You are on page 1of 21

KAUM MELANAU

Sarawak

PENGENALAN

Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran. Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti berikut: i. Amalan Seharian ii. Kekeluargaan iii. Perkahwinan iv. Kehamilan v. Kelahiran vi. Kematian

AMALAN SEHARIAN

 Hampir sama dengan masyarakat Melayu. Oleh itu, kaum Melanau dianggap sebagai Orang Melayu.
 a) bangsa Pengeran: pangkat tertinggi dan merupakan bangsawan Brunei yang mewakili sultan Brunei dan bertugas mengumpul cukai.

 b) bangsa sembilan Pikul (A-Metahei) pangkat tertinggi Melanau  c) bangsa Tuju' pikul : bangsa kelas pertangahan  d) bangsa Tuju' Betirih: orang tahanan dan hamba  e) Dipen : golongan hamba abdi3.  Sebagai contoh; sekiranya seseorang itu hendak pergi menebang dan terserempak dengan tikus di pertengahan jalan, maka dia perlu berpatah balik kerana bagi mereka tikus adalah jelmaan iblis atau amow.

KEKELUARGAAN

 Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri.  Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.  Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.

PERKAHWINAN

o Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. o Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. o Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunang dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. o Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

KEHAMILAN

Ibu yang hamil Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Suami Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit.

KELAHIRAN

 Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya.  Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan.  Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

 Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.  Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau

KEMATIAN

 Upacara kematian merupakan satu upacara yang penting mengikut kepercayaan masyarakat Melanau. Kematian perlu diuruskan dengan sebaik mungkin dengan mengikuti adat-adat tertentu.  Masyarakat Melanau juga percaya jika seseorang itu meninggal dunia, si mati perlu dibantu dalam perjalanannya menuju ke akhirat atau dipanggil likow matai. Bantuan ini adalah dari segi mengadakan majlis berkabung, kenduri dan sebagainya.

SUMBER

1. 2. 3.

http://malaysiana.pnm.my/01/010402swkmlnau_pen genalan.htm http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/ masyarakat-melanau.html http://reocities.com/CollegePark/campus/8690/arti kel/melanau.htm

PANTANG LARANG ORANG INDIA

Amalan Seharian
Jika ingin ke rumah tetamu, tidak baik jika

tidak membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih. Tetamu kebiasaannya akan masuk dengan kaki kanan. Tangan kanan mesti digunakan semasa menerima sesuatu sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

Kekeluargaan
Ibu adalah umpama Tuhan dan harus

dihormati dan dianggap mulia. Anak dara haruslah dijaga dengan baik.

Semasa Perkahwinan
Upacara perkahwinan dilakukan pada

waktu tengah malam atau waktu matahari naik bagi mengelakkan berlakunya malapetaka dan nasib buruk.
Upacara perkahwinan harus dilakukan

di rumah pengantin perempuan atau di kuil.

Kad jemputan perkahwinan yang diedarkan

haruslah disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Tarikh perkahwinan ditentukan oleh sami. Mempelai tidak dibenarkan bertemu selama 3-5 hari sebelum tarikh perkahwinan. Jika perkahwinan dilakukan di kuil, tetamu hanya dihidangkan dengan sayur-sayuran sahaja. Daging lembu adalah haram sama sekali.

Pokok pisang dijadikan sebagai pintu

gerbang dan dihias dengan cantik dan tidak boleh dibuang sesuka hati kerana dianggap suci. Pokok ini dibiarkan selama seminggu sebelum dibuang sepenuhnya ke dalam sungai.

Semasa hamil
Ibu dilarang melakukan perbuatan buruk

seperti mengumpat, menfitnah serta menyembelih binatang kerana bimbang kuasa jahat akan mempengaruhi kelakuan serta pemikiran anak yang bakal dilahirkan. Ibu dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam. Ibu dilarang mengamalkan tidur waktu siang atau tidur berlebuhan bagi menjaga kecerdasan bayi dan ibu.

Suami dilarang menebang pokok pisang

dan menyembelih binatang semasa isteri hamil. Ibu yang hamil harus dipakaikan sebentuk gelang tangan bagi melindungi bayi dalam kandungan dan mengelakkan kesukaran bersalin.

Semasa kelahiran
Ahli keluarga tidak dibenarkan melakukan

upacara agama selama 16 hari selepas kelahiran bayi. Ibu harus mengamalkan minum arak serta mandi dengan air rebusan daun-daun tertentu semasa berpantang.

Tali pusat akan dipotong dan ditanam

bersama kunyit, duit tembaga, garam dan pinang. Ketua agama harus dirujuk semasa menamakan anak.

Kematian
Gambar si mati tidak boleh

digantung secara formal tetapi harus diterbalikkan. Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu. Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. Sedikit makanan berupa beras disuapkan kepada si mati sebagai pemberian terakhir

Rujukan
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-

negara-malaysia-yang-berdaulat/adat-dalam-masyarakatmalaysia-dan-kepentinganya/ http://www.scribd.com/doc/38334338/Pantang-LarangKaum-India http://www.slideshare.net/myongdae88/masyarakatpelbagai-kaum-malaysia

You might also like