P. 1
1. definisi,sejarah & kelebihan

1. definisi,sejarah & kelebihan

|Views: 5,377|Likes:
Published by hazwaniahmad

More info:

Published by: hazwaniahmad on Jan 16, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/16/2013

pdf

text

original

RASM UTHMANI

PENGENALAN Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf Al Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Saidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah Al Quran dan huruf-hurufnya. Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan mashaf-mashaf Rasm Qiyasi. Sebahagian ulama mendefinisikannya sebagai sebarang penulisan yang menyalahi cara penulisan lafaz-lafaz disebabkan ziyadah, hadhf, ibdal dan sebagainya. Dr. Syaaban Muhammad Ismail pula mendefinisikannya dengan lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Saidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu. Kaedah penulisannya pula merangkumi tujuh huruf Al Quran, ditulis tanpa mempunyai titik dan baris serta terdapat dalam semakan terakhir dan tidak dimansuhkan bacaannya. Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan sebagai Rasm Taufiqi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan bagindalah yang memerintahkan supaya ianya digunakan dalam penulisan al Quran pada ketika itu. Daripada definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama, dapat disimpulkan bahawa Rasm Uthmani itu ialah tulisan asal Al Quran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat Al Quran dan dinisbahkan kepada Saidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya Al Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.

penggunaan tulisan Imla’ie tau Qiyasi tidaklah diharuskan.a. menambah. Oleh itu. .a. PEMBAHAGIAN RASM Rasm Al Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1. 2. atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah. ILMU RASM Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz. penulisan mashaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat taufiqiyah. memisah dan menggantikan huruf penulisan (rasm) Al Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s. mengganti.PENGERTIAN RASM Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gamabran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Kebanyakan mashaf ditulis mengikut kaedah ini. Rasm Istilahi / Uthmani • Penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa keadah seperti membuang. menyambung. mengurang. Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat. huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah. menyambung.w yang diikuti secara ijma’ (sepakat) oleh seluruh ulama’ mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk taufiqiyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.w. Maka. Rasm Qiyasi / Imla’ie • Penulisan menurut ucapan atau pertuturan.

hazaf dan ziadah. Walau bagaimanapun dibawakan dua contoh mudah untuk menerangkan betapa perlu dikekalkan Rasm Uthmani dalam penulisan Al-Quran.Tujuh : Contohnya ‫ مالك يوم الدين‬dan ‫والذين هم لماناتهم‬ :Jika ditulis dalam Rasm Uthamani ia ditulis begini ‫ ملك يوم الدين‬dan ‫والذين هم لمنتهم‬ . Dua perkara ini tidak dapat dibincangkan di dalam tulisan yang pendek ini. Contoh-contoh perbezaan: Rasm Uthmani ‫َٰيأ َي َُها ٱل ّذين ءامنوٱ‬ ُ َ َ َ ِ َ ‫الصل ٰوﺓ‬ ّ ‫الزﱠك ٰوة‬ Rasm Imla’iy َ ‫ي َأ َي ّها ال ّذين ءامنوا‬ ُ َ َ َ ِ َ َ ‫الص ّﱠﻼ‬ ‫ﺓ‬ ‫الزﱠكاة‬ ‫من علمه<إل بما شاء‬ ‫له أخلده‬ ‫الحمد لله‬ ‫من علمه ال بما شاء‬ ‫له اخلده‬ ‫الحمد لله‬ Perbezaan ini mempunyai implikasi besar dalam ilmu bahasa dan ilmu Qiraat. Ia memerlukan pengetahuan bahasa yang baik dan ilmu Qiraat yang dipelajari daripada guru yang mursyid secara Talaqqi dan Mushafahah. Perbezaan ini hanyalah pada kedudukan sesuatu huruf.PERBEZAAN RASM UTHMANI DENGAN RASM IMLA’I Terdapat perbezaan antara Rasm Uthmani dengan Rasm Imla’iy. Ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dan penting dengan kaedah bacaan Al-Quran mengikut Qiraat . Konsep ini berkait rapat dengan kaedah bahasa Arab.

