You are on page 1of 3

VIETNAM

Sistem feudal Dalam sistem feudal, raja menjadi tuan tanah. Tanah dibawah kuasanya dibahagikan dan diletakkan di bawah kawalan seorang pembesar yang dilantik oleh raja. Sebagai balasan, raja boleh meminta bantuan dari pembesar ini. Pembesar ini memberi bantuan kepada raja dari segi ekonomi, ketenteraan dan sebagainya. Sistem ini bergantung kepada hubungan antara raja dan bangsawan. Petani tidak mempunyai sebarang hak. Dari segi struktur, sistem feudal merupakan satu pyramid, golongan bangsawan menjadi tali penghubung di antara raja dengan rakyat. Walaupun dari segi struktur sistem sosial adalah berbeza di antara negara, tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri yang sama di antara negara-negara ini, seperti : 1. Raja/Maharaja memerintah kawasan yang lebih kecil daripada kawasan tadbiran pembesar. Pembesar ini boleh diwarisi kecuali di Vietnam. 2. Raja atau maharaja mempunyai kuasa penuh. 3. Raja atau maharaja menguasai dalam agama, upacara adat-istiadat. 4. Pembesar mempunyai gelaran yang berbeza mengikut kekayaan mereka. Pembesar ini ada pengikutnya yang setia. Mereka sendiri pula harus taat setia kepada raja dan beri bantuan kepada raja jika perlu. 5. Negara dibahagikan kepada beberapa jajahan.

Pembesar di Vietnam
Pengenalan 1. Sistem pembesar di Myanmar dan Vietnam diwujudkan membantu raja dalam pemerintahan. 2. Golongan ini menduduki lapisan kedua selepas raja dalam sistem feudal. 3. Pembesar ini mempunyai kuasa terhad dan sentiasa diawasi oleh pihak istana. 1. Sistem pembesar di Vietnam 1. Sebelum kedatangan Perancis ke Indo-China, negeri-negeri di Indo-China ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan. 2. Semasa pemerintahan maharaja Gia-Long, golongan mandarin yang mengetuai setiap birokrasi di Vietnam. 3. Golongan mandarin ini dipengaruhi oleh system pentadbiran di Negara China, mereka dipilih melalui peperiksaan awam dalam bidang bahasa dan klasik, Confucius. 4. Golongan mandarin mengetuai kementerian (Quan-quan). 5. Terdapat enam kementerian (quan) di mana Quan Awam mempunyai taraf yang lebih tinggi. 6. Golongan mandarin bertindak sebagai pembesar dan mempunyai kedudukan istimewa dalam

system pentadbiran awam. 7. Terdapat pembesar di peringkat daerah. Tanggungjawab mereka seperti mengutip cukai, kendalikan urusan kehakiman, melatih anggota tentera dan menjalankan upacra keagamaan serta adapt istiadat. 8. Pembesar paling bawah adalah pembesar peringkat kampong yang mengendalikan urusan pentadbiran kampong.

Hierarki sosial masyarakat tradisional di Vietnam sebelum campur tangan barat. Pendahuluan 1. Umumnya masyarakat di Asia Tenggara pada awalnya mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. 2. Sistem feudal membawa maksud satu bentuk kerajaan yang hanya dijalankan oleh individu tertentu yang bebas dari kawalan kerajaan pusat 3. Hierarki sosial masyarakat dalam sistem feudal adalah berbentuk piramid.

VIETNAM 1. Sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat 2. Hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan cendikiawan (quan atau mandarin) dan petani 3. Golongan cendikiawan mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat Vietnam, kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas maharaja 4. Golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan ajaran Confucius 5. Rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam berpeluang menjadi pegawai tinggi awam 6. Golongan bangsawan tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam kesan daripada pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan pengaruh politik golongan bangsawan dan keluarga diraja 7. Golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana mereka menjalankan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah Kesimpulan Sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Asia dimansuhkan setelah berlakunya imperialisme kuasa barat pada abad ke 19 dan awal abad ke-20.

Kegiatan ekonomi saradiri masyarakat tradisional Vietnam sebelum kedatangan barat. Pengenalan Penduduk Filipina dan Vietnam mengamalkan ekonomi saradiri sebelum kedatangan kuasa barat. Mereka menjadikan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama. Kegiatan ekonomi saradiri yang dijalankan hanya untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga dengan menggunakan kaedah tradisional. Hasil yang diperolehinya sangat sedikit dan hanya mampu menampung keperluan keluarga. 1. Kegiatan pertanian merupakan sumber ekonomi utama mereka. Tanaman utama yang diuasahakan adalah padi.Penanaman padi sawah bergantung kepada kesuburan tanah di sepanjang lembah Mekong dan lembah Sungai Koi. Penggunaan baja daripada najis haiwan begitu diaplikasikan. 2. Masyarakat Filipina telah membina parit dan taliair untuk mengairi kawasan sawah padi dan mengawal banjir dari Sg. Mekong daripada memusnahkan kawasan pertanian. 3. Masyarakat turut mengusahakan pertukangan tangan, antaranya seperti tembikar dan anyaman. 4. Kegiatan perdagangan kecil-kecilan juga diusahakan. Rakyat Vietnam telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan orang Cina di sempadan kedua dua Negara. Terdapat banyak jong-jong Cina di pelabuhan Vietnam.

You might also like