You are on page 1of 41

Bab 4

Usul Fiqh
Takrif Ilmu Usul al-Fiqh

‫العلم بالقواعد الت يتوصل با إل استنباط‬


‫الحكام الشرعية العملية من الدلة التفصيلية‬
Ilmu tentang kaedah-kaedah yang
membolehkan untuk mengistinbatkan
hukum-hakam syarak yang amali
(praktikal) dari dalil-dalil yang tafsiliy.
Takrif Ilmu Usul al-Fiqh…
 Ilmu yg kaji
Kaedah-kaedah umum (kulliy) utk keluarkan hukum-hakam
dari dalil-dalil yg tafsili (Q & H)
 Maksud hukum-hakam
 Hukum amali termasuk perbuatan hati
 Hukum-hakam akidah – tidak termasuk
 Cth. kaedah usul fiqh ‫كل أمر للوجوب‬
 Dari kaedah ini banyak afrad yg datang dari shari’
 ‫أقيموا الصلة وآتوا الذكاة‬
 ‫وأتموا الحج والعمرة ل‬
 ‫وأذِن فى الناس بالحج‬
 Istinbat hukum dari dalil di atas – Solat, zakat,haji & Umrah
adalah wajib
Subjek Perbincangan
Ilmu Usul Fiqh
 Dalil-dalil syarak yang umum
 Dalil yg Disepakati – Q,H,I,Q
 Dalil yg Tidak disepakati – Istihsan, istislah, istishab dll
 Hukum-hakam syarak yang umum
 Hukum Taklifiy
 Hukum Wad’iy
 Ijtihad, syarat dan kriteria mujtahid
 al-Tacarud dan al-tarjih
 al-Dilalat atau al-Dalalat
 Cara tentukan madlul & hukum dari Q & S
 Bahagian-bahagiannya.
Faedah Mempelajari Usul al-Fiqh

 Aplikasi kaedah umum ke atas dalil utk sampai kpd


sesuatu hukum
 Mengetahui dasar pembinaan hukum syarak serta
maqasid syarak
 Mampu mengistinbatkan hukum dengan tepat
 Dgn penggunaan qiyas, istihsan, istishab dsb
 Mengetahui hukum yg telah diistinbat, membuat
perbandingan, dan mentarjih
Sejarah Perkembangan Usul al-Fiqh

 Tidak wujud pada zaman Rasulullah


 Baginda rujukan utama

 Zaman sahabat pun begitu


 Mereka rapat dgn Rasul
 Setiap isu dibincang sesama mereka
 Zaman tabi’in: Mula berlaku perubahan
 Walaupun dah meluas, keupayaan ulama tinggi

 Zaman atba’ al-tabi’in:


 Banyak masalah baru dgn adat & budaya
 Lahir usul fiqh – dipelopori Imam Shafi’i
Dalil-dalil Syarak
Takrif dalil:
‫ما يستدل بالنظر الصحيح فيه على حكم شرعي‬
‫عملي على سبيل القطع أو الظن‬
Maksudnya: Sesuatu yang diperolehi hukum syarak
amali daripadanya dengan dilakukan kajian yang sah
terhadapnya sama ada secara qatciyy mahupun
zanniyy
Dalil-dalil Yang Disepakati

 al-Qur’an al-Karim
‫اللفظ العرب النل على ممد صلى ال عليه وسلم للعجاز بسورة‬
‫منه النقول متواترا‬
 Lafaz yang berbahasa Arab, yang diturunkan ke atas
Muhammad s.a.w., kedudukannya mencabar
(mukjizat) dengan satu surah yang terdapat di
dalamnya dan dipindahkan (diriwayatkan) secara
mutawatir
Ciri-ciri al-Qur’an
 Lafaz dan makna dari Allah
 Diriwayatkan secara mutawatir
 Kandungannya tiada perkurangan atau
penambahan
 Mengandungi mukjizat
al-Sunnah
 Takrif
‫ما صدر عن النب صلى ال عليه وسلم غي القرآن من قول أو فعل‬
‫أو تقرير‬
Sesuatu yang terbit dari Rasulullah s.a.w.
bukan al-Qur’an sama ada dalam bentuk
perkataan, perbuatan atau taqrir
Ciri-ciri al-Sunnah

 Ia datang dari Rasulullah s.a.w. tetapi bukan


al-Qur’an
 Ia tidak bermukjizat
 Ia berlaku dalam bentuk perkataan,
perbuatan, atau taqrir dari Rasulullah s.a.w
 Ia berlaku selepas Rasulullah diutuskan
sebagai Rasul
Bentuk-bentuk al-Sunnah

 al-Sunnah al-qawliyyah
 al-Sunnah al-ficliyyah
 al-Sunnah al-taqririyyah
Kehujahan al-Sunnah

