You are on page 1of 54

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PPE 3063 KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN TUGASAN KUMPULAN:

KAJIAN SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4.


KUMPULAN: A
FAKULTI SEMESTER SESI : PENGURUSAN & EKONOMI : 1 : 2011/2012

NAMA AHLI KUMPULAN : 1. NORHASLINA BT KHAIRI D20091035245 2. EVELLINE EGOH D20091035256 NAMA PENSYARAH : DR. ROHAILA BINTI YUSOF

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

1.0

PENGENALAN Sejarah awal perakaunan dijejaki ke zaman awal pertanian dan tamadun manusia

(orang Sumeria di Mesopotamia), sewaktu tercetusnya buat julung kalinya keperluan mengekalkan catatan tepat mengenai kuantiti dan nilai relative hasil pertanian. Seni perakaunan yang berdasarkan sistem matemati logic (sistem catatn bergu) barangkali telah difahami orang Itali sebelum tahun 1495, sewaktu Luca Pacioli (1445-1517), juga dikenali sebagai Friar Luca dan Borgo, menerbitkan kaedah perakunanya fi Venice. Kurikulum merupakan alat yang sangat penting dalam keberhasilan suatu pendidikan. Tanpa adanya kurikulum yang baik dan tepat maka akan sulit dalam mencapai tujuan dan sasaran pendidikan yang dicita-citakan. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan yang dikenal pasti untuk memandu pengajaran guru kepada kumpulan murid tertentu. Istilah kurikulum berasal dari bahasa latin iaitu curriculum awalnya mempunyai pengertian a running course dan dalam bahasa perancis iaitu courier yang bermaksud berlari. Istilah itu kemudian digunakan untuk sejumlah mata pelajaran (courses) yang harus ditempuh untuk mencapai suatu gelaran penghargaan dalam dunia pendidikan yang dikenali sebagai ijazah. Takrifan kurikulum bergantung kepada pengetahuan seseorang dan bagaimana kurikulum diterjemahkan kepada penggunaanya. Kurikulum merupakan perkara utama, iaitu visi dalam pendidikan dan struktur atau organisasi asas dalam pendidikan. Maksud kurikulum dapat diperjelaskan melalui beberapa definisi yang dikemukakan oleh pakar-pakar kurikulum, misalnya Saylor (1981) yang menyatakan kurikulum merupakan satu daya usaha institusi pendidikan yang menyeluruh untuk memenuhi tujuan yang diharapkan semasa berada dalam institutsi itu. Manakala Inlow (1973) berpendapat, kurikulum adalah satu daya institusi pendidikan yang dirancang bagi menentukan pelajar merujuk kepada tujuan yang ditetapkan. Takrifan kurikulum bergantung kepada pengetahuan seseorang dan bagaimana kurikulum diterjemahkan untuk penggunaannya. Kurikulum merupakan pelan perancangan dalam pendidikan yang melihat dua perkara utama iaitu visi dalam pendidikan dan struktur atau organisasi asas dalam pendidikan. Kurikulum pendidikan perakaunan disediakan sebagai panduan kepada guru dalam usaha membimbing murid memperoleh

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN pengetahuan dan kemahiran dengan berkesan. Penguasaan prinsip dan konsep perakaunan dalam mata pelajaran ini melalui pelbagai aktiviti pembelajaran akan dapat membantu murid menguasai pengetahuan asas bidang yang dipelajari bagai membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

2.0 2.1

LATAR BELAKANG KURIKULUM PERAKAUNAN DI MALAYSIA Sejarah Pendidikan Perakaunan di Malaysia. Pendidikan Perakaunan di Malaysia bermula melalui penubuhan sekolah

