You are on page 1of 44

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012
MASALAH PENDENGARAN

TAJUK TUGASAN : HURAIKAN CIRI-CIRI DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN. BINCANGKAN APAKAH LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MEMBANTU MEREKA DI DALAM BILIK DARJAH.

DISEDIAKAN OLEH :

MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR 109679

2011/2012

Page 1

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

Isi Kandungan

1. Pengenalan ........................................................................................................... m/s 3 2. Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak bermasalah pendengaran ............................... m/s 4 2.1 Tidak menangis sebaik saja dilahirkan ........................................................... m/s 4 2.2 Tidak bertindak balas terhadap bunyi ............................................................. m/s 5 2.3 Lewat bertutur ................................................................................................ m/s 6 2.4 Lebih banyak menunjukkan dengan jari dari bercakap ................................. m/s 7 2.5 Kurang memberi perhatian apabila berbual .................................................... m/s 7 2.6 Tidak menunjukkan minat dalam aktiviti melibatkan komunikasi lisan ........ m/s 8 2.7 Pertuturan sukar difahami ............................................................................... m/s 8 2.8 Sering berkhayal ............................................................................................. m/s 9 2.9 Sukar mengikut arahan lisan .......................................................................... m/s 9 2.10Sering bertanya dan meminta arahan lisan diulang suara ......................... m/s 10 2.11Kerap meminta bantuan apabila melibatkan aktiviti lisan ........................ m/s 11 2.12 Memberi perhatian kepada penutur ......................................................... m/s 11 2.13Gagal menjawab soalan lisan dengan sesuai ............................................ m/s 12 2.14Tidak boleh atau sukar mengawal suara ................................................... m/s 12 2.15Masalah tatabahasa yang lemah ................................................................ m/s 13 2.16Gangguan kesihatan .................................................................................. m/s 14 2.17Suka berada hampir dengan sumber bunyi ............................................... m/s 14 2.18Masalah menentukan arah bunyi .............................................................. m/s 15 3. Langkah-langkah membantu kanak-kanak masalah pendengaran ....................... m/s 16 3.1 Langkah-langkah membantu mengikut kategori kepekakan .......................... m/s 16 3.1.1 Alat bantu dengar ............................................................................... m/s 17 3.1.2 Implan koklea ..................................................................................... m/s 17 3.1.3 Terapi pertuturan ................................................................................ m/s 18 3.1.4 Terapi pendengaran ............................................................................ m/s 18 3.1.5 Penggunaan bahasa isyarat ................................................................ m/s 18 3.2 Pengelolaan di dalam bilik darjah .................................................................. m/s 19 4. Kesimpulan ........................................................................................................... m/s 23 5. Rujukan ................................................................................................................ m/s 24 6. Lampiran .............................................................................................................. m/s 25

2011/2012

Page 2

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

1. Pengenalan Pendengaran merupakan deria penting dan sumber asas bagi seseorang manusia itu untuk berkomunikasi atau berhubung dalam menyampaikan maklumat atau sesuatu maksud secara lisan. Dengan adanya pendengaran yang baik, maka sesuatu urusan penyampaian lisan itu akan menjadi lebih mudah tanpa melalui halangan tertentu dan sebaliknya bagi individu yang mengalami masalah pendengaran, kesukaran ini akan memberi impak yang negatif dalam kehidupannya. Menurut Aznan (2010), pekak merujuk kepada individu yang tidak boleh mendengar bunyi di sekeliling mereka walaupun dengan bantuan alat bantuan pendengaran dan tahap kehilangan pendengaran setiap individu berbeza-beza. Secara umumnya pula, masalah pendengaran ini boleh dihadapi oleh semua lapisan peringkat umur samada bayi, remaja, dewasa mahu pun warga tua. Seseorang individu dapat membentuk pertuturan dan memahami sesuatu perkataan itu berdasarkan sejauh mana kebolehannya mendengar. Ini mengambil kira proses memahami dan membezakan maksud perkataan atau bunyi yang didengar melalui terjemahan otak dan sebelum tindakan susulan dibuat berdasarkan kejelasan pendengarannya. Bagi menjelaskan lagi keadaan masalah pendengaran ini, ianya berlaku disebabkan apabila kehilangan jenis sensori neural akibat kerosakan pada telinga dalam pada peringkat pralingual, iaitu sebelum kanak-kanak memperoleh kemahiran berbahasa (di bawah 2 3 tahun). Selain itu kehilangan konduktif akibat kerosakan pada telinga tengah dan dalam juga merupakan salah satu faktor kehilangan pendengaran. Oleh itu, kanakkanak bermasalah pendengaran mempunyai 3 rangkap kecacatan iaitu disebabkan mereka tidak dapat mendengar, mereka tidak dapat bertutur dan tidak dapat pula berfikir seperti kanak-kanak normal (Chua, 1992), dan boleh membawa kesan negatif jika tiada tindakan susulan diambil. Masalah pekak dan kehilangan daya pendengaran bukan sahaja memberi kesan kekurangan dalam input sensori, tetapi juga gangguan dalam interaksi serta hubungan di antara orang dewasa dengan kanak-kanak. Oleh hal ini, adalah dikhuatiri sekiranya
2011/2012 Page 3

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


masalah pendengaran ini berlaku kepada golongan kanak-kanak kerana memberi ancaman buruk khususnya aspek perkembangan bahasa, emosi dan sosial kanak-kanak tersebut hingga mencapai dewasa.
2. Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak bermasalah pendengaran

Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran sebenarnya jika dilihat secara fizikal tidak jauh bezanya dibandingkan dengan kanak-kanak yang normal. Ini kerana gangguan kelainan itu datangnya hanya dari bahagian telinga yang berfungsi sebagai deria untuk mendengar. Hasil kajian pakar pediatrik juga menunjukkan tidak semua kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran tergolong dalam kumpulan pekak sepenuhnya tetapi masih lagi mempunyai sisa-sisa pendengaran. Baki sisa pendengaran itu yang akhirnya digunakan oleh mereka untuk meneruskan kehidupan seharian meskipun tidak banyak membantu mereka. Oleh kerana itu, maka beberapa ciri telah dikenal pasti bagi mengesan kanak-kanak bermasalah pendengaran supaya langkah-langkah sewajarnya dapat dilakukan bagi membantu mereka.

2.1 Tidak menangis sebaik saja dilahirkan Berdasarkan sumber pakar pediatrik, seseorang kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran dapat dikesan dari peringkat awal lagi melalui kelainan tindakan dan ransangan seorang bayi yang baru lahir. Secara normalnya, kebanyakan bayi yang lahir akan menangis apabila selamat saja dilahirkan tetapi ini berbeza dengan bayi yang bermasalah pendengaran. Perbezaan ketara ini mungkin disebabkan kesan sampingan terhadap ibu bayi dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran berlaku. Kelainan ini mungkin berlaku disebabkan faktor beberapa jangkitan yang dialami oleh si ibu semasa mengandung. Terdapat kemungkinan besar besar lain juga yang boleh menyebabkan anak dalam kandungan berisiko mendapat gangguan pendengaran ialah apabila si ibu terdedah kepada sebaran bahan kimia di persekitaran yang akhirnya memudaratkan bayi yang dikandung. Pun begitu, harus diingat bahawa masalah pendengaran kanak-kanak seawal bayi juga boleh jadi berpunca dari sumber genetik atau baka yang kurang sihat dari ibu bapa kanak-kanak sendiri. Pengesanan masalah pendengaran juga boleh dilihat semasa proses kelahiran bayi tersebut samada
2011/2012 Page 4

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


disebabkan masa kelahiran bayi terlalu lama, bayi tidak cukup bulan dan penggunaan peralatan seperti forcep untuk memudahkan kelahiran bermasalah ini. Kesan-kesan ini akhirnya memberi kecederaan kepada bayi khususnya di bahagian telinga berdasarkan hentakan kuat atau pun masalah kekurangan oksigen semasa proses kelahiran berlangsung. Kesan sampingan seperti yang disebutkan di atas juga sebenarnya bukan saja boleh memberi risiko tinggi kepada bayi untuk mengalami masalah pendengaran, tetapi turut memberi kesan negatif di bahagian saraf dan otak bayi. Disebabkan kelainan tingkahlaku bayi yang ditunjukkan iaitu tidak menangis selesai sahaja dilahirkan dilihat sebagai faktor utama yang menyumbang kecenderungan masalah pendengaran ini berlaku.

2.2 Tidak bertindak balas terhadap bunyi Pengesanan masalah pendengaran terhadap bayi dan kanak-kanak juga boleh dikesan dengan sejauh mana mereka bertindak balas dan memberi ransangan khususnya terhadap sesuatu bunyi yang dihasilkan. Ini amat penting bagi menilai dan membuat pemerhatian asas sekaligus memastikan bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai daya deria pendengaran yang kuat dan mampu memberi respon kepada sesuatu situasi yang berlaku. Secara umumnya seorang bayi yang normal dapat memberi perhatian apabila adanya sumber bunyi di sekeliling contohnya apabila dipanggil atau di acah oleh orang lain. Respon dari bayi ini kebiasaannya akan berpaling dan memberi perhatian terhadap sumber bunyi dan disusuli deria lain iaitu mata akan menuruti pergerakan objek dari mana sumber bunyi acahan itu datang. Bagi kanak-kanak yang berumur sekitar 2 hingga 6 tahun, tahap kepekaan bunyi sekeliling sangat membantu mereka terutamanya dalam aspek perkembangan bahasa bersesuaian dengan umur mereka. Kanak-kanak normal pada peringkat umur sebegini biasanya lebih aktif dan peka terhadap sesuatu bunyi bersesuaian dengan tahap perkembangan otak kanak-kanak pada masa itu. Bagi kanak-kanak normal, mereka akan berpaling ke arah bunyi yang menarik perhatian mereka seperti apabila nama mereka dipanggil dan ini menunjukkan respon positif dari pendengaran mereka.

2011/2012

Page 5

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


Tingkahlaku ini berbeza dengan bayi dan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran kerana kebiasaanya mereka kurang peka terhadap bunyi yang terhasil disekeliling dan memerlukan bunyian secara berulang-ulang sehingga dapat menarik perhatian. Ini dapat diperhatikan melalui tindak balas kanak-kanak tersebut samada ketika situasi yang bising dan senyap apabila nama mereka dipanggil contohnya. Bagaimanapun haruslah diingat bahawa tahap pendengaran seorang individu dengan individu lain sangat berbeza, tetapi kemungkinan untuk kita melihat perbezaan seorang kanakkanak yang benar-benar bermasalah pendengaran itu dapat dikesan di peringkat ini.

2.3

Lewat bertutur Kita mengetahui bahawa komunikasi secara lisan merupakan elemen yang paling mudah dan penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan digunakan semasa proses sosialisasi seorang individu itu dan juga proses pembelajaran. Dalam situasi ini, adalah menjadi satu kesukaran buat kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk memperkembangkan aspek bahasa melalui pertuturan. Kesukaran ini datangnya dari kanak-kanak itu untuk menerima bunyi-bunyian dengan betul dan lebih tepat. Akhirnya ini akan menyukarkan mereka untuk menyebut kembali perkataan atau ayat yang digunakan sebelumnya seperti yang diutarakan oleh Abdullah Yusoff (2004). Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memahami pertuturan berpunca daripada pendengaran mereka terhadap perkataanperkataan atau ayat yang diujarkan tidak jelas. Kebiasaanya kanak-kanak yang mencapai umur 12 hingga 24 bulan mula bercakap dan membentuk bahasanya sendiri iaitu mamam atau akan (bermaksud makan) tito (bermaksud tidur). Namun bagi kanak-kanak yang bermasalah pendengaran, perkembangan pertuturan dan bahasanya terganggu dan lewat daripada kebiasaan dan ini menggangu pertumbuhan mental mereka. Hal ini perlu diambil serius melalui pemerhatian pertuturan mereka bagi menyusun tindakan susulan untuk mengelakkan kanak-kanak ini dapat menguasai bahasa lisan. Ini menjelaskan kepada kita bahawa aspek pertuturan dan perkembangan bahasa kanak-kanak ini telah disekat oleh masalah ketidakupayaan organ deria telinga berfungsi dengan baik. Kesukaran ini juga akhirnya membataskan diri kanak-kanak ini untuk belajar dan bersosial sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

