You are on page 1of 28

2

1.0 2.0 3.0 4.0

Pengenalan Objektif Proses Mewujudkan PWR Tatacara Penyelenggaraan PWR 4.1 4.2 4.3 4.4 Buku Tunai PWR Penerimaan PWR Pembayaran PWR Rekupmen PWR

5.0 6.0

Penutupan Buku Tunai PWR Pada Akhir Tahun Rumusan

1. Menerapkan kefahaman tentang proses mewujudkan PWR 2. Meningkatkan kompetensi tatacara pengendalian PWR dalam memahami

3. Meningkatkan kecekapan kawalan PWR 4. Meningkatkan akauntabiliti pengurusan kewangan sekolah dalam pengendalian PWR

Pengurusa n Belanjawan Pengurusa n Perakauna n Pengurusa n Hasil

PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusa n Bayaran Pengurusa n Perolehan Pengurusa n Aset

Panjar Wang Runcit (PWR) - Sejumlah wang yang diberi kepada pegawai perakaunan untuk membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit tanpa perlu mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada sesuatu maksud perbelanjaan. Ia boleh juga digunakan perbelanjaan. bagi memberi pendahuluan wang tunai segera kepada pegawaipegawai-pegawai yang memerlukan wang untuk membayar belanja perjalanan kecuali untuk membayar tuntutan perjalanan. perjalanan. AP 3(e)

a) PANJAR GAJI adalah pendahuluan bagi membayar gaji pasukan keselamatan. AP 3(a) b) Panjar 1/12 dan 3/12 PANJAR 1/12 adalah wang tunai yang diperuntukkan dan digunakan untuk memudahkan perbelanjaan berkala dalam negara. Panjar ini hendaklah diakaunkan di bawah akaun panjar yang berasingan dalam akaun panjar diri atas nama jawatan pemegang panjar yang berkenaan. AP 3(b)

PANJAR 3/12 adalah wang tunai yang diperuntukkan dan digunakan untuk memudahkan perbelanjaan berkala luar negara dalam matawang asing. Panjar ini hendaklah diakaunkan di bawah akaun panjar yang berasingan dalam akaun panjar diri atas nama jawatan pemegang panjar yang berkenaan. AP 3(c) c) PANJAR UNIT merupakan pendahuluan khas kepada pasukan keselamatan bagi membayar perbelanjaan semasa menjalankan perkhidmatan. AP 3(d)

d) PANJAR WANG RUNCIT AP 3(e) & TPKPKWS Bab 8 e) PANJAR KHAS adalah wang tunai yang diperuntukkan dan digunakan untuk memudahkan perbelanjaan bagi tujuan khas. Panjar ini hendaklah diakaunkan di bawah akaun panjar yang berasingan dalam akaun panjar diri atas nama jawatan pemegang panjar yang berkenaan. AP 3(f)

Panjar Wang Runcit (PWR) adalah sejumlah wang yang membolehkan Pengurus Sekolah membuat pembayaran kecil dan perbelanjaan runcit tanpa mengeluarkan sebarang pesanan sekolah. PWR boleh digunakan sebagai pendahuluan wang tunai segera kepada pegawai untuk perbelanjaan aktiviti sekolah (Cth : perbelanjaan makan minum pelajar, tambang pelajar, minyak mesin rumput).

PWR tidak boleh digunakan untuk membayar tuntutan perjalanan pegawai (cth : hitungan perbatuan / tambang pegawai, bayaran tol dan lain-lain elaun yang perlu dituntut dengan PPD/JPN ). Semua pembayaran bil yang tidak melebihi RM100 seharusnya dibayar dengan PWR; boleh membayar bil yang lebih besar jumlahnya sekiranya praktik dan berfaedah (tujuan kecemasan sahaja).

Kebenaran untuk mewujudkan PWR diperolehi daripada Ketua PTJ masing-masing Gunakan borang di Lampiran 8.1 Buku TPKPKWS Nyatakan keperluan dan anggaran perbelanjaan runcit untuk sebulan Apabila kelulusan diperolehi, sediakan baucar bayaran untuk mengeluarkan wang daripada butiran peruntukan mengikut kumpulan wang yang diluluskan.

Had maksimum wang Dana Pusingan untuk PWR adalah; Sekolah Menengah : RM 500 Sekolah Rendah : RM 300
SPK Bil.2/2003

Pendahuluan PWR hendaklah dikeluarkan daripada Kumpulan Wang (KW) SUWA di bawah butiran yg tidak dikhaskan untuk sesuatu tujuan sebagai Dana Pusingan (Revolving Fund) kecuali sekolah yang tidak menyelenggara KW SUWA, boleh dikeluarkan daripada KW Kerajaan.