 Al-Quran
 Ijmak
 Logik
Kedudukan al-Sunnah Sebagai Dalil
Hukum

 Tempat kedua selepas al-Quran


Fungsi al-Sunnah Terhadap al-Qur’an

 Mengukuhkan hukum-hakam al-Qur’an, mendetailkan hukum


yang disebutkan secara ijmal (ringkas) di dalam al-Qur’an
 Menghadkan (taqyid) hukum-hakam yang disebut secara mutlak
(mutlaq)
 Mengkhususkan hukum-hakam yang disebutkan secara umum
(am)
 Menjawab segala kemusykilan yg disebutkan di dalam al-Qur’an
 Menasakhkan beberapa hukum di dalam al-Qur’an
 Menentukan hukum-hakam yang sebahagiannya tidak
disebutkan oleh al-Qur’an
Ijmak
 Takrif
‫اتفاق الجتهدين من أمة ممد صلى ال عليه وسلم على‬
‫حكم شرعي ف عصر غي عصر الرسول‬
 Maksudnya: Persepakatan para mujtahid dari
kalangan umat Muhammad s.a.w. terhadap
hukum syarak pada mana-mana zaman
selain zaman Rasul (s.a.w.)
Ciri-ciri Ijmak
 Persepakatan semua ulama yang layak untuk
berijtihad
 Persepakatan berlaku di kalangan umat
Muhammad s.a.w.
 Persepakatan berlaku terhadap hukum
syarak
 Persepakatan berlaku selepas kewafatan
Rasulullah s.a.w.
Syarat-syarat Ijmak

Syarat disepakati
c) Adil
d) Mujtahid
e) Semua sepakat
f) Wujud lebih dari seorang mujtahid
g) Secara sarih atau i’tibariyy
h) Tidak menarik balik persetujuan
Pembahagian Ijmak

 Sarih
 Sukutiyy
Dalil Kehujjahan Ijmak
 ِ‫ي ُنوَلّه‬
َ ِ‫وَ َمنْ يُشَاقِ ْق الرّسُو َل مِ ْن بَعْ ِد مَا تََبيّ َن لَ ُه الْهُدَى وََيتّبِ ْع غَ ْيرَ َسبِيلِ اْل ُمؤْ ِمن‬
‫ت مَصِيًا‬
ْ َ‫صلِهِ َجهَنّ َم وَسَاء‬
ْ ُ‫مَا تَوَلّى وَن‬
 Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah
terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang
dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan
orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa
untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari
akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka
jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat
kembali
Dalil Kehujjahan Ijmak

 ‫ل تتمع أمت على ضللة‬


 Umatku tidak akan bersepakat terhadap
perkara-perkara yang sesat
Qiyas
‫إثبات حكم معلوم ف معلوم آخر لشتراكهما ف علة‬
‫الكم عند الثبت‬
 Mengisbatkan sesuatu hukum pada sesuatu
perkara ke dalam suatu perkara lain kerana
persamaan keduanya dari segi illah hukum
menurut pandangan orang yang
mengisbatkannya
Kehujjahan Qiyas
 ‫فَاعْتَبِرُوا يَاأُولِي الَبْصَار‬
 Maka ambil pengajaran (iktibar)
(dari peristiwa itu) wahai orang-
orang yang berakal fikiran serta
celik mata hatinya.
Kehujjahan Qiyas

 Nabi s.a.w. sendiri pernah melakukan qiyas


 Ijmak
 Logik
Rukun Qiyas

 Asal
 Hukum asal
 Furu’ (al-far’)
 ‘Illah
Syarat-syarat Qiyas
 Hukm al-asl mestilah tidak khusus untuk sebab-
sebab yang menjadi faktor wujudnya sesuatu nas
 Perkara yang hendak diqiyaskan mestilah perkara-
perkara yang macqul
 Hukm al-asl hendaklah sabit melalui al-Qur’an, hadith
atau ijmak
 Natijah dari qiyas yang dilakukan mestilah tidak
bertentangan dengan nas
Dalil-dalil Yang Tidak Disepakati

 Al-Masalih al-Mursalah (‫(المصالح المرسلة‬


 Al-Istihsan (‫(الستحسان‬
 Al-Istishab (‫(الستصحاب‬
 Al-’Urf (‫(العرف‬
 Sadd al-Dhara’ic (‫(سد الذرائع‬
 Mazhab al-Sahabiyy (‫(مذهب الصحابي‬
Al-Masalih al-Mursalah
 Definisi
‫كل منفعة داخلة ف مقاصد الشارع دون أن يكون لا شاهد بالعتبار‬
‫أو اللغاء‬
 Maksudnya: Setiap kemanfaatan yang
termasuk di dalam sasaran al-Sharic (Allah)
tanpa ada bukti (dari nas) yang
mengiktirafkannya atau membatalkannya.
Al-Masalih al-Mursalah
 Ciri-ciri
 Berdasarkan prinsip mengambil maslahah dan
menolak mudarat
 Kemaslahatan yang menjadi asasnya tidak terdapat
ketentuan
 Jenis-jenis maslahah
 Yang diiktiraf oleh nas
 Yang dibatalkan oleh nas
 Yang tidak ada ketentuan nas
Al-Masalih al-Mursalah
 Contoh:
 Pembinaan penjara
 Mengenakan cukai-cukai tertentu terhadap
orang kaya
 Membuat pendaftaran nikah

