You are on page 1of 21

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHIM

PETI SURAT 131 89057 KUDAT SABAH

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN: Meningkatkan Kemahiran Murid Dalam Topik Graf Menggunakan Kaedah Demonstrasi /Tunjuk Cara DISEDIAKAN OLEH: PANITIA GEOGRAFI

ABSTRAK Kajian tindakan ini memfokus kepada kaedah demonstrasi dan tunjuk cara dalam membantu pelajar menguasai tema Kemahiran Geografi yan mengkhusus kepada bab graf. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan 1 DB di SMK Abdul Rahim Kudat kerana pelajar kelas tersebut masih kurang mahir untuk menguasai pembelajaran dalam tema kemahiran geografi bab graf dan sering mendapat markah rendah dalam latihan yang diberikan oleh guru. Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah bagi membantu pelajar mengetahui cara pengumpulan data untuk membuat sesuatu graf. Ini kerana, graf adalah asas dalam kajian geografi di masa akan datang. Dalam kajian ini, penyelidik memilih Model Lingkaran Kemmis dan McTaggart sebagai panduan di mana model ini mengandungi empat elemen utama iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada soal selidik dan ujian pra dan pasca.

1.0

LATAR BELAKANG Subjek geografi merupakan subjek yang mana kandungannya adalah berdasarkan fakta. Hal ini menyebabkan pelajar sukar untuk memahami subjek geografi dengan baik dan memberi penumpuan di dalam kelas. Ini juga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mempelajari subjek geografi serta beranggapan bahawa subjek geografi memang susah untuk dipelajari dan difahami. Persepsi sebegini membuatkan pelajar hilang semangat dan motivasi dalam pembelajaran. Masalah ini merupakan satu cabaran besar kepada guru yang mengajar matapelajaran geografi di samping menarik minat pelajar mempelajari subjek tersebut. Ia memerlukan usaha dan melibatkan pemikiran teknik pengajaran yang menarik dan berkesan serta mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang mana lebih berfokus kepada teknik pengajaran yang berpusatkan pelajar. Melalui teknik tersebut, pelajar dapat menjalankan proses pembelajaran sendiri, menemukan sendiri, secara berkelompok seperti bermain, maka menjadi senang, sehingga tumbuhlah minat untuk belajar, khususnya dalam belajar matapelajaran geografi. Penggunaan kaedah tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah syarahan didapati tidak dapat menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Kemahiran Geografi terutama dalam bab Graf. Oleh itu, satu kaedah yang dapat menarik perhatian pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik ini perlu dilaksanakan. Bahan pengajaran yang melibatkan penyertaan pelajar secara langsung perlu diperbanyakkan kerana biasanya aktiviti secara fizikal dan dipraktikkan sendiri lebih mudah diingati. Guru juga perlu memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat sebagai pemangkin bagi menarik minat pelajar dan mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

1.2

Permasalahan kajian Pelajar tingkatan 1DB masih kurang mahir untuk menguasai pembelajaran dalam bahagian kemahiran geografi topik Graf . Ini kerana pelajar dalam kelas ini adalah di kalangan pelajar yang memperolehi keputusan peperiksaan UPSR yang rendah dan lemah. Oleh itu, mereka sukar untuk memahami sepenuhnya apa yang dipelajari berkaitan geografi sewaktu dalam kelas terutama dalam bab-bab awal pengenalan geografi (Kemahiran Geografi).

1.3

Rasional Kajian Rasional kajian ini dijalankan kerana majoriti pelajar tingkatan 1 DB mendapat markah yang rendah dan gagal dalam setiap latihan yang diberikan oleh guru di dalam kelas.

