You are on page 1of 22

PENGETAHUAN, MINAT DAN KEMAHIRAN MURID TAHUN 5 DALAM BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN BAGI MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Oleh:

NURANISA BINTI MOHAMAD SALLEH

Pengenalan Pengetahuan dan kefahaman murid yang tinggi dalam bidang membentuk dan membuat binaan dapat menarik minat murid menghasilkan sesuatu produk atau binaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. (Pusat Perkembangan Kurikulum,2001) Selain daripada mempunyai pengetahuan terhadap aspek-aspek yang diperlukan dalam melakukan aktiviti membentuk dan membuat rekaan,murid juga haruslah mempunyai kemahiran dan minat dalam melaksanakan aktiviti tersebut.

Penyataan Masalah Murid kurang didedahkan dengan pengetahuan dalam bidang membentuk dan membuat binaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, murid kurang mahir dalam menghasilkan produk dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Sehubungan itu, murid kurang berminat untuk melaksanakan proses pengajaran dan pengajaran dalam bidang membentuk.

Persoalan Kajian Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, kajian ini mempunyai persoalan-persoalan seperti berikut :1. Apakah tahap pengetahuan, minat dan kemahiran murid terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ? 2. Apakah perbezaan pengetahuan, minat dan kemahiran murid berdasarkan jantina terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ? 3. Apakah hubungan di antara pengetahuan, minat dan kemahiran dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ?

Objektif Kajian Kajian ini secara terperincinya mempunyai objektif-objektif seperti berikut :1. Mengenal pasti tahap pengetahuan, minat dan kemahiran murid terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual . 2. Mengenal pasti perbezaan pengetahuan, minat dan kemahiran murid berdasarkan jantina terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual . 3. Mengenalpasti hubungan diantara pengetahuan, minat dan kemahiran dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual .

Batasan Kajian Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Seremban, Negeri Sembilan. Responden yang terlibat adalah murid-murid tahun 5. Jumlah responden adalah seramai 40 orang murid yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Fokus kajian adalah bidang kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan.

Tinjauan Literatur Konsep Pengetahuan menurut Chabris (1983) ialah sebarang maklumat yang berguna bagi tugas yang dilakukan. Hurlock (1986) pula mendefinisikan minat sebagai sumber motivasi yang akan mengarahkan seseorang pada apa yang akan mereka lakukan apabila diberi kebebasan untuk memilihnya.

Kemahiran dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan :Membentuk -Menguli -Menempa -Memicit -Menggelek Membuat Binaan -Mengikat -Menjalin -Melentur -Mencantum -Menyambung -Lipatan -Membentuk -Memotong
Modul Seni Dalam Pendidikan, HBEF 1403 (2006)

Metodologi Kajian Reka bentuk kajian Kajian jenis kuantitatif . Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif di mana data berkaitan persepsi pelajar terhadap tahap pengetahuan, minat dan kemahiran murid terhadap bidang membentuk dan membuat binaan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dikutip melalui edaran satu set soal selidik. Soal selidik ini mengandungi soalan umum dan mudah untuk diisi oleh murid tahun 5 bagi sekolah rendah.

Responden Kajian 40 orang murid tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Analisis Data Data yang diperolehi daripada set soal selidik akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, skor min, dan statistik inferensi seperti t-test dan korelasi.

Instrumen Kajian Soal selidik. Bahagian A merupakan item mengenai latar belakang responden iaitu umur, jantina dan etnik. Bahagian B mempunyai 11 item soalan yang berkaitan dengan pengetahuan dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan. Bahagian C pula mempunyai 9 item soalan mengenai minat Bahagian D mempunyai 7 item soalan yang memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran dalam bidang membentuk dan Membuat Binaan. Menanda (/) dalam ruang yang disediakan iaitu ruangan Ya atau Tidak.

