You are on page 1of 22

SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEKOLAH RENDAH)

AMBILAN KHAS OKTOBER 2007

PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN


HBHE1203

Nama :
MOHD ASRI BIN CHE AWANG

No. Matriks :
650118035343002

No. Telefon :
019-9773886

Tutor :
ENCIK TAN KA KEONG

PPW :
Pahang

Semester :
September 2008
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

ISI KANDUNGAN

Halaman

Sekapur Sirih 2

1. PENDAHUL UAN

1.1 Soalan Tugasan 3

1.2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan 5

Tahun 5 (Hanya tunjang pembelajaran yang dipilih)

2. TUGASAN 6

2.1 Rancangan Pengajaran Harian

3. PENERANGAN PENGKAEDAHAN 13

4. RUMUSAN 14

5. LAMPIRAN 15

6. BIBLIOGRAFI 21

Persembahan MS Power Point di e-mail.

1
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, segala puji bagi Allah tuhan sekalian


alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat
saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran
dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya
iaitu En. Tan Ka Keong atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam
memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan
ini. Hanya Tuhan jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor
dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang
tidak ternilai harganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di
dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala
kesabaran, penat jerih dan lelah pasti ada hikmah disebaliknya.

Terima Kasih.

MOHD ASRI CHE AWANG


650118035343

2
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

3
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

Rancangan Mengajar atau juga dikenali rancangan kerja merupakan rancangan untuk
melaksanakan sukatan pelajaran secara terperinci mengikut keperluan kelas yang di ajar oleh
seseorang guru.

Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran, dengan cara


mengubahsuai kannya kepada unit pengajaran. Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru
perlu memikirkan perkara berikut:

Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran, fakta, konsep, sikap,
nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif).

Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? (Merangkumi objektif


pengajaran).

Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang dirancang?

Apakah kaedah penyampai an yang paling sesuai digunakan supaya objektif


pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan?

Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan pembelajaran


(murid)?

Seterus dipaparkan sedutan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 5


dan tunjang yang dipilih. Kemudian iikuti pula satu rancangan pengajaran harian yang lengkap
yang menekankan konsep pembelajaran konstruktif dan pengaplikasian kemahiran berfikir.

4
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

5
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Mata Pelajaran : Pendidikan kesihatan


Tarikh : 20/10/2008
Hari : Isnin
Masa : 7.40 a.m – 8.40 a.m
Tahun : Tahun 5
Bil. Murid : 24 orang
Tunjang Pembelajaran : Kesihatan Diri dan Keluarga
Tajuk : Kesihatan Diri
Sub Tajuk : Seksuali ti

Hasil Pembelajaran :
Aras 1 : Memahami maksud akil baligh, haid dan ihtilam.
: Menerangkan perubahan fizikal semasa akil baligh.
: Menerangkan langkah penjagaan kebersihan yang
diambil semasa haid dan ihtilam.

Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan


dapat :
1. Menerangkan maksud akil baligh, haid dan ihtilam
dengan tepat dan jelas.
2. Menyenar aikan 7 daripada 12 perubahan fizikal
yang berlaku selepas akil baligh.
3. Menyatakan langkah-langkah penjagaan
kebersihan semasa haid dan ihtilam.
4. Murid dapat mengamalkan cara hidup sihat dan
bersih khususnya semasa haid.

6
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

Pengetahuan sedia ada murid: 1. Bagi murid muslim, mereka pernah melihat
ibu atau kakak mereka tidak solat atau
berpuasa dengan alasan uzur.
2. Murid pernah menghadiri majlis berkhatan
bagi kanak-kanak lelaki yang hampir baligh.

Penerapan nilai : Hormat-menghormati dan sopan santun

BBM : Petikan, kad manila, gambar, kad soalan, slaid power


point

KBKK : Membuat urutan, perbandingan, menjana idea

TKP : Kecerdasan kinestatik, kecerdasan muzik, dan

kecerdasan linguistik

7
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

CATATAN/BAHAN
AKTIVITI PENGAJARAN
LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN BANTU
DAN PEMBELAJARAN
MENGAJAR (BBM)

SET INDUKSI Slaid Powerpoint


Lagu – Murid diminta menari dan
(5 Minit) “Aku Dah Dewasa” menyanyikan bersama-
sama guru, lagu “Aku Dah
Rentak – Dewasa”
“Old McDonald Had a
Farm” Guru membuat perkaitan
TKP : antara lirik lagu dengan isi
Kecerdasan muzik pembelajaran hari ini.
dan kinestatik

Contoh Soalan: Guru bertanya secara


LANGKAH 1
(15 Minit) Apakah maksud akil rambang kepada murid
baligh.? tentang maksud akil baligh,
Apakah maksud haid? haid dan ihtilam.
Apakah maksud
ihtilam? Murid diminta memberi
maksud berdasarkan
pemahaman sedia ada
Maksud : mereka.
Akil baligh - Satu
proses yang berlaku Guru menerangkan Slaid Powerpoint
semasa proses maksud akil baligh, haid
pertumbuhan dan dan ihtilam dengan
pembesaran manusia. menayangkan slaid
powerpoint.
Haid - Darah yang
keluar dari rahim.

8
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

CATATAN/BAHAN
LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARA N BANTU
DAN PEMBELAJARAN MENGAJAR
(BBM)

Ihtilam - Suatu Murid diminta mencatat


keadaan apabila air setiap maksud tersebut
mani keluar secara sebagai bahan hafazan.
tidak sedar semasa
bermimpi sesuatu
yang
memberahikan

LANGKAH 2
Menyenar aikan Murid dibahagikan kepada
(20 Minit)
perubahan-perubahan 4 kumpulan yang terdiri
fizikal yang berlaku daripada 2 kumpulan murid
selepas akil baligh. lelaki dan 2 kumpulan
murid perempuan. Setiap
KBKK : Proses ahli kumpulan adalah
Perbandingan seramai 6 orang.

Kumpulan murid lelaki akan Kad Gambar


dibekalkan dengan kad
gambar L manakala
kumpulan murid
perempuan dibekalkan
dengan kad gambar P.

9
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

CATATAN/BAHAN
AKTIVITI PENGAJARA N DAN BANTU
LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN
PEMBELAJARAN MENGAJAR
(BBM)

Pembentangan Setiap kumpulan diminta


oleh wakil berdiskusi dan menyenaraikan
kumpulan perubahan-perubahan fizikal
TKP : Kecerdasan yang mereka nampak di dalam
linguistik kad gambar masing-masing.

Wakil kumpulan akan menyusun


Rumusan dan membacakan hasil dapatan
perubahan- kumpulan masing-masing.
perubahan fizikal
selepas akil baligh. Setiap kumpulan diedarkan
dengan modul pengajaran untuk
dibuat perbandingan dan juga
catatan. (Bahan pengukuhan)

Guru membimbing murid Slaid


membuat rumusan tentang Powerpoint
perubahan-perubahan yang
berlaku selepas akil baligh.
Lembaran
Murid diedarkan dengan aktiviti
lembaran aktiviti.

Hasil dapatan murid disemak


oleh guru.

10
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

CATATAN/BAHAN
AKTIVITI PENGAJARA N DAN BANTU
LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN
PEMBELAJARAN MENGAJAR
(BBM)

LANGKAH 3 Guru bertanyakan murid jika ada


Menyatakan
(15 Minit)
di antara mereka yang mengenali
langkah-langkah
produk dengan jenama
penjagaan
“stayfree”, “kotex”, “whisper”,
kebersihan semasa
“laurier” dan lain-lain jenama.
haid dan ihtilam
Bersoal jawab dengan murid
tentang kegunaan tuala pelekat
KBKK : Poses
wanita dan iklannya di kaca
menyusun ikut
televisyen.
kriteria

Murid diedarkan dengan satu


petikan karangan.

Murid menyenar aikan langkah-


langkah penjagaan kebersihan
berdasarkan petikan yang dibaca

Guru membantu murid membina


pengukuhan yang peripentingnya
menjaga kebersihan khususnya
semasa haid.

11
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

PENUTUP / Mengulangi dan Guru meminta murid menyebut


PENILAIAN
ingat kembali dan mengingat kembali maksud
(5 minit)
maksud akil baligh, akil baligh, haid dan ihtilam.
haid dan ihtilam.

Generalisasi Murid menyatakan yang mereka


tentang perubahan- akan mengalami perubahan
perubahan fizikal fizikal apabila mencapai akil
semasa akil baligh. baligh.

Kepentingan Guru mengingatkan dan


menjaga menegaskan kepada murid agar
kebersihan semasa memahami situasi semasa haid
haid. dan bersedia menghadapinya.
Guru menegaskan perbuatan
mengejek kawan yang dalam
KBKK : Membina haid adalah perbuatan tidak
rumusan matang dan tiada sopan serta
tidak menghormati perasaan
orang lain. Lagipun, haid adalah
fungsi normal badan perempuan
yang sihat dan bersifat peribadi.

Guru menggalakan murid


menambah pengetahuan melalui
pembacaan buku-buku mengenai
akil baligh, haid dan ihtilam.

12
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

Penerangan tentang kaedah dan kemahiran bernilai tambah yang dipilih dalam setiap
langkah pengajaran yang dirancang dengan berkesan.

Pada set induksi, guru memilih agar murid nyanyikan lagu “Aku dah dewasa” yang
liriknya ada kaitan dengan isi pelajaran. Guru mudah untuk kaitkan dengan isi pelajaran untuk
langkah seterusnya. Murid dapat memperlihatkan kecerdasan muzik dan kinestatik masing-
masing. Murid yang berbakat boleh diserap dalam pasukan koir sekolah.

Langkah pertama, guru menggunakan kaedah bersoal jawab dan memberi peluang
murid menjana idea. Guru cuba kaitkan dengan pengalaman sedia ada murid
(konstruktivisme). Guru menggunakan kaedah resepsi iaitu penerangan secara kelas maksud
haid dan ihtilam dengan jelas.

Langkah 2, di samping mencerap gambar yang diberikan dan membuat perbandingan


(KBKK), murid juga dikehendaki berdiskusi ( berbincang) dalam kumpulan untuk mendapatkan
hasil tugasan. Wujudlah percambahan fikiran dan murid dapat memperlihatkan kecerdasan
interpersonal yang masing-masing miliki. Modul pembelajaran disediakan oleh guru sebagai
bahan pengukuhan. Murid menjawab lembaran kerja secara individu.

Langkah 3, guru mulakan dengan kaedah bersoal jawab tentang jenama tuala pelekat.
Seterusnya murid membaca petikan yang disediakan. Beberapa orang muid diminta
membaca secara mekanis dengan nada dan intonasi yang betul (kecerdasan verba linguistik)
Daripada petikan, murid menyenarai langkah-langkah penjagaan kebersihan (KBKK : proses
menyusun ikut kriteria).

Penutup secara kognitif dengan membuat rumusan semula dan afektif agar murid
menambah pengetahuan melalui bacaan.

13
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

RUMUSAN

Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi setiap orang guru.
Persediaan pengajaran dapat meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar, di samping
dapat membantu guru menilai pembelajaran murid di akhir pengajaran dengan lebih
berkesan. Melalui penulisan persediaan mengajar, kompetensi dan komitmen guru dapat
dinilai dan seterusnya dapat membimbing guru ke arah melahirkan guru yang profesional.

Guru perlu merancang pengajarannya, dengan mengambilkira segara aspek yang


berkaitan iaitu objektif, pengetahuan sedia, bahan (isi pelajaran dan peralatan), dan aktiviti
- yang sesuai dengan tajuk yang akan diajar serta latar belakang murid. Segala
pengetahuan, kemahiran serta nilai yang perlu dikuasai dan diterap kepada murid perlu
digariskan terlebih dahulu dengan jelas, pada peringkat awal perancangan. Semasa
merancang pengajaran, guru perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang akan dijalankan
murid, bagi memberi perluang kepada mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran,
melalui pengalaman sebenar , secara hands-on dan minds-on.

Aktiviti pengajaranpembelajran yang dicadang hendaklah mempunyai perkaitan jelas


dengan setiap objektif pengajaran dan isi pelajaran, berasaskan pengetahuan sedia ada

14
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

murid. Bagi membantu murid mempelajari sesuatu konsep dengan mudah dan berkesan, guru
perlu menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai. Guru perlu menilai pembelajaran
murid, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di sepanjang proses pengajaran.
Melalui penilaian yang konsisten dan berterusan, guru dapat mengesan sebarang
masalah pembelajaran yang dihadapi murid, seterusnya mengambil tindakan segera untuk
mengatasinya. Di samping menilai pemahaman murid, guru perlu menganali sis dan
menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya (iaitu, refleksi kendiri), sebaik
sahaja sesuatu pengajaran tamat.

LAMPIRAN 1

Aku Dah Dewasa

Semasa kanak-kanak,
Badanku kecil.
Kini kudewasa, Murid lelaki
Oh
badanku sasa.

Dulu kukecil
Emak selalu
Menghiasku. Murid perempuan
Kini kudewasa
Melawa
jadi hobiku.

Lihatlah kami
semakin tinggi,
Suara dah berubah Semua
Itulah tanda
Kami kini
Dah dewasa.

15
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

Rentak ”Old McDonald Had A Farm”

LAMPIRAN 2

KAD AKTIVITI P

16
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

LAMPIRAN 3

KAD AKTIVITI L

17
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

LAMPIRAN 4

PETIKAN

Ani seorang murid tahun 6 Bestari di sebuah sekolah di Daerah


Jerantut. Ani seorang murid yang aktif dalam kokurikulum dan dalam
masa yang sama sangat cemerlang dalam akademik. Beliau dilantik
sebagai Penolong Ketua Murid sesi persekolahan tahun 2008.

Seperti murid-murid lain yang sebaya dengannya, Ani sudah mula


didatangi haid. Walaupun pada mulanya Ani agak tidak selesa dan
bermasalah namun semua terkawal kerana Ani sudah bersedia untuk
menghadapinya. Ani sentiasa nampak ceria dan cergas walaupun semasa
haid.

Ani bijak menjaga kebersihan dirinya semasa dala keadaan haid.


Badannya sentiasa bersih. Kebersihan pakaiannya sentiasa dijaga. Ani
menggunakan tuala pelekat yang sesuai untuk dirinya. Ani selalu
memastikan tuala pelekat yang telah digunakan dibuang di tempat yang
betul. Ani tetap aktif dalam gerak kerja kokurikulum walaupun semasa
haid. Pendek kata haid tidak mengganggu rutin hariannya.

18
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

LAMPIRAN 5

19
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

LAMPIRAN 5

LEMBARAN AKTIVITI

PERUBAHAN FIZIKAL PERUBAHAN FIZIKAL PERUBAHAN FIZIKAL DIRI


LELAKI PEREMPUAN SAYA

20
MOHD ASRI BIN CHE AWANG (650118035343002)
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
HBHE1203

BIBLIOGRAFI

HBHA1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan. Prof. Dr Ansary Ahmed.


(2007). Meteor Doc Sdn. Bhd. Selangor.

Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme; Julai


2001: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Sani Ibrahim, (1998) Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan


Latihan Guru-guru Sekolah Bestari. Prosiding Seminar Isu-isu
Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://www.scribd.com

21

You might also like