You are on page 1of 21

Pengenalan Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan kewujudan ujian kecergasan.

Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan program Malaysia Cergas pada tahun 1985.

Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku ialah 1998-Senaman dan Kecergasan, 2000-Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat.

Setelah kita memutuskan bahawa kita perlu bersenam, maka kita seharusnya menilai tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelak kecederaan.

Sejarah Instrumen Penilaian merupakan satu proses yang dijalankan dari semasa ke semasa, di sekolah, untuk menentukan keberkesanan pengajaran pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penilaian telah dijalankan untuk semua mata pelajaran kecuali Pendidikan Jasmani secara rasmi dari dulu hingga 1987. Pada tahun 1989, dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), penilaian formal telah diperkenalkan untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Buat pertamanya, markah atau gred Pendidikan Jasmani di masukkan dalam buku laporan pelajar. Salah satu aspek yang ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian pelajar diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA).

Latar belakang Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) telah dijalankan buat pertama kali di sekolah pada awal tahun 70an. Ujian tersebut pada masa itu mengandungi 6 aktiviti iaitu :

a) Ujian Kelembutan b) Baling bola sofbol c) Lompat Sargent ( Lompatan Menegak) d) Mendagu e) Lari ulang-alik f) 600 ela lari/jalan

Pada awal tahun 80an, Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah, telah ditugaskan mengkaji semula Ujian Daya Tenaga Asas kerana didapati bahawa

ujian yang dijalankan pada masa itu kurang sesuai dan agak bermasalah. Jawatankuasa yang dilantik telah menjalankan beberapa percubaan dengan kerjasama sekolah-sekolah di negeri. Ia telah memutuskan bahawa ujian baru hanya akan menguji aspek-aspek kecergasan yang berdasarkan kesihatan sahaja. Jawatankuasa ini juga memilih aktiviti yang dianggapkan lebih bermakna, mudah diurus dan tidak memerlukan banyak alat. Hasil keputusan jawatankuasa ini ilah Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) yang sedang dijalankan di sekolah telah diperoleh. Ujian ini mengandungi empat aktiviti sahaja iaitu : a) Bangkit Tubi b) Tekan tubi c) Jangkauan melunjur d) Larian 1500m

Untuk memastikan bahawa ujian ini dijalankan di semua sekolah menengah, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar Surat Pekeliling Ikhtisa Bil 2/1988, iaitu pindaan kepada Surat Pekeliling Ikhtisa Bil 3/79 kepada semua negeri untuk edaran ke sekolah-sekolah. Untuk menentukan bahawa ujian yang sedang dijalankan masih sesuai mengikut perkembangan terbaru dalam bidang penilaian kecergasan, dan untuk mengemas kini markah-markah yang terdapat dalam buku panduan UDTA, satu seminar penilaian kecergasan telah diadakan pada 5 hingga 7 Oktober di Port Dickson. Pada waktu itu, Penyelia Pendidikan negeri dan wakil bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan yang terlibat dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dijemput menghadiri seminar ini. Dalam seminar tersebut, beberapa cadangan pengubahsuaian telah dibuat dan persetujuan telah diperoleh untuk sekali lagi melantik satu jawatankuasa kecil bagi mengkaji cadangan seminar dengan lebih mendalam. Jawatankuasa kecil yang dilantik telah bermesyuarat di Ipoh pada 5 dan 6 November 1992. Setakat ini, jawatankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan untuk pertimbangan pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Pendidikan. Tugasan

Soalan 1 a. Anda dikehendaki menyediakan bateri ujian untuk Lima (5) komponen yang hendak diuji. Instrumen tersebut terdiri daripada : i. Dua instrument untuk mengukur kecergasan fizikal berasaskan kesihatan ii. Dua instrument untuk mengukur kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor iii. Satu instrument untuk mengukur kemahiran

b. Setiap intrument hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Pengenalan, pendahuluan Nama ujian Objektif pengujian Fungsi ujian Sejarah instrumen Korelasi kesahan, kebolehpercayaan, keobjektiviti (jika ada) Prosedur pelaksanaan ujian Alatan yang diperlukan Limitasi pelaksanaan Organisasi pentadbiran ujian yang lengkap disediakan hendaklah ditadbirkan untuk

c. Instrumen

mendapatkan data dan maklumat. Oleh itu, anda dikehendaki melaksanakan pengujian dan pengukuran dengan memilih subjek daripada murid Tahap Dua di sekolah yang di pilih dalam kapasiti sebuah kelas dengan melaksanakan proses yang sewajarnya.

