You are on page 1of 10

Penyulingan

Simple Distillation

Susunan radas suling makmal menggunakan kondenser Liebig, tanpa menggunakan turus pemeringkatan. Pada masa kini, pemanasan elektrik biasanya digunakan. Penyulingan ialah kaedah pengasingan bahan berdasarkan kemeruapannya. Pemekatan alkohol melalui pemanasan larutan bahan tertapai telah diketahui semenjak dahulu kala, dan kemungkinan merupakan kaedah penyulingan yang tertua, iaitu dalam usaha untuk

menghasilkan minuman tersuling. Walau bagaimanapun, kaedah ini telah digunakan secara meluas dalam industri kimia dan penghasilan bahan petroleum, dan dalam pelbagai jenis bidang yang lain. Peralatan yang digunakan dalam penyulingan adalah dipanggil radas penyulingan, dan ia terdiri daripada sekurang-kurangnya sebuah dandang semula atau bekas, di mana pemanasan bahan dijalankan, dan sebuah kondenser di mana wap panas disejukkan kembali kepada keadaan cecair, serta penerima di mana cecair pekat atau yang telah ditulenkan kemuadiannya dikutip. Kaedah penulenan serupa yang menggunakan pembekuan berbanding dengan pengewapan pula adalah dinamakan penyulingan beku. Ia bukanlah penyulingan, dan tidak membentuk hasil yang sama dengan penyulingan. Proses ini digunakan dalam penghasilan bir ais dan wain ais, masingmasingnya untuk meningkatkan kandungan etanol dan gula.

Sejarah

Alembik

Penyulingan telah dikembangkan menjadi bentuk modennya melalui rekaan alembik oleh ahli alkimia Islam Jabir ibn Hayyan pada sekitar 800 TM; beliau juga diberi penghargaan atas rekaan bermacam-macam jenis radas kimia dan proses yang masih lagi digunakan pada hari ini. Reka bentuk alembik telah menjadi ilham kepada beberapa rekaan moden radas penyulingan berskala mikro seperti radas penyulingan Hickman[1].

Abu Musa Jabir bin Hayyan

Potret "Geber" Eropah abad ke 15, Codici Ashburnhamiani 1166, Biblioteca Medicea Laurenziana

Riwayat Hidup
Tokoh Jabir Ibn Haiyan atau nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Azdi ( ) atau dikenali sebagai Geber di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Islam.Abu Musa Jabir Ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-Harrani dan al-Sufi.Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kimia.Beliau merupakan anak kepada penjual ubat. Jabir dikatakan belajar di bawah seliaan Imam Ja'afar Sadiq dan putera Ummayed iaitu Khalid Ibn Yazid.Sebelum itu beliau menuntut ilmu dalam bidang perubatan di bawah naungan Barmaki Vizir semasa zaman Khalifah Abbasyiah Harun al-Rasyid. Jabir Ibn Haiyan meninggal dalam tahanan rumah di Kufah pada 803 C.E.

Sumbangan
Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang kimia.Beliau memperkenalkan penyiasatan penyelidikan dalam bidang alkimia yang mengubah dalam bentuk yang lebih moden lagi. Makmalnya menjadi terkenal selama beberapa abad tetapi kemasyhurannya diabadikan pada 100 buah buku ilmiah dan 22 daripadanya berkaitan dengan kimia dan alkimia. Beliau juga telah menemukan mineral dan asid lain yang disediakan bagi alembicnya yang pertama.Alembic merupakan salah satu ciptaannya yang teragung yang menjadikan proses penyulingan lebih mudah serta bersistematik. Sumbangan beliau yang lain ialah seperti pengkristalan penyulingan , pengoksidaan serta pelbagai teknik lain dalam bidang kimia.

Kitab
Kitab al-Kimya. Kitab al-sab'een

Teori
Seringkali terdapat salah anggapan bahawa dalam sesuatu larutan, setiap juzuk akan mendidih pada takat didih normal masing-masing, dan wap-wap setiap juzuk kemudiannya dikutip secara berasingan dan pada keadaan tulen. Ini langsung tidak berlaku malah pada sistem yang dianggap unggul. Model-model penyulingan yang dianggap unggul pada asasnya ditentukan oleh hukum Raolt dan hukum Dalton. Hukum Raolt membuat anggapan bahawa suatu juzuk menyumbang kepada tekanan wap keseluruhan campuran, yang berkadar dengan pecahan campuran dan tekanan wapnya apabila dalam keadaan tulen. Untuk juzuk A
PA = XAPA

iaitu XA melambangkan pecahan mol A dan PA melambangkan tekanan wap A tulen. Jika suatu juzuk mengubah tekanan wap juzuk yang lain, atau kemeruapan suatu juzuk bergantung kepada pecahannya, hukum ini akan gagal. Hukum Dalton menyatakan bahawa tekanan wap keseluruhan adalah bersamaan dengan jumlah tekanan wap setiap juzuk di dalam campuran tersebut.
Ptotal = Pi, bagi juzuk-juzuk i = A, B, C, ...

Tekanan wap meningkat dengan penambahan haba. Apabila sistem pelbagai juzuk dipanaskan, tekanan wap setiap juzuk akan meningkat, menyebabkan tekanan wap keseluruhan juga ternaik. Apabila tekanan wap keseluruhan mencapai tekanan ambien, pendidihan berlaku dan cecair akan bertukar menjadi gas pada keseluruhan larutan. Perhatikan bahawa dalam apabila juzuk-juzuk adalah saling larut, campuran-campuran itu akan mempunyai satu takat didih. Model terunggul adalah tepat hanya pada kes cecair yang secara kimia serupa, contohnya benzena dan toluena. Dalam kes-kes lain, dapat diperhatikan terdapat sisihan besar daripada hukum Raolt dan hukum Dalton, dan yang paling terkenal adalah campuran etanol dan air. Walaupun terdapat pelbagai kaedah pengiraan yang boleh digunakan untuk menganggar perilaku suaut campuran daripada sembarangan jenis juzuk, naum satu-satunya kaedah untuk memperoleh data jitu bagi keseimbangan wap-cecair adalah melalui pengukuran. Daripada sifat proses itu sendiri, secara teorinya adalah mustahil untuk menulenkan secara sepenuhnya juzuk-juzuk dengan menggunakan penyulingan, kerana penyulingan hanyalah cenderung untuk menghampiri ketulenan, dan tidak akan mencapainya. Ini adalah setanding dengan pencairan, iaitu ia tidak akan mencapai ketulenan. Sekiranya hasil ultra tulen ingin diperolehi, maka pengasingan kimia yang lanjut haruslah digunakan.

[sunting] Penyulingan ringkas


Dalam penyulingan ringkas, semua wap panas yang dihasilkan, dengan serta-mertanya disalurkan ke sebuah kondenser yang menyejukkan dan memeluwapkan wap-wap tersebut. Oleh

itu, sulingan tidak akan menjadi tulen, sebaliknya komposisinya akan menjadi serupa seperti komposisi wap-wap pada suhu dan tekanan yang diberikan, dan ini dapat dihitung menggunakan hukum Raolt. Oleh itu, penyulingan ringkas biasanya digunakan untuk mengasingkan cecair-cecair yang di antaranya mempunyai takat didih yang sangat berbeza (petuanya beza kira-kira 25 C)[2], atau digunakan untuk mengasingkan cecair-cecair daripada pepejal-pepejal tak meruap. Bagi kes-kes sedemikian, tekanan-tekanan wap juzuk biasanya cukup berbeza sehinggakan hukum Raolt boleh diabaikan kerana sumbangan yang sangat kecil daripada juzuk-juzuk mudah ruap. Dalam kes-kes ini, sulingan boleh menjadi cukup tulen untuk tujuan yang dikehendaki.