kita membaca kalimat ( ‫ ل ٰم ٰنتهههم‬dan ( ‫ ) ٰملههك‬dengan panjang dua harakat.) ِهدنا‬Ia َِ ْ ‫ا‬ menjadi hidup walaupun ketika bacaan wasal . Sedangkan dalam Qiraat lain ianya dibaca dengan pendek.Dalam bacaan kita di Malaysia mengikut Qiraat Hafs daripada ‘Asim.) ملك‬ ْ ِ َِ َ ِ َِ Jadi. Demikian juga dengan tanda baris fathah (atas) dan kasrah (bawah) pada kalimah (‫الحمدﷲ‬ ُ ْ َ َْ ِ ) dan ( ‫ . ia ditulis dengan: (‫ ) ٱلحمدﷲ‬dan (‫. Begitu juga dengan baris kasrah pada huruf Alif di kalimah Ihdina (‫ . mereka ) membacanya dengan pendek (tiada mad) seperti ( ‫ ) لمانتهم‬dan ( ‫. . Dalam Rasm Uthmani. sedangkan di masa wasal tidak dibunyikan.) ٱهدنا‬ ُْ َ ْ َِ ْ Inilah di antara keunikan Rasm Uthmani berbanding dengan Rasm Imlaiy dan kaedah Bahasa Arab sekarang.) اهدنا الصراط‬Baris fathah pada huruf Alif (hamzah wasal) pada kalimah Alhamdulillah َ َّ َِ ْ ِ (‫ ) الحمدﷲ‬menyebabkan bacaan salah ketika bacaan sambung atau wasal dengan perkataan lain ُ ْ َ َْ sebelumnya. Sedangkan dalam Qiraat lain. kalaulah ditulis dengan ( ‫ ) لماناتهم‬dan ( ‫ ) مالك‬kerana ada Alif yang bermaksud ِِْ َ َ ِ َِ mad. sebab itu ditandakan dengan simbol kepala sad ( ‫ ) ص‬iaitu ( ).Ianya meraikan bacaan-bacaan mengikut Qiraat yang Mutawatirah.

”  Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus.” . Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk. • Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil. yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.” Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 . Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN AL-QURAN yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui beberapa cara iaitu: • Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa. Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:  Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransuransur. • Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya. • Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.22 yang bermaksud: “Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia.

termasuk daripada orang-orang Ansar (penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab. Sebagaimana Rasulullah saw. Umar al-Khattab. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu. Talhah. Muaz bin Jabal. . dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas. Abu Darda’ dan Anas bin Malik. Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail(bangun malam) dan solat. Ibnu Omar. Ai’syah dan Hafsah (isteri Rasullullah). sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Ibnu Abbas. Pada akhir hayat Baginda. Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib). Jibril mentasminya sebanyak dua kali. Huzaifah. Ibnu Mas’ud. Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya: “Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril (Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus.” Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Di antara huffaz (penghafaz / penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq.Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya: “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran. Selain itu. Zaid bin Thabit. Abu Hurairah.”  Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan .

sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra’(pembaca Al-Quran). Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’. Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu: • Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan. Khalid bin al-Walid. Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang. Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja.kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu. sebab dan peristiwa. . • • Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus. atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput. tetapi beransur-ansur. Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin. Selepas dibincang dengan teliti. Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor. • Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu) . ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf (teks lengkap yang berbuku). Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup.Pada masa yang sama. Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Muawiyah bin Abu Sufian. maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu.batuan. Nabi SAW juga melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.

Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah. mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah. Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya). Selepas beliau wafat.Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran.Manakala.Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas.naskah dihantar ke Kota Basrah. Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah . Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW. isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman. akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat. serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas. jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri. diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Selepas kewafatannya. Pada peringkat awal.naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah AlMukarramah.

Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam.Namun diharapkan Al-Quran versi bukan mashaf Uthmani diminta untuk tidak dibuat bacaan ataupun hafalan bagi mengelakkan kekeliruan. Ali bin Abi Thalib. Abdullah bin Zubair.gantian daripada tandatanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi.bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan. Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran.Mashaf Madinah dan lain-lain.tidak mengikut standart bacaan Arab Quraisy yang dipersetujui bersama. Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini. Nota: Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani sekarang. .namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang berlainan seperti Al-Quran Muhammad(Quranul Majid).Hal ini disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam Qiraat(Imamimam Syatibi) yang khusus.Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam Teks resam yang lain dari mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu. Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua.Cuma mungkin berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat yang berlainan. Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).

. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam yang lain sehingga ke hari ini.TAHAP PENULISAN AL-QURAN Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap berikut: i. Tulisan alQuran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg. ii. Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik ( ‫ ) نقطة العجام‬yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi. Tahap Kedua: Ditandakan titik ( ‫ ) نقطة العراب‬yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad al- Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin alHakam). v. iv. iii. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.

