You are on page 1of 3

Pengaruh Islam Di Asia Tenggara

1. Pengaruh Budaya Hindu kuat di rantau asia tenggara sebelum datangnya agama islam. 2.Kedatangan islam telah memperkenalkan unsur-unsur baru dalm pelbagai bidang. Pemerintahan dan pentadbiran 1.Pemerintahan beraja telah wujud di asia tenggara sejak sebelum kedatangan islam. 2.Kedatangan Islam telah membawa pengubahsuian kepada institusi beraja kepada institusi kesultanan. 3.Sultan adalah ketua negara dalam pentadbiran Islam dan ini telah mengukuhkan kerajaan Islam di Asia Tengggara. 4.Penggunaan gelaran Sultan telah menyamakan pemerintahan kerajaan Islam di seluruh dunia. 5.Gelaran Khalifatul Mukminin diberikan kepada raja-raja melaka dan gelaran lain ialah Zillulah fil'Alam yang bermaksud 'bayangan Allah di dalam alam'. 6.Sultan dianggap sebagai khalifah Allah dan mereka dikehendaki menjalankan amanah yang dijalankan oleh Allah. 7.Antara sultan yang berpegang teguh dengan ajaran islam ialah Sultan Malik al-Zahir(Pasai),Sultan Ali Mughayad Syah dan Sultan Iskandar Thani(Acheh). 8.Mufti dilantik penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran negara. 9.Kadi,khatib,bilal,pemungut zakat,penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf adalah petugas lain dalam pentadbiran. 10.Undang-undang syariah berdasarkan al-Quran Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. diperkenalkan tetapi masyarakat tempatan masih terikat dengan undang-undang adat dan ini menghalang undang-undang syariah dilaksanakan dengan sepenuhnya. 11.Undang-undang syariah jelas termaktub dalam Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Muzaffar Syah. 12.Di Acheh, Kanun Mahkota Alam mempunyai ciri-ciri islam diperkenalkan. Semangat Jihad 1.Semangat jihad dan semangat kebanggsaaan telah lahir untuk memnentang penjajah yang menjajah di asia tenggara. 2.Di Acheh, semanagt jihad telah digunakan oleh sultan untuk melindungi Islam daripada seranggan Portugis.

3.Di Jawa,rakyat tempatan bersatu teguh dengan perinsip Islam untuk menghalau penjajah. 4.Di Pattani,penjelasan tentang kelebihan berjihad telah dimuatkan dalam kitab karangan Syeikh Daud al-Pattani. 5.Dalam Islam jihad juga merujuk kepada usaha menentang dan usaha mencapai kehidupan yang lebih baik. Sistem Pendidikan 1.Sebelum Islam,golongan awam tidak dapat pendidikan dan kedatangan Islam telah menanam sikap mementingkan ilmu. 2.Sikap mementingkan ilmu ini membawa kepada berkembangnya pendidikan dan institusi pendidikan formal. 3.Pusat pendidikan Islam di Perlak,Sumatera Utara merupakan pusat pendidikan formal yang terawal di Asia Tenggara. 4.Terdapat sebuah pusat penterjemahan karya agama muncul di Samudera-Pasai. 5.Pendidikan pondok yang bermula di Perlak kemudiannya berkembang dengan meluas di Pattani,Acheh dan Jawa. 6.Institusi pondok tidak wujud dalam kesultanan Melayu Melaka. 7.Acheh mempunyai sistem pendidikan yang lebih sistematik berbanding dengan kerajaan Perlak,Samudera-Pasai dan kerajaan Melayu Melaka. 8.Pendidikan Islam kemudiannya berkembang ke Pulau Jawa,Pattani,Filipina,Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bahasa dan Kesusteraan 1.Mutu bahasa dan kesusteraan Melayu telah ditingkatkan dengan kedatangan islam. 2.Tulisan jawi wujud apabila ulama tempatan telah mengubah suai huruf arab bagi menulis perkataan melayu dan tulisan jawi kemudiannya menjadi tulisan rasmi dalam kerajaan islam. 3.Bahasa Melayu digunakan secara meluas abad ke-17 masihi sebagai bahasa istana,bahasa surat menyurat,bahasa perhubungan antara wilayah,bahasa ilmu pengetahuan,bahasa untuk berdakwah dan pengajaran dan pembelanjaran. 4.Bahasa Melayu kemudiannya menjadi bahasa lingua franca. 5.Bahasa Melayu digunakan dalam bidang ilmu pengetahuan dan bidang lain seperti perdangangan. 6.Hasil kesusasteraan Melayu juga dipengaruhi oleh bahasa Arab.

7.Aktiviti penterjemahan hasil kesusasteraan dan agama juga dilakukan khususnya di Melaka. Cara hidup 1.Sebelum kedatangan agama Islam cara hidup masyarakat Asia Tenggara dipengaruhi animisme serta agama Hindu dan Budha. 2.Setelah agama Islam bertapak cara hidup Islam mula diasimilasikan kebudayaan masyarakat Asia Tenggara dan Islam dijadikan sebagai ad-din iaitu satu cara hidup yang menyeluruh sistem sosial masyarakat melayu yang mempunyai kelas telah ditukarkan kepada sistem yang berkonsepkan persaudaraan. 3.Nilai-nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam kehidupan harian. Kesenian 1.Seni khat,seni bina dan seni ukir masyarakat Asia Tenggara dipengaruhi oleh kesenian Islam. 2.Seni khat pada batu nisan jelas memperlihatkan pengaruh Islam. 3.Pengaruh seni Islam khususnya dari Parsi jelas terdapat pada batu nisan Malilk Ibrahim di bawa dari Gujerat dan pada makan Naina Hisham al-Din. 4.Seni khat juga diukir pada bilah mata keris. 5.Unsur seni khat islam juga mempengaruhi seni ukiran kayu seperti unsur seni kaligrafi dan unsur khat juga boleh dilihat pada bangunan seperti masjid,surau dan rumah kediaman. Ekonomi 1.Institusi ekonomi seperti baitulmal telah diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. 2.Aktiviti pedagang digalakkan oleh agama Islam dan unsur-unsur yang halal semasa berurus niaga dan nilai murni seperti berjimat-cermat disarankan.

You might also like