[sunting] Penyulingan berperingkat


Bagi kebanyakan kes, takat didih juzuk-juzuk dalam campuran adalah cukup berhampiran, sehinggakan hukum Raolt mesti dipertimbangkan. Oleh itu, penyulingan berperingkat mesti digunakan untuk mengasingkan juzuk-juzuk dengan sempurna melalui kitar pengewapan dan pemeluwapan yang berulangkali, di dalam sebuah turus pemeringkatan yang mampat. Apabila larutan yang ingin ditulenkan dipanaskan, wapnya naik ke turus pemeringkatan. Apabila wap naik, ia juga menyejuk, lalu memeluwap pada dinding kondenser dan permukaan bahan pemampat. Di sini, hasil pemeluwapan terus dipanaskan oleh wap-wap panas yang naik; dan diwapkan sekali lagi. Akan tetapi, komposisi wap-wap baru ini ditentukan sekali lagi oleh Hukum Raolt. Setiap kitar pengewapan pemeluwapan (dipanggil plat teori) akan menghasilkan larutan yang lebih tulen bagi juzuk yang lebih mudah ruap[3]. Pada hakikatnya, setiap kitaran dalam suhu yang diberikan bukanlah suhu yang tepat pada kedudukan sama dalam turus pemeringkatan; maka plat teori hanyalah merupakan konsep daripada penerangan tepat. Lebih banyak plat teori akan menjurus kepada pengasingan yang lebih sempurna. Suatu sistem penyulingan jalur berpintal menggunakan jalur berpintal Teflon atau logam untuk memaksa wapwap yang ternaik untuk berada berhampiran dengan hasil penyulingan yang bergerak ke bawah, lantas meningkatkan bilangan plat teori[4].

[sunting] Penyulingan laluan singkat


Penyulingan laluan singkat ialah sebuah kaedah penyulingan yang membabitkan pergerakan hasil penyulingan pada jarak yang dekat, biasanya hanya beberapa sentimeter. Contoh klasik adalah penyulingan yang melibatkan pergerakan hasil penyulingan antara satu bebuli kaca ke yang lain, tanpa memerlukan kondenser untuk mengasingkan kedua-dua ruang. Kugelrohr ialah sebuah radas penyulingan laluan singkat yang boleh didapati secara komersial.

[sunting] Kes-kes istimewa: azeotrop


Saling tindak balas antara juzuk-juzuk dalam larutan menghasilkan sifat yang unik bagi suatusuatu larutan, kerana kebanyakan proses melibatkan campuran tak unggul, iaitu apabila hukum Raolt tidak dipatuhi. Tindak balas sedemikian boleh menyebabkan berlakunya azeotrop yang mempunyai takat didih malar, dan berkelakuan seperti ia sejenis sebatian tulen (iaitu mendidih pada suatu suhu tertentu dan bukan dalam suatu julat suhu). Dalam keadaan azeotrop, larutan akan mengandungi juzuk-juzuk pada nisbah yang sama seperti dalam keadaan wapnya, maka pengewapan tidak akan mengubah ketulenannya, dan penyulingan tidak akan menjurus kepada pengasingan juzuk. Contohnya, etil alkohol dan air membentuk sejenis azeotrop bernisbah 95% pada suhu 78.2C.

Terdapat pelbagai jenis kaedah untuk mengasingkan azeotrop bagi menghasilkan sulingan tulen, terutamanya jika azeotrop dianggap tidak cukup tulen untuk penggunaan. Kaedah-kaedah ini dinamakan penyulingan azeotrop. Beberapa teknik dicapai dengan "melangkaui" komposisi azeotrop (iaitu dengan mencampurkan juzuk tambahan untuk menghasilkan azeotrop baru, atau dengan mengubah tekanan), manakala yang lainnya bertindak mengasingkan atau mensekuester bendasing secara kimia atau secara fizikal. Sebagai contoh, bagi menulenkan etanol lebih daripada 95%, agen pengering atau bahan pengontang seperti kalium karbonat dicampur untuk mengubah air terlarut, kepada air penghabluran tak larut. Biasanya, tapis molekul digunakan untuk tujuan ini.

