You are on page 1of 11

Aktiviti Pratulisan

AKTIVITI PRATULISAN Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktivitiaktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis ynag berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkaraperkara berikut: Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata. Strategi pengajaran pratulisan Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid. Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis. a. Latihan bagi tangan Murid dikehendaki: i. Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali. ii. Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas. iii. Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang. iv. Menggenggam dan merasa bola. v. Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul. vi. Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara. vii. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah. viii. Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula. ix. Membuka tali kasut dan mengikat semula. b. Latihan bagi mata Murid dikehendaki: i. Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. ii. Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.

a) b) c) d)

iii. iv.

v. vi.

Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar. Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru. Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya.

c. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan: Murid dikehendaki: i. Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran. ii. Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan. iii. Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnyajigsaw puzzle. iv. Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan, v. Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru. vi. Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar. vii. Mencantum arah jalan atau aliran sungai. viii. Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa. ix. Memilih gambar yang berlainan dalam satu set. x. Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal. xi. Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan. xii. Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya

PEMBENTANGAN PERTAMA: Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

TAJUK TUGASAN : Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan NAMA BAHAN: Sama Tapi Tak Serupa

PENGGUNAAN BAHAN: 1. Beberapa murid akan diminta berbaris di hadapan kelas. 2. Murid akan melihat dua set gambar yang hampir sama dan memikirkan perbezaannya. 3. Murid akan diarahkan untuk menyatakan dan menandakan perbezaaan yang terdapat di dalam kedua-dua set gambar yang telah disediakan. 4. Selepas itu, murid akan mengenal pasti nama setiap benda di dalam gambar tersebut.

KEKUATAN: 1. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang disediakan mudah untuk dialihkan. 2. Susunan bahan(gambar) yang menarik. 3. Set gambar yang mudah untuk dipelajari (alat-alat tulis).

KOMEN/PENDAPAT: 1. Murid yang lemah dalam penglihatan sukar untuk melakukan aktiviti ini. 2. Warna perlulah menarik minat murid-murid untuk belajar. 3. Bahan hendaklah diperbuat daripada bahan yang lebih kukuh.

TAJUK TUGASAN: Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan NAMA BAHAN: Dimanakah Saya?

PENGGUNAAN BAHAN: 1. Aktiviti ini memerlukan murid-murid mencari huruf yang terdapat di dalam bahan bantu mengajar yang telah disediakan. 2. Murid diberikan satu huruf oleh guru. Seterusnya murid akan mencari padanan huruf yang dipegang dengan huruf yang terdapat di dalam papan huruf yang telah disediakan. 3. Selepas berjaya mencari padanan huruf, murid dikehendaki melekatkan huruf tersebut di atas papan huruf.

KEKUATAN: 1. Warna huruf yang digunakan terang dan dapat menarik perhatian murid-murid. 2. Bahan yang digunakan adalah kukuh kerana mengunakan bahan yang keras dan tahan lama. 3. Menggunakan huruf Besar sahaja bagi mengelakkan kekeliruan dengan huruf kecil.

KOMEN/PENDAPAT: 1. Bahan Bantu Mengajar (BBM) perlu lebih menarik. 2. Huruf haruslah besar bagi memudahkan murid-murid melihat. 3. Lakaran huruf haruslah sama dengan format huruf yang standard.

TAJUK TUGASAN: Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran NAMA BAHAN: Dengar saya PENGGUNAAN BAHAN: 1. Aktiviti ini menggunakan bahan elektronik kerana memerlukan bunyi-bunyi yang akan di dengari oleh murid-murid. 2. Bahan disediakan dalam bentuk persembahan Powerpoint. 3. Pada awal pembelajaran, guru akan menyoal murid-murid tentang bunyi-bunyi yang pernah mereka dengar serta menamakan bunyi tersebut. 4. Sekiranya murid sudah menyatakan apakah bunyi yang mereka dengar, nama dan gambar benda tersebut akan dipamerkan bagi memastikan jawapan yang diberikan betul atau sebaliknya.

KEKUATAN: 1. Bunyi yang digunakan amat mudah untuk didengari. 2. Bahan elektronik menarik minat murid-murid. 3. Murid-murid akan bersungguh-sungguh untuk melakukan aktiviti ini kerana aktiviti ini memerlukan murid-murid untuk berfikir.

KOMEN/PENDAPAT: 1. Murid yang lemah dalam pendengaran sukar untuk melakukan aktiviti ini. 2. Bunyi-bunyi yang digunakan haruslah yang pernah didengari oleh murid-murid. 3. Persembahan Powerpoint yang disediakan haruslah menarik.

TAJUK TUGASAN: Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan dan mata NAMA BAHAN: Cari jalan keluar

PENGGUNAAN BAHAN: 1. Aktiviti ini adalah aktiviti permainan mencari jalan keluar bagi soalan yang diberi. 2. Setiap murid mendapat soalan yang sama dan bersama-sama melakukannya. 3. Murid akan diberikan satu had masa untuk melakukan aktiviti tersebut.

KEKUATAN: 1. Aktiviti yang dilakukan ini menarik minat murid-murid. 2. Semua murid boleh melakukan aktiviti ini bersama-sama. 3. Tahap kesukaran untuk aktiviti ini selaras dengan tahap kemampuan murid. 4. Menggalakkan persaingan sihat di kalangan murid.

KOMEN/PENDAPAT: 1. Bahan yang digunakan tidak tahan lama dan mudah rosak. 2. Bahan yang dibuat haruslah besar dan menarik.