perdangangan dalam tahun 1920-an di Pulau Pinang ( Gull, 1983: Sukumaran, 1984: 1991). Pada awalnya, kursus perdangangan diusahakan oleh organisasi bukan kerajaan seperti pengembang agama kristian. Pelajar-pelajar mengambil peperiksaan yang dikelolakan dari luar negeri seperti peperiksaan London Chamber of Commerce dan peperiksaan Pitman. Dalam tahun 1950-an, kerajaan mula mengambil berat tentang pendidikan perdangangan dengan mewujudkan mata pelajaran Accounts and Arithmetic bagi peringkat menengah atas. Berdasarakan Laporan Penyata Razak, bermula tahun 1958 mata Commercial Studies pelajaran tersebut dijadikan sebahagian daripada mata pelajaran vokasional dengan nama Principles of Accounts. Pada tahun 1960-an, mata pelajaran Perdangangan. (Arumugam, 1986). Bermula tahun 1965, pendidikan perdagangan dimasukkan ke dalam kurikulum diperkenalkan diperingkat menengah rendah yang kemudiannya dikenali sebagai Pengajian

pendidikan kebangsaan sebagai salah satu mata pelajaran pilihan untuk peringkat menengah rendah ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980) dengan nama Perdagangan dan Keusahawanan. Mata pelajaran lain yang ditawarkan adalah seni perusahaan, sain pertanian dan sains rumahtangga. System pendidikan yang berbagai aliran itu dikenali sebagai pendidikan aneka jurusan. Walau bagaimanapun, tidak semua sekolah menawarkan keempat-empat jurusan tersebut. Matlamat memperkenalkan pendidikan aneka jurusan adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada semua pelajar selama Sembilan tahun, melengkapkan pelajar dengan pendidikan menengah rendah sebelum memasuki pasaran pekerjaan, pelajar mendapat

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN pendedahan kursus yang membantu mereka memilih pekerjaan yang sesuai, memenuhi keperluan guna tenaga bagi berbagai bidang dan mmembolehkan penyediaan kurikulum menengah atas yang khusus mengikut keperluan pelajar sama ada pendidikan teknik, akademik atau mencari pekerjaan. Di peringkat menengah atas, pelajar akan melanjutkan pelajaran sama ada ke sekolah menengah biasa (sekolah menengah akademik) yang menawarkan jurusan sains atau sastera, sekolah menengah teknik yang menekankan mata pelajaran vokasional. Di sekolah menengah akademik dan teknik, mata pelajaran prinsip akaun dan perdagangan merupakan dua mata pelajaran pilihan yang berasingan. Manakala di sekolah menengah vokasional, mata pelajaran simpan kira ditawarkan di bawah kursus perdagangan dan lebih menekankan aspek amali berbanding dengan prinsip akaun. Pelajar kursus sains rumahtangga di sekolah menengah vokasional juga dikehendaki menguasai aspek belanjawan dan simpan kira. Manakala pelajar kursus sains pertanian hanya diberi pendedahan asas di dalam belanjawan dan simpan kira (Arumugam, 1986). Manakala pendidikan tingkatan enam menawarkan dua jurusan sahaja iaitu sains dan sastera. Mata pelajaran perakaunan dan ekonomi merupakan mata pelajaran pilihan dan lanjutan daripada mata pelajaran prinsip akaun dan perdagangan. Sharifah dan Zaidatol Akmaliah (1990) telah mengkaji kesan pendidikan aneka jurusan dengan menggunakan sampel 2200 orang pelajar tingkatan satu dan dua daripada 15 buah sekolah. Walaupun sistem aneka jurusan bertujuan memberi pendidikan vokasional berdasarkan minat pelajar, namun dapatan kajian menunjukkan kebanyakan sekolah menempatkan pelajar kepada sesuatu jurusan berasaskan pencapaian pelajar. Hanya pelajar yang baik keputusannya berpeluang berada di aliran perdagangan. Maka wujud tanggapan dalam kalangan pelajar bahawa pelajar aliran perdagangan yang lebih pandai berbanding dengan aliran lain.implikasinya, tidak semua pelajar berpeluang mendapat pendedahan dalam pendidikan perdagangan. Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan sistem pendidikan negara secara keseluruhannya telah mengeluarkan satu laporan. Salah satu aspek yang disentuh adalah berkenaan dengan pendidikan perdagangan. Laporan itu mendapati bilangan pelajar di sekolah pengantar Bahasa Melayu yang mengambil jurusan perdagangan amat kecil berbanding dengan pelajar di sekolah pengantar Bahasa Inggeris. Keadaan ini dikaitkan dengan masalah kekurangan guru perdagangan.