Penyulingan vakum

Dimetilsulfoksida biasanya mendidih pada suhu 189 C. dalam vakum atau hampagas, cecair ini disuling ke penerima pada suhu 70 C.

Sesetengah sebatian mempunyai takat didih yang sangat tinggi. Lazimnya adalah lebih baik untuk menurunkan tekanan ke suhu apabila sebatian mendidih, berbanding dengan meningkatkan suhu untuk tujuan yang sama. Apabila tekanan direndahkan ke tekanan wap sebatian (pada suhu yang diberikan), pendidihan dan proses penyulingan yang lanjut boleh diteruskan. Kaedah ini dinamakan penyulingan vakum dan biasanya didapati di dalam makmal dalam bentuk penyejat putar. Kaedah ini sangat berguna bagi sebatian-sebatian yang mempunyai takat didih mengatasi suhu penguraiannya pada tekanan atmosfera, iaitu ia akan mengurai sebelum mendidih pada tekanan atmosfera.

Fractional Distillation

Penyulingan pecahan jenis khas penyulingan untuk memisahkan campuran dua atau lebih cecair yang mempunyai takat didih yang berbeza. Proses ini melibatkan pemanasan pemeluwapan campuran dan sebahagian daripada wap di sepanjang lajur (ruangan fractionating), yang ditubuhkan supaya komponen dengan mata lebih rendah mendidih lulus melalui ruangan dan dikumpulkan lebih awal daripada komponen dengan mata lebih tinggi mendidih. Secara umumnya, kaedah ini digunakan apabila mendidih komponen bahagian kurang daripada 25 C antara satu sama lain di bawah tekanan satu atmosfera (atm). [1] Teknologi pemisahan penyulingan pecahan adalah berguna dalam tetapan keduadua penyelidikan dan industri. Dalam industri, ia biasanya digunakan di kilangkilang penapis petroleum, loji kimia, dan loji memproses gas asli. Begitu juga, jika sampel udara cecair, ia boleh dibahagikan kepada komponen-komponennya untuk menghasilkan oksigen cecair, cecair nitrogen dan argon. Juga, chlorosilanes boleh

disuling untuk menghasilkan silikon ketulenan tinggi untuk digunakan sebagai semikonduktor.

Industrial distillation

Gambarajah penyulingan menara industri yang biasa

Diagram of a typical, large-scale industrial distillation tower

Chemical engineering schematic of typical bubble-cap trays in a distillation tower.

Steam Distillation

Penyulingan stim adalah jenis khas penyulingan ( proses pemisahan ) untuk suhu bahan-bahan sensitif seperti semula jadi aromatik sebatian. Banyak sebatian organik cenderung untuk mengurai pada suhu tinggi yang berterusan. Pengasingan melalui penyulingan biasa maka tidak akan menjadi pilihan, jadi air atau stim diperkenalkan ke dalam radas penyulingan . Dengan menambah air atau stim, takat didih sebatian tertekan, sekali gus membolehkan mereka untuk menguap pada suhu yang lebih rendah, sebaikbaiknya di bawah suhu di mana kemerosotan bahan menjadi ketara. Jika bahan-bahan yang akan suling adalah amat sensitif kepada haba, penyulingan stim juga boleh digabungkan dengan penyulingan vakum. Selepas penyulingan wap pekat seperti biasa, biasanya menghasilkan dua sistem fasa air dan sebatian organik, membenarkan pemisahan mudah.

Aplikasi
Penyulingan stim bekerja dalam pengeluaran minyak pati , misalnya, minyak wangi . Dalam kaedah ini, wap melalui bahan tumbuhan yang mengandungi minyak yang dikehendaki. Eucalyptus minyak dan minyak oren diperolehi oleh kaedah ini pada skala industri. Penyulingan stim juga kadang-kadang digunakan untuk memisahkan produk-produk pertengahan atau akhir semasa sintesis sebatian organik kompleks. Penyulingan stim juga digunakan secara meluas di kilang penapisan petroleum dan petrokimia tumbuh-tumbuhan di mana ia biasanya dirujuk sebagai "stim menanggalkan"

You might also like