You are on page 1of 27

AFIFAH AHMAD NABILA IZZATIE AB RAZAK NURUL HANA ABDUL HADI PISMP PEND.

KHAS SEMESTER 5 IPG KAMPUS KOTA BHARU

MAKSUD DRUG
Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, drug ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

DOPING
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.

Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Dadah

menguatkan

prestasi

atau

dikenali

dalam

bahasa

Inggeris

Performance-Enhancing Drugs.

Ia digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan.

Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh badan dengan cara berbeza seperti dapat membesarkan otot-otot atau meningkatkan kapasiti aliran oksigen darah.

Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah, penggunaan dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi perubatan.

Penggunaan dadah dalam sukan bukanlah satu fenomena baru. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil dadah untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain.

Para atlet dipenghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan menggunakan kafein dan strychnine.

Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960, barulah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang.

Disebabkan habuan insentif ke atas kecemerlangan sukan.

Atlet berlatih bertahun-tahun bagi mengejar kejayaan dan menghasilkan rekod kejohanan.

Para atlet amatur terbaik akan menerima biasiswa universiti atau kolej sebagai ganjaran hasil dari pencapaian yang telah ditunjukkan.

Ahli sukan profesional terkemuka dalam banyak jenis sukan pula memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit, wang hadiah dan endorsement komersial.

Ada di kalangan atlet mengambil dadah kerana khuatir tertinggal di belakang atlet lain.

Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.

Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.

Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang

Penggunaan dadah terbukti dalam sejarah sukan :

Sejak

800BC

hadiah

menarik,

profesionalisme

and

komersialisme di Greek pada zaman purba, saingan di antara para atlet menyebabkan mereka mengambil bahan-bahan yang boleh meningkatkan prestasi seperti ekstrak cendawan, benih tumbuhan dan protein haiwan.

Penggunaan dadah telah merebak sehingga membawa kepada penamatan Sukan Olimpik zaman purba.

Penggunaan drug juga tercatat di zaman ini

Pelumba kuda perang memberi ramuan yang kuat kepada kuda agar dapat berlari dengan lebih pantas

Gladiator juga diberi drug supaya perlawanan mereka menjadi lebih hebat

Selepas suatu penamatan yang singkat sejak 396 AD, sukan muncul semula pada abad ke-19 di kawasan luar bandar di England dan seterusnya menular ke seluruh dunia.

Aktiviti rekreasi yang tidak teratur aktiviti bercorak kasual dan perkauman di sesebuah kawasan

Kemunculan industrialisasi dan urbanisasi menukar corak permainan dan sukan di kawasan luar bandar.

Aktiviti sukan telah berkembang sehingga menjadi suatu perniagaan besar yang merupakan sumber hiburan, pendapatan dan pekerjaan di seluruh dunia

Sukan telah menjadi suatu institusi sosial yang penting dan kejayaan dalam sukan mempunyai nilai yang tinggi

Tekanan pada ahli sukan untuk bukan sahaja berjaya tetapi menjadi atlet yang Terbaik

Menyumbang kepada peningkatan pengambilan drug dan kematian berkaitan drug di kalangan atlet

KESIHATAN Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.

ETIKA Di dalam sesetengah keadaan bahanbahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.

UNDANG-UNDANG Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannyaadalah dilarang dalam sukan dilarang dalam sukan.

Strategi yang diambil bertujuan untuk ::


PEMBASMIAN MEMANTAU
Salah laku dan penyalahgunaan dadah Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping Ujian doping di luar pertandingan Parameter latihan dan tahap keupayaan

PENCEGAHAN

Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit.

Agen Anabolik Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor KESAN-botak, jerawat, kerosakan hati Agonis Beta-2 Agonis beta-2 sering didapati pada ubatubatan Asma KESAN tangan menggeletar, pening, berdebar-debar

Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen Agen ini digunakan secara haram, untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh steriod anabolik, seperti pembesaran payudara. KESAN muka merah dan panas, perut tidak selesa, bengkak

Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia


Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh. Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

Menambahkan pertukaran oksigen

Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan atau kaedahkaedah yang mengubah ciriciri sampel untuk ujian doping.

Doping Genetik

Atlet lumba basikal trek kebangsaan iaitu Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi. Disahkan positif dadah oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) kerana menggunkan anabolic steroid semasa menyertai kejohanan mini olimpik. Belaiu digantung dua tahun bagi kesalahan tersebut

Jaguh lumba lari pecut wanita terkemuka Amerika Syarikat, Marion Jones bahawa beliau telah mengambil dadah ketika bertanding di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. Ketika itu beliau berjaya membolot tiga emas dan dua pingat gangsa - satu pencapaian terbaik yang pernah dicapai bagi seseorang atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik.

You might also like