You are on page 1of 16

GALERI TOKOH

Ibn Khaldun
(1332-1406M)

• Berasal dari Tunisia. Nama sebenarnya ialah Abd Rahman Ibn Muhammad
• Nama popularnya ialah Ibn Khaldun manakala nama intelektualnya Wali al-Din
yang merujuk kepada jasa dan peranannya sebagai Guardian of the Religion
• Pernah menjadi Setiausaha kepada beberapa orang Sultan Maghribi. Mengetuai
delegasi Sultan Muhammad V, Granada, bagi memeterai perjanjian damai
dengan pemerintah Kristian di Seville, Sepanyol pada tahun 1362 M..
• Pernah menjadi perdana menteri kepada Sultan Abu Abdullah di Bougie. Beliau
juga pernah dilantik menjadi ketua kadi Mazhab Maliki di Mesir.
• Merupakan pemikir yang unggul, sejarawan dan ahli sosiologi Islam. Pernah
menjadi pensyarah dan profeSsor di Universiti al-Azhar dan beberapa universiti
lain.
• Menganggap bahawa kehidupan bandar ialah kehidupan bertamadun.
• Penulisannya banyak berasaskan pengalaman sebenar yang dilaluinya
• Menganalisis konsep tamadun secara analitikal. Cuba membandingkan
kehidupan bandar serta menyentuh tentang pembentukan dan kejatuhan
sesebuah dinasti atau kerajaan.
• Karyanya Muqaddimah membandingkan ciri-ciri peradaban rendah (primitif atau
desa) dengan peradaban tinggi yang berpusat di bandar.

Hammurabi

• Memerintah dari tahun 1792-1750 S.M.. Berasal daripada keturunan Amorite.


• Merupakan raja keenam Dinasti Babylon.Membina banyak negara kota.
• Berjaya menyatukan seluruh Lembah Tigris dan Euphrates di bawah satu
pemerintahan. Menjadi raja seluruh Mesopotomia.
• Zaman pemerintahannya merupakan kemuncak kegemilangan tamadun purba
Mesopotamia. Pada zaman pemerintahannya, berlaku dasar perluasan kuasa,
kemajuan bidang sains, perkembangan bidang matematik dan perkembangan
ekonomi.
• Sumbangannya yang paling berharga ialah Kod Undang-Undang Hammurabi
yang dianggap set undang-undang terawal dunia. Mengandugi 280 penghakiman
yang meliputi undang-undang awam dan jenayah.
• Taktik peperangan baru diperkenalkan iaitu penggunaan kereta kuda secara
meluas.
• Kebajikan tentera diambil berat. Golongan tentera dikurniakan binatang dan
tanah yang tidak boleh dipindah milik.
Imhotep

• Seorang saintis, ahli fizik, arkitek.


• Penasihat kepada Firaun Djoser.
• Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu
bata.
• Merupakan pengamal ilmu perubatan.
• Disamakan dengan dewa penyembuh iaitu Dewa Aslepius.
• Pengarang buku sains dan sastera.
• Mengilhamkan pembinaan piramid Sakkara yang merupakan piramid yang
tertua dan binaan batu yang pertama di dunia.