 Kehujjahan al-masalih al-mursalah


Al-Istihsan
 Definisi
 ‫العدول عن قياس جلي إل قياس خفي أو استثناء مسألة جزئية من أصل كلي‬
‫أو قاعدة عامة يقتضى ها العدول‬
 Maksudnya: Berpaling daripada qiyas jaliyy kepada
qiyas khafiyy atau atau mengecualikan masalah
juz’iyah daripada asal yang kulliy atau kaedah yang
umum berdasarkan kepada dalil yang menuntut
peralihan ini.
Al-Istihsan
 Ciri-ciri al-Istihsan
 Berpaling daripada menggunakan qiyas jaliyy kepada
qiyas khafiyy
 Mengecualikan suatu masalah daripada asal atau
kaedah umum
 Jenis al-Istihsan
 Mentarjihkan qiyas khafiyy terhadap qiyas jaliyy
 Mengecualikan perkara juz’iyyat daripada asal atau
kaedah umum
Al-Istishab
 Definisi
‫الكم على شيء با كان ثابتا له أو منفيا عنه لعدم قيام الدليل على خلفه‬
 Maksudnya: Menghukumkan sesuatu berdasarkan
hukum yang sudah ada padanya sama ada hukum
tersebut dalam bentuk sabit atau nafi kerana tiada
dalil yang menunjukkan sebaliknya
Al-Istishab
 Ciri-ciri
 Mengekalkan hukum sedia ada
 Tiada dalil yang menunjukkan sebaliknya
 Tidak mensabitkan hukum baru

 Pembahagian al-Istishab
 Istishab hukum harus atau al-bara’ah al-asliyyah ketika
tiada dalil yang menunjukkan sebaliknya
 Istishab hukum syarak yang terbukti satu dalil atau
tiada dalil lain yang mengubahnya
Kehujjahan al-Istishab
 Kebanyakan ahl al-kalam: Tidak dianggap sebagai
hujjah
 Kebanyakan ulama Hanafi mutakhir: Hanya hujjah
untuk menolak dan menafikan, bukan untuk
mengisbat dan memberikan hak
 Kebanyakan ulama Malikiyy, Shafi’iyy dan Hanbaliyy:
Hujjah untuk menafi dan mensabitkan.
Al-’Urf
 Definisi
‫ما تعارفه الناس وساروا عليه من قول أو فعل أو ترك‬

 Maksudnya: Apa yang menjadi kebiasaan


manusia dan dilakukan mereka
berdasarkannya sama ada dalam bentuk
perkataan, perbuatan atau tinggalan
Al-`Urf
 Ciri-ciri
 Kebiasaan dan amalan manusia
 Merujuk kepada persepakatan manusia umumnya

 Pembahagian al-`Urf
 Dari segi bentuk: Qawliyy & fi’liyy
 Dari segi skop: Am & khas
 Dari segi sah dan batal: Sahih & fasid
 Kehujjahan al-`Urf
Sadd al-Dhara’ic
 Definisi
‫اليلولة دون الوصول إل الفسدة‬
 Maksudnya: Menghalang daripada sampai kepada
perkara yang fasad
 Ciri-ciri
 Menghalang keburukan
 Membuka ruang untuk kebaikan
 Penetapannya berdasarkan natijah sesuatu perkara,
sekalipun tidak menjadi matlamat pelakunya
Sadd al-Dhara’ic
 Contoh
 Boleh membayar wang tebusan kepada kafir
harbiyy
 Diharamkan qadi menjatuhkan hukuman
berdasarkan pengetahuannya
 Haram menjual senjata kepada orang kafir
 Kehujjahan
 Al-Quran
 Al-sunnah
 Amalan para sahabat
Mazhab al-Sahabiyy
 Definisi sahabat
‫من شهد النب صلى ال عليه وسلم وآمن به ولزمه مدة تكفي لطلق كلمة‬
‫الصاحب عليه عرفا‬
 Maksudnya: Sesiapa yang melihat Rasulullah s.a.w.
dalam keadaan beriman kepadanya dan
mendampinginya untuk tempoh masa yang memadai
untuk dikatakan sebagai sahabat dari segi adat
Mazhab al-Sahabiyy
 Ciri-ciri sahabat
 Melihat Rasulullah
 Pernah berdampingan dengannya
 Beriman
 Kehujjahan
 Para ulama sepakat mengatakan pendapat sahabat
yang bukan berdasarkan pendapat adalah hujjah
begitu juga ijmak mereka. Para ulama juga
mengatakan bahawa seseorang sahabat tidak wajib
mengikut sahabat yang lain
 Sementara pendapat sahabat yang berdasarkan
pendapat mereka, terdapat perselisihan

You might also like