You are on page 1of 14

Inkuiri dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Date: Sunday, August 07 @ 01:22:02 MYT Topic: Pendidik Pendekatan hands-on

dan minds-on ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah. Ingin tahu adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang perlu dipupuk. Mereka sentiasa bertanya soalan, menggunakan deria rasa, sentuhan, penglihatan, bau dan pendengaran supaya lebih mengetahui. Kanak-kanak menggunakan deria mereka membuat pencerapan dan membina kefahaman berhubung konsep dan prinsip saintifik dengan bantuan dan bimbingan guru dan juga ibu bapa. Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak meneroka alam sekitar, membuat eksperimen, dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba-jaya serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Sifat ingin tahu ini adalah asas inkuiri. Memupuk dan membina rasa ingin tahu kanak-kanak ini adalah kunci pembelajaran sains. Bermain menjadi fitrah kanak-kanak dan melalui permainan kanakkanak membuat penerokaan dan penemuan sesuatu yang baru secara langsung. Kanak-kanak berpeluang mengguna, mengasah dan seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran proses sains asas. Ciri-ciri pembelajaran yang dinyatakan ini amat serasi dengan sifat sains. Sains memerlukan kanak-kanak membuat inkuiri dan penemuan. Pada peringkat ini ia dilakukan melalui bermain. Justeru, guru perlu bijak menggunakan peluang yang ada memupuk minat dan sifat kanak-kanak yang sentiasa bertanya bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Kanak-kanak belajar melalui interaksi mereka dengan alam sekitar. Justeru, pendekatan yang sama perlu digunakan dalam pengajaran sains. Kanak-kanak seharusnya diberi peluang meneroka, menyelidik atau menyiasat serta menjalankan aktiviti ataupun eksperimen. Pendekatan hands-on dan minds-on ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah. Konsep-konsep sains diperkenalkan kepada kanak-kanak semasa interaksi mereka dengan bahan-bahan, rakan dan guru melalui aktiviti-aktiviti harian yang mereka lakukan dan juga semasa bermain. Semakin muda umur kanak-kanak, semakin tak formal persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran yang tak formal menggalakkan pembelajaran melalui permainan secara spontan yang mana kanakkanak terlibat dalam aktiviti yang menarik minat mereka, seperti bermain dengan blok dan bahan-bahan permainan binaan. Namun begitu, permainan spontan bukanlah satu-satunya alternatif yang ada bagi pembelajaran akademik pada

peringkat awal kanak-kanak. Dapatan-dapatan kajian menyarankan pengalaman pembelajaran pada peringkat ini memerlukan pendekatan berorientasikan intelek iaitu kanak-kanak berinteraksi dalam kumpulan kecil sambil melakukan aktiviti atau projek yang membantu mereka membina kefahaman daripada pengalaman yang dilalui. Justeru, kurikulum seharusnya merangkumi projek-projek kumpulan yang memberi peluang untuk kanak-kanak meneroka dan membuat penyiasatan. Projekprojek seperti ini membantu kanak-kanak menguasai dan memantapkan kemahirankemahiran memerhati, melakukan eksperimen, membuat inkuiri, dan meneliti aspekaspek yang menarik lagi penting dalam persekitaran mereka. Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka. Tujuan pendidikan sains pada peringkat awal ini adalah memupuk dan membina minat dan kegemaran kanak-kanak supaya terus meneroka dan mencari penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Antara matlamat pendidikan sains adalah menyediakan kanak-kanak yang faham kaedah taakulan inkuiri saintifik dan dapat menggunakan kaedah itu. Justeru, sains di sekolah seharusnya diajar dapat mencerminkan sains seperti yang diamalkan. Kurikulum sains seharusnya menggalakkan pembelajaran aktif, inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif dan kaedah pembelajaran lain yang dapat memotivasikan kanak-kanak belajar sains. Kanak-kanak perlu diberi pelbagai peluang mengumpul, menyusun dan mengelas, membuat pemerhatian, menulis catatan dan melakar gambar rajah, menemu bual, dan membuat tinjauan (Rutherford & Algren, 1990). Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak mempelajari kemahiran inkuiri apabila mereka: Menanya soalan Meneroka dan menyiasat Menggunakan alat dan deria mengumpul maklumat Membuat penjelasan yang munasabah Menunjukkan hasil pembelajaran dalam bentuk tulisan, binaan, lukisan, lakonan dan bercerita. Maksud Inkuiri Mengikut DeBoer (1991), apabila beliau disuruh memilih satu perkataan menerangkan matlamat pengajaran sains dalam tempoh 30 tahun yang bermula lewat tahun 1950-an, perkataan itu adalah INKUIRI. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, kanak-kanak menerangkan objek ataupun proses, menyoal, menjalankan eksperimen, menjawab soalan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan ataupun penyelesaian. Inkuiri juga ditakrifkan seperti berikut: Inkuiri adalah proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan menyelesaikan masalah. Inkuiri didefinisikan sebagai proses mencari kebenaran, maklumat atau pengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses inkuiri bermula dengan pengumpulan maklumat melalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau (Whet School & Disney Learning Partnership, 2000). Inkuiri didefinisikan

sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan (Herank, 2000). Mengikut National Science Education Standards (1996), inkuiri adalah aktiviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan soalan, meneliti buku-buku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang sudah diketahui, merancang dan menjalankan eksperimen, menyemak semula apa yang sudah diketahui berdasarkan bukti eksperimen, menggunakan alat mencari dan menganalisis serta menginterpretasikan data, mencadangkan jawapan, penjelasan serta ramalan dan berkomunikasi menyebarkan keputusan ataupun maklumat yang diperoleh. Proses inkuiri ini adalah sama dengan kaedah yang digunakan ahli-ahli sains dalam membuat penemuan yang melihat sains sebagai binaan teori dan idea berasaskan alam fizikal. Inkuiri adalah proses yang kompleks, anjal dan tidak terikat pada langkah-langkah yang dipanggil kaedah saintifik (AAAS, 1993). Dalam inkuiri saintifik kanak-kanak menggunakan pengetahuan, imaginasi, taakulan dan kemahiran proses dalam membina secara aktif kefahaman saintifik. Inkuiri saintifik menggunakan pemikiran dan kemahiran proses bagi membina kefahaman berhubung pengetahuan sains secara aktif. Melalui inkuiri, kanak-kanak berlatih kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Kemahiran adalah keupayaan yang dipelajari bagi melakukan sesuatu dengan baik. Kemahiran hidup ditakrifkan sebagai kemahiran yang membantu individu berjaya dan melalui kehidupan yang produktif dan memuaskan, seperti berfikir, mengurus, prihatin dan sebagainya. (Hendricks, 1996) Pemikiran dan proses saintifik yang terdapat dalam inkuiri saintifik dapat diterjemahkan dalam bentuk aktiviti sains. Contohnya, kanak-kanak yang mendapati cacing tanah semasa membantu ibunya menyiram pokok bunga dan sayuran di halaman rumah. Guru boleh merangka aktiviti bagi mendedahkan kanak-kanak dengan fungsi dan peranan cacing tanah menyuburkan tanah untuk tanaman. Aktiviti boleh bermula dengan membuat pemerhatian ke atas cacing tanah: cara bergerak, mengesan habitat, pemakanan, bentuk dan rasa pada sentuhan serta bunyi apabila ada. Eksperimen ringkas boleh dirancang bagi menguji jenis tanah yang sesuai, pemakanan yang sesuai dan membandingkan keputusan yang diperoleh dengan ramalan atau telahan awal. Kanak-kanak boleh membentangkan hasil pembelajaran mereka secara lisan ataupun dengan gambar-gambar yang dilukis. Dalam contoh ini, kanak-kanak menggabungkan kemahiran berfikir secara kritis dengan pengetahuan baru mereka berhubung tanah dan cacing tanah. Inkuiri saintifik adalah teras pengajaran sains dalam semua peringkat. Inkuiri saintifik berlaku apabila: Pengalaman pembelajaran memberi masa kepada kanak-kanak membina kefahaman berhubung sains melalui integrasi