Shih Huang Ti

• Lahir pada sekitar tahun 259 S.M.. Nama asalnya ialah Raja Chen.
• Merupakan pengasas Dinasti Chin. Tempoh pemerintahannya 226-210 S.M..
• Peranan utamanya adalah menyatukan wilayah geografi dan meluaskan jajahan
takluk China seperti yang wujud pada hari ini.
• Mengarahkan pembinaan Tembok Besar China bagi mengelakkan serangan
orang barbar.
• Menghapuskan sistem feudal dan mengukuhkan sistem kerajaan pusat. Beliau
menggantikan sistem wilayah yang diperintah oleh kaum bangsawan dengan
sistem provinsi.
• Mengamalkan sistem undang-undang yang ketat berasaskan fahaman
legalisme.
• Buku-buku Confucius dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang
diamalkan olehnya.
• Hanya buku yang berguna seperti buku perubatan, istiadat dan pertanian serta
rekod sejarah Chin sahaja yang tidak dimusnahkan.
• Mengarahkan tentera supaya merampas alat-alat senjata di setiap rumah supaya
tidak berlaku penentangan. Sarjana yang tidak akur perintahnya akan ditanam
hidup-hidup.
• Golongan yang bersubahat akan dihukum. Sesiapa yang membincangkan
falsafah daripada buku-buku fahaman Confucius dan Tao akan dibunuh di
khalayak ramai.
• Mengebumikan 460 orang yang berfahaman Confucius di ibu kota Sien Yang.
Julius Caesar

• Lahir pada tahun 100 S.M.. Terkenal sebagai ketua tentera yang handal dan
negarawan yang pintar. Beliau berjaya menjadikan Rom sebagai kuasa yang
hebat dan digeruni.
• Terkenal dengan kata-kata veni, vedi dan vinci (aku datang, aku lihat dan aku
takluk). Pada zamannya, empayar Rom meliputi Macedonia, Yunani, Syria,
Mesir, Gaul (Perancis) dan puak-puak Jerman.
• Mengasaskan sekolah yang dinamakan School Of The Druids yang bertujuan
untuk menarik golongan muda meneruskan pendidikan sehingga berusia 20
tahun.
• Kalendar Rom diubah suai menjadi kalendar Gregoria yang menjadi asas
kalendar Masihi yang kita gunakan hari ini. Nama bulan Julai diambil sempena
nama Julius Caesar.
• Pada tahun 62 S.M. beliau telah dilantik menjadi praetor (pemerintah tentera).
Pada tahun 59 S.M. beliau menjadi seorang konsul.
• Mengisytiharkan dirinya sebagi diktator setelah mengalahkan Jeneral Pompei.
• Dibunuh pada tahun 44 S.M. oleh penyokong Jeneral Pompei.

Alexander The Great


(356 – 323 S.M.)

• Menaiki takhta pada tahun 336 S.M.. Merupakan salah seorang jeneral yang
agung dan mempunyai tanah jajahan yang luas yang meliputi tiga benua iaitu
Eropah, Afrika dan Asia.
• Setiap kali beliau meluaskan empayarnya, beliau telah membuka jalan baru
yang menggalakkan perdagangan antarabangsa. Hal ini dapat mewujudkan
pasaran ekonomi yang lebih luas.
• Pernah menjadi anak murid kepada ahli falsafah Yunani iaitu Aristotle.
• Menjadi raja apabila ayahnya Philip ll dari Macedonia meninggal dunia.
• Mengepalai gabungan tentera Macedonia dan Yunani menakluk empayar
Parsi.
• Merupakan perancang strategi yang bijak dan tidak pernah tewas dalam
sebarang pertempuran yang ditempuhinya.
• Zaman pemerintahannya memperlihatkan penyebaran dan perkembangan
kebudayaan Hellenistik yang mengadunkan budaya Yunani dengan budaya
Timur.
• Beliau meninggal dunia ketika berusia 33 tahun disebabkan mengidap malaria.


Augustus Caesar

• Beliau merupakan anak saudara Julius Caesar dan merupakan pengasas


empayar Rom.
• Memerintah seperti diktator setelah berjaya mengalahkan tentera pimpinan
Anthony yang bergabung dengan tentera Mesir di bawah Cleopatra dalam
Peperangan Actium.
• Berjaya mewujudkan sistem pemerintahan berdasarkan warisan.
• Pada zamannya empayar Rom meliputi Britain, Sepanyol, kawasan Sungai
Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Mecedonia,
sebahagian Turki dan Palestin
• Memperkenalkan pasukan tentera yang bergelar Praetorian Guard.
• Aktiviti perdagangan sangat pesat pada zaman pemerintahan beliau.
• Zaman pemerintahannya merupakan permulaan zaman Keamanan Agung (Pax
Romana) yang berlangsung selama 200 tahun.
• Memulakan penggunaan mata wang syiling. Perdagangan Rom menjadi semakin
maju.
• Bulan Ogos yang digunakan pada hari ini dinamakan bersempena nama
Augustus Caesar.

