian yang digalakkan adalah percutian kebudayaan. Rakyat seharusnya mengisi masa cuti dengan melawat ke pusat-pusat kebudayaan. Hal ini demikian kerana dapat memudahkan rakyat negara ini mengetahui budaya kaum lain yang unik dan menarik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, dan sebagainya mampu menjaga keharmonian dalam negara tanpa melakukan rusuhan kaum. Setiap etnik ini mempunyai budayanya yang tersendiri sekali gus mempamerkan identiti sebenarnya sesuatu kaum. Fenomena ini dapat dilihat dari aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan sebagainya. Misalnya, pada musim perayaaan atau mengadakan rumah terbuka, etnik yang berbilang bangsa akan saling menziarahi antara satu sama lain. Selain itu, rakyat Malaysia juga, boleh mengisi masa cuti dengan mengembara ke pelbagai destinasi alam semula jadi yang terdapat di Negara kita.Rakyat harus mengambil kesempatan meneroka khazanah alam semula jadi seperti meyusur Sungai Pahang ke Taman Negara , Pahang, mendaki Gunung Kinabalu atau lain-lain destinasi alam semula jadi yang jarang dikunjungi. Hal ini dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan sekali gus memupuk sifat cinta akan alam semula jadi. Contohnya Pulau Langkawi masih lagi mempunyai keindahan alam sekitar yang belum dinodai oleh pembangunan negara yang begitu pesat. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara agar generasi akan datang dapat menikmati kurniaan Ilahi ini. Aktiviti mengembara ini mendedahkan kehidupan di kawasan hutan yang benar-benar menguji tahap kesabaran seseorang. Di samping itu, pusat-pusat beli-belah juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk mengisi masa cuti yang banyak. Hal ini demikian kerana pada cuti musim perayaan atau cuti hujung minggu amat sesuai untuk pergi membeli-belah. Peribahasa Melayu ada menyatakan, sambil menyelam minum air amat relevan dalam hal ini. Hal ini demikian kerana dengan berbelanja di pelbagai kompleks beli-belah bertaraf antarabangsa, secara tidak langsung, ekonomi negara akan meningkat . Tambahan pula, rakyat akan membeli barangan buatan Malaysia dan menyahut seruan kerajaan Belilah Barangan Buatan Malaysia.. Antara pusat beli-belah yang sering dikunjungi ialah pusat penjualan batik, kedai cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. Sesungguhnya, rakyat Malaysia harus mengisi masa cuti dengan pelbagai cara kerana amalan percutian selaras dengan matlamat kerajaan membentuk keluarga bahagia menggenapi usaha Rumahku, Syurgaku. Dengan itu, marilah kita bersam-sama merealisasikan hasrat murni ini ke arah Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Oleh itu, rakyat Malaysia diseru melancong dalam negeri sendiri yang begitu banyak dan menarik. ( 299 patah perkataan)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

19

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memajukan ICT di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.

RANGKA JAWAPAN Pendahuluan - maksud ICT (AR) - ICT telah mula berkembang di Negara kita(HS1) - ICT kita standing negara lain(CTH) - pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan memajukan ICT(HS2) Isi / Fakta 2.1- memajukan ICT melalui Koridor Raya Multimedia (MSC)(IU) - projek yang mampu memacu ekonomi Negara (HS1) - mendorong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan(HS2) - menyediakan syarikat ICT di Malaysia bertaraf dunia(CTH) 2.2-Usaha membudayakan ICT kepada masyarakat(IU) - menjelang 2020 pengguna internet menjangkau 2614 juta orang(CTH) - pertambahan dan perkembangan penggunaan internet purata 77.25%(CTH) - usaha celik ICT berjaya(HS1) 2.3-memajukan ICT dalam bidang Pendidikan(IU) - tema Hari Guru berkait ICT(HS1) - 4500 sekolah ada makmal komputer dan 99 ribu unit computer(CTH)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

20 - berkongsi maklumat melalui sidang video(HS2) - dapat memperkasa bidang Pendidikan(HS3)

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

2.4-usaha Majlis IT Negara dalam pembabitan institusi peringkat global(IU) - menjalankan 5 agenda tersendiri(HS1) - menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Teras Strategik (HS2) - menggerakkan sector awam dan swasta libatkan 30 projek(CTH) - negara akan dianggap maju dalam teknologi maklumat(HS3) 2.5-melebarluaskan ICT dengan penyediaan infrastruktur dan utility(IU) - usaha ini berdasarkan Dasar Telekomunikasi Kerajaan 1994-2020(HS1) - kerjasama sektor swasta dan kerajaan(HS2) - kerajaan sentiasa mengkaji dan menilai keberkesanannya(HS2) Kesimpulan - rakyat tidak harus lepaskan peluang menyambut ICT - pentingnya semua pihak bekerjasama bersedia dalam cabaran ICT

Contoh Jawapan Secara ringkas ICT bermaksud maklumat dan teknologi yang disampaikan dari sumber kepada penerima melalui saluran teknologi. Darsawarsa ini, kemajuan ICT atau Industri Teknologi Komunikasi dan Maklumat sudah Negara kita kita sudah boleh dikatakan maju dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Banyak usaha telah dilakukan dalam memajukan ICT negara kita. Kemajuan penggunaan ICT dalam kalangan penduduk negara ini diwujudkan melalui Koridor Raya Multimedia (MSC) iaitu suatu projek raksasa kerajaan Malaysia untuk memajukan sektor teknologi maklumat. Penubuhan Koridor Raya Multimedia ibarat enjin yang dapat memacu Malaysia ke arah pencapaian negara maju menjelang 2020 dan menyediakan ICT bertaraf dunia yang komprehensif. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan yang mendorong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. MSC ternyata menjadi pemangkin kepada kepada syarikat ICT di Malaysia berdaya saing supaya dapat berkembang sebagai syarikat bertaraf dunia. Negara berusaha Meluaskan ICT kepada seluruh masyarakat misalnya kemudahan komputer di Malaysia adalah lebih 65% terutama ditempat kerja dan perumahan. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tahun 2001, sehingga akhir tahun 2020 dianggarkan pengguna internet di negara ini menjangkau 2614 juta orang. Selain itu statistik dari suruhanjaya juga menunjukkan perkembangan dan pertambahan penggunaan internet di Malaysia dari tahun 1995-2002 sentiasa meningkat dari tahun ke tahun iaitu sebanyak 77.25% jika dihitung secara kadar purata pertumbuhan. Ternyata usaha kita menjadikan masyarakat kita celik ICT menampakkan kejayaan. Bukan itu sahaja, kemajuan ICT semakin rancak dalam bidang pendidikan. Tidak hairanlah tema hari guru tahun 2006 turut berkaitan usaha kerajaan untuk membudayakan ICT dalam kalangan pelajar dan pendidik iaitu Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan. Sehingga kini 4500 buah sekolah disediakan makmal komputer dengan 99 ribu unit komputer. Bukan itu sahaja, setakat ini sebanyak 8120 sekolah dihubungkan dengan kemudahan jalur lebar school-net dan 14 ribu unit televisyen. Ternyata penggunaan teknologi maklumat dapat memajukan dan merevolusikan bidang pendidikan negara. Diharap sekolah-sekolah dapat berkongsi maklumat melalui sidang video.Dengan ini hasrat kita untuk memperkasakan bidang pendidikan bukan hanya mimpi. Selain itu, kemajuan ICT di bawah Majlis IT Negara (NITC) telah melancarkan Agenda Teras Strategik yang mendorong pembabitan rakyat dan institusi secara efektif dalam kemunculan rangkaian persekitaran global. Lima agendanya ialah E-Ekonomi, E-Perkhidmatan Awam, E-Komuniti,

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

21

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

E-Pembelajaran dan E-Kedaulatan. NITC juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Teras Strategik (STIC) untuk merealisasikan Agenda Teras Strategik. Setakat ini STIC berjaya menggerakkan sektor awam dan swasta melaksanakan 30 projek termasuklah Pusat Pertukaran Sumber E-Komuniti, Grid Pembelajaran Kebangsaan, Dana ICT Komuniti dan SJ2005. Dengan ini kita mampu menjadikan Malaysia gah maju dalam teknologi maklumat dan bukan dianggap negara dunia ketiga lagi. Dalam dunia serba kompetatif ini, usaha murni kerajaan melalui Dasar Telekomunikasi Kerajaan 1994-2020 patut dimanfaatkan oleh semua. Kerajaan akan menyediakan infrastruktur dan utiliti yang mencukupi dan berteknologi memenuhi kehendak masyarakat atau sebuah bandar moden. Pembangunan infrastruktur itu merangkumi projek syarikat kerajaan mahupun swasta seperti Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan beberapa syarikat lain seperti Maxis, Celcom, Digi, TM Touch dan lain-lain lagi. Setakat ini, pihak kerajaan sentiasa mengkaji dan menilai agar telekomunikasi berteknologi tinggi dan aplikasi pengguna ICT benar-benar memberangsangkan ekonomi negara di peringkat global. Konklusinya, kemajuan ICT negara yang memberangsangkan sepatutnya tidak dilepaskan begitu sahaja oleh kita semua dalam merealisasi wawasan 2020. Sesungguhnya kita belum boleh mendabik dada kerana cabaran ICT mendatang harus ditempuh oleh semua rakyat Malaysia dengan penuh persediaan kata orang kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai. Tegasnya, kerjasama semua pihak penting dalam usaha memajukan lagi ICT di negara kita. **** Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