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN Laporan ini dikukuhkan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Zaidatol Akmaliah dan Shaifah (1990) ke atas 372 orang guru perdagangan dan keusahawanan bagi 153 buah sekolah. Dapatan kajian menunjukkan tidak semua guru tersebut mempunyai kelulusan berkaitan dengan perdagangan dan keusahawanan. Dapatan tersebut juga menunjukkan bahawa terdapat juga guru yang merasakan aspek simpan kira adalah sukar. Menyedari keperluan pendidikan perdagangan yang lebih menyeluruh maka Laporan Kabinet telah memperakukan bahawa: Oleh kerana pelajaran perdagangan adalah penting dalam pembangunan negara dan oleh kerana kemudahan yang didapati di sekolah-sekolah berhubung dengan pendidikan ini tidak memuaskan, maka adalah diperakukan agar pendidikan dalam jurusan perdagangan ini diberi perhatian khas. Lanjutan daripada Laporan Kabinet itu, satu kurikulum baru iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah digubal. Penyediaan kurikulum tersebut mengambilkira kesinambungan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan salah satu penekanan yang diberi adalah pendidikan perdagangan. Perlaksanaan KBSM dimulakan pada tahun 1989. Di bawah KBSM, semua pelajar menengah rendah dikehendaki mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib. Mata pelajaran KH terdiri daripada komponen teras dan komponen elektif. Komponen teras adalah perdagangan dan keusahawanan, kemahiran manipulatif dan kekeluargaan. Komponen perdagangan dan keusahawanan mengandungi aspek simpan kira, perdagangan dan keusahawanan. Komponen elektif pula adalah kemahiran manipulatif tambahan, ekonomi rumahtangga dan pertanian. Dengan kata lain, di bawah KBSM semua pelajar menengah rendah dikehendaki mempelajari aspek simpan kira. Manakala di peringkat menengah atas, selain daripada mata pelajaran teras dan tambahan, pelajar perlu mengambil sekurang-kurangnya dua tetapi tidak melebihi empat mata pelajaran. Mata pelajaran elektif dikategorikan kepada empat kumpulan iaitu Kemanusiaan, Vokasional Dan Teknologi (VT), Sains dan Pengajian Islam. Selain daripada itu, salah satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar adalah dari kumpulan Vokasional Dan Teknologi (VT). Selain daripada mata pelajaran berbentuk teknikal, mata pelajaran lain di dalam kumpulan (VT) adalah prinsip akaun, perdagangan dan ekonomi.

