You are on page 1of 14

P 01 > Petua : Menghaluskan kulit muka.

Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan.Caranya ialah anda perlu
dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu.Kemudian ada
lumurkanlah pada muka anda.
Pengirim : Rizaleiza
< P 02 > Petua : Terkena atau terpijak paku berkarat.
Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam
minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang
terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.
Pengirim : Maziah
< P 03 > Petua : Hilangkan bau Durian ditangan.
Selepas makan durian, anda dikehendaki mencuci tangan anda di dalam paksa durian
dengan cara merendamkan jari-jari dan tangan anda ke dalamnya. Insyaallah ianya
berkesan.
Pengirim : Yusoff
< P 04 > Petua : Mengurangkan masalah darah tinggi.
Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga bolih direbus dan dimakan
bersama sambal belacan.Ianya pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah
semoga ianya berjaya.
Pengirim : City Aida
< P 05 > Petua : Lesung Pipit.
Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar air.Ambil
hampasnya dan sapukan pada pipi. ( tanda terlebih dahulu ).
Pengirim : Keddy
< P 06 > Petua : Melebatkan bulu kening.
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk
menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga
melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
Pengirim : Ayu
< P 07 > Petua : Dapat anak cerdik.
Asalamualaikum,Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan cuba amalkan makan
buah delima sebelum bersalin.
Pengirim : Fiezaniey
< P 08 > Petua : Hilangkan sakit kepala.
Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh bahagian kepala , biarkan
selam 1/2 jam...InsyaAllah hilang sakit kepala.
Pengirim : Zul
< P 09 > Petua : Bibir merah semulajadi.
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu. memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit
mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
Pengirim : Nurjihad
< P 10 > Petua : Lentik & lebatkan bulu mata dan kening.
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan
kening anda. Insyallah......lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.
Pengirim : Shefrina
< P 11 > Petua : Awet Muda.
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke
muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf ,jangan takbur
bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain
Pengirim : Man 2
< P 12 > Petua : Menghilangkan kolestrol dalam darah.
Ambil limau nipis belah dua tapi jangan sampai terputus sambil memotong anda kenalah
membaca selawat x 3 dan masukkan dlm air panas sampai limau itu kuning dan minum
amalkan setiap hari insyaallah menjadi.....
Pengirim : Tuk Wan
< P 13 > Petua : Mata terkena chili.
Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit. Insyaallah tak sampai
sesaat terus hilang rasa pedih mata tu...Selamat mencuba
Pengirim : Habsah Yusuf
< P 14 > Petua : Inginkan anak putih.
Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda
mengandung insyaallah anak yang dilahirkan putih.
Pengirim : Dilla
< P 15 > Petua : Kurangkan misai atau janggut.
Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada
misai atau janggut.
Pengirim : Miyo_69
< P 16 > Petua : Lembutkan rambut.
Untuk lembutkan rambut anda boleh cuba petua ini.Ambil segenggam daun inai,mesin
hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan , kemudian sapulah pada
rambut anda.Insyaallah
Pengirim : Am
< P 17 > Petua : Kempiskan perut.
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih
.Lumurkan atau sapu dekat perut ,amalkan setiap malam.Insyaallah perut anda akan lebih
menarik.
Pengirim : Aizan
< P 18 > Petua : Menghilangkan jerawat.
Ambil pucuk daun jambu batu kira-kira 4 atau 5 helai gosokkan pucuk jambu dengan sedikit
garam pada tapak tangan.kemudian sapu pada muka yang berjerawat.Ulangi beberapa kali
mujarab....
Pengirim : Aizat
< P 19 > Petua : Mengelakkan naik bisul.
Untuk Menggelakkan anda dari terkena Bisul ( Sejenis penyakit Kulit ), Selepas anda Bersin
anda hendaklah meludah air liur , Jangan ditelan sisa-sisa air liur yang ada didalam mulut.....
Jika di Amalkan Insyallah anda tidak akan mendapat Bisul.
Pengirim : Arro
< P 20 > Petua : Memutihkan kulit muka.
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau
nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi
putih dan jerawat pun hilang.
Pengirim : Yan
< P 01 > Petua : Melembutkan rambut.
Selepas mandi, bilas rambut dengan air teh suam, Gosok serata rambut dan biarkan 10 minit
baru dilap rambut tersebut! Insyallah, ianya mujarab kerana saya memang
mengamalkannya!
Pengirim : Chokho Lala
< P 02 > Petua : Mengawal kencing manis.
