You are on page 1of 7

ANALISIS PERBANDINGAN SOALAN PERCUBAAN SPM 2008 KERTAS 1 ANTARA NEGERI

BIL NEGERI BAHAGIAN A BAHAGIAN B


1 Sabah Kepentingan 1. Anda telah menyertai pertandingan perbahasan peringkat daerah yang bertajuk "Perubatan Moden Lebih Banyak
(Excel pengangkutan Mendatangkan Kebaikan Berbanding Perubatan Tradisional Kepada Masyarakat". Sebagai pihak pencadang atau
1) awam di negara ini pembangkang, sediakan teks perbahasan anda selengkapnya.
2. “Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat”. Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan
budaya hidup sihat. Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya
hidup sihat.
3. Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah sangat penting untuk generasi akan datang. Sempena sambutan
Hari Belia, anda sebagai pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diminta untuk
menyampaikan ceramah tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memelihara dan memulihara warisan
sejarah di negara kita. Tuliskan ceramah anda itu selengkapnya.
4. Perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat telah menyebabkan kita merasakan dunia kini semakin
kecil. Hal ini berlaku kerana kita dapat berkomunikasi secara pantas dan berkesan dengan masyarakat di
seluruh dunia. Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan kemajuan sains dan
teknologi ini.
5. Cerpen merupakan cerita pendek yang boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Berdasarkan
cerpen yang telah anda baca, huraikan nilai-nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam cerpen tersebut.

2 Sabah Faedah 1. Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak bagi melahirkan modal insan yang berkualiti
(Excel mengamalkan gaya pada masa akan datang. Bincangkan.
2 hidup sihat. 2. Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.
Balas surat sahabat pena anda itu.
3. Sebagai wartawan sebuah buletin pengguna, anda dikehendaki mewawancara seorang penasihat Pelaburan
Nasional Berhad (PNB) tentang kebaikan melabur dalam skim amanah saham yang dianjurkan oleh kerajaan
seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wanita
(ASNITA), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dan banyak lagi. Tulis wawancara itu selengkapnya.
4. Penganjuran sukan di peringkat antarabangsa dapat memupuk perpaduan sejagat. Bahaskan pernyataan tersebut.
5. Generasi muda masa kini lebih berminat membaca majalah hiburan berbanding buku-buku yang berunsurkan
sastera. Berikan komentar anda terhadap pernyataan tersebut.

3 Johor Sebab-sebab 1. Sekolah anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) peringkat
rakyat Malaysia daerah. Sebagai Ahli Jawatankuasa 3K, nyatakan persiapan yang anda lakukan untuk menyertai pertandingan
memilih untuk tersebut.
melancong di 2. Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk "Keluarga Impian Saya" untuk dimuatkan dalam ruangan
negara sendiri. akhbar tempatan. Tulis rencana itu selengkapnya.
3. Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam kalangan generasi muda sejak kecil lagi. Anda bersetuju
dengan pemyataan di atas. Jelaskan pendapat anda.
4. Dunia kini sedang menghadapi krisis makanan yang serius. Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk
meningkatkan bekalan makanan dunia.
5. Anda bercita-cita menjadi penulis. Huraikan persediaan yang dapat anda lakukan untuk menjadi penulis yang
berjaya.
BIL NEGERI BAHAGIAN A BAHAGIAN B
4 SBP Langkah-langkah 1. Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat
untuk mengatasi pelancongan di Malaysia. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta menulis laporan tentang lawatan tersebut.
masalah keracunan Tulis laporan itu selengkapnya.
makanan di 2. Kini ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, mereka
Malaysia. tidak memberikan galakan kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum terutamanya sukan. Huraikan pendapat
anda tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.
3. Isu kenaikan harga barang hangat diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini. Sebagai seorang pengguna yang
prihatin, tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan daripada kenaikan tersebut kepada masyarakat dan negara,
serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Tuliskan rencana tersebut selengkapnya.
4. Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah untuk memastikan keamanan sejagat. Namun, banyak
negara di dunia mengalami masalah peperangan, kemiskinan dan kebuluran. Bahaskan penyataan di atas.
5. Pada hari ini, banyak buku hasil karya penulis muda di Malaysia seperti Faisal Tehrani dan Nisah Haron telah
mendapat tempat dalam kalangan remaja. Karya yang berkualiti ini telah berjaya menambah bahan bacaan di
pasaran. Huraikan ciri-ciri sebuah karya sastera yang menarik pada pandangan anda.

