You are on page 1of 29

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

TAKRIF TAMADUN
Sudut etimologi B. Arab – Maddana – Perbuatan membuka bandar atau kota serta
perbuatan memperhalus budi pekerti.

Madani:
i) sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta ..
ii) kehalusan budi pekerti yang terpuji

Bhs. Arab : Umran adbun dan dinnun atau dainun. Umran bererti harta, kawasan yg.
didiami, berkembang subur dan hidup berpanjangan. Adbun (adab) memperelok
tingkahlaku yg. dapat mempengaruhi pemikiran dan rohani. Dainun bererti kepatuhan,
penyerahan, cara hidup atau pemerintah. Jg. menggunakan istilah Tamaddun, Madaniah
dan Hadharah

Hadarah=civilization=civitas (latin)-Perbuatan duduk dibandar dan perilaku kehidupan yang


tinggi.
Tamadun bukan diukur dgn kemewahan, tapi ‘umran’ kemakmuran.
Salah faham barat

Pelbagai Bahasa
Bhs. Latin : Civitas, civilis, civis dam civilitas = Civilization. Bererti warganegara, undang-
undang dan sistem pemerintahan Rom.
Bhs. Greek : Kei yg. bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yg. datang kepada kita. Keimelion
bererti khazanah atau harta yg. disimpan.
Bhs. Inggeris : Civilize bererti memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan
mengikut keperluan masyarakat. Ia jg. bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif)
kpd. kehidupan yg. baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.
Bhs. Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar.
Bhs. Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Jg. merujuk kpd. unsur-unsur
material dan spiritual yg. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia. Kedua-dua
bhs Tamil dan cina menyentuh tentang tingkahlaku yg. baik.
Peradaban: masyarakat yang mencapai tahap yang tinggi dari sudut budaya dan moral,
walaupun tidak menjalani kehidupan kota.

Rumusan : Dalam sejarah Islam 3 istilah digunakan iaitu madaniyyah, ‘umran dan hadharah
yg. menggambarkan pencapaian umat Islam dalam pemurnian aqidah, perlaksanaan syariah,
kecemerlangan dan ketinggina akhlaq disamping ketrampilan dalam keilmuan dunia dan agama
dan kemajuan kebendaan berteraskan agama.

TAMADUN DAN AGAMA


Sifat seseorang berkait rapat dgn kepercayaan.
Tamadun silam; manifestasi kepada kepercayaan dan kehidupan beragama –
peninggalan bangunan dan barangan, tpt ibadah.
Tamadun barat kotemporari; memencilkan nilai agama
Tamadun Islam: menghimpunkan pelbagai pegangan agama.

TAMADUN DAN BUDAYA


Budaya ; tatacara sesuatu masyarakat bertindak ke atas persekitaran mereka (termasuk
persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif.

Budaya tinggi = memiliki kehalusan budi & kesempurnaan moral ciri kehidupan
bertamadun.

Beza Tamadun Budaya


1. Natijah tamadun berkekalan berbanding dgn natijah budaya (kesetiaan kpd
maharaja).
2. Tamadun merentasi sempadan geografi negara. Budaya selalu dikaitkan dgn negara
atau wilayah tertentu.

TAMADUN DAN BANGSA


Tiada perkaitan yg jelas kerana selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan.

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN


1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar,
kepolisan…)
2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.
3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran,
ekonomi dan pendidikan yang sempurna.
4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dgn satu sistem tulisan
tersendiri utk berkomunikasi.
5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.
6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan.
7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai
estitika yg tersendiri.

FAKTOR YG MENDORONG KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN


1. Kedudukan yg strategik memungkinkan pengunaan sumber semulajadi demi
kelangsungan kehidupan.
2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian.
3. Penghayatan yg tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji.
4. Kesengsaraan hidup; Tamadun Jepun.
5. Keterbukaan & toleransi terhadap sumbangan tamadun yang lain.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Interaksi antara tamadun wujud disebabkan sifat toleransi , saling menghormati antara
sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain.

Kesan Interaksi:
Positif Negetif
Tamadun Hinduisme + Buddhisme: Karma Yahudi + Kristian (kurun 9 –18m):
(Rebirth), Dhamma (Righteousness) & Pembunuhan yahudi
Moksha (Liberation)
Kristian + Islam: Crusades
Islam + Yahudi + Kristian: Piagam
Madinah-kebebasan beragama Islam + Hindu: Peperangan & pembunuhan.

Islam + Konfusianisme (7 masihi): Zheng


He (panglima tentera laut muslim), Liu Zhi
& Ma Zhu (Pemikir Konfusianisme).

PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

1. Alam sekitar
 Semua agama: mesti hidup secara harmoni dgn alam sekitar.
 Alam merupakan anugerah tuhan dan manusia khalifah (custodian @ steward).
 Tafsiran pasif: alam dianggap ‘Divine Power’.
2. Keluarga
 Keluarga asas pembentukan masyarakat.
 Wujud hierarki kuasa: penentu kedudukan lelaki & wanita.
 Asas kekeluargaan:
- Konfusianisme: kesetian & pertalian yang erat.
- Islam: kasih sayang, belas kasihan dan hormat menghormati.

3. Komuniti
 Berpengaruh dlm menentukan identiti & personaliti seseorang manusia.
 Berperanan memastikan norma & nilai murni sentiasa dihormati.
4. Kerajaan
 Moral & akhlak merupakan dasar sesebuah kerajaan dlm Tamadun tradisional.
 Raja yg saksama dan adil: tema tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu Tze & Meng
Tze. Al-Farabi, al-mawardi & al-Ghazali.
 Kesetiaan kpd raja dan perlindungan yg diberikan oleh raja merupakan dimensi
penting kerajaan.

5. Kegiatan ekonomi
 Mengamalkan kegiatan ekonomi dalam konteks ‘Moral Universe’ (moral semesta) –
spt. Dlm ajaran Buddha.
 Islam: mementingkan halal dan haram.

6. Pendidikan
 Matlamat utama pendidikan: pembinaan sifat seseorang (Character-building)
melalui proses pengajaran (Inter-Being)
 Perbezaan transformasi: Islam: akidah – Budha & Hindu: mencari diri sendiri.

7. Kesihatan
TAMADUN MELAYU (NUSANTARA)

PENGENALAN

Sebuah tamadun yg dibentuk oleh sekelompok manusia yg digolongkan sebagai orang-orang


melayu bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara dikenali:
- Gugusan kepulauan melayu (Malay Archipelago)
- Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia
- Nusantara
- Alam Melayu
- Tanah Jawi dsb…….

 Terletak dalam “Wilayah Kebudayaan Oseania”; satu budaya yg terdiri dari pulau-
pulau yg terbentang dari pulau Paska (timur) ke Sumatera (barat), New Zealand (selatan)
ke pulau Farmosa (utara).

 Eleman yg menentukan Melayu:


1. Bahasa Melayu menjagi lingua franca
2. Agama Islam dianuni oleh majoriti penduduknya.

KEMUNCULAN TAMADUN MELAYU

 Kerajaan Pra Islam: 2 bentuk;


a) agraria (spt. Empayar Funan dan Angkor).
b) Maritim:
 Funan – memiliki pelabuhan entrepot- Pusat persinggahan
pedagang- pengumpulan & penyebaran barangan antara timur dan
barat- pusat interaksi dgn Tamadun asing.
 Srivijaya (kurun 7-11 m): kerajaan miritim terpenting mendominasi
seluruh pesisir laut di utara dan barat Sumatara, Jawa Barat,
Selat Melaka & Selat Sunda.

 Zaman Islam
- Pusat Tamadun Melayu Islam terawal: Perlak dan Samudera-Pasai.
- Melaka (1400-1511)
- Aceh-Pusat kegiatan Islam selepas kejatuhan Melaka.
- Borneo; Kesultanan Melayu Brunei.

PANDANGAN SEMESTA MELAYU PRA ISLAM.

 Dinamisme
- kepercayaan adanya tenaga yg tak berperibadi (tak berjisim) dalam diri
manusia, haiwan, tumbuhan, benda, kata-kata, tanda tertentu dll.
- Menimbulkan ‘magis’ (magic)
- Perkataan lain yg seerti;
• ‘Mana’; Bahasa Melanesia- Polinesia.
• ‘Kere’; Mentawi
• Sahala; Batak
• Kesakten; Jawa

 Animisme
- kepercayaan akan adanya jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi kehidupan
alam manusia (nasib baik @ buruk).
- Perkataan latin ‘anima’ bermaksud ‘roh’.
- ‘Hyang’ = poyang = moyang: kononnya roh nenek moyang masih berada di
kalangan manusia dan memiliki tenaga yg kuat yg mempengaruhi kehidupan
mereka.
- Sembahyang – menyembah roh nenek moyang yg dianggap jelmaan tuhan.
- Religis; pemujaan dan perhambaan diri kpd kuasa yg berperibadi.

 Magis & Religis


- Magis: Penguasaan terhadap tenaga ghaib
- Religis; Pemujaan dan perhambaan terhadap kuasa ghaib
- Persamaan: kedua-duanya berhubungan dgn kuasa ghaib.
- Jenis Magis;
(i) magis Produktif
(ii) magis Protektif
(iii) Magis Destrutif

 Tabu (Bahasa Polinesia-melanesia)


- maknanya; pantang
- melanggar tabu; mendapat hukuman ghaib oleh alam ghaib, dewa, roh.
- Boleh ditemui samada pada religis atau magis.

 Kepawangan/ Perbomohan
- Jenis Pawang;
(i) Pawang Masyarakat; bertugas memimpin masyarakat dalam upacara
pemujaan, pengorbanan & upacara magis.
(ii) Pawang perantara: penghubung antara alam dunia dgn alam ghaib.

 Totemisme
- Kepercayaan bahawa manusia berasal dari jenis haiwan/tumbuh-tumbuhan.
Atau percaya antara manusia dgn haiwan ada persamaan nasib.
- Haiwan & tumbuhan dianggap nenek moyang.
PANDANGAN SEMESTA MELAYU ZAMAN HINDU DAN BUDDHA

 Penyebaran secara aman- upacara keagamaan & penyembahan lebih tersusun.


 Penyebaran H&B telah mengalami proses ‘sinkritisme’ : penyerapan dgn kepercayaan
tempatan yang asli utk membentuk satu kepercayaan baru yg sering melengkapi.
 Kesan H&B Cuma pada golongan pemerintah & bangsawan sahaja.
 Pengaruh H&B:
(1) Politik & pentadbiran:
- Tidak melibatkan semua doktrin murni.
- Raja; simbol kosmos melalui konsep ‘dewaraja’.
- Dewaraja; raja adalah keturunan atau penitisan Dewa Shiva/Visnu bahkan juga
merupakan inkarnasi Dewa Buddha-Mahayana.
- Kepercayaan konsep Dewaraja melahirkan sistem feudalisme.
- Feudal Hindu difahami melalui ‘Mandala’ (circle of Kings). Raja berperanan sbg
tuhan dan mampu mengarahkan rakyat bila-bila masa.

(2) Sosial
- Terpengaruh dgn sistem Kasta Hindu – menilai manusia berdasarkan darah keturunan.
- Kelas Pertama: Raja & Bangsawan

(3) Ekonomi
- Tidak banyak berbeza kecuali sedikit perkembangan kegiatan perdagangan.
Saudagar dikenali: ‘Wanigrama’ & ‘Wanigrami’.
- Kesan negetif: rakyat menanggung beban cukai & pajak yg dikenakan oleh raja dan
penyelewengan pemungut cukai.

(4) Kesenian & hiburan


- Meliputi pembinaan, pembangunan & ukiran.
- Bersumberkan epik Ramayana dan Mahabharata.

(5) Bahasa & Sastera


- Mendaulatkan bahasa Sanskrit sbg bahasa intelektual (kebangsaan).
- Bahasa Sanskrit telah memperkayakan bahasa Melayu Kuno.

PANDANGAN SEMESTA MELAYU ZAMAN ISLAM

 Teori Kedatangan Islam ke Nusantara:


(1) - Dibawa terus dari Sem. Tanah Arab- telah wujud hubungan dagang antara orang
Arab dan Alam Melayu sekian lama.
- sokong: S.M. Nuquib al-Attas, John Crawford, Niemann & de Hollander.

(2) – Datang dari China melalui Canton dan Hainan pd kurun ke 9.


- Teori dipelopori; Emanuel Godinho de Eredia & al-Mas’udi.
(3) –Kedatangan dari India melalui Gujerat. (dikemukakan oleh sarjana belanda
Pijnappel)
- bahan bukti: persamaan batu nesan Sultan Malik al-saleh (1297-Pasai) & nisan
maulana malik Ibrahim (Grisek Jawa dgn yg terdapat di Gujerat.
- Teori ini ditentang oleh G.E. Marrison.

 Pandangan semesta Melayu dan Pengaruh Islam.


- Pusat pandangan; 2 alam –alam nyata (fizikal) dan alam ghaib (spritual.
- Percaya bahawa ada makhluk lain yg wujud di samping manusia di alam ini.
- Interaksi manusia & alam melahirkan ‘peng+alam+an’.
- Pengaruh Islam; Islam datang memantapkan lagi pandangan semesta Melayu +
proses penafsiran semula.
- Konsep Tauhid (Rubbubiyyah & Uluhiyyah) mengukuhkan ketakwaan dan keimanan
mereka kpd Allah swt.
- Alam dicipta; (i) manfaat manusia (ii) tanda wujudnya ‘Rabbul’alamin’.
- Manusia; Hamba Tuhan @ ‘Abdullah, wakil Tuhan @ Khalifatullah.
- Kepercayaan terhadap alam akhirat; amalan baik dan buruk disamping
menghasilkan kesan duniawi akan memperolehi balasan muktamad di akhirat.
- Asas lain pandangan Melayu Islam; ‘Hablumminallah’ & ‘Hablumminannas’.

 Kepercayaan pasif Melayu Islam selepas Islam.


(1) Keramat
- dicedok dari kepercayaan Mesir, Yahudi, Parsi dan Hindu.
- Keramat yg popular: karamat wali.
- Amalan kesan dari percaya keramat:
(i) Berniat (berkaul)/bernazar
(ii) Membayar Niat.

(2) Sihir
- diadukkan dgn Islam; menjadikan ayat Quran & Hadith sbg tangkal & azimat.
PANDANGAN ISLAM

Islam mengharamkan penganutnya hidup dlm khayalan, melakukan perkara


karut yg tidak diterima akal yg sihat.
Setiap perkara mestilah bersandarkan ‘ilmu’ dan terdapat keterangan dari al-
Quran dan al-Sunnah.

)36(‫صرَ وَاْل ُفؤَادَ كُلّ ُأوْلَِئكَ كَا َن عَْن ُه مَسْئُول‬


َ ‫ف مَا لَْيسَ َلكَ ِب ِه عِلْمٌ إِنّ السّمْ َع وَالَْب‬
ُ ْ‫ول َتق‬

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-
anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” Surah al-Israa’ :36

- Perbuatan Syirik; menyengutukan Allah dgn sesuatu, beranggapan ada yang


setanding atau lebih berkuasa dari Allah s.w.t.

)48 (‫شرِ ْك بِالّلهِ َفقَدْ ا ْفَترَى إِثْمًا عَظِيمًا‬


ْ ُ‫شرَ َك ِبهِ وََي ْغ ِفرُ مَا دُو َن ذَِلكَ لِمَنْ يَشَاءُ َومَنْ ي‬
ْ ُ‫إِ ّن الّلهَ لَا َي ْغفِرُ أَنْ ي‬

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya


(dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah
melakukan dosa yang besar”.
TAMADUN ISLAM

MAKSUD TAMADUN ISLAM


 S.M. Naquib Al-Attas: “ Tamadun Islam ialah keadaan kehidupan bermasyarakat
yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi
seluruh masyarakatnya”.
 Ibn Khaldun – Hadarah lwn Badiah– Tamadun Islam: “ Pencapaian manusia yang
sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah
pemikiran dan penghasilan dayacipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai
seni”.

 Tamadun Islam bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah, didirikan oleh


masyarakat Muslim tanpa mengira bangsa dan budaya dan diikat oleh ikatan
‘Wahdatul Ummah’ dan berpegang dengan unsur penyatuan iaitu konsep ‘tauhid’.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM


Matlamat Umum:
 Mengangkat Islam sbg ad-deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan
komprehensif.
 Memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam di zaman Nabi Muhammad
s.a.w dan selepasnya.

Matlamat Khusus:
 Menjalinkan hubungan manusia dengan Allah pencipta manusia dan alam.
 Mewujudkan hubungan manusia dgn manusia dan alam sejagat.

HUBUNGAN MANUSIA DGN ALLAH PENCIPTA ALAM

 Manusia bukan sekadar berfikir tentang penciptaan alam, malah mesti berfikir
ttg pencipta alam – iaitu Allah swt.

 Hubungan manusia dengan penciptanya (Allah) merupakan matlamat terpenting


dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan- Hubungan paling utama.

 Hubungan dgn makhluk lain mestilah jgn sampai menggugat hubungan dgn Allah.

Hubungan dgn Para Rasul


 Peranan Rasul sbg rule-model dan ikutan pada tingkah laku dan sifat mereka.
 Para Rasul: manusia biasa dan hamba Allah yang diberikan kurniaan kenabian.
 Contoh: Pandangan Islam terhadap Nabi Muhammad: Firman Allah:
Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang
lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah al-Ahzab:40.
 Pandangan Islam terhadap Nabi Isa a.s:
“Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami kurniakan kepadanya nikmat
(kenabian) dan kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israel”
(Surah al-Zukhruf : ayat 59).

Implikasi hubungan Manusia dgn Allah


 Pengiktirafan manusia yg dicipta, terhadap penciptanya, pencipta Manusia dan Alam
semesta.
 Pengiktirafan manusia terhadap keagungan pemerintahan Allah dan kebesaran
kekuasaannya.
 Mengiktiraf semua nikmat yang diberikan oleh Allah dgn bersyukur kepadanya: amalan
lahir dan batin.
 Mengharapkan rahmat dari Allah.
 Wujud perasaan bertanggungjawab .
 Permohonan dan doa hanya kepada Allah- Makhluk tidak berkuasa dan lemah kerana ia
dicipta.
 Menjadikan rasa kecintaan & rindu kepada Allah sbg matlamat kehidupan dan sumber
kenikmatan.

HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA


 Masyarakat Islam: tidak bersifat perkauman, kebangsaan dan tidak dibataskan dgn
sempadan geografi; berbentuk ‘Wahdatul Ummah ‫”وحدة المة‬.
 Ukuran manusia di sisi Allah: Taqwa.
 Islam menentang idea dikriminasi perkauman dan ras.
 Firman Allah:
“Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang laki-
laki dan seorang wanita, lalu kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku,
supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah
yang paling taqwa di antara kamu” (Surah al-Hujuraat: Ayat 13)
 Sabda Nabi saw:
“Tidak ada kelebihan seorang Arab dengan seorang ‘Ajam, kecuali kerana takwanya”.
(Riwayat Bukhari Dan Muslim).

HUBUNGAN MANUSIA DGN ALAM SEJAGAT (KOSMOLOGI)


 Manusia merupakan sebahagian daripada alam sejagat, tetapi berada pada
kedudukan yang istimewa - akal & pancaindera.
 Islam galak kajian alam semesta: Firman Allah:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang
yang berakal . Surah al-Imran:190)
 Tujuan alam semesta;
1) Alam semesta dicipta untuk faedah, maslahat dan kepentingan manusia.
Contoh:Firman Allah:
Dialah Allah yang memudahkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan
daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang
kamu pakai, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnianya dan supaya kamu
bersyukur” (Surah an Nahl: ayat 14)

 Alam semesta merupakan pentas renungan


 Firman Allah:
“Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawasanya kami (Allah) menghalau (awan
yang mengandungi air) ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu
tanam-tanaman.’ (Surah al-Sajdah: ayat 27)

 Kesimpulan: manusia dengan fitrah dan tabii semulajadi akan tunduk akur kepada Allah
sebagai pencipta sekalian alam, termasuk diri manusia sendiri. Manusia tidak mampu
mencipta seperti ciptaan tuhan hatta kalau berhimpun seluruh manusia, mustahil mereka
mampu mencipta walau seekor semut!

DASAR TAMADUN ISLAM


 Memelihara agama dan kepercayaan
 Hak-hak hidup (Nyawa)
 Memelihara akal fikiran
 Memelihara Kehormatan dan keturunan
 Memelihara harta benda
 Memelihara hak dan kebebasan

Memelihara agama
 Islam memberikan kebebasan beragama dan tidak memaksa org lain untuk menerima
Islam. Firman Allah:
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran
dari kesesatan Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada
Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang
tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (al-
Baqarah: 256)
 Namun apabila telah Islam, ia tidak boleh keluar dari agama Islam. Itu satu
pengkhianatan dan jenayah yg besar: Firman Allah:
Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu)
memalingkan kamu dari ugama kamu sekiranya ia mampu; dan sesiapa di antara kamu yang
murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir,
maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di
akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (al-
Baqarah:217)

Memelihara hidup (nyawa)


 Hak menghidup dan mematikan adalah hak Allah. Tiada sesiapa berhak mencabar hak
tersebut.
 Islam mengharamkan pembunuhan orang lain kecuali melalui jalan yang hak; contoh;
mempertahankan diri & hukum bunuh. Firman Allah swt: “
“Sesiapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau berbuat kerosakan di
bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia seluruhnya” (Surah al-Maaidah: 32)

 Juga haram bunuh diri sendiri. Firman Allah:“


“Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah itu amat pengasih
kepada kamu. Sesiapa yang melakukan demikian itu secara ceroboh dan zalim, maka kami
(Allah) akan membakarnya dengan api neraka, yang demikian itu amat mudah bagi Allah”
(Surah al-Nisa’ : 29 &30)

 Kaedah Islam dalam menjaga hak-hak hidup:


 Kawalan kesihatan & melawan penyakit
 Pengharaman perkara yg memudharatkan (dadah, arak dll)
 Pengharusan setiap perkara yang bermatlamatkan kehidupan; makan, minum, pakaian &
sebagainya. Firman Allah swt:
Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan melampaui batas” (Surah al-Al-Araaf: 31).
 Mengharuskan makan dan minum sesuatu yang asalnya haram dalam keadaan dharurat.

Memelihara Akal Fikiran


 Pemeliharaan akal wajib; kerana ia lambang kesempurnaan manusia berbanding
makhluk yg lain.
 Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu bagi membentuk pemikiran.
 Sabda Nabi Muhammad saw: “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang
lahad” (HR Muslim).
 Pemeliharaan Akal: Islam mengharamkan makanan & minuman yang memabuk dan
mengkhayalkan; manusia binatang.

Memelihara kehormatan dan keturunan.


 Sabda Nabi Muhammad saw dalam pidato terakhirnya di Padang Arafah:
“Sesungguhnya nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci, seperti
sesucinya hari haji ini”(HR Bukhari).

 Islam memelihara keturunan manusia:


– Kawalan: Perkahwinan & Undang-undangnya
– Pencegahan: Khalwat, zina, seks bebas, luar tabii dsb.
Memelihara Harta
 Kekayaan bumi bukan milik tertentu, setiap orang berhak menurut usaha dan
kemampuannya.
 Firman Allah:
“Allah yang telah memudahkan bagi kamu lautan, supaya ýkamu boleh belayar padanya
dengan kapal-kapal dengan ýizinnya, dan supaya kamu mencari daripadanya ýkekayaannya,
dan supaya kamu berterima kasih, dan ia ýmemudahkan bagi kamu apa-apa yang di langit
dan apa-ýapa yang di bumi semuanya” (Surah al-Jaathiyah:12-13)ý
 Hak pegangan dipelihara dalam Islam; Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang
terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid”(HR Bukhari).
 Penjagaan Islam terhadap hak harta:
– Kawalan: Undang-undang Ekonomi & Transaksi Islam.
– Pencegahan: Pengharaman Jenayah Curi & rompak.
Memelihara Kebebasan
 Setiap manusia dilahirkan bebas dan merdeka. Tiada sesiapa berhak
memperhambakan orang lain.
 Syiar Islam: “ Kepadamulah kami menyembah dan kepadamulah kami memohon
pertolongan” (Surah al-Fatihah)
 Pengabdian paling jahat; jadi hamba nafsu. Firman Allah swt: “Tidakkah engkau
fikirkan (bagaimana peliknya) orang yg menjadikan hawa nafsunya sebagai
tuhannya”(Surah al-Furqan: 43)

- Terdapat 3 dasar lain yang menjadi tunjang Tamadun Islam :


i. Akidah
ii. Syariah
iii. Akhlak

i. Akidah (Tauhid)
- bidang akidah mencakupi aspek berikut :
a. Ilahiyat
b. al-Nubuwwah
c. Kitab-kitab Allah
d. Percaya terhadap Malaikat
e. Perkara-perkara al-Samiyyat
f. Qadha’ dan Qadar

- Pembahagian Tauhid
i. Tauhid Rububiyyah
ii. Tauhid Asma’ wa al-Sifat
iii. Tauhid Uluhiyyah

i. Tauhid Rububiyyah
- beriman bhw Allah s.w.t. mencipta langit dan bumi, Tuhan yang menghidupkan dan
mematikan sst dan Tuhan yg mentadbir alam ini. Segala yg berlakut mengikut peraturannya
(Sunnatullah).

ii. Tauhid Asma’ wa al-Sifat


- beriman bhw Allah s.w.t. bersifat dgn segala sifat kesempurnaan dan maha suci dari
segala sifat kekurangan dan kelemahan.

iii. Tauhid Uluhiyyah


- beriman bhw tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan hanya kepadanya kita berdoa,
bergantung harapan dan menyerahkan diri.

2. Syariah
- ialah perunudangan dan hukum dan cara manusia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
- Perundangan Islam terbahagi 2 iaitu :
i. Ibadah -- 5 rukun Islam
ii. Muamalah – urusan peribadi dan urusan awam.

3. Akhlak
- dikenali sbg akhlak ketuhanan yg bersumberkan dari Tuhan sebagai Pencipta. Sifat baik
dan buruk tidak berdasarkan citarasa manusia.

SIFAT TAMADUN ISLAM

 Sejagat: tidak terikat dengan bangsa dan tempat tertentu.


 Terbuka: mengamalkan dialog dan interaksi terbuka antara tamaddun selagi tidak
bercanggah dengan prinsip syariat Islam.
 Sepanjang Zaman: Tamadun Islam sesuai hingga Hari Kiamat.
 Toleransi; terhadap sistem agama, keparcayaan atau kebudayaan orang lain.
 Kesatuan dalam kepelbagaian; pembangunan dalam pelbagai bidang dan lapangan
bertujuan arah yg satu iaitu meng-esakan Allah dan yakin dgn keagungannya sebagai
Tuhan Pencipta Alam.

CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN ISLAM


i. Menyeluruh (sempurna)
- meliputi seluruh aspek kehidupan manusia iaitu undang2, akidah, akhlak dan hubungan
sesama manusia.

ii. Umum
- b’sesuaian dgn semua orang setiap masa & tempat .

iii. Tetap dan anjal (fleksibel)


- tetap dr segi tujuan tetapi anjal dr sudut cara & teknik p’laksanaannya.

iv. Ideal & realistik


KELAHIRAN TAMADUN ISLAM
 Masyarakat Zaman Pra-Islam
 Digelar sebagai Masyarakat Jahiliah (Jahala = bodoh & sesat).
 Ciri-ciri Masyarakat Jahiliah menurut al-Quran: salah satu dari yg berikut;
 Zaman tiada nabi dan kitab suci sbg petunjuk.
 Zaman yg tidak mempunyai tamadun & peradaban.
 Zaman m’kat tidak berakhlak, angkuh & bongkak.
 Zaman majoriti m’kat tidak boleh menulis & membaca.

Sistem kepercayaan dan agama:

1. Penyembah Berhala (Wathaniah)


 Paling masyhur – al-Latta(Taif), al-Uzza(Nakhlah), al-Hubal (Mekah)
 Dibuat dpd emas dan perak
 Sekitar kaabah – 360 berhala yg di sembah.

2. Penyembah api (majusi)


 Berasal dari Parsi, tidak ada kitab suci, mengikut nabi palsu.
 Aliran: (i) Kayumarthiah (ii) Zarwaniyah (iii) Zaradushtiyah (Zoreoster)

3. Yahudi
 Dibawa oleh Nabi Musa a.s. dan diutus oleh Allah beserta kitab suci Taurat.
 Penganut asal; Bani Israel.
 Mereka mengubah suai kandungan Taurat hingga dilaknat oleh Allah.
 Yusuf Dhu Nawas –pemerintah akhir Kerajaan Himyar – penganut yahudi.
4. Nasrani (Kristian)
 Agama yg dibawa oleh Nabi Isa a.s, diutus oleh Allah berserta kitab suci Injil.
 Penganut asal- Bani Israel dan mereka mengubah suai kandungan Injil sesuai dgn
kepentingan mereka.
 Penganut Nasrani di Tanah Arab: Ghassan & Hirah, Judham, Salih, Lakhm, Tayy dan
Tha’labah.
 Pusat agama Nasrani; Najran (Barat Daya Sem. Arab).

5. Hanif @ hunafa’ (Samawi)= mentauhidkan Allah=muslim.


 Dibawa oleh Ibrahim
 Antara Penganutnya: Zaid bin Amru bin Naufal, Nabi Muhammad ibn Abdillah.
 Meninggalkan penyembahan berhala, tidak berjudi, minum arak, perbuatan maksiat
dan perbuatan keji yang dikutuk oleh Allah swt.

6. Animisme
 Sembah roh, penunggu dan kuasa ghaib.
 Masyarakat Petra & Palmyra: sembah matahari
 Masyarakat Ma’in: Sembah Bulan
 Amalan: tilik nasib, ahli sihir, kuasa azimat.
Sistem-Sistem Masyarakat Jahiliah
 Sistem Politik & Pentadbiran; tidak terdapat sistem pemerintahan yang mempunyai
struktur pemerintahan yg teratur & berkuasa penuh- Utara + selatan sem. Tanah
Arab dijajah oleh Rom (Kristian) & Parsi (Majusi).
 Sistem Sosial: Wanita dianggap mendatangkan sial, ditanam hidup-hidup.
Sesetengah kabilah membenarkan perkahwinan tanpa had.
 Ekonomi: Musnah dgn pecahnya Empangan Ma'rib (bina oleh kaum Saba'‘650sm dan
musnah 450m): sail al-Iram) dan mereka tidak memiliki ilmu dan teknologi utk
membaikinya. Kerajaan Himyar meluaskan kuasa utk memperbaiki ekonomi- akhirnya
negara mereka musnah dan dijajah oleh Rom.

KELAHIRAN MASYARAKAT ISLAM


 ýNabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabi’ al-ýAwwal tahun Gajah (20 April 571
Masihi) – keturunan ýQuraisy (suku Arab paling mulia).ý
 ýTurun wahyu pertama (perlantikan sbg Nabi) pada 17 ýRamadhan (6 ogos 610 M) – Tarikh
kelahiran Tamadun ýIslam.ý
 ýFasa pembinaan Tamadun Islam ý
 Kota Mekah 13 tahun (Pembinaan Akidah)ý
 Kota madinah (10 Tahun) – selepas Hijrah ýRasulullah saw.ý
 ýFasa Madinah: (i) membentuk sebuah masyarakat dan ýnegara Islam (ii) memelihara dan
mempertahankan ýmasyarakat dan negara Islam.ý
 ýBaginda wafat –tahun 11 Hijrah (632 M)ý
 ýPenerusan pemerintahan –sistem Khalifah sebelum ýsistem monarki.ý
PIAGAM MADINAH

 Dibentuk berasaskan sumber wahyu


 Mengandungi 2 bahagian:
Bah. 1: Mengenai umat Islam (Ansar dan Muhajirin) (47 Fasal)
Bah. 2: Mengenai hubungan umat Islam dan Yahudi (23 Fasal)

 Prinsip kesatuan dlm Piagam Madinah:


 Kesatuan perlembagaan- al-Quran & al-Sunnah
 Kesatuan kepimpinan – Rasulullah ketua negara

 Kesatuan Negara- Masyarakat Islam & bukan Islam = satu ummah


 Kesatuan terhadap sikap & suara (perang dan damai)
 Kesatuan matlamat- melahirkan masyarakat bertolerensi, harmoni dan bersatu tanpa
mengira anutan agama
 Kesatuan tanggungjawab antara pemerintah dan rakyat.

DASAR UTAMA PENTADBIRAN RASULULLAH SAW & KHULAFA’ AR-RASYIDIN


 Ketua Negara:
 Rasulullah saw disamping seorang rasul juga merupakan ketua negara (memimpin Badan
Perundangan, Badan Eksekutif & Badan Kehakiman), Selepas kewafatan baginda- sistem
Khalifah – Peranan: Memelihara agama dan mentadbir urusan dunia.
 Majlis Syura
 Rasulullah membentuk majlis syura di kalangan para sahabat, tanpa terikat dgn bilangan
dan orang tertentu.
 Zaman Khulafa’ al-Rasyidin – Dewan Syura (Dewan Senat).

 Kementerian & Jabatan:


 Wazir & Wizarah – Rasulullah membentuk. Pembahagian tugas dgn. melantik pengurus
zakat, jurutulis,penjaga cop mohor dll.
 Zmn. Khulafa’ – mempunyai pembantu utama
 Khalifah Umar al-khattab – memperkenalkan pentadbiran peringkat Diwan (Jabatan) spt;
Jabatan Cukai (Diwan Jibayah) & Jabatan Ketenteraan (diwan al-Jaish).

 Pentadbiran Kawasan & Wilayah


 Madinah; pusat Negara Islam yang terdiri dari 20 jajahan – dipimpin: Naqib, dibantu
beberapa Arif, balai pertemuan (Saqifah). T’bhg. Kpd. wilayah – Yaman, Umman, Najran,
Bahrayn & Hadhramaut yg. diketuai oleh Gabenor (Wali).
 Setelah Negara Islam berkembang; diwujudkanWilayah dipimpin Wali (Gabenor).
 Zmn. Khalifah Umar al-Khattab – negara Islam t’bhg. Kpd 8 wilayah iaitu Madinah,
Makkah, Syria, Jazirah (Mesopotamia), Basrah, Kufah, Mesir & Palestin.

SUMBER TAMADUN ISLAM


 Keaslian Al-Quran terpelihara:
• Ditulis semenjak diwahyukan; penulis-penulis Wahyu Rasulullah saw- Zaid bin
Thabit, Ubai b. Kaab, Muaz bin Jabal, Muawiyyah b. Abi Sufyan dan 4 Khulafa’ al-
Rasyidin.
• Dihafaz oleh para sahabat, generasi seterusnya dan hingga kini.

 Al-Quran merupakan mukjizat pada bahasa dan isi kandungannya. Berpahala membaca
teksnya (B.Arab) tetapi tidak terjemahannya.

Keistimewaan Al-Quran:

• Mementingkan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


• Melayan tabiat semulajadi (fitrah) manusia.
• Fleksibel ; Al-Quran mengandungi kaedah dan peraturan Umum dan dasar yang boleh
ditafsirkan mengikut keadaan disamping Kaedah khusus dan thabit utk
mempermudahkan orang yg mahu menghayatinya.
• Praktikal; Islam pada Akidah dan Syariahnya merupakan agama yg praktikal kerana ia
senang difahami, jelas & selaras dgn akal & fitrah manusia.
• Syumul (Menyeluruh); Al-Quran menyentuh semua aspek kehidupan manusia dan
meletakkan asas-asasnya. Setiap perbuatan manusia tidak terkeluar dari hukum agama;
Wajib, Sunat, haram, makruh, harus, sah dan batal.
• Seimbang; antara suruhan dan larangan, ruhiah & jasadiah, duniawi & ukhrawi.

Kandungan Al-Quran;

• Akidah; Membebaskan manusia dari kongkongan kebiasaan dan pemujaan sesama


makhluk kearah pemikiran yang bebas luas dan pemujaan kepada yg maha agung – 6
prinsip (Rukun Iman): Percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab-Kitab, Rasul-Rasul, Hari
Akhirat, Qadha dan Qadar (Untung baik dan buruk dpd Allah).
• Ibadah 5 prinsip (Rukun Islam); Syahadatain, Solat, Puasa, Zakat & Haji.
• Akhlak; membangunkan keperibadian yg membawa kepada keharmonian hidup
sejagat.
• Syariah (peraturan); memastikan kemaslahatan hidup dan keadilan sesama makhluk
- antaranya; undang-undang kekeluargaan, ekonomi, kemasyarakatan & kenegaraan.
• Ringkasnya; al-Quran mengandungi (i) perkara yg disuruh; prasyarat kepada
kesejahteraan dunia & akhirat, (ii) Perkara yg dilarang; menjejaskan kesejahteraan.
Hubungan al-Quran dgn Sains
 Terdapat ayat-ayat yg menyentuh tentang sains; Islam mengalakkan manusia
mengkaji dgn teliti & menggunakan akal fikiran mereka (Ijtihad & Kajian Sains:
kesungguhan kajian, teratur dan beban bukti).
 Contoh. (Kejadian manusia):Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari
tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah
beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa
tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu
Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan
ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat". (al-
Mukminuun:12-16)

Hubungan al-Quran dgn Kitab Samawi yg lain:


 Hubungan Al-Quran dan Taurat & Injil: Firman Allah:
Dan ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini
Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku,
iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang
akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad (Muhammad)". Maka ketika ia datang
kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini
ialah sihir yang nyata!" (Surah al-Shaff: 6)
 Firman Allah: Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman
kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan
kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi
Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan
kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan
kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara
seseorang dari mereka dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk
taat) kepada Allah semata-mata". (Surah al-Baqarah; 136)
 Kitab Suci Al-Quran, Taurat, Injil & Zabur membawa petunjuk, hidayah dan
cahaya dari Allah s.w.t.
2. AL- SUNNAH (AL-HADIS
 Segala yang disandarkan kpd Rasulullah saw sama ada perkataan, perbuatan dan
engakuan(taqrir) serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan
sesudah baginda dilantik menjadi Rasul.
 Diriwayatk oleh sahabat, tabiin & dikumpulkn dan ditulis oleh ulama hadis.
 Peranan al-Sunnah terhadap al-Quran:
 Menegaskan hukum yang terdapat dalam Quran.
 Menjelaskan apa yg tidak diperincikan dalam al-Quran.
 Menetapkan hukum yg tidak terdapat dalam al-Quran tetapi bertepatan dengan prinsip
umum dalam al-Quran.
 Perkara yg khusus kepada baginda; bukan hukum spt. Wajib tahajjud, poligami lebih
4….

MASYARAKAT ISLAM
 Setiap Individu Muslim berperanan membentuk masyarakat melalui Institusi
Keluarga.
 Allah swt telah menurunkan Undang-Undang Keluarga (Munakahat).
 Perkahwinan; Ikatan antara dua individu; lelaki & wanita melalui akad (kontrak)
nikah.
 Asas-asas pencarian; beriman (berakhlak) diberi keutamaan; harta, kecantikan dan
keturunan yg baik.

 Wanita yang tidak boleh dikahwini;


(i) Haram Abadi
(ii) Haram sementara. Firman Allah:

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu


kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu,
dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak
saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu susuan kamu yang telah menyusukan kamu, dan
saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam
pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum
campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah
salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri
anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu
menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah
berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.(Surah al-Nisaa’; Ayat 23)

 Perempuan kena Talak: Firman Allah: “


 Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri
mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi
mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah
dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari
akhirat.” (Surah al-Baqarah; Ayat 228)
 Hukum Kahwin: Berubah berdasarkan keadaan seseorang.
-Harus: berkeinginan melakukan seks.
-Sunat: ingin menjaga kesucian, cukup syarat dan berkemampuan lahir & batin.
-Wajib: berkemampuan zahir & batin, takut terjerumus dlm zina.
-Haram: tidak cukup syarat, tiada kemampuan zahir & batin, tidak bertanggungjawab
& zalim.
-Makruh; tidak berhajat kepada seks.

Tujuan Perkahwinan
a. Memperoleh zuriat
b. Mengekalkan baka (keturunan)
c. Memelihara kehormatan diri
d. Mencapai ketenangan hati
e. Menyalurkan nakuri cinta & kasih sayang

 Hak dan tanggungjawab dalam Keluarga;


 hak & tanggungjawab suami isteri
 hak & tanggungjawab keibubapaan

 Asas masyarakat Islam: Persaudaraan (Ukhuwwah), berlandaskan syariah, berakhlak


tinggi, ibadah.
 Sesama Muslim: Ikatan keagamaan (Islam) VS Ikatan warna kulit, bangsa…
 Masyarakat Majmuk: Ikatan Kemanusiaan

TOKOH-TOKOH ISLAM DAN SUMBANGANNYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN


MANUSIA

1. Ibn Sina
 Avicenna (barat) – ahli falsafah & tokoh perubatan.

 Hasil karya – al-Qanun fi al-Tibb (Peraturan Perubatan) 14 jilid. Sumbangannya dlm,


penggunaan ubat, diagnosis & pembedahan .

 Karyanya diterjemahkan dlm bhs Latin oleh Gerard Cremona kurun ke-12. M’jadi
rujukan utama universiti di Eropah kurun ke-17. Karyanya dicetak 16x (15 Latin & 1
Hebrew).

 Diiktiraf sbg. ‘bapa doktor’ krn. menyatupadukan teori perubatan Yunani


Hippocrates & Galen serta pengalaman ahli perubatan India & Parsi + pengalaman
beliau sendiri.

 Aspek Tauhid (ketuhanan) t’pengaruh oleh Aristotle & Plato “Tahafatu al-Falasifah”
 Hasil penemuan beliau dlm bidang perubatan antaranya :
 Mengembangkan ilmu psikologi dlm peubatan spt. perubatan psikosomatiks.
 diagnosis melalui denyutan jantung.
 Penyakit paru-paru suatu penyakit berjangkit.
 Tanda-tanda kencing manis

 M’hasilkan 250 buah buku & 116 dlm bidang perubatan

2. Ibn Khaldun
 Menuntut ilmu agama & akli serta bhs Arab. Mengajar & memegang jawatan penting di
Tunis, Algeria, Maghribi & Mesir. Antara jwtnnya :

i. Ahli Persuratan di Istana fas


ii. Hajib (menyamai perdana menteri ) di Bougie
iii. Kadi & khatib
iv. Hakim Mahkamah Raja di Mesir

 Karyanya :
i. al-Muqaddimah - t’agung dlm bidang sejarah
ii. al-Ibar wa Diwan…..

 ketokohannya sbg. ahli sejarah. Kaedah penyelidikan mirip kaedah sosiologi.

3. Imam al-Ghazali
 b’keturunan Parsi & hidup di sekitar Perang salib- t’kenal dlm bidaing falsafah
akhlak.

 Dasar budi pekerti man. t’bhg 3 sebab asas iaitu akal, hawa nafsu & marah.

 Bidang pendidikan kanak-kanak – hendaklah dibtk. Sejak ke arah satu matlamat.

4. Al-Biruni
 sarjana agung kurn ke-10 M & pakar dlm astronomi, sejarah & bahasa.

 Karyanya : Rasa’il al-Biruni – ensiklopedia astronomi & matematik.

5. Al-Khawarizmi
 Ahli matematik, astronomi & sejarah.
 Penterjemah karya Greek dan menulis beberapa buku spt. Hisab al-Jabr wa al-
Muqabalah
 Sumbangannya :
i. Nombor
ii. Al-jabar
iii. Geometri
iv. Trigonometri
v. Astronomi
vi. Kaedah berangka.

KONSEP KEADILAN DALAM TAMADUN ISLAM


 Firman Allah swt:
-"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi
bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan
yang keji dan mungkar serta kezaliman. (Surah al-Nahl; 90).
 Firman Allah swt:
-"Katakanlah (Wahai Muhammad kepada ahli Kitab): "Aku beriman kepada segala
Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu.
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran
telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan
kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".(Surah al-
Syuura: 15)

 Firman Allah swt:


Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-
orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak
melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu
lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Maaidah: 8)

 Firman Allah swt:


Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-
orang (bukan Islam) yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berlaku adil. (Surah al-Mumtahanah:8)

 Keadilan Undang-Undang: Setiap individu sama di hadapan undang-undang.


 Keadilan Sosial: Setiap individu berhak/berpeluang memperolehi dan memiliki
sumber hidup dan tiada sesiapa berhak menggugatnya selagi berada pada landasan &
peraturan syarak. – Islam berusaha utk merapatkan jurang golongan kaya dan miskin
– menentang perhambaan dan sistem kasta.

 Keadilan Sejagat:
 Asas hubungan kemanusiaan ialah perasaan kasih sayang.
 Keadilan dgn musuh waktu perang: Firman Allah swt: ”Oleh itu sesiapa yang
melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu
seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah
kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 194)
 Kewajipan menunaikan janji: Firman Allah:
-Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-
perjanjian.” (Surah al-maaidah: 1) “
-Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang
mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka
dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
khianat.” (Surah al-Anfaal: 58)

ISLAM & ISU SEMASA

ISU 1: SENI DALAM ISLAM


 Seni; kecekapan mencipta bentuk-bentuk atau karya yang memberi kesenangan
estetika (keindahan).
 Islam Mengalakkan seni/keindahan kerana ia fitrah manusia: Sabda Rasulullah saw:
“Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan”. “Sesungguhnya keindahan itu
menenangkan segala hati dan ubat segala luka”.
 Seni yang digalakkan: penghasilan yg menjurus kepada memperhaluskan budi pekerti
manusia dalam hubungannya dengan al-Khalik (Maha Pencipta) dan antara manusia dan
manusia- Terikat dgn akhlak-Merangkumi seluruh aspek manusia dan bukan untuk
melahirkan watak individu dan keegoan –
 Seni rupa Islam: menekankan seni tampak (ilmu matematik, abstrak geometri) lebih
dari penyataan emosi. Kurang menggunakan haiwan & manusia sbg inspirasi. Sabda
Rasulullah: “Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar manusia atau
anjing” (HR Bukhari)

ISU 2: WANITA DALAM ISLAM


 Pandangan Jahiliyyah: Firman Allah: ‘”
-Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak
perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia
menahan perasaan marahnya dalam hati. (Surah al-nahl: 58) Patutkah kamu membahagi
untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan
(yang kamu benci)?(Surah al-Najm: 21)
 Lelaki & Wanita sama di sisi Allah: Firman Allah:
-"Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari
kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan)
dari setengahnya yang lain”. (Surah Aali-Imran: 195) “
-Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia
beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya
sedikitpun.(Surah al-Nisaa’:174)

 Dalam keluarga, lelaki bertanggungjawab memimpin dan melindungi wanita: Firman


Allah: “
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap
kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-
perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara
(kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,
dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu
bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan
(jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih
degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika
mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan
mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.(Surah al-Nisaa’: 34)

 wanita Agung:
 Asiah bte Mazahim Isteri Firaun & Maryam bte Imran (bonda Nabi Isa a.s): Firman
Allah: “Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan iaitu: perihal isteri Firaun,
ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam
Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas),
serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim";Dan juga (satu misal perbandingan
lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah
memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab
Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk
ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu
hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta
Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.(Surah al-Tahrim:
11-12)
 Khadijah isteri Rasulullah dan Fatimah Puteri Rasulullah.

ISU 3: POLIGAMI
 Kebenaran berpoligami dalam al-Quran: “
"maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan :
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara
isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja'. (Surah al-Nisaa: 3)

 Hikmah Poligami:
 Mengurangkan perceraian akibat penyakit jasmani wanita.
 Mengatasi masalah lebihan wanita mengatasi lelaki yg boleh membawa kepada
kebejatan sosial (pelacuran, AIDS dsb).
 Penyaluran keinginan berlebihan melalui cara yg halal.
 Membentuk perkahwinan yg sihat dan keluarga yang besar.

 Syarat poligami: mampu berlaku adil pada semua isteri zahir dan batin.

 Keadilan dikehendaki:
(1) Nafkah
(2) Pembahagian giliran/ bermalam
(3) Layanan

JIHAD : SATU ANALISIS DARI PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Bahagian Jihad
3 bhgn iaitu:
i. Memerangi musuh – kafir, musyrik & munafik – b’tjn utk melindungi org-org mukmin dan
agama Allah drpn serangan musuh.

ii. Memerangi kemungkaran dan menegakkan kebenaran – menegakkan agama Allah sama ada
dlm btk harta, kata-kata / nyawa.
- konsep al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahyu an al-munkar

iii. Memerangi hawa nafsu & syaitan.


jihad yg. besar & amat sukar.

Rumusan
 Islam m’bawa satu btk perjuangan (jihad) dgn m’gunakan senjata di medan perang,
pena 7 lisan di medan penerangan (dakwah) & kekuatan iman & semangat di medan
pembebasan diri & maruah.
TAMADUN INDIA

ZAMAN PRA SEJARAH


Zaman Batu Awal (Paleolitik)26
- 400,000 SM
- aktiviti pemburuan dan mengumpul makanan di tebing sungai.
Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik)
- aktiviti pertanian, menghiasi badan, konsep kehidupan selepas kematian.
Zaman Batu Baru (Neolitik)
- alat batu digilap, pertanian, penternakan, tembikar, penggunaan kayu dalam
pembinaan.

ZAMAN PROTOSEJARAH (Tamadun Indus)


Bermula 3,000 SM di Lembah Sungai Indus
Tinggalan arkeologi di Harappa (Montgomery, Punjab) dan Mohenjo-Daro (Larkana, Sind);
masyarakat Lembah Indus maju dlm pertanian, pertukangan dan organisasi, wujud
perdagangan antarabangsa (spt. Ke Mesopotamia).
Budaya Lembah Sungai Indus meliputi Punjab, Sind, utara Rajasthan dan Kathiawar.
Perancangan bandar: kota memiliki jalan yg lebar, lurus, rumah dibina dari batu, bekalan air
& sistem saliran yg baik.
Kajian tengkorak: 4 jenis ras di Mohenjo-Daro.
Kepercayaan; konsep Dewi Ibu & Dewa Shiva diamalkan- dalam bentuk patung & linga
(simbol rakaman cahaya agung)
Berakhir 1,500 SM –kedatangan orang Arya.

Zaman Vedik (1,500 –500 SM)


Kesan kedatangan orang Arya yang berasal dari Poland & Asia Tengah (Iran & Iraq).
Pertembungan dgn Budaya Tempatan membentuk Budaya Indo Arya (Budaya Vedik).
Mereka mencipta teks-teks agama (veda-veda) mengandungi mazmur agama.
Rig Veda (disusun 1200 –1000 SM)

EMPAYAR MAURYA (321-185 SM)


•Pengasas – Chandragupta Maurya –25 tahun – Puak Moriya.
•Imperalis; Indus, Ganges & barat laut India; penasihat: Kautalya @ Chanakya( buat
Arthasastra; teks pemerintahan).
•297 SM – Peluk Jainisme – serah takhta pd puteranya Bindusara.
•Asoka Piyadassi – takluki Kalingga –kemusnahan peperangan; peluk Buddha (konsep ahimsa
(tidak lakukan kekejaman).- Susun sistem Buddisme dlm Majlis Buddhis III bersidang di
Pataliputra (250 SM).
•Hantar utusan Buddhis ke Syria, Mecadonia, Cyrene, Epirus dan Ceylon( Putera Asoka;
Mahindra)

ZAMAN GUPTA (300-600 M)


•Digelar Zaman Klasik/keemasan; kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara India.
•Asal-keluarga tuan tanah menguasai arena politik.
•Antara pemerintah:
- Chandra Gupta II – gelaran Maharajadhiraja & vikramaditya.- Fa Hsein melawat India
(400-411); kutip teks & manuskrip Buddisme.
- Samudra Gupta –kekalkan ajaran hindu, konsep devaraja & asamedha.
- Kumara Gupta & Skanda Gupta – diserang ‘puak Hun/Huna’ – Raja pertama: Toramana –
Mihirakula membenci Buddhisme.

ZAMAN SANGAM (300-200 SM)


•Rekod kesusasteraan Sanggam mengambarkan wujud peperangan; ker. Chera di barat, Chola
di timur & Pandya di selatan
•Chola menguasai Ceylon Utara- kendali perdagangan laut India dgn Asia Barat &
Mediterranean.

•Dinasti Pallava kuasai negeri Tamil – raja digelar ‘kadavar’ – 3 zaman:


1) Pallava Awal- Raja Sivaskandavarman di Kanci rasmikan asvamedha, vajapaya & agnishtoma
2) Pallava Pertengahan
- penuh dgn peperangan tentang Gupta, Vakataka, Kadamba, Chalukya dan Chola
- pentingkan Buddha & Jain
3) Pallava Akhir
-zaman gemilang
-pemulihan Hindu oleh gerakan bhakti (mazhab Saivisme & Vaisnavisme) sbg agama rasmi
–Raja terkenal; Mahendravarman,Narasimhavarman, Rajasimhan & Nandivarman III

ZAMAN CHOLA (850-1200 M)


•Bertapak di tepi sg. Kaveri
•Perkukuh kedudukan (850);
– tawan Tanjore oleh Vijayalaya.
- bina kuil Dewi Durga (Nishumbhasudini).
•Menjadi kuasa Imperialis selama 350 tahun & menguasai seluruh India Selatan.
•Bina kuil, reklamasi tanah, tali air, sekolah & hospital.
•Perdagangan – dgn rantau Asia Tenggara.
•Raja-raja menganut Hindu dan menyebarkan mazhab Saivisme & Vaisnavisme- bina matha &
latihan menyanyikan Tirupadiyam di kuil.
•Wujud toleransi agama – Hindu & Buddha.
SEJARAH ZAMAN PERTENGAHAN (1000-1756)

ZAMAN MUSLIM
•Greek, Scythia, Parthia & Hun yg memerintah India telah diasimilasikan. Kumpulan Muslim
mengekalkan agama mereka.
•Penyebaran Islam ke India:
(I) Hubungan org Arab dgn kws pantai di India Selatan.
(II) Pemelukan selepas penaklukan Muslimin keturunan Turki, Afghan & Mongol.
•Serangan 1-Mahmud Ghaznih (1008-1026) & menawan Thanesar, Kanauj & Mathura.
•Serangan 2- Mahmud Ghauri (1191)- buka penempatan di India Utara.
•1206- Quth-ud-din Aibak, bentuk Kesultanan Delhi (Dinasti Hamba) setelah membunuh
Ghauri.
•Dinasti-Dinasti Muslim Di India:
- Dinasti Hamba (1206-1290)
- Dinasti Khilji (1290-1320)
- Dinasti Tughluq (1320-1412)
- Dinasti Sayyid (1412-1450)
- Dinasti Lodi (1451-1526)
- Babur (Mongol) mengasaskan dinasti Mongul (1526- penguasaan British)
•Akhbar – pemerintah turki termasyhur- menjalin hubungan baik dgn penganut Hindu, lantik
dlm pentadbiran, hapuskan jizyah, pulihkan tempat suci Hindu, galakkan penterjemahan
Veda-Veda, Ramayana & Mahabratha, perkenalkan Din-l-ilahi (menyatukan penganut Hindu &
Islam).
•Raja-raja akhir; Jahangir(1605-1627), Shah Jahan(1628-1658) & Aurangzeb(1658-1707);
kurang bertoleransi. Berdepan dgn penentangan kumpulan Maratha, Peshwa, Sikh & Rajput.

ZAMAN MODEN
•Portugis takluki Goa (1510), Belanda (1602), Perancis (1664).
•British (1612) & dasar penaklukan (1750).
•Kurun 19- Kesedaran Kebangsaan org India – Tokoh: Brahma Samaj + Raja Ram Mohan Roy.
•Pemulihan agama Hindu; pertubuhan Arya Samaj, Ramakrishna Mission, Brahma Samaj &
Prarthana Samaj.
•Politik- Mahatma Gandhi tubuh Indian National Congress (1885), Liga Muslim
•1947- England berundur dan India terbahagi 2;
1) India (Hindu)
2) Pakistan Muslim

TAMADUN INDIA: MASYARAKAT & BUDAYA


Masyarakat; 2 golongan:
1) Indo Arya – utara India
2) Dravidia - Selatan
Pertembungan budaya utara-selatan; budaya India bersama.

You might also like