a) BUKU TUNAI PANJAR WANG RUNCIT


Segala urusniaga runcit secara tunai perlu direkod dalam Buku Tunai PWR Format Buku Tunai PWR dan contoh pengisian

b) PENERIMAAN PANJAR WANG RUNCIT


Cek PWR hendaklah di atas nama jawatan Pengetua/ Guru Besar (cth : Guru Besar SK Sri Layang) Cek PWR yang ditunaikan direkodkan di bahagian terimaan Buku Tunai PWR Catatkan: Tarikh cek pendahuluan/rekupmen Nama penerima panjar (Pengetua/GB) No. baucar pendahuluan/rekupmen No. cek pendahuluan/rekupmen Amaun pendahuluan/rekupmen

Simpan wang tunai di tempat yang selamat Pastikan Pemeriksaan Mengejut dilakukan tidak kurang dari sekali dalam tempoh enam (6) bulan AP 309

c) PEMBAYARAN PANJAR WANG RUNCIT


PWR boleh dibelanjakan untuk semua jenis KW yang diselenggara oleh sekolah. Pastikan peruntukan di Buku Tunai KW berkaitan mencukupi sebelum sesuatu perbelanjaan dilakukan supaya rekupmen boleh dibuat

Setiap bayaran disokong dengan baucar kecil PWR (no. siri berturutan) yang disah/diluluskan oleh Pengurus Sekolah/pegawai diberi kuasa Baucar rekupmen berserta baucar kecil & dokumen sokongan disimpan/difailkan mengikut siri baucar KW berkaitan

Rekodkan pembayaran PWR di bahagian bayaran Buku Tunai PWR Catatkan: Tarikh pembelian dibuat Perihal pembelian (nama guru/pembekal) No. baucar kecil/bil tunai Amaun bayaran

d) REKUPMEN PWR
Proses untuk mendapatkan semula wang telah dibelanjakan melalui PWR. Apabila baki wang tunai hampir habis, imbangkan Buku Tunai PWR dan rekupmen dibuat ke atas jumlah yang telah dibelanjakan. Rekupmen boleh dibuat lebih dari sekali dalam sebulan. Perbelanjaan yang direkup hendaklah dikenakan kepada butiran peruntukan KW berkaitan.

Sekiranya melibatkan lebih daripada satu Kumpulan Wang, rekupmen hendaklah dibuat dengan menyediakan baucar bayaran bagi setiap KW terlibat secara serentak. Rekod transaksi rekupmen di bahagian terimaan Buku Tunai PWR Catatkan: Jumlah besar yang perlu direkup Amaun didapatkan semula daripada KW berkaitan

Pastikan PWR hanya digunakan untuk tujuan pembelian runcit seperti setem, minyak mesin rumput, belanja fotostat dan lain-lain perbelanjaan yang wajar dan tidak melebihi RM100 serta disahkan oleh Pengetua/Guru Besar. Pastikan pemeriksaan terhadap kedudukan PWR dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar dari masa ke semasa (sebulan sekali atau setiap kali rekupmen). Patuhi juga AP 309. Baki wang dalam tangan bersamaan dengan baki yang dinyatakan di dalam Buku Tunai PWR.

Jumlah wang dalam tangan dicampur dengan semua baucar kecil yang belum direkup hendaklah sama dengan paras panjar yang diluluskan. Pastikan tandatangan Pengetua/Guru Besar terdapat dalam Buku Tunai PWR sebagai bukti semakan ini telah dijalankan. Apabila PWR dikendalikan sendiri oleh Pengetua/Guru Besar, pemeriksaan ini hendaklah dijalankan oleh pegawai lain yang dilantik di sekolah berkenaan.

Buku Tunai PWR hendaklah diimbangkan dan ditutup pada akhir tahun. Rekupmen mesti dibuat sebelum 31 Disember tahun kewangan semasa. Tujuan : supaya baki PWR bersamaan Dana Pusingan yang diluluskan. Surat Perakuan PWR Pada Akhir Tahun Rekod perlu disediakan pada 31 Disember setiap tahun dan dikemukakan kepada Ketua PTJ. Failkan salinan untuk tujuan audit.

Laporkan kehilangan wang kepada polis Kemukakan salinan laporan polis Pegawai Pengawal KSP/Pihak Berkuasa Kewangan Negeri Pegawai Pengawal mohon pendahuluan kumpulan wang pendahuluan diri (pegawai awam) bagi menggantikan amaun yang hilang Pendahuluan diselaraskan selepas kelulusan hapuskira/keputusan laporan akhir PP Bil 13/2008

Pengendalian Panjar Wang Runcit memudahkan pihak sekolah melakukan pembelian-pembelian runcit yang segera dan kurang daripada RM100 secara tunai. Pengetua/Guru Besar hendaklah mengendalikan urusan Panjar Wang Runcit ini dengan teratur dan sempurna untuk mengelak daripada penyalahgunaan, pembaziran dan kehilangan wang tunai.

Kegagalan mengendalikan Panjar Wang Runcit dengan baik akan mengakibatkan dan memberi kesan kepada penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah. Untuk tujuan ini, Panjar Wang Runcit perlulah diimbangkan dan didapatkan semula sepenuhnya sebelum atau pada 31 Disember tahun kewangan semasa.

You might also like