You are on page 1of 7

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU PENEBANGAN HUTAN Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan

ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan penebangan hutan secara besar-besaran. Penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirianbumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Sebagai seorang manusia yang sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggungjawab,maka beberapa langkah-langkah telah dicadangkan untuk menangani isu penebangan hutan. a) Melalui Pendidikan Pendidikan Alam Sekitar Melalui Kurikulum.Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai

kesedaran. Untuk memupuk kesedaran dikalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) dalam mata pelajaran Sains Sosial dan Alam Sekitar. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (

KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran geografi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. b) Mengadakan Pameran Selain daripada pendidikan, pameran juga merupakan antara langkah yang boleh digunakan untuk menangani isu penebangan hutan. Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu penerbangan hutan. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu penebangan hutan, sebab-sebab penebangan hutan, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan

penebangan hutan. Bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan penebangan hutan juga boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar khasnya hutan. c) Kempen Kempen melindungi hutan juga adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan.Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya melindungi hutan dan menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang dan sebagainya. Penanaman semula pokok dapat menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti, kertas atau surat khabar lama dan majalah. Walaupun ini melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam khasnya dapat memelihara hutan. d) Mengadakan Pertandingan atau Kuiz Pertandingan seperti kuiz tentang kepentingan melindungi hutan daripada diterokai boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi hutan. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu penebangan hutan dan implikasinya. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah penebangan hutan. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan penebangan hutan juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai. e) Pendedahan Media Massa Seterusnya, pendedahan media massa juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu penebangan hutan, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah penebangan hutan. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaannya.

f) Mengekalkan kawasan hutan simpan

Dengan mengekalkan kawasan hutan simpanan,kawasan-kawasan tadahan air adalah terlindung. Ini amat penting untuk tujuan penghasilan hujan. Selain itu, pemaju perumahan perlu menanam seberapa banyak pokok yang boleh di tapak projek mereka. Ini penting untuk keseimbangan ekologi kawasan perumahan. Selain membekalkan oksigen, pokok-pokok ini juga dapat menyerap karbon dioksida dan membantu dalam proses pemeluwapan. Pemeliharaan hutan yang berkurangan boleh diatasi melalui Pewartaan Taman Negara Selain daripada itu, pemuliharaan (usaha untuk memperbaiki dan memulihkan kawasan hutan yang telah diterokai telah diwujudkan). Contohnya, amalan silvikultur dalam bidang perhutanan memperbaiki kesan hakisan g) Penguatkuasaan yang lebih berkesan Terdapat beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengawal aktiviti penebangan hutan.Salah satu daripadanya adalah melalui perundangan. Penubuhan Majlis Perhutanan Negara oleh Majlis Tanah Negara pada 20 Dis.1971 adalah untuk merancang cara mengatasi masalah perhutanan. Penubuhan Dasar Perhutanan Negara (1978) bertanggungjawab menyelaras undang-undang hutan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Dasar Pehutanan Negara 1978 telah mengisytiharkan hutan simpan kekal untuk mewujudkan hutan perlindungan,hutan berhasil dan hutan lipur.Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Industri Berasaskan Kayu 1985 telah menggariskan beberapa larangan. Antara larangan yang dikenakan adalah larangan memasuki hutan simpan kekal,serta menebang,memotong dan memindahkan sebarang hasil hutan dan mineral. Orang ramai tidak dibenarkan untuk membersihkan apaapa tanah untuk tujuan tanaman selain dilarang menggunakan sebarang bahan beracun dan letupan bagi tujuan menangkap ikan,memburu dan menembak haiwan liar.Penubuhan FRIM dan PERHILITAN juga ditugaskan untuk memelihara, memulihara dan mengawal sumber hutan

h) Pengurusan Hutan Strategik Pengurusan Hutan Strategik adalah salah satu langkah yang efektif untuk mengawal aktiviti penebangan hutan. Terdapat dua sistem yang diperkenalkan iaitu Sistem Sebaya Malaya dan Sistem Tebangan Memilih. Sistem-sistem ini amat menitikberatkan kaedah penebangan hutan secara sistematik dan berjadual. Dalam Sistem Sebaya Malaya,hanya pokok yang mempunyai nilai dagangan dalam sesuatu operasi dan tempoh pusingannya adalah di antara 60-80 tahun yang akan ditebang. Dalam Sistem Tebangan Memilih,satu inventori hendaklah dibuat di kawasan yang hendak ditebang.

KESIMPULAN

Isu penebangan hutan dan implikasinya terhadap sosiobudaya kominiti setempat seharusnya mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berwajib. Pembalakan yang sedang giat dijalankan ini jelas mengancam habitat hutan, memusnahkan kawasan tadahan air dan meningkatkan hakisan tanah. Pendekatan yang lebih holistik dan dinamik diperlukan bagi mengatasi masalah penduduk dan penghuni yang bergantung kepada hutan ini sebagai sumber hidup mereka. Dalam melindungi kawasan hutan dan pemuliharaan biodiversiti perlaksanaan dasar seharusnya seperkasa objektif dasar

perhutanan yang telah didokumenkan bagi memastikan perlaksanaan yang lebih telus, berkesan dan bersesuaian dengan kehendak rakyat Malaysia yang mencintai alam sekitar. Hutan-hutan di negara ini perlu diselamatkan supaya alam sekitar ini tidak terjejas dan generasi-generasi akan datang dapat mewarisi alam sekitar yang bersih,sihat dan selamat. Bagi mengatasi masalah ini,faktor

penyumbang haruslah dikaji dengan lebih mendalam terlebih dahulu. Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan hutan juga haruslah

ditingkatkan. Slogan "Cintailah Hutan Kita" haruslah dipraktikkan, bukannya sekadar kata-kata kosong sahaja. Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa seperti aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan

peribahasa seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga.

http://yana-alamsekitar.blogspot.com/2010/08/penebangan-hutan.html http://www.scribd.com/doc/51794809/Langkah-menangani-Penebangan-hutanEdited http://tatiuc.edu.my/syahrul/isu_alam_sekitar.htm http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/chinglin.html

You might also like