Bagi yang mengidap Kencing Manis diperingkat permulaan , ambil akar semalu dan
jemurkan sehingga kering.Kemudian rebus dan airnya diminum Amalkan selama dua
minggu setiap pagi..Insyallah..
Pengirim : Raja
< P 03 > Petua : Mengilapkan cermin.
Anda ingin mengilapkan perabot rumah anda tanpa mengeluarkan belanja yang banyak
Cubalah petua saya. Ambil kertas surakhabar celupkan kedalam air selepas itu gosoklah
pada cermin sehingga kering isyaallah cermin akan berkilap serperti baru.
Pengirim : Zai
< P 04 > Petua : Kencing malam.
Jika kanak-kanak kencing malam, setiap awal pagi apabila bangun dari tidur.Pegang kaki
kanak-kanak tersebut keatas dan kepalanya kebawah Insya-allah ianya akan berhasil,
amalkan selalu Bagus juga utk orang dewasa yang masih kencing malam.
Pengirim : Yatie
< P 05 > Petua : Menurunkan darah tinggi.
Cara untuk menurunkan darah tinggi ialah dengan cara ambil pucuk limau puruk rebus
hingga mendidih dan airnya dibuat minum tiap-tiap hari ,insyaallah dengan cara ini dapat
menurunkan darah tinggi dengan izin Allah . Selamat mencuba.
Pengirim : Ismail
< P 06 > Petua : Menghilangkan panas makan durian.
Satu cara yang amat mujarab ialah dengan meminum air dari pangsa durian. caranya
selepas makan durian,kulitnya atau pangsa kita taruh air masak lalu minum. Insyaallah
badan kita tak panas. selamat mencuba..
Pengirim : Wanna
< P 07 > Petua : Hilangkan Bau Hangit Ketiak
Cara yang amat mudah dan murah. Anda hanya perlu sapukan sedikit sahaja kapur sirih di
kedua-dua ketiak anda selepas mandi iaitu sebelum anda memakai bedak/deodoron.
InsyaAllah berkesan untuk aktiviti seharian.Selamat mencuba..
Pengirim : King
< P 08 > Petua : Terangkan mata
Caranya ialah dengan minum air lobak merah selalu.Amalkan selalu selepas makan pagi,
petang dan malam insya'allah mata anda akan dapat melihat dengan terang.
Pengirim : Meah
< P 09 > Petua : Memudahkan segala urusan.
Diambil dari ayat 8 surah Yaasin. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu @ dibaca tidak
kira apa jua niat anda. Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda. contohnya:
Interview , baca ketika hendak masuk jumpa sipenemuduga. Baca dengan niat yang ikhlas.
Pengirim : Hamba Allah.
< P 10 > Petua : Menghilangkan botak.
Caranya ialah cari buah keras di kedai mamak, kemudian bakar dan tumbuk. Kemudian
dicampurkan dengan minyak zaitun. Cara menggunakannya....sapukan ditempat yang tiada
rambut serta diurut-urutkan di tempat tersebut. Lakukan selama 2 minggu berturut-turut,
sapukan di sebelah pagi dan malam. Insyaallah anda akan berpuashati dengan hasilnya
selamat mencuba.....
Pengirim : Mad
< P 11 > Petua : Menghilangkan tahi lalat.
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di
tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.
Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang
mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!....
Pengirim : Aida RTM Grafik
< P 12 > Petua : Menghilangkan parut jerawat.
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini
dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap
wanita.
Pengirim : Ida
< P 13 > Petua : Mengilatkan kuku.
Ambil Bata dan asahkan sehingga keluar abuk-abuknya, kemudian abuk tersebut digesirkan
ke atas kuku sehingga kelihatan berkilat sedikit. Kemudian basuh dengan air suam. Lakukan
setiap 2 hari berturut-turut untuk kelihatan lebih berkesan. Anda akan mendapat hasil
pengilatan kuku yang baik.
Pengirim : Azza
< P 14 > Petua : Menyerikan wajah.
Assalammualaikum... jika anda ingin kelihatan berseri-seri sepanjang hari ..amalkanlah
petua ini ambil air basuhan beras yang pertama .. basuh muka anda sebelum masuk
tidur..tunggu selama 15 minit.. baru cuci dengan airsuam.. jadi cubalah petua ini anda akan
tahu hasilnya sendiri.
Pengirim : Thasa
< P 15 > Petua : Anak kencing malam.
Mengelak anak yang selalu kencing malam.. petuanya begini ..ambil pucuk daun inai
beberapa helai.. selepas itu cuci bersih-bersih lalu rebus dengan dua gelas air... kemudian
tunggu, hingga air rebusan menjadi segelas saja. amalkan setiap malam. Insyaallah akan
mujarab.
Pengirim : Thasa
< P 16 > Petua : Melicinkan muka.
Gunakan Putih telur sahaja, campurkan dengan Limau Nipis dan Susu Cair / Manis.
Kemudian sapukan pada Wajah ( sebagai masker ). Insyaallah berkesan.
Pengirim : Shanaz
< P 17 > Petua : Menghilangkan hitam-hitam dimuka & jerawat.
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu..
sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat..
Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin
mengamalkannya...Semoga anda berjaya dan selamat mencuba...Amin.
Pengirim : Lan Al-Damanhouri Al_Labuani
< P 18 > Petua : Menumbuhkan janggut , misai & jambang.
Assalamualaikum....
Mungkin ada di antara kita yang menginginkan janggut, misai & jambang.. ambil putih telur
dan sapukan di kawasan yg anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri..
amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Insyaallah janggut,
misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.
Pengirim : Lan Al-Damanhouri Al_Labuani
< P 19 > Petua : Badan langsing selepas bersalin.
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
1 ) Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
2 ) Tumbuk kesemua sehingga lumat.
3 ) Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam
pantang.
Pengirim : Eyda
< P 20 > Petua : Ikan gulai lebih lembut dan sedap.
Jika anda ingin sedapkan lagi masakan anda utama nya yang menggunakan ikan
campurkan sedikit halba kedalam masakan anda,Insyallah ikan itu akan lebih lembut dan
sedap.Cubalah....
Pengirim : Rosmaylie
< P 01 > Petua : Melambatkan rambut uban.
Selepas membasuh tangan ( selepas makan ), hendaklah disapukan ke rambut. Tangan
yang dibasuh tadi tidak perlu dilap. Insyaallah, rambut anda tidak beruban
Pengirim : Mohd. Hazawawi
< P 02 > Petua : Kesan hilangkan parut jerawat muka.
Asalammualaikum.......
Kepada sesiapa sahaja yang mempunyi muka berminyak meraka bernasib baik kerana
muka yang berminyak boleh menghilangkan parut jerawat walau makan masa yang lama
sedikit..Cara yang lain iaitu anda tak dibenarkan makan kicap bagi mengelakan kesan paruh
jerawat tersebut...Selamat mencuba petua saya ini.
Pengirim : Mushizan Mohammad Isa @ Aniey
< P 03 > Petua : Menghilangkan penyakit kuning.
Ramai ibu-ibu yang mengalami,semasa mengandung kurang minum air dan menyebabkan
apabila bayi mereka lahir bayi mereka akan kena sakit kuning. Untuk menyembuhkannya
sila beri bayi tersebut meminum air susu kambing,pasti penyakit kuningnya akan hilang.
Pengirim : Jaimin L
< P 04 > Petua : Mengurangkan sakit kepala.
Asalammualaikum,
Amalkanlah petua datuk nenek kita dahulu.Caranya biasakan diri setiap kali bangun
pagi,basuh muka dahulu sebelum memberus gigi. Insyaallah kita tidak di serang sakit
kepala.Mencegah lebih baik dari mengubati.
Pengirim : Azrah
< P 05 > Petua : Menyerikan wajah.
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan
ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga
kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.
Pengirim : Syukur
< P 06 > Petua : Merawat bisul.
Asalammualaikum,
Sekiranya anda terkena bisul ambil 2 biji bawang putih dan tampalkan keatas bisul
tersebut.Biarkan lebih kurang 5 minit kemudian bersihkan.Ulang sehingga nanah bisul itu
terkeluar insyaalah mujarab.
Pengirim : Asmara
< P 07 > Petua : Buang ketuat ( butil ).
Ambil sebiji buah betik muda.Hiris supaya getahnya keluar.Letakkan getah pada ketuat yang
telah dikikis sedikit kulit luar yang keras.Biar beberapa jam sehingga getah kering.Kikis kulit
ketuat yang telah diselaputi getah kering.Ulangi proses di atas sehingga kulit ketuat menjadi
nipis.
Pengirim : Tina
< P 08 > Petua : Menghaluskan Rambut
Asalammalaikum,
Cubalah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan dan ramas-ramaskan dalam
sebaldi air,dan lendiran air rambutan bercampur air dalam baldi tadi boleh digunakan
sebagai bilasan rambut dan hasilnya rambut anda kelihatan lembut dan terasa halus.
Pengirim : Jasmin
< P 09 > Petua : Ingin anak perempuan dan lelaki.
Kalau tuan dan puan inginkan anak perempuan lebihkan banyak makan Ikan dan Sayuran
Hijau.Sekiranya inginkan anak lelaki banyakkan makan daging Ayam dan Daging Lembu.
Pengirim : Mama Tie
< P 10 > Petua : Mencegah Jeragat
Jika anda berhasrat untuk mencegah atau mengurangkan jeragat di wajah,gunakanlah
hampas kelapa.Gosok-gosokkan hampas kelapa di seluruh wajah.Biarkan selama 15 minit
atau lebih.Amalkan selalu, Insyaallah jeragat dapat dihindarkan malahan kulit wajah menjadi
halus dan gebu...
Pengirim : Adyzza72..
< P 11 > Petua : Kecutkan jerawat.
Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan
bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama
20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu..Insyaallah, jerawat pada wajah anda
akan mengecut dan tampak jelita.
Pengirim : Mawaddah
< P 12 > Petua : Sakit tumit kaki
Ambil 1 kg garam kasar.dipanaskan mengunakan kuali dengan cara mengoreng tanpa
minyak. panaskan sampai kesemua garam kasar tadi menjadi panas.setelah garam tersebut
menjadi panas bungkus mengunakan kain. kemudian tuamkan tumit anda dengan garam
kasar tersebut. insyaallah ia akan sembuh.
Pengirim : Suhaizat
< P 13 > Petua : Melegakan selsama bayi dan kanak-kanak.
Dapatkan ibu kunyit sebesar ibu jari, potong diatasnya, korek dengan paku yang sederhana
besar dan sumbatkan sedikit kapur makan didalamnya, digaulkan, biar bercampur antara
kunyit dan kapur tadi, dan bolehlah disapukan diatas hidung bayi, sebaiknya ketika bayi
tidur..lakukan selalu, insyaallah hidung bayi tidak akan tersumbat dan boleh tidur lena.
Pengirim : Hayati M. Z
< P 14 > Petua : Kurangkan kolestrol dalam darah.
Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar-benar kosong, perah limau nipis/kesturi yang
dicampur dengan sesudu madu, dan diminum dengan selawat 3 kali. Dengan mengamalkan
setiap hari, kadar kolestrol dapat dikurangkan. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat
badan, jika diamalkan sambil mengurangkan makanan berminyak, pasti dapat
mengatasinya.
Pengirim : Angah
< P 15 > Petua : Pembersihan dalaman badan.
Ambil beberapa biji limau nipis. Potong kemudian perah untuk diambil jusnya.Sediakan
bekas menyimpan kiub ais, tapiskan jus limau tadi sebelum dimasukkan kedalam bekas kiub
ais itu. Setelah selesai bekukan jus itu, amalkan dengan menyediakan segelas air suam
yang dicampurkan seketul kiub ais jus tersebut setiap pagi sebelum sarapan.Untuk
menguruskan badan,amalkan sebelum masuk tidur. Insyallah..
Pengirim : Ana
< P 16 > Petua : Mengilat barang kemas ( emas )
Barang kemas yang kusam tidak sedap dipandang. Untuk mengembalikan kilauan
emasnya.caranya.. Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan dengan ubat gigi ( apa-
apa jua jenama ) dan rendamkan barang kemas tersebut selama 1/2 jam Lepas
tu...keluarkan barang kemas tersebut dan berus dengan berus gigi yang terpakai.Bilas
dengan air bersih. Dan hasilnya seperti memiliki barang kemas yang baru. Selamat
mencuba. Usaha tangga kejayaan.
Pengirim : Hanny
< P 17 > Petua : Mengelak beruban.
Ambil 2 sudu besar biji betik dan dijemur hingga kering. Kemudian, goreng tanpa minyak di
dalam kuali hingga hangus.Tumbuk halus/blender kering. Campur debunya dengan minyak
kelapa dan sapu di kepala 2/3 kali seminggu.Lepas itu cuci rambut. Cara ini akan mengambil
masa untuk mendapatkan hasil tapi ianya memang mujarab!
Pengirim : Hazel chu
< P 18 > Petua : Mendapat anak yang cerdik.
Untuk mendapatkan anak-anak yang cerdik dan tidak lembab bagi pasangan yang ingin
mendapatkan anak cuba elakkan makan,makanan ini.Nasi goreng daripada nasi sejok ( nasi
semalam ) jangan dijadikan amalan mengoreng dan memakannya.Jika hendak makan nasi
goreng masak nasi yang baru dan barulah digoreng.
Pengirim : Induksuri
< P 19 > Petua : Rambut gugur.
Untuk mereka yang bermasalah tentang keguguran rambut.Caranya ialah dengan
mengambil 5 hingga 6 helai daun Pinang Muda ( Pucuknya ), kemudian dipecah-pecahkan
dan ramas sehingga mengeluarkan buih.Kemudian sapukan sehingga rata dirambut dan kulit
kepala,biarkan 15 minit dan bilas dengan air bersih.Amalkan setiap selepas mandi.Lihatlah
perbedaannya dalam tempoh 1 minggu.Akar rambut akan menjadi kukuh dan kelihatan sihat
bersinar.
Pengirim : Pian
< P 20 > Petua : Hilangkan parut jerawat.
Asalammualaikum,
Untuk menghilangkan kesan parut akibat masalah jerawat adalah dengan mengambil sedikit
ubi pokok cekur,ubi tersebut dibersihkan dan diasah dibatu.Air dan ubinya yang hancur
diambil dan dicampurkan dengan bedak sejuk kemudian sapukan dimuka, amalkan petua ini
selalu insyaallah muka akan berseri dan parut akan hilang.
Pengirim : Ayuni
< P 01 > Petua : Mencantikkan kulit muka.
Untuk jadikan kulit muka yang cantik,mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian
lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi
jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.
Pengirim : Insaniah
< P 02 > Petua : Naikkan seri wajah & otak bijak.
1. Seri Wajah : Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah
lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak :masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap
pagi insyaallah mujarab.
Pengirim : Md. Zaki
< P 03 > Petua : Mengigau - Walking sleep.
Jika anak anda sering bangun dan berjalan semasa tidur jangan risau.Sembelih ayam jantan
dan ambil balongnya warna (Merah) diatas kepala atau dibawah lalu dimasak , ianya boleh
di makan oleh sesiapa saja bersama nasi setelah dimasak gulai atau digoreng tidak
memudaratkan kesihatan tetapi Ayam hendaklah disembelih halal,dan berilah makan kepada
anak anda.Petua ini telah dicuba dan ternyata berhasil. InsyaAllah.
Pengirim : Ruddy
< P 04 > Petua : Kencing tidak lawas.
Alhamdulillah.Petua ini pun saya dapat melalui pengalaman saya sendiri. Petua yang mudah
dan kos yang murah. Anda hanya perlu amalkan sunnah Nabi S.A.W kerana dalam sunnah
ada kejayaan. Ada pun perintah Nabi s.a.w. diwajibkan kita supaya mencukur atau
mengunting bulu rambut di ari-ari pada kemaluan setiap 40 hari ( Lelaki atau Wanita ).
Insyallah dengan izin yang Maha Isa masalah kencing tidak lawas anda dapat diatasi.
Wallahuallam.
Pengirim : Norzah
< P 05 > Petua : Untuk senang tidur malam.
Bagi sesiapa yang mungkin mempunyai masalah sukar tidur malam,mungkin boleh cuba
petua ini.Yang saya dapat dari pakar perubatan di Jepun.Jika dapat, biarkan kita tidur dalam
keadaan sekeliling kita penuh suasana kebiruan seperti cadar,sarung bantal dan
sebagainya.Warna biru dikatakan dapat menenangkan fikiran.Sebelum tidur pula,ambil
lemon dan belah dua.Cium bau lemon tadi dan letakkan lemon tadi dibahagian kepala
kepala.Insyaallah,boleh memudahkan tidur.Tapi jangan lupa adab tidur sekali.
Pengirim : Shiomi
< P 06 > Petua : Menghilangkan parut cacar ( chiken pox ).
1. Pada tanda yang berlubang :-
Sapukan kulit pisang ( bahagian dalam ) dimana lendir pada kulit pisang tersebut boleh
menyembuhkannya.Cuba hari-hari selepas cacar tersebut kering.
2. Pada tanda hitam :-
Kisar kacang hijau sehingga jadi debu dan sapukan pada bahagian tersebut seperti
bedak.Insyaallah.
Pengirim : Rosar
< P 07 > Petua : Mengelakkan rambut berbuah.