Mengikut tulisan al-Quran yang asal. x. yi. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan). Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.  o . vii. v. Bentuk tulisannya yang agak keliru jika ditulis tanpa baris. Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir.W. ii. Salah satu dari mukjizat al-Quran. iii.000 orang sahabat. xii. viii. Walaubagaimanapun. xi. Dipersetujui oleh lebih 12. sebagai yang hidup selepas dari zaman tersebut. lebih selamat sekiranya kita berpegang dengan pendapat yang mengatakan bahawa rasm uthmani itu merupakan satu ketentuan daripada Allah S. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).w. ix. Mengikut sunnah Rasulullah s. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas.a.w dan begitulah juga yang baginda ajarkan kepada para sahabatnya. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar. Ini menyulitkan pembaca-pembaca yang baru mengenali Al-Quran untuk membaca dengan tepat. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.KELEBIHAN RASM UTHMANI AI-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan. iv. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.s kepada baginda Rasulullah s. antaranya: i.a. KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN RASM UTHMANI Terdapat pelbagai tanggapan dalam kalangan para ulama mengenai kedudukan rasm uthmani ini. KELEMAHAN RASM 'UTHMANI Sukar dibaca apabila ditulis tanpa baris.T yang diajarkan oleh malaikat Jibrail a.

Contohnya seperti kalimah ( ‫ إيت ٓاىء‬ditambah dengan huruf yaselepas huruf hamzah. untuk ) menunjukan bahawa Hamzah itu berbaris kasrah (bawah).W. lahjah-lahjah yang digunakan. hadhaf.T ( ‫ ) وٱلسههمٓاء بني ٰنههها بأييههد‬adalah untuk lebih ِ َِ ‫ﱠ‬ menguatkan lagi kenyataan mengenai kebesaran Allah S. . Keistimewaan-keistimewaan tersebut terdapat pada huruf-huruf ziyadah.W. huruf-huruf ziyadah ini juga dilihat mempunyai banyak keistimewaan. Contohnya seperti ziyadah huruf ya pada kalimah ( ‫ ) بأييههد‬dalam firman Allah S. para ulama juga mendapati bahawa huruf-huruf ziyadah juga ada mempunyai makna lain yang tersirat disebaliknya. Di samping itu.T sahaja. Semua ini menjadikan resam tersebut lebih diyakini untuk diamalkan. bentuk tulisan yang sama dan sebagainya. KEISTIMEWAAN HURUF-HURUF ZIYADAH Selain mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah S. Para ulama berpendapat bahawa huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal baris bagi sesuatu huruf tersebut. ibdal.W. Resam Uthmani ini juga sebenarnya banyak mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat pada resam yang lain. kalimah ( ‫ )سأوريكم‬ditambah dengan ْ ُ ِ ْ َُ huruf waw selepas huruf hamzah untuk menunjukan bahawa hamzah itu berbaris dammah (depan) dan kalimah ( ‫ ) ولوضعوا‬pula ditambah dengan huruf alif selepas huruf hamzah untuk َُ ْ َ menunjukan bahawa hamzah itu berbaris fathah (atas). kalimah yang bersambung dan berpisah.T yang mencipta langit yang begitu kukuh dan sempurna dengan kekuasaan dan kehebatanNya.Pendapat ini dirasakan lebih sesuai berasakan kepada beberapa kenyataan yang telah dibahaskan. Selain daripada itu. terutamanya pada peringkat awal penulisannya yang tidak mempunyai sebarang baris.