2011/2012

Page 6

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2.4 Lebih banyak menunjukkan dengan jari daripada bercakap Seperti ciri yang yang telah dijelaskan sebelumnya, kegagalan penguasaan bahasa oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran ini juga menyebabkan mereka lebih cenderung untuk menggunakan bahasa isyarat mengikut pemahaman mereka sendiri untuk menyampaikan maksud. Ini ada kaitannya dengan faktor kebolehan lewat pertuturan menyebabkan mereka tidak dapat menyampaikan maksud secara lisan tetapi berkomunikasi dengan penggunaan anggota badan seperti jari dan sebagainya. Sebagai contoh, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan menunjukkan istilah lapar melalui isyarat tangan dengan meletakkan tapak tangan ke bahagian perut atau menunjukkan isyarat seperti menyuap makanan ke mulut. Berbeza dengan kanakkanak normal yang akan menyampaikan maksud lapar mereka dengan bahasa lisan. Ini menunjukkan perbezaan ketara dari aspek penguasaan bahasa dan cara komunikasi kanak-kanak bermasalah pendengaran ini jauh bebeza dengan kanak-anak normal. Kekerapan kanak-kanak ini cenderung menggunakan jari contohnya, semasa menyampaikan sesuatu komunikasi dengan meletakkan bahasa lisan sebagai medium nombor dua dalam komunikasi. Semua ini dapat dilihat melalui proses pemerhatian teliti dalam aktiviti sosial kanak-kanak tersebut.

2.5 Kurang memberi perhatian apabila berbual Pendengaran adalah asas kepada kebolehan manusia berkomunikasi secara lisan. Dalam hal ini, kebolehan kanak-kanak memperkayakan istilah penggunaan bahasa adalah sangat bergantung kebolehan mereka mendengar, memahami pegertiannya dan seterusnya menuturkan apa yang didengarnya. Namun begitu, ini berbeza dengan kelompok kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kerana beberapa fungsi organ tertentu dalam telinga gagal berfungsi dengan baik. Lanataran itu ianya memberikan kesan yang negatif kepada kanakkanak tersebut semasa bersosial khasnya ketika sesi interaksi perbualan. Bagi menjelaskan kenyataan ini, mereka kebiasaannya kurang dan gagal memberi perhatian apabila berbual. Masalah ini disebabkan kurangnya tumpuan mereka
2011/2012 Page 7

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


terhadap sesuatu perbualan komunikasi lisan itu terganggu oleh pendengaran yang kurang jelas akibat getaran gelombang suara yang diterima lemah. Lantaran itu, maka tidak hairanlah apabila mereka kurang memberi tumpuan dan tidak berminat untuk mengikuti sesi perbualan yang berlangsung.

2.6 Tidak menunjukkan minat dalam aktiviti yang melibatkan komunikasi lisan Ciri-ciri ini adalah mempunyai hubungkait dengan faktor yang terdahulunya iaitu apabila kanak-kanak kurang memberi perhatian apabila berbual. Dengan tahap kebolehupayaan mereka mendengar lemah, kanak-kanak ini lebih suka bersikap pasif dalam setiap perbualan dengan cara mendiamkan diri dan cuba untuk menjauhkan diri dari menyertai kumpulan yang sedang berbual. Bagi kanak-kanak normal, situasi perbualan merupakan satu kaedah bagi mereka untuk mempelajari sesuatu perkatan bermakna bersesuaian dengan tahap umur mereka. Mengikut Kreshan & Terrel (1983), menjelaskan bahawa proses memperoleh dan menguasai bahasa sangat aktif berlaku sebelum kanak-kanak berumur 12 tahun. Namun perbezaan ketara di sini ialah jelas menunjukkan bagaimana kanak-kanak bermasalah pendengaran ini mengasingkan diri mereka dan tidak menunjukkan ransangan minat terhadap aktiviti komunikasi lisan.

2.7 Pertuturan sukar difahami Secara umumnya kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kesukaran untuk menerima dan memahami arahan dan pertuturan lisan. Ini bermakna mereka sekaligus mengalami masalah pertuturan dengan penggunaan bahasa bagi sesuatu perkataan dan istilah itu tidak betul, tepat dan jelas bunyi dan maksudnya. Kesukaran berinteraksi secara lisan ini juga akhirnya member kesan negatif apabila mereka berinteraksi secara lisan dengan kanak-kanak normal. Masalah pertuturan dari aspek linguistik bahasa Melayu merupakan satu bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai aglutinatif yang membawa maksud bahawa pembentukan katanya mengalami proses yang boleh mengubah makna dan kelas kata sesuatu kata (Nik Safiah, 1978). Kesukaran ini dapat dibuktikan apabila wujudnya kata akar, berimbuhan, majmuk dan berganda yang menyukarkan kanak-kanak ini
2011/2012 Page 8

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


untuk menguasai bahasa pertuturan sekaligus mengelirukan kefahaman dan penggunaan sesuatu perkataan itu. Masalah pertuturan ini berlaku kerana kerana mereka cenderung menggunakan kata akar yang yang maksudnya berubah apabila dimasukkan kata imbuhan dan sebagainya seterusnya menukar maksud sesuatu ayat itu menjadikan pertuturan mereka tidak difahami oleh kanak-kanak normal. Ciri-ciri ini juga boleh dikaitkan dengan faktor terdahulu yang telah dinyatakan seperti lebih banyak menggunakan bahasa badan atau isyarat tangan untuk berinteraksi dan tidak menunjukkan minat semasa aktiviti lisan dijalankan.

2.8 Sering berkhayal Disebabkan kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kesukaran untuk mendengar sesuatu perkataan, ayat atau arahan dengan jelas dan tepat, risiko untuk mereka berkhayal adalah sangat tinggi. Ini kerana gelombang bunyi persekitaran di sekeliling kanak-kanak tersebut diterima dalam bentuk yang rendah dan hal ini menyebabkan mereka tidak mempedulikan komunikasi lisan yang berlaku. Pada peringkat ini kanak-kanak mudah untuk berasa khayal kerana tumpuan yang sepatutnya diberikan terhadap situasi persekitaran contohnya semasa proses komunikasi secara berkumpulan tidak dapat diterima. Ini membuatkan mereka tidak mengambil sikap tidak mahu menyertai aktiviti perbincangan dengan lebih aktif dan mengambil sikap pasif dan menyendiri semasa sidang interaksi lisan itu berlaku.

2.9 Sukar mengikut arahan lisan Ketidakmampuan bahagian telinga menerima gelombang dengan baik terutamanya di bahagian-bahagian dalam telinga menyebabkan mereka sukar menerima bahasa pertuturan dengan jelas. Rentetan dari ciri-ciri yang telah dinyatakan sebelumnya, permasalahan masalah pendengaran ini sekaligus menyukarkan kanak-kanak ini menerima arahan lisan dengan tepat dan membataskan interaksi dan tindak balas mereka terhadap sesuatu arahan yang diberikan.

2011/2012

Page 9

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


Ini menyebabkan setiap arahan, tugasan, ayat mahu pun perkataan sering disalah maksudkan oleh kanak-kanak ini. Contohnya apabila arahan yang diberikan oleh seorang penutur kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran iaitu, kau pandai main gitar, tetapi akan disalah terima pendengarannya menjadi, gigi kau besar. Kesukaran membuat pengecaman maksud arahan dan ayat bukan sahaja membantutkan proses pembelajaran mereka, tetapi memberi kesan buruk terhadap aspek sosial dan emosi kanak-kanak tersebut.

2.10 Sering bertanya dan meminta arahan lisan diulang suara Oleh kerana bahagian tertentu dalam telinga kanak-kanak bermasalah pendengaran ini mengalami gangguan kurang peka terhadap gelombang bunyi, maka ini menyebabkan mereka akan sering bertanya dan meminta arahan lisan yang diberikan diulang suara semula. Permasalahan ini adalah berturutan dari ciri-ciri yang telah dimaklumkan sebelumnya. Ini memaksa kanak-kanak yang mengalami masalah ini sering kali bertanya semula meminta arahan yang diberi diulang suara sehingga mereka yakin arahan yang diterima itu tepat dan mengikut kehendak si penuturnya. Beberapa situasi penting juga turut mempengaruhi kanak-kanak ini untuk menerima arahan-arahan yang diberi dengan lebih jelas khususnya melibatkan keadaan persekitaran yang bising, memungkinkan pengulangan soalan itu akan diminta secara kerap oleh mereka. Hal ini menjelaskan bahawa gangguan bunyi lain dipersekitaran sebenarnya akan memburukkan lagi isyarat penerimaan arahan yang diterima oleh mereka. Ini kerana mereka terpaksa pula mengasingkan maklumat atau arahan yang diterima disebalik bunyi persekitaran yang mengganggu penerimaan gelombang bunyi yang diterima oleh telinga mereka. Sebagai contohnya, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan meminta si penutur mengulang suara seperti, tolong ulang balik apa yang dikatakan tadi, atau pun setidak-tidaknya mereka akan memberi tindak balas pertanyaan dan pengulangan suara seperti aaaaa..?. ini menjelaskan kepada kita bahawa gangguan dan ketidakfungsian sepenuhnya pendengaran mereka ini menyebabkan mereka memerlukan pengulangan arahan dengan lebih kerap lagi. 2.11 Kerap meminta bantuan jika melibatkan aktiviti lisan
2011/2012 Page 10

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


Oleh kerana gangguan masalah ini menjejaskan tahap pendengaran kanak-kanak yang terlibat, ini menyebabkan mereka sangat cenderung meminta bantuan kanak-kanak atau individu yang hampir dengan mereka khususnya ketika melibatkan aktiviti lisan. Dengan kata lainnya mereka akan cuba meminta bantuan pihak luar untuk cuba menyelesaikan masalah lisan yang mereka hadapi. Sebagai contohnya semasa aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan aktiviti soal jawab yang mana soalan itu dituju terus kepada pengidap masalah pendengaran. Kesukaran mereka menerima bunyi dengan jelas membantutkan usaha mereka sendiri untuk cuba menjawab soalan secara sendirian disebabkan sikap tidak yakin mereka terhadap gelombang bunyi apa yang mereka terima adalah sama atau berbeza dengan yang dimaksudkan oleh penuturnya.

2.12 Memberi perhatian kepada muka penutur Akibat kekurangan kepekaan telinga mereka menerima gelombang bunyi dalam setiap arahan dan maklumat yang diberi semasa proses interaksi secara lisan, mereka akan cuba memberi sepenuh perhatian kepada muka penutur semasa penutur bercakap. Ciri-ciri ini terlihat disebabkan mereka cuba untuk memahami kehendak penutur berdasarkan agakan dan bacaan gerak bibir si penutur. Pun begitu ciri-ciri ini kebiasaannya bergantung berdasarkan keadaan situasi dan berdasarkan pengalaman mereka terhadap situasi dan kehendak yang disampaikan. Hasil daripada saki baki pendengaran yang mereka masih ada, mereka akan cuba untuk meneliti maklumat dan arahan berdasarkan mimik muka dan bacaan bentuk mulut yang diberikan dengan tepat. Maka tidak hairanlah sekiraya dalam aktiviti perbincangan contohnya, mereka akan memberi perhatian kepada muka penutur dengan tepat tanpa mempedulikan keadaan persekitaran.