5 MRSM Langkah-langkah 1. Kampung anda berpotensi menjadi sebuah kawasan pelancongan yang menarik dan terkenal. Anda bercadang
yang boleh diambil untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan menyatakan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di
untuk mencegah kampung anda dan cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung tersebut sebagai destinasi pelancongan yang
keracunan terkenal. Tulis surat itu selengkapnya.
makanan 2. Usaha untuk mengumpulkan ahli keluarga yang ramai dari satu generasi ke satu generasi terutamanya pada hari-
hari perayaan merupakan suatu usaha yang murni. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada usaha
tersebut.
3. Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu
mengambil inisiatif untuk menarik para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut. Huraikan peranan
pihak-pihak berkenaan
4. Isu pemanasan global semakin membimbangkan masyarakat dunia pada hari ini. Bersempena dengan Hari Bumi,
anda terpanggil untuk menulis sebuah rencana berkaitan dengan kesan-kesan pemanasan global. Tuliskan
rencana tersebut selengkapnya.
5. Puisi tradisional seperti pantun, gurindam dan syair masih popular hingga hari ini dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Bincangkan sumbangan puisi tradisional kepada masyarakat.

6 Kedah Kesan-kesan 1. Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka
kenaikan harga meninggalkan institusi pendidikan formal. Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh
minyak di negara seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.
kita 2. Percutian bersama keluarga mampu mengeratkan kerukunan dan keharmonian kekeluargaan. Berdasarkan
kebenaran pendapat di atas, jelaskan kebaikan-kebaikan percutian bersama keluarga.
3. Kejadian penculikan, penderaan, dan pembunuhan dalam kalangan kanak-kanak yang semakin serius merupakan
akibat ketidakprihatinan masyarakat terhadap hal-hal persekitarannya. Bincangkan langkah-langkah yang
berkesan untuk menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat
4. Pemanasan gobal ialah isu yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa kerana isu ini membawa impak negatif
kepada kehidupan sejagat. Tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan negatif pemanasan global kepada
kehidupan sejagat seluruh dunia
5. Karya-karya sastera semakin terpinggir walaupun peranannya besar sebagai citra budaya bangsa. Ulaskan faktor-
faktor yang menyebabkan karya sastera semakin terpinggir dalam kalangan generasi muda kini.
BIL NEGERI BAHAGIAN A BAHAGIAN B
7 Perak Usaha-usaha yang 1. Anda bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Huraikan perubahan-perubahan yang
(LTS 1) perlu dilakukan akan anda lakukan sekiranya anda berjaya mencapai cita-cita tersebut.
untuk menyemai 2. Ikatan kasih sayang antara ahli keluarga penting dalam mewujudkan keluarga yang bahagia. Ibu bapa dan ahli
budaya membaca keluarga memainkan peranan penting untuk mempererat hubungan kasih sayang. Jelaskan pernyataan di atas.
dalam kalangan 3. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan penting dalam kehidupan
masyarakat di masyarakat hari ini. Namun masih terdapat anggota masyarakat yang tidak menggunakan ICT dalam urusan
negara ini. harian. Anda ingin menulis rencana tentang usaha-usaha menggalakkan masyarakat menggunakan ICT untuk
disiarkan melalui ruangan forum pembaca dalam sebuah akhbar tempatan. Tulis rencana anda selengkapnya.
4. Program lawatan kebudayaan dan kesenian ke negara-negara jiran mendatangkan pelbagai faedah kepada rakyat
dan negara-negara terlibat. Bincangkan.
5. Karya sastera memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan generasi pada masa akan datang. Oleh
hal yang demikian, generasi muda negara ini perlu digalakkan menghasilkan karya sastera. Jelaskan usaha-usaha
yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan generasi muda menghasilkan karya sastera.