22 RANGKA KARANGAN

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

1.0 Pendahuluan - Usaha yang dilakukan oleh kerajaan meningkatkan mutu pengangkutan awam. - Jenis pengangkutan awam di Malaysia. - Tujuan pembangunan pengangkutan awam. 2.0 Isi 2.1 Pengangkutan awam teksi - Pengklasan teksi bandar, luar bandar dan lapangan terbang. - Peningkatan mutu perkhidmatan- sistem bermeter/ sistem radio teksi. - Memberi faedah kepada pengguna- memudahkan/elakkan penyelewengan. 2.2 Pengangkutan awam bas. - Pengabungan syarikat kecil kepada besar- bentuk modal besar. - Penawaran perkhidmatan lebih baik- bas baru dan lebih baik 2.3 Perkhidmatan monorel / komuter/ kereta api elektrik - mengurangkan kesesakan di bandar dan masalah pencemaran udara - gerabak berhawa dingin menganti gerabak kelas 3 tidak berhawa dingin. 2.4 Perkhidmatan kapal terbang - MAS dan Air Asia - banyakkan destinasi - pekej tambang murah - ramai pengguna mampu mengunakannya 3.0 Penutup - Sistem pengangkutan awam setanding dengan negara maju - Syarikat terlibat perlu kekalkan dan tingkatkan kualiti. - Kualiti yang baik menarik minat pengguna. Contoh Jawapan Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan lancar. Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api, laluan udara dan laut. Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar. Teksi digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi. Kenderaan tersebut sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang diinginkan seperti ke sekolah, ke pejabat, ke surau dan ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, kerajaan telah mewartakan semua teksi bandar mengunakan sistem bermeter dan radio teksi.Kerajaan juga telah menggunakan warna yang berbeza untuk teksi bandar dan luar bandar.Bagi pengangkutan ke destanasi lapangan terbang kerajaan telah memperkenalkan teksi limosen. Melalui keadah ini,mutu prkhidmatan dapat ditingkatkan dan diselaraskan serta memudahkam pengguna.Selain itu, penggunaan teksi bermeter dapat mengelakkan pemandu teksi melakukan penyelewengan dan menguntungkan pengguna. Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam kalangan pengguna ialah bas. Bas biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi bekerja atau ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ini, kerajaan telah menggalakkan pengusaha bas yang berskala kecil membentuk konsortium bagi meningkatkan aliran modal. Antara syarikat konsortium yang beroperasi ialah Transit Link, Couseway Link dan Pak May. Melalui keadah ini, syarikat pengangkutan akan dapat

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

23

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan cara mengantikan kenderaan yang telah lama dengan kenderaan yang baru serta selesa.Keadah ini akan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini. Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih padat,kerajaan telah memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan canggih untuk mengatasi masalah kesesakan. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan monorel dan komuter yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Melalui sistem pengangkutan ini kerajaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar khasnya Kuala Lumpur selain mengurangkan masalah pencemaran udara. Untuk perjalanan lebih jauh, katakan warga Kuala Lumpur ingin ke Johor Bahru, ramai yang memilih menaiki kereta api. Sekiranya menaiki kereta api pada waktu malam, bangun pagi sahaja sudah tiba tempat yang dituju. Untuk memajukan jenis pengangkutan ini kerajaan melalui badan berkanunnya Kereta api Malaysia Berhad (KTMB) telah memperkenalkan gerabak kereta api berhawa dingin kelas satu dan dua . KTMB juga telah menamatkan perkhidmatan gerabak kelas tiga yang tidak berhawa dingin. Sementara itu, mereka yang ingin ke seberang laut, ramai yang memilih perkhidmatan kapal terbang dan kapal laut. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Air Asia telah menambah destinasi penerbangan baru dan membeli pesawatpeswat yang baru. Selain itu, syarikat penerbangan ini juga telah menawarkan pekej tambang murah khasnya yang telah dilakukan oleh Air Asia.Dengan cara ini, ramai pengguna akan mampu menggunakan perkhidmatan ini. Sesungguhnya, sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan setanding dengan negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab syarikat yang mengendalikan perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan agar manarik minat pengguna menggunakannya.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

24

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang mendorong Malaysia menjadi destinasi pelancongan yang menarik. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN Pendahuluan Malaysia berpotensi sebagai pelancongan menarik (AR) Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan menarik (HS) Mampu menggamit sesiapa sahaja yang datang (HS) Keindahan dan keunikan ini diihat daripada pebagai aspek (AA) Isi / Fakta Alam flora dan fauna yang indah - Dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis tumbuhan, herba dan serangga. - Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin - Pencinta alam dapat menikmati, mengkaji dan mengenali - Tinggal di dalam hutan dengan menyewa chale atau khemah Komposisi kaum yang unik Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya. Memiliki keunikan budaya dari segi pakaian, tarian dan makanan. Disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan seperti Zapin, Inang, Ngajat, Tarian Singa dan Klasik India kepada para pelancong yang mengunjungi Rumah Kampung Budaya di Sarawak. Menikmati keenakan masakan tradisi tempatan, biasanya disajikan oleh hote-hotel atau restoran terkemuka.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

25

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Pelancong tidak berasa rugi berkunjung ke Malaysia kerana kaya dengan pelbagai adat dan tradisi. Malaysia memiliki destinasi pelancongan menarik Tanah Tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting, Pantai-pantai yang menawan seperti Rantau Abang dan Teluk Chempedak, Pulau-pulau yang indah seperti Pulau Tioman dan Pulau Langkawi. Dijaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling. Menaiktaraf infrastruktur dan prasarana di mana-mana sahaja tempat pelancongan yang berpotensi. Penutup Masyarakat Malaysia harus memberi sokongan kepada pihak kerajaan dalam menjayakan kempen cuti-cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia. Rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia kerana segala-galanya ada di Malaysia.

CONTOH JAWAPAN Malaysia memang berpotensi untuk memajukan sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan yang menarik, indah dan menawan. Malaysia mampu menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke negara ini. Keindahan ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Alam flora dan fauna yang indah merupakan daya tarikan utama para pelancong dari dalam dan luar negara. Dalam belantara ini dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis tumbuhan yang dijaga dengan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan. Malah usaha kerajaan negeri Pahang dan Johor yang menjadikan hutan itu sebagai hutan simpanan iaitu Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin merupakan khazanah yang bernilai bagi para pencinta alam untuk menikmati alam ciptaan-Nya. Mereka bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam bahkan berpeluang juga mengenali jenis-jenis tumbuhan-tumbuhan dan serangga-serangga di negara kita yang memiliki hutan hujan khatulistiwa. Bagi mereka yang berminat pastinya mereka akan tinggal beberapa hari dengan menyewa chalet yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Jelaslah keindahan alam flora dan fauna mampu meningkatkan industri pelancongan di Negara ini umpama peribahasa sambil menyelam minum air kerana bukan sahaja memperoleh pendapatan malah nama negara dapat dikenali di peringkat antarabangsa. Komposisi kaum yang unik di Malaysia juga menyumbang daya penggalak sektor pelancongan di negara ini. Para pelancong akan disajikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum oleh mana-mana kumpulan kebudayaan khas. Mereka pasti berasa kagum dengan keunikan budaya dari segi pakaian, tarian dan keenakan makanan tempatan yang mewarnai kehidupan di Malaysia. Pelbagai tarian tradisional seperti zapin, inang, ulik mayang, tarian singa, klasik India, ngajat dan sebagainya mampu manghiburkan para pelancong yang berkunjung ke kampong Budaya Sarawak dan pastinya akan membawa kenangan manis yang indah dihati pelancong. Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tempatan pelbagai kaum pasti mengundang rasa ingin datang lagi untuk merasai kelazatan makanan ini. Sesungguhnya, para pelancong tidak akan berasa rugi sekiranya berkunjung ke Malaysia kerana terdapat pelbagai masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai adat dan tradisi mereka masing-masing. Selanjutnya, kita juga memiliki destinasi pelancongan yang menarik. Antaranya, di kawasan tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. Selain itu, Malaysia juga memiliki pantai-pantai yang menawan seperti Rantau Abang dan Teluk Chempedak. Malahan juga memiliki pulau-pulau yang yang indah seperti Pulau Langkawi dan Pulau Tioman. Terdapat juga tempat dan bangunan bersejarah yang harus dilawati bagi mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi. Keistimewaan tempat pelancongan ini memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

26

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

para pelancong. Setiap destinasi pelancongan sentiasa dijaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling. Bukan itu sahaja, kerajaan juga memperuntukkan jumlah yang besar bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di mana-mana tempat pelancongan yang berpotensi. Hal ini bagi memastikan para pelancong akan berasa seronok untuk melancong di sini. Tidak dinafikan lagi bahawa industri pelancongan merupakan serampang dua mata dalam usaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan Negara. Konklusi, masyarakat Malaysia haruslah sentiasa memberi sokongan kepada pihak kerajaan dalam menjayakan kempen cuti-cuti Malaysia dan Program Tahun Melawat Malaysia. Jadi, rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia kerana segala-galanya ada di Malaysia. **** Lihat rajah di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis sebuah karangan tentang sebab-sebab mengapa masyarakat harus menyahut seruan program kitar semula. Panjang karangan hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

27 RANGKA JAWAPAN 1.0

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Pendahuluan Kitar semula menggunakan semula barang buangan yang masih boleh digunakan Tujuan menjimatkan kos dan sumber alam Masyarakat harus memberi sokongan Banyak faedah akan dinikmati mereka