Socrates
(470 – 399 S.M.)

• Digelar Bapa Falsafah Barat dan juga dianggap sebagai Bapa Falsafah Dunia.
• Mencintai falsafah dan sering membincangkannya dengan sahabat dan
pengikutnya. Pakar dalam perbincangan melalui soal jawab.
• Percaya bahawa pengetahuan boleh dicapai melalui urutan soal jawab (kaedah
dialektik)
• Kebijaksaan hendaklah berasaskan kepada pengakuan terhadap kealpaan
sendiri.
• Berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia.
• Beliau menekankan pendidikan budi pekerti.
• Satu sikap beliau yang amat unik ialah suka berjalan-jalan di sekeliling kota
setiap hari bagi melihat dan mempelajari tingkah laku manusia.
• Soalan yang akan ditanya ialah tentang cinta, keberanian, peperangan,
keindahan, kesenian dan pertukangan.
• Dituduh merosakkan pemikiran masyarakat oleh Dewan Perhimpunan. Hal
ini kerana beliau mempersoalkan kewujudan dewa-dewi yang merupakan
kepercayaan masyarakat Athens ketika itu.
• Beliau dijatuhkan hukuman bunuh dengan cara meminum racun.
• Antara anak muridnya termasuklah Plato.
Plato
(427 – 347 S.M.)

• Maklumat tentang Socrates wujud dalam tulisannya.


• Merupakan anak murid Socrates dan Aristotle.
• Menitik beratkan bidang ilmu.
• Manusia dijadikan oleh Tuhan dengan kebolehan tertentu untuk mempelajari
sesuatu.
• Menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates.
• Falsafah Plato ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang
diperintah oleh ahli falsafah.
• Mengasaskan akademi falsafah di Athens yang kekal selama 1000 tahun.
• Mendirikan Lyceum.
• Menghasilkan karya seperti Apology, Crito, Republic dan Phaedo.

Aristotle
(384 – 382 S.M.)

• Dilahirkan di Stageira iaitu wilayah Andros di Makadunia.


• Bapanya Nicomachus adalah doktor kepada Raja Amyntas lll yang memerintah
Makadunia.
• Pelajaran awal yang diterimanya adalah tentang ubat-ubatan dan biologi
daripada bapanya.
• Anak murid kepada Plato dan pernah menuntut di Academy, institusi yang
ditubuhkan oleh Plato.
• Merupakan ahli falsafah yang berpengaruh. Digelar Encyclopedia kerana sangat
pintar dan mempunyai pelbagai pengetahuan.
• Digelar Bapa Logik. Menyarankan supaya kita berfikir secara teratur, tepat dan
berdasarkan hubungan sebab dan akibat.
• Anak muridnya yang terkenal ialah Iskandar Zulkarnain.
• Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logik, metafizik, etika, politik, fizik,
sains tabii, astronomi dan geologi.
• Menubuhkan institusi sains yang terkemuka ketika itu iaitu Lyceum.
• Menghasilkan karya seperti Politics yang menyarankan agar manusia
mengamalkan kesederhanaan dalam hidup.
Pythagoras
(580 – 500 S.M.)

• Berbangsa Greek dan dilahirkan di kepulauan Samos di luar pantai Asia Kecil.
• Meninggalkan tempat kelahirannya menuju ke Croton di selatan Itali kerana
melarikan diri daripada penindasan kerajaan Polycrates.
• Merupakan tokoh ilmuan Yunani yang terkenal.
• Beliau juga merupakan pemimpin agama dan ahli falsafah Yunani yang
bertanggungjawab memulakan kemajuan penting dalam sejarah matematik,
astronomi dan muzik.
• Menekankan bahawa aspek penting dalam kehidupan ialah latihan budi pekerti
yang baik.
• Berpendapat keadaan harmoni harus berada di mana-mana sahaja di dunia.
• Mempelajari matematik Mesir dan Babylon. Mengasaskan gerakan saintifik
• Sumbangan beliau dalam geometri ialah Teorem Pythagoras yang menjelaskan
bahawa keluasan segi empat pada satu segi tiga tepat adalah bersamaan
dengan keluasan dua segi empat yang terletak bertentangan dengannya
• Dikenali dengan motonya iaitu “all things are numbers”
• Memberikan nilai istimewa kepada angka 1, 4 dan 10
• Angka 1 merupakan permulaan semua angka.
• Angka 4 paling sempurna dan berkaitan dengan roh dalam tubuh badan
manusia.
• Angka 10 dianggap paling agung kerana merupakan ulangan bagi angka-angka
sebelumnya.

Hippocrates

• Dilahirkan pada tahun 460 S.M. di Pulau Cos. Berasal daripada keluarga yang
mengamalkan profesion perubatan.
• Dikenali sebagai Bapa Perubatan. Namanya dikenang kerana kaitannya dengan
profesion perubatan moden.
• Sumpah Hippocrates (Hippocrates Oath) menyatakan tentang peraturan yang
harus diikuti oleh para doktor.
• Dianggap pakar dalam bidang anatomi dan digelar Bapa Anatomi.
• Merumuskan bahawa otak manusia adalah pusat sistem saraf.
• Orang pertama yang membuktikan bahawa salur darah manusia mengandungi
darah dan bukannya angin seperti yang dipercayai sebelum itu.
• Berjaya menghasilkan 70 buah buku (Koleksi Hippocrates) yang meliputi bidang
perubatan.
Confucius/Kung Fu-tze
(551 – 479 S.M.)

• Lahir pada sekitar tahun 551 S.M.. di negeri Lu di Shantung.


• Mengikut cerita lagenda, kelahiran Confucius telah diramalkan dengan
munculnya seekor haiwan lagenda China, Ch’l Lin.
• Ch’l Lin dikatakan membawa sekeping batu jed di dalamnya mulutnya yang
terukir kata-kata yang berbunyi “seorang anak sesuci hablur akan lahir lalu
meneruskan pemerintahan Dinasti Chou dan menjadi raja tanpa kerajaan”.
• Ketika dilahirkan, ibunya Chiang Tsai berusia 15 tahun dan bapanya berusia 70
tahun.
• Bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 3 tahun. Dibesarkan oleh ibunya
dalam keadaan kemiskinan.
• Terkenal sebagai orang yang suka menyebarkan ilmu ketika berusia 32 tahun.
• Pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Meletakkan jawatan dan
mengembara untuk menyebarkan ideanya.
• Disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Pengasas
ajaran Confucianisme.
• Menekankan perasaan harga diri dan kemanusiaan.
• Ajarannya dimuatkan dalam bukunya Lun Yu atau Analekta yang ditulis oleh
pengikutnya.
• Anak muridnya yang terkenal ialah Meng-tze atau Mencius dan Hsun –tzu.

Galelio Galilei

• Ahli matematik, kaji bintang dan ahli fizik. Berketurunan Itali.


• Memanjangkan idea Nicholas Copernicus (1473 – 1543M) yang menyatakan
bahawa matahari merupakan pusat alam sedangkan gereja menyatakan bumi
ialah pusat alam.
• Berjaya mencipta teleskop yang digunakan untuk mengkaji kedudukan bintang
dan planet di angkasa.
• Berjaya membuktikan teori Aristotle yang menyatakan bahawa sesuatu benda
berat atau ringan akan jatuh pada kelajuan yang sama kadar beratnya.
• Berjaya mencipta alat bandul dan seterusnya melahirkan teori bandul.
• Pada bulan Jun 1963 beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana
teorinya tentang alam cakerawala dikatakan bertentangan dengan pegangan
institusi gereja dan kitab Injil.
• Karyanya iaitu Dialogue turut diharamkan.
• Hukuman penjara seumur hidup telah ditukar kepada hukuman penjara di rumah
(house arrest). Semasa penahanannya, beliau meneruskan kajiannya tentang
pergerakan dan kekuatan material.
• Karyanya berjudul Discourse And Mathematical Demonstration Concerning Two
New Science telah diterbitkan di Leiden, Belanda pada tahun 1638.
Niccolo Machiavelli
(1469 – 1527M.)

• Dilahirkan di Florence, Itali.


• Pernah bertugas sebagai seorang negarawan dan ahli diplomatik dari tahun
1494-1512M..
• Dipecat daripada menjadi setiausaha Chancellery (Office of Ten).
• Menghasilkan buku The Prince (Penguasa), Art of War dan Discourses.
• Menyarankan seseorang raja atau pemerintah harus mempunyai kuasa
mutlak.
• Raja atau pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi oleh rakyatnya
• Rakyat harus memberikan kesetiaan sepenuhnya kepada raja atau pemerintah
kemudian barulah kepada Gereja Katolik.
• Kata-katanya yang terkenal ialah “matlamat menghalalkan cara”

Leonardo da Vincci
(1452 – 1519M.)

• Lahir di bandar Vinci tidak jauh dari Florence.


• Merupakan seorang arkitek, jurutera, pelukis, pengukir dan pengkaji tubuh
manusia.
• Terkenal dengan lukisan Mona Lisa dan The Last Supper. Monalisa adalah
potret wanita yang senyumannya telah menakjubkan pencinta seni lukis
selama beberapa abad.
• Lukisan The Last Supper mengambil masa selama tujuh tahun untuk disiapkan
dan menggambarkan makan malam terakhir Nabi Isa bersama-sama dengan
12 pengikutnya sebelum baginda disalib.
• Merupakan contoh terbaik manusia Renaissance yang ideal dalam
membangunkan dan membina bakat seseorang.
• Tokoh seni lukis zaman Renaissance yang cenderung untuk menghasilkan
keindahan semula jadi.
• Objek yang dihasilkan bersifat tiga dimensi dan pelbagai warna dengan
melukis gambar-gambar manusia seolah-olah mahu berkata-kata tentang
sesuatu.
• Seorang yang versatil, menguasai kesemua bidang ilmu termasuk seni bina,
seni ukir, seni lukis, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi serta perang dan
strategi ketenteraan.
• Mendahului zamannya serta mempunyai semangat inkuiri dan ingin mencari
jawapan bagi segala kejadian alam.
Desiderus Erasmus

• Tokoh falsafah dan pendokong fahaman humanisme ini dilahirkan di


Rotterdam.
• Penemuan terbaru menyatakan bahawa beliau dilahirkan di Gouda, Belanda.
• Tinggal di kota tersebut selama empat tahun dan tidak pernah pulang lagi
selepas itu.
• Karyanya yang paling polular ialah The Praise of Folly.
• Hasil tulisan ini ditujukan kepada Thomas More iaitu seorang ahli falsafah yang
terkenal dari England.
• Karya tersebut mengkritik kelemahan, penyelewengan dan kepincangan yang
terdapat dalam institusi gereja.

Thomas More

• Merupakan peguam, penulis dan ahli politik.


• Ketika hayatnya beliau telah mendapat reputasi yang baik sebagai ahli humanis
dan menerima banyak jawatan.
• Satu daripada jawatan tersebut ialah Lord of Chancellor dari tahun 1529-1532M.
• Terkenal kerana berpegang teguh dengan prinsip dan tidak mahu menerima
Raja Henry Vlll sebagai ketua gereja England.
• Keputusan ini telah menamatkan kariernya dan membawa kepada hukuman
sebagai pengkhianat.
• Merupakan penganut Kristian mazhab Katolik dari England dan penganut
fahaman kemanusiaan yang alim.
• Karyanya yang terkenal ialah Utopia. Utopia merupakan satu bantahan terhadap
hasrat Raja Henry Tudor yang inginkan kekuasaan mutlak dan bantahan
terhadap kezaliman yang dialami oleh rakyat England pada ketika itu.
Martin Luther

• Dilahirkan pada 10 November 1483 di Eisleben, Jerman.


• Pada usia tujuh tahun beliau telah memasuki Universiti Erfurt dan menerima
ijazah sarjana muda pada tahun 1502.
• Beliau cuba memenuhi hasrat bapanya dan belajar jurusan undang-undang di
universiti tersebut.
• Semuanya berubah apabila ribut taufan melanda pada musim panas pada tahun
1505. Beliau hampir disambar petir ketika pulang dari kuliah. Selepas kejadian
itu, beliau berazam untuk menjadi seorang paderi.
• Merupakan paderi Kristian berbangsa Jerman dan ahli teologi Kristian. Setelah
tamat belajar ilmu falsafah di Universiti Erfurt pada tahun 1505, beliau memasuki
Orders of Augistins sebagai paderi.
• Mempelajari bahasa klasik dan teologi di Erfurt. Pada tahun 1512 mendapat
kedoktoran teologi di Universiti Wittenburg.
• Merupakan seorang professor ilmu teologi di sebuah universiti berhampiran
Wittenburg di Jerman
• Luther menulis 95 buah tesis yang mencabar gereja Barat tentang asas
penghapusan dosa, kuasa Paus dan kepentingan Indulgences.
• Tokoh ini menentang amalan Indulgences. Terkenal sebagai tokoh pem-
baharuan (reformis) agama Kristian dalam satu gerakan yang dikenali
sebagai Reformation di Eropah.
• Pandangan beliau tentang ilmu banyak ditumpukan kepada dunia kekeluargaan.
Menurutnya ibu bapa mempunyai hak sepenuhnya untuk menghukum anak-
anak yang tidak mendengar nasihat.
• Pemerintah negara hendaklah mewajibkan setiap warganegara menghantar
anak-anak mereka ke sekolah.
• Gerakan reformasi yang dijalankan oleh Martin Luther telah menyebabkan agama
Kristian terbahagi kepada dua mazhab iaitu Katolik dan Protestan (Lutheran).
• Pengasas Gereja Lutheran yang merupakan gereja pertama Protestant.
• Mengasaskan ajarannya sendiri dengan rakannya iaitu Philip Melanchton.
Marco Polo

• Merupakan pedagang dan pengembara dari Venice, Itali.


• Pada tahun 1271 M. ketika berusia 17 tahun, Marco Polo dan bapanya Niccolo
dan bapa saudaranya Maffeo memulakan pengembaraan ke China.
• Merupakan pengembara Barat yang pertama mengembara melalui jalan Sutera
ke China.
• Pengembaraannya ke Asia telah mengambil masa selama 24 tahun.
• Pengembaraan beliau tercatat dalam bukunya yang bertajuk The Travellers of
Marco Polo.
• Ketika di China, beliau telah menghabiskan masa selama 17 tahun berkhidmat
untuk Maharaja Kublai Khan.
• Kublai Khan memerintahkan Marco Polo membawa Puteri Monggol (Puteri
Koekecin) kepada bakal suaminya Likhan Arghun.
• Setelah 17 tahun di China , beliau kembali ke Itali. Beliau sempat mengembara
ke Sumatera.
• Apabila beliau kembali ke Itali, beliau menghasilkan satu catatan. Malangnya
masyarakat menganggap itu adalah pembohongan semata-mata dan telah
digelar “Marco ll Milione” (Orang Sejuta Bohong) hasil tulisannya itu.
• Christopher Columbus merupakan orang yang terpengaruh dengan hasil tulisan
beliau.