8 Perak Langkah-langkah 1. Gejala sosial yang berlaku di tempat anda mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. Sebagai remaja yang
(LTS 2) memajukan sektor prihatin anda ingin menyuarakan pandangan anda tentang langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi
pertanian di masalah tersebut. Tulis pendapat anda selengkapnya.
Malaysia. 2. Ibu bapa mengharapkan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Jelaskan peranan
ibu bapa dan keluarga untuk mencapai hasrat tersebut.
3. Lagu Negaraku perlu dihayati oleh setiap rakyat di negara ini. Ulaskan pernyataan di atas.
4. Kerjasama negara kita dengan negara-negara luar dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.
Jelaskan.
5. Peribahasa Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain’ memberi pengajaran kepada manusia akan betapa
pentingnya kegigihan untuk memperoleh kejayaan. Tulis sebuah cerpen yang sesuai berdasarkan pengajaran
daripada peribahasa di atas.

9 Perak Usaha-usaha yang 1. Kes penculikan kanak-kanak di negara ini hangat diperkatakan oleh masyarakat. Kes ini membimbangkan semua
(LTS 3) dapat kita lakukan pihak. Sebagai seorang remaja prihatin, anda ingin mengemukakan cadangan untuk mengelakkan kejadian ini
untuk memelihara daripada terus berlaku. Tuliskan cadangan anda itu.
hutan di negara ini. 2. Amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat kita semakin luntur. Oleh sebab itu, anggota keluarga
memainkan peranan penting dalam memupuk amalan berbudi bahasa tersebut. Jelaskan usaha-usaha yang dapat
anda dan ahli keluarga anda lakukan untuk memupuk amalan berbudi bahasa.
3. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Hal ini
penting untuk memastikan keamanan negara sentiasa dipelihara. Sebagai warganegara yang prihatin, anda
bercadang menulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan
perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Tulis rencana itu selengkapnya.
4. Bencana alam yang berlaku di beberapa buah negara jiran mendatangkan kesengsaraan hidup dan kemusnahan
harta benda. Negara kita amat prihatin dengan keadaan yang menimpa rakyat negara terbabit. Jelaskan usaha-
usaha yang dapat dilakukan oleh rakyat negara kita untuk membantu negara-negara yang ditimpa bencana.
5. Anda telah menonton sebuah drama yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan. Drama tersebut amat
menarik dan menyentuh perasaan anda. Anda ingin membuat ulasan tentang drama tersebut. Tulis ulasan anda
selengkapnya.
BIL NEGERI BAHAGIAN A BAHAGIAN B
10 Perak Kegiatan pertanian 1. Kegiatan lumba motosikal haram masih berlaku di negara ini. Kegiatan ini kebanyakannya melibatkan
(Trial) di negara kita golongan remaja. Sebagai seorang remaja yang prihatin, bincangkan peranan yang dapat anda lakukan untuk
membanteras kegiatan tersebut.
2. Kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang seringkali dikaitkan dengan sokongan daripada institusi
keluarga. Beri komen anda tentang pernyataan tersebut.
3. Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam tetapi mutu perkhidmatannya
sering menjadi rungutan pelbagai pihak. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak
berkenaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
4. Penganjuran sukan bertaraf dunia seperti Perlumbaan Kereta Formula 1 dan perlumbaan berbasikal Le Tour
de Langkawi wajar diteruskan kerana banyak faedah yang diperoleh melalui penganjurannya. Jelaskan
faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf dunia.
5. Penulis yang berwibawa dapat menghasilkan karya sastera yang bermutu. Berikan saranan anda tentang
langkah-langkah yang perlu iambil oleh pelbagai pihak untuk melahirkan penulis yang berwibawa.