Isi / Fakta Bilangan sampah-sarap bertambah kitar semula mengurangkan sampah membantu mengatasi masalah pencemaran alam mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah-sarap mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat dan nyamuk kesihatan terjamin Kitar semula barangan kertas menyelamatkan pokok-pokok input penting dalam industri penghasilan kertas dapat menyelamatkan 17 pohon jika mengitar semula 1 tan metric kertas kos barangan kertas menurun menguntungkan pengguna 2.3 Tin-tin aluminium boleh dikitar semula mengatasi masalah penyusutan sumber logam aluminum meneruskan proses pengeluar tin-tin, minuman ringan kos pengeluar akan menurun menyumbang kepada peluang pekerjaan 3.0 Penutup - rakyat harus menyahut seruan murni ini - wang yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk kempen ini tidak mengalami kerugian Contoh Jawapan Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle (kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastic dan lain-lain. Program ini juga bertujuan menjimatkan kos dan sumber alam yang semakin berkurangan. Oleh itu, masyarakat haruslah mmenyokong program ini dan kitar semula bahan buangan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara. Sebenarnya, kitar semula bahan buangan dilaksanakan kerana penambahan sampahsarap setiap hari oleh pengguna. Program ini dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang, secara tidak langsung kitar semula dapat membantu mengatasi masalah pencemaran yang hebat diperkatakan kini.Program kitar semula juga berupaya menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Situasi ini dapat mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk. Justeru, program ini juga dapat menjamin kesihatan masyarakat.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

28

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Antara barang yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas. Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber alam yang amat bernilai. Maka, program ini dapat menyelamatkan pokok-pokok di dalam hutan yang semakin hari semakin pupus, sebagaimana yang kita ketahui pokok balak di hutan merupakan input penting dalam industri penghasilan kertas. Contohnya, untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang. Kertas yang dikitar semula juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya, sudah tentu menguntungkan pengguna. Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini dapat mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Secara tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk minuman ringan. Oleh itu, kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang harus penguasa tanggung dan akhirnya sudah tentu harga kepada pengguna juga dapat dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan kepada mesyarakat. Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni kerajaan ini. Setiap wang yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kempen ini tidak dibazirkan. Fikir dahulu sebelum buang memberikan mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang rakyat dan negara tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita. **** Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang fungsi hutan di Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

29 RANGKA JAWAPAN

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

1.0 Pendahuluan bumi yang subur dan iklim tropika (AR) hutan hujan tumbuh subur dan menyumbang hasil yang banyak kepada negara.(HS) fungsi : ekonomi negara , tadahan air, taman rekreasi(AA) 2.0 Isi 2.1 Sumber pendapatan Negara. komoditi utama ialah balak. Pembangunan negara pesat Misalnya , bagi hutan paya bakau : daerah Larut Matang di Perak, 80 peratus daripada kawasan ini telah digunakan sepenuhnya sebagai sumber pembalakan, menghasilkan arang. mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Kesan buruk jika tidak dikawal 2.1 Sumber tadahan air dan menguatkan struktur tanah.

akar hutan paya bakau menahan dan menghalang ombak daripada menghakis kawasan pantai. berfungsi sebagai penapis air masin. Contoh pantai di Bagan Datoh. pernah berlaku hakisan yang teruk akibat penebangan hutan bakau yang berleluasa. Kesan menyebabkan air masin meresap masuk ke dalam pertanian Fungsi tadahan air. rimbunan daun pokok hutan serta akar dan tanah di kawasan hutan akan mengawal air hujan dari terus melimpah sepenuhnya ke sungai. Manakala semasa musim kemarau pula, sistem tersebut pula akan mengeluarkan sebahagian air yang diperangkap tadi untuk mewujudkan keseimbangan alam semula jadi. Contoh : hutan paya gambut bertindak sebagai sponge mengawal air daripada terus melimpah ketika musim hujan dan memberi kelembapan pada musim kemarau. 2.3 Sumber rekreasi banyak kawasan hutan dijadikan taman rekreasi dijadikan tempat beristirehat dan jauh daripada kebisingan kota. Contoh : Taman Negara dan Taman Kinabalu serta Lembah Danum di Sabah. Kawasan hutan di Kuala Selangor : unik dengan kehadiran ribuan kelip-kelip pereka landskap : sambil menenangkan fikiran daripada hiruk-piruk kota menyelam sambil minum air mendapat ilham menghasilkan landskap berasaskan konsep semulajadi 3.0 Kesimpulan hutan kepelbagaian fungsi bermanfaat pemuliharaan hutan perlu dipergiatkan hutan tidak diurus dengan baik, ekosistemnya akan terjejas. Peranan kerajaan : Penguatkuasaan undang-undang dengan tegas Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

30 CONTOH JAWAPAN

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Negara kita telah dianugerahkan Allah s.w.t bumi yang subur dan iklim tropika yang membolehkan hutan hujan tumbuh subur dan menyumbang hasil yang banyak kepada negara. Hutan mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat dan sejagat.Selain menjadi habitat flora dan fauna , hutan juga membekal pelbagai aliran perkhidmatan alam sekitar penting yang kurang kita sedari, menjana ekonomi serta pendapatan eksport negara. Hutan merupakan antara ekologi yang amat penting dalam membekalkan perkhidmatan alam sekitar. Salah satu daripada hasil hutan yang dapat dikatogerikan sebagai komoditi utama ialah seperti kayu balak. Hasil pembalakan telah membantu menjana ekonomi serta pendapatan eksport negara kerana pulangan hasilnya yang lumayan. Kini, kayu balak ditebang bukan sahaja untuk dijadikan kayu bagi kegunaan tempatan , tetapi juga dieksport ke luar negara . Harga kayu tropika di pasaran dunia tinggi telah membantu sumber pendapatan Negara. Misalnya , bagi hutan paya bakau yang terdapat di daerah Larut Matang di Perak, iaitu 80 peratus daripada kawasan ini telah digunakan sepenuhnya sebagai sumber pembalakan yang menghasilkan arang. Sumber arang masih lagi mendominasi sistem pengangkutan seperti keretapi. Selain itu, sumber hutan ini telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Namun begitu, walaupun kita amat berbangga dengan perkembangan tersebut, tetapi sebenarnya kita telah menggadaikan satu sumber daripada alam yang amat berharga.Terdapat beberapa pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri telah menebang pokok balak secara keterlaluan. Ini akan membawa kesan buruk kepada negera jika tidak dikawal. Oleh yang demikian , penebangannya memerlukan pemerhatian dan pengawasan serius daripada pihak berkuasa. Aliran perkhidmatan alam sekitar yang dibekalkan oleh sumber hutan termasuk berfungsi menyimpan atau menjadi sumber tadahan air dan menguatkan struktur tanah. Contohnya, akar hutan paya bakau yang berperanan menahan dan menghalang ombak laut daripada berterusan menghakis kawasan pantai.Ekologi paya bakau juga berfungsi sebagai penapis air masin.Contoh kejadian yang berlaku di pantai Bagan Datoh. Di pantai ini pernah berlaku hakisan yang teruk akibat penebangan hutan bakau yang berleluasa. Kerosakan ekologi hutan ini menyebabkan air masin meresap masuk ke dalam pertanian seterusnya merosakkan tanaman pertanian. Fungsi tadahan air merupakan antara fungsi ekologi kritikal yang dibekalkan oleh sumber hutan selain menguatkan struktur tanah. Apabila hujan turun , rimbunan daun pokok hutan serta akar dan tanah di kawasan hutan akan mengawal air hujan dari terus melimpah sepenuhnya ke sungai. Manakala semasa musim kemarau pula, sistem tersebut pula akan mengeluarkan sebahagian air yang diperangkap tadi untuk mewujudkan keseimbangan alam semula jadi. Dengan kata lain , hutan khususnya hutan paya gambut bertindak sebagai sponge yang mengawal air daripada terus melimpah ketika musim hujan dan memberi kelembapan pada musim kemarau. Selain itu , hutan berfungsi sebagai sumber rekreasi berasaskan alam semula jadi atau pelancongan eko .Kini banyak kawasan hutan dijadikan taman rekreasi untuk dijadikan tempat beristirahat dan jauh daripada kebisingan kota. Antara beberapa kawasan hutan yang dijadikan kawasan rekreasi , misalnya Taman Negara dan Taman Kinabalu serta Lembah Danum di Sabah. Kawasan hutan di Kuala Selangor juga merupakan kawasan rekreasi eko yang unik dengan kehadiran ribuan kelip-kelip yang mengeluarkan kerlipan cahaya. Bagi pereka landskap pula, sambil menenangkan fikiran daripada hiruk-piruk kota ,mereka boleh menyelam sambil minum air iaitu mendapat ilham menghasilkan landskap berasaskan konsep semulajadi Hakikatnya, hutan mempunyai kepelbagaian fungsi bermanfaat kepada masyarakat dan sejagat. Oleh yang demikian , pemuliharaan hutan perlu dipergiatkan..Sekiranya hutan tidak diurus dengan baik, ekosistemnya akan terjejas. Peranan kerajaan amat penting dalam hal ini. Pennguatkuasaan undang-undang dengan tegas dan berkesan meupakan langkah terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

31

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN 1.0 Pendahuluan Disiplin pelajar kian meruncing Pelajar yang melakukan vandalisme dan terlibat dengan gangsterisme Terdapat beberapa cara mengatasi masalah disiplin 2.0 Isi /Fakta 2.1 peranan pihak sekolah guru perlu bertindak tegas ibu bapa menyokong pihak sekolah memberikan amaran sehingga dibuang sekolah menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain 2.2 penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menghindari pelajar melakukan salah laku membentuk semangat jati diri, menambahkan pengalaman dan pengetahuan, memanfaatkan masa. Aktiviti kokurikulum unit beruniform,persatuan dan kelab. Aktiviti kerohanian dapat mengisi jiwa

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

32

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

2.3 berhati-hati memilih rakan sebaya rakan adalah pengaruh besar menilai antara yang baik dengan yang buruk mencari kawan yang berminat dengan pelajaran, mematuhi agama dan menghormati orang tua. Menjauhkan diri dengan kawan yang bersikap negatif 3.0 Penutup Kesimpulannya kembali kepada agama kerana tiada agama yang menghalalkan perbuatan salah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. CONTOH JAWAPAN Disiplin pelajar dewasa ini kian meruncing. Antara masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar ialah vandalisme dan gangsterisme. Kedua-dua masalah ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah lama dibincangkan dan kegiatan ini semakin berleluasa. Pelbagai langkah perlu diambil untuk membendung masalah ini daripada berleluasa. Salah satu cara untuk mengatasi masalah disiplin pelajar ialah mendidik mereka di sekolah dan di sini peranan guru amat penting. Guru-guru perlulah mengambil tindakan tegas iaitu tindakan secara berperingkat daripada amaran sehinggalah dibuang sekolah. Hukuman yang dijatuhkan kepada para pelajar perlulah disokong oleh ibu bapa. Tindakan sebegini bukanlah untuk menggelapkan masa depan pelajar tetapi adalah cara terbaik supaya tindakan ini menjadi contoh dan tidak diulangi oleh pelajar lain. Selain itu, penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah perlu untuk menghindari pelajar melakukan salah laku. Aktiviti kokurikulum ini termasuklah unit beruniform, persatuan-persatuan yang dianjurkan oleh sekolah, dan aktiviti kerohaniah. Penglibatan pelajar dalam aktiviti sebegini dapat membentuk semangat jati diri, menambahkan pengalaman, pengetahuan, dan memanfaatkan masa. Aktiviti kerohaniah dapat mengisi jiwa pelajar, oleh itu pelajar mempunyai panduan hidup seterusnya tidak mudah terpesong untuk melakukan salah laku. Pelajar juga dinasihatkan agar berhati-hati memilih rakan sebaya. Hal ini demikian kerana rakan adalah pengaruh terbesar yang boleh mengubah pendirian seseorang. Seperti kata-kata seorang ilmuan kawan yang jahat umpama berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak kena apinya, sekurang-kurangnya kita terkena asapnya, kawan yang baik pula umpama berkawan dengan penjual minyak wangi, walaupun tidak terkena minyak wangi, sekurang-kurangnya kita akan mendapat wangiannya. Justeru, pelajar perlu menilai antara yang baik dengan yang buruk. Pelajar perlu menjauhkan diri daripada rakan yang bersifat negatif. Oleh itu, pelajar digalakkan untuk mencari kawan yang berminat terhadap pelajaran, mematuhi agama, dan menghormati orang tua. Tidak ada ruginya para pelajar berkawan dengan orang yang sedemikian. Kesimpulannya, kita perlulah kembali kepada agama kerana tiada agama yang menghalalkan perbuatan salah. Zaman remaja hanya sekali, sekiranya remaja tersilap langkah ia tidak akan berulang lagi. Ingatlah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

33

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang peranan sektor pekerjaan di dalam gambar tersebut terhadap pembangunan negara. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan 1.0 Pendahuluan Setiap manusia mengimpikan pekerjaan yang disenangi oleh masyarakat. Oleh itu, tanpa memilih pekerjaan, manusia sebenarnya boleh berjaya dalam hidup sekiranya yakin akan usaha yang dilakukan itu dan pekerjaan itu pula mampu memberi peranan yang bermakna untuk pembangunan negara. Isi-isi penting 2.1 mengembangkan daya kreatif yang dimiliki oleh seseorang pekerja melahirkan pekerja yang berinovasi dan berdaya cipta memperkenal dan dapat mempromosi negara melalui pemasaran produk batik ke luar negara Mengembangkan ekonomi negara dapat menyumbang ke arah perkembangan teknologi negara dapat memperkenalkan ciptaan teknologi yang baru meluaskan sektor penyelidikan negara untuk mencipta sesuatu yang baru menghalang sebarang teknologi maklumat yang salah dapat menyumbang dalam bidang perubatan negara - mencari atau menghasilkan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit - menjalankan penyelidikan ke atas sesuatu penyakit - membolehkan negara bersaing dalam penciptaan ubat demi kesejahteraan masyarakat Penutup - pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak pekerjaan kepada masyarakat(CDGN) - semua pihak perlu saling menghormati antara profesion agar keseimbangan ekonomi dapat ditingkatkan demi kemajuan negara (HP)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

34 CONTOH JAWAPAN

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Setiap manusia mengimpikan pekerjaan yang disenangi oleh masyarakat dan ia melambangkan status kejayaan seseorang individu berkenaan. Oleh itu, tanpa memilih pekerjaan, manusia sebenarnya boleh berjaya dalam hidup sekiranya yakin akan usaha yang dilakukan.Pekerjaan yang diceburi itu dapat memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan negara. Antara pekerjaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara adalah dalam industri kraftangan seperti membuat batik.Melalui pekerjaan ini dapat mengembangkan daya kreatif seseorang pekerja.Bidang ini dapat melahirkan pekerja yang inovatif yang sememangnya diperlukan oleh negara. Melalui pekerjaan ini juga dapat mempromosi dan memperkenal negara ke mata dunia dengan produk keluaran industri ini seperti batik sutera,beg,alas meja dan lain-lain lagi. Di samping itu, ekonomi negara juga akan terus berkembang. Selain itu, juruanalisa sistem juga dapat memberikan peluang kepada negara kita untuk bersaing dalam teknologi maklumat. Ia juga dapat memperkenal teknologi baru kepada sektor lain untuk membangunkan lagi negara.Kerjaya ini juga mampu meluaskan sektor penyelidikan untuk mencipta teknologi baru. Sebagai contoh, bidang ini dapat menyumbang kepada perkembangan sistem-sistem baru yang boleh mempercepat dan mempermudah segala kerja yang dilakukan. Melalui pekerjaan ini kita dapat mengesan dan menghalang penyebaran maklumat yang salah kepada masyarakat. Ahli farmasi juga tidak kurang pentingnya dalam membangunkan negara dalam bidang perubatan. Peranan sektor ini adalah untuk mencari atau menghasilkan pelbagai jenis ubat yang dapat menyembuhkan sebarang penyakit yang berbahaya demi kesejahteraan masyarakat di negara kita.Contohnya dewasa ini pelbagai penyakit telah melanda seperti yang terbaru penyakit selsema burung yang boleh meragut nyawa. Justeru,mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu berusaha mencipta ubat yang boleh menghalang virus ini. Kejayaan mereka dalam mencari penawar terhadap penyakit ini akan dapat mengharumkan nama negara di mata dunia dan ini memberi peluang kepada kita untuk bersaing dengan negara-negara lain yang lebih maju dalam sektor perubatan. Oleh itu,kerajaan perlulah memyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk semua golongan sama ada pekerjaan itu profesional atau tidak.Semua pihak perlu saling menghormati antara profesion agar keseimbangan ekonomi negara dapat dipertingkat demi mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

35

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN 1.0 Pendahuluan sektor pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan dapat menyumbang kea rah ekonomi Negara pelbagai usaha dapat dijalankan 2.0 Isi/Fakta 2.1 pelancaran Taman Kekal pPengeluaran Makanan (TKPM) oleh Menteri Pertanian Dato Effendi Nawawi memberi dimensi baru dalam sektor pertanian TKPM dianggap sebagai serampang dua mata Dapat meningkatkan pendapatan Negara Memberi transformasi terbaik dalam sektor pertanian 2.2 mengwujudkan bidang kejuruteraan genatik atau bioteknologi - salah satu alternatif dalam memajukan sektor pertanian - dapat menghasilkan teknik pengklonan ke atas haiwan-haiwan ternakan contohnya lembu dan ayam telah dapat dapat meningkatkan sektor pertanian. dapat menghasilkan baka yang sihat dalam kualiti yang banyak.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

36

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

2.3 kerjasama daripada pihak swasta - melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada Pengusaha-pengusaha baru. melalui pemberian subsidi kepada pengusaha yang ingin menceburi bidang pertanian. dapat menarik minat anak-anak muda melibatkan diri dalam sektor pertanian 3.0 Penutup - Konklusinya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian. Bak kata pepatah Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.

CONTOH JAWAPAN Sektor pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan dan diberi perhatian kerana sektor pertanian menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan yang tinggi dalam sektor pertanian, pelbagai usaha telah dijalankan. Pelancaran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) oleh mantan Menteri Pertanian iaitu Dato Effendi Nawawi beberapa tahun lepas telah memberi dimensi baru dalam sektor pertanian.Projek TKPM dianggap sebagai serampang dua mata kerajaan kerana projek ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara dalam bidang ekonomi malah turut memberi manfaat kepada pengusaha dalam sektor pertanian seperti petani dan peniaga. Projek TKPM juga merupakan transformasi terbaik sektor pertanian dan wajar dilaksanakan. Oleh itu kerajaan telah menggalakkan graduan lepasan universiti atau sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang pertanian melibatkan diri dalam projek TKPM yang memberi pelbagai kemudahan bermula dengan aspek penanaman sehinggalah aspek pemasaran. Dalam era globalisasi, bidang kejuruteraan genetik atau lebih dikenali sebagai bioteknologi telah menjadi salah satu alternatif bagi memajukan sector pertanian. Bioteknologi yang melibatkan pembaharuan genetik telah menghasilkan teknik pengklonan ke atas haiwan-haiwan ternakan. Haiwan yang boleh dihasilkan melalui teknik pengklonan seperti lembu dan ayam sememangnya telah meningkatkan kemajuan sektor pertanian. Teknik ini telah menghasilkan baka yang sihat dan dalam kuantiti yang banyak. Di samping itu kerajaan haruslah bekerjasama dengan pihak swasta bagi memajukan sektor pertanian melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada pengusaha-pengusha sektor pertanian. Pihak swasta boleh melakukan pemberian subsidi kepada pengusaha yang ingin menceburi bidang pertanian. Galakan sebegini tentunya mampu menarik anak-anak muda agar melibatkan diri dalam sektor yang memberi pulangan lumayan kepada mereka. negara kita yang beriklim khatulistiwa pastinya sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Sekiranya negara kita mampu menjadi negara pengeluar makanan antarabangsa, maka tidak perlulah kita bergantung kepada negara-negara luar untuk mengimport makanan. Tanah yang luas dan subur di negara kita haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengelakkan wang negara mengalir ke luar Negara.Melalui pelaksanaan yang efektif, sudah tentu hal ini dapat mengurangkan risiko kesan-kesan ekonomi global. Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian Negara ibarat kata pepatah Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

37

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan. PENJAGAAN KESIHATAN

RANGKA KARANGAN 1.0 Pendahuluan Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan manusia. Orang ramai sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menjaga kesihatan Sikap mengambil berat tentang kesihatan perlu diamalkan demi kesejahteraan hidup 2.0 Isi / fakta 2.1 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang (IU) Makanan seperti sayur-sayuran, ikan, daging dan buah-buahan dapat menjamin kesihatan (HS1) Elakkan makanan yang berlemak, tinggi kolesterol dan tinggi gulanya (HS2) Penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindari (CTH)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

38

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

2.2 Beriadah dan melakukan senaman atau bersukan (IU) Dengan bersenam, bersukan, dan berekreasi secara konsisten, semua otot akan bergerak dan hal ini menyebabkannya berfungsi dengan baik.(HS1) Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengurangkan ketegangan akibat tugas di pejabat atau sekolah.(HS2) Tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman.(CTH)

2.3 Rehat dan tidur yang cukup Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. (HS1) Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja mereka dengan baik, mudah berasa letih dan senang jatuh sakit (CTH). Peruntukan masa selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur. (HS2) 3.0 Penutup Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan. Rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri.

CONTOH JAWAPAN Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan manusia. Ramai orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang terbaik. Justeru, sikap mengambil berat tahap kesihatan perlu diamalkan agar kehidupan kita sejahtera. Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan, daging, buah-buahan, dan sebagainya dapat menjamin kesihatan. Makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi serta makanan yang tinggi kandungan gulanya seharusnya dihindari kerana ini mendedahkan seseorang kepada risiko menghidapi penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Selain itu, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan terutama jika kita tidak melakukan kerja berat. Dengan melakukan senaman yang konsisten dan rajin menjalankan aktivitiaktiviti rekreasi serta bersukan, maka semua otot kita akan bergerak dan hal ini membolehkannya berfungsi dengan baik. Malah dengan melakukan aktiviti tersebut kita akan dapat mengurangkan ketegangan akibat beban tugas di pejabat atau di sekolah. Seperti yang disiarkan oleh televisyen dan radio, tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman. Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang cukup. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja mereka dengan baik, malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh itu kita disarankan memperuntukkan masa selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur. Sebagai rumusan, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan kepada rakyat. Jadi setiap rakyat perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan sendiri seperti cogan kata Mencegah Lebih Baik daripada Merawat. (280 patah perkataan)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

39

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan aktiviti beriadah.Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Aktiviti Beriadah

1.0 2.0 2.1

Pendahuluan Aktiviti riadah disarankan oleh kerajaan. (AR) Berjogging, berkhemah, memancing dan menunggang kuda (AS) Riadah membawa banyak faedah / kepentingan (AA) Isi / fakta Aktiviti riadah dapat menghindar diri daripada penyakit (IU) Riadah adalah aktiviti gaya hidup sihat (HS1) Jogging aktiviti yang terbaik, mudah dan murah (HS2) Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, angin ahmar dapat dielakkan ( HS3)

2.2 Menghilangkan stress / tekanan mental (IU) Kepenatan dan beban di tempat kerja (HS1) Kemurungan, perasaan marah akan timbul (HS2) Riadah dapat membakar lemak, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kadar denyutan jantung (HS3)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

40 2.3 -

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Mengeratkan hubungan silatulrahim (IU) boleh dilakukan beramai-ramai (bersam keluarga / kawan ) (HS1) ibu bapa sibuk tiada masa bermesra dengan anak-anak (HS2) hubungan ibu bapa dan anak semakin mesra (HS3) dapat melahirkan keluarga harmonis dan elakkan masalah sosial (HS4)

3.0 Penutup - Amalkan gaya hidup sihat (CDG) - Dapat meneruskan hidup dengan gembira (HP) Contoh Karangan Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjungpengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan menunggang kuda. Aktiviti riadah membawa banyak faedah kepada masyarakat. Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjungpengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan menunggang kuda. Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kita mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka akan memudahkan pembakaran lemak berlebihan, melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam darah dengan sempurna dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat. Aktiviti ini lebih menyeronokan sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawankawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hubungan yang erat sesama ahli keluarga seperti isi dengan kuku dapat melahirkan keluarga yang harmonis dan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja. Tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seperti bersukan, beriadah, dan sebagainya patut diamalkan oleh masyarakat pada hari ini agar kita dapat meneruskan hidup dengan gembira dan dijauhi daripada pelbagai penyakit.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

41

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan buruk bencana alam. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bencana Alam

Pendahuluan satu malapetaka/Bencana alam yang terjadi secara semula jadi.(AR) Malapetaka yang tidak dapat diramalkan.(AS) Contoh-contoih bencana alam ialah tsunami, ribut taufan, gempa bumi (CTH) Meninggalkan kesan yang buruk kepada negara.(AA) Isi/fakta Bencana alam meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan (IU) malapetaka ini berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh manusia (HS1) Tsunami telah melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara. (HS2) Mengorbankan beribu-ribu orang (CTH) Mengalami kecederaan apabila dihempap ombak besar atau pokok tumbang atau ditimpa oleh bangunan. (CTH) Ekonomi negara terjejas/ terbantut. apabila negara ditimpa bencana alam, ekonomi negara terbantut.(IU) banyak kemudahan dan infrastruktur musnah (HS1) kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar/banyak untuk membina kemudahan baru/membantu mangsa yang terlibat.(HS2) Kerajaan perlu menyediakan pakaian, ubat-ubatan, dan sebagainya.(CTH) Kemusnahan harta benda/hilang mata pencarian. bencana alam memusnahkan harta benda, tanaman musnah, mata pencarian penduduk terjejas.(IU) hujan turun turun dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah ditenggelami air.(HS1) banjir besar berlaku di Terengganu, Kelantan dan beberapa buah kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan Disember.(CTH) mata pencarian penduduk terjejas kerana tidak melakukan kerja harian.HS2) 3.0 Penutup bencana alam mendatangkan keburukan kepada semua orang.(ulasan) semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini (cadangan) bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan /malang tidak berbau (HP)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

42 Contoh Jawapan

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Bencana alam ialahsatu malapetaka yang terjadi secara semula jadi dan kejadian itu tidak dapat diramalkan. Antara bencana alam yang berlaku di dunia ini ialah tsunami, gempa bumi, banjir, kemarau panjang, ribut taufan, dan banyak lagi. Setiap bencana yang berlaku meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsanya. Salah satu kesan bencana alam ialah tragedi ini boleh meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Hal ini dikatakan sedemikian kerana bencana alam berlaku secara tibatiba dan tidak dapat dielakkan oleh manusia. Contohnya ialah tsunami yang melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara pada 26 Disember 2004 telah mengorbankan beribu-ribu orang di Bandar Aceh, Selatan India, dan Sri Lanka, manakala banyak mangsa yang mengalami kecederaan apabila dihempap ombak besar atau ditimpa oleh bangunan atau poko yang tumbang. Di samping itu, apabila sesebuah ditimpa bencana alam, maka ekonomi negara itu terbantut Hal ini berlaku kerana banyak kemudahan dan infrastruktur di negara itu musnah dan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membina kemudahan baru. Selain itu, kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk membantu mangsa yang terlibat dalam bencana itu seperti menyediakan bekalan makanan, ubat-ubatan, selimau, tempat tinggal, dan sebagainya. Contohnya, Somalia berada dalam kemiskinan kerana negara itu dilanda oleh kemarau panjang pada setiap tahun. Akhirnya, akibat banjir besar yang berlaku ialah harta benda rosak, tanaman musnah, mata pencarian penduduk terjejas dan sebagainya. Biasanya, apabila hujan turun dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah akan ditenggelami air dan menyebabkan banjir seperti yang berlaku di Kelantan, Terengganu, dan di beberapa kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan Disember setiap tahun. Apabila banjir besar berlaku, mata pencarian penduduk terjejas kerana mereka tidak dapat melakukan kerja harian mereka. Kesimpulannya, bencana alam banyak mendatangkan keburukan kepada semua orang. Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.. kerana malang tidak berbau. (300 patah perkataan)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

43

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran air. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pencemaran Air