2.2

Jenis-Jenis Model Kurikulum

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN Pembentukan kurikulum bergantung kepada pelbagi faktor, pelbagai model dan pendekatan. Dalam sesebuah sistem pendidikan, model pembentukan kurikulum merupakan rangka utama bagi sesuatu kurikulum itu dihasilkan. Dalam kebanyakkan proses pembentukan kurikulum. 2.2.1. Model Tyler Model Tyler atau model objektif diperkenalkan oleh Ralph Tyler dalam tahun 1949 dan dianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Dalam perkembangan kurikulum, Tyler menyarankan dua prinsip umum dalam membentuk kurikulum iaitu prinsip dalaman dan prinsip luaran. Prinsip ini menjadi asas dalam menentukan bentuk kurikulum yang terhasil dan digunakan bagi sistem pendidikan. Prinsip dalaman merupakan prinsip yang berpusat kepada aspek-aspek dalam kurikulum yang melibatkan penyataaan objektif, penyataan kandungan, penyataan kaedah, penyampaian dan penilaian. Aspek-aspek ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dari segi teoari kepada aspek pratikalnya. Prinsip dalamam ini melibatkan pelaksanaan prinsip integrasi dalam pembentukan kurikulum iaitu prinsip penulisan pernyataan taip-tiap aspek kurikulum. Prinsip integrasi menjelaskan apakah masalah yang timbul dari segi penggunaan perkataan dalam kurikulum, iaitu menepati dengan sesuatu yang dihasratkan, dan adakah kurikulum terdedah kepada pelbagai tafsiran yang bersifat ambiguity. Kekaburan atau kesamaran boleh mengakibatkan objektif yang ditetapkan tidak dicapai, kerana setiap perkataan boleh ditafsir dengan pelbagai maksud. Setiap orang mempunyai pentafsiran yang berbeza sama ada orang yang menyampaikan atau peneriamaan sesuatau pernyataan dalam kurikulum. Prinsip luara dalam model Tyler melibatkan pembentukan kurikulum yang berkaitan dengan elemen kehendak masyarakat, pelajar, pentadbiran dan guru yang menggunakan kurikulum yang dibentuk. Fungsi dan keperluan setiap elemen dalam kurikulum perlu diketahui berdasarkan analisis. Maklumat yang berkaitan dengan apa yang dikehendaki dan diharapkan melalui pembentukan sesuatu kurikulum perlu diperolehi agar menepati tujuan pendidikan. Kurikulum menjelaskan elemen kehendak dan keperluan masyarakt, pelajar, pentadbiran dan guru yang ada dalan sistem pentadbiran dan guru yang ada dalam sistem pendidikan. Disini, Tyler (1949) memberikan dua penjelasan tentang kehendak iaitu kehendak adalah jurang di antara norma yang diperlukan dengan apa yang ada dan pada sudut psikologi, kehendak merupakan ketegangan-ketegangan di dalam organisma yang perlu distabilkan.

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Melalui prinsip luaran objektif pendidikan dapat dipiih dan yang terpilih itu merypakan yang benar-benar dikehendaki dalam sesuatu sistem pendidikan. Objektid pendidikan ini mempunyai kaitan dengan objektif pendidikan kebangsaan. Menurut Tyler (1949), objektif pendidikan perlu dilihat tiga aspek utama apabila pendidikan dilaksanakan iaitu pelajar, keadaan hidup di luar bilik darjah, dan pakar mata pelajaran. Ketiga-tiga aspek ini mempunyai kaitan antara satu sama lain dan mempunyai interaksi yang tersendiri dalam pembinaan kurikulum mengikut model kurikulum. Pelajar merupakan manusia yang memerlukan sesuatu dari kurikulum yang juga merupakan kepunyaan anggota masyarakat. Masyarakat pula ialah kelompok manusia yang mengharapkan sesuatu hasil dariapa kurikulum atau sistem pendidikan yang disediakan, manakala pakar mata pelajaran ialah pembekal maklumat yang sesuai untuk disampaikan agar diperolehi oleh ahli masyarakat. Walau bagaimanapun, untuk mencapai keseimbangan keperluan dalam kurikulum, ketigatiga aspek ini merupakan maklumat anatara satu sama lain. Menurut Tyler, apabila membentuk kurikulum, terdapat empat soalan asas, yang lebih dikenali sebagai Tylers Rationale, perlu dijawab. Soalan-soalan tersebut adalah: 1. What educational purposes should the school seek to attain? 2. What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes? 3. How can these educational experiences be effectively organized? 4. How can we determine whether these purposes are being attained?

Berdasarkan kepada Tylers Rationale atau soalan-soalan yang dikemukakan, perkembangan kurikulum berdasarkan Model Tyler melibatkan empat langkah berikut:
Rajah 4: Langkah-Langkah Dalam Model Tyler.

Menentukan matlamat dan objektif.

Memilih pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif.

Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik. 7

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Hasil menggunakan kurikulum perlu dinilai bagi menentukan pencapaian objektif.

Berdasarkan Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum ialah menentukan matlamat dan objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan. Menurut Tyler, objektifnya hendaklah selaras dengan keperluan pelajar, keperluan semasa masyarakat.dan pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan. Persoalan yang berkaitan dengan objektif dalam kurikulum yang hendak dibentuk ialah apakah jenis manusia yang ingin kita bentuk melalui kurikulum ini? Soalan ini melihat kepada matlamat, objektif, sasaran serta hasil yang diharapkan dariapa kurikulum yang dibina. Soalan kedua mengenai objektif kurikulum ialah, apakah yang boleh dilakukan oleh pelajar selepas selesai mengikuti kursus ini? Soalan-soalan ini bermaksud bahawa kurikulum yang dibentuk haruslah dapat menghasilkan manusia atau insan yang dikehendaki sebagaimana yang dituliskan dalam matlamat dan objektif pendidikan berasaskan falsafah pendidikan. Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, ianya hendaklah dibentuk berdasarkan kepada falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada dan psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan sebagainya. Objektif yang dibentuk pula perlu menerangkan dengan jelas iaitu apakah yang hendak dicapai, bagi memudahkan proses penilaian dan apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar, bagi menentukan pencapaian objektif.

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN Manakala langkah kedua adalah pemilihan kandungan. Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Pemilihan kandungan kurikulum merupakan suatu aktiviti yang amat kompleks dan memerlukan ketelitian. Ini adalah kerana pemilihan kandungan kurikulum manifestasi ke arah merelisasikan visi dan misi negara yang dapat dicapai melalui proses pendidikan. Beberapa perkara perlu dititiberatkan dalam pemilihan kandunagn kurikulum, iaitu perlu ada perseimbangan antara unsur kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga unsur ini merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah pembinaan nsan yang seimbang Maka, persoalan yang berkaitan dengan kandungan dalam kurikulum yang dibentuk ialah, apakah atau pengalaman yang perlu disedakan suapaya kita dapat menghasilkan manusia yang diharapakan? Soalan ini berkaitan dengan kesesuaian disiplin ilmu yang hendak diberikan kepad pelajar yang boleh digunakan pada situasi semasa dan akan datang. Kandungan yang disedikan juga perlulah selari dengan matlamat dan objektif yang hendak dicapai serta memenuhi hasrat yang ada dalam falsafah pendidikan negara. Malahan, terdapat beberapa krteria pemilihan isi kanduangn seperti kriteria kegunaan,kriteria kesewarjagatan, kriteris pulangan maksimum, kriteria kekurangan, kriteria kesusahan, kriteris mambantu hidup, kriteris kesesuaian, kriteria kualitu dan kriteria minia. Oleh itu, perancang kurikulum perlu memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Langkah yang ketiga kaedah penyusunan kandungan. Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk tujuan ini, Tyler mencadangkan tiga prinsip dalam penyusunan kandungan iaitu pertama Prinsip Kesinambungan. Prinsip Kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh. Kedua ialah Prinsip Ketertiban Prinsip. Ketertiban atau Principle of Sequence menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam. Dan ketiga adalah Prinsip Kesepaduan Prinsip. Kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh.Pengalaman pembelajaran yang disusun berdasarkan ketiga-tiga prinsip tersebut akan dapat memastikan pengetahuan yang dipelajari kekal dan berkesan.

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Peringkat seterusnya ialah menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk tercapai. Dalam mana-mana sistem pendidikan, aspek penilaian merupakan pendekatan yang digunakan untuk mengetahui sejauh manakah pelajar mencapai tahap pembalajaran mereka selepas mengikuti sesuatu kursus. Penilaian digunakan oleh pendidik untuk menilai sejauh manakah disiplin ilmu itu dapat disalurkan dengan berkesan kepada pelajar. Dalam pembentukan kurikulum, untuk menentukan bahawa matlamat dan objektif tercapai serta untuk menentukan sama ada kandungan dan cara penyampaian adalah bersesuaian, persoalan tentang bagaimanakah boleh diketahui apa yang diajar itu telah diterima sama ada sepenuhnya atau sebahagian sahaja oleh pelajar perlu ada dalam perancangan semasa membentuk kurikulum. Untuk mengetahui sama ada matlamat, objektif, kandungan dan penyampaian adalah sesