You are on page 1of 2

Petua Untuk Ibu Hamil &

Kanak-Kanak

1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak


kaki. Ada petua
yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan
dicampur dengan
sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki
dan betis selepas
selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur.
Amalkan dan anda akan
mendapat manfaatnya.

2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini.


Setiap kali mandi
dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung
rambut anda sambil
berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.

3. Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. Untuk


menghilangkannya
bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapu pada ruam.
Insya-Allah
ruam beransur hilang.

4. Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan . Untuk


menghilangkannya, anda boleh
menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas kelapa.
Biarkan seketika agar
daki tadi kembang, kemudian bolehlah digosok daki itu. Selain
hampas kelapa, minyak
bayi juga boleh digunakan. Amalkan dan hasilnya pasti memuaskan.

5. Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua
ini. Gunakan tiga jari
anda ( ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu ). Baca selawat tiga kali,
genggam dan lepaskan
beras dengan tiga jari tadi kedalam secawan air masak. Makan beras
yang masih melekat
pada jari itu. Gunakan air yang bercampur beras tadi untuk disapu
pada badan bayi dan
diberi minum kepada bayi. Suhu badan bayi akan berkurangan dan
ulangi jika perlu.

You might also like