11 Terengganu Kepentingan 1. Selain menumpukan bidang pelajaran, setiap pelajar digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah,
memiliki generasi malah penglibatan pelajar dalam kokurikulum diambil kira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
cemerlang kepada Huraikan kepentingan menyertai kokurikulum kepada para pelajar.
negara 2. Aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga sangat digalakkan kerana dapat mengeratkan hubungan
keluarga selain dapat menyihatkan badan. Ulas pernyataan di atas
3. Kesibukan bekerja menyebabkan masyarakat meminggirkan semangat kejiranan. Oleh itu, usaha-usaha
mempertingkat semangat tersebut perlu dilaksanakan. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha
mempertingkat semangat kejiranan dalam kalangan rakyat.
4. Kesepakatan dan tolak ansur antara Malaysia dengan negara jiran banyak membantu dalam kemajuan
ekonomi dan kestabilan politik negara-negara serantau. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
5. Unsur-unsur sindiran yang terdapat dalam sastera rakyat dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan.
Bincangkan pernyataan di atas.

12 Times Faktor-faktor 1. Pembangunan teknologi sekiranya tidak digandingkan dengan pembangunan sahsiah diri akan melahirkan
Education berlakunya gejala masyarakat yang pincang. Jelaskan pendirian anda berkenaan penyataan ini
buli dalam 2. Anda bercadang untuk menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu di
kalangan remaja sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah “Peranan keluarga atau Ibu Bapa dalam Membentuk Sahsiah
dan langkah Anak-anak”. Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.
membendungnya 3. Sikap masyarakat yang tidak mahu `menjaga tepi kain orang’ memberi impak negatif terhadap nilai
kejiranan. Bahaskan pernyataan ini.
4. Pada masa ini menampakkan usaha kerajaan menukar haluan kepada e-pertanian. Bincangkan rasionalnya e-
pertanian diketengahkan dan nyatakan kesannya terhadap pembangunan negara.
5. Anda berminat untuk menyertai satu pertandingan menulis cerpen anjuran Dewan Siswa. Tema cerpen
tersebut ialah `Kekeluargaan’. Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya.
BIL NEGERI BAHAGIAN A BAHAGIAN B
13 Portal Sebab-sebab 1. Para remaja sering menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. Sebagai remaja cadangkan
Utusan banguna lama strategi untuk menangani masalah remaja.
perlu dipelihara 2. Kebelakangan ini, media massa sering memaparkan berita mengenai kehilangan kanak-kanak. Hal ini amat
membimbangkan kita semua. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan
kanak-kanak terjamin.
3. Kita harus berbangga menjadi rakyat di sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Tulis sebuah rencana
untuk menjelaskan sebab-sebab kita patut berbangga menjadi rakyat Malaysia.
4. Malaysia sering menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang ditimpa bencana alam. Hal yang
demikian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi. Berikan
pendapat anda tentang pernyataan di atas.
5. Peribahasa “bagai aur dengan tebing” dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan. Tulis sebuah
cerpen berdasarkan peribahasa tersebut.
14 Kelantan Usaha-usaha untuk 1. Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketrampilan. Jelaskan langkah-langkah yang
memajukan dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai muni dalam diri pelajar.
industri 2. Keselamatan pelajar pada hari ini semakin membimbangkan. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk
pelancongan di memastikan keselamatan pelajar terjamin. Huraikan peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dan
negara ini masyarakat untuk menjayakan matlamat tersebut.
3. Sukan memberikan impak yang besar kepada individu, masyarakat dan negara. Sebagai ahli badan redaksi
majalah sekolah, anda ingin menulis sebuah rencana tentang perkara tersebut. Tuliskan rencana tersebut