Asalammualaikum,
Bagi mereka yang bertudung,mesti risau nak basuh rambut pada waktu sebelah pagi sebab
takut rambut berbuah.Senang saja jangan sikat rambut dulu pakai terus tudung bila balik
rumah nanti , rambut sudah kering jadi sikat terus sajalah.Insyaallah rambut tak
berbuah.Saya dah lama mengamalkan petua ini Selamat mencuba.............
Pengirim : Enot
< P 08 > Petua : Menghilangkan sakit kencing manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus
sehingga mendidih dan bersanguhlah/bertengkumus ( bertengkumus maksudnya
berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu
sebelum matahari terbit.( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah
tanpa memakai baju).Dan amalkanlah selama satu bulan.
Pengirim : Gerold
< P 09 > Petua : Awet muda.
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.Amalan memakan Ulam-
Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan
dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar.Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah
Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan
lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman
anda.Selamat mencuba petua ini.
Pengirim : Julia Ramli
< P 10 > Petua : Rambut gugur
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka.Kemudian ambil
kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali
putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas
yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya
kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada
muka, amalkan sakali setiap minggu.pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan
putih dan lembut.
Pengirim : Pian
< P 01 > Petua : Cara cepat menghafal.
Asalammualaikum , Ramai diantara kita hari ini mempunyai masalah menghafal.Mungkin
dengan petua-petua berikut dapat membantu kita menghafal sesuatu perkara cepat dan
berkekalan.
1. Baca berulang-ulang kali apa yang hendak dihafal.( Seelok-eloknya ulang hingga 100
kali )
2. Fahamkan apa yang hendak dihafal.
3. Amalkan perkara yang hendak dihafal.
Pengirim : Irda
< P 02 > Petua : Menghilangkan bulu diatas bibir.
Semua perempuan pasti menghadapi masalah ini dan banyak juga yang berasa sangat malu
dan tidak berkeyakinan diri bila bulu di atas bibir ini terlalu lebat kan. Jangan risau, cubalah
petua yang saya beri ini insyaAllah berkesan kerana saya sendiri telah mencubanya dan
ternyata berkesan dan kulit kelihatan lebih menarik. Caranya :Perah limau nipis dan
campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas
bibir. selamat mencuba.
Pengirim : Puan Ainie
< P 03 > Petua : Awet muda.
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan
jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah
yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan
kelihatan muda daripada umur sebenar anda.Itu je terima kasih...
Pengirim : Mamat
< P 04 > Petua : Sejukkan kepala & menghitam rambut.
Ambil daun bunga raya segenggam , kemudian masukkan kedalam bekas dan isi sedikit air
selepas itu ramas hingga belendir.Selepas itu sapu diatas kepala beberapa minit sebelum
mandi Insyallah kepala anda akan berasa sejuk selepas mandi dan rambut mengambil
sedikit masa untuk hitam.
Pengirim : Usair Bin Haji.Ghazali
< P 05 > Petua : Mengempiskan perut.
Petua yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau nipis yang telah
dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum
air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang
yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
Pengirim : Iema
< P 06 > Petua : Ubat batuk dan lelah @ asthma.
1.Ambil satu biji lada masak dan satu lada putik iaitu jenis lada yang masak merah dan
putiknya putih.
2.Satu sudu minyak tanah
3.Satu sudu minyak masak
Kedua biji lada tadi dihancurkan bersama-sama dengan minyak dan setelah hancur
lumat,sila tapis dan dapatkan minyak yang bercampur dengan lada tadi.Sapukan pada
tengkok dan dada,anda akan rasa selesa selepas 10 minit mencuba dan cuba sapu 2/3 kali
sehari.Insyallah legalah ia.
Pengirim : Ckbe
< P 07 > Petua : Menghilangkan kutil.
Untuk menangani masalah tersebut cubalah anda mencari seekor ikan kekek dan sila ambil
3 keping tulangnya.Lalu anda basuhkan kutil di anggota badan anda dengan air.Selepas itu
ambil 3 keping tulang tersebut dan cocokkan dalam bentuk 3 segi....yakni satu ke arah
barat,satu ke arah timur dan satu ke arah selatan....Kemudian tinggalkan 3 keping tulang
tersebut didalam.Kamu akan dapati kutil itu akan gugur dengan sendirinya selang beberapa
hari...
Pengirim : MJ
< P 08 > Petua : Membentuk , menghitamkan serta melebatkan bulu kening.
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan
menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian
sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-
eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan
tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh
sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.
Pengirim : Nur Mirza
< P 09 > Petua : Kulit sehat dan cantik.
Kulit sihat dan cantik idaman semua orang.Caranya mudah saja.ikuti tips ini.Berselawat dan
minum air suam atau mineral selalu.Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan.Buah-
buahan juga boleh dijadikan penyegar misalnya tomato dan betik yang masak gosokkan ke
kulit muka dan biarkan selama lebih kurang 15 minit dan bilas.Insyaalah kulit anda akan
sihat dan cantik jika diamalkan selalu.Hindari juga suasana stress Selamat mencuba.
Pengirim : Ainyasmin
< P 10 > Petua : Solekan tahan lama.
Petua ini sesuai untuk,Saudari-saudari yang perlu menghadiri majlis-majlis tertentu
yang,agak jauh atau agak lama.Caranya selepas anda mandi,ambil beberapa ketul ais dan
dilumur di seluruh wajah.Kalau boleh,biarkan ais di wajah dlm.15 minit.Setelah ais
kering,bolehlah anda bersolek seperti biasa.Anda akan dapati solekan anda lebih tahan
lama,kulit wajah nampak halus dan mekap kelihatan berseri..Selamat mencuba....
Pengirim : Adyzza72
P 01 > Petua : Inginkan anak berkulit cerah @ putih.
Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan.Disini saya ingin menasihati
kepada ibu mengandung,elakkan mengambil makanan yang berkicap.Nenek moyang saya
kata,kalau masa hamil tu,jangan makan makanan berkicap.Insyaallah putihlah anak tu
kelak.Cubalah ya.
Pengirim : lya
< P 02 > Petua : Darah tinggi.
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.Pertama buat dua rakaat
solat hajat mohon pada allah.Kedua ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus
dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari
,Insyaallah dengan izin Allah,selamat mencuba.
Pengirim : Dr.Hadzir
< P 03 > Petua : Masalah bau badan.
Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil
seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu
sapukan tangan ke badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu
ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan
mengakibatkan luka-luka kecil.
Pengirim : Dodol
< P 04 > Petua : Melawaskan kencing.
Untuk melawaskan kencing,ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong
bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air itu menjadi suam,amalkan meminum ayer
itu.InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan
memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya tidak ada penyakit,ia mencegah dari mendapat
penyakit batu karang.
Pengirim : Asba
< P 05 > Petua : Tajamkan penglihatan.
AMALKAN HIDUP ANDA DENGAN MEMINUM AIR SUAM SETIAP HARI,MANDI PADA
WAKTU SUBUH IAITU SEWAKTU BANGUN TIDUR DENGAN DI SIRAMI AIR DARI
HUJUNG KAKI HINGGA KEPALA,MAKAN LAH BUAH-BUAHAN SEPERTI EPAL , ANGGUR
DAN LOBAK PUTIH,BANYAKKAN MELIHAT PEMANDANGAN YANG JAUH DAN SERBA
HIJAU SEPERTI POKOK,DAN MENGHADAPLAH KE KIBLAT SELALU.
Pengirim : Abd. Hamed. A
< P 06 > Petua : Badan terlalu kurus.
JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BADAN TERLALU KURUS DAN INGIN
MENJADI TEGAP DAN SIHAT, AMALKAN PETUA INI SETIAP HARI. SEMASA ANDA
MEMASAK NASI, AMBILAH SEGELAS AIR NASI YANG SEDANG MENGGELEGAK
CAMPURKAN SEDIKIT GULA. AMALKAN MINUM SETIAP HARI, INSYAALLAH BADAN
ANDA MENJADI SEMAKIN SIHAT.
Pengirim : En. Shah
< P 07 > Petua : Dapatkan anak.
Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan yang tak dapat anak setelah
berkahwin sekian lama....atau baru kahwin inginkan terus dapat cahayamata.
1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli ( warna hitam ) setiap awal
pagi sisuami.
2. Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi,baik untuk semua lelaki yang telah
berumahtangga
3. Amalakan bersedekah setiap hari jumaat,bila pergi ke masjid, Insyaallah bila diamalkan
selalu ianya akan berhasil.
Pengirim : Ayuniza
< P 08 > Petua : Nampak muda.
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah
selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita.Dan anda
juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak
masalah.senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.
Pengirim : Nur
< P 09 > Petua : Menghilangkan karat pada pakaian putih.
Assalamualaikum....Sebelum mencuci pakaian yang ada kesan karat, terlebih dahulu potong
sebiji limau nipis, kemudian perah dan gosok pada pakaian yang terkena karat sehinga
bersih. InsyaAllah ianya berkesan.
