You are on page 1of 24

TAJUK: KAJIAN KES:LEMBAM ( SLOW LEARNER)

BAB 1: PENGENALAN Ramai orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu dan buta.Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran.Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain.Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun. Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas. Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembam dan nakal kerana tingkah laku mereka yang kadang-kala mengganggu kelas.Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk, serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar.Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan. Guru-guru akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar lain.

Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan

sedikit peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini. Pun begitu, ramai juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan hasil.Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian seterusnya.Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami penyakit mental. Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di klinik psikiatri.Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu hospital yang memberikan perkhidmatan ini.Kebiasaannya, pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa ataupun oleh doktor dari mana-mana klinik terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Klinik Psikiatri. Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas pelajar-pelajar ini akan dilakukan pada sesi pertama.Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent Quotient) pelajar dan beberapa set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini akan diberikan tarikh temujanji untuk bertemu doktor.Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh laporan akademik pelajar dari pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka mempunyai masalah pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan ke JKM untuk pendaftaran OKU dan ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ini adalah amat perlu untuk memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks suasana belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain adalah pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran.Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat dielakkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami perasaan rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan mengalami tekanan emosi.Pun begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status OKU dan tidak mahu anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas. I

Di sini jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang mudah tetapi ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak pihak untuk memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar normal yang lain.Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam pembelajaran menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guru-guru yang mengenal pasti pelajar-pelajar terutamanya mereka yang gagal dalam LINUS tahun 1(saringan 3) untuk menjalani penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.

BAB 2: SOROTAN KAJIAN LEMBAM (SLOW LEARNER) DEFINISI Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah. Ciri - ciri: - Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza. - Pendiam / tidak aktif / banyak cakap. - Sukar menerima arahan. - Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa. - Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar. - Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis. - Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca. - Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan. - Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun - Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah - Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan. - Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil. - Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. - Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Punca: - Baka - Tersekat pengalaman - Intelek yang rendah - Masalah emosi - Kekecewaan - Rasa rendah diri - Kemantangan yang lambat - Lemah daya ingatan - Mudah terganggu tumpuan - Kurang rangsangan - Faktor-faktor kesihatan - Persekitaran - Amalan makanan - Kesan semasa mengandung - Penyakit semasa pembesaran selepas lahir. - Ubat semasa mengandung. - Kemalangan. - Sosio - ekonomi. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: - Temubual - Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan - Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan - Senang ke susah. - Konkrit ke abstrak. - Melibatkan seberapa banyak pancaindera - Banyakan pengukuhan dan latihtubi. - Jauhkan dendaan yang negatif

CADANGAN INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN 1.Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-murid seperti Siti Hajjar untuk terus fokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik. 2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung. Pemilihan kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut; a)Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Menurut Meese (2001), kanak-kanak lembam memerlukan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanak-kanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan.

b)Pengajaran Secara Individu Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu Munsyi atau tutoring, kursus melalui pos, Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut. c)Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka.

d)Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan Power Point dalam komputer dan electronic dictionary dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang stereotype. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986). e)Terapi Hidro Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.

f)Cara Kerja Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana muridmurid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut. g)Perkhidmatan Pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang Kurang Upaya(OKU). Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat, persekitarannya dan setursnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan, rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan merka sebagai ahli masyarakat yang produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujugkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Pendidikan yang mana di sediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula, wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. PJPHR adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanakkanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam, serebral palsi, sindrom down dan terencat akal. Secara keseluruhannya, masalah lembam ( slow learner) ini mempunyai jalan penyelesaian yang boleh diambil oleh semua pihak yang berkaitan terutamanya ibu bapa dan guru agar kanak-kanak yang terlibat tidak tercicir dalam mengejar arus pendidikan. Sememangnya, hal ini merupakan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh semua pihak.

BAB 3: METODOLOGI Bagi menjalankan kajian kes ini, saya telah menggunakan dua teknik iaitu pemerhatian dan temubual. 3.1 Pemerhatian Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas Muhamad Hafiz yang merupakan salah seorang murid yang belajar di kelas 6U. Saya memang mengajar dia dalam subjek Bahasa Melayu. Hal ini memudahkan saya memerhati dari segi tingkah laku, gaya pembelajaran, emosi dan pergaulannya bersama-sama rakan-rakannya yang lain.

You might also like