JM NASIRA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat melayari blog ini. Bahan-bahan yang terdapat di blog ini boleh dikongsi bersama untuk tujuan pendidikan.
WEDNESDAY, NOVEMBER 18, 2009

PGSR Sm3 - Modul EDU 3106
Sila salin dan cetak modul ini untuk pembelajaran subjek EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran. Pembelajaran berdasarkan modul dikira 1 kredit (15 jam).

UNIT 1 BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya)

Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya

Hasil Pembelajaran Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan sosio-emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-cara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya 10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum 11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi hasrat dan tujuan kelas bercantum Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya TOPIK 1 KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat mewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama membincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.

1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian ´ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasureµ. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal :· Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti. · Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik. · Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut. · Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut. · Melukis mural diswekitar kelas. · Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

Berhenti dan Reflek Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang anda fikir ´ mesra budayaµ?

Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal:· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom cultureµ . kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka. kognitif.2) Sudut-Sudut Pembelajaran:Dalam bilik darjah. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer. · Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satusatu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau ´work spaceµ ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa ´ the physical environment of the classroom such as use of space. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. · Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. di mana secara tidak langsung Ali. 1. Di samping itu. televisyen dan multimedia. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini.

aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur.2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:· Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya. · Sudut pembelajaran elektronik adalah penting. sudut sejarah dan sudut patriotik. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba anda bincang dengan rakan anda. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. · Selain daripada sudut-sudut pembelajaran. di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian ´softwareµ yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar. tolong menolong serta toleransi. adat resam. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian ´keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore. Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti . Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain daripada yang telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang . guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama. investigate and discover knowledgeµ. · Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik. toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum .

. agama dan adat setiap murid dengan mendalam. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik.3 Peranan guru sebagai ¶Physical Enviroment Designer·. sila jawab soalan berikut: Selepas berbincang. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 2. Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya.mesra budaya ? Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal yang mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 3. sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain daripada yang tersenarai di atas? 1. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 1. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai ¶Physical Enviromet Designer· agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk: · Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu · Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid · Mengkikis pra sangka · Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 5.

1. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru. separa bulatan atau jenis yang berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ? Latihan 1. · Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik .4 Rumusan · Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. jenis ladam kuda.Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra budaya ? Berbekalkan pengalaman anda. Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda akan menggunakan kenis tradisional. apakah ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? 2.

5355-5359. Lambert.W. Columbus. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 9 . dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan Teks Bacaan Asas Carol.MA:Addison- . mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas.(1973). Mass: Allyn & Bacon. Reading. Cheyney. Jones. Elementery Classroom management.B. 6th Edition . Steele. Classroom management. (1967). Seating arrangements in classrooms. Robiah Sidin (1993).(1994).: Bell&Howell.M. NSW: Dcroom Helm.SW & Mignano. Becoming a teacher. A. Pafkay. F.(2nd Ed). Rujukan Bull.( 2004). (1995). B.N. (1987). A. · Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar. Teaching children of different cultures in the classroom.(3rd Ed) : McGraw Hill. FI. Ohio. Physical setting and organization development. Shirley & Solity Jonathan. The International Encyclopedia of Education( 2nd ed).F.Boston: Allyn & Bacon. Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students.J(2003). Classroom management: Principles to Practice.· Sudut ²sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik.

Woolfolk (2001). pastinya anda dapat merenung bagaimana anda dapat mewujudkan suasana sosio emosi yang baik untuk murid-murid anda. (1987). Spaces for children. Weinstein.C. New York:Plenum Press.( 8th Ed. Educational psychology. Boston: Allyn and Bacon TOPIK 2 PENGURUSAN SOSIO-EMOSI Pernahkah anda fikir tentang suasana sosio-emosi sesebuah bilik darjah? Mengapa seorang guru perlu memberi perhatian kepada suasana bilik darjah? Dengan pengalaman anda.Wesley.).S. Aspek sosio-emosi amat penting untuk mewujudkan .

perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi positif seperti gembira. pembentukan kendiri. kecewa dan lain-lain. gerak hati. emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. 1995. topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam sosio-emosi yang perlu diambil kira oleh guru dalam mengurus bilik darjah. Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis. penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. . Lewis & Books-Gunn.1 Konsep Dan Tujuan Pengurusan Sosio-Emosi Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. 1979). 2.suatu keadaan yang harmonis dan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesannya. Justeru ini. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. teruja dan emosi negatif pula adalah seperti marah. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain. Oleh itu. Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu ´emovereµ yang membawa maksud ´untuk keluarµ. Oleh itu.Menurut Kamus Pelajar Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat. sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri dan membolehkan murid memahami keperluan.2 Perkembangan dan Pengurusan Sosio-emosi Di Dalam Bilik Darjah Perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang. Menurut Erikson. Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar mengawal emosi. pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Bincangkan dengan rakan-rakan anda.. Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar belakang . Teori-teori Pengurusan Sosio-emosi: Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan cara peniruan.Berhenti sejenak dan berfikir ´ Pengurusan sosio-emosi yang mantap di dalam kelas mampu mewujudkan pengajaran yang menyeronokkanµ . 2. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej . personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat. emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyai latar belakang majmuk yang mesra dan harmoni.

Froebel (1782 ² 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ¶bermain sambil belajar·. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan.Manakala Dewey (1852 ² 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak. bermain adalah satu keperluan.4 Kepentingan Pengurusan Sosio-emosi Guru perlu mengurus sosio-emosi murid-muridnya secara berkesan kerana kegagalan guru berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid.kendiri seseorang individu. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar. 2003] Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Antara aspek akan berlaku dalam pengurusan sosio-emosi terdiri daripada berikut: .µ [Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.3 Strrategi Pengajaran Dalam Pengurusan Sosio-emosi Belajar Melalui Bermain: Tahukah ´Belajar melalui bermainµ adalah salah satu strategi pengajaran yang dapat memberi perhatian kepada sosio-emosi pelajar dalam kelas pelbagai budaya. Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. 2. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran. pembelajaran dan kemahiran. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. 2. penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman.

buat refleksi tentang apakah cara yang telah anda laksanakan untuk mengurus sosio-emosi pelajar dalam kelas. Latihan/ Aktiviti Dalam kumpulan bertiga . Antara aspek ²aspek penting adalah berikut: . b) Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap prestasi kesuluruhan c) Memberi tekanan mental kepada murid dan guru d) Murid rasa tergangggu dan tidak selesa e) Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran Berhenti dan Reflek Jika anda mengajar kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya.a) Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. 2. Berjaya atau tidak anda menguruskan kelas? Kongsi pengalaman anda dengan rakan-rakan anda.5 Rumusan Topik ini membincangkan mengenai pengurusan sosio-emosi pelajar dan kepentingannya seseorang guru dapat menguruskan sosio-emosi pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada masyarakat majmuk. cadangkan strategi-stategi pengajaran yang difikirkan sesuai untuk digunakan oleh seorang guru yang mengajar kelas pelbagai budaya dan nyatakan kelebihan strategi-stategi pengajaran tersebut.

A. Ia amat bermakna dalam membantu mengeratkan hubungan antara murid pelbagai latar belakang · Pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan tekanan mental akan dihadapi pelajar jika keadaan sosio-emosi tidak diurus dengan baik oleh guru. Teks Bacaan Asas Woolfolk. F. Mass: Allyn & Bacon. (2004). · Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas pelbagai budaya · Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi.· Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. . B. Boston: Allyn & Bacon Rujukan Jones. Educational Psychology. Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. (1995). Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

TOPIK 3 PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK Dalam topik ini. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang 3. Persoalannya ialah: · Apakah faktor yang dapat mewujudkan keseimbangan? · Apakah perkara yang perlu dipertahan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan yang berterusan? Mudah sahaja iaitu usaha yang berterusan dalam memupuk dan mengekalkan hubungan . Aspekaspek dan ciri-ciri hubungan etnik dai Malaysia akan diketengahkan dan implikasinya terhadap perhubungan dalam bilik darjah. Jangan kita lupa bahawa negara kita pernah menghadapi konflik etnik yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah. Dalam konteks negara kita Malaysia keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian pemerintahan yang matang. Adalah penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan. anda akan diberi pendedahan tentang hubungan etnik di Malaysia. 3.1 Hubungan etnik Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik 2. Sebagai rakyat Malaysia sudah semestinya kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969. Perlu kita sedar bahawa pengalaman pahit tersebut telah menyedarkan kita bahawa: 1. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu seiring dan seimbang supaya tidak timbul kepincangan dalam masyarakat sehingga menimbulkan konflik.

Ini adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah anda dan dalam jangka waktu panjang ialah untuk mewujudkan ´1 Malaysiaµ.punca konflik serta . . anda perlu memahami akan kepentingan hubungan etnik. Apakah kepentingan memahami hubungan etnik? Mari kita meneliti betapa pentingnya setiap individu memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita.2 Kepentingan Memahami Hubungan Etnik Sebagai seorang guru.memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan .seluruh struktur sosial masyarakat dan . 3.etnik yang harmonis. Antara kepentingan termasuk: · Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik · Hubungan etnik berkait rapat dengan: . Berhenti sejenak dan renung tentang hubungan etnik Cuba anda fikir sejenak apakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969 kepada hubungan antara kaum di negara kita.

perindustrian. · Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial. Ini telah memberi impak kepada sektor-sektor pelancongan. . Berhenti dan Reflek Apakah yang anda fahami tentang konsep masyarakat majmuk? Bagaimanakah peranan anda sebagai seorang guru untuk membantu pelajar anda memahami konsep ini? Adalah perlu kita fahami bahawa keharmonian hubungan etnik di negara kita tidak bergantung sepenuhnya kepada keadaan berbaik-baik antara kaum tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yang berbeza. Masyarakat luar dapat melihat kestabilan politik dan ekonomi di sini. akan dapat kita fahami isu prasangka dan diskriminasi yang berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam menentukan tatalaku anggota masyarakat.sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial · Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi negara kita. · Hubungan etnik dapat mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial. Namun demikian negara luar melihat bahawa wujudnya keharmonian dalam hubungan etnik di Malaysia. Sejauhmana tahap perpaduan nasional di negara kita masih sukar diukur. · Melalui hubungan etnik. perdagangan dan lain-lain.. Hubungan etnik yang wujud pada masa kini telah mencorakkan sistem sosial di Malaysia. Inilah antara kesan yang wujud hasil daripada hubungan etnik yang seimbang dan stabil. · Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.

Pembentukan Negara Bangsa d. Anda diberi masa 10 minit untuk berbincang mengikut tajuk dan selepas itu jelaskan kepada kumpulan anda hasil perbincangan tersebut. a. punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi negara kita Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial.3 Rumusan Topik ini membincangkan mengenai hubungan etnik di Malaysia dan kepentingannya setiap daripada rakyat Malaysia memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita. Antara aspek ²aspek penting adalah berikut: Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan. Dasar Kebudayaan Nasional e. Anda digalakkan menggunakan pendekatan kolaboratif semasa perbincangan.Latihan/ Aktiviti Secara berkumpulan bincangkan perkara-perkara berikut. · Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara. . Konsep ´ 1 Malaysiaµ 3. Kontrak sosial b. Dasar ´ Pecah dan Perintahµ zaman pemerintahan British c.

Teks Bacaan Asas Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan. Readings on ethnic relations in a multicultural society.(2005). Serdang: Universiti Putra Malaysia. Boston: Allyn & Bacon . Rujukan Woolfolk. Educational Psychology. (2004).A.

melakukan pengajaran. menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. dan peranan guru dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.1 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran ´Pengajaranµ atau ´pedagogiµ bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J. Ia merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar. Pernahkah anda berfikir cara terbaik untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang baik dalam bilik darjah yang mesra budaya? Topik ini akan membincangkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran dengan fokus kepada konsep.TOPIK 4 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sebagai guru berpengalaman.W dalam bukunya Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran . semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. 4. imbas balik ´ Apakah yang anda faham dengan pengajaran dan pembelajaran?µ Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil perhatian sebelum.

Dari sudut kognitif.2 Ciri-ciri Guru Berkesan Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa µguru sebagai fasilitator berperanan sebagai perancang. Prinsip perancangan perlu tepat diikuti dengan prinsip penyampaian yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan yang tepat µ ( p. and classroom management. gambar dan lainlain alat bantu yang memudahkan murid-murid menghubungkaitkan maklumat. Contohnya. ´ (Santrock. communicate. 2006) Matlamat pengajaran pula adalah seperti berikut: ‡ Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan ‡ Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif. kepercayaan. jadual. Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambarajah.43). and work effectively with students who have different levels of skills and come fromculturally diverse backgrounds. carta. seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan berterusan. ‡ Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. . instructional planning. They have excellent instructional strategies supported by methods of goal setting. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku.berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional guru dan komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang (excellent instructional planning). pengurus dan pelaksana perlu berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza. 4. Effective teachers also understand how to use appropriate levels of technology in the classroom. pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema. They know how to motivate. ‡ Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat. jangkaan dan matlamat. afektif dan psikomotor. ´Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of teaching skills.

3 Konsep Pembelajaran 4. Manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek berikut: · Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan mengambilkira latar belakang murid yang berbeza · Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan membuat pengubahsuaian semasa jika perlu · Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran · Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan Berhenti dan Berfikir Cuba anda renung dan fikir peranan anda sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pelbagai budaya.‡ Membantu pelajar supaya boleh berdikari 4. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan termasuk : · Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling . menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. melaksana. Apakah aspek-aspek yang perlu anda fokuskan? Kongsikan dengan rakan anda 4.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang.5 Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya: Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar ¶pengurus·.

peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru : i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran ii) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran iii) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran .6 Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran.· Sistematik dalam merancang dan menilai · Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang · Bijak mengurus masa · Berpandangan jauh · Bersedia untuk berubah dan fleksibel · Berkomuknikasi dengan berkesan 4.