Tahukah anda apakah yang mencemarkan sungai kita? Sungai yang merupakan nadi kepada pembangunan negara pada masa lampau kini berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran. Setiap hari kita disogokkan dengan berbagai-bagai isu pencemaran sungai.Persoalannya, apakah yang akan terjadi sekiranya semua sungai di Negara ini tercemar? Oleh itu , marilah kita membincangkan puncapunca pencemaran air ini berlaku. Pencemaran sungai sebenarnya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak seperti pembuangan sampah yang tidak berdisplin ke dalam sungai membawa kepada pencemaran sungai tersebut. Di samping itu, kepesatan pembangunan menyumbang kepada pencemaran sungai. Kepesatan pembangunan turut menyumbang kepada pembuangan sisa toksid serta sisa industri lain ke dalam sungai. Keadaan ini bertambah teruk apabila terdapat pengusaha ternakan binatang membuang sisa yang tidak digunakan ke dalam sungai. Akibatnya air sungai menjadi busuk dan tidak dapat mengalir dengan deras. Kajian mendapati bahawa pencemaran air khususnya sungai berpunca daripada bahan buangan industri, buangan ternakan dan domestik serta kerja tanah dan pembukaan tanah. Bahan buangan tersebut merupakan bahan buangan industri yang berasaskan pertanian dan pembuatan. Antara sungai-sungai yang telah didapati tercemar ialah Sungai Juru, Sungai Muar, Sungai Kelang, dan sebagainya. Kualiti air sungai merosot disebabkan oleh pembuangan bahan terbuang ini. Air sungai akan menjadi kotor dan berkelodak serta akan mengeluarkan bau yang busuk. Pembuangan sisa-sisa toksid merupakan punca pencemaran air. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini banyak menyebabkan hidupan laut mati. Tumpahan minyak oleh kapal yang belayar di laut sememangnya amat membimbangkan semua pihak. Keindahan dan sifat semula jadi air khususnya sungai ini akan terjejas. Malahan sungai-sungai yang telah tercemar akan mengakibatkan berlakunya kejadian banjir, hakisan , dan sebagainya akan berlaku. Selain itu, pengusaha kilang melepaskan efluen dan sisa toksid ke dalam sungai kerana ingin mengurangkan perbelanjaan. Kebanyakan pengusaha kilang yang tidak bertanggunjawab mengambil jalan mudah dengan melepaskan efluen dan sisa toksid ke dalam sungai sempena cuti Hari Raya bagi

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

44

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

mengelakkan kegiatan mereka tidak dikesan oleh pihak berkuasa. Tindakan tidak bertanggunjawab pihak-pihak tertentu menyebabkan kualiti air yang menjadi sumber air minuman. Konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu bagi memelihara kebersihan sungai kerana sungai kini bukan sahaja sumber bekalan air tetapi juga menjadi daya tarikan pelancong sebagai tempat bersantai. Hargailah sungai kita kerana sumber sungai air tidak dapat diganti. **** Lihat gambar dibawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara masyarakat di Malaysia menyambut perayaan masing-masing. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN 1.0 Pendahuluan Setiap kaum mempunyai adapt dan budaya (AR) Setiap kaum bebas amalkan budaya tanpa rasa malu atau takut (AS) Setiap kaum turut merayakan perayaan kaum kain (AS) 2.0. Isi/fakta 2.1 Sambutan Perayaan Aidilfitri Diraikan oleh orang Melayu yang beragama Islam(IU) Berpuasa dahulu dan ada ibadat sembahyang terawih(HS 1) Bayar zakat sebelum 1 syawal (HS 2)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

45

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Umat Islam bermaaf-maafan dan saling kunjung mengunjung (HS 3) Rumah terbuka untuk tetamu datang berkunjung (HS 4) 2.2. Sambutan Tahun Baru China Disambut oleh masyarakat China menandakan kedatangan tahun baru (IU) Percaya pada 12 binatang yang menaungi calendar (HS 1) Tahun tikus, monyet, ayam jantan, lembu dan.(CTH) Berkumpul pada malam tahun baru bersama keluarga dan memberi angpau (HS 2) Perayaan Chap Goh Mei sebagai oenutup perayaan (HS 3)

2.3. Sambutan Perayaan Deepavali Disambut masyarakat India yang beragama Hindu pada bulan Oktober dan November (IU) Maksud Deepavali sebarisan pelita untuk kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikanmengatasi kejahatan dsb(HS 1) Menyucikan badan dengan minyak dan mandi (HS 2) Sembahyang dikuil atau dirumah dan mengunjugi ahli keluarga (HS 3) Melukis rangoli (tepung beras yang berwarna warni) di hadapan rumah (HS 4) 2.4 Perayaan Tadau Keamatan Perayaan ini disambut oleh masyarakat Kadazan selepas musim menuai padi (IU) Perayaan disambut selama dua malam dengan di dahului upacara magavau oleh bobohigan (HS1) Pada malan kedua beras yang diperam diberikan pada bobohigan sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan (HS 2) Tetamu dihiburkan dengan tarian Sumazau dan Megalang (HS 3) Tetamu diberikan air tapai (HS 4) 2.5 Perayaan Gawai Dayak Disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada I Jun setiap tahun (IU) Kuih muih tradisional dari tepung beras, gula dan santan di sediakan serta tuak sebagai sajian utama (HS 1) Tuai Gawai memulakan sambutan dengan upacara miring di beranda rumah panjang (HS 2) Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu di lakukan dengan harapan panjang umur, sihat dan makmur (HS 3) Pada pagi 1 Jun jam 7.00 pagi tuai rumah akan menghantar piring persembahan ke tiang pengingat yang digunakan untuk mendirikan rumah (HS 4) Penutup Sambutan perayaan setiap kaum disambut dengan meriah Kerajaan boleh anjurkan sambutan perayaan perdana agar Semua kaum boleh merayakannya dalam suasana yang harmoni dan perpaduan negara dapat dicapai

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

46 Karangan Contoh

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat serta budaya yang unik dan tersendiri malah mereka bebas mengamalkannya tanpa rasa malu ataupun takut. Setiap kaum akan saling menghormati budaya kaum yang lain malahan telah menjadi kebiasaan pada rakyat Malaysia akan turut sama menyertai sambutan adat dan budaya kaum-kaum lain selagi tidak melanggar tatasusila dan agama masing-masing. Salah satu budaya yang terdapat di Malaysia adalah sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing. Perayaan Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Ibadat zakat fitrah pula wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran dengan umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka juga diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung. Bagi perayaan Tahun Baru China pula, perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka. Orang Cina percaya pada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Pemberian angpau juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina. Perayaan Deepavali pula disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu. pada bulan gelap dalam bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Dikebanyakan rumah, rangoli iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah. Perayaan Tadau Keamatan disambut oleh masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau Keamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berurut-turut. Malam pertama diadakan upacara magavau atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh bobohigan dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara habot iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian Sumazau dan Megalang sambil meminum air tapai. Perayaan Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara miring ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang. Kesimpulannya, sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia disambut dengan meriah pada setiap tahun dan ini telah menunjukkan masyarakat Malaysia bebas mengamalkan budaya masingmasing. Kerajaan Malaysia boleh menganjurkan sambutan Perdana untuk setiap perayaan ini bagi

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

47

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

membolehkan rakyat sama-sama menyertainya dalam suasana yang harmoni dan perpaduan negara dapat di capai. **** Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pencemaran Udara

Pendahuluan cuaca berjerebu kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan(AR) mewujudkan keadaan tidak selesa(cth) menjejaskan kesihatan khususnya yang menghidap penyakit tertentu.(cth) Isi/Fakta 2.1- Pembakaran bahan api kilang pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian pengusaha kilang tidak memasang alat penapis untuk mengelakkan pembebasan asap dari serombong kilang. Udara kotor dan beracun terbebas ke udara

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

48

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

2.2- Pertambahan jumlah kenderaan - peningkatan taraf hidup menyebabkan ramai yang mampu memiliki kenderaan - kenderaan menggunakan petroleum tanpa plmbum atau diesel - asapmengandungi karbon monoksida mencemarkan udara dan menjejaskan kesihatan 2.3 Pembakaran terbuka - mereka melupuskan sisa buangan secara murah dan mudah - petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok kemudian membakarnya secara terbuka - berlaku kebakaran hutan yang tidak terkawal Kesimpulannya - Pencemaran udara perlu diatasi secara kolektif

CONTOH JAWAPAN Udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan orang ramai dan gaya hidup sihat. Walau bagaimanapun, kemerosotan kualiti udara di negara kita kini kian meruncing . Bagi individu yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh, mereka akan menyaksikan cuaca yang berjerebu sehingga kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan. Keadaan yang membimbangkan ini disebabkan oleh beberapa faktor yang memang dikenalpasti. Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut adalah pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, sektor industri berkembang pesat di negara kita. Kilang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, terutamanya di bandar dan kawasan perindustrian. Kebanyakan pengusaha kilang tidak memasang alat penapis yang cukup berkesan untuk mengelakkan pembebasan asap dari serombong kilang mereka, hingga menyebabkan udara yang kotor dan beracun terbebas ke udara. Asap tersebut kelihatan berwarna biru kehitam-hitaman dan berkepul-kepul terbebas ke kawasan sekitarnya. Selain itu, pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya menburukkan lagi kualiti udara di negara kita. Peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai orang mampu memiliki kenderaan sendiri. Setiap kenderaan yang bergerak akan mengeluarkan asap dan bayangkan betapa buruknya keadaan sekitarnya. Keadaan semakin buruk jika kenderaan tersebut merupakan kenderaan berat, seperti lori, treller, dan bas yang sudah uzur serta tidak diselenggarakan dengan baik. Situasi ini bertambah buruk jika kenderaan menggunakan petroleum tanpa plumbum ataupun menggunakan diesel. Asap yang terbebas daripada kenderaan tersebut yang mengandungi karbon monoksida bukan sahaja mencemarkan udara tetapi boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Pembakaran terbuka juga merupakan salah satu faktor yang menjejaskan kualiti udara. Pembakaran terbuka biasanya dilakukan oleh individu yang hanya mementingkan diri sendiri ibarat enau melepaskan pucuknya masing-masing. Mereka mahu melupuskan sisa buangan secara mudah dan murah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai contoh ada dalam kalangan petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok, kemudian membersihkan kawasan dengan membakarnya secara terbuka. Tuntasnya, masalah pencemaran udara ini perlu diatasi secara kolektif ibarat bulat air kerana pembentung dan bulat manusia kerana muafakat. Kesedaran perlu ada dalam diri individu untuk menjaga kualiti udara di negara kita. Bersama-samalah kita menghindari pencemaran udara dan menghargai alam sekitar. (317 patah perkataan)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