Pengirim : Azrin
P 01 > Petua : Mencapai Impian
Segala apa yang berlaku adalah dengan qada dan qadar Allah s.w.t.Tetapi kita sebagai
manusia adalah disuruh berikhtiar dan bertawakal kepadanya. Seperti fizikal jika selalu
dilatih akan menghasil bentuk badan yang cantik,begitu juga dengan fikiran ( minda ). Mula-
mula duduk bersila genggam tangan dengan ibu jari digenggamkan , kemudian tarik nafas
melalui hidung,simpan ( tahan ) nafas antara kemaluan dan pusat ,kosongkan fikiran
tumpukan kepada apa yang anda inginkan kemudian lepas nafas perlahan-lahan,ulang
untuk beberapa kali yang anda mampu,amalkan setiap masa terutama waktu sunyi sehingga
apa yang anda impikan tercapai ( baik yang di minta...baik yang dapat dan sebaliknya
kerana Allah adalah maha pemurah ).
Pengirim : Eric
< P 02 > Petua : Mencari atau mengingati sesuatu benda yang terlupa
Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana
terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun dimana
juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh
dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah
untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insyaAllah barang yang anda
cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula. Amalkan membaca
SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran
mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang
itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ). Cubalah
sendiri dan dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari. Petua ini telah
saya amalkan dan setakat ini sungguh berhasil sekali.
Pengirim : Azee
< P 03 > Petua : Penawar resdong.
Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan.Kini saya
paparkan pengalaman saya yang telah mengidap resdung berbelas tahun malah telah
menjalani pembedahan pada tahun 1994. Tahun lepas saya dapat nasihat agar saya
mengamalkan perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk ) kemudian picit
sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah
selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya.Lakukan ini setiap kali sampai kesatu
destinasi,baik kepejabat ,bersantai , beriadah pulang kerumah malah kemana saja.Amal
kesannya sungguh menakjubkan.
Pengirim : Sda
< P 04 > Petua : Menurunkan darah tinggi.
Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama
dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan
campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk
atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau
makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama
tiga hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi
normal.
Pengirim : Arifin Haji Abdullah
< P 05 > Petua : Mengelak rambut dari cepat beruban.
Kebiasaanya kita orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri, lagi pun uban
tumbuh tak kira usia, ada kalanya masa remaja lagi ada yang telah beruban. Saya pernah
dengar petua dari arwah nenek saya ( dia meninggal semasa berumur 102 tahun ) rambut
nya masih hitam. dan dia bagi petua pada saya katanya,kalau nak lambat atau menahan
uban dari tumbuh caranya :
Ambil segengam biji buah betik ( banyak pun tak apa ) yang dah masak kamudian jemur
( keringkan ), kamudian goring dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, lepas tu
tumbuk sampai betul-betul lumat, kamudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai
menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian, Insyaalah
menjadi.
Pengirim : Arshad Haji Omar @ Syad
< P 01 > Petua : Menghilangkan kencing manis.
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau
muda,lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis
belaka.Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama.Caranya mudah
sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan
( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan
sebelah malam ataupun sebelah pagi ).Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat
menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya
apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari
tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh
petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya
anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai
pencegahan awal.
Pengirim : Zacaria
< P 02 > Petua : Jamu Wanita
Bagi wanita terutamanya ibu-ibu yang lepas bersalin tentu mahu mengembalikan kesihatan
tubuh seperti sebelumnya. Caranya,anda boleh mencuba membuat jamu sendiri yang mana
lebih terjamin kualiti dan kebersihannya.
1. Ambil 2 inci kunyit hidup dan 2 inci halia.
2. Kisarkan bersama segelas air sejuk.
3. Tumbuk kasar 1 sudu teh lada hitam.
4. Kemudian campur bahan-bahan ini dan didihkan.
5. Tambah 1 sudu gula merah,asam jawa dan secubit garam.
Apabila mendidih,tapis ambil air rebusannya.Biarkan suam,tambah madu lebah dan kuning
telur ayam kampong. Kacau rata, selawat 3 kali dan minum dalam satu nafas sambil ibujari
kaki kanan letak di atas ibu jari kaki kiri. Cara ini adalah untuk merapatkan tulang punggung
dan mengelak rahim daripada kembang.Selamat mencuba dan anda pasti berpuas hati.
Pengirim : Cik. Mawar

You might also like