STRATEGI Tidak Berkesan .Rajah 1: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU PERANCANGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENILAIAN & PENGUKURAN PENAMBAHBAIKAN PEMULIHAN PENGAYAAN .SUMBER .BAHAN .

guru perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran.HASIL PEMBELAJARAN TERCAPAI Berkesan Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya. Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek : § Hasil pembelajaran yang tepat .

Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula berbentuk maujud. kad imbasan. Manakala Slavin (1994) menyarankan ´guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar (ABM). peta minda. selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan. praktikal. majalah. model. prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ini diakui oleh Mayer & Gallini. komputer. Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran agar murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. 1991). Contohcontoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud. akhbar. video. audio visual. Kozma. 1991. gambarajah. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para pelajar. µ Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu menerangkan sesuatu konsepµ (Hiebert. Weame & Taber. mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi . ´ Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran ´. (1990). (b) Pemilihan Sumber Pengajaran Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya memberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuat perkaitan antara idea-idea. radio. gambarajah.§ Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid § Sumber pengajaran yang mencukupi § Bahan bantu mengajar yang berkesan § Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas (a) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. pengursan grafik. gambar. .

saya mendapatkan seberapa banyak input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi pengajaran . Berfikir dan berbincang Bincangkan dalam kumpulan apakah strategi-strategi pengajaran yang telah anda pelajari dan laksanakan yang relevan pelabagai budaya ? Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan § melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang § mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai § menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran . statistik rasmi. majalah. Akta. buku rujukan. internet. prospektus.sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks. laporan penyelidikan. Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (a) Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang melibatkan interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang. Semasa merancang pengajaran. Arahan Perbendaharaan termasuk sumber hasil temubual dan soal selidik. rancangan radio dan televisyen.Sumber. Sumber yang tepat. phamplets and brochures. maklumat akhbar. dan mencukupi mampu mencabar minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. jurnal . sesuai.

mendapatkan serta memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yang selanjutnya. Guru juga dapat merancang aktivti selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambil tindakan susulan . Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya ´ Educational Evaluation and Decision Makingµ. Penilaian prestasi merupakan satu proses meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi. beliau telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan.§ menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal untuk murid-murid yang mempunyai latar belakang berbeza § mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid § mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran Seterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengetahui keberkesanan pengajaran. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian oleh guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telah menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses sistematik mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian dilaksanakan berperanan untuk: ‡ Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan ‡ Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru memperbaiki pengajaran selanjutnya ‡ Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan keberkesanan pengajaran . aktiviti. .

guru sebenarnya bukan sahaja sedang mengukur pencapaian pelajarnya tetapi juga mengukur keberkesanan strategi pengajarannya sendiri. Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya amat menekankan bahawa guru perlu memastikan murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelum kemahiran yang baru disampaikan. rekod anekdot. Pengukuran merupakan satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secara kuantitatif untuk menentukan pencapaian murid. senarai semak.Keputusan peperiksaan penilaian formatif pula yang dilaksanakan selepas tamat sesuatu tajuk dan penilaian sumatif yang dilaksanakan secara holistik pada hujung semester dapat menilai pencapaian pelajar. kuiz. Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan strategi pengajaran. Apabila guru memberikan ujian kepada pelajarnya. tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi guru-murid. skala kadar. Tujuan utama pengukuran adalah untuk membuat pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran dan membuat penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru. Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian dan pengukuran. penggunaan bahan bantu mengajar. Alat pengukuran dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujian bulanan. Penilaian menyeluruh pelajar dapat dilakukan melalui data-data pengukuran kuantitatif dan kuanlitatif . sosiogram. temubual murid/rakan sekerja. peperiksaan. Alat pengukuran yang tepat dalam proses penilaian mampu memberi maklumat berharga kepada guru untuk mengukur pembelajaran pelajar dan menilai keberkesanan pengajaran guru . guru perlu memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya.. pengayaan dan penilaian semula kesemua elemen-elemen yang terlibat semasa merancang dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku perlu diambilkira oleh seorang guru yang proaktif dan berkesan Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penambahbaikan berbentuk pemulihan. data pemerhatian dan kajian tindakan. Penilaian prestasi pelajar juga membolehkan guru menilai semula strategi pengajaran dan membuat penambahbaikan. soal selidik. maklumat dan sumber pengajaran. .

· Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza · Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang. Senaraikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berkesan selain daripada yang telah dibincangkan di atas untuk mengendalikan kelas yang mempunyai murid-murid yang berlainan budaya dan latar belakang ? Latihan/Aktiviti 1. Dalam satu kumpulan bertiga sediakan satu carta alir yang lengkap berhubung pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang telah anda pelajari . · Pedagogi atau pengajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar. Cantumkan semua peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran untuk dibentangkan. Mari kita membuat rumusan. sosial. menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. melakukan pengajaran. emosi dan fizikal pelajar.tentang apa yang telah dipelajari. Setiap peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran. anda perlu menunjukkan dengan jelas aspekaspek yang anda fikirkan penting untuk diberi perhatian oleh seorang guru yang mengajar di dalam kelas pelbagai budaya murid. . menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latarbelakang pelajar. Bincangkan dengan pensyarah anda apakah masalah-masalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran bagi kelas pelbagai budaya dan bagaimanakah anda mengatasi masalah-masalah tersebut ? 1. dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif. 2.3 Rumusan Kita sudah sampai ke penghujung topik. melaksana.· · Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pelbagai budaya.

Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.New York: Mc Graw ² Hill Rujukan Burden. · Guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran. mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21.· Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling. T.E. sistematik dalam merancang dan menilai. penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang. Good. .& Brophy. Gredler. J.W (2006) Educational psychology: A tool for effective teaching( 3rd ed).L. Theory into practice. P.(1997). Teks Bacaan Asas Santrock J. & Byrd.M. (2001). (1994). Methods for effective teaching.) New Jersey: Merrill Prentice Hall. New York: Addison Wesley Educational Inc. M. Looking in classrooms.E.R. Learning and instruction. D. Boston: Allyn Bacon.(4th Ed.

peranan guru dalam menangani cabaran dalam memilih pedagogi relevan budaya untuk pelbagai kelompok etnik dalam bilik darjah turut diketengahkan.1 Konsep Pedagogi Relevan Budaya Sebagai seorang guru berkesan dalam abab ke 21 ini.TOPIK 5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok (Cultural and Indigeneous relevant pedagogy) Topik ini membincangkan pedagogi relevan budaya di mana strategi ²strategi yang sesuai diguna dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya. adalah penting kita sebagai pendidik untuk memahami konsep kepelbagaian pelajar (perbezaan individu). Malaysia sebuah negara pelbagai budaya. 5. Tambahan pula. guru perlu peka kepada pengajaran seperti . Kesedaran dan kefahaman kosep kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanya mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi boleh mencerakin serta mengambil kira keunikan perspektif budaya dan sosial.

kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara. Guru yang peka dan pandai mengolah pengajaran dan pembelajaran pelbagai budaya harus berinteraksi dengan lebih positif dapat memupuk kebangaan budaya masing-masing bagi memangkin kematangan intelek. ´Culturally relevant pedagogy calls for instruction to be made relevant to the student by finding an intersection between (a) the student·s knowledge and skills and (b) school·s knowledge and skills by engaging the student in active investigations so she can discover the connections between what she knows and what teachers want her to knowµ (Lee 1992). and politically by using cultural referents to impart knowledge. Definisi : Untuk memahami pedagogi relevan budaya. Ulasan yang utarakan Gay memberitahu bahawa kita perlu ambil perhatian guru-guru bagi menghadapi murid-murid berlatarkan pelbagai budaya. and performance styles of diverse students to make learning more appropriate and effective for them.dinyatakan Gay (2000) ´culturally responsive teaching as using the cultural knowledge. emotionally. pengurusan dan pengajaran mereka mengambil kira sensiviti budaya.µ1 Berhenti dan Berfikir . and attitudes. 5.2 Tujuan Pedagogi Relevan Budaya Guru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi mereka dalam bilik darjah murid pelbagai budaya memerlukan mereka hadapi situasi pengajaran dengan keperihatinan sosial budaya. terminologi ini mula diambil perhatian oleh Gloria Ladson-Billings (1994) menyatakannya sebagai ´a pedagogy that empowers students intellectually. skills. Rasionalnya supaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih optima dan berkesan bagi semua murid. Guru perlu beri perhatian terhadap konsep ini dengan pertimbangan bijak supaya pengelolaan. prior experiences. socially. it teaches to and through the strengths of these studentsµ. Pengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu.

latar belakang. 3. sila senarai ciri ² ciri pedagogi relevan budaya. 2. Guru yang mengajar dalam situasi budaya berbeza harus mengunakan ciriciri perbezaan budaya. konsep.4 Strategi pengelolaan Pedagogi Relevan Budaya. guru seperti anda seharusnya menjadi pengantara persekitaran sekolah dan rumah murid. iaitu mengambilkira pengalaman murid yang berbeza. kaitkan apa yang anda faham dengan tugas anda sebagai seorang guru: Apabila kita bertugas di sekolah yang ada murid daripada latar belakang budaya yang berbeza. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan. nescaya anda perlu mengambil . Sekiranya anda hadapi murid daripada pelbagai budaya.3 Ciri-ciri Pedagogi Relevan Budaya Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pedagogi relevan budaya. pedagogi relevan budaya beri motivasi murid belajar secara konstektual. pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah mustahak bagi murid memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya. kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi. procedur. 5. cuba anda bincang dengan rakan anda mengenai soalan ´Apakah ciri-ciri pedagogi relevan budaya ?µ Selepas berbincang. proses aktif pembelajaran rentasi budaya walaupun belajar dalam kepelbagaian tetapi ia menyatupadukan ilmu pengetahuan. Selain daripada membantu pelajar perolehi pengetahuan. 5. Bandingkan ciri-ciri yang anda berikan dengan pernyataan yang diberikan oleh Guittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) yang diberikan : 1..Cuba anda terjermahkan definisi yang diberikan oleh Gloria Ladson_Billings dan bincang dengan kawan anda.

Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat. Sesi pembentangan perlu mempamirkan kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru perlu merancang seterus mengelola pengajaran dengan mengambil kira aspek berikut : Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Guru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya harus melihat pengajaran sebagai ´an art rather than a scienceµ supaya guru seperti anda berfikiran kreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan murid pelbagi budaya. Anda yang mengajar kelas yang terdapat murid pelbagai budaya perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran anda dengan mengambil kira konsep perbezaan individu. Ah Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Guru juga mempunyai pandangan bahawa semua murid boleh belajar dan mencapai kejayaan. Strategi rentas budaya mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya orang lain. Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya dalam kelas 2. pengetahuan. Sebagai contoh guru digalakkan gunakan kaedah dan teknik berikut: 1. hurai atau memperbaiki persepsi budaya masingmasing . Seng Yan dan Kumaran. kemahiran dengan murid pelbagai budaya. Anda juga boleh berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa murid berlainan budaya. Penemuan Guru merancang pengajaran melalui penemuan. Mempunyai sifat mudah mesra dengan murid dan sentiasa bersedia berkongsi maklumat. memberi penghargaan secara kolektif melambangkan harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatif Guru yang mengunakan strategi pemusatan murid ini. Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China. contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat majmuk. Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Ahmad. Guru perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan. Murid digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana hormat-menghormati. mengalakkan murid berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya.perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik.

3. Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran. Ketahui dan memahami perkataan / ayat yang boleh menyinggung budaya murid. Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira . Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya. Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya mereka boleh kongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Projek Kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan budaya. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu hanya akan buat projek berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan budaya. Sebagai contoh semasa mengajar kemahiran bacaan terdapat guru yang tidak perihatin terhadap bahan bacaan yang tidak mesra budaya. Contohnya murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Sesuatu program bacaan yang berkesan harus rapatkan perbezaan budaya dan memberi murid ruang berfikir secara positif perbezaan budaya. Murid boleh mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Adakah anda berfikiran terbuka dan positif melaksanakan pengajaran di bilik darjah dengan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara tersebut ? Pembelajaran berasaskan computer berasaskan pedagogi relevan budaya Perkembangan teknologi mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Anda sebagai guru yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus : Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid dalam bilik darjah anda. Penggunaan Bahan Bacaan Bagi Pedagogi Relevan Budaya Guru seperti anda harus menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnya semasa pengajaran dan pembelajaran. Bahan bacaan yang merujuk sesuatu budaya secara berat sebelah (bias) boleh membawa konflik permikiran murid.

perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya. Bil Kumpulan Etnik Perkataan atau Ayat yang kurang sesuai digunakan semasa Pengajaran & Pembelajaran . Pembelajaran berasaskan komputer perlu memaparkan persekitaran budaya pelajar secara mesra. Anda perlu beri fokus kepada perkara tersebut: (a) Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid. guru peka terhadap pengajaran berasaskan komputer sesuai dengan budaya pelajar. Cuba anda bincang dengan rakan dan senaraikan perkataan atau ayat yang tidak sesuai bagi sesuatu kaum. Sebagai contoh apabila anda bawa masuk perisian pembelajaran ke dalam bilik darjah perlu semak kandungan perisian tersebut supaya tidak menjejaskan budaya seseorang murid. (b) Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif.Teknologi amat membantu pengajaran dan pembelajaran. Aspek terakhir yang perlu anda beri perhatian dalam konsep pedagogi relevan budaya ialah komunikasi guru yang berkesan. Bahan berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya pelajar. Anda perlu menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu anda menguruskan perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid. guru yang berkesan akan gunakan teknologi membantu pengajaran. ia telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran.