1.4

Objektif Objektif Umum: a) Membantu pelajar mengetahui asas kepada kemahiran geografi Objektif Khusus: a) Membantu pelajar menguasai topik graf b) Mempermudahkan cara untuk mengingat fakta berkaitan topik c) Membantu pelajar mengetahui penggunaan graf dalam geografi

2.0

LITERATUR KAJIAN Mc Niff (1988) mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalanamalan mereka sendiri serta kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan yang kurang berkesan. Lomax (1994) pula menegaskan konsep yang sama dengan McNiff apabila beliau menegaskan bahawa kajian tindakan adalah penyelidikan pendidikan (educational research) dan ia berbeza dengan penyelidikan dalam pendidikan (research in education) kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya serta profesionnya. Lomax juga menegaskan bahawa kajian tindakan adalah dasar yang penting untuk inovasi pendidikan sebab kajian tindakan merupakan kaedah yang membolehkan guru melakukan inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Pendek kata, kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan guru sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan guru. Dalam usaha menyelidik, guru melakukan inovasi dan perubahan secara refleksi dan inkuiri. Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Rollo (2002), membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah kehilangan minat dan mempunyai pencapaian yang rendah dalam subjek geografi kerana mereka gagal untuk mengingat kembali maklumat yang penting. Selain itu, beliau juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan jangka pendek. Mengikut Eee Ah Ming (1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala masih diamalkan oleh guru untuk mengajar subjek Geografi. Keadaan ini mengakibatkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan menyebabkan pencapaian dalam subjek geografi pelajar merosot. Hal ini adalah

disebabkan peranan pelajar dalam kelas adalah pasif dan keadaan ini menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar subjek geografi. Menurut Esah, 2004 pengajaran berpusatkan bahan iaitu pengajaran yang lebih menumpukan kepada penggunaan bahan pembelajaran oleh pelajar merupakan teknik pengajaran yang berkesan. Peranan guru sebagai pembimbing sahaja dan pelajar berinteraksi dengan bahan untuk memahami dan menguasai sesuatu kemahiran. Bahan itu terdiri daripada komputer dan lain-lain. Pada keseluruhannya, pelajar berdikari dalam pembelajarannya, iaitu tidak terlalu bergantung pada guru dan banyak berinteraksi dengan bahan pembelajaran.

3.0

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Sampel Kajian Kajian ini melibatkan seramai 10 orang pelajar 1DB di SMK Abdul Rahim yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai tahap pencapaian berlainan.

3.2

Rekabentuk Kajian (Model) Kajian ini memilih Model Lingkaran Kemmis dan McTaggart, 1988

sebagai panduan dalam menjalankan kajian tindakan ini. Model ini mengandungi empat elemen utama iaitu, perancangan (Plan), tindakan (action), pemerhatian (observe), refleksi (Reflect).

Rajah 1: Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart, 1988

3.3

Instrumen Kajian

Kaedah pengutipan data yang digunakan: a) Temu Bual Temu bual yang dijalankan adalah ringkas dan bertujuan untuk memberi gambaran awal kepada guru tentang pengetahuan pelajar dan meninjau minat pelajar dalam subjek geografi. Di samping itu, melalui temu bual ini juga dapat mengesan tentang kefahaman pelajar mengenai tema Kemahiran Geografi.

b) Ujian Pra dan Ujian Pasca Guru akan menyediakan satu set soalan ujian pra dan pasca pembelajaran untuk menilai tahap penguasaan pelajar dalam topik ini. Ujian pra dijalankan sebelum pendekatan kaedah ini dijalankan. Ini dapat membantu guru mengenal pasti kelemahan dan masalah pelajar dalam topik Kemahiran Geografi. Manakala ujian pasca pula dijalankan setelah guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi atau tunjuk cara dilakukan. ujian ini dilakukan bagi memastikan penggunaan kaedah demonstrasi ini adalah berkesan atau sebaliknya. Selain itu, ia dapat membantu guru meneliti kelemahan, tindakan justeru melakukan untuk perancangan serta kaedah melaksanakan pembelajaran selanjutnya memperbaiki

sehingga mencapai matlamat.

4.0

KITARAN PELAKSANAAN KAJIAN Merancang: Dalam proses merancang aktiviti, sumbang saran wajar dilakukan terhadap jenis aktiviti P&P, alat bantu mengajar, persediaan guru, strategi pelaksanaan, peraturan pelaksanaan, latihan yang disediakan, langkah-langkah pemerhatian dan alat mengutip data. Dalam kajian ini, guru akan menjalankan satu ujian pra kepada pelajar tingkatan 1 DB untuk menguji kefahaman awal mereka tentang topik Kemahiran Geografi. Melalui keputusan ujian yang diterima, guru dapat mengenalpasti bahawa pelajar-pelajar dalam kedua-dua kelas masih lemah dalam menguasai matematik dalam dan bab-bab banyak dalam topik bermain kemahiran geografi yang terutama dalam bab Graf. Ini mungkin diakibatkan oleh bab ini lebih berbentuk yang nombor. Seperti diketahui, pelajar-pelajar dari kelas 1 DB ini adalah dikalangan pelajar lemah menguasai sesuatu pembelajaran berdasarkan keputusan UPSR mereka yang rendah. Tindakan: Setelah aktiviti P&P dirancang dengan teliti, langkah

seterusnya ialah bertindak iaitu melaksanakan aktiviti di bilik darjah. Walaupun aktiviti dirancang berdasarkan analisis data yang telah dikutip, keberkesanan aktiviti belum dapat dipastikan. Aktiviti dijalankan melalui proses 'cuba-cuba' (trial and error). Ini bermakna, masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki. Sekiranya pelaksanaan peringkat pertama tidak berjaya, aktiviti yang dirancang itu perlu diperbaiki atau diubahsuai dan dilaksanakan dalam pelajaran seterusnya. Proses cuba-cuba dilaksanakan berterusan sehingga berlaku perubahan iaitu pencapaian murid meningkat ke tahap yang lebih baik daripada masa lepas. Dalam kajian ini, guru akan menggunakan kaedah demonstrasi atau tunjuk cara dalam membantu pelajar dalam menguasai bab Graf ini. LANGKAH 1 Sebagai permulaan, guru memberikan contoh bagaimana untuk membuat graf berdasarkan maklumat yang telah diberikan. Maklumat dikumpul berdasarkan pelajar 1DB sendiri. Ini membolehkan mereka faham kerana graf yang ingin mereka bina adalah berdasarkan diri mereka sendiri.

Cara Pelajar Datang Ke Sekolah Kereta Bas Sekolah Motosikal Basikal Jalan Kaki

Bilangan Pelajar

Jadual 1: Cara Pelajar 1DB SMK Abdul Rahim Datang Ke Sekolah Berdasarkan jadual yang telah diberikan seperti di atas, guru akan memulakan sesi pengumpulan maklumat dengan bertanya kepada pelajar cara-cara mereka datang ke sekolah. Kaedah pengumpulan data seperti ini juga tersenarai dalam buku teks di mana terdapat juga kaedah-kaedah lain seperti: 1. Temubual 2. Soal selidik 3. Rujukan perpustakaan 4. Melawat ke tempat kajian 5. Pemerhatian Guru meminta pelajar mengangkat tangan bagi sesiapa yang pergi ke sekolah mengikut urutan seperti yang telah disediakan dalam jadual bermula dari pelajar yang menggunakan kereta, bas sekolah, motosikal, berbasikal dan berjalan kaki. Apabila sesi temubual selesai dijalankan, data yang diperolehi adalah seperti di jadual bawah:

Cara Pelajar Datang Ke Sekolah Kereta Bas Sekolah Motosikal Basikal Jalan Kaki Jumlah

Bilangan Pelajar 11 6 5 3 15 42

Jadual 2: Cara Pelajar 1DB SMK Abdul Rahim Datang Ke Sekolah

Apabila data sudah lengkap dikumpul, guru menjelaskan kepada pelajar bahawa data yang telah lengkap tadi sudah bersedia untuk dijadikan bahan untuk membuat graf. Dalam kes ini, graf bar mudah akan digunakan mengikut sukatan pelajaran tingkatan satu. Proses seterusnya adalah penghasilan graf. Guru menerangkan kepada murid bahawa untuk menghasilkan sesuatu graf, beberapa perkara penting perlu dilakukan terlebih dahulu. Antara yang perlu diambil perhatian adalah tajuk graf, paksi X dan paksi Y, skala dan petunjuk. Keempat-empat perkara ini perlu ada dalam graf untuk membolehkan graf difahami oleh murid sendiri atau orang lain. Dengan berpandukan data yang telah diperolehi, graf yang terhasil adalah seperti berikut:

CaraPelajar 1D S Abdul RahimD B MK atang K S olah e ek


16 14 12 10 8 6 4 2 0

kereta bas sekolah m otosikal basikal jalan kaki

Graf 1: Cara Pelajar 1DB SMK Abdul Rahim Datang Ke Sekolah

Merujuk kepada graf 1 seperti yang ditunjukkan di atas, skala yang digunakan adalah 1cm = 2 orang pelajar. Terdapat 5 bar yang dilukis dalam graf yang mana setiap bar mewakili cara pelajar datang ke sekolah. Bar berwarna biru adalah cara pelajar datang dengan menaiki kereta sama ada dihantar oleh keluarga atau kawan, bar berwarna merah mewakili pelajar yang menggunakan bas sekolah, bar berwarna hijau mewakili pelajar yang dihantar menggunakan motosikal, bar berwarna ungu mewakili pelajar yang datang menggunakan basikal sendiri dan bar berwarna biru muda mewakili pelajar yang berjalan kaki yang terdiri daripada pelajar asrama dan pelajar yang tinggal berdekatan dengan sekolah. Kesemua bar-bar ini dijelaskan melalui petunjuk yang telah diberikan. Paksi Y di sebelah kiri graf berperanan sebagai tempat nombor untuk menunjukkan jumlah pelajar manakala paksi X di sebelah bawah graf berperanan sebagai tapak untuk melukis bar-bar mengikut pembolehubah yang dikehendaki. LANGKAH 2 Seterusnya, guru akan memadam graf yang telah dilukis tadi dan mengarahkan pelajar untuk membuatnya sendiri. Pelajar diminta datang ke hadapan kelas untuk melukis graf di papan putih berpandukan data yang telah sedia ada (jadual 2). Dengan cara ini, pelajar akan berusaha untuk membuat graf dengan cara seperti yang ditunjukkan oleh guru. Melalui kaedah ini, ia akan menjelaskan sama ada prinsip saya buat saya faham dapat dibuktikan keberkesanannya. Hampir kesemua pelajar berjaya membuat kembali graf seperti yang telah guru tunjukkan kepada mereka. Walau bagaimanapun, berkemungkinan besar pelajar menghafal bentuk gambaran graf yang telah guru lukiskan pada langkah 1. Untuk mengetahui sama ada pelajar benar-benar faham untuk membina graf, guru telah membuat langkah yang yang seterusnya.

LANGKAH 3 Dengan mengubahsuai sedikit data dalam jadual 2, guru mengarahkan para pelajar seramai 10 orang tadi untuk mencuba membuat graf berdasarkan data baru yang guru berikan. Di bawah ini adalah data yang telah diberikan kepada pelajar untuk mencuba kemahiran mereka dalam melukis graf. Cara pelajar datang ke sekolah Kereta Kereta Sewa Motosikal Basikal Jalan Kaki Jumlah Bilangan pelajar 10 5 5 2 15 37

Jadual 3: Cara Pelajar 1AB SMK Abdul Rahim Datang Ke Sekolah Guru memberikan masa selama 30 minit untuk 10 orang pelajar tadi bagi menyiapkan graf berpandukan data dalam jadual 3 yang diberikan. Sewaktu pelajar sedang membuat tugasan yang diberi, guru memeulakan pula kitaran ketiga iaitu pemerhatian. Pemerhatian: kerana sesuatu Pada peringkat atau pemerhatian, kenyataan penyelidik sebenarnya situasi

mengutip data. Data adalah sangat penting dalam mana-mana kajian rumusan tentang sesuatu berhubung dengan kajian hanya boleh dibuat dengan berlandaskan data. Penyelidikan dilakukan untuk mencari kebenaran. Data adalah bukti kepada kebenaran tentang sesuatu kajian. Sesuatu rumusan atau kenyataan yang dibuat tanpa berlandaskan data adalah merupakan andaian. Data boleh dikutip secara berpasukan melalui guru sebagai

penyelidik, murid dalam darjah yang terlibat atau rakan guru. Langkah pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya proses mengutip data berjalan dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang sebenar. Tentukan cara dan alat mengutip data sebelum pemerhatian dilakukan. Pada peringkat ini, guru akan mengumpul data dan menganalisis maklumat hasil daripada tindakan yang dilaksanakan. Guru membuat pemerhatian ketika mana para pelajar sedang cuba untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Guru memberikan tunjuk ajar secara bayangan atau hint kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan tersebut. Pemerhatian Awal Melalui pemerhatian awal yang dijalankan oleh guru, 70% daripada kesemua sampel pelajar 1DB yang diarah membuat graf dari data baru ini adalah faham dan dapat mengikuti cara seperti yang telah guru tunjukkan dalam sesi demonstrasi pada awal pengajaran. Guru memerhati secara rambang dari seorang murid ke seorang murid sewaktu mereka sedang membuat latihan yang diberikan. Pemerhatian Akhir Dan Dapatan Kajian Jadual-jadual di bawah ini menunjukkan ringkasan pemerhatian yang telah guru lakukan terhadap 10 orang sampel pelajar setelah tempoh masa selama 30 minit yang diberika tamat. Sampel pelajar #1. Perkara mengikut cara guru membuat graf membuat graf sendiri mengaplikasi demonstrasi ditunjukkan dengan latihan diberikan penguasaan topik sepenuhnya Sampel pelajar #2 Perkara Lemah Sederhan a Baik Lemah Sederhan a yang yang X X X X Baik

mengikut cara guru membuat graf membuat graf sendiri mengaplikasi demonstrasi ditunjukkan dengan latihan diberikan penguasaan topik sepenuhnya

X X yang yang X X

Sampel pelajar #3 Perkara mengikut cara guru membuat graf membuat graf sendiri mengaplikasi demonstrasi ditunjukkan dengan latihan diberikan penguasaan topik sepenuhnya Sampel pelajar #4 Perkara mengikut cara guru membuat graf membuat graf sendiri mengaplikasi demonstrasi ditunjukkan dengan latihan diberikan penguasaan topik sepenuhnya Sampel pelajar #5 Perkara mengikut cara guru membuat graf membuat graf sendiri mengaplikasi demonstrasi ditunjukkan dengan latihan diberikan penguasaan topik sepenuhnya Sampel pelajar #6 Perkara mengikut cara guru membuat graf membuat graf sendiri Lemah Sederhan a X X Baik Lemah Sederhan a yang yang X X X X Baik Lemah Sederhan a X yang yang X X X Baik Lemah Sederhan a X X yang yang X X Baik

mengaplikasi ditunjukkan

demonstrasi dengan latihan

yang yang

diberikan penguasaan topik sepenuhnya

Sampel Pelajar #7 Perkara mengikut cara guru membuat graf membuat graf sendiri mengaplikasi demonstrasi ditunjukkan dengan latihan diberikan penguasaan topik sepenuhnya Sampel pelajar #8 Perkara mengikut cara guru membuat graf membuat graf sendiri mengaplikasi demonstrasi ditunjukkan dengan latihan diberikan penguasaan topik sepenuhnya Sampel pelajar #9 Perkara mengikut cara guru membuat graf membuat graf sendiri mengaplikasi demonstrasi ditunjukkan dengan latihan diberikan penguasaan topik sepenuhnya Sampel pelajar #10 Perkara mengikut cara guru membuat graf membuat graf sendiri Lemah Sederhan a X X Baik Lemah Sederhan a X yang yang X X X Baik Lemah Sederhan a yang yang X X X X Baik Lemah Sederhan a X X yang yang X X Baik

mengaplikasi ditunjukkan

demonstrasi dengan latihan

yang yang X

diberikan penguasaan topik sepenuhnya

Refleksi: Di peringkat refleksi, guru cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses P&P berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa menjalankan kajian, guru cuba menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan P&P serta reaksi guru dengan murid semasa kajian dilakukan. Kajian yang dilakukan terhadap 10 orang sampel murid dari kelas 1 DB ini telah memberikan gambaran baru kepada guru tentang pelajar-pelajar yang duduk dalam kelas hujung. Walaupun pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang ketika di peringkat peperiksaan UPSR, namun dengan bantuan dan kaedah pengajaran yang berkesan dapat membantu mereka untuk memahami sesuatu pembelajaran yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Pada akhir pemerhatian setelah pelajar selasai membuat tugasan yang guru berikan, ternyata pemerhatian awal tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menentukan tahap pengetahuan murid. Seperti contoh dalam kajian ini, di mana peringkat akhir kajian menunjukkan pencapaian murid yang menguasai pembelajaran bab graf ini adalah meningkat dari 70% dalam pemerhatian awal kepada 80% dalam peringkat pemerhatian akhir. Untuk mencapai tahap 100% penguasaan dalam bab ini memerlukan lagi kajian yang seterusnya. Dengan membuat Kitaran Kedua pada kajian yang akan datang diharap akan dapat membantu pelajar menguasai sepenuhnya tema kemahiran geografi bab graf ini.

5.0

Kesimpulan

Melalui kajian yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang dilebelkan lemah dalam pembelajaran seharusnya diberikan pendekatan yang berlainan dalam mengajar mereka. Mereka juga ingin menjadi yang terbaik sama seperti rakan-rakan mereka di kelas yang pertama. Tidak mustahil bagi mereka untuk menyaingi rakan mereka di kelas pertama apabila pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat diberikan oleh guru matapelajaran kepada mereka. Melalui kaedah yang digunakan dalam kajian ini seperti demonstrasi atau tunjuk cara dan menggalakan pelajar untuk terlibat sama deperti melukis graf di hadapan kelas dan memberikan pendapat akan dapat menghilangkan rasa malu dalam diri pelajar itu sendiri seterusnya mereka akan lebih meminatai sesuatu matapelajaran yang guru ajarkan sebagai contoh matapelajaran Geografi ini.

RUJUKAN Buku: Eee Ah Ming. 1997. Strategi Pengajaran Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Esah Sulaiman, 2004. Pengenalan Pedagogi. Universiti Teknologi Malaysia Lomax, P. 1994. Change and Educational Innovation: The Case for Action Research. Ucapan keynote yang disampaikan semasa International Conference on Innovation in Education: Universiti Sains Malaysia. Mc Niff, J. 1998. Action research: Principles and Practices. Second Edition. London: Mac Millan Publisher Ltd. Piara Singh, 2009. Geografi SPM, Esensi: Panduan Revisi untuk Sukses. Pearson Longman Rollo, M.C. 2002. Teaching Students To Think. Oxford: Basil Blackwell

Internet: Kertas Cadangan Kajian Tindakan: Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Matapelajaran Geografi Dengan Menggunakan Teknik Permainan (Geo Dam) http://www.scribd.com/doc/15974282/Kertas-Cadangan-Kajian-TindakanGroup-250509

LAMPIRAN JADUAL CARA PELAJAR 1AB SMK ABDUL RAHIM DATANG KE SEKOLAH

Cara pelajar datang ke sekolah Kereta Kereta Sewa Motosikal Basikal Jalan Kaki Jumlah

Bilangan pelajar 10 5 5 2 15 37

C AP L AR E AJAR1ABD ANG K S K AH AT E E OL
16 14 12 10 8 6 4 2 0 KRT E EA B IK AS AL K R T S WA E EA E JAL K I AN AK MOT IK OS AL

SKALA: 1CM = 2 ORANG

LAMPIRAN 3.1 Merancang Aktiviti Dalam proses merancang aktiviti, sumbang saran wajar dilakukan terhadap jenis aktiviti P&P, alat bantu mengajar, persediaan guru, strategi pelaksanaan, peraturan pelaksanaan, latihan yang disediakan, langkah-langkah pemerhatian dan alat mengutip data. Jawapan kepada pertanyaan yang dikemukan semasa sumbang saran hendaklah dikaitkan dengan analisis data. Sumbang saran membantu guru memahami mengapa sesuatu keputusan dibuat. Antara perkara yang boleh diberi perhatian apabila merancang aktiviti P&P ialah: Aktiviti boleh dilaksanakan oleh guru dan murid di bilik darjah. Penyelidik mempunyai otoriti atau bidang kuasa untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. Elak aktiviti yang bertujuan untuk mengubah amalan pihak lain yang berada di luar bilik darjah. Rancang aktiviti yang boleh melibatkan murid sepenuhnya. 3.2 Bertindak Setelah aktiviti P&P dirancang dengan teliti, langkah seterusnya ialah bertindak iaitu melaksanakan aktiviti di bilik darjah. Walaupun aktiviti dirancang berdasarkan analisis data yang telah dikutip, keberkesanan aktiviti belum dapat dipastikan. Aktiviti dijalankan melalui proses 'cuba-cuba' (trial and error). Ini bermakna bahawa masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki. Sekiranya pelaksanaan peringkat pertama tidak berjaya, aktiviti yang dirancang itu perlu diperbaiki atau diubahsuai dan dilaksanakan dalam pelajaran seterusnya. Proses cuba-cuba dilaksanakan berterusan sehingga berlaku perubahan iaitu pencapaian murid meningkat ke tahap yang lebih baik daripada masa lepas. Murid adalah pihak yang turut terlibat secara aktif dalam kajian. Mereka bukan sahaja melaksanakan aktiviti tetapi juga membantu guru mengutip data tentang perkembangan proses P&P berkaitan dengan aktiviti yang dilaksanakan. Dalam konteks ini adalah wajar bagi guru memaklumkan kepada murid tentang kajian itu supaya mereka dapat memainkan peranan untuk bersamasama menjayakan penyelidikan itu. 3.3 Pemerhatian Apakah yang dimaksudkan dengan pemerhatian dan apa pula perkara-perkara yang diperhati? Pada peringkat pemerhatian penyelidik sebenarnya mengutip data. Data adalah sangat penting dalam mana-mana kajian kerana sesuatu rumusan atau kenyataan tentang sesuatu situasi berhubung dengan kajian hanya boleh dibuat dengan berlandaskan data. Penyelidikan dilakukan untuk mencari kebenaran. Data adalah bukti kepada kebenaran tentang sesuatu kajian. Sesuatu rumusan atau kenyataan yang dibuat tanpa berlandaskan data adalah merupakan andaian. Data boleh dikutip secara berpasukan melalui guru sebagai penyelidik, murid dalam darjah yang terlibat atau rakan guru. Langkah pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya proses mengutip data berjalan dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang sebenar. Tentukan cara dan alat mengutip data sebelum pemerhatian dilakukan. Maklumkan juga kepada pihak yang terlibat dalam mengutip data iaitu murid dan rakan guru, perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa mengutip data. 3.4 Merenung Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses P&P berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa merenung penyelidik cuba menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan. Selain daripada menghuraikan proses P&P, gurujuga boleh menyelami perasaannya sendiri tentang kesulitan, kejayaan, kelemahan, keseronokan, keinsafan dan sebagainya setelah melaksanakan kajian.

You might also like