AL-QUR'AN PADA MASA RASULULLAH DAN KAEDAH TILAWAH DAN APLIKASI DI MALAYSIA

A. PENDAHULUAN Al-Qur'an pada masa Rasulullah pemeliharaannya melalui dua iaitu dengan hafalan dan tulisan. Bangsa Arab pada permulaan Islam umumnya masih belum berminat membaca dan menulis. Akan tetapi mereka itu mempunyai

keistimewaan sebagaimana yang lazim kita dapati dalam kalangan bangsa Arab yang mempunyai kekuatan ingatan dan hafalan, atau “watuz-dzakiran."

Kekuatan hafalan inilah yang menjadikan bangsa Arab untuk mempusakakan turun-temurun atau silsilah mereka yang selalu menjadi kebanggaan mereka, ataupun meriwayatkan qashidah-qashidah dan syair-syair serta pujanggapujangga mereka yang terkemuka. Di Negara Malaysia pada hari ini pengajaran Al-quran telah mendapat sambutan yang begitu meluas disemua peringkat lapisan tua dan muda mempelajari Al-quran sebagai perkara yang wajib terutama bagi orang Islam.

B. METODOLOGI PENGAJARAN AL-QURAN DI ZAMAN RASULLAH Rasulullah menggunakan kekuatan ingatan dan hafalan umumnya ini sebagai faktor utama dalam rangka pemeliharaan Al-Qur'an. Setiap kali ayatayat diturunkan kepada Rasulullah, beliau mengajarkan dan menyampaikan ayat-ayat itu kepada umatnya, dan beliau menyuruh mereka untuk menghafalkan ayat-ayat tersebut, berikut susunan ayat-ayat pada surah-surah, sebagaimana yang telah beliau ajarkan kepada mereka.

1

Untuk mempercepat dan memperkuat hafalan mereka itu, maka Rasulullah menganjurkan kepada mereka supaya ayat-ayat Al-Qur'an itu selalu dibaca, dan beliau menetapkan bahwa membaca Al-Qur'an itu dapat dijadikan suatu ibadah, bahkan beliau mewajibkan membaca Al-Qur'an itu dalam sembahyang. Dengan demikian bertambahlah keghairahan masyarakat Islam untuk menghafalkan ayat-ayat Al-Qur'an itu, sehingga sesuatu surah dihafalkan oleh beribu-ribu orang. Bahkan banyak pula di antara para sahabat yang menghafalkan seluruh ayat-ayat Al-Qur'an itu, misalnya: Dari golongan Muhajirin : 1. Abu Bakar Ash-Shiddiq. 2. Umar ibnu Chattab 3. Utsman ibnu 'Affan 4. Ali ibnu Abi Thalib. 5.Thalhah 6.Sa'ad 7. Huzaifah 8. Abu Hurairah 9. Saalim 10. Abdullah ibnu Mas'ud 11. Abdullah ibnu 'Umar. 12. Abdullah ibnu 'Abbas. 13. 'Amr ibnu 'Ash.

2

Ibnul Zubair 17. Abu Darda' 7. Mu'adz ibnu Jabal 3. 19. Hafshah binti 'Umar.'Aisyah binti Abi Bakar. 5. 4. Ibnu Mas'ud. Ummu Salamah. 16. Zaid bin Tsabit. 20. Ali bin Abi Thalib. 6.Mu'awiyah. Dari golongan al-Anshar": 1. 18. Abu Musa Al-Asy'ary 3 . Utsman bin Affan 2. Ubay bin Ka'ab. Abdullah ibnu 'Amr ibnul 'Ash 15. 5. Ubai ibn Ka'ab 2. Zaid ibnu Tsabit 4. Abu Ad-Dhardaa. 3.14. Abdullah ibnu Assaib. Abu Zaid (Qais ibnu Sakan ibnu Qais) Yang terkenal sebagai guru Al-Qur'an di masa Nabi dan sesudahnya adalah: 1.