49

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang perlunya bangunan bersejarah di Negara kita di pelihara dan dipulihara. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

1.0 Pendahuluan Negara kita banyak mempunyai bangunan bersejarah.(AR) dibina sejak zaman penjajahan (HS) Kota A Famosa, Kota Margherita, Fort Cornwallis, bangunan Sultan Abdul Samad. (CTH) bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara.(AA) 2.0 Isi (sebab-sebab ) Generasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah dengan lebih berkesan.(IU) bangunan besejarah memberi gambaran tentang sejarah negara Kota A Famosa dan bangunan Stadthuys mengingatkan kita sejarah Melaka.(CTH) Dapat melihat kesan sejarah dengan lebih dekat.(HS). Dapat menambah ilmu pengetahuan.(R) Salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.(IU) untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda.(HS) generasi muda diingatkan tentang sejarah perjuangan nasionalis untuk memerdekakan negara.(HS) Kota Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan, Kota A Famosa, Kota Cornwallis mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kerajaan Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan.(CTH) Oleh itu bangunan besejarah penting untuk memupuk semangat patriotisme.(R) 2.3- Bangunan bersejarah mempunyai nilai ekonomi tersendiri. (IU) untuk perkembangan sektor pelancongan.(HS) menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi para pelancong.(HS)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

50

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk menjadi tarikan para pelancong (HS) Bangunan Sultan Abdul samad di Kuala Lumpur perlu dikekalkan kerana kaya dengan unsur seni.(CTH) dapat menjana pendapatan negara.(R) Penutup perlu dipelihara jika rosak perlu dibaiki segera menjadi khazanan bangsa yang penting untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang CONTOH KARANGAN Negara kita sememangnya banyak mempunyai bangunan bersejarah. Antaranya ialah kota A Famosa, Kota Margherita, Fort Conrwallis, Bangunan Sultan Abdul Samad dan lain-lain. Bangunan bersejarah ini telah dibina sejak zaman penjajahan iaitu bermula pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-15 hinggalah zaman penjajahan British pada abad ke-19. Pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah ini adalah penting agar bangunan tersenut dapat menjadi warisan masyarakat dan khazanah Negara yang tidak ternilai harganya. Melalui pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah, genrasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah Negara dengan lebih berkesan di samping dapat merasai keadan tamadun pada zaman silam. Bangunan-bangunan bersejarah ini dapat mmberi gambaran kepada kita tentang sejarah negara. Di Melaka misalnya, terdapat bangunan tersohor seperti Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis dan Bangunan Stadthuys yanag dibina oleh Belanda dapat mengingatkan kita tentang kebesaran dan kehebatan Melaka sebagai sebuah kerajaan Mlelayu tersohor pada zamannya. Dengan melawat bangunan bersejarah itu kita juga dapat melihat sendiri kesan peninggalan penjajah. Hal ini penting untuk kita menambah pengetahuan tentang sejarah negara. Selain itu, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini. Dalam konteks ini, bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda . Sebagai contoh Kota A Famosa di Melaka dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang dapat mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kedaulatan negeri Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan dahulu. Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang segala pahit maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air dan secara tidak langsung dapat mencelikkan kita agar sentiasa berwaspada terhadap musuh Negara. Bangunan bersejarah juga mempunyai nilai ekonominya tersendiri, khasnya untuk perkembangan sektor pelancongan. Bangunan bersejarah ini menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi oleh para pelancong sama ada dari dalam atau luar Negara. Kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk bangunan tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke tempat-tempat tersebut. Sebagai contoh bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai unsure seni yang tiada tolok bandingnya. Kedatangan pelancong tersebut bukan sahaja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga dapat menjana sumber pendapatan Negara. Hal ini kerana para pelancong , terutamanya pelancong asing akan berbelanja di Negara kita semasa mereka bercuti di sini. Oleh yang demikian Negara kita boleh mengaut keuntungan yang banyak daripada sektor pelancongan. Kesimpulannya, bangunan-bangunan bersejarah perlu dijaga dan jika berlaku kerosakan, usaha-usaha untuk membaik pulih perlu dilakukan segera. Hal ini kerana bangunan bersejarah ialah khazanah bangsa yang penting untuk tatapan dan penghayatan generasi sekarang dan generasi akan datang.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

51

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar. Panjang karangan hendaklah tidak lebih daripada 200 hingga 250 patah perkataan sahaja. Kesesakan Lalu Lintas Di Bandar

Pendahuluan -masalah kesesakan lalu lintas menjadi rungutan warga kota(AR) -membuang masa, wang, dan tenaga(Cth) -berpunca pertambahan bilangan kenderaan persendirian yang mendadak(AR) -bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan kereta(Cth) -tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta serta pusat-pusat perniagaan (Cth)) Isi/Fakta : Langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar 2.1-kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan kenderaaan awam untuk ke bandar(IU) -Sediakan kemudahan awam yang lengkap-teksi, jadual perjalanan monorel, LRT, komuter(Cth) -untuk waktu puncak ke kawasan bandar (HS1) - pertambahan bilangan kenderaan persendirian(HS2) -sistem jalan raya yang tidak bersistematik(HS3) -bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan kereta(HS4) -tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta(HS5) kerajaan menggalakkan rakyat berkongsi kereta ke tempatkerja(IU) -mengehadkan kemasukan kenderaan ke bandar(HS1) -mengatasi pencemaran udara akibat karbon monoksida(Cth) -berkongsi kereta boleh menjimatkan wang dan mengekalkan keadaan kereta mereka tidak selalu rosak(HS1)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

52

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

- ramai yang tidak menyahut seruan kempen untuk memudahkan diri ke sesuatu destinasi tanpa menyusahkan orang lain. 2.3-Kerajaan perlu perlebar dan memperbanyakkan jalan raya yang keluar dan masuk ke bandar(IU) -dapat menampung jumlah kenderaaan -jalan raya mempunyai empat lorong diperbanyak.(Cth) Penutup -pihak kerajaan perlu memastikan jalan raya bebas dari kesesakan jalan lalu lintas(IU) -sistem jalan raya yang bersistematik(cth) -kempen berkongsi kereta(Cth) -ibu pejabat awam dan swasta yang berada di pusat bandar perlu dipindahkan ke kawasan luar bandar(Cth) CONTOH KARANGAN Masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar merupakan suatu fenomena yag menjadi rungutan warga kota sekarang. Memang tidak dapat dinafikan negara kita sedang pesat membangun, tetapi dalam keghairahan pembangunan negara kita ini, berpunca daripada pertambahan bilangan kenderaan persendirian, sistem jalan raya yang tidak bersistematik, bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan kereta dan tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta dan sebagainya. Jika masalah ini tidak dibendung, ia mungkin akan menyebabkan pelbagai masalah lain yang lebih rumit antaranya pembaziran dari segi masa, wang, dan tenaga. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan adalah hendaklah menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan awam untuk masuk ke kawasan bandar. Untuk itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan kemudahan awam yang lengkap seperti teksi yang cukup, jadual perjalanan monorel, LRT, komuter dan sebagainya. Penyediaan ini adalah perlu terutamanya pada waktu puncak iaitu pada waktu pagi, masuk kerja dan pada waktu petang iaitu waktu pulang dari kerja. Kerajaan perlu mengemaskini sistem pengangkutan awam yang sangat diperlukan tercanggih, cepat, pantas, menepati waktu perjalanan dan agak selesa. Contoh kenderaan yang amat sesuai adalah monorel, LRT dan komuter. Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menggalakkan rakyat berkongsi kereta ke tempat kerja. Hal ini bukan sahaja dapat mengehadkan kemasukan kenderaan di kawasan bandar, malah dapat mengatasi masalah pencemaran udara akibat pembebasan asap dan karbon monoksida daripada kenderaan. Bagi mereka yang berkongsi kereta pula, mereka dapat menjimatkan wang dan juga dapat mengekalkan keadaan kereta supaya tidak selalu rosak. Seterusnya, pihak kerajaan hendaklah memperlebar dan memperbanyakkan jalan raya yang masuk dan keluar dari bandar. Hal ini bertujuan supaya jalan raya dapat menampung jumlah kenderaan yang banyak dan aliran keluar kereta dengan lebih cepat. Sebagai contoh, jalan raya yang mempunyai empat lorong hendaklah diperbanyak. Namun begitu, ada juga antara mereka yang tidak menyahut kempen-kempen sebegini kerana meraka lebih gemar berkenderaan sendiri bagi memudahkan mereka pergi ke destinasi-destinasi tertentu tanpa menyusahkan orang lain. Kesimpulannya, pihak kerajaan hendaklah memastikan jalan raya di negara kita bebas daripada kesesakan lalu lintas. Sistem jalan raya yang bersistematik, kempen berkongsi kereta, dan sebagainya hendaklah dilaksanakan. Oleh sebab kesesakan sering berlaku pada waktu puncak, kenderaan-kenderaan berat hendaklah dilarang daripada memasuki kawasan bandar. (300 patah perkataan)