MERANGKUMI BEBERAPA LAHJAH ARAB Satu lagi keistimewaan yang terdapat pada resam uthmani ialah ia boleh dijadikan sebagai bukti yang menunjukan bahawa Al-Quran itu ditulis bukan hanya menggunakan lahjah Quraisy sahaja. tetapi penulisannya merangkumi beberapa lahjah arab yang lain seperti lahjah Huzayl. Begitu juga pada kalimah ( ‫الهد ٰى(.ف)لق ٰى‬dan ‫َتَ ﱠ‬ َ ُ) sebagainya yang ditulis dengan huruf yamenggantikan dengan huruf alif. Hawazin. Contohnya seperti penulisan ta al marbuthah kepada ta al maftuhah pada beberapa kalimah yang tertentu.W. Kinanah dan sebagainya. KEISTIMEWAAN MENYAMBUNG DAN MEMISAHKAN KALIMAH Kalimah-kalimah yang ditulis dengan disambungkan pada beberapa temapat.t ( ‫. Demikian juga pada ِ ِ ْ ِِ ِ ُ ْ َ ُ ‫َ ْ َ ْ ِ َ َﱠ‬ lahjah-lahjah yang lain. Jika dilihat dari segi makna sememangnya terdapat perbezaan apabila kalimah tersebut disambung dan dipisahkan. disebabkan huruf ya itu adalah merupakan asal bagi kalimah-kalimah tersebut.w.) أمن يمشي‬ ُ َُ ‫ﱠ‬ ِ َْ ‫َﱠ‬ .T ِْ َ (‫ ) يومَ يأت لتكلم نفس إل بإذن ۦه‬adalah berpandukan kepada lahjah Huzayl.KEISTIMEWAAN HURUF-HURUF IBDAL Huruf-huruf ibdal dilihat oleh para ulama mempunyai satu keistimewaan yang tersendiri. tetapi dipisahkan pula pada tempat-tempat yang lain juga sebenarnya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. disebabkan huruf waw itu adalah merupakan asal bagi kalimah-kalimah tersebut. Mereka berpendapat bahawa huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal bagi sesuatu huruf. adalah berpandukan kepada lahjah Arab Tay’.w. Contohnya seperti kalimah (‫الصل ٰوﺓ( الزﱠك ٰوة‬dan sebagainya yang ) ّ ) ditulis dengan huruf waw menggantikan dengan huruf alif.t (‫ ) ٲم من يكون‬dan disambung pula pada firman Allah s. Dihadhafkan huruf ya selepas huruf ta pada kalimah ( ‫ )يأتي‬dalam firman Allah S.Contohnya kalimah ( ‫ ) ٲم من‬yang dipisahkan pada firman ‫ﱠ‬ Allah s.

KEISTIMEWAAN KAEDAH PENULISAN YANG SAMA Satu lagi keistimewaan yang terdapat pada Rasm Uthmani ialah terdapatnya beberapa kalimah yang ditulis dengan kaedah tulisan yang sama.w.w. Contohnya seperti dihadhafkan huruf ‫و‬ selepas huruf ‫ ع‬pada kalimah ( ‫ ) ويدعو‬adalah untuk memperkukuhkan lagi kenyataan bahawa ُ ْ ََ doa seseorang hamba itu sangat mudah dan cepat sampai kepada Allah s. Berdasarkan kajian para ulama. KEISTIMEWAAN KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH Penulisan huruf-huruf ‫ ء‬dengan sutrah yang berbeza-beza juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. mereka mendapati bahawa terdapat satu makna yang tersirat daripada setiap huruf yang dihadhafkan itu. Demikianlah juga pada beberapa lagi kalimah yang lain. Begitu juga dihadhafkan huruf ‫ ا‬selepas huruf ‫ و‬pada kalimah ( ‫ ) وج ٓاءو‬dalam Firman ُ ََ Allah s. walaupun cara bacaannya berbeza.) بل‬tetapi sekiranya bersambung ia membawa maksud yang lain. huruf-huruf hadhaf juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.t. Kaedah ini digunakan supaya kalimah-kalimah tersebut sesuai dibaca oleh semua wajah Qiraat. Contohnya. KEISTIMEWAAN HURUF-HURUF HADHAF Sebagaimana huruf-huruf ziyadah.Apabila ditulis dengan terpisah ia membawa maksud ( ‫ .( ‫) وج ٓاءو بسحر عظيم‬adalah untuk lebih memperkuatkan lagi kenyataan bahawa sihir ِ َ ٍِِْ ُ ََ itu adalah perbuatan yang salah dan sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.w.t. ditulis selepas huruf ‫ ا‬selepas huruf ‫ خ‬pada kalimah ( ‫ ) يخدعون‬dalam firman Allah َ ُ َْ َ s. Bentuk-bentuk yang berbagai itu sebenarnya melambangkan .t ( ‫ ) وما يخدعون إل أنفسهم‬supaya ia boleh dibaca oleh qiraat yang mengekalkan huruf ‫ا‬ tersebut ( ‫ ) وما يخدعون‬ataupun qiraat yang menghadhafkannya.