Christopher Columbus

• Dilahirkan di Genoa, Itali pada tahun 1451 M..


• Menjadi kelasi sejak umur 17 tahun dan telah belayar dari Itali ke England melalui
Selat Gibraltar
• Orang pertama yang menceritakan tentang daratan yang dikenali sebagai
Amerika.
• Raja Portugis pada ketika itu tidak mahu memberikan bantuan kerana tidak
yakin usaha tersebut akan berjaya.
• Pada tahun 1492 Ratu Isabella dan Raja Ferdinand dari Sepanyol telah
memberikan peruntukan kewangan.
• Beliau dan 90 orang kelasi telah belayar dengan sebuah kapal yang dikenali
sebagai Santa Maria, Nina dan Pinta.
Jose Rizal

• Bergerak cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol.


• Merupakan nasionalis yang sederhana.
• Berjuang melalui akhbar La Solidaridad serta novel Noli Me Tangere dan El
Filibusterismo.
• Menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892.
• Ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao.
• Akhirnya dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan
pemberontakan.

Emilio Aquinaldo

• Menganggotai Katipunan.
• Dilantik sebagai Datuk Bandar di Cavite pada tahun 1895.
• Bersama-sama Andres Bonifacio melancarkan pemberontakan pada tahun
1896.
• Dilantik sebagai Presiden Kerajaan Revolusi Filipina pada tahun 1897.
• Mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir
Sepanyol.
• Pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak
disahkan oleh Amerika.
• Ditangkap pada tahun 1901.

Soekarno

• Menubuhkan Parti Nasional Indonesia pada tahun 1927.


• Merupakan pejuang yang radikal.
• Dipenjarakan oleh Belanda pada tahun 1929-1931.
• Dibuang ke Flores (Indonesia) pada tahun 1934.
• Mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.
• Menjadi Presiden Indonesia yang pertama pada tahun 1949.
Rentap

• Pemimpin kaum Iban. Nama sebenar beliau ialah Libau.


• Beliau berasal dari Hulu Skrang.
• Digelar Rentap yang bermaksud “penggoncang dunia”. Beliau juga digelar Raja
di Darat.
• Tidak puas hati dengan pentadbiran Brooke yang menganggap kaumnya
sebagai lanun. Brooke juga menghapuskan amalan tradisi orang Iban iaitu
amalan memotong kepala musuh.
• Beliau menyerang pasukan Brooke dan berjaya membunuh pegawai Brooke
bernama Alan Lee.
• Membina kubu di Bukit Sadok. Pada tahun 1861, James Brooke berjaya
menembusi kubu Bukit Sadok dengan menggunakan sebuah meriam yang
dinamakan Bujang Sadok.
• Rentap berundur ke kawasan pedalaman.

Tok Janggut

• Nama sebenar beliau ialah Haji Mat Hassan bin Munas.


• Mendapat pendidikan agama di Makkah.
• Mahir dalam ilmu persilatan.
• Terkorban dalam pertempuran menentang British.
• Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar
dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

Haji Abdul Rahman


Limbong

• Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid.
• Mendapat gelaran Limbong kerana beliau sering mengajar agama di Limbong,
Kemaman.
• Beliau telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura.
• Berjaya ditangkap dan dibuang negeri ke Makkah.

Haji Abdul Rahman


Limbong

• Menubuhkan Jelutung Press.