konsep dan proses dalam konteks yang menggalakkan penerokaan, perdebatan dan perbincangan. Pengalaman pembelajaran memberi peluang kepada kanak-kanak membina, mengguna, dan mengimbang sifat-sifat ingin tahu, keterbukaan dan keraguan. Jangkaan pembelajaran berkaitan inkuiri saintifik dan penyiasatan atau penerokaan dicerminkan dalam amalan. Pendekatan Pengajaran Inkuiri Pengajaran sains berorientasikan inkuiri dapat dibincangkan daripada pelbagai perspektif. Ada yang menekankan penglibatan aktif kanak-kanak, mengaitkan inkuiri dengan aktiviti hands-on dan pengajaran berasaskan aktiviti ataupun pengalaman. Ada juga yang mengaitkan inkuiri dengan pendekatan penemuan ataupun perkembangan kemahiran proses sains dan kaedah saintifik. Walaupun konsep-konsep ini saling berhubungan namun maksudnya tidak sama dengan pengajaran berorientasikan inkuiri. Daripada perspektif sains, pengajaran berorientasikan inkuiri melibatkan kanak-kanak dalam penyiasatan sains. Seperti Novak (1964) cadangkan, inkuiri adalah tingkah laku manusia dalam usaha mencari penjelasan yang rasional berhubung fenomena yang menarik minat mereka. Inkuiri melibatkan aktiviti dan kemahiran, namun tumpuan adalah proses aktif mencari ilmu ataupun membina kefahaman berhubung fenomena yang dikaji. Terdapat perbezaan daripada segi pendekatan guru dalam melibatkan kanak-kanak secara aktif bagi mencari ilmu pengetahuan. Ada yang menggunakan kaedah inkuiri terbimbing (Igelsrud & Leonard, 1988) dan ada yang hanya memulakan pengajaran dengan memberi arahan yang ringkas saja (Tinnesand & Chan, 1987). Terdapat yang lain menggunakan kaedah heuristik dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran (Germann, 1991). Namun begitu, dapat dirumuskan inkuiri melibatkan pungutan dan tafsiran atau interpretasi maklumat bagi mencari jawapan pada persoalan dan penerokaan yang dilakukan. Daripada perspektif pedagogi, inkuiri mencerminkan model pembelajaran konstruktivis, atau sering dirujuk sebagai pembelajaran aktif. Mengikut model konstruktivis, pembelajaran adalah hasil perubahan dalam kerangka mental yang berlaku secara berterusan dalam usaha mencari makna daripada pengalaman yang dilalui (Osborne & Freyberg, 1985). Dalam kelas, kanak-kanak digalakkan membina makna melalui perbincangan dan pengajaran guru dan pengalaman dengan fenomena yang dikaji (Driver, 1989). Dapatan-dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak lebih mudah memahami alam semula jadi apabila mereka berinteraksi dengan fenomena, dan menggunakan deria membuat pemerhatian dan menggunakan alat-alat atau instrumen bagi meningkatkan keupayaan mereka. (National Science Board, 1991, p. 27) Justeru, pengajaran berorientasikan inkuiri seharusnya melibatkan kanak-kanak dalam penyiasatan bagi menjawab persoalan dan memenuhi naluri ingin tahu mereka dengan pembinaan kerangka mental yang dapat menjelaskan pengalaman mereka. Implikasinya adalah pendekatan inkuiri bermula dengan keinginan mengetahui sesuatu. Penyiasatan ataupun pembelajaran