Contohnya. APLIKASI KAEDAH DI SEKOLAH Di Malaysia. Contohnya. pengajian al-Quran melalui Resam Uthmani ini juga dapat membentuk bacaan yang selaras di kalangan pembaca yang mungkin mempunyai bentuk bacaan yang berbeza. pengajian al-Quran dalam sistem pendidikan telah mengalami pelbagai perubahan terutamanya di peringkat sekolah. Ini memudahkan para murid membaca al-Quran dengan bacaan yang betul. murid dapat berhenti dengan baik dan selesa. apabila kaedah ini diamalkan sejak dari peringkat persekolahan lagi. Secara tidak langsung. samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Bagi murid yang ingin menghafal pula. bentuk tulisannya juga teratur dan kemas samada pada awal atau surah. Pada pendapat saya. ) ٰىتين‬yang ditulis )َ ‫ف‬ dengan ‫ ي‬dan sebagainya. Semua keistimewaan yang dinyatakan di atas merupakan perkara-perkara zahir yang dapat difikirkan oleh para ulama berdasarkan kajian dan ilmu mereka.w. Di samping itu. ianya akan . kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di sekolah-sekolah di negara kita adalah kaedah Resam Uthmani. Antara kelebihan pelaksanaan kaedah ini di sekolah ialah bentuk tulisannya dapat memudahkan seseorang mengetahui dan mengingati bentuk bacaan al-Quran. Demikianlah juga pada kalimah seperti ( ‫مأو ٰىهم‬yang ditulis dengan ‫) ا . Sesungguhnya. Selain itu.tentang wajah-wajah Qiraat yang diharuskan. perbezaan bentuk baris tanwin dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid. seperti kalimah ( ‫ ) بمؤمنين‬yang ditulis dengan ‫ و‬adalah disebabkan kalimah tersebut dibaca dengan huruf ‫ و‬oleh sebahagian Qiraat. masih terdapat banyak lagi keistimewaan lain yang tidak dapat mereka selami kerana hakikatnya . nescaya ia akan mewujudkan bacaan yang seragam di seluruh negara. Begitu juga pada awal atau akhir juzuk.t. Fenomena inilah yang menjadi faktor utama pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang menghadapi perbezaan bacaan al-Quran di kalangan umat Islam yang berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia dan mempunyai ramai penganut yang baru memeluk Islam. semua itu merupakan mukjizat yang menjadi rahsia Allah s. Justeru itu. Setiap ayat diakhiri dengan kalimah yang menyempurnakan dan memenuhi kehendak ayat tersebut.

Sekiranya ia hanyalah merupakan ijtihad para sahabat semata-mata. Ciri inilah yang terdapat dalam Resam Uthmani. Beberapa cirri yang telah dikemukakan oleh para ulama seharusnya memberikan kesedaran kepada kita. KESIMPULAN Demikianlah dijelaskan beberapa kelebihan yang menjadikan Rasm Uthmani itu sangat perlu diberi perhatian. Firman Allah taala : " ‫"ورتل القرأن ترتيﻼ‬ Maksudnya : Dan bacalah Al-quran itu dengan tartil. maka sudah tentulah huruf-huruf Al Quran itu bukannya satu mukjizat. maka sudah pastilah Al Quran itu terdedah dengan perubahan dan penyelewengan. bahawa sesungguhnya rasm ini sangat perlu diberi keutamaan apabila seseorang itu ingin membaca atau menulis Al Quran. Kesimpulannya. tambahan pula bilangan mukasurat bagi setiap juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20 halaman. malah seluruh umat Islam di negara amnya. pendekatan yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan dalam pengajaran al-Quran yang menggunakan Rsam Uthmani di sekolah pada masa ini adalah amat tepat. Walaupun Kalam Allah ini diturunkan dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi bentuk bacaannya seperti bacaan pendek dan panjang.t. beberapa keistimewaan yang terdapat pada Rasm Uthmani sebagaimana yang diterangkan oleh para ulama sebenarnya boleh menyedarkan kita bahawa rasm tersebut sememangnya merupakan wahyu daripada Allah s.memudahkan murid untuk membuat rujukan. Sekiranya ini berlaku. Jika kemukjizatan dan keistimewaan dapat diterangkan dan ditonjolkan dengan sebaiknya. Diharapkan usaha ini akan meninggalkan impak besar dalam memberi ilmu dan kefahaman bukan sahaja kepada pelajar sekolah.w. ia dapat menarik minat para guru dan murid untuk menggunakan Resam Uthmani ini dalam pengajian al-Quran. tulisan Resam Uthmani ini dapat menonjolkan kemukjizatan al-Quran dengan wujudnya perbezaan bentuk tulisan al-Quran berbanding bahasa Arab. ia dapat memandu murid untuk membaca dengan betul. Seterusnya. Di samping itu. . Dengan adanya tanda bacaan yang tertentu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->