seperti kulit binatang yang telah dibersihkan. pada masa itu mereka pakai untuk menjadi nama bagi benda-benda atau bahan-bahan yang waktu itu mereka pakai untuk ditulis. pada masa itu belum wujud. Kata-kata "Al-waraq" dan "al Qirthaas" yang sekarang ini dipakai untuk erti "kertas". Cuma sedikit sahaja orang-orang yang dapat menulis dan membaca. Menurut keterangan Zaid Ibnu Tsabit. Apabila terdapat kesalahan dalam hafalan atau bacaan mereka. Jibril melakukan ulangan itu dua kali terhadap beliau. maka Rasulullah segera membetulkannya. sutera dan sebagainya. iaitu "daun kayu". Mereka waktu itu belum mengenal buku dan kertas. pelepah tamar. kerana pada masa itu bangsa Parsi telah pandai membuat kertas dan mereka namakan sebagai "kaghid". sebab sebagaimana dikatakan tadi bangsa Arab pada masa itu pada umumnya masih buta huruf. sesudah wafatnya Rasulullah. Rasulullah membaca ayat-ayat al-Qur'an yang telah diturunkan kepada beliau.Untuk menperbetulkan hafalan dan bacaan mereka itu. tulang-tulang dan batu-batu yang dihaluskan. pada tahun terakhir sebelum wafatnya Rasulullah. adalah merupakan faktor kedua sesudah hafalan. Dalam hal ini Rasulullah menyuruh mereka membaca Al Qur'an itu di hadapan beliau. Sehingga kata "al-qirthaas" (yang kemudian menjadi "kertas" dalam bahasa Indonesia. maka pada waktuwaktu tertentu Rasulullah mengadakan ulangan terhadap mereka. Setiap kali Jibril mengadakan ulangan ini. Adapun pemeliharaan dengan tulisan. Mereka barulah mengenal kertas setelah mereka menaklukkan negeri Parsi. Kata "Al-waraq pada masa itu hanyalah dipakai kepada ertinya yang asli. 4 .

Apa yang mereka sebut "kitab" pada masa itu ialah : sepotong batu. Dan itulah sebabnya maka kata-kata tersebut tidak pernah kita jumpai dalam Hadits-hadits Nabi atau kesusasteraan Arab yang berasal dari masa sebelum dan permulaan Islam. Dan kadang-kadang kata kitab tersebut juga mereka pakai untuk erti "surah".kata "Al-waraq" dan "Al-qirthaas" tadi pun dipakai oleh bangsa Arab untuk apa yang disebut "Kaghid' dalam bahasa Parsi itu. tulang atau kulit dan sebagainya yang telah ditulis. Sedang alat-alat tulis pun masih sederhana. Dan dalam perkembangan selanjutnya kata. Mereka belum mempunyai buku atau kitab tentang apapun juga.Maka semenjak itu bangsa Arab-pun memakai perkataan "kaghid" tersebut untuk erti "kertas". Sampai pada permulaan Islam itu Bangsa Arab juga belum mengenal buku. Jadi bermula dari itu menjadikan perkataan kaghid itu ke dalam perbendaharaan Bahasa Arab. beliau segera menyampaikan dan mengajarkan ayat-ayat itu kepada sahabat." (kutub = jama' "kitab" berarti "surah'). dan 5 . Namun demikian Rasulullah juga menggunakan faktor "tulisan" itu sebagai salah satu alat dalam rangka pemeliharaan Al-Qur'an. Pada umumnya bangsa Arab ketika itu masih buta huruf cuma sedikit sahaja di antara mereka terdapat orang-orang yang telah pandai menulis dan membaca. sedangkan "hafalan" tetap merupakan faktor utama. Misalnya surah-surah yang pernah dikirim Rasulullah kepada raja-raja sekitar jazirah Arab dimasa itu untuk mengajak mereka masuk Islam. surah-surah itupun mereka sebut "Kutuuburrasul. Maka setiap kali ayat-ayat itu diturunkan kepada Rasulullah.

3. Ubai bin Ka'ab r 7. Umar bin Khattab.Abi'ThalHb. Altbin. 4. 15. Tsabit bin qi'is bin Syammas. Utsman bin Affan. Abu Bakar Ash-Shiddiq. Yazid ibnu Sofyan 11. 14. 10. Dengan ini terdiri dari sahabat yang pada masa itu telah pandai menulis dan membaca mereka ini antara lain ialah : 1. 16. 5. 6 . Mu'awiyah bin Abu Sofyan. Mughirah bin Syu'bah 12. Amr bin 'Ash. 'Ala Al Hadrammi. Amir bin Fuhairah.Wahyi" (Kattab atau Katabah adalah jama' "Katib". yang disebut "Kattabul. serta menyuruh mereka untuk menuliskannya. 9. Untuk itu Rasulullah telah membentuk suatu Dewan Penulis Wahyu. Mohammad bin Maslamah. Chalid bin Walid. 6.menganjurkan kepada mereka untuk menghafalkan. Zaid bin Tsabit. 2. yang bererti "penulis"). 8. Zubair bin Awwam 13.