bermakna tidak akan terhasil apabila tidak timbul persoalan atau sifat ingin tahu yang memerlukan jawapan, penyelesaian, penerokaan dan membuat keputusan. Sains adalah proses menyedari dan memahami diri kita sendiri, kehidupan yang lain, dan persekitaran melalui deria dan penerokaan peribadi (McIntyre, 1984). Sains dapat dipelajari dengan menggunakan pemikiran saintifik dan kemahiran proses sains yang menjadi sebahagian daripada inkuiri saintifik: memerhati, berkomunikasi, membanding dan mengukur, menyusun ikut urutan, mengelas maklumat, mengaitkan pengetahuan, membuat inferens bagi mendapatkan penjelasan, dan mengguna pengetahuan bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berdasarkan maklumat. Pendidikan sains yang berasaskan inkuiri mengguna dan menggalakkan penggunaan kemahiran proses dalam aktiviti-aktiviti sains. Pendekatan sedemikian berusaha membina dan memupuk rasa ingin tahu dan rasa takjub atau kagum ke atas fenomena yang dilihat dalam kehidupan sehari-hari. Pemerhatian melalui deria seperti penglihatan, bau, sentuhan, rasa dan pendengaran adalah jalan utama ke arah mendapatkan ilmu. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menegaskan kelebihan orang yang memerhati dan berfikir. Melalui pemerhatian, kita mula memahami ciri-ciri objek dan bagaimana manusia berinteraksi dengan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Komunikasi adalah proses yang membolehkan kanak-kanak membuat perbandingan keputusan dan berbincang pengalaman yang sedang dilalui. Membandingkan data membolehkan kanak-kanak mempelajari perkara yang tidak diketahui dengan melihat persamaan dan perbezaan dengan perkara yang sudah diketahui. Mengumpul, menyusun dan mengelas membolehkan kanak-kanak melihat pola dalam data dan mungkin menemui prinsip dan hukum saintifik. Mengait dan menggabungkan semua idea abstrak dan konkrit penting bagi mendapatkan penjelasan ataupun menguji fenomena. Membuat inferens membantu dalam membuat ramalan berhubung fenomena tanpa bukti yang dapat dilihat secara terus. Proses membuat inferens memerlukan kanak-kanak menggunakan pengetahuan yang ada pada mereka bagi menyelesaikan masalah. Program sains berteraskan inkuiri menggabungkan semua kemahiran proses sains bagi menggalakkan pemikiran dan taakulan saintifik dan pembinaan pengetahuan sains dan menyokong pembelajaran melalui pengalaman. Walaupun pemikiran saintifik dan kemahiran proses adalah asas pada program sains berteraskan inkuiri, namun harus diingat pemikiran dan kemahiran ini cuma alat, bukan syarat bagi apa yang dianggapkan sebagai inkuiri saintifik yang baik. Mengajar sains melalui inkuiri memerlukan guru sama-sama meneroka alam sekitar daripada sudut pemandangan kanak-kanak serta berkongsi kegembiraan dalam memahami alam penuh misteri ini. Perasaan ini umpama tanah yang subur bagi benih pengetahuan bercambah dan berkembang. Melalui penglibatan interaktif dalam pengalaman sains, kanak-kanak membina

kefahaman dalam pengetahuan, dan merangsang mereka menggunakan inkuiri saintifik dalam kehidupan seharian, dan seterusnya membantu kanak-kanak menjadi celik sains apabila meningkat dewasa. Antara ciri-ciri pengajaran sains berteraskan inkuiri Masa diberi untuk kanak-kanak membuat kesilapan, merenung, menyoal, serta berkongsi idea dan pendapat. Mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang. Memberi perhatian serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan. Menyesuaikan dan memadankan pengetahuan sains bagi memenuhi minat, pengetahuan dan perkembangan kanak-kanak. Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat diguna atau di kitar semula. Menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam membuat inkuiri dan penemuan. Menghormati persekitaran yang dipelajari. Menjadikan soalan sebagai pencetus perbincangan dan inkuiri. Kelebihan Inkuiri Pendekatan inkuiri membolehkan kanak-kanak menggabungkan kemahiran proses sains, taakulan saintifik dan pemikiran kritikal bagi membina kefahaman berhubung konsep-konsep saintifik. Kanak-kanak yang terlibat dalam pembelajaran sains secara inkuiri berupaya membina kefahaman yang mendalam termasuk menghargai pengetahuan dan proses penemuan dalam sains. Antara kelebihan pendekatan inkuiri dalam pengajaran-pembelajaran sains adalah: Meningkatkan prestasi kanak-kanak, terutama berkaitan dengan kemahiran amali dan kemahiran melakar graf dan mentafsir data (Mattheis & Nakayama, 1988). Memupuk literasi saintifik dan pemahaman berhubung proses sains (Lindberg, 1990), kosa kata dan pemahaman konseptual (Lloyd & Contreras, 1985, 1987), pemikiran kritikal, sikap positif ke atas sains (Kyle et al., 1985; Rakow, 1986), meningkatkan prestasi dalam ujian pengetahuan prosedural dan membina pengetahuan logicomathematical. Penekanan pengajaran inkuiri tidak bermaksud buku-buku teks dan bahan-bahan lain tidak diperlukan lagi. Dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam teknologi, semakin banyak bahan-bahan yang dapat dipilih bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Model Pembelajaran Inkuiri Penemuan Penemuan sering dikaitkan dengan inkuiri. Penemuan dapat ditakrifkan sebagai proses mental mengasimilasikan konsep dan prinsip (Shulman, 1968). Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mental dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu adalah membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal, menerangkan dan membuat inferens. Pembelajaran inkuiri-penemuan adalah pendekatan pem-Penerokaan ini didorong oleh pertanyaan demi pertanyaan dan membuat penemuan dalam usaha mencari kefahaman baru. Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah. Proses inkuiri bermula daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan. Fenomena yang diperhatikan biasanya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman mahu pun pemahaman sedia ada kanak-kanak. Sifat ingin tahu

seterusnya merangsang tindakan supaya terus membuat pemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep awal. Seseorang individu menggunakan proses mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu adalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal, menerangkan, membuat inferens dan sebagainya. Proses yang digunakan bagi mendapat penyelesaian, fakta, konsep atau prinsip adalah inkuiri. Hasil yang diperoleh daripada proses ini disebut penemuan, yakni dapatan daripada apa yang dipelajari dan yang dibina dalam minda kanak-kanak. Model pembelajaran melalui pengalaman yang mana kanak-kanak melakukan sendiri aktiviti penerokaan, seperti yang dicadangkan oleh Kolb (1984), mengandungi empat proses. Semua mesti ada bagi menghasilkan pembelajaran yang optimum. Empat proses itu adalah, pengalaman, melakukan aktiviti, membuat refleksi dan mengemukakan soalan, membincangkan aktiviti yang sedang dilakukan dalam kumpulan, membuat pengitlakan, mengaitkan aktiviti dengan contoh dalam kehidupan harian, dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam konteks yang sama ataupun berbeza yang seterusnya mencetus pengalaman pembelajaran baru. Pembelajaran ini memerlukan kerjasama aktif antara sesama kanak-kanak. Guru memberi bimbingan membangkitkan dan merangsang sifat ingin tahu dan intelek kanak-kanak. Menyediakan pengalaman sahaja tidak membina pengalaman pembelajaran (Dewey, 1938). Pengalaman menghasilkan pembelajaran apabila kanak-kanak faham proses yang berlaku, mengesan pola dalam data pemerhatian, menjana soalan daripada pemerhatian dan faham bagaimana menggunakan generalisasi dalam situasi yang lain. Dalam persekitaran pembelajaran yang mana guru membimbing, memberi fokus, mencabar, dan menggalakkan pembelajaran turut meningkatkan sifat ingin tahu kanak-kanak. Guru inkuiri yang mahir mampu memadankan pengalaman pembelajaran dengan minat dan keperluan kanak-kanak, dan tahu bila dan bagaimana membimbing, bila memberi maklumat, bila menyediakan peralatan yang diperlukan, dan menghubungkan kanak-kanak dengan sumber rujukan yang relevan. Guru yang menggunakan pendekatan inkuiri dengan kanak-kanak sebenarnya turut menunjukkan contoh kemahiran yang diperlukan bagi inkuiri. Guru yang berkesan menunjukkan kegembiraan dan minat membuat penerokaan dan sekali gus menanam minat yang sama ke atas sains dalam diri kanak-kanak. Strategi ke arah Pembelajaran Inkuiri-Penemuan Pengajaran inkuiri membimbing kanak-kanak melalui pengalaman inkuiri saintifik. Kanak-kanak membina kefahaman berhubung idea-idea saintifik melalui pengalaman terus dan interaksi dengan bahan-bahan manipulatif, membuat rujukan termasuk pakar, dan berbincang sesama sendiri. Pengajaran inkuiri memerlukan kanak-kanak menggabungkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan kemahiran saintifik yang baru diperoleh. Pengajaran inkuiri memerlukan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan berhubung isi