PEMBENTANGAN KEDUA: Bengkel Aktiviti Pratulisan

TAJUK TUGASAN : Melaksanakan aktiviti membuat corak, menyambung titik, memadankan bentuk dan lain-lain. NAMA BAHAN: Jendela Ilmu

PENGGUNAAN BAHAN: 1. Pertama sekali, satu kotak gambar utama akan dibuka. Terdapat pelbagai gambar yang terdapat di dalam kotak tersebut. Hanya satu gambar yang diperlihatkan kepada murid. 2. Kedua, murid dikehendaki mencari padanan gambar yang dilihat di kotak gambar utama dengan gambar yang terdapat di dalam kotak lain. 3. Gambar yang digunakan boleh dipelbagaikan. Gambar huruf disediakan dalam bahan ini agar menepati tujuan tugasan iaitu untuk aktiviti Pratulisan.

KEKUATAN: 1. Bahan ini mudah untuk dialihkan. 2. Susunan bahan yang menarik

3. Set gambar yang mudah untuk dipelajari (alat-alat tulis)

KOMEN/PENDAPAT: 1. Murid yang lemah dalam penglihatan mengalami kesukaran dalam melakukan aktiviti ini. 1. Gambar yang disediakan haruslah dikaitkan dengan huruf. 2. Kombinasi warna bahan yang lebih menarik. 3. Gambar bawah digantikan dengan huruf. 4. Saiz kotak yang lebih kecil supaya mudah untuk diputarkan. 5. Arahan penggunaan bahan bantu mengajar yang mudah dan jelas untuk difahami oleh murid.

TAJUK TUGASAN : Melaksanakan aktiviti membentuk huruf. NAMA BAHAN: Huruf Hiasan

PENGGUNAAN BAHAN: 1. Aktiviti ini menggunakan teknik kolaj. 2. Murid akan diberikan bahan (kertas pelbagai warna) yang telah digunting oleh guru. 3. Menggunakan gam cecair untuk melekatkan kertas di atas huruf yang telah dilakar oleh guru. Murid dibimbing oleh guru untuk membentuk huruf yang menarik mengikut kreativiti murid itu sendiri. 4. Pendedahan awal kepada murid-murid tentang huruf-huruf sebelum mereka belajar menulis.

KEKUATAN: 1. Murid-murid dapat mengenal bentuk huruf sebelum belajar menulis. 2. Dapat menarik minat murid-murid untuk melakukan aktiviti ini.

KOMEN/PENDAPAT: 1. Tapak bahan harus lebih kukuh. 2. Menggunakan bahan yang menarik dan tahan lama. 3. Menggunakan bahan yang selamat untuk digunakan.

AKTIVITI PRA BACAAN Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak. Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu 1. pengamatan penglihatan 2. pendengaran 3. pergerakan mata & tangan. KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan unutk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.

KEMAHIRAN PENDENGARAN Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak kanak atau membaca kepada kanakkanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca.

KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan unutk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang mengunakkan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakkannya. KAEDAH MENGAJAR BACAAN Kaedah mengajar bacaan merupakan sebagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan hurf, perkataan dan ayat serta bunyi kepada kanak-kanak. Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga: Kaedah bunyi/ fonetik Kaedah huruf Kaedah pandang dan sebut KAEDAH BUNYI / FONETIK Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua cara mengunaan iaitu: Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain. Contohnya: ba + pa = bapa Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Contoh: b (beh), a (ah) = ba p(peh), a (ah) = pa ba + pa = bapa Kekuatan Sesuai denagn susuk bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Kaedah ini membolehkan kanakkanak membaca perkataanperkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu diluar perbendaharaan kata mereka. Kelemahan Bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu. Tidak menarik hati kerana sukusuku kata yang diajar itu tidak mempunyaai makna yang nyata pada mereka.

1. 2. 3.

1.

2.

KAEDAH HURUF Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a,b,c d sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana yang dikategri sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya kanak kanak diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Vokal a a i Konsonan s y l r Gabungan sa ya la ri Vokal dan Konsonan Perkataan saya lari Kekuatan Kelemahan Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia 1. Murid-murid membaca dengan lancar kerana bahasa Malaysia terdiri daripada tanpa memahami apa yang dibacanya. suku-suku kata yang hampir tetap Mereka hanya mementingkan sebutan dan bunyinya kelancaran membaca. Membolehkan kanak-kanak membaca 2. Murid-murid terbawa-bawa tabiat perkataan-perkataan baharu, walaupun membaca sambil mengeja menyebabkan belum mempelajarinya kerana mereka mereka membaca merangkak-rangkak. dapat mengenal huruf-huruf dan Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan membunyikan vokal dan konsonan kehendak pendidikan dan psikologi muriddengan baik. murid kerana pengajaran tidak secara Kaedah ini memberi asas dan binaan yang keseluruhan yang bermakna. kukuh dalam membaca. 3. Boleh membosankan murid-murid Tercapai kecekapan dan kemahiran terutama apabila mereka diberi latih tubi membaca serta member keyakinan yang berlebihan. kepada murid-murid

3 4

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak mengunakan kaedah emgeja atau membunyi tetapi mengecam dan membaca. Peringkat 1. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar. Kanak kanak diminta untuk mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. 2. Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

Kekuatan 1 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa 1 kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat muridmurid. 2 2 Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya 3 3 Kaedah ini dari awal mementingkan makna. 4 Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan 4 rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mula.

Kelemahan Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajar sahaja Kaaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal hurufhuruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata. Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri. Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.

You might also like