You are on page 1of 2

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

KONSEP ASAS ICT DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN
Penggunaan ICT dalam P&P
bermaksud menggunakan ICT secara
berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan P&P dalam kelas.
KAEDAH-KAEDAH PENGGUNAAN ICT
DALAM P&P
1. KAEDAH TUTORIAL
Menurut kaedah ini ICT
digunakan untuk menyampaikan kandungan
pembelajaran berdasarkan urutan yang telah
ditetapkan.Pembelajaran tutorial ini
merangkumi pembelajaran ekspositori (
menyampaikan maklumat kepada murid,
demonstrasi sesuatu fenomena , latihan atau
latih tubi yang dikawal oleh sistem.
Secara umum perisian
berasaskan pembelajaran tutorial ini
mengandungi mempersembahkan maklumat,
membimbing,. memberi latihan dan menilai
pencapaian.
2. KAEDAH PENEROKAAN
Kaedah ini berlaku apabila
ICT digunakan sebagai medium untuk
;Mengakses dtau mencari maklumat daripada
CD atau internet, mengkaji sesuatu fenomena
secara simulasi atau melihat demonstrasi
sesuatu kejadian yang babaknmya boleh
dikawal.
Dalam kaedah ini
murid boleh mengawal dan menentukan
maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan
ini sesuai digunakan dalam situasi berikut
;pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan,
penyelesaian masalah kehidupan sebenar,
aktiviti berkaitan Kajian Masa Depan dan
aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi.
3. KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI
Dalam kaedah ini, ICT diguna
bagi membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran seperti ;Menghasilkan
karanganMembina graf/jadualMelakar gambar
dan sebagainya
4. KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH
KOMUNIKASI
Dalam kaedah ini ICT
diguna untuk membolehkan guru dan murid
berkomunikasi daripada lokasi yang berbeza
untuk menghantar, menerima dan berkongsi
maklumat yang pelbagai bentuk seperti ;Teks,
Grafik, Audio, Video dan Kombinasi pelbagai
mod
Melalui kaedah ini boleh
digunakan bagi melaksanakan pembelajaran
seperti berikut ;Pembelajaran kolaboratif,
Meningkatkan penglibatan murid dalam proses
pembelajaran, Melibatkan pakar di dalam dan
luar negara dalam proses P&P.

http://geocities.com

You might also like