2. Apabila sesuatu surah telah selesai diturunkan semua ayat. sebagai pemisah antara surah tersebut dengan surah yang sebelumnya. maka para sahabat yang pandai menulis pada masa itu juga menuliskan ayat-ayat Al-Qur'an itu untuk dipakai sendiri bersama keluarganya dan handai taulan mereka. Dalam rangka penulisan ayat-ayat AlQur'an itu Rasulullah memberikan beberapa peraturan dan bimbingan. maka Rasulullah menyuruh mencantumkan "Basmalah" pada permulaan surah itu (selain surah Taubah).bahan yang ada pada masa itu. agar kemudian jangan sampai ayat-ayat Al-Qur'an itu bercampur aduk dengan yang lain. dengan menggunakan alat-alat dan bahan. antara lain: 1. pelajaran-pelajaran yang kemudian disebut Hadits Nabi. Adapun selain dari itu. dan telah selesai pula dituliskan. Tulisan-tulisan yang rasmi yang disimpan Rasulullah itu. Rasulullah menentukan. haruslah diperbanyakkan jumlahnya orang-orang yang pandai menulis dan 7 . bahawa hanya ayat-ayat Al-Qur'an sajalah yang boleh dituliskan ketika itu. Dan tulisan-tulisan yang telah selesai lalu disimpan oleh Rasulullah sendiri di rumah beliau. Rasulullah menunjukkan susunan ayat-ayat dalam masing-masing surahnya.ayatnya.Tugas Dewan ini ialah menuliskan ayat-ayat Al-Qur'an yang telah diturunkan kepada Rasulullah. tidak dituliskan. Untuk memperhebatkan gerakan penulisan ayat-ayat Al-Qur'an itu. Larangan ini dimaksudkan untuk menjaga kemurnian Al-Qur'an itu. 3. Dan beliau juga memberikan nama bagi surah tersebut.

kaum Muslimin telah berhasil menawan tawanan perang. iaitu memanfaatkan tenaga para tawanan perang dalam rangka memberantas buta huruf itu. sehingga bertambah banyak pulalah jumlahnya 8 . menggunakan kesempatan yang baik ini. mereka itu dapat juga dibebaskan apabila masing-masing mereka telah dapat mengajar berpuluh anak orang muslimin sampai pandai menulis dan membaca. Untuk ini. Maka banyaklah di antara tawanan itu. Telah menjadi kebiasaan pada zaman dahulu.membacanya. dan telah memperbesar jumlah orangorang yang telah dapat menulis. yang belum dipergunakan orang sebelumnya. telah menambah keinginan masyarakat untuk mempelajari tulisan dan bacaan. maka Rasulullah telah melancarkan berbagai macam usaha. antara lain ialah : 1. Mempertinggi keinginan dan keghairahan masyarakat untuk mempelajari tulisan bacaan. 2. sehingga mereka dapat membebaskan diri setelah menjalankan hukuman itu. bahawa tawanan perang itu dapat dibebaskan apabila ditebus dengan wang atau melalui pertukaran tawanan. dan yang tidak dapat dibebaskan dengan pertukaran tawanan. Dalam peperangan Badar. Selain itu Rasulullah juga telah menggunakan sesuatu cara yang baik. yang pandai menulis membaca. Usaha-usaha tersebut di atas. Dalam hal ini Rasulullah memberikan penghargaan yang tinggi terhadap orang-orang yang telah pandai menulis dan membaca. Maka kepada para tawanan itu Rasulullah telah memberikan suatu ketentuan bahawa mereka yang tidak dapat menebus dirinya dengan wang.

kembali kehadrat Tuhan setelah Al-Qur'an itu selesai diturunkan. Naskah rasmi yang ditulis oleh Dewan Penulis Wahyu yang disimpan oleh Rasulullah sendiri. dan telah tersusun pula tersusun ayat- 9 . 2. yang menjamin terpeliharanya keaslian dan kemurnian Al-Qur'an itu. 3. untuk mereka masing-masing. Sebelum Rasulullah wafat.mereka yang ikut menuliskan ayat-ayat Al-Qur'an itu. penulisan ayat-ayat Al-Qur'an itu telah selesai pula. dan banyak pula yang menghafalkan seluruhnya. Naskah-naskah tak rasmi yang ditulis oleh orang-orang yang pada waktu itu telah dapat menulis. langsung di bawah pengawasan. Suatu hal yang sangat menarik perhatian ialah bahawa Al-Qur'an itu telah selesai diturunkan pada saat Rasulullah telah mendekati saat wafatnya. maka sebelum Rasulullah wafat. bimbingan dan petunjuk Rasulullah sendiri. Di antara mereka ada yang hanya menghafalkan sebahagiannya saja. Dengan demikian. sehingga tak ada satu ayat pun yang tidak dituliskan. yang jumlah mereka ini tidak sedikit. Di samping itu telah dihafalkan pula oleh beribu-ribu manusia. dan telah dihafalkan oleh ribuan orang. Atau dengan perkataan lain : Rasulullah barulah wafat. dan telah dituliskan semua ayat. di samping Dewan Penulis Wahyu yang ditunjuk oleh Rasulullah. telah ada tiga faktor yang saling menguatkan. ialah : 1.ayatnya. Hafalan dari orang-orang yang telah menghafalkannya. dan setelah semua ayat-ayatAl-Qur'an selesai diturunkan.

Kaum Muslimin telah mendengar Al-Qur'an itu dari mulut Nabi berkali. Sebab. timbullah peristiwa-peristiwa yang mendorong kaum muslimin untuk melakukan "pengumpulan Al-Qur'an". langsung di bawah pimpinan. yang sesuai dengan keadaan yang ada pada masa itu. mahupun ketika Nabi mengajarkan ayat-ayat itu kepada mereka. petunjuk-petunjuk dan pengawasan beliau sendiri.kali. baik ketika mereka mempelajari ayat-ayat itu dari beliau. C. walaupun shuhuf ini telah mencakupi semua ayat-ayat Al Qur'an. Rasulullah telah menggunakan cara-cara yang praktikal.ayatnya pada masing-masing surahnya. kerana masih terdiri dari benda-benda yang tidak seragam. 10 . Pada masa pemerintahan Abu Bakar. baik dalam sembahyang. Rasulullah pun telah mendengarkan mereka membaca ayat-ayat itu. Dan kesemuanya terlaksana dihadapan mata beliau. METODOLOGI PENGAJARAN BAKAR DAN UMAR AL-QUR'AN PADA MASA ABU Abu Bakar As-Shiddieq diangkat menjadi Khalifah pertama setelah wafatnya Rasulullah saw. pidato-pidato beliau. Sebaliknya. kerana mereka belum merasa tenteram dengan adanya shuhuf yang ditulis pada masa Rasulullah tersebut. namun ia belumlah tersusun menjadi satu. baik bahannya mahupun ukurannya. atau pun pada saat beliau mengadakan ulangan kepada mereka untuk membetulkan hafalan dan bacaan mereka.

Riwayat-riwayat mengenai hal ini menyebutkan bahawa pada mulanya Khalifah Abu Bakar tidak bersedia menerima usul tersebut. Zaid melaksanakan tugas ini dengan amat teliti. Abu Bakar lalu menugaskan kepada Zaid untuk melaksanakan pengumpulan Al-Qur'an itu. seperti solat dan zakat. Mereka inilah yang disebut "Mani'uzzakat". Tetapi setelah Abu Bakar dapat meyakinkannya maka akhirnya Zaid pun menyetujuinya. dan walaupun ia pernah menjadi anggota Dewan Penulis 11 .Peristiwa yang terjadi pada masa pemerintahan Abu Bakar ini ialah pemberontakan dari orang-orang yang ingin membebaskan diri dari kewajibankewajiban yang ditentukan agama Islam. iaitu menyalin atau menuliskan kembali ayatayat Al-Qur'an itu pada lembaran-lembaran yang sama dan seragam. Tetapi setelah Umar mengemukakan alasan-alasannya dan menggambarkan faedah dari pengumpulan Al-Qur'an itu. kerana Rasulullah tidak pernah memerintahkan hal itu. maka akhirnya Khalifah Abu Bakar menyetujui usul tersebut. Walaupun dia adalah salah seorang dari mereka yang hafal seluruh ayatayat Al-Qur'an itu. sehingga dapat dihimpun menjadi satu. Kemudian Abu Bakar dan Umar bersama-sama datang kepada Zaid ibnu Tsabit untuk membicarakan hal itu. Beliau mengusulkan kepada Khalifah Abu Bakar untuk mengeluarkan perintah supaya dilakukan pengumpulan Al-Qur'an. Diantara para pemimpin-pemimpin Islam yang sangat merasakan kekhuatiran ini ialah Umar Ibnu Khatthab. Zaid pada mulanya juga menolak usul tesebut dengan alasan yang sama seperti yang dikemukakan Abu Bakar kepada Umar. supaya tidak ada kemungkinan hilang atau tercicir sebagian dari lembaran-lembarannya.

