You are on page 1of 4

Teori Perkembangan Sigmund Freud

Teori Perkembangan Sigmund Freud

Dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego. Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas. Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup. Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya. Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id. Menurut Freud, apa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya. Pengalaman yang berkait rapat dengan trauma dan konflik pada peringkat awal kanak-kanak akan memberikan kesan jangka masa panjang. Freud berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Menurut kajiannya, perkembangan emosi setiap individu boleh dibahgikan kepada 5 peringkat.

1) Peringkat oral ( 0-1 tahun) Peringkat oral bermula dari kanak-kanak 0 hingga 1 tahun. Ciri-ciri:
y

Memperoleh kepuasan dari belajar menghisap, menggigit dan menelan selepas umur 8 bulan. Personaliti terbentuk daripada pengalamannya. Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ). Kanak-kanak yang tidak mendapat kepuasan menggigit dan menghisap akan membentuk personaliti yang agresif dan suka mengejek orang lain apabila besar.

y y y

2) Peringkat anal atau dubur (13 tahun) Peringkat anal bermula dari kanak-kanak 1 hingga 3 tahun. Ciri-ciri:
y y

Memperoleh kepuasan daripada aktivti membuang najis Kanak-kanak akan belajar cara-cara menawal pembuangan air besar dan kecil bertujuan untuk mendapat perhatian. Sifat bersih, kemas dan berjimat akan dapat dipupuk pada peringkat ini jika mereka dididik dengan cara yang sesuai. Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanakkanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa. Kanak-kanak ini akan membantuk personality jenis pemarah jika diberi latihan tandas yang tegas.

3) Peringkat falik atau kubul ( 3-6 tahun) Peringkat anal bermula dari kanak-kanak 3 hingga 6 tahun. Ciri-ciri

y y y

Kanak-kanak sudah mengenali jantina mereka sendiri Keadaan ini dpat dilihat mereka memegang kawasan kemaluan mereka sendiri. Pada kanak-kanak perempuan, keadaan ini dinamakan elektra kompleks. Kanakkanak perempuan akan tertarik kepada ibu bapanya dan cuba meniru gaya gaya ibunya untuk mendapat perhatian ayahnya. Kanak-kanak lelaki akan mengalami keadaan oedipus kompleks iaitu lebih tertarik kepada ibunya. Kanak-kanak lelaki ini akan cuba meniru gaya bapanya untuk menarik perhatian ibunya. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula pandai membela diri dalam mengatasi maslah penyelesaian. Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.

y y

4) Peringkat latensi (pendaman) - 6-11 tahun Peringkat latensi bermula dari kanak-kanak 6 hingga 11 tahun. Ciri-ciri
y y y

Peringkat ini dikenali dengan nama peringkat pendaman. Keinginan seksual kanak-kanak terpendam untuk sementara waktu. Kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan dan mula sibuk dengan aktiviti persekolahan

Kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang begaul akan merasa tidak puas berkawan apabila besar nanti dan mereka akan sukar bergaul, suka mengasingkan diri,, suka menarik diri dan merasa diri terkongkong. Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.

5) Peringkat genital (kejantinaan) - 12 tahun ke atas Peringkat genital bermula dari kanak-kanak 12 tahun ke atas. Ciri-ciri
y y y

Pada peringkat ini, kanak-kanak memasuki alam remaja. Mereka mula menunjukkan minat rakan sebaya yang berlainan jantina. Mereka mula memikirkan isu seperti dating, perkahwinan serta tentng kerjaya dan keluarga. Pada saat ini, kelenjar-kelanjar klamin sudah mula berfungsi dan alat-alat kelamin melalui proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan.

Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.

http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-perkembangan-sigmund-freud.html http://anakilhamku.blogspot.com/2011/01/teori-perkembangan-sosio-emosi-sigmund.html

You might also like