Cuba buat renungan Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi relevan budaya? Adakah anda dapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya. Guru tidak mengajuk/ mentertawa murid pelat sebutan yang melambangkan etnik tertentu.Secara umumnya guru perlu guna bahasa yang mudah difahami oleh semua murid.tentang apa yang telah dipelajari. emotionally. Latihan/Aktiviti Dalam mempastikan keberkesanan pengajaran pedagogi relevan budaya. · Pedagogi relevan budaya merujuk kepada ´a pedagogy that empowers students intellectually.4 Rumusan Kita sudah sampai ke penghujung topik. socially. and politically by using cultural referents to impart . Pilih salah satu kaedah dan jelaskan cara bagaimana anda akan melaksanakannya? 1. Guru harus beri ruang dan peluang bagi murid kemukakan idea daan pendapat. guru-guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Guru perbetulkan dan menyebut kembali sebut yang salah/pelat. Mari kita membuat rumusan. Guru juga perlu berusaha mempelajari dan memahami bahasa ibunda murid yang berlainan etnik.

D.L.& Brophy. Creating culturally responsive.R. P. konsep. Rujukan Burden. Good. Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah. New Jersey: Merrill Prentice Hall.E.W. . M. (2001). & Byrd. and attitudesµ · Salah satu ciri pembelajaran berkesan ialah penyebatian pengetahuan. T. (1994). Teks Bacaan Asas Gredler. Theory into practice. Learning and instruction.(1997). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon. inclusive classrooms. Vol. kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi · Antara kaedah/teknik pengajaran yang sesuai untuk pedagogi relevan budaya termasuk kaedah koperatif. New York: Addison Wesley Educational Inc.knowledge.M. · Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya. Montgomery. Looking in Classrooms. procedur. skills.33(4) pp 4-9. penemuan dan projek. Teaching Exceptional Children.(2001). 4th Edition.E. J.

TOPIK 6 PEDAGOGI KELAS BERCANTUM Fikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda melalui mengenai keperluan untuk merancang bagi mengajar sebuah kelas bercantum. Contohnya. merancang untuk .

1 Sejarah dan Konsep Kelas Bercantum Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras dengan pendemokrasian pendidikan. cuba bincang dengan rakan anda bagaimana boleh berlaku? a. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman.µ (UNESCO. b. Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching. . kelas perlu dicantum. perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu. tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam. 1988). Apakah ciri-ciri biasa yang terkandung dalam pedagogi kelas bercantum? Sekarang kita akan meneliti cara bagaimana mengelolakan sesi pengajaran untuk kelas bercantum 6. Di samping itu. kelas bercantum diadakan. d. Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid. c. Konsep Kelas Bercantum Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang atau kurang. Berasaskan pernyataan di bawah. Kelas bercantum ´sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah. Kalau bilangan guru mencukupi. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi. bilangan guru di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu. kelas tidak perlu dicantum.mengajar satu pelajaran kelas bercantum. kelas tidak perlu dicantum. misalnya tahun satu dan dua.

misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga. anda boleh semak dengan ciri-ciri yang anda senarai dengan yang diberikan dalam modul ini ? 6. imaginasi. tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka.e. · Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas. Anda perlu ketahui bahawa tugas mengelola kelas-kelas bercantum banyak memerlukan persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Fikirkan Cuba bincang dengan rakan anda dan senaraikan ciri-ciri kelas bercantum seperti mana yang anda ketahui.3 Pedagogi Kelas Bercantum Dalam situasi pengajaran secara kelas. · Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa. Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap yang sama. minat dan konsentrasi yang berbeza-beza walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. · Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan · Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu. Kemudian. Kemahiran ´multi taskµ atau keterampilan guru diperlukan supaya dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.2 Ciri-ciri Kelas Bercantum · Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja. 6. konsep kepelbagaian murid perlu diambil kira kerana setiap murid mempunyai daya tanggapan. Oleh itu murid-murid .

Guru hendaklah lebih menitikberatkan keperluan kumpulan yang lemah ini. Pelajaran seperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. . Prinsipprinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : (a) Kumpulan Sama Kebolehan (b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan (c) Kumpulan Tahun Persekolahan (d) Kumpulan Sosial (e) Kumpulan Individu Kumpulan Sama Kebolehan Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu.di bawah jagaannya lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Pembahagian murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang lemah. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah.

manakala masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Kalau murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan ini. ada yang pandai membaca. Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Setiap darjah ada kumpulan: § lambat § sederhana § cerdas Guru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk semua kumpulan. ada yang pandai melukis. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang berjaya. dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti.Renung dan fikirkan Bincangkan bagaimana anda dapat mengelolakan sesi pengajaran berdasarkan kumpulan mengikut kebolehan? Kumpulan Pelbagai Kebolehan Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Kumpulan Tahun Persekolahan Guru mengajar satu tahun tertentu. Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. . ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan individu.

Kongsikan bahan rujukan dengan rakan-rakan anda. 6. . · · Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai kelas bercantum. Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang disediakan oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. pelajaran muzik. Kumpulan Individu Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan. Sukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum. Di sini kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri.4 Rancangan Pengajaran Kelas Bercantum Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.Kumpulan Sosial Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan.

kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan dapat diajar dengan serentak.Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan sukatan pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiap mata pelajaran supaya dapat diajar serentak. PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN PERSEKOLAHAN MASA TAHUN 2 . Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian) Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas bercantum.

b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata pelajaran.256/1961. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru berdasarkan surat pekeliling K.TAHUN 3 15 minit Guru Mengajar Kerja sendiri 15 minit Kerja sendiri Guru Mengajar Catatan : Kaedah ini sesuai dipraktikkan apabila cantuman kemahiran tidak dapat dicantumkan 4. d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai dalam rancangan .2 Rumusan Diambil daripada : Modul BPG(2007). Rancangan Pengajaran Harian sangat penting kerana a) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian. Kelas Bercantum. c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid.P Bil.

: Kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi muridmurid yang umurnya hampir sebaya. guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas dan strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa. Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : kumpulan Sama . e) sebagai panduan dan membantu guru-guru lain yang mengambil alih mengajar sesuatu darjah. Latihan Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi kelas bercantum? Adakah anda dapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya. Antara ciri-ciri kelas bercantum adalah kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja. bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu.untuk setahun. tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam. tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka. muridmurid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan. Mari kita membuat ringkasan isi penting dalam topik ini. Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan pelajaran harian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan. Kita telah sampai ke akhir topik mengenai perancangan untuk mengajar. misalnya tahun satu dan dua.

Siri Pendidikan Logman.Kebolehan. . Kementerian Pendidikan Malaysia. Boston : McGraw Hill. (1989). kumpulan Pelbagai Kebolehan. kumpulan sosial.(2007). (1989). Pusat Perkembangan Kurikulum. Panduan Kelas Bercantum. (1980 . Hj Ahmad.pindaan. 1982). kumpulan individu Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru kerana merupakan rujukan untuk persediaan harian dan pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan. Anthony Candia. Kementerian Pelajaran malaysia.I. Asmah bt. Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru Sekolah Rendah. (1982). Modul Kelas Bercantum. R. Learning To Teach. Teks Bacaan Asas Rujukan Arends. Putrajaya. Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum. Bahagian Pendidikan Guru. Pedagogi 2. kumpulan Tahun Persekolahan. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001).

TOPIK 7 SOSIOLINGUISTIK

Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan mengenai peranan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta masyarakat. Tambahan pula, topik ini juga ketengahkan kepelbagaian bahasa yang sedia ada di Malaysia serta peranan guru dalam menyatukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya dan bahasa. 7.1 Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai Budaya Guru menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajarannya. Guru juga menggunakan bahasa untuk membimbing dan menasihati murid-muridnya. Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik, sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami latar belakang murid yang diajar terutama faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan muridnya samaada perlakuan berbahasa atau perlakuan

bukan bahasa. Penggunaan bahasa sangat berkait rapat dengan latar belakang murid terutama budaya di mana murid itu dibesarkan dan menjalani kehidupannya. Bahasa yang dipertutur oleh manusia adalah suatu anugerah Tuhan kepada manusia kerana dengan bahasa manusia menyampaikan hasrat, meluahkan rasa dan mengemukakan pandangan. Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dalam kehidupan sosialnya sejak manusia dicipta oleh Tuhan. Maka, keupayaan manusia berbahasa perlu disyukuri kerana bahasa sebagai alat penting kepada manusia sehingga manusia mampu menjalani kehidupan bermasyarakat dengan sempurna. Bahasa menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa dikaitkan dengan budaya yang pelbagai dan kompleks. Manusia mengungkap kata-kata berdasarkan pengalamannya yang menyampaikan fakta, idea dan peristiwa yang merujuk kepada pengetahuan mereka tentang dunia yang dikongsi bersama. Kata-kata yang diungkapkan menggambarkan sikap, kepercayaan, fahaman, dan pandangan dan sekali gus bahasa sebenarnya suatu realiti budaya. Manusia menggunakan bahasa bukan sekadar untuk membuktikan pengalaman yang dilalui, sebaliknya bahasa yang dipertutur mencipta pengalaman yang baharu apabila bahasa mampu menjadi medium perhubungan antara manusia. Penerangan di atas telah menjelaskan kepada anda peranan bahasa dalam kehidupan masyarakat. Jadi, apakah yang anda faham tentang sosiolinguistik? Kebanyakan tokoh bahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang pengkajian hubungan manusia dengan bahasa. Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia, namun begitu, Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa etnik yang masing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri. Walau pun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum di Malaysia, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masingmasing tanpa sebarang sekatan.

Hentian seketika dan Berfikir :

Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat lebih puluhan jenis bahasa yang dipertuturkan oleh penutur jati yang terdiri daripada pelbagai etnik? Senaraikan bahasa-bahasa yang terdapat di Malaysia.

7.2 Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa Pengantar Kita telah mengetahui bahawa Malaysia memiliki pelbagai etnik, pelbagai bahasa serta pelbagai budaya dan hal ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam membina rakyat bersatu padu. Sehubungan dengan itu, pemimpin Negara sejak zaman sebelum mencapai kemerdekaan lagi telah nampak isu bahasa dan etnik ini dan oleh kerana itu sekiranya anda mengkaji Laporan-Laporan berhubung Pendidikan anda akan ketahui bahawa kesemua Laporan menekankan aspek penggunaan bahasa kepada rakyat Tanah Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlah perkara mudah dan tidak perlu diberi perhatian sewajarnya, sebaliknya, sosiolingistik merupakan bidang yang sangat penting dalam menentukan tahap keharmonian dan keamanan Negara. Apakah pentingnya penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar kepada sebuah Negara seperti Malaysia? Dalam laporan Cheesman (1946) didapati bahawa di dalam satu kelas di sebuah kelas sekolah Inggeris, terdapat murid-murid pelbagai etnik yang menuturkan hampir sebelas jenis bahasa. Seandainya, murid-murid ini tidak menguasai satu bahasa yang sama sebagai bahasa pengantar, maka pasti guru berhadapan dengan masalah untuk menyampaikan pengajarannya dan murid tidak akan memperoleh ilmu, apa lagi untuk menyatupadukan mereka. Sedarkah anda bahawa perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan budaya dan perbezaan budaya yang ketara tidak akan membawa perpaduan antara kaum atau etnik? Sehubungan dengan itu, Laporan Barnes pada tahun 1950 mencadangkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sahaja di semua sekolah kebangsaan. Barnes juga mencadangkan pemansuhan sekolah vernacular Cina dan Tamil tetapi ditentang kuat terutama oleh kaum Cina kerana khuatir penutupan sekolah Cina sedia ada. Rentetan

Bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di Malaysia. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya dalam Akta 1961 termaktab Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid.tersebut berterusan dengan Laporan Fenn-Wu 1951 dan seterusnya pada 1956 Laporan Razak yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Ordinan Pelajaran 1957 diluluskan bagi melaksanakan usul Laporan Razak di mana perancangan pendidikan dirangka meliputi semua kaum di Tanah Melayu dan ini merupakan asas perkembangan pendidikan seterusnya di Malaysia. menyeronokkan serta memanfaatkan murid.3 Peranan Guru dalam Aspek Sosiolinguistik Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional di samping menerap nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya menurut etnik. Seterusnya dalam Laporan Rahman Talib 1960 adalah bukti betapa kerajaan bersungguh-sungguh membentuk satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan sebagai usaha menyatupadukan rakyat Malaysia. Berhenti dan Reflek Apakah yang anda fahami tentang penggunaan satu bahasa pengantar? Bagaimanakah peranan anda sebagai seorang guru dapat membantu menyatupadukan pelajar melalui konsep ini? 7. kegiatan kokurikulum adalah saluran terbaik untuk memartabatkan Bahasa kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif. guru boleh menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber pengajaran dan . Bagaimanakah guru mampu memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Kebangsaan dengan membentuk rakyat yang mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia dan pada waktu yang sama mengekalkan pelbagai warisan budaya etnik? Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan pelbagai aktiviti bahasa. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya.

pembelajaran. menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Melayu. sebaliknya menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya. Sekiranya guru mampu meneruskan dan mentadbirkan hal ini dengan berkesan.3 Rumusan Topik ini membincangkan mengenai aspek sosiolinguistik di Malaysia dan . menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani. Antara aspek ² . setiap etnik tidak berasa tersisih. Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik ini dapat digunakan sebagai pendekatan ´Games based learningµ dalam pengajaran dan pembelajaran. Latihan/ Aktiviti Anda digalakkan menggunakan pendekatan koperatif semasa perbincangan. menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pengajaran dan pembelajaran muzik. Penggunaan sumber P&P dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukan sahaja memupuk kesefahaman kalangan murid yang tediri daripada pelbagai etnik. 3. contohnya. Cuba berkongsi pengalaman bagaimana anda dapat memainkan peranan jika mengajar pelajar berbilang kaum dan pelajar kerap menggunakan pelbagai bahasa dalam bilik darjah. malahan ruang tersebut akan mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka.

Serdang: Universiti Putra Malaysia.(2005). Readings on ethnic relations in a multicultural society. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.aspek penting adalah berikut: Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai bahasa Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia Demi menyatupadukan rakyat Malaysia. Rujukan Woolfolk. sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Educational Psychology. Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan. Boston: Allyn & Bacon TOPIK 8 PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA . Guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa.A. (2004). beberapa dasar digariskan antaranya Akta 1961 yang termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid. Teks Bacaan Asas Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.

Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya . penilaian adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan bagi tindakan yang akan diambil kelak. budaya merupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu sebagai cara bertindak. andaian dan kepercayaan). Juga. kepastian perlu dibuat terhadap kesahan dan integriti dalam proses terjemahan. dan melakukan sesuatu. ciri-ciri ujian berasaskan budaya. Amat jelas adalah pandangan Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan merupakan suatu yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai. merasa. 7. Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai. jika suatu alat diterjemahkan. Ini termasuklah konsep penilaian berasaskan budaya. Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan menggunakan alat/teknik penilaian yang sesuai amat mustahak . Kesahan dalam keputusan penilaian merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini digunakan untuk memaklumkan keputusan terhadap pembelajaran pelajar. Maka keputusan yang sah dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan berasaskan sampelan populasi tertentu.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya Konsep Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain. Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan.Fikirkan pengalaman anda sebagai guru di sebuah sekolah pelbagai budaya. Manakala mengikut Hall (1959). prinsip-prinsip yang perlu diambil kira serta strategi penilaian yang sesuai untuk kelas pelbagai budaya. Adakah anda pernah merancang penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik? Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil kira semasa menyediakan ujian untuk kelas anda? Topik ini akan membincangkan mengenai perancangan yang diperlukan untuk melaksanakan penilaian yang berasaskan budaya.

pentaksiran berasaskan budaya memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap.2 Peranan Guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budaya Guru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai kemahiran penilaian dan alat dalam pengajaran yang dapat memberi peluang pelajar menunjukkan kompetensi . Secara keseluruhannya. Di samping itu. kemahiran menyoal atau menemubual. dan seterusnya pembangunan program pendidikan. Fokus mengenai penilaian yang tidak mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahan dan kekuatan pengajaran ² pembelajaran. status sosio-ekonomi.Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kira faktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan. penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk : (a) mengumpul maklumat untuk kemajuan. Untuk guru yang menyediakan penilaian. 7. diagnosis dan tindakan selanjutnya (b) menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif (c) memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid (d) mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan kerelevanan budaya (e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal (f) mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional Sila buat refleksi Buat refleksi: Sebagai guru di sekolah. Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk memperoleh data mengenai pelajar. pengetahuan. Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses peinilaian. pernahkah anda berfikir tentang penilaian yang mesra budaya? Beri pandangan anda kepada jawapan anda. latar belakang pelajar. strategi-strategi intervensi dan amalan-amalan penilaian.

keluarga. Terangkan dengan ringkas dua aspek budaya yang mempengaruhi keberkesanan satu ujian bilik darjah yang baik. komuniti dan tempat kerja. Perkara ini amat penting untuk guru sebagai landasan untuk prosespengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Berhenti seketika dan buat renungan Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri peranan yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam merancang ujian bilik darjah yang baik? Adakah anda dapati sebarang kesulitan yang akan dihadapi? Latihan 1. . Budaya membentuk dan dibentuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran sepanjang hidup manusia. termasuklah pengetahuan dan kemahiran berkait dengan pemahaman amalan budaya tradisional. Maka guru berperanan untuk menangani isu-isu budaya setiap kali mereka mengajar dan membina alat penilaian. tabiat atau adat resam) tetapi juga cara murid memahami idea dan membina makna terhadapnya setiap hari.amalan harian ( pola tingkah laku. bilik darjah .mereka dalam pelbagai cara berasaskan keadaan tempatan. boleh dikatakan bahawa budaya bukan sahaja melibatkan amalan. Oleh demikian. tradisi. guru perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian masalah dalam menilai potensi pembelajaran pelajar di bawah jagaan mereka dan menyediakan peluang yang sesuai untuk pelajar meningkatkan diri. Tambahan pula. Budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus diutarakan dalam proses-proses dan kandungan pengajaran oleh guru.

pengubahsuaian kandungan harus dilakukan dan kandungan seharusnya melambangkan budaya murid. Pengetahuan kandungan dan kemahiran perlu diintegrasikan dan merentasi semua mata pelajaran sepanjang masa.3 Prinsip. Dalam konteks ini. budaya atau bahasa. perkauman. keluarga dan komuniti. Antara prinsip-prinsip yang perlu diambil kira oleh guru dalam penilaian berasaskan budaya termasuk: (a) Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid belajar. Amalan-amalan ini harus dapat memenuhi kepelbagaian sama ada secara individu atau kumpulan murid.Prinsip Penilaian berasaskan budaya Penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan pensil didapati memberi peluang kepada semua murid pelbagai budaya untuk melibatkan diri dalam aktiviti/tugasan penilaian berasaskan situasi sebenar. latar belakang murid. (c) Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. 7. Amalan penilaian harus merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. bahasa utama. Dalam hal ini.4 Ciri-Ciri Penting Dalam Penilaian Berasaskan Budaya Kita harus sedar bahawa guru yang paling berpengetahuan dalam kandungan mata pelajaran mungkin tidak begitu cekap dari segi mengenal pasti pengaruh-pengaruh relevan budaya secara kontektual. Berikan tiga tujuan penilaian berasaskan budaya dalam bilik darjah 7. cekap dalam mengenal pasti strategi-strategi . aktif dan berasaskan inkuiri. Ia harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran murid (b) Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran.2. bahasa inklusif perlu digunakan untuk mengelakkan bias dari segi gender. Adalah penting untuk menggunakan pelbagai bentuk penilaian. Ini amat relevan dan bermakna kepada murid kerana mengkaitkan situasi sebenar dalam mata pelajaran. Ia harus berasaskan objektif²objektif dan membolehkan murid mendemonstrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara. Juga. tugasan/aktiviti terdiri daripada jenis koperatif.

penilaian formatif yang direka atau bina akan berkisar kepada konteks yang sama seperti dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan pengajaran. Penilaian yang terangkum dalam kurikulum secara formatif adalah penting untuk mencapai hasil pembelajaran spesifik yang mana murid diberi pendedahan. proses penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong pengalaman pembelajaran pelbagai. Penilaian yang terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan gaya. dan pencapaian murid. alat-alat penilaian direka bentuk untuk satu. ujian kertas dan pensil atau aktiviti berasaskan prestasi/perlakuan. beberapa objektif atau komponen pengajaran dan pembelajaran boleh diukur dengan menggunakan pelbagai format item yang berbeza untuk memperoleh maklumat yang dapat menilai pencapaian murid. Bentuk format penilaian gabungan antara pelbagai jenis item dapat mengukur kemahiran. Bentuk penilaian terdiri daripada jenis formal. dan item ujian lebih ´ processsensitiveµ. pelbagai konteks. diagnosis. Oleh yang demikian.kemahiran pemerosesan kognitif yang berlainan dan ini dikatakan dapat menunjukkan pelbagai tahap atau jenis pembelajaran. namum guru dalam bilik darjah perlu belajar bagaimana memodeli dan memurnikan alat-alat ini jika ingin mewujudkan pembelajaran berkualiti dengan positifnya. Guru perlu berkebolehan memadankan kehendak ujian dan aktivitiaktiviti pengajaran demi meningkatkan kerelevanan kurikulum dan menghasilkan maklumat yang tepat. pemantauan. Penilaian yang terangkum dalam kurikulum dan aktiviti-aktiviti pengajaran merupakan komponen yang berkait rapat untuk memudahcara pembelajaran. Bentuk penilaian perlu distrukturkan untuk memberi sokongan kepada aktiviti pengajaran dan terdiri daripada kepelbagaian dalam jenis item untuk menilai objektif secara berkesan.satu pengajaran yang akan membekalkan maklumat untuk membuat keputusan bilik darjah berkait dengan penempatan. Penilaian yang menyokong pembelajaran merupakan jenis-jenis penilaian yang tersirat dalam kerangka kurikulum (Gordon. usaha membina alat penilaian dibuat secara kolaboratif. Mengikut Gordon (1996). Pada awalnya. tidak formal. . Tambahan pula.pengajaran yang sesuai atau pun membina prosedur penilaian yang mesra budaya.1996). Dalam konteks penilaian mesra budaya.

prestasinya mungkin tidak membawa makna yang tepat mengenai pengetahuan dan kemahirannya. Perkataan mempengaruhi cara murid bertindak balas terhadap tugasan. guru yang mengadaptasi ujian dari populasi normal untuk kegunaan kumpulan pelbagai budaya atau linguistik akan gagal menghasilkan penilaian yang adil serta boleh dibuat perbandingan. Aspek penting yang perlu diambil kira semasa membina ujian bilik darjah termasuk bahasa yang digunakan. jenis item ujian. Oleh kerana bahasa begitu penting dalam sesetengah alat penilaian. Bincangkan sama ada anda mempertimbangkan kepelbagaian budaya semasa menyediakan item ujian. Jika sesorang tidak dapat memahami satu perkataan or dia memahami perkataan tersebut pada perspektif lain kerana latar belakang budaya dan linguistik. Latihan/Aktiviti .Berhenti seketika dan buat renungan Berkongsi dengan rakan-rakan tentang jenis item ujian bilik darjah anda. Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa yang digunakan dalam penilaian prestasi seperti sains.

Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak. mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi pemahaman baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa. Gunakan pengurusan grafik untuk mengambarkan proses tersebut. aktiviti atau tingkah laku yang ingin diperhatikan. catatan. minat. 7. Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penilaian. Contoh-contoh penilaian mesra budaya merangkumi yang berikut: Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi bilik darjah. guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara mudah untuk merekodkan pemerhatian harian.Berdasarkan kepada pengalaman anda disekolah. Tambahan pula. terangkan secara ringkas prinsip-prinsip dan proses penilaian yang anda gunakan untuk menyediakan ujian berasaskan budaya. terdapat tekanan terhadap penglibatan murid dalam proses penilaian. Maklumat yang dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat keputusan pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar. Penilaian Portfolio .5 Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan Budaya Dalam bilik darjah yang mesra budaya. Guru boleh mewujudkan lajur untuk mengenal pasti projek. guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan sistematik untuk menilai kebolehan. sikap dan kemahiran sosial murid. Sebagai contoh. atau kad fail untuk membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal dan bermakna.

Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor linguistik sedia ada murid dan murid perlu merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset bukan liabiliti dalam penilaian. guru boleh menilai tentang jurnal pembelajaran di mana murid mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang mereka baca. Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua murid. Projek Projek memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka. Penulisan Jurnal Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklum. guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan sesuai untuk menilai pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan tertentu dalam kurikulum yang mesra budaya. Dalam lain perkataan. Salah satu contoh projek termasuk rekacipta artifak yang mewakili patung kumpulan etnik dan murid boleh menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek. memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat majmuk. ujian harus µ culturally loadedµ dengan mengambil kira budaya semua kumpulan murid. Projek sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara individu kerana mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka. tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu ditambah baik. Guru. . murid dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap apa yang murid telah laksanakan. Mereka boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka kebebasan untuk menulis tentang watak dan berkongsi dengan rakan. Contohnya. Bahasa yang digunakan harus difahami semua dan tidak bias kepada kumpulan murid yang dominan. Contohnya. Mereka boleh meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai budaya.Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai. Mereka boleh pilih menulis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta lukisan untuk menggambarkan konsep utama terselindung dalam topik mereka.

Penilaian kendiri murid Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka secara berkala dalam konferens guru/murid. murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka. keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka serta reaksi dan tindak balas mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. · Jenis-jenis penilaian yang dikemukakan dapat mengurangkan bias terhadap kumpulan etnik tertentu dan pertimbangan yang ditimbulkan perlu diambil kira oleh guru semasa menyediakan penilaian sama ada formal atau tidak formal. Portfolio boleh digunakan semasa konferens. Sebagai contoh. · Penilaian mesra budaya yang dibincangkan di atas merupakan cara-cara yang boleh digunakan untuk menilai murid tanpa menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan semasa membuat keputusan. membincang hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri. · Sekiranya kurikulum adalah mesra budaya dengan mengambil kira kandungan yang sesuai untuk murid. Penilaian kendiri guru Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru. · Kita akan berjaya jika kita menggunakan semua resos dan tenaga untuk melakukan yang terbaik untuk anak kita yang berisiko jika kita tidak laku adil kepada mereka dengan tidak . Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran. maka tidak akan menimbulkan banyak masalah semasa membina alat penilaian untuk murid.5 Rumusan Topik di atas membincangkan aspek-aspek penting seperti berikut: · Cabaran yang dihadapi penilaian tidak seberat berbandingkan isu-isu mengenai strategistrategi pengajaran sesuai dan perkembangan guru. 7.

. Seperti mana Height (1996) maintains: "No one else can retrieve our values and salvage our people better than we can" (p.mengambil kira kepelbagaian budaya. 53).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful