P. 1
cantuman pokok

cantuman pokok

|Views: 50|Likes:
Published by REXTERYX

More info:

Published by: REXTERYX on Jan 18, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2012

pdf

text

original

CANTUMAN Mengapa cantuman dibuat?

Cantuman adalah satu proses pembiakan tampang (vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk dibiakan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung dengan pokokanak benih penanti. Pembiakan ini dijalankan bagi mendapatkan anakbenih tanaman yang menyerupai ciri-ciri pokok induk yang baik seperti tahan penyakit, hasil yang tinggi, mudah diurskan dan sebagainya. Artikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat mengenai cantuman berdasarkan pengalaman dan pembelajaran penulis selama 30 tahun dalam bidang pertanian. Bagi tumbuh-tumbuhan yang membiak melalui biji , terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti. Diantara nya ialah buah terhasil menerusi proses pendebungan yang tidak lengkap. Ini berlaku apabilapendebungaannya berlaku dihasilkan oleh debunga jantan dari pokok yang sama jenis tetapi bukan dari pokoknya sendiri. Biji dan seterusnya anak pokok yang terhasil dari kaedah ini tidak mempunyai sifat-sifat induknya yang asal . Selain dari itu pembiakan biji juga didapati tempoh matangnya (berbuah) adalah lebih panjang. Bagi mendapatkan benih yang baik dan mengikut kualiti pokok bakanya, teknik atau kaedah pembiakan tampang diamalkan. Pembiakan tampang dilakukan dengan mengambil bahagian-bahagian pokok yang terpilih daripada pokok-pokok yang berbaka baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Bahagian-bahagian pokok yang boleh digunakan ialah mata tunas, ranting dan pucuk mengikut kesesuaian kaedah yang hendak digunakan. Kebaikan cara ini seperti dapat mempercepatkan kematangan pokok, ciri-ciri pokok seperti induknya, murah, cepat matang, jangkamasa yang singkat dan sebagainya. Kaedah-kaedah pembiakan tampang. • Cantuman mata tunas • Cantuman baji (cantuman appolo) • Cantuman sanding • Tut pada pokok dewasa • Keratan ranting. Cantuman mata tunas Cantuman mata tunas adalah diantara kaedah pembiakan tampang yang mudah dan banyak diamalkan oleh para petani dan juga mereka yang mengusahakan tapak semaian pokok buah-buahan. Kejayaan kaedah ini lebih tinggi iaitu mencapai 80% hingga 90% bergantung pada jenis pokok, kemahiran penjagaan. Jenis-jenis pokok yang boleh dibiakkan dengan keadah ini adalah terdiri daripada pokok buah-buahan berbatang keras seperti durian, rambutan, pulasan dan mangga. Peralatan asas yang diperlukan: • Anak benih dalam polibeg - pokok penanti • Pisau cantuman • Pita cantuman • Mata tunas dari pokok yang telah dipilih dan Gunting pokok Persiapan Sediakan sepokok anak benih yang mempunyai saiz lilitan batangnya diantara 3cm hingga 4cm. Anak benih ini hendaklah yang tumbuh sihat dalam polibeg. Jangan gunakan anakbenih yang sedang berpucuk muda kerana ini akan menyukarkan kerja-kerja mengopek kulit dari batangnya. Anak benih ini diistilahkan sebagai pokok penanti. Cara mencantum Dengan menggunakan pisau cantuman , buat kelaranlintang 1/3 daripada lilitan batang. Jarak kelaran dengan permukaan tanah didalam polibeg hendaklahdi antara 12 hingga 15 cm. Buat 2 kelaran dikiri dan kanan ke bawah sepanjang 2.5 cm. Dengan menggunakan pisau cantuman, kopek kulit daripada batang bermula bermula dari kelaran lintang kebawah. Sekarang pokok penanti telah pun siap untuk dibuat cantuman.

Pilih ranting dari pokok baka yang baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Saiz ranting hendaklah lebih kecil daripada batang pokoki penanti. Kemudian daun-daun yang ada pada ranting hendaklah dipotong dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan mata tunas yang terdapat diantara tangkai daun dengan ranting. Kelar memanjang dikiri dan juga kanan tunas lebih kurang 2.5 cm dan juga melintang sepanjang 1.5 cm dikedua-dua hujung bahagian kelaran memanjang. Dengan menggunakan pita cantuman, balut batang pokok penanti bermula dari bahagian bawah tapak cantuman keatas. Semasa membalut, pastikan pita cantuman tidak mengenai mata tunas. Matikan ikatan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm diatas daripada mata tunas. Penjagaan. Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawahlindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. Anak pokokyang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunasdengan pisau cantuman. Sekiranya didapati kulit mata tunas bewarna hijau, ini bererti cantuman yang telah dibuat telah pun berjaya. 7 hari kemudian, potong batang pokok penanti dengan menggunakan gunting pokok lebih kurang 15 cm dari paras cantuman. Ini perlu dilakukan untuk mengurangkan pertumbuhan pucuk dipokok penanti dan bagi menggalakkan petumbuhan tunas pada bahagian cantuman. Selepas 2 minggu, potong sebahagian lagi batang pokok penanti iaitu 2.5 cm dari paras cantuman. Ini akan membantu pembesaran pucuk mata tunas. Penanaman diladang bolehlah dilakukan apabila anak benih berumur diantara 8 hingga 10 bulan selepas cantuman dibuat. Dalam tempoh itu penjagaan hendaklah dibuat seperti biasa. Siraman perlu dilakukan 2 kali sehari dan merumput mesti dilakukan 1 bulan sekali diikuti dengan membaja setiap kali selepas kerja-kerja merumput. Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kanan, tanggalkan kulit tunas daripada ranting. Mata tunas dapat dilihat disebelah dalam kulit tunas dan pastikan tunasnya tidak cacat ataupun tertinggal pada kayu ranting. Kulit tunas ditampalkandibahagian tetingkap yang telah dibuat terlebih awalpada pokok penanti. Cantuman mata tunas adalah satu kaedah pembiakanyang paling mudah dan boleh dijadikan satu perniagaan. Terdapat lebih 750 nurseri atau Perniagaan Tapak Semaian di Malaysia yang manjalankan cantuman sebagai kaedaah pembiakan tanaman. Bagi mereka yang minat untuk belajar berkaitan Teknik dan Teknologi Cantuman boleh bertanya kepada Jabatan Pertanian untuk mengetahui bila kursus cantuman akan diadakan. SEKIAN.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->