You are on page 1of 2

1.

KONSEP GLOBALISASI Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu

unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit. Sesebuah negara itu mempunyai peluang yang luas untuk menerima pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini memudahkan manusia terutamanya dalam perhubungan iaitu di antara sesebuah negara dengan negara yang lain ataupun perhubungan sesama manusia. Melalui perkembangan ini, sesuatu perhubungan itu dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat dan cepat.

Menurut Kamus Dewan, globalisasi dapat didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Dalam era globalisasi ini, ruang dunia semakin mengecil dari sehari ke sehari. Jika duhulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini, kita telah dapat merasakan apakah sebenarnya maksud globalisasi itu sendiri. Selain itu, ledakan teknologi maklumat yang kian pesat merupakan medium utama kepada perkembangan dan kepesatan globalisasi. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi itu sendiri telah menjangkaui sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan keseluruhan aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, kerajaan juga memberi perhatian yang serius kepada globalisasi maklumat, perkembangan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum serta melalui penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Salah satu penubuhan yang terdapat di Malaysia ialah Koridor Raya Multimedia (MSC). Koridor Raya Multimedia merupakan simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi pada zaman sekarang.

Selain itu, globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai terutamanya dari segi cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Lodge (1993) telah mendefinisikan globalisasi sebagai: "... a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is accelerated by technology, which is driven by only a few hundred multinational corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or might it not make more sense to seek greater involvement from the global community.

You might also like