Soalan 2 a. Berdasarkan data dan maklumat hasil pengujian, pengukuran yang telah dilaksanakan, anda dikehendaki membuta rumusan, penilaian dan analisis hasil daripada pengujian tersebut.

Berdasarkan soalan 1, kami telah menjalankan ujian pengukuran dan penilaian pada butiran-butiran yang berikut :

Tempat Sampel Bilangan responden

: : :

Sek. Keb. Pida Tiga, Jitra, Kedah Murid Tahun 4 Dedikasi iaitu Tahap Dua 30 orang (11 lelaki dan 19 perempuan)

Bateri ujian : Berasaskan Kesihatan Berasaskan Kesihatan Berasaskan Lakuan Motor Berasaskan Lakuan Motor Berasaskan Kemahiran : : : : : Indeks jisim badan ( BMI ) Jangkauan Melunjur Lari Pecut 30m Lompat Jauh Berdiri permainan bola sepak

Tarikh : 7 julai 2011 Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi

AJK ujian penilaian dan pengukuran : Zulkiflee bin Salleh Nor Ahmad Shabaruzaman bin Mohd Nor

Limitasi Pelaksanaan Ujian

1.

Ujian ini hanya dijalankan di sekolah rendah sahaja iaitu S.K. Pida Tiga.

2. 3. 4. 5.

Hanya satu kelas sahaja iaitu murid dari tahun 4 Dedikasi yang diuji. Bilangan sampel hanya 30 orang iaitu 11 lelaki dan 19 perempuan. Bateri ujian hanya melibatkan 5 instrument sahaja. Masa yang terhad iaitu selama 1 hari dan pada sebelah pagi sahaja ujian ini dilaksanakan.

6.

Masa yang dilaksanakan hanya lebih kurang 2 jam dari jam 8 pagi hingga pukul 10 pagi.

7.

Ada responden yang tidak membawa pakaian pendidikan jasmani ketika sesi ujian dijalankan.

8. 9.

Murid yang kurang sihat dikecualikan daripada melakukan ujian ini. Murid yang tidak berpakaian sukan (perempuan) juga dikecualikan

bagi menitikberatkan aspek keselamatan.

Instrumen Satu

Nama Ujian : Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)

Tujuan

: Menilai komposisi badan

Tahap

: Murid Tahun 4

Responden : Murid tahun 4 Dedikasi

Jantina

: Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan: 1. Pengukur tinggi 2. Penimbang berat 3. Borang skor

Pengurusan dan organisasi: Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur:

1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.

2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan =

Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m)

3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.

Lelaki

Umur (Tahun) 9 10 11 12 13 14 15 16 17

Kurang berat <14.0 <14.2 <14.6 <15.0 <15.4 <16.0 <16.6 <17.2 <17.8

Normal 14.0 - 18.6 14.2 - 19.4 14.6 - 20.2 15.0 - 21.0 15.4 - 21.8 16.0 - 22.6 16.6 - 23.4 17.2 - 24.2 17.8 - 24.8

Berisiko Berat Berlebihan >18.6 - 21.0 >19.4 - 22.2 >20.2 - 23.2 >21.0 - 24.2 >21.8 - 25.2 >22.6 - 26.0 >23.4 - 26.8 >24.2 - 27.6 >24.8 - 28.2