Oleh kerana bangsa Arab pada masa-masa sebelum itu masih belum mengenal buku. nama apakah yang akan digunakan kepada benda tersebut. namun ia tidak mahu menuliskan ayatayat Al-quran itu kembali berdasar hafalan dan tulisan-tulisan yang ada padanya seorang. lalu diujinya dengan hafalan-hafalan para sahabat yang masih hidup pada masa itu. namun ia telah menjadi satu kesatuan.ayat dan surah-surah Al-Qur'an yang telah ditulis pada masa Rasulullah.Wahyu pada masa hidupnya Rasulullah. barulah Zaid menuliskan ayat-ayat itu kembali. Lalu ada yang mengusulkan supaya dinamai "Safar" saja. Dikumpulkannya sebanyak mungkin lembaran-lembaran yang berisi ayat. sehingga akhirnya selesailah ia menuliskan kembali semua ayat-ayat Al-Qur'an itu dengan susunan ayat-ayat pada masing-masing surah sesuai dengan apa yang ditentukan Rasulullah. Apabila sudah terdapat kesepadanan antara tulisan-tulisan itu dengan hafalan para sahabat. Lembaran-lembaran yang telah disusun dan diikat dengan benang itu. walaupun belum merupakan buku yang benar. Demikianlah caranya ia bekerja. daripada lembaran-lembaran atau naskah-haskah yang ditulis pada masa Rasulullah dan Abu bakar meminta kepada para sahabat memberi nama bagi naskah yang baru itu. paling sedikit hafalan dua orang Qurra" yang dapat dipercaya. Semuanya dituliskan pada lembaran-lembaran yang sama dan seragam. dan sudah lebih baik. mereka bingung. dan diserahkan kepada Khalifah Abu Bakar untuk disimpannya. baik yang rasmi ataupun yang tidak resmi. yang kemudian disusun menjadi satu dan diikat dengan benang. 12 .

Khalifah ini meneruskan usaha perluasan daerah Islam. bahawa sewaktu ia berhijrah ke negeri Habsyi diketahuinya bahawa orang-orang di sana menyebut buku itu dengan nama "Mush-haf".seperti kitab-kitab suci orang-orang zaman dahulu. Usul Ibnu Mas'ud ini diterima. D. yang terbentang dari Tripoli. namun Al Qur'an tetap menjadi Iman 13 . Syria. sehingga pemeliharaan tersebut lebih terjamin. Dengan adanya naskah yang baru ini. berbanding daripada naskah-naskah yang ada sebelumnya. Irak. yang bererti : menyusun lembaran-lembaran yang telah ditulis). Mesir.pasukan Islam telah sampai ke Tripoli di Afrika Utara dan Armenia serta Azerbeiyan di Utara Syria. ia mengatakan. Dan ada pula yang mengusulkan nama-nama lainnya. sehingga Al-Qur'an yang telah wujud dalam kumpulan dari lembaran-lembaran yang seragam itu lalu dinamakan "MUSH-HAF" (kata-kata "Mush-haf". maka umat Islam itu telah tersebar pada daerah yang begitu luas. Dengan demikian. Akhirnya Ibnu Mas'ud mengusulkan supaya benda tersebut dinamai "Mush-haf". METODOLOGI PENGAJARAN AL-QUR'AN PADA MASA 'UTSMAN BIN 'AFFAN Setelah wafatnya Khalifah Umar. sehingga pada masa pemerintahannya pasukan. maka kaum muslimin sudah merasa lebih tenteram tentang pemeliharaan terhadap Al-Qur'an. Ini di sebab naskah tersebut berada dalam keadaan baik. Persia dan Jazirah Arabia sendiri. maka diangkatlah 'Utsman ibnu 'Affan menjadi Khalifah ketiga. dan kemanapun mereka itu pergi. Suatu hal yang perlu ditegaskan ialah bahawa dimanapun Umat Islam itu berada.