selengkapnya.
4. Kerjasama ekonomi antara negara semakin berkembang dan banyak negara membuka peluang pelaburan
kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara mereka.
5. Komponen Sastera (KOMSAS) yang diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah menengah
membolehkan pelajar mengetahui cara hidup masyarakat. Bincangkan.
15 Petaling Langkah yang 1. Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah menjadi satu topik hangat yang dibincangkan kini. Sebagai
Perdana, dapat dilakukan seorang remaja yang masih berada di bangku sekolah, anda harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu
Selangor untuk mengatasi serta kemahiran agar tidak menghadapi kesukaran memperoleh pekerjaan setlah tamat pengajian di peringkat
masalah gejala tinggi nanti. Huraikan ilmu serta kemahiran yang perlu anda pelajari sejak berada di bangku sekolah bagi
sosial yang kian menghadapi alam pekerjan nanti.
meruncing di 2. Pembangunan modal insan merupakan satu agenda penting bagi memastikan kemajuan negara dapat dicapai
negara kita kini sepenuhnya. Anda diminta menyampaikan satu ceramah bertajuk “Peranan Ibu Bapa untuk Melahirkan
Modal Insan Berkualiti” sempena Hari Keluarga i tempat tinggal anda. Sediakan teks ceramah itu
selengkapnya.
3. Industri pelancongan memberikan sumbangan yang amat penting untuk meningkatkan pertumbuhan
ekonomi di negara kita. Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri
pelancongan ini.
4. Negara-negara dunia harus menjalin hubungan yang erat bagi memastikan keamanan sejagat dapat
dikekalkan. Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memperteguh keamanan dunia.
5. Sempenan Bulan Bahasa dan Sastera, sekolah anda telah mengadakan satu pertandingan mengulas jasa salah
seorang tokoh sastera di negara kita.
BIL NEGERI BAHAGIAN A BAHAGIAN B
16 Melaka Faedah-faedah 1. Setiap individu mempunyai impiannya tersendiri. Sebagai seorang pelajar yang berwawasan, anda
menyertai kegiatan mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan yang dapat mengharumkan nama negara di persada
kokurikulum dalam dunia. Jelaskan persediaan-persedian yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita tersebut.
kalangan pelajar 2. Tradisi makan bersama-sama keluarga di rumah kini sudah semakin luput. Usaha menghidupkan kembali
tradisi ini dapat membantu menyemaikan tabiat makan yang sihat dan mengukuhkan hubungan
kekeluargaan. Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan tradisi makan bersama-sama keluarga.
3. Masyarakat kita sering digemparkan dengan kes penculikan dan kehilangan kanak-kanak di negara ini
semakin menjadi-jadi belakangan ini. Anda ingin menulis surat kepada akhbar tempatan untuk
mengemukakan cadangan tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak dalam menangani
kes tersebut. Tulis surat itu selengkapnya.
4. Program pertukaran pelajar antara negara jiran mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar dan negara
yang menyertainya. Bincangkan.
5. Kekuatan sesebuah karya sastera terletak di tangan penulis. Bakat semula jadi sahaja tidak cukup untuk
menjadi seorang penulis yang berjaya. Ulaskan pernyataan tersebut.

17 Sarawak ciri-ciri pengguna 1. Belakangan ini, masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan dalam
yang bijak. media massa. Beri pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2. Pertandingan syarahan telah diadakan di sekolah anda sempena Bulan Bahasa. Tajuknya ialah ’Gaya Hidup
Sihat Penjana Keluarga Bahagia’. Tuliskan teks syarahan itu dengan selengkapnya.
3. Kehidupan masyarakat kota di negara kita seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Bincangkan pernyataan di atas.
4. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk mempopularkan industri desa ke peringkat antarabangsa.
Jelaskan usaha-usaha tersebut.
5. Anda pernah menonton sebuah filem tempatan yang menarik. Ulaskan filem tersebut dengan selengkapnya.

18 Pahang Peranan 1. Kesedaran terhadap perlunya pengambilan makanan tambahan dalam kalangan masyarakat Malaysia
masyarakat semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai jenis produk makanan tambahan di pasaran.
membantu Anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang isu tersebut kepada penduduk di sebuah taman
golongan warga perumahan Sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk ceramah tersebut ialah “Kepentingan Pengambilan
tua menjalani Makanan Tambahan”. Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
kehidupan seharian 2. Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi membawa banyak manfaat kepada kehidupan
masyarakat di Malaysia. Bincangkan
3. Kegiatan cetak rompak yang semakin berleluasa boleh melumpuhkan industri penerbitan dan hiburan tanah
air. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kegiatan cetak rompak di negara kita dan cadangkan usaha-
usaha untuk mengatasinya.
4. Pelancong-pelancong seluruh dunia mula menjadikan negara-negara Asia Tenggara sebagai destinasi
pelancongan pilihan mereka. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan negara-negara tersebut telah berupaya
menawarkan pakej-pakej istimewa yang berupaya menarik kemasukan pelancong-pelancong antarabangsa.
Jelaskan sumbangan industri pelancongan terhadap negara-negara berkenaan.
5. Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya bermaksud usaha yang bersungguh-
sungguh perlu dilakukan untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam hidupnya. Tuliskan cerpen
berdasarkan peribahasa di atas.
BIL NEGERI BAHAGIAN A BAHAGIAN B
19 W.P. Kuala Kepentingan 1. Dunia remaja dikatakan sebagai dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bincangkan pernyataan di
Lumpur pengangkutan atas.
awam di negara 2. Teknologi dan kemajuan sains berkembang dengan pesat sehingga membawa kepada perubahan yang besar
kita dalam kehidupan masyarakat Malayisa pada hari ini. Pelbagai rancangan pembangunan telah diusahakan
untuk memajukan dan memodenkan masyarakat dan negara. Huraikan rancangan-rancangan pembangunan
tersebut.
3. Dewasa ini bidang muzik didapati menyediakan pelbagai kerjaya menarik yang menawarkan pendapatan
lumayan. Selaku wartawan sebuah majalah hiburan, anda dikehendaki mewawancara seorang komposer
terkenal tanah air untuk meminta pendapat beliau tentang hal tersebut. Tuliskan wawancara itu selengkapnya.
4. Kerjasama ekonomi antara negara semakin berkembang dewasa ini. Sehubungan dengan itu, banyak negara
membuka peluang pelaburan kepada pelabur asing. Huraikan kepentingan pelaburan antarabangsa dalam
menjanakan ekonomi sesebuah negara.
5. Sebagai penulis remaja yang telah meraih kejayaan dalam bidang penulisan kreatif, anda ingin
menggalakkan lebih ramai remaja menceburi bidang ini. Jelaskan keistimewaan bidang ini.
20 Negeri Langkah-langkah 1. Anda ialah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah
Sembilan meningkatkan mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “langkah-langkah untuk menjadi pelajar
mutu sukan di cemerlang”. Tulis ceramah anda selengkapnya.
Malaysia 2. Pada zaman sains dan teknologi, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin serius dan banyak pihak
beranggapan bahawa institusi keluargalah yang bertanggungjawab terhadap peningkatan masalah ini. Beri
pendapat anda tentang penyataan di atas.
3. Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi negara kita. Tulis
rencana tentang keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pada masa ini.
4. Hubungan diplomatik yang telah terjalin dengan negara-negara lain sejak sekian lama banyak memberi
faedah kepada negara kita. Huraikan peranan negara Malaysia dalam mengekalkan hubugan baik dengan
negara-negara lain di dunia.
5. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan minat masyarakat terhadap
sastera semakin berkurangan. Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk mengembalikan minat
masyarakat terhadap bidang sastera.

Disediakan olah: Cikgu Musri Kadir


SMK Balung Tawau
www.riekadier.blogspot.com

You might also like