You are on page 1of 8

Panduan Karangan Punca kenaikan harga barang di pasaran.

Pendahuluan Kenaikan harga barang menjadi buat mulut masyarakat. - membimbangkan semua pihak. - disebabkan pelbagai punca. Isi 1 - Pengeluaran barangan keperluan tidak dapat menampung keperluan pengguna. - oleh sebab peningkatan bilangan penduduk yang mendadak. - kilang penghasilan barangan tidak bertambah. Isi 2 - Sikap peniaga yang mahu mengaut untung berlebihan. - mereka menaikkan harga sesuka hati. - menyorok barangan keperluan untuk menaikkan harga. Contohnya, kenaikan harga gula dikaitkan dengan aktiviti peniaga menyorok bekalan gula. Isi 3 - Pengeluaran terjejas akibat bencana alam. - Taufan di negara jiran menjejaskan pengeluaran. Negara kita masih mengimport barang keperluan. - Banjir besar juga menjejaskan pengeluaran barang keperluan. Isi 4 - Permintaan mendadak akibat musim perayaan. - Terdapat banyak perayaan di negara ini. Contohnya hari raya, Deepavali, Krismas, dll. - Pengguna memerlukan lebih banyak barang keperluan pada musim perayaan. - Kekurangan barang menyebabkan harga meningkat. Kesimpulan Kenaikan harga barangan keperluan memang menyusahkan masyarakat. Semua pihak mesti berganding bahu mengatasi gejala ini. Pengawalan harga barang akan menjadikan kehidupan lebih sejahtera.

Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar, negara kita tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi, iaitu kenaikan harga barang secara holistik. Senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat jelata, terutama golongan yang berpendapat rendah yang terpaksa hidup bagai kain basah kering di pinggang. Duri dalam daging ini perlu dicabut dalam masyarakat kita sebelum parah, rusuhan akibat daripada inflasi yang berlaku di luar negara harus menjadi iktibar di negara kita. Sebelum mengatur langkah untuk menangani masalah ini, biarlah pihak berkuasa menyusuri punca-punca kenaikan harga barang di negara kita. Kata orang tua-tua, ada asap, ada api . Setiap kemusykilan pasti ada pangkal pokoknya. Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi ialah kenaikan harga minyak. Tidak dapat dinafikan bahawa harga minyak petroleum telah naik secara drastik di pasaran antarabangsa, sehingga pernah mencecah US $144 setong pada tahun 2007. Hal ini memangkinkan kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel yang telah disubsidikan oleh kerajaan itu ke negara jiran kita. Lantaran kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak petrol dan diesel untuk mengurangkan beban kewangan. Penyeludup yang tamak telah menyebabkan rakyat jelata mengalami penderitaan. Hal ini sama dengan peribahasa, orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah. Kenaikan minyak yang sebagai kos pengangkutan yang terutama akan memberikan kesan yang amat besar kepada harga barangan. Walhasilnya, harga semua barangan turut naik dengan serentak. Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan. Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi pernah mencecah harga sebanyak RM8 sekilo manakala cili merah kini telah mencecah harga RM15 sekilo sebagai harga runcit. Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang. Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal. Tambahan pula, kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini. Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah terjunam. Peniaga negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing. Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar. Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu, kita tetap perlu

membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara

kita sendiri, seperti tepung gandum. Lebih-lebih lagi, ada peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang. Demi meragut keuntungan yang lumayan, terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan keperluan. Mereka enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang seperti cacing kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu. Hal ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Barangan keperluan seperti beras, gula, dan tepung sering menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang. Kita semua sedar bahawa permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan akan tercetusnya inflasi. Sehubungan dengan itu, pengguna kita juga perlu bertanggungjawab dalam konteks ini. Rakyat Malaysia tidak memiliki kesedaran tentang ilmu kepenggunaan. Mereka sering membelibelah dengan berdasarkan nafsu dan bukan berpaksikan keperluan. Sebagai contohnya, ketika musim perayaan, penduduk Malaysia sering membeli barangan secara berlebihan sehingga berboros kerana tidak dapat menghabiskannya. Tamsilnya, mereka sering merebut daging ayam dan telur. Mereka membuat kuih-muih dan juadah dengan terlalu banyak. Apabila permintaan di pasaran lebih banyak daripada bekalan, harga barang naik secara drastik lagi. Siapakah yang menjadi mangsa? Tepuk dada tanya selera. Kenapa perayaan tidak boleh diraikan secara sederhana? Bukankah hubungan yang intim sekeluarga lebih penting daripada menyediakan makanan yang melambak? Ingatlah peribahasa, Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Untuk melepaskan diri daripada belenggu inflasi, pihak kerajaan, terutama Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus bertindak bijaksana seperti menarik rambut di dalam tepung untuk menangani masalah ini daripada terus menular. Kerjasama pihak pengguna, peniaga dan prihatin pihak berkuasa amat signifikan untuk meminimumkan inflasi sehingga mencapai inflasi sifar. Hal ini memang selaras dengan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Ia sudah lama berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang menyebabkan kenaikan harga barang ini berlaku.

Salah satu punca kenaikan harga barang ialah bencana alam. Bagi negara-negara yang membekalkan hasil-hasil bumi mereka seperti beras, bawang, buah-buahan dan sebagainya terpaksa menaikan harga penjualan yang mendadak naik khususnya apabila berlaku bencana alam seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila negara India dilanda banjir kilat harga bawang melonjak naik kerana pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad dan tidak dapat dimiliki oleh semua pengguna.

Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga tidak kurang memberikan impak yang besar dalam kenaikan harga barangan. Ini kerana setiap produk yang diimport memerlukan kos bayaran minyak bagi perkhidmatan penghantaran. Apabila harga minyak melonjak naik secara drastik, secara tidak langsung ia mempengaruhi harga barangan yang diimport tersebut apabila ia dipasarkan kelak. Sebagai contoh, isu yang berlaku baru-baru ini, harga barangan banyak melonjak naik secara mendadak akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang mencecah dua hingga tiga kali ganda daripada harga biasa.

Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan. Ini juga salah satu punca harga barangan naik. Hal ini berlaku kerana kurangnya pantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat serta gedung-gedung perniagaan baik yang besar mahupun perniagaan kecil di sesebuah negara tersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi penguatkuasaan tersebut, tidak mustahil seseorang peniaga itu menaikan harga barangan di

Kenaikan Harga Barang (Sebab + Langkah Mengatasi) Pendahuluan - Kenaikan harga barang keperluan akan menjejaskan perbelanjaan pengguna - Terdpt beberapa sebab harga barang keperluan meningkat Sebab 1. Kenaikan harga petrol ` petrol merupakan bhn keperluan kenderaan & kilang utk menggerakkan jentera ` kenaikan harga petrol akan menyebabkan kenaikan kos pengeluaran & pengangkutan ` kenaikan kos akan menyebabkan margin keuntungan pengeluar mengecil ` akhirnya pengeluar terpaksa menaikkan harga barang keluaran mereka 2. Permintaan melebihi penawaran ` musim perayaan spt Hari Raya dan Tahun Baru Cina, penggunaan akan byk berbelanja ` permintaan y byk akan menyebabkan pengeluar menaikkan harga barang keperluan spt ayam, daging, bhn2 membuat biskut & lain2 ` pengunna membeli melebihi keperluan mereka turut menyebabkan peningkatan permintaan 3. Sikap tamak peniaga ` peniaga akan mengambil kesempatan terutama apbl menjelang musim perayaan ` pelbagai teknik digunakan o peniaga bg meriahkan keuntungan spt memberi potongan harga palsu & pemberian hadiah y kononnya menarik Langkah Mengatasi 1. Akta Kawalan dan Akta Bekalan dikuatkuasakan ` barang2 kawalan spt ayam, daging, gula & lain2 lagi tdk blh dinaikkan dgn sewenang-wenangnya tanpa persetujuan kerajan ` lesen peniaga y engkar blh ditarik balik spt menyorokkan bekalan utk menaikan harga ` pengguna melaporkan kpd pihak berkuasa 2. Pengguna harus berjimat cermat berbelanja ` perbelanjaan harian perlu dirancang dgn rapi ` berbelanja mengikit keperluan & bkn mengikut kemampuan ` penggua tdk harus mudah dipengaruhi o iklan 3. Kesedaran pengguna ` penggua harus sedar ttg hak pengguna ` berani melaporkan penyelewengan y dilakukan o peniaga ` memboikot peniga y menaikkan harga barang sewenang-wenangnya 4. Menghasilkan makanan sendiri ` menternak ayam ` menanam sayur-sayuran spt kacang, sawi,... & buah-buahan spt betik, jagung, mangga ` dpt mengurangkan perbelanjaan harian & blh digunakan utk keperluan spt pendidikan

Kesimpulan - Kerjasama semua pihak perlu digembleng bg mengawal kenaikan harga barang keperluan seharian

Punca kenaikan harga barang 1. harga petrol meningkat dan membebankan pekilang P berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul 2. kemelesetan ekonomi P naik seperti semut, turun seperti ribut 3. permintaan melebihi stok P ingat sebelum kena, jimat sebelum habis 4. kelemahan kawalan harga barang P harapkan pagar, pagar makan padi 5. peniaga mengambil kesempatan sewenang-wenangnya P menangguk di air keruh

Tajuk : Harga barangan di pasaran semakin mahal darisemasa ke semasa. Bincangkan punca-punca kenaikan hargabarangan tersebut. Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Iasudah lama berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakatitu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang menyebabkan kenaikan harga barangini berlaku.Salah satu punca kenaikan harga barang ialah bencana alam. Bagi negara-negara yangmembekalkan hasilhasil bumi mereka seperti beras, bawang, buah-buahan dansebagainya terpaksa menaikan harga penjualan yang mendadak naik khususnya apabila berlaku bencana alam seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya. Sebagai contoh,apabila negara India dilanda banjir kilat harga bawang melonjak naik kerana pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad dan tidak dapat dimiliki oleh semua pengguna.Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga tidak kurang memberikan impak yang besar dalam kenaikan harga barangan. Ini kerana setiap produk yang diimportmemerlukan kos bayaran minyak bagi perkhidmatan penghantaran. Apabila hargaminyak melonjak naik secara drastik, secara tidak langsung ia mempengaruhi harga barangan yang diimport tersebut apabila ia dipasarkan kelak. Sebagai contoh, isu yang berlaku baru-baru ini, harga barangan banyak melonjak naik secara mendadak akibatkenaikan harga minyak di pasaran dunia yang mencecah dua hingga tiga kali gandadaripada harga biasa.Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan. Ini juga salah satu punca harga barangan naik. Hal ini berlaku keranakurangnya pantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat sertagedung-gedung perniagaan baik yang besar mahupun perniagaan kecil di sesebuah negaratersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi penguatkuasaan tersebut, tidak mustahilseseorang peniaga itu menaikan harga barangan di kedainya untuk mengaut keuntunganyang lebih.Walaupun banyak perkara yang mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut, namunhal ini masih boleh diatasi dengan adanya penguatkuasaan undang-undang yang ketatyang ditetapkan oleh Jabatan Ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain daripada itu, pihak kerajaan sewajarnya memberikan subsidi kepada rakyatnya khususnya di negaranegara miskin. Dengan hal-hal yang sedemikian, saya percaya bahawa ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan masalah kenaikan harga barangan yang berlaku pada

kedainya untuk mengaut keuntungan yang lebih.

Walaupun banyak perkara yang mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut, namun hal ini masih boleh diatasi dengan adanya penguatkuasaan undang-undang yang ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain daripada itu, pihak kerajaan sewajarnya memberikan subsidi kepada rakyatnya khususnya di negara-negara miskin. Dengan hal-hal yang sedemikian, saya percaya bahawa ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan masalah kenaikan harga barangan yang berlaku pada hari ini.

You might also like