Tidak adanya keseragaman tentang susunan surah-surah pada naskahnaskah yang mereka miliki. pada masa khalifah 14 . Akan tetapi. kerana masing-masing mereka menggunakan ejaan tulisan yang sesuai dengan lahjah atau dialek mereka masing-masing. seakan-akan bererti bahawa ia terdiri dari 144 kitab yang berdiri sendiri. iaitu tidak adanya keseragaman dalam menyusun tertib unit surah-surah Al-Qur'an itu disebabkan kerana Rasulullah dulunya memang tidak memerintahkan supaya surah-surah Al-Qur'an itu diatur menurut susunan yang tertentu.dan pedoman hidup yang utama bagi mereka. Tidak adanya keseragaman dalam ejaan tulisan yang mereka pakai dalam menuliskan ayat-ayat Al-Qur'an itu. pada masa pemerintahan khalifah Utsman ini telah nampak gejala-gejala pertikaian antara kaum muslimin mengenai AlQur'an. Tidak adanya keseragaman dalam qiraat atau cara membaca ayat. Rasulullah memang pernah memerintahkan supaya surah Al-Qur'an (Al-Fatihah) dicantumkan pada permulaan Al-Qur'an. Masalah yang pertama.ayat Al-Qur'an. 3. sehingga kalau AlQur'an itu terdiri dari 114 surah. akan tetapi beliau tidak pernah menyusun keseluruh surah-surah Al-Qur'an itu. Akan tetapi. kerana : 1. Mereka telah memiliki lembaranlembaran yang berisi ayat-ayat Al-Qur'an itu. Jadi tidaklah dirasakan penting ketika itu untuk membentuk keseluruhan surah-surah tersebut. 2. dan mereka selalu berusaha untuk menghafalkannya. kerana masing-masing surah itu pada hakikatnya berdiri sendiri. Dan hal ini memperluas pula perbezaan dalam qira'at itu.

yang berpunca kepada tidak adanya keseragaman tentang susunan surah-surah itu. Akan tetapi pada masa khalifah "Utsmani ketidak seragaman qiraat itu telah menimbulkan perpecahan. dan merasakan perlunya segera diterbitkan. Maka hal ini perlu ditertibkan. kelihatanlah gejala-gejala yang tidak baik. Beliau menyertai pertempuran-pertempuran ketika menaklukkan Armenia dan Azarbaiyan. Mengenai masalah yang kedua. dan tersebar pada daerah-daerah yang semakin luas pula. Dalam perjalanannya itu. ialah seorang sahabat yang bernama Huzaifah ibnu Yaman. Bahkan ia pernah melihat dua orang yang sedang bertengkar. sebab masing-masing qabilah tentu menganggap bahawa bacaan mereka yang benar dan yang terbaik. iaitu tidak adanya keseragaman dalam cara membaca ayat-ayat Al-Qur'an itu. 15 . dimana yang seorang berkata kepada yang lain :"Bacaanku lebih baik daripada bacaanmu ". untuk membaca dan melafazkan ayat-ayat Al-Qur'an itu menutur dialek atau lahjah qabilah mereka masingmasing. untuk mencegah timbulnya hal-hal yang tak diinginkan. apabila tidak lekas dibendung. Perpecahan ini mungkin jadi bertambah luas dan lebih membahayakan. ia beberapa kali telah menyaksikan adanya perpecahan yang disebabkan adanya perbezaan qiraat itu. adalah disebabkan kerana Rasulullah dulunya memang memberikan kelonggaran dan kebebasan kepada setiap Qabilah Arab yang telah masuk Islam ketika itu. Orang yang mula-mula menyendari adanya perpecahan ini. walaupun Al-Qur'an itu diturunkan.'Utsman dimana umat Islam itu telah semakin banyak jumlahnya.

(Selain naskah yang ada pada Hafshah).Untuk memudahkan dan mempercepat mereka dalam mempelajari dan menghafal ayat-ayat tersebut. dan Syam (Syria). asal saja tidak 16 . Mush-haf mush-haf tersebut dimaksudkan untuk menjadi standard dalam menghafal dan memperbanyak mush-haf mushhaf itu pada masa-masa selanjutnya. Sedang yang satu lagi tetap tinggal di Madinah untuk khalifah 'Utsman. Kufah. maka Mushhaf Mush-haf yang beredar hanyalah Mush-haf mush-haf 'Utsman saja. masih tetap diperbolehkan. bahwa panitia tadi telah membuat lima buah buku atau Mush-haf.masa sebelumnya. Adapun qiraat-qiraat yang menyalahi ejaan tulisan itu tidak diperbolehkan lagi. Dan ini tidak bererti bahawa perbezaan qiraat itu telah dapat dilenyapkan sama sekali sebab bentuk qiraat yang diterima dari Rasulullah dengan riwayat-riwayat yang shahih. Di atas telah disebutkan. Empat buah di antaranya lalu dikirim ke daerah. semuanya dikumpulkan dan kemudian dibakar habis. Sebab itu khalifah 'Utsman memerintahkan supaya semua lembaran. yaitu ke Mekkah. Dengan adanya keseragaman dalam ejaan tulisan ini. Dengan demikian. serta mush-haf mush-haf baru yang diturun dari mush-haf mush-haf tersebut. sebab qiraat yang diperbolehkan hanyalah qiraat yang tidak menyalahi ejaan tulisan yang tertera pada Mush-haf Mush-haf 'Utsman tersebut. Mush-haf inilah yang dinamakan "Mush-haf Al-Imam". Bashrah. sehingga terwujudlah kesatuan dan keseragaman dalam lingkungan Umat Islam seluruhnya mengenai susunan surah-surah Al-Qur'an dan ejaan tulisannya. dapat dikurangi perbezaan dalam qiraat.lembaran yang berisi ayat-ayat Al-Qur'an yang telah ditulis pada masa.daerah di luar kota Madinah.

menyalahi ejaan tulisan yang dipakai dalam mush-haf yang baru itu. menurut petunjuk RasululIah. atau mush-haf. dan memakai ejaan tulisan yang tertentu pula. b. Untuk menyusun tertib urutan ayat-ayat pada muka surahnya. sehingga lebih terpelihara. sehingga tak satu ayat pun yang ketinggalan. sehingga dapat disusun dan diikat menjadi satu naskah. Penulisannya pada masa Rasulullah bertujuan untuk : a. Hal ini hanya mungkin apabila ayat-ayat tersebut dituliskan pada lembaran-lembaran yang seragam. 3. dan pengumpulannya pada masa khalifah Abu Bakar. Dan pembukaannya dimasa khalifah 'Utsman bertujuan untuk membuat mush-haf mush-haf yang surah-surahnya tersusun menurut tertib unit yang tertentu. sehingga pada masa kita sekarang ini pun masih diakui dan dikenal adanya tujuh atau sepuluh jenis qiraat. kemudian pembukuannya pada masa khalifah 'Utsman. 17 . Apabila kita perhatikan tujuan dari penulisan ayat-ayat Al-Qur'an pada masa Rasulullah. Pengumpulannya pada masa khalifah Abu Bakar bertujuan supaya : lembaran-lembaran Al-Qur'an itu bisa dihimpun dalam satu kesatuan. 2. maka dapatlah disimpulkan bahwa masing-masingnya bertujuan sebagai berikut: 1. Mencatat semua ayat-ayat Al-Qur'an itu.

Atau setidak-tidaknya dapat mengurangi perbedaanperbezaan dalam qiraat tersebut. dapat pulalah diciptakan keseragaman tentang qira’at atau cara membaca ayat. d. yang dapat disebarkan kebeberapa tempat. Pengajaran al-Quran juga perlu dilakukan dalam kumpulan kecil bagi memudahkan guru melakasanakan pendekatan talaqqi dan musyafahah di atas. E.Akhirnya dapat pula kita simpulkan. c. seperti yang kita lihat sampai sekarang ini. KAEDAH TILAWAH DAN APLIKASI DI MALAYSIA Pendekatan terbaik pengajaran al-Quran ialah TALAQQI dan MUSYAFAHAH iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana yang berlaku antara malaikat Jibril dan Rasulullah saw ketika wahyu yang pertama diturunkan di gua Hira. Terciptanya lima buah mush-haf yang seragam. b. Menciptakan keseragaman tentang rasam atau ejaan tulisan pada mush-haf. bahawa pembukuan Al-Qur'an pada masa khalifah 'Utsman ini memberikan beberapa faedah. Kerana adanya keseragaman tentang ejaan tulisan itu.ayat itu. 18 . iaitu: a. untuk menjadikan pedoman utama bagi seluruh umat Islam dalam menghafal dan memperbanyak mush-haf mush-haf itu selanjutnya. menciptakan keseragaman tentang susunan surah-surah pada mush-haf Al-Qur'an.