Dapatan Kajian Profil Responden

Latar belakang Jantina : Lelaki Perempuan Jumlah : Bangsa : Melayu Cina India Jumlah :

Kekerapan 20 20 40

Peratus 50.00 50.00 100.00

39 1 40

97.5 2.5 100.00

Taburan Penentuan Tahap Min Min 0.67-1.00 0.34-0.66 0.00-0.33

Tahap Tinggi Sederhana Rendah

Soalan Kajian 1 Apakah tahap pengetahuan, minat dan kemahiran murid terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ? Komponen Pengetahuan Minat Kemahiran Min 0.60 0.65 0.53 Sisihan Piawai 0.19 0.20 0.23 Tahap Sederhana Sederhana Sederhana

Soalan Kajian 2 Apakah perbezaan pengetahuan, minat dan kemahiran murid berdasarkan jantina terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ?

Perbezaan Pengetahuan Berdasarkan Jantina Nilai (t=0.44,dan p=31.01) tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan berdasarkan jantina.
Komponen Pengetahuan Jantina Lelaki n 20 min 0.61 t 0.44 p 31.01

Perempuan *signifikan pada aras p = 0.05

20

0.58

Perbezaan Minat Berdasarkan Jantina Nilai (t=0.26, dan p=38.00) tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap minat terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan berdasarkan jantina. Komponen Minat Jantina Lelaki n 20 min 0.66 t 0.26 p 38.00

Perempuan 20

0.64

*signifikan pada aras p = 0.05

Perbezaan Kemahiran Berdasarkan Jantina Nilai (t=0.50,dan p=38.00) tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan berdasarkan jantina. Komponen Kemahiran Jantina Lelaki n 20 min 0.54 t 0.50 p 38.00

Perempuan 20 *signifikan pada aras p = 0.05

0.50

Soalan Kajian 3 Apakah hubungan di antara pengetahuan, minat dan kemahiran dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ?

Bagi menghuraikan hubungan di antara pengetahuan, minat dan kemahiran dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Murid Tahun 5 tahap Pekali Korelasi Cohen (1988) Taburan Tahap Pekali Kolerasi mengikut Cohen (1988). Tahap Rendah Sederhana Tinggi Pekali Kolerasi 0.1 0.29 0.3 0.49 0.5 dan ke atas

Hubungan Pengetahuan Dengan Minat

Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan minat murid Tahun 5 terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kerana nilai r = 0.63 menunjukkan bahawa hubungan pengetahuan dan minat berada pada tahap yang tinggi.
Pekali Kolerasi Pengetahuan dan Minat

Komponen

r 0.63 0.63

Tahap Tinggi Tinggi

Pengetahuan 40 Minat 40

*signifikan 2 hujung = 0.01

Hubungan Pengetahuan dengan Kemahiran Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan minat murid Tahun 5 terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kerana nilai r = 0.56 menunjukkan bahawa hubungan pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap yang tinggi. Pekali Kolerasi Pengetahuan dan Kemahiran Komponen Pengetahuan Kemahiran
*signifikan

n 40 40

r 0.56 0.56

Tahap Tinggi Tinggi

2 hujung = 0.01

Hubungan Minat dengan Kemahiran

Terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan kemahiran murid Tahun 5 terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kerana nilai r = 0.52 menunjukkan bahawa hubungan minat dan kemahiran berada pada tahap yang tinggi.
Pekali Kolerasi Minat dan Kemahiran

Komponen Minat Kemahiran


*signifikan

n 40 40

r 0.52 0.52

Tahap Tinggi Tinggi

2 hujung = 0.01

Kesimpulan Tahap pengetahuan, minat dan kemahiran murid terhadap bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah sederhana. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbezaan pengetahuan, minat dan kemahiran murid berdasarkan jantina dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Hubungan di antara pengetahuan, minat dan kemahiran dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual berada pada tahap yang tinggi dan ini bererti terdapat hubungan yang yang tinggi di antara pengetahuan, minat dan kemahiran.

You might also like