Berat berlebihan >21.0 >22.2 >23.2 >24.2 >25.2 >26.0 >26.8 >27.6 >28.2

Perempuan Umur (Tahun) 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Instrumen Dua Berisiko Berat Berlebihan >19.2 - 21.8 >19.9 - 22.9 >20.8 - 24.0 >21.6 - 25.2 >22.5 - 26.2 >23.2 - 27.2 >24.0 - 28.0 >24.5 - 28.8 >25.2 - 29.6 Berat berlebihan >21.8 >22.9 >24.0 >25.2 >26.2 >27.2 >28.0 >28.8 >29.6

Kurang berat <14.8 <14.0 <14.4 <14.8 <15.3 <15.8 <16.3 <16.8 <17.3

Normal 14.8 - 19.2 14.0 - 19.9 14.4 - 20.8 14.8 - 21.6 15.3 - 22.5 15.8 - 23.2 16.3 - 24.0 16.8 - 24.5 17.3 - 25.2

Nama ujian

: Jangkaun melunjur

Objektif ujian Responden Jantina Kesahan

: Menguji kelenturan bahagian belakang badan dan hamstring : Murid tahun 4 Dedikasi : Lelaki dan Perempuan : Kesahan logikal digunakan Jarak koefisien adalah di antara 0.8 dan 0.9

Kebolehpercayaan : 70 atau lebih. Prosedur ujian : 1. Murid dikehendaki melakukan regangan untuk memanaskan badan. Murid perlu menanggalkan kasut. 2. Lekatkan kotak dan pembaris rapat ke dinding. 3. Murid duduk berlunjur menghadap dinding dengan kedua-dua belah kaki rapat dan menyentuh kotak lurus kehadapan. 4. Tapak tangan bertindih dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri. Kedua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak tolok dan bacaan diambil apabila tolok bacaan tidak lagi bergerak. 5. Jangkauan perlu bertahan selama dua saat (no bouncing). 6. Ujian dilakukan sebanyak 3 kali secara berturut-turut dan bacaan terbaik direkodkan dalam unit cm. dan pembaris dengan kedudukan tangan

Alatan ujian : i. Kotak pengukur dan pembaris

Norm ujian

Lelaki berumur 10 tahun :

Skor

cm

18 ke bawah

19 - 24

25 - 31

32 - 36

37 ke atas

Perempuan berumur 10 tahun :

Skor

cm

17 ke bawah

18 - 23

24 - 29

30 - 34

35 ke atas

Instrumen Tiga

Nama ujian

: Lari pecut 30 meter

Pendahuluan : i. Larian pecut adalah satu pergerakan dari satu titik ke satu titik. ii. Larian pecut ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan. iii. Masa larian juga dicatatkan iv. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. v. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. vi. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang. Objektif Ujian : Mengukur kepantasan murid memecut sejauh 30 meter dan kedudukan berdiri Responden : Murid tahun 4 Dedikasi Jantina : Lelaki dan perempuan Kesahan dan Kebolehpercayaan : Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang maksimum. Prosedur ujian : 1. Murid bersedia dalam kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan. 2. Penguji memberi isyarat sedia dan lari di samping meniup wisel. 3. Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada di garisan penamat dan berhenti apabila murid melepasi garisan penamat. 4. Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil. Alatan yang digunakan : i. Pita ukur

ii. iii. iv.

Jam randik Wisel Skitel

Organisasi perlaksanaan :

Instrumen Empat

Nama ujian : Lompat Jauh Berdiri

Objektif Ujian : Menguji kuasa eksplosif kaki secara mendatar Alatan Ujian : i. ii. iii. iv. v. Pita Pengukur (2 meter), Penanda Jarak Masking Tape Pembaris Kapur

Kesahan : Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini. Kebolehpercayaan : Koefisien di antara .83 hingga .99 telah dilaporkan. Prosedur : 1. Murid hendaklah berdiri di belakang garisan lompatan. 2. Kedudukan kedua-dua kaki hendaklah selari dan dibuka seluas bahu. 3. Murid membengkokkan lutut hampir kepada 90 darjah. Kemudian murid perlu mengayunkan tangan dengan kuat agar jarak lompatan lebih jauh. 4. Murid membuat lompatan sebaik sahaja arahan. 5. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (3) kali dan di selang seli dengan masa rehat dan dilakukan di atas permukaan rata. 6. Sekiranya bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki mengulangi ujian sehingga bacaan yang tepat dapat diambil. 7. Penggunaan padang rumput sebagai kawasan ujian tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan data yang diperoleh tidak tepat. 8. Ukuran diambil dari garisan lompatan hingga bahagian belakang kasut iaitu kaki yang paling hampir dengan garisan permulaan. 9. 3 percubaan akan dicatat dan jarak lompatan yang terbaik akan diambil kira. bersedia tanpa perlu diberi