Dachlan Salim Zarkasyi yang paling banyak memberi inspirasi dan sumbangan dalam penyusunan buku Iqra’ ini. karangan Ustaz Hj. pengasuh Team Tadarus Angkatan Muda Masjid-Musholla (AMM) berpusat di Jogyakarta. Buku-buku Iqra sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan 19 . dilengkapi buku Tajwid Praktis dan disusun secara sistematis.Kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia Islam amnya ialah menggunakan kaedah Baghdadiyah. Buku Iqra’ ini telah mengalami beberapa fasa percubaan melalui penggunaannya oleh pelbagai peringkat umur pelajar dan telah menunjukkan hasil yang baik dalam pembacaan Al Quran. kaedah Iqra dan kaedah Hattawiyah. Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja muncul beberapa kaedah baru pengajaran al-Quran di Malaysia iaitu kaedah Qiraati. Kaedah Cepat Belajar Membelajar Al Quran ini kemudiannya dibukukan dan diterbitkan dalam enam jilid. Berikut ialah huraian ringkas kaedah-kaedah pengajaran al-Quran tersebut : 1. Indonesia pada tahun 1984. Kaedah Iqra’ Kaedah ini diasaskan oleh As’ad Humam. Kaedah ini mengambil idea dari pelbagai metode atau kaedah pembacaan Al Quran. terutamanya kaedah Qiraati.

huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. 20 . Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. enam jilid dan akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf qalqalah dan sebagainya. mula diperkenalkan pada tahun 1963 di Semarang. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk Amma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm Othmani. Pada mulanya terdiri dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. 2. Indonesia oleh seorang guru al-Quran yang bernama Bapak Haji Dachlan Salim Zarkasyi. Kaedah Iqra telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. Kaedah Qiraati Kaedah Qiraati yang bermaksud Bacaanku. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit.

Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf Hijaiyyah.3. Ia dipercayai berasal dari Baghdad. 4. Kaedah Baghdadiyah menggunakan sebuah buku yang dinamakan Muqaddam yang menjadi bahan utama pengajaran asas tilawah alQuran. Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu lemah dalam tulisan jawi. 21 . Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar tersebut boleh membaca rumi. Kaedah Baghdadiyah Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia. baris dan ejaan. langkah terakhir dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak terus buta al-Quran. ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak berbad yang lalu. Kaedah Hattawiyyah Sementara kaedah Hattawiyyah pula adalah satu kaedah membaca alQuran dengan berpandukan tulisan rumi. Kaedah ini dianggap sebagai sementara.

Tersebarnya agama Islam di Malaysia telah menjadi faktor yang menjadikan pusat pendidikan Islam yang terkenal di Nusantara. Hanya sejak akhir-akhir ini muncul beberapa kaedah baru pengajaran al-Quran di Malaysia iaitu kaedah Qiraati. PENUTUP Pengajaran Al-quran di Malaysia telah wujud seiringan dengan masuknya Islam ke Tanah Melayu dan berkembang sehingga ke dunia hari ini. Di negara Malaysia pada masa sekarang terdapat banyak kaedah pengajaran al-Quran amnya ialah menggunakan kaedah Baghdadiyah. kaedah Iqra dan kaedah Hattawiyah.F. Kaedah yang paling banyak dipakai pada hari terutama di sekolahsekolah di bawah Kemeterian Kerajaan Malaysia ialah kaedah Iqra. 22 .

Tafsir Al-quran Pertumbuhan dan Perkembangan 1-150 H. Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-quran.BIBLIOGRAFI Ahmad Mohd Salleh. Drs. 1997. H. 23 . Sejarah Al-quran. Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Pendidikan Islam Falsafah. Surabaya : Al-Ikhlas. 1994. Mustofa. j-QAF Buku Panduan perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum. 2005.A. 2000. Shah Alam : Fajar Bakti. 1992. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd Yusoh Bin Ibrahim. Kuala Lumpur : Universiti Malaysia. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka. Mohd Yusuf Bin Ahmad.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful