You are on page 1of 4

Tajuk Puisi : Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman

Maksud Rangkap 1 Terdapat sebuah negeri yang dikenali sebagai Deli Tua,kerajaannya amat kuat mahupun kukuh dengan kotanya dipenuhi orang ramai. Kemasyuran kerajaan tersebut tiada tandingan. Rangkap 2 Raja tersebut dikurniai tiga orang anak. Anaknya yang pertama ialah seorang putera, manakala anak kedua pula merupakan seorang puteri yang sangat cantik. Rangkap 3 Anaknya yang ketiga merupakan seorang putera yang memiliki rupa paras yang cukup tampan serta amat dikasihi oleh rakyat jelata Rangkap 4 Baginda sultan yang telah kematian isterinya masih belum berkahwin kerana tiada berkenan di hati. Rangkap 5 Dengan kehendak tuhan setelah beberapa lama baginda Sultan memerintah, baginda mula jatuh sakit. Rangkap 6 Kesakitan yang dialami oleh baginda amatlah kritikal sehingga tubuh badannya menjadi kurus. Walaupun baginda cuba dirawat oleh beberapa orang tabib namun tahap kesihatannya semakin kritikal Rangkap 7 Tabib bersungguh-sungguh mengubati baginda Sultan, namun penyakitnya tidak dapat dirawat juga. Rangkap 8 Usaha tabib tersebut menunjukkan tiada kesan lagi kerana sultan semakin nazak.

Rangkap 9 Sultan terpaksa menempuhi kesakitan setiap saat ketika itu sehinggalah baginda mangkat. Rangkap 10 Sultan mangkat dengan meninggalkan takhta kebesaran serta harta dunia kepada penggantinya.

Tema

Bertemakan hari-hari terakhir seorang raja sebelum menemui ajal.

Persoalan

1. Persoalan kesungguhan mengubati penyakit. 2. Persoalan ketentuan Ilahi berkaitan ajal maut. 3. Persoalan kebesaran dan keagungan seseorang raja yang tiada bandingannya. Bentuk

1. Terdiri daripada 10 rangkap 2. Setiap rangkap mempunyai empat baris 3. Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata 4. Setiap baris terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. 5. Rima akhirnya ialah aaaa.

Gaya Bahasa

1. Imej alam batu 2. Personifikasi- Penyakit menggoda 3. Bahasa pinjaman(Arab)- baqa, rahmatullah
4. Bahasa Istana baginda,gering,mangkat,takhta dan raja 5. Sinkope-tak 6. Hiperbola- badannya kurus tinggallah tulang

Unsur bunyi 1. Asonansi pengulangan vokal a Pasarnya ramai bukan suatu 2. Aliterasi pengulangan konsonan n Baginda gering bukan kepalang

Nilai 1. Nilai kegigihan Tabib gigih berusaha mengubati penyakit sultan 2. Nilai bertanggungjawab Sultan bertanggungjawab akan pemerintahannya
sehingga berjaya menawan hati rakyat 3. Nilai ketabahan Ketabahan Sultan ketika menanti saat-saat maut

Pengajaran
1. Kita haruslah gigih dalam melaksanakan sesuatu seperti tabib gigih mengubati penyakit sultan. 2. Kita perlulah bertanggungjawab akan amanah seperti Sultan yang bertanggungjawab dalam pemerintahannya 3. Kita haruslah tabah berhadapan dengan dugaan seperti sultan tabah ketika menempuh saat-saat kematian.

Latihan
Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1.

Kotanya kukuh berpagar batu merujuk kepada _________________

2. Nyatakan 3 unsur bahasa istana yang terdapat dalam puisi ini.

Jawapan

1. Kerajaannya amat kuah dan kukuh 2. Baginda, gering, dan mangkat

You might also like