You are on page 1of 4

Aduhai Bapa Oleh Hashim Yaacob Ketika mereka membedil dan kubu kita dikepung aku tegak membenteng

menyanggah pengangkara murka Dan aku menggali telaga membasuh lika-luka pembela bila kering air di pipa. Ini garisan bangsa aku jaga, aku pertahan. Aduhai bapa jangan kaubawa penderhaka ke dalam kubu kita. (Fakulti Pergigian Universiti Malaya) Aku Hanya Mahu Ke Seberang, 2003 Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

Maksud. Rangkap 1. Ketika mereka menyerang atau menggempur serta mengepung kawasan pemimpin, penyair secara sukarela menjadi benteng untuk menghalang mereka yang menyebar segala tohmahan. Rangkap 2. Walaupun air paip tidak mengalir lagi, penyair ikut serta berusaha menggali telaga sebagai persediaan untuk membasuh serta menguatkan kembali semangat mereka yang sanggup berjuang. Rangkap 3. Penyair sanggup menjaga dan mempertahankan negara kerana negara ini adalah milik bangsa yang merdeka. Rangkap 4.

Penyair menyeru kepada para pemimpin spaya tidak membawa serta mendekati golongan yang menjadi penderhaka di tanah air sendiri.

Tema.
Sajak ini bertemakan patriotik. Tema ini dapat dilihat apabila penyair menyeru supaya menjaga negara daripada diceroboh oleh golongan penderhaka.

Persoalan.

Bentuk.
1. Sajak ini dibentuk dengan empat rangkap. Setiap rangkap adalah pendek iaitu : a. Rangkap 1 : 4 baris b. Rangkap 2: 3 baris c. Rangkap 3: 2 baris d. Rangkap 4: 3 baris 2. Susunan kata pada setiap baris adalah antara 2 hingga 4 perkataan sebaris. Aduhai bapa dan kubu kita dikepung aku jaga, aku pertahan (rangkap 4, baris 1) (rangkap 1, baris 2) (rangkap 3, baris 2)

3. Secara keseluruhan, sajak ini berbentk bebas.

2. "Pengangkara" merupakan seseorang yang melakukan perkara jahat. Manakala "murka" dikaitkan dengan marah dan bersifat abstrak. Contoh metafora lain ialah Inigarisan bangsa (Rangkap 3, baris 1).

I nv er si

Inversi ialah menyusun ayat secara terbalik. Dalam sajak ini, didapati pada rangkap 2, penyair menyusun baris-baris puisinya secara terbalik. Sepatutnya, sajaknya ditulis sebagaimana yang berikut: Bila kering air di pipa aku menggali telaga untuk membasuh luka-luka pembela.

P enyair menggunakan simbol "bapa', "telaga", dan "kubu" untuk menggambarkan sajaknya secara konotatif "Bapa" dapat dimaksudkan sebagai pemimpin, "telaga" ialah sumber air yang boleh memberikan bantuan, dan "kubu" ialah benteng atau perlindungan untuk sesebuah negara supaya tidak diceroboh oleh musuh.

Nilai.
Berani. Penyair berani mempertaruhkan nyawanya untuk kedaulatan negara. Bermuafakat. Penyair bermuafakat dengan pemimpin untuk melindungi negara daripada diserang oleh kumpulan penderhaka.

Pengajaran. 1. Kita hendaklah bersifat berani untuk menunjukkan rasa sayang kepada negara. 2. Kita perlulah bermuafakat sebagai sati pasukan untuk meyelesaikan sebarang masalah.

You might also like