kandungan dan pedagogi merangka pengalaman pembelajaran yang mencabar kanak-kanak mencadangkan soalan dan membentuk pembelajaran mereka sendiri melalui perbincangan dan perdebatan sesama sendiri. Pembelajaran inkuiripenemuan dapat dilaksanakan melalui strategi: Penyoalan Kemahiran inkuiri asas yang perlu kanak-kanak pelajari adalah bertanya soalan. Kanak-kanak memang tidak pernah kehabisan soalan. Dengan memberikan mereka fenomena yang dapat diperhatikan membuatkan mereka bertanya. Bimbingan mungkin perlu pada peringkat awal. Guru boleh, contohnya, meminta kanak-kanak memberi tumpuan pada aspek-aspek tertentu dalam pemerhatian mereka. Kanak-kanak, walaupun tidak diminta, bertanya soalan-soalan berkaitan dengan pemerhatian. Guru perlu menggalakkan mereka menerangkan pemerhatian dan mencadangkan penyiasatan tambahan atau susulan. Andaikan anda sedang mengajar tajuk tumbuhantumbuhan. Cuba tanya soalan-soalan pengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. Soalan-soalan jenis terbuka yang memerlukan kanak-kanak menjelaskan atau menghuraikan konsep, membuat perbandingan dan mencari persamaan, mencadangkan alternatif atau meramalkan kemungkinan hasilan atau kesan dan akibat dapat menggalakkan pemikiran inkuiri. Perbincangan Perbincangan dalam kumpulan kecil dapat menggalakkan pembelajaran inkuiri melalui perdebatan dan pertukaran idea dan pendapat. Perbincangan juga menggalakkan penglibatan aktif kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Tunjuk cara Tunjuk cara juga menggalakkan inkuiri. Namun, ianya mesti dirancang dengan teliti supaya kanakkanak berpeluang berinteraksi secara bermakna semasa tunjuk cara dilakukan dan mereka terpanggil memikirkan perkara yang diperhatikan. Science Teaching Reconsidered mencadangkan tunjuk cara yang menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam kehidupan seharian dan kanak-kanak diminta membuat ramalan atau mencadangkan hasilan yang mungkin. Eksperimen Eksperimen mudah serta kajian lapangan atau lawatan luar turut menggalakkan inkuiri. Lawatan memberi peluang pembelajaran inkuiri dijalankan dalam konteks sebenar. Pembelajaran kolaboratif Pendekatan ini melibatkan usaha intelek bersama antara kanak-kanak dan guru. Dalam pendekatan ini, kanak-kanak bekerja dalam kumpulan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang sama. Apabila dirancang dengan teliti, pembelajaran kolaboratif dapat me-ningkatkan kreativiti kanak-kanak, menggalakkan mereka menjelaskan serta mempertahankan idea-idea mereka dan mencari penyelesaian bersama. Perancangan Pelajaran Inkuiri Perancangan aktiviti-aktiviti pembelajaran sains penting bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna, membolehkan kanak-kanak mendapat manfaat yang sewajarnya dan bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru-guru digalakkan menggunakan peluang semasa bermain ini, bertanya soalan-soalan jenis terbuka dan memperkenalkan konsep dan prinsip saintifik yang ingin diketengahkan kepada

kanak-kanak. Dengan merancang pengajaran, guru dapat menghasilkan pembelajaran yang menggembirakan lagi bermakna kepada kanak-kanak. Pembelajaran yang bermakna memberi penekanan pada penglibatan aktif kanakkanak dalam aktiviti pembelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Melalui pengalaman terus ini kanak-kanak dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah: Apakah yang saya hendak kanak-kanak pelajari? Fakta, konsep atau generalisasi yang dapat kanak-kanak pelajari hasil pembelajaran yang dilakukan. Apakah cara yang paling baik melakukannya? Perincikan aktiviti yang akan dilakukan termasuklah permulaan atau pengenalan pada pengajaran. Apakah bahan-bahan yang saya perlukan? Senaraikan bahan-bahan perlu bagi menjayakan aktiviti yang dirancang. Apa yang perlu DILAKUKAN oleh kanakkanak? Perincikan aktiviti kanak-kanak bagi meneroka konsep dan peranan anda dalam membimbing kanak-kanak. Apakah aktiviti susulan yang dapat dilakukan? Soalan-soalan perbincangan. Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada kanak-kanak bagi merangsang pemikiran dan mencetus perbincangan. Penutup Kesimpulan atau rumusan yang perlu kanak-kanak buat. Aplikasi dalam kehidupan seharian. Bagaimana saya menilai pengajaran dan pembelajaran yang berlaku? Pemilihan Aktiviti Beberapa perkara yang dapat dijadikan panduan dalam memilih aktiviti bagi dijalankan bersama kanak-kanak adalah: Galakkan aktiviti yang tidak terlalu sukar ataupun mudah dan sesuai dengan minat kanak-kanak. Apabila tidak pasti, pilih sesuatu yang mudah supaya tidak menimbulkan anggapan yang negatif berhubung pelajaran sains. Beri perhatian pada personaliti dan tabiat sosial kanakkanak. Ada projek yang boleh dijalankan secara individu dan ada yang perlukan kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan. Pilih aktiviti yang sesuai dengan persekitaran kanak-kanak. Sekali sekala minta cadangan daripada kanak-kanak ataupun lanjutkan penerokaan topik-topik yang menarik perhatian kanak-kanak. Rumusan Sains bagi kanak-kanak adalah mencari penjelasan bagi memahami alam sekeliling. Pada peringkat awal kanak-kanak, sains diintegrasikan dalam kurikulum. Aktiviti adalah berpusatkan kanak-kanak dan berbentuk hands-on, dirangka bagi meningkatkan kekaguman kanak-kanak ke atas fenomena yang diperhatikan. Kurikulum berasaskan inkuiri menitikberatkan penerokaan persekitaran, merangsang kanak-kanak meneroka lebih jauh bagi meningkatkan kefahaman, membantu mereka memperkembangkan kemahiran berbincang, berkomunikasi dan merekodkan pembelajaran; memperkenalkan cara-cara penerokaan dan menyusun pemerhatian, membantu kanak-kanak menghargai dan gembira menggunakan deria bagi meneroka dan mendiskriminasikan serta menggalakkan mereka memperkembangkan kebolehan mencari jawapan dengan melakukan eksperimeneksperimen yang mudah. Pendekatan inkuiri diharapkan mampu memupuk minat

dan sikap yang positif dalam diri kanak-kanak dan membantu mereka dalam pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Pada peringkat awal kanak-kanak, aktiviti-aktiviti yang bercorak hands-on, aktif, autentik dan yang dimulakan sendiri oleh kanak-kanak adalah penting. Kanak-kanak yang sedang membesar belajar melalui penglihatan, sentuhan, bau, rasa, pendengaran dan manipulasi bahan-bahan. Menyediakan bahan-bahan yang selamat serta mudah diakses untuk kanak-kanak menjalankan eksperimen adalah suatu langkah penting ke arah penerokaan sains yang berkesan. Satu cara lagi meneroka konsep-konsep sains adalah melalui bukubuku yang menggabungkan konsep-konsep sains dalam cerita seperti konsep cuaca, haiwan, air dan sebagainya. Aktiviti penyiasatan sains juga membantu kanak-kanak membina kosa kata, kesediaan membaca dan menggerakkan perkembangan literasi.