2.13 Gagal menjawab soalan lisan dengan sesuai

2011/2012

Page 11

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


Seperti ciri-ciri yang telah dijelaskan sebelumnya, kekurangan dan ketidakfungsian sepenuhnya bahagian atau organ pendengaran dalam telinga menyebabkan kesulitan dan kepayahan penghidap untuk berkomunikasi secara lisan dan lebih berkesan. Hal ini membawa kepada kegagalan kanak-kanak ini untuk menjawab soalan lisan yang diberikan dengan jawapan yang sesuai dan bermakna. Hal ini berlaku kerana mereka sangat bergantung kepada saki baki pendengaran yang masih ada dan tidak mustahil apabila komunikasi yang dijalankan, mereka hanya mendengar perkataan yang hampir sama samada di awalan dan akhir sesuatu ayat dan perkataan yang diberi. Contohnya kanak-kanak normal bertanya, tolong hidupkan suis kipas, tetapi malangnya kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan menjawab, mana lipas?. Keadaan ini adalah disebabkan berlakunya pertembungan perkataan yang awal atau hujungnya hampir sama bunyi nya iaitu kipas dan lipas. Ini akan menyulitkan mereka sendiri untuk mengkategori maksud yang cuba disampaikan oleh penutur disebabkan saki baki pendengaran yang tinggal tidak tepat bunyinya.

2.14 Tidak boleh atau sukar mengawal suara Ketidakfungsian atau kegagalan telinga mendengar isyarat dan gelombang bunyi dengan tepat ini juga turut mempengaruhi cara kawalan vokal suara kanak-kanak penghidap yang terlibat. Ini disebabkan saki baki pendengaran yang masih ada semasa proses komunikasi lisan diterima dalam bentuk yang perlahan menyebabkan mereka akan memberi tindak balas lisan dengan suara yang yang perlahan dan kuat supaya kanak-kanak normal yang asalnya tadi menerima butir lisan darinya dengan lebih jelas. Oleh sebab itu, tidak hairanlah apabila seseorang kanak-kanak normal itu berkomunikasi dengan kawalan suara yang normal dan sesuai dengan persekitaran tetapi akan dibalas dengan suara yang agak tinggi dari kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kegagalan mereka mengawal suara ini sebenarnya jelas menunjukkan mereka tidak dapat menyesuaikan bunyi dan persekitaran dengan betul. 2.15 Masalah tatabahasa yang lemah

2011/2012

Page 12

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan sebelumnya, ianya banyak mengukuhkan lagi bukti bahawa penguasaan bahasa bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sangat terhad. Mereka juga sebenarnya sangat bergantung kepada sisa-sisa pendengaran yang tinggal seterusnya menyebabkan butir bahasa yang mereka nyatakan sendiri secara lisan tidak betul dan tepat penggunaannya. Berdasarkan kajian dan laporan yang dinyatakan oleh Teng Shin Min (1986), Mohd Hashim Omar (1985), Abdullah Yusoff (1992, 1993, 1995, 1996), dan Gog & Teh (1990, 1993) telah mengesahkan keadaan keadaan kanak-kanak pekak mempelajari bahasa Melayu sebagai satu tugasan yang sukar kerana bahasa Melayu adalah bahasa kedua bagi mereka. Ini kerana mereka hanya tahu dan faham untuk menggunakan perkataan akar sahaja sedangkan apabila berlaku penambahan imbuhan atau perkataan tersebut digandakan ianya membawa maksud yang jauh berbeza dari perkataan yang asal. Keadaan ini menjelaskan dan mengukuhkan lagi bahawa perbendaharaan kata murid bermasalah pendengaran ternyata sangat lemah dari sudut tatabahasanya. Keadaan ini akan menjadi lebih sulit sekiranya mereka menyampakan sesuatu maksud itu secara lisan kerana gabungan ayat tersebut menjadi celaru dan sukar difahami oleh individu normal. (Rujuk lampiran di muka surat 26)

2.16 Gangguan kesihatan

2011/2012

Page 13

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


Kebiasaannya kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sangat berisiko mengalami masalah kesihatan seperti di bahagian rongga-rongga kepala. Masalah ini mungkin berlaku kerana kedudukan rongga-rongga tersebut hampir dengan bahagian telinga dan ini member kesan secara tidak langsung kepada lain-lain bahagian tersebut. Gangguan kesihatan ini biasanya berlaku di bahagian dalam telinga itu sendiri sehingga pengidap masalah pendengaran itu sendiri akan mengadu sakit di bahagian tersebut dan bagi sesetengah kes, kebiasaanya terdapat cecair keluar dari telinga mereka. Pun begitu, terdapat juga situasi yang berlaku melibatkan bahagian rongga hidung seperti masalah selsema, dan masalah tonsillitis di bahagian tekak. Bagi sebahagian kes pula, masalah pendengaran ini turut berpunca dari penyakit sistematik seperti kencing manis, darah tinggi, hiperkolestrol, masalah buah pinggang dan sebahagian penyakit yang seumpamanya. Bagaimanapun jenis-jenis penyakit ini hampir pasti tidak melibatkan kanak-kanak kerana risiko ini bertumpu kepada kumpulan atau individu yang lebih dewasa seperti golongan warga tua.

2.17 Suka berada hampir dengan sumber bunyi Kebiasaannya kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sangat berisiko mengalami masalah kesihatan seperti di bahagian rongga-rongga kepala. Masalah ini mungkin berlaku kerana kedudukan rongga-rongga tersebut hampir dengan bahagian telinga dan ini member kesan secara tidak langsung kepada lain-lain bahagian tersebut. Oleh kerana tahap kepekaan telinga mereka menerima isyarat dengan lebih jelas, maka tidak hairanlah sekiranya jika kita dapat melihat ada beberapa situasi seperti ciri di atas ditunjukkan oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran. Ini disebabkan oleh keinginan mereka menerima isyarat itu secara berterusan tanpa halangan atau gangguan yang dapat menggugat kejelasan gelombang suara yang diterima.

2.18 Masalah menentukan arah bunyi

2011/2012

Page 14

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


Pendengaran memainkan peranan yang penting khususnya bagi memudahkan seseorang itu mengecamkan akan sesuatu bunyi dan maksud bunyi itu dengan tepat. Namun nikmat deria untuk mendengar (telinga) ini tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh mereka yang mengalami masalah pendengaran. Ini akan menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lambat untuk bertindak terhadap sesuatu interaksi mahu pun ketika situasi kecemasan. Sebagai contohnya di sini, kelemahan ketara yang dapat dilihat terhadap kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah mereka sukar untuk menentukan arah bunyi samada melalui lisan atau pun dengan penggunaan bahan elektronik lain seperti pembesar suara contohnya. Bagi beberapa situasi tertentu, mereka akan mengambil masa untuk mengecamkan sesuatu bunyi itu terlebih dahulu sebelum mencari dari mana arah bunyi itu datang. Contohnya apabila nama kanak-kanak bermasalah pendengaran itu dipanggil oleh guru, dia akan mengambil sedikit masa untuk mengecamkan maksud panggilan dan mencari dari mana datangnya arah bunyi gelombang suara itu.

3. Langkah - langkah membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran

2011/2012

Page 15

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


Tidak semua kanak-kanak yang menerima pendidikan di sekolah itu dapat menerima dan menguasai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (p & p) di sekolah itu dengan sempurna. Ini kerana setiap kanak-kanak itu mempunyai perbezaan bukan sahaj dari segi tahap perkembangan mental, tetapi aspek halangan-halangan tertentu yang menyebabkan mereka gagal memenuhi matlamat pendidikan itu sendiri. Perbezaan itu dapat dilihat dari aspek kekurangan dan ketidakupayaan yang ada pada seseorang kanak-kanak itu contohnya bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Perbezaan dan kekurangan ini menyebabkan beberapa kaedah pengajaran perlu dibuat penambahbaikan bersesuaian dengan tahap masalah mereka.

3.1. Langkah - langkah membantu mengikut kategori kepekakan Terdapat beberapa kategori kepekakan sebagai garis panduan untuk mengambil langkah - langkah yang sesuai bagi membantu kanak -kanak bermasalah pendengaran. Kategori kepekakan ini terbahagi kepada 4 kategori. Kategori kepekakan yang pertama ialah kepekakan sedikit iaitu mild. Tahap kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 20 - 45 dB. Mereka yang tergolong dalam kategori ini mengalami masalah untuk mendengar pertuturan dan perbualan yang perlahan. Namun begitu, mereka mampu untuk membentuk pertuturan atau bahasa yang normal sekiranya mendapat intervensi awal yang berkesan. Selain itu, mereka juga perlu menggunakan alat bantu pendengaran yang sesuai. Kategori kepekakan yang kedua ialah kepekakan sederhana atau moderate. Tahap kehilangan pendengaran pula ialah 46 - 70 dB. Kebiasaannya mereka ini mengalami masalah pertuturan terutama yang melibatkan gangguan bunyi latar yang kuat. Risiko untuk mereka mengalami masalah perkembangan pertuturan dan bahasa sangat tinggi sekiranya tidak mendapat intervensi awal yang berkesan serta tidak menggunakan alat bantu pendengaran yang sesuai. Kategori kepekakan yang seterusnya ialah kepekakan teruk ataupun severe. Tahap kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 71 - 90 dB. Dalam kategori ini, individu tersebut tidak dapat mendengar bunyi pertuturan yang normal. Oleh itu, bagi membantu proses komunikasi mereka memerlukan bantuan visual untuk mereka memahami pertuturan. Bantuan visual adalah seperti membaca gerak bibir penutur dan menggunakan bahasa isyarat tangan. Kategori kepekakan yang terakhir ialah kategori sangat teruk iaitu profound. Tahap kehilangan kepekakan bagi kategori ini ialah melebihi 91 dB. Dalam kategori
2011/2012 Page 16

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


ini, individu mempunyai masalah besar untuk mendengar bunyi pertuturan. Selain itu, mereka cenderung untuk mengalami masalah bahasa dan pertuturan yang sangat teruk. Oleh hal yang demikian, mereka menggunakan bantuan visual bagi memudahkan komunikasi namun memerlukan pendekatan yang berkesan. 3.1.1 Alat bantu dengar Alat bantu dengar ialah suatu peralatan yang digunakan bagi membantu penghasilan gelombang bunyi menjadi lebih kuat melalui penggunaan mikrofon di telinga. Ianya berfungsi apabila gelombang atau isyarat diterima melalui getaran elektrik dan bunyi dikuatkan oleh komponen amplifier yang terus dipasang hampir dengan saraf atau organ pendengaran. Dewasa ini terdapat pelbagai jenis alat bantu dengar boleh didapati di pasaran dan kebanyakan pengguna yang menggunakan alatan ini masih lagi mempunyai baki sisa pendengaran. Oleh itu, alatan ini sangat sesuai digunakan untuk menjadikan bunyi yang dihasilkan menjadi lebih kuat dan jelas. Bagaimanapun penggunaan alatan ini sebenarnya masih tidak dapat membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran ini kerana alatan ini masih gagal untuk menapis bunyi luar yang mengganggu dan tidak dikehendaki dari didengar oleh kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak juga boleh terdorong untuk berasa lebih malu kerana menggunakan peralatan itu meskipun sebagai satu keperluan mereka untuk mendengar dengan lebih jelas. 3.1.2 Implan koklea Sebagai pilihan alatan lain dalam membantu individu atau kanak-kanak bermasalah pendengaran selain alat bantu dengar, implan koklea atau dikenali sebagai telinga bionik telah diperkenalkan. Alatan yang dipasang secara pembedahan kecil dibahagian telinga terlebih dahulu ini digunakan untuk meransang saraf auditori dan koklea dengan getaran elektrik. Berbeza dengan alat bantu dengar yang berfungsi untuk menguatkan bunyi, implan kolea ini mempunyai pemrosesan pertuturan dan transmitter yang boleh menapis sedikit sumber bunyi luar yang tidak dikehendaki dan memberi kejelasan kepada pengguna. 3.1.3 Terapi pertuturan Terapi pertuturan ialah satu bentuk senaman muka, kawalan pernafasan dan suara yang terdiri daripada komponen utama dalam penghasilan komunikasi
2011/2012 Page 17

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


lisan. Terapi ini melibatkan kaedah latihan surprasegmental yang menekankan aspek suara dan pernafasan. Terapi pertuturan ini sangat menekankan aspek latihan pertuturan yang melibatkan latihan pandangan mata dan tumpuan perhatian. Ini disebabkan kadar tumpuan kanak-kanak sangat pendek dan hal ini membuatkan keperluan untuk menggunakan deria mata sebagai satu unsur penting dalam membantu pendengaran mereka sendiri. 3.1.4 Terapi pendengaran Terapai pendengaran ialah kesinambungan dari terapi pertuturan di mana terdapat beberapa aktiviti dalam terapi ini yang cuba untuk memfokuskan kanak-kanak bermasalah penglihatan terhadap sisa pendengaran yang ada dengan lebih jelas. Terapi ini akan dapat lebih berfungsi lagi sekiranya seseorang kanak-kanak itu menggunakan alat bantu dengar atau pun telah memasang implan koklea. Sesi terapi pendengaran ini sangat memfokuskan aspek mengesan bunyi, membezakan bunyi, mengenalpasti bunyi dan memahami bunyi. Empat ciri utama ini sangat dititik beratkan bagi membantu kanak-kanak mendapat maklumat atau maksud sesuatu bunyi dengan jelas dan tepat. 3.1.5 Penggunaan bahasa isyarat Kebanyakan kanak-kanak atau individu bermasalah pendengaran secara tidak langsung turut mempunyai masalah untuk berkomunikasi secara lisan. Lantaran itu maka kebanyakan mereka sangat bergantung kepada deria dan anggota badan lain untuk berkomunikasi. Sejajar dengan itu, maka wujudlah bahasa natif orang pekak, ejaan jari, sign exact English, kod tangan bahasa Melayu, pertuturan KIU, American sign language dan bahasa isyarat Malaysia. Perolehan kepenggunaan ini sebenarnya sebagai langkah bagi membantu mereka yang bermasalah seumpama ini dapat berkomunikasi sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

3.2. Pengelolaan di dalam bilik darjah Langkah awal perlu diambil bagi mengatasi masalah pendengaran pelajar. Hal ini kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif dalam perkembangan bahasa dan
2011/2012 Page 18

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


pertuturan kanak - kanak atau pelajar tersebut. Masalah ini bukan sahaja merencat perkembangan bahasa kanak - kanak tersebut malah perkembangan sosial, psikologi, komunikasi dan juga vokasional mereka. Mereka yang dapat mendengar suara yang kuat kebiasaannya mengalami perkembangan pertuturan yang sedikit terbantut. Maka, mereka perlulah diajar untuk bercakap dan mendengar dengan baik. Selain itu, mereka boleh diajar berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas memainkan peranan yang sangat penting terhadap perkembangan ini. Sekiranya berada di dalam kelas guru perlu menitikberatkan beberapa perkara untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Guru boleh mengajar mereka menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis, bercakap dan melatih pelajar mendengar bunyi - bunyi di persekitaran mereka. Namun begitu, perkara pertama yang perlu guru lakukan ialah mengambil perhatian kanak - kanak untuk memastikan mereka bersedia dan tahu bahawa guru sedang bercakap dengan mereka. Sekiranya perhatian kanak - kanak ini terganggu mereka akan mudah meradang dan tidak berminat untuk belajar. Selain itu, guru perlu menempatkan murid di kedudukan dan posisi yang membolehkan mereka mudah melihat dan mendengar dengan baik, jelas dan tepat. Hal ini bagi menghindarkan berlakunya ketidaksedaran kepada murid sekiranya guru sedang berinteraksi dengan mereka. Murid juga perlulah duduk di kedudukan yang membolehkan mereka melihat bibir, wajah dan isyarat tangan guru dengan jelas supaya mereka lebih mudah untuk memahami pengajaran guru. Ini juga turut berkait dengan ciri-ciri murid bermasalah pendengaran di mana mereka sering gagal untuk mengecamkan dari mana sumber atau gelombang bunyi itu datang. Penentuan kedudukan murid ini boleh membantu mengekalkan tumpuan murid seterusnya aka mengelakkan mereka tercicir semasa p & p. Semasa bercakap guru hendaklah menghadap pelajar dan tidak membelakangi mana - mana pelajar. Ini dapat mengelakkan murid dari gagal menerima gelombang suara tersebut dengan mudah dan tanpa halangan. Seperti dalam penjelasan ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak bermasalah yang telah dijelaskan seelumnya, masalah ini mungkin akan menyebabkan murid tidak menunjukkan minat dalam sesi p & p dan menyebabkan murid berkhayal di dalam kelas. Oleh itu, adalah wajar bagi seorang guru untuk memahami keperluan permasalahn murid dengan mewujudkan pertuturan komunikasi secara terus sekaligus dapat menarik tumpuan murid.

2011/2012

Page 19

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


Pengelolaan murid bermasalah pendengaran ini sebenarnya berpusatkan kepada cara tona, rima suara dan komunikasi lisan seorang guru itu dalam menentukan dan mengekalkan tumpuan murid. Oleh itu, suara yang digunakan oleh guru semasa bertutur juga mestilah bernada biasa tetapi terang dan jelas serta isyarat yang digunakan tepat dan bermakna. Hal ini sangat membantu murid yang masih mempunyai sisa pendengaran ditahap mild dan murid yang mempunyai kemampuan untuk menggunakan peralatan alatan pendengaran. Dengan cara ini, murid akan menggunakan baki sisa pendengaran yang ada untuk cuba memahami bahasa lisan tersebut disamping memperkayakan istilah bahasa sekaligus mengekalkan tumpuan murid. Penataan cahaya dalam sesi p & p bukan sahaja keperluan yang perlu dipraktikkan oleh guru untuk mengajar kelas biasa untuk mewujudkan suasanan kelas yang lebih kondusif. Ini juga amat dititikberatkan semasa sesi pengajaran murid bermasalah pendengaran. Jelasnya di sini bahawa seseorang guru perlu memastikan bkedudukan posisinya sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar. Ini bertujuan untuk membolehkan murid tersebut menggunakan teknik membaca gerak bibir si penutur (guru) semasa komunikasi lisan berlangsung. Oleh itu, guru hendaklah cuba mengelakkan diri dari menghalang bibir mahupun fizikal tangan dengan sebarang objek semasa bercakap, berkomunikasi dan membaca di hadapan pelajar serta sentiasa berdiri di suatu tempat sahaja semasa bercakap. Halangan ini akan menyukarkan murid untuk memahami pertuturan guru dan maksud isyarat yang cuba disampaikan. Berdasarkan langkah-langkah di atas di samping merujuk kepada permasalahan murid, ini menjelaskan kepada kita bahawa keperluan seorang guru itu untuk kekal berdiri di suatu tempat semasa komunikasi lisan dalam bentuk arahan diberikan. Teknik ini mungkin tidak digalakkan bagi seorang guru yang mengajar murid kelas normal. Tetapi dalam situasi ini, murid bermasalah pendengaran sangat memerlukan kedudukan yang tetap supaya dapat menerima hala isyarat bunyi yang betul tanpa perlu mencari dan menetapkan arah pendengaran itu. Sekiranya guru menggunakan bahasa isyarat, guru digalakkan menggunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan mudah difahami. Ini dapat membantu murid mempelajari dan memperkayakan istilah bahasa selain dapat memahami sesuatu perkataan atau isyarat dengan tepat. Penggunaan kod ini hendaklah selaras dengan situasi semasa dan memudahkan komunikasi murid itu sendiri di masa akan datang.