• Menerbitkan Saudara.
• Mendirikan Madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang.
• Menulis Hikayat Faridah Hanum.
• Merupakan pemimpin Gerakan Islah atau Kaum Muda.
Otto Eduard von
Bismarck

• Nama sebenarnya ialah Otto Eduard Leopold graf (count) von Bismarck.
• Beliau dilahirkan di Schonhausen.
• Mempelajari undang-undang dari universiti Gottingen dan Universiti Hamboldt
dan pernah menjadi peguam.
• Berkhidmat dengan jabatan perkhidmatan awam dan menjadi duta Prussia di
Rusia dan Perancis.
• Seorang pemimpin yang menonjol pada abad ke-13.
• Menjadi Perdana Menteri pada tahun 1862. Sebagai Perdana Menteri Prussia,
beliau telah menyatukan seluruh Jerman (kecuali Austria) melalui beberapa
turutan peperangan.
• Menjadi Chancellor pertama empayar Jerman. Pernah mendapat gelaran Iron
Chancellor.
• Mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman
pada tahun 1871
• Menggunakan taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi,
penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan
• Menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan
semangat rakyat Prussia di medan pertempuran.

Ahmad Boestaman

• Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani.


• Menjadi wartawan.
• Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955.
• Pemimpin API (Angkatan Pemuda Insaf).

Dato’ Onn Ja’far

• Pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor dan juga Pegawai Daerah Batu Pahat
semasa British memperkenalkan Malayan Union.
• Menubuhkan Pergerakan Melayu Johor untuk menentang Malayan Union. Beliau
dilantik menjadi pengerusi pertubuhan ini.
• Merupakan seorang wartawan.
• Dilantik menjadi Presiden UMNO yang pertama.
• Menteri Besar Johor.
• Ahli Dalam Negeri dalam Sistem Ahli.
• Ahli Parlimen Parti Negara.
Dr.Burhanuddin
al-Halmy

• Presiden PKMM.
• Penasihat PUTERA.
• Nama sebenarnya ialah Burhanuddin Haji Mohd Nor.
• Berpendidikan Madrasah al-Mashyor dan Universiti Aligrah, India.

Rosli Dhobi

• Mempunyai semangat yang mendalam terhadap negerinya.


• Anggota Rukun Tiga Belas.
• Menentang penyerahan Sarawak kepada British.
• Terlibat dalam pembunuhan Sir Duncan Stewart iaitu Gabenor Sarawak yang
baru dilantik.
• Dijatuhkan hukuman gantung oleh pihak British.

Dato’ Hamzah
Abdullah

• Menjadi Pegawai Tadbir Melayu (1910-1921)


• Menjadi pegawai Awam Tanah Melayu (MCS) 1921-1941
• Menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (1952-1963)

Dato’ E.E.C.
Thuraisingam

• Seorang Peguam dan Ahli Majlis Undangan Tanah Melayu.


• Presiden Persatuan Ceylonese Malaya.
• Presiden Persatuan Pemilik Estet Getah Malay.
• Mewakili kaum India dalam rundingan Sistem Ahli.
• Mempengerusikan majlis pelancaran penubuhan Parti Malaya Merdeka (IMP)
yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar.
• Beliau menjadi anggota Dewan Negara.
Tun Abdul Razak

• Menteri Pembangunan Luar Bandar pada tahun 1959.


• Digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.
• Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.
• Menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956.
• Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
• Bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956.
• Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

Stephen Kalong
Ningkan

• Pengasas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP-Sarawak National Party). Parti ini


ditubuhkan dua bulan sebelum penubuhan Malaysia.
• Parti SNAP ditubuhkan bertujuan menjaga hak dan kepentingan orang Dayak
Sarawak.
• Ketua Menteri Sarawak yang pertama (23 Julai 1963 – 23 September 1966)

Datu Mustapha
Datu Harun

• Memainkan peranan penting dalam menentang pendudukan Jepun di Sabah.


Beliau memimpin pasukan gerila di Kudat untuk menentang penjajahan Jepun.
• Mengasaskan Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menyokong
pembentukan Malaysia.
• Menjadi yang Dipertua Negeri Sabah yanng pertama ( 16 September 1963)
• Menjadi Ketua Menteri Sabah yang ketiga ( 1967-1975).

You might also like