Professional Documents
Culture Documents
Oleh :
[Di dalam sebuah artikel mengenai Khasiat Lada Hitam, sdr Ramli Abdul Karim telah menulis
sebagaimana berikut: DI antara rempah ratus, LADA HITAM ialah yang paling popular dan
digunakan dengan meluas. - Ia dikenali oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada sebagai
ramuan masakan, perisa dan sos. - Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum L. dari
keluarga Piperaceae dikenali dengan nama yang hampir serupa di kebanyakan negara Barat iaitu
berdasarkan sebutan PEPPER.
Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek
(piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber).
-Dalam bahasa Thai, lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi
(kali marich), Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik noi).
Tumbuhan itu dikatakan berasal dari Malabar di pantai barat India Selatan yang hari ini terletak
dalam negeri Kerala. - Di Asia Tenggara, lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia dan
Indonesia sejak 2,000 tahun lalu. - Selain lada hitam Malabar dan Tellicherry dari India serta
Belem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang paling bermutu dan cukup terkenal di
serata dunia. - Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namun
lada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba.
Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin
Abdul Manap memberitahu, buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan
melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. - Menurutnya, buah lada hitam
muda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya diminum.
“Jumlah buah muda yang digunakan bergantung kepada paras air dengan perbandingan satu atau
dua sudu bagi setiap satu cawan air.”
“Selepas masak, air rebusan perlu diminum perlahan-lahan dan amalan ini tidak perlu diteruskan
jika sakit kencing tidak lawas, cirit-birit dan pening kepala telah sembuh,” ujarnya.
Tajuddin menambah, bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dan
kemudian ditampalkan atau diikat pada dahi. - Sementara itu, kata beliau, untuk menyegarkan dan
memanaskan badan ibu-ibu lepas bersalin, sedikit buah muda yang ditumbuk dengan ikan bilis
dimakan bersama-sama nasi yang masih panas.]
Artikel mengenai khasiat lada hitam menarik perhatian saya untuk memberi
sedikit maklumat tambahan. Ini adalah kerana ia turut merupakan bahan yang
telah disediakan sebagai penawar homeopati sejak homeopati diperkenalkan pada
awal abad ke sembilan belas. Bagaimanapun, ia tidak merupakan remedi utama
dalam senarai remedi-remedi homeopati yang biasa dikenali dan diajarkan kepada
penuntut-penuntut homeopati.
Satu perkara yang jelas ialah kegunaan sesuatu bahan dalam perubatan
herba lebih banyak berasaskan pengalaman. Akhir-akhir ini, apabila ia dibawa
masuk ke makmal, banyaklah bukti-bukti saintifik dikemukakan bagi menyokong
penggunaannya. Demikianlah halnya dengan lada hitam.
Nama saintifik lada hitam iaitu Piper nigrum L., sebenarnya juga
merupakan nama remedi homeopati yang selalunya dikekalkan dengan nama
asalnya. Sesuai dengan sebutan “lada hitam”, ia juga lebih mudah dikenali atau
dicamkan apabila disebut “black pepper”. Jenama ini bernilai komersil baik di
peringkat pasar malam maupun pasar raya.
Salah satu khasiat yang disebutkan di dalam Utusan Malaysia (9 April 2002) terdahulu
ialah kemampuannya mengubati pening kepala. Pernyataan yang umum itu memang
biasa dengan tabiat merawat yang mengidentifikasikan ubat dengan jenis sakit atau
penyakit. Tetapi hal ini sebenarnya diberikan dengan agak terperinci di dalam materia
medika homeopati.
Mengikut Dr. W. Boericke, simptom sakit kepala Piper nigrum ialah sakit
kepala yang berat sehingga seolah-olah kedua pelipis ditekan-tekan. Terdapat juga
rasa tekanan pada tulang hidung dan tulang muka. Kedua mata radang dan
membakar. Sakit bola mata pula bagaikan hendak meletup.
Selain daripada sakit kepala, terdapat beberapa simptom lain yang mungkin
berhubungan dengan kegunaannya dalam perubatan herba, Antara catatan yang
boleh dipetik daripada materia medika Boericke ialah kegunaan Piper nigrum
dalam kes-kes gastrik, flatulens, kolik dan krem. Ia juga boleh diberikan bagi
sesetengah kes dispnea dan batuk yang mempunyai rasa sakit di dada.
Tentang kegunaannya sebagai ubat melawaskan kencing, keterangan simptom dalam
perubatan homeopati yang boleh membantu menunjukkan kesesuaiannya ialah apabila
terdapat simptom-simptom berikut: rasa membakar di dalam pundi dan saluran kencing,
sukar untuk kencing, ataupun bila pundi kencing rasa penuh dan membengkak. Pesakit
mungkin timbul rasa hendak kencing tetapi kerapkali kencing tidak keluar.