You are on page 1of 49

O7-MAC-2010

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK


MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI MOHAMAD HAFIZ BIN ZAINAL ABIDIN W MOHD TALQIFF IMAN BIN WAN AHMAD RAFIDI

Pengenalan
y Jean

Piaget (1896-1980) ialah ahli psikologi Switzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan. (Ramlah dan Mahani, 2002)

y Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. y Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist.

y Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

y Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah

secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.

y Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait

yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu.


y Kematangan biologi

Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik. y Interaksi individu dengan persekitaran Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.

y Pengalaman sosial

Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. y Keseimbangan Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

Proses mencapai keseimbangan


y Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk

memahami sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka.

y Ketidak selesaan ini akan mendorong individu untuk

mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi.

y Skema-skema ini akan digunakan oleh individu

apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang lebih mudah kepada lebih susah.

y Dalam situasi-situasi yang baru, individu akan

berdepan dengan masalah. Mereka perlu mengubahsuai skema lama mereka supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi yang baru. y Proses perubahan atau penukaran skema lama kepada skema baru dipanggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi
y Berlaku apabila individu cuba memahami skema baru

dan cuba menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang sedia ada. Contoh : y Dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan d sebagai b apabila diperkenalan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan skema lama yang telah ada.

Akomodasi
y Berlaku apabila individu dapat menukar skema lama

untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Dalam contoh asimilasi, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b.

y Menurut Piaget, proses mengorganisasi,

mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.

Skema

Organisasi

Pengalaman Baru

Asimilasi & Akomodasi

Berjaya

Gagal

Individu dapat ADAPTASI pengalaman baru Keseimbangan Berlaku

SKEMA BARU terbentuk

Peringkat-peringkat perkembangan kognitif


y Piaget mencadangkan empat peringkat dalam

perkembangan kognitif
y Peringkat sensorimotor (semenjak lahir y Peringkat pra-operasi (2-7 tahun) y Peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) y Peringkat operasi formal (11 tahun ke atas)

2 tahun)

y Peringkat deria motor (0 2 tahun) y Mula menggunakan kemahiran meniru, ingatan dan fikiran meniru, ingatan dan fikiran y Mula mengenal bahawa objek itu - mula mengenal bahawa objek itu tidak hilang jika disorok y Dari pergerakan refleks ke aktiviti bermatlamat y Peringkat pra-operasi (2 7 tahun) y Perkembangan bahasa beransur-ansur Perkembangan bahasa beransur-ansur dan kebolehan untuk berfikir secara intuitif. y Masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional.

y Peringkat operasi konkrit (7 12 tahun) y Berkebolehan menyelesaikan masalah konkrit dengan logik y Memahami hukum pengekalan dan boleh membuat klasifikasi dan serialisasi y Memahami proses kebalikan dan songsangan. y Peringkat operasi formal (selepas 12 tahun) y Boleh menyelesaikan masalah abstrak secara logik y Berfikir secara saintifik y Membantu rasa tanggungjawab ke atas isu sosial dan identiti.

Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (2-7 tahun)


y Menggunakan bahan mengajar yang konkrit y Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai dengan contoh y Kanak-kanak pada peringkat ini susah memahami sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain y Berhati-hati dengan penggunaan perkataan pada peringkat ini. Kadang-kadang sesuatu perkataan membawa makna lain atau sesuatu perkataan boleh membawa pelbagai makna. y Beri peluang pada kanak-kanak untuk melakukan hands on terhadap sesuatu kemahiran. y Sediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai.

Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran


y Mengajar kanak-kanak peringkat operasi konkrit (7

11 tahun)

y teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutama

untuk mempelajari kemahiran yang baru y Bahan-bahan konkrit ini mestilah mempunyai ciri-ciri yang boleh menarik perhatian kanak-kanak y Penggunaan bahan-bahan yang ada di persekitaran kanak-kanak juga boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka y Contoh: model-model tiga dimensi (3D) seperti haiwan, tumbuhan, mainan untuk mewakili objek-objek yang baru dipelajari

y beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan y

y y y

menguji objek-objek yang diajar Bimbing kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Biarkan mereka mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari Contoh : membuat eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun Pembentangan dan pembacaan juga boleh meningkatkan keupayaan berbahasa Beri peluang kepada kanak-kanak meluahkan idea

y Contoh : mulakan pembacaan dengan buku yang y

mudah beransur kepada yang lebih kompleks Berikan kebebasan untuk kanak-kanak memberi pandangan, bimbing mereka untuk membentangkan idea kepada langkah-langkah yang mudah gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkaraperkara yang lebih kompleks Kaitkan pengalaman mereka seperti program televisyen yang mereka gemari atau pengalaman seharian mereka dengan pengajaran Pengalaman membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks

y perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian

masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik y Tunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkahlangkah yang mudah dan sistematik

Peringkat operasi formal (11 tahun ke atas)


y kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas

idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta y Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahanbahan konkrit y Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti y Contoh mereka boleh berhipotesis dan memberi idea tentang masalah pencemaran alam sekitar di dunia atau apa yang akan berlaku di Malaysia pada tahun 2020

y Kanak-kanak di dalam peringkat ini boleh mengkaji

masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut

ciri-ciri pemikiran formal


berfikir secara abstrak
kanak-kanak boleh berfikir secara abstrak seperti menyelesaikan masalahmasalah matematik di mana melibatkan perwakilan abstrak

berfikir secara sistematik

mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian

Contoh : 4x + x = 10. apakah nilai x?

Contoh : sekiranya anda pergi bercuti dengan hanya membawa tiga helai kemeja T, tiga helai blaus dan tiga helai jaket, berapa kombinasi pakaian yang anda boleh dapat dari set ini?

boleh membuat hipotesis

mereka juga boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah

Contoh : melalui faktafakta yang dipelajari seperti keperluan asas tumbuhan untuk membuat makanan, kanak-kanak boleh memberi contoh keadaankeadaan yang memungkinkan tumbuhan hidup dengan subur

Mereka boleh menaakul secara induktif dan deduktif

pemikiran induktif ialah berfikir aspek yang khusus kepada generalisasi yang lebih luas

Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran daripada yang am kepada yang khusus


Contoh : dengan mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekarang, mereka boleh membuat hipotesis (ramalan) tentang apa akan terjadi kepada bandarbandar besar yang mengalami pencemaran yang teruk pada 10 tahun akan datang

y Kebolehan mereka memikirkan penyelesaian-

penyelesaian yang mungkin secara induktif atau deduktif memungkinkan mereka membuat kajian dan menggunakan pemikiran saintifik y Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini. Ianya berlainan dengan egosentrik di peringkat pra-operasi y Di sini remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri y Mereka susah untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain y Mereka juga mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling

Fizikal y kadar perkembangan pesat. y

Kognitif boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta y terlebih berfikir secara abstrak mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian boleh mencari membuat alternatif hipotesis dan

Perubahan fizikal dewasa y y mencapai akil baligh

mula ke arah

perubahan dan akil baligh berlaku y pada remaja perempuan dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa y akil baligh lebih lama

penyelesaian

masalah. Mereka boleh menaakul secara induktif dan deduktif. y Egosentrik peringkat ini remaja muncul di

Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran


y Mengajar peringkat operasi formal (11 tahun ke atas) y gunakan bahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks y Contoh : penggunaan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks y beri peluang kepada pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian dan membuat hipotesis y Dengan pendekatan yang diberikan pada peringkat sebelum ini, beri lebih banyak peluang untuk pelajar menyelesaikan masalah dengan sendiri

y Bimbing pelajar untuk membuat andaian-andaian

penyelesaian dan meneroka jalan penyelesaian y Galakkan pemikiran secara kritis dan kreatif y beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan y Suruh pelajar bentangkan idea dan kritik idea yang dikemukakan

y kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat

dengan fakta-fakta y Biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut y Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF LEV VYGOTSKY


y Lev Semenovich Vygotsky ( 1896-1934 ) merupakan ahli psikologi Russia. y Beliau mendalami bidang ilmu perubatan & kemudian beralih & beralih

kepada pengajian undang-undang & pada masa yang sama mendalami bidang kesusasteraan. y Penerbitan & kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk The Psycology of Art.

percaya bahawa perkembangan indivu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran individu. y Lev Vygotsky memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. y Kebanyakan kognitif kanak-kanak terhasil daripada nteraksi sosial kanak-kanak dengan ibubapa,guru,orang dewasa yang lain dan rakan sebayanya.
y Vygotsky

y Perkembangan kanak-kanak terhad disebabkan oleh

sistem biOlogi yang belum berkembang dan matang. y Walaupun begitu,persekitaran dan sistem lingkungan budaya kanak-kanak membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. y Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada kanak-kanak. y Sebagai contoh,masyarakat Malaysia yang kaya dengan nilai dan adab mempengaruhi tingkahlaku & corak pemikiran kanak-kanak yang lebih menghormati orang yang lebih tua dan agak pasif.

y Menurut Vygotsky, dua faktor

utama dalam perkembangan kogfnitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa . y Menurut Vygotsky,pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. y Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanka-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya.

y Bagi Vygotsky,kanak-kanak tidak dapat membina

pengetahuannya sendiri tentang persekitaran.Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu individu yang berada dipersekitarannya.Hal ini akan bertndak memberi arahan,maklumbalas dan membimbing komuniksai kanak-kanak. y Kanak-kanak kemudian akan menggunakan maklumat-maklumat ini dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.

y Menurut Vygotsky ,perkembangan kognitif individu

berlaku dalam dua peringkat:


1.
1.

Peringkat Sosial
Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan ndividu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa.adik beradik.

2.
1.

Peringkat Individu
Kebolehan individu memberi maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosoial kepada kefahaman individu (peribadi).Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

Zon Perkembangan Proksimal


y Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk

menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.
y HAD ATAS
y

Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individuyang lebih mahir. Kemahiran yang boleh telah/dicapai oleh kanakkanak.Pengetahuan sedia ada kanak-kanak.

y HAD BAWAH
y

y ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL y Kemahiran kemahiran kognitif kanak-kanak yang dalam proses kematangan dan akan mencapai kematangan dengan bantuan individu yang lebih mahir.

HAD ATAS ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

HAD BAWAH

SCAFFOLDING
y Konsep scaffolding berkait rapat dengan idea Zon

Perkembangan Proksimal. y Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan.Semasa proses pengajaran berlaku,individu yang lebih berkemahiran akan mengubahsuai tahap bantuan/bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan pelajar. y Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah (scaffolding).

y Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-

konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna dengan bantuan individu yang lebih mahir. y Menurut Vygotsky,selain daripada berkomunikasi denga orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kem,ahiran yang lebih sukar,kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri.

y Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut

merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri.Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3-7 tahun yang seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan bertukar menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal. y Akhirnya ia berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiran apabila dewasa kelak.Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanakkanak yang kurang bercakap sendiri.

y Apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka

menggunakan bahasa untuk mengawal tingkahlaku dan membimbing pemikiran mereka.

Implikasi Teori ke atas P & P


y Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon

Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. y Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi.Daripada hasi penilaian yang diberi rangka bimbingan yang sepatutnya diberikan kepada kanakkanak. y Gunakan Zon Perkembangan Proksimal di dalam pengajaran.

y Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang

sudah mahir.Gunakan pengajaran yang kolaboratif dan koperatif serta pengajaran secara berkumpulan. y Kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah.Bimbing kanak-kanak untuk merealisasi idea semasa bercakap senidri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. y Beri arahan yang bermakna.Kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian.

You might also like