NORM UJIAN

Instrumen Lima

Nama ujian : Kemahiran Permainan Bola Sepak (Ujian tendangan leret 5 meter) Tujuan : Untuk mengukur kemahiran tendangan leret secara tepat ke arah sasaran Alatan : Bola sepak, Skital, tali pengukur, borang skor, tape Responden : Murid tahun 4 Dedikasi

Prosedur ujian

1. Satu skital diletakkan di kawasan responden berdiri untuk membuat tendangan dan dua skital lagi di letak di bahagian hadapan seperti gol kecil berukuran 1 meter lebar dengan jarak di antara responden sejauh 5 meter. 2. Responden perlu berdiri dengan mencondongkan badan ke hadapan. 3. Bukaan kaki mestilah seluas bahu dengan satu kaki di hadapan dan kaki tendangan di bahgian belakang mengikut keselesaan. 4. Mata melihat ke arah sasaran, tendangan di lakukan menggunakan bahagian dalam kaki dan ikut lajak. 5. Responden hanya dibenarkan membuat tendangan dibelakang garisanyang telah di tanda dan diberi percubaan sebanyak sepuluh kali. 6. Kiraan dibuat berdasarkan jumlah bilangan bola yang masuk ke dalam gol dan kemahiran tendangan dilaksanakan mengikut kriteria yang telah ditetapkan

NORM UJIAN

BORANG SKOR

Perbandingan kelima-lima bateri ujian berdasarkan objektif, sampel, prosedur dan alatan Bateri ujian Indeks jisim badan Objektif Mengukur komposisi lemak Sampel 30 orang. 11 = lelaki 19 = perempuan Prosedur Mudah dijalankan. Alatan Penimbang, pengukur ketinggian

Jangkauan melunjur

Mengukur kelenturan otot di bahagian bawah belakang dan di bahagian atas peha

30 orang. 11 = lelaki 19 = perempuan

Mudah dijalankan. Ujian dapat diselesaikan dengan masa yang singkat.

Pembaris dan kotak

Lompat jauh berdiri

Mengukur kuasa kaki

30 orang. 11 = lelaki 19 = perempuan

Mudah dijalankan.

Pita ukur, pembaris dan pita pelekat.

Lari Pecut 30 meter

Mengukur kelajuan murid memecut 30 meter dari kedudukan berdiri.

30 orang 11 = lelaki 19 = perempuan

Mudah dijalankan. Terdapat 2 orang murid tidak melakukan ujian kerana tidak memakai pakaian sukan

Wisel, jam randik, skitel.

Permainanan bola sepak (Tendangan leret 5 meter )

Mengukur kemahiran tendangan leret sejauh lima meter tepat ke arah sasaran dengan teknik yang betul

30 orang 11 = lelaki 19 = perempuan

Sukar untuk ditadbir kerana murid masih lemah dalam membuat tendangan dengan tepat.

Bola sepak, skital, pita pengukur dan tape.

Bibliografi

Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications. Borhan Yusof, Hasbullah Ismail ect. 2008. HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani . Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd. Mohd Talib dan Norlena Salamuddin. 2007. HBPE1203 Kecergasan Fizikal. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

http://www.topendsports.com/testing/tests.htm http://www.fitness.gov/getfit.pdf http://www.sport-fitness-advisor.com/fitnesstests.html http://www.brianmac.co.uk http://www.peworld.org/fitnesstesting/physicalfitness.htm http://www.bodpod.com http://www.1st4sport.com

You might also like