2011/2012

Page 20

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


Teknik bahasa isyarat, dan penggunaan bahasa tubuh sangat membantu mereka bukan sahaja dalam sesi p & p, tetapi semasa mereka bersosial. Guru juga boleh menggunakan ayat -ayat atau rangkai kata untuk mengajar mereka di dalam kelas. Ini sangat penting dalam proses memperkayakan bahasa murid dan dapat diadaptasi oleh mereka samada di dalam kelas atau semasa aktiviti sosial mereka. Sekiranya guru mengajar sesuatu perkataan baru, berilah contoh ayat bagi perkataan tersebut serta tuliskan maknanya. Sebagai contoh, bagi memastikan murid dapat mengingati perkataan baru yang diajar, guru boleh membuat satu kolum khas untuk menulis perkataan - perkataan baru yang dipelajari dalam minggu tersebut di hadapan kelas. Dewasa ini, kita telah banyak melihat proses revolusi penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat membantu kaedah pengajaran dengan lebih berkesan dan ini bukan saja melibatkan murid normal, tetapi juga murid bekerpeluan khas khususnya bermasalah pendengaran Penggunaan medium BBM oleh guru terhadap murid bermasalah pendengaran ini hendaklah dimaksimumkan bagi membantu murid memperolehi pembelajaran bermakna sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran. Oleh itu, dari penggunaan kad imbasan berupa isyarat, perkataan mudah kepada peralatan teknologi yang lebih moden iaitu penggunaan alatan visual dan audio seperti penggunaan komputer riba, LCD, dan beberapa perisian yang terdapat di pasaran hendaklah digunakan sepenuhnya. Penggunaan aplikasi ini nyata bukan sahaja dapat memudahkan guru dalam pengajaran, tetapi apa yang lebih penting ialah murid mengikuti proses p & p dan objektif pengajaran tercapai. Sebagai kesimpulan pengajaran, isi pengajaran diringkaskan dan guru boleh membuat edaran kepada pelajar untuk memudahkan mereka. Isi - isi penting pengajaran direkodkan dan dicatat di suatu sudut khas di dalam kelas seperti contoh ditulis di suatu sudut khas di papan hitam kelas sebagai peringatan kepada pelajar. Walaubagaimanapun, galakan daripada guru itu sangat penting. Guru boleh memberi galakkan supaya murid bertanya semasa sesi pembelajaran dan pengajaran serta guru perlu memberi galakkan supaya pelajar sentiasa memberi tumpuan penuh kepada sesi pembelajaran dan pengajaran.

2011/2012

Page 21

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

4. Kesimpulan Sebagai konklusi, bermula dari umur kurang daripada 3 bulan ibubapa seharusnya peka dengan sebarang keganjilan, perubahan atau ketidaknormalan anak supaya pelbagai langkah yang perlu dapat dilakukan bagi membendung masalah mereka. Kekurangan yang dimiliki oleh anak bukan bermakna mereka membawa malang dan perlu dibiarkan tanpa perhatian. Dewasa ini, pelbagai kajian telah dilakukan oleh para ilmuwan bagi membantu mereka yang mengalami masalah pendengaran. Selain itu, para penyelidik juga telah
2011/2012 Page 22

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


mencipta pelbagai alat bantu pendengaran untuk memudahkan mereka yang mengalami masalah pendengaran. Di samping itu, sejak tertubuhnya Akta Pendidikan Khas, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Program Pendidikan Khas bagi membantu golongan yang mempunyai masalah pembelajaran ini. Oleh hal yang demikian, mereka yang mempunyai masalah pembelajaran akan disalurkan ke program pendidikan yang sesuai dengan ketidakupayaan pelajar tersebut. Pelajar - pelajar ini akan mendapat hak sebagai pelajar sejajar dengan pelajar - pelajar normal.

5. Rujukan Buku 1. Chua, T. (1991). Methods of Teaching Deaf Children in Singapore and Malaysia. Singapore: Institute of Education, Singapore.
2. Jamila KA. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

2011/2012

Page 23

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN


3. Kehilangan Pendengaran dan Bayi Anda Langkah Selanjutnya. (2007). NSW Department of Health.

Jurnal 1. Jurnal Bahasa 2. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia

Majalah 1. Abdullah Yusof & Che Rabiah Mohamed (2002) Proses Pendengaran dan Implikasi Kecacatannya Terhadap Berbahasa. Dewan Bahasa, Ogos. 2. Aznan Che Ahmad (2010) Masalah Pendengaran. Buletin Pendidikan Khas, April.

Laman Web
1. http://www.searchinpdf.com/Tajuk:-Penggunaan-Alat-bantuanPendengaran-di-kalangan-murid-murid-... 2. https://www.slideboom.com/presentations/93362/TERAPI-PERTUTURAN

1. Lampiran

2011/2012

Page 24

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 25

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 26

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 27

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 28

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 29

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 30

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 31

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 32

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 33

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 34

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 35

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 36

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 37

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 38

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 39

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 40

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 41

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 42

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 43

PPK 212 - MASALAH PENDENGARAN

2011/2012

Page 44

You might also like