Kaedah Pembelajaran Penemuan

Apakah yang dimaksudkan oleh kaedah pembelajaran penemuan? Menurut Bruner, pembelajaran penemuan tidak terhad pada benda atau objek yang belum diketahui oleh manusia, tetapi meliputi sebarang aktiviti yang menggunakan otak dan usaha sendiri untuk mendapatkan suatu ilmu. Sungguhpun ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan merupakan suatu yang baru dan belum diketahui, asalkan ia diperoleh melalui daya usaha pelajar sendiri boleh dikategorikan sebagai satu penemuan. Pendekatan pembelajaran penemuan tidak mempunyai model pengajaran yang tertentu tetapi dilaksanakan mengikut kesesuaian subjek dan pelajar yang terlibat. Akan tetapi, langkahlangkah umum yang digariskan oleh Bruner termasuk: (1) pembentukan masalah yang dapat menarik minat pelajar, (2) membangkitkan minat pelajar terhadap ketidakpastian masalah, (3) menyatakan pelbagai hipotesis yang mungkin, (4) membantu pelajar mencari dan mengorganisasikan maklumat, (5) memandu pelajar menilai dan membuat kesimpulan, (6) memandu pelajar menganalisis kesimpulan yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran penemuan, guru bertindak sebagai pereka bentuk, pemudacara dan pembekal bahan serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif untuk menemui teori atau kesimpulan tertentu. Guru tidak membekalkan jawapan sebaliknya memberi peluang kepada pelajar memikir dan menemui ilmu sendiri. Menurut beliau, penemuan taakulan induktif merupakan kaedah terbaik untuk memperoleh pengetahuan berbentuk hukum dan konsep

(terutamamya dalam mata pelajaran sains) untuk meningkatkan prestasi dalam ingatan jangka panjang dan penguasaan dalam menyelesaikan masalah. Menurut bukunya The Act of Discovery (1961), kaedah pembelajaran penemuan sememangnya dapat meningkatkan motivasi intrinsik dan minat pelajar dalam pembelajaran serta membantu perkembangan potensi intelek, pemikiran kritis dan kreatif individu sekiranya dirancang dan dilaksanakan dengan baik. Akan tetapi, terdapat kelemahan-kelemahan tertentu dalam kaedah pembelajaran penemuan yang dicadangkan oleh Bruner. Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan kecerdasan daripada pelbagai aspek menjadikan pelajar berfikir dan belajar dengan cara yang berbeza. Jadi, kaedah pembelajaran penemuan tidak semestinya bersesuaian untuk semua pelajar. Selain itu, prosesnya juga akan mengambil masa yang lama serta tidak dapat menjamin hasil dan prestasi pembelajaran yang diinginkan. Justeru, kaedah tersebut tidak sesuai dijadikan sebagai kaedah pengajaran yang utama, tetapi harus digabung dengan kaedah lain mengikut perancangan pengajaran yang bersistematik.

Model Inkuiri

Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.-Menggunakan set induksi yang menarik - Menggunakan pengalaman pelajar untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru - Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan soalan mencabar -Mewujudkan semangat bersaing 2. Mewujudkan motivasi

- Merancang isi pelajaran mengikut kebolehan pelajar serta susunan yang sesuai - Menyediakan alat bantu mengajar - Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif 1. Mewujudkan kesediaan belajar Proses Aktiviti P & P Pembelajaran Contoh Proses Pembelajaran dan Aktiviti P & P

You might also like