You are on page 1of 8

KONSTRUK

PENGENALAN Dalam membuat interpretasi keputusan ujian, ada masa guru ingin mengetahui sama ada pelajarnya mempunyai ciri psikologi tertentu seperti kebolehan menaakul, kecerdasan, pemikiran kritis, kesediaan membaca, kemahiran belajar, bakat matematik bakat bahasa dan lain-lain. Apabila seorang guru berhajat menginterpretasi ujian berdasarkan ciri atau trait psikologi, guru sebenarnya berbicara tentang kesahan gagasan/konstruk. Konstruk di sini bermaksud kualiti psikologi yang diandaikan wujud bagi menerangkan beberapa aspek tingkah laku. Kesahan konstruk adalah kesahan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang tidak dapat diperhatikan secara nyata tetapi dikatakan wujud melalui pendirian, hipotesis atau teori berasaskan kajian tertentu. Contohnya kebolehan menaakul merupakan suatu konstruk atau gagasan. Kesahan konstruk adalah satu unsur yang dihipotesiskan untuk menerangkan beberapa aspek tingkahlaku manusia seperti kebolehan mekanik, kecerdasan atau sifat pendiam. Juga dikenali dengan panggilan kesahan konstruk. Kesahan konstruk ialah satu konsep atau gagasan tentang sesuatu perkara atau benda sama ada yang abstrak atau maujud. Contohnya, apakah konstruk (konsep) sebuah kereta? Sebuah kereta terdiri daripada enjin, cermin, roda, gear, roda dan sebagainya.

Di dalam kata lain, konstruk merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti. Setiap gagasan mungkin diperlihatkan dalam suatu situasi tetapi tidak pada situasi lain. Sebab itu, tidak ada satu ujian yang boleh mengukur sesuatu konstruk dengan tepat. Kesahan konstruk amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental seperti sifat peramah, bertanggungjawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan sebagainya. Oleh kerana konstruk tidak dapat dilihat, maka pengukuran ke atasnya juga tidak dapat dilakukan secara langsung. Menurut George K.Cunningham (1986), konstruk ialah atribut atau sifat atau ciri-ciri yang dinilai oleh ujian-ujian pendidikan. Konstruk merupakan satu istilah generic untuk satu kelas perlakuan. Sebagai contoh ialah motivasi. Motivasi tidak wujud dengan sendirinya tetapi

merupakan perlakuan yang ditunjukkan yang membolehkan kita menyatakan bahawa seseorang itu bermotivasi. Konstruk merupakan satu aspek terpenting kesahan pengukuran terutamanya yang berkaitan dengan kajian sosial dan pendidikan (Sidek Mohd Noah 1997). Mohd Majid Konting (1998) pula menyimpulkan bahawa konstruk merupakan aspek terpenting kesahan pengukuran, khususnya dalam penyelidikan pendidikan. Ini adalah kerana kebanyakan pembolehubah pendidikan adalah pembolehubah yang terbentuk dalam bentuk konstruk atau gagasan. Setiap konstruk pendidikan mengandungi konsep-konsep yang rumit yang terdiri daripada banyak faktor yang saling berkait dan sukar dicerakinkan. Setiap konstruk mungkin diperlihatkan dalam suatu situasi tetapi tidak pada situasi lain. Sebab itu, tidak ada satu ujian yang boleh mengukur sesuatu konstruk dengan tepat. Bagaimanapun terdapat ciri-ciri atau kesan yang dapat dicerap daripada sesuatu konstruk. Dalam bidang pendidikan bahasa, setiap kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar, bertutur dan membaca adalah konstruk atau konsep yang agak abstrak. Bahagian yang mengisi konstruk mengenai sesuatu kemahiran bahasa sebenarnya adalah subkemahiran yang membina sesuatu kemahiran bahasa. Contohnya, apakah subkemahiran yang membina kemahiran bertutur? Apabila kita hendak menilai sama ada ujian mengenai sesuatu kemahiran bahasa itu mengandungi kesahan konstruk atau tidak, kita persoalkan sama ada ujian tersebut benar-benar menguji konstruk kita mengenai kemahiran tersebut, dan sama ada ujian itu menguji subkemahiran yang dianggap penting dalam sesuatu kemahiran bahasa yang hendak diuji. Subkemahiran yang terlibat dalam sesuatu kemahiran asas bahasa sebenarnya pengisi konstruk tersebut. Tanpa mengenali konstruk mengenai sesuatu kemahiran atau aspek bahasa, tidak mungkin kita boleh membina ujian yang sah dan menepati konstrak tersebut. Sebelum guru boleh menguji kemahiran muridnya dalam kemahiran membaca, guru seharusnya faham dengan konstrak kemahiran membaca.

Sebelum guru boleh menguji dan menilai kemahiran muridnya menulis karangan, dia seharusnya faham dengan konstruk kemahiran mengarang dalam bahagian penting yang terdapat dalam sesuatu karangan yang baik. Contohnya, dalam menguji kemahiran murid menulis karangan, guru ingin melihat subkemahiran penting seperti memilih isi, menyusun isi, tatabahasa, kosa kata

dan aspek mekanis dalam penulisan. Dalam menguji sesuatu kemahiran bahasa, kesahan konstruk mengenai sesuatu kemahiran yang hendak diuji sangat penting. Sekiranya konstruk kita mengenai sesuatu kemahiran itu salah, kita akan mengukur dan menilai subkemahiran yang tidak berkaitan. Oleh yang demikian, kesahan ujian itu dari segi konstruknya boleh dipertikaikan.

Misalnya, konstruk penguasaan pelajar dalam kursus Bahasa Inggeris. Guru boleh mencerap kesan konstruk penguasaan pelajar tersebut yang ditunjukkan oleh ciri-ciri seperti bilangan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris yang dikuasai, kebolehan pelajar membina ayat mudah dalam Bahasa Inggeris dan kebolehan pelajar membincangkan sesuatu isu dalam Bahasa Inggeris Oleh itu, konstruk boleh diukur dan diuji secara tidak langsung berasaskan kesan-kesan atau ciriciri yang terhasil dari kewujudannya. Dengan itu, kesahan konstruk bagi ujian penguasaan Bahasa Inggeris boleh ditentukan dengan menghitung pertalian antara skor ujian itu dengan pencapaian dalam ujian perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dan pembinaan ayat dalam Bahasa Inggeris.

KESAHAN KONSTRUK Kesahan konstruk adalah kesahan yang didapati dengan mengaitkan andaian ukuran sesuatu konstruk atau kuantiti hipotetikal dengan sesuatu tingkah laku atau manifesto yang dijangkakan akan berlaku (Tuckman 1978). Menurut Mohd. Majid Konting (1990), kesahan konstruk sesuatu alat ukuran merujuk setakat sejauh mana alat ukuran tersebut menghasilkan gerak balas yang mewakili konstruk yang diukur. Sesuatu alat ukuran yang mempunyai kesahan konstrukyang tinggi akan menunjukkan wujudnya kekuatan sesuatu konsep dalam konstruk yang diukur. Sidek Mohd Noah (1997) menyatakan bahawa kesahan konstruk adalah sekumpulan konsep yang wujud dalam fikiran kita tetapi tidak wujud di dalam alam nyata. Konstruk mengandungi beberapa konsep yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai factor yang berinteraksi sesama sendiri. Dalam menentukan kesahan konstruk sesuatu ujian atau alat ukur, penyelidik perlu mendefiniskan makna sesuatu konstruk yang dikaji terlebih dahulu. Selepas sesuatu konstruk didefinisikan, penyelidik perlu mengenal pasti sama ada ukuran yang dibentuk bagi mengukur sesuatu konstruk memperlihatkan wujudnya hubungan antara konstruk dengan hasil jangkaan.

Kesahan konstruk amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu menunjukkan trait personaliti,tingkah laku,atau trait mental, seperti sifat peramah,bertanggung jawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan sebagainya.Semua ini merupakan idea atau konstruk psikologi perlu dianalisa untuk mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan. Berdasarkan teori atau kajian ini, kita boleh membuat berbagai-bagai ramalan yang ada hubungannya dengan konstruk tersebut. Misalnya kita boleh menelah bahawa seseorang murid yang kreatif juga merupakan seorang yang imaginatif.

Bagi meningkatkan kesahan konstruk ialah dengan mencari korelasi diantara markah pada ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait yang diperkatakan itu. Hal ini bermakna bahawa jikalau kita mahu menentukan kesahan konstruk untuk satu ujian yang dikatakan mengukur semangat berdikari, maka kita terpaksa mencari korelasi markahnya dengan satu markah bagi ujian lain yang mengukur trait yang sama.

Kesahan konstruk boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada satu kumpulan yang diketahui mempunyai trait itu. Sifat hormat menghormati boleh dikatakan sangat tinggi dikalangan ahli-ahli agama. Ataupun sifat mencari keuntungan yang maksimum terdapat dikalangan peniaga-peniaga. Oleh itu sesuatu ujian itu bolehlah ditadbirkan kepada golongangolongan yang dikatakan mempunyai sifat ataupun trait yang dikehendaki itu. Jika markah kumpulan itu tinggi maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan konstruk yang tinggi. Analisis factor dan menganalisis interkorelasi pula adalah dua kaedah berstatik yang boleh digunakan untuk menentukan kesahan konstruk.

ANALISIS FAKTOR DALAM MENENTUKAN KESAHAN KONSTRUK Melalui analisis factor, bilangan item yang sesuai untuk membentuk sesuatu konstruk boleh ditentukan dan dikenal pasti. Melalui analisis factor juga, bilangan factor yang wujud dalam sesuatu alat ukur boleh dikenal pasti dan ditentukan. Menurut Gorsuch (1983), analisis factor biasanya digunakan untuk menunjukkan kesahan konstruk sesuatu instrument. Ia diaplikasikan dalam satu set pembolehubah untuk mengenal pasti subset pembolehubah yang koheren di mana secara relatifnya ia adalah tidak bersandar antara satu sama lain. Subset adalah merujuk kepada

factor yang dipertimbangkan untuk menggambarkan proses asas dalam membina korelasi antara pembolehubah (Tabachnick & Fidell 1996). KAJIAN INTERKORELASI UNTUK MENENTUKAN KESAHAN KONSTRUK Selain menggunakan analisis factor, Pembina alat ukuran juga boleh menjalankan kajian interkorelasi untuk menentukan kesahan konstruk sesuatu alat ukuran. Dalam kajian interkorelasi ini, alat ukuran yang sedang dibangunkan mestilah dikorelasikan dengan satu alat ukuran piawai yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Antara kriteria-kriteria tersebut ialah: a. Alat ukuran tersebut mestilah mengukur gagasan yang djangkakan sama atau hampir sama. b. Alat ukuran tersebut mestilah mempunyai kesahan yang tinggi. c. Alat ukuran tersebut mestilah mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. d. Alat ukuran tersebut mestilah popular iaitu ia dikenali ramai dan digunakan secara meluas. e. Kajian tempatan menunjukkan yang alat ukuran tersebut adalah sesuai digunakan dalam konteks budaya tempatan. Kedua-dua alat ukuran iaitu draf alat ukuran yang sedang dibangunkan dan alat ukuran piawaian kemudiannya diedarkan kepada sampel kajian untuk dijawab. Data daripada kedua-dua alat ukuran tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan alat statistic Korelasi Pearson dan penilaian kemudiannya dilakukan. Nilai pekali korelasi yang perlu diperoleh ialah nilai pekali korelasi bagi keseluruhan alat ukuran dan pekali korelasi setiap bidang atau konstruk. Selain daripada itu, matrik korelasi yang diperoleh antara kedua-dua alat ukuran boleh menjelaskan mengenai kesahan konstruk yang wujud dalam kedua-dua alat ukuran secara lebih khusus dan terperinci. Konstruk yang sama antara kedua-dua alat ukuran seharusnya mempunyai nilai korelasi positif yang tinggi, sementara konstruk yang berlainan seharusnya mempunyai nlai korelasi yang rendah atau korelasi yang negatif. Keterangan yang lebih jelas berkaitan dengan aliran proses analisis teknikal penentuan kesahan konstruk alat ukuran diterangkan dalam Rajah 4.1.

Misalnya ,analisis interkorelasi yang telah dijalankan antara alat ukuran minat kerjaya yang baru dibina yang dipanggil Inventori Minat Kerjaya (IMKA) dengan alat ukuran Vacational Prefence Inventory (VPI) telah dihasilkan keputusan seperti dalanm jadual 4.6. Alat ukuran IMKA dibangunkan untuk mengukur bidang minat yang sama dengan alat ukuran VIP iaitu Realistik, Investigatif ,Artistik ,Sosial, Enterprising, dan Conventional. Oleh sebab alat ukuran n=ini mengukur bidang minat atau konstruk yang sama akan menunjukkan nilai korelasi yang tinggi sementara bidang-bidang yang tidak sama akan memperlihatkan nilai korelasi yang rendah. Jika alat ukuran yang dibangunkan mempunyai pekali korelasi yang tinggi secara keseluruhan dengan alat ukuran piawai yang telah dikenalpasti, misalnya pekali korelasi bernilai .98 ini bermaksud kedua-dua alat ukuran tersebut adalah homogenius iaitu mempunyai banyak persamaan. Keputusan yang diperoleh secara tidak langsung membuktikan wujudnya kesahan konstruk alat ukuran IMKA.

Rajah 4.1

INVENTORI
... Nilai Minat
Personaliti

.
Inventori Pemelihan KerjayaVPI dan lai-lain

Kajian Interkorelasi,Kesahan dan Keboleh percayaan

Penilaian Inventori

Ujian Tidak Bermutu: Kesahan Konstruk Rendah

Ujian Bermutu: Kesahan Konstruk Tinggi

Tolak

Alat Sedia untuk Diguna

Aliran proses analisis teknikal untuk menentukan kesahan konstruk sesuatu alat ukuran Sumber Sidek Mohd Noah 1995

KESIMPULAN Konstruk ialah satu konsep teori yang diterbitkan daripada penyelidikan dan pengalaman lain yang dibina untuk menjelaskan satu bentuk perlakuan yang dilihat. Matlamat utama mewujudkan konsep konstruk dalam bidang pendidikan ialah untuk menyatakan kuantitinya pada satu skala, dengan angka sepadan dengan banyaknya trait yang dipunyai oleh seseorang individu. Satu skor boleh didapati dengan mencampurkan nilai trait berkenaan di sepanjang respons. Skor ini bertujuan untuk mencerminkan amaun konstruk yang dipunyai oleh seseorang individu. Maka matlamat bukti berkaitan konstruk bagi kesahan ialah menentukan darjah bagi skor sesuatu instrument itu adalah gambaran (bayangan) sebenar bagi konstruk berkenaan.

You might also like