You are on page 1of 11

APLIKASI KONSEP 5P

Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahirandapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan,sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

Contoh
Pengabungjalin kemahiran
Aktiviti menghasilkan wau memerlukan kemahiran mencorak. Membentuk dan mereka + mereka corak

Pengabungjalin mata-pelajaran
Menghasilkan model kereta futuristik P. seni visual + Sains

Penyerapan
Dalam pengajaran P. Seni Visual, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.

Contoh
Penyerapan ilmu
Aktiviti resis = air tidak meresap pada kawasan yang dikenakan oil pastel.

Penyerapan nilai
Sabar kerjasama

Pengayaan
Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Strategi pelaksanaan Aktiviti Pengayaan


Kumpulan Mengikut Kebolehan
Kelas dibahagikan kepada kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza.

Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.


Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan


Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya

Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lainlain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

Strategi aktiviti pemulihan

Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.

Kaedah Penilaian
Formatif
dijalankan pada setiap tajuk yang telah diajar. Dijalankan secara tidak formal. Kuiz, kerja rumah, aktiviti dalam kelas.

Sumatif
Dijalankan pada akhir sesuatu subjek. Secara formal. Ujian akhir tahun, UPSR.

You might also like