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

53

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini . Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. GEJALA SOSIAL REMAJA MASA KINI

CONTOH JAWAPAN Penglibatan remaja dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat telah menjadi satu isu dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.Setiap hari ada saja paparan berita tentang remaja terlibat dalam kancah ini disiarkan oleh media-media massa. Lumba haram, penyalahgunaan dadah, Black Metal dan VCD lucah adalah antara isu yang hangat diperdebatkan dalam komuniti semasa Oleh itu kita perlulah mengenalpasti punca- punca timbul isu remaja kini untuk membendung daripada kudis menjadi tokak . Pengaruh rakan sebaya telah dikenalpasti menjadi satu faktor yang sinonim dengan gejala sosial dalam kalangan remaja. Mereka sering terikut-ikut dengan trend yang mekar dalam situasi kehidupan moden dan canggih. Sekiranya mereka tidak mengikut aliran kelompok terbesar, mereka dianggap kolot dan tidak sukakan cabaran. Oleh kerana jati diri yang rapuh dan pegangan agama yang kurang, akhirnya mereka terjebak dalam gejala yang boleh merosakkan diri,masyarakat dan negara. Pendidikan agama atau moral sering mengaturkan kehidupan manusia agar mematuhi undang-undang dan menjadi anggota masyarakat yang beretika dan sopan. Tanpa pegangan agama kukuh remaja sememangnya telah dicorakkan dengan warna-warna gejala sosial yang akan menjadi duri dalam daging atau api dalam sekam untuk negara tercinta. Remaja kelompok ini akan berasa seronok menjiwai watak-watak dalam drama gejala negatif kesan dari kehidupan yang tidak dibatasi oleh undang-undang agama dan sahsiah.Oleh yang demikian suatu mekanisme perlu direka bagi mengembalikan semula sikap dan pekerti yang menjadi tunjang kepada masyarakat berilmu dan bermaruah.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

54

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Sikap segelintir masyarakat ibu bapa yang kerap menghabiskan masa seharian dengan mencari rezeki dan bekerja tanpa memikirkan hal berkaitan anak-anak juga menjadi punca remaja terjebak dengan masalah ini. Atas tanggapan bahawa tanggung jawab mengajar hanyalah tugas guru dan pendidik, ibu bapa ini tidak acuh dengan pendidikan tidak formal yang bermula dari rumah. Mereka seharusnya tahu dan waspada dengan perubahan sikap, pergaulan dan kegiatan semasa anak mereka. Ketiadaan pengawasan daripada ibu bapa yang hanya menyerahkan keperluan fizikal kepada anak-anak telah menaikkan lagi peratusan berlakunya masalah remaja pada masa kini. Natijah ini seharusnya diberi fokus yang sewajarnya oleh kaum ibu bapa kerana melentur buluh biar dari rebungnya dan jangan pula nanti arang sudah terpalit dimuka baru rasa kesalnya Kesimpulannya remaja adalah tulang belakang pembangunan ekonomi,sosial dan politik bagi sesebuah negara. Semua pihak perlu memikirkan satu mekanisme yang lebih efisien untuk mencegah sebarang virus yang boleh merosakkan fizikal dan mental tenaga yang produktif ini. Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan, ibu bapa, masyarakat , keluarga adalah tanggungjawab yang mesti digalas bersama demi memastikan remaja kini bebas dari sebarang gejala yang tidak sihat. **** Lihat gambar di bawah dengan teliti.Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menanamkan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Panjang huraian antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Langkah-langkah Menanamkan Amalan Berjimat Cermat Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

55 Rangka Karangan

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Pendahuluan masyarakat perlu praktikkan amalan berjimat cermat (AR) elakkan sikap boros ketika berbelanja ( cth) terdapat langkah-langkah untuk tanamkan sikap berjimat cermat (AA) 2.1 Isi 1 : Memupuk sikap suka/rajin menabung ( IU) mengamalkan sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat (HS1) kerajaan mengambil inisiatif melalui potongan KWSP (HS2) ibu bapa harus memupuk amalan ini kepada anak-anak (HS3) ibu bapa menggalakkan anak-anak mempunyai tabungan sendiri (HS4) ibu bapa membuka akaun simpanan anak-anak di bank ( HS5) tabungan/simpanan oleh institusi kewangan ( HS6)

Isi 2 : Mengadakan skim saham amanah ( IU) Masyarakat perlu prihatin peranan skim saham amanah (HS1) peranan badan kerajaan menggalakkan masyarakat melabur/menabung(HS2) masyarakat perlu sedar kebaikan /faedah menabung/melabur(HS3)

2.3

Isi 3 : Perbelanjaan berhemat (IU ) perbelanjaan perlu perancangan yang teliti (HS1) perancangan bagi mengelakkan pembaziran/boros berbelanja (HS2) perlu mengelakkan penggunaan kad kredit ketika berbelanja (HS3) elakkan daripada mengalami masalah kewangan/beban hutang(HS4)

Penutup amalan berjimat cermat melahirkan masyarakat bijak dan progresif individu/ masyarakat mempunyai simpanan untuk masa depan amalan ini wajar menjadi budaya masyarakat Malaysia. CONTOH JAWAPAN Amalan berjimat cermat sememangnya merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga.Oleh itu, langkahlangkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanam sikap rajin menabung.Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna .Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , Bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. .Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

56

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang. Masyarakat juga hendaklah pihatin akan peranan skim-skim saham amanah.Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna.Oleh itu masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun.Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagian kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin. Sebelum membeli barangan , perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu.Barangbarang yang mahu dibeli perlu disenaraikan .Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan,bukan mengikut nafsu . Ketika berbelanja ,penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan .Justeru, masyarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat,beringat sebelum terkena. Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mecukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi,berfikirlah untuk hari esok,namun bertindaklah hari ini.Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur . ( 300 patah perkataan)

**** Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha memelihara permainan tradisional agar tidak pupus. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

57 RANGKA KARANGAN

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Pendahuluan Permainan tradisional mula dilupakan (AR) Contoh permainan tradisional iaitu permainan gasing, congkak, wau dan sebagainya (AS) Pelbagai usaha diambil untuk mempopularkan permainan ini (AA) Isi/fakta Peranan pihak sekolah (IU) Melalui kegiatan kokurikulum(HS1) Guru diberi pendedahan dan latihan(HS2) Menganjurkan pertandingan permainan tradisional(CTH) Dapat menguji minda dan fizikal(HS3) Dapat menarik minat pelajar(HS4) Peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan (IU) Mempopularkan kembali permainan tradisional(HS1) Mengadakan pesta permainan tradisional(HS2) Setiap negeri harus memainkan peranan(HS3) Wau dahulunya tekenal di negeri kelantan(CTH) Dapat menarik minat rakyat Malaysia(HS4) Dikormesialkan kepada pihak tertentu(IU) Menarik minat penganjur dan syarikat-syarikat besar(HS1) Mengadakan promosi semasa Sukan SEA(HS2) Sukan SEA Vietnam 2003(CTH) Memperkenalkan permainan tradisional kepada Negara-negara lain(HS3) Penutup usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak harus dipandang enteng jika tidak, permainan tradisional mungkin hanya akan dapat ditonton di muzium oleh generasi akan datang. CONTOH JAWAPAN Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Antara permainan tradisional tersebut ialah permainan gasing, wau, congkak dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan sebagainya berleluasa di pasaran menjadikan permainan tradisional bagai melukut di tepi gantang. Oleh itu, usaha-usaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini terutamanya kepada generasi muda. Salah satu usaha yang patut diambil bagi mempopularkan permainan tradisional ialah melalui pihak sekolah. Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional melalui penubuhan kelab atau persatuan di sekolah masing-masing. Guru-guru juga perlu diberikan pendedahan dan latihan secukupnya supaya mereka dapat membimbing para pelajar untuk bermain permainan tersebut. Melalui kegiatan ini juga, pelbagai pertandingan dapat diadakan seperti pertandingan gasing pangkah, congkah, sepak raga bulatan dan wau. Jika pertandingan diadakan, bukan sahaja dapat menguji minda dan fizikal para peserta malahan mereka juga akan bermain dengan bersungguh-sungguh. Sekali gus ini akan menarik minat mereka terhadap permainan tersebut.

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

58

Sijil Pelajaran Malaysia


Contoh Karangan Berpandu

Selain itu, pihak yang tertentu terutamanya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan harus mengorak langkah untuk mempopularkan permainan tradisional semula dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan. Sebagai contonhnya, wau dahulunya amat terkenal di Kelantan tetapi kini dilupakan. Acara seperti permainan wau dan gasing apabila dipersembahkan di peringkat kebangsaan, akan dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk mengenali dan mencuba permainan ini. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Acara ini juga perlu dikomersialkan supaya dapat menarik minat penganjur atau syarikatsyarikat besar untuk menajanya. Salah satu daripada caranya ialah acara sukan hendaklah dipromosikan semasa sukan SEA supaya dapat menarik minat negara lain. Sebagai contoh, Sukan SEA Vietnam 2003 yang lalu, negara Vietnam mengambil peluang untuk memperkenalkan permainan tradisinya kepada negara lain. Kesimpulannya, usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak harus dipandang enteng kerana permainan ini merupakan khazanah dan warisan negara yang harus dipelihara supaya tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Jika tidak, permainan tradisional mungkin hanya akan dapat ditonton di muzium oleh generasi akan datang. (297 patah perkataan)

****************************************

2009Hak Cipta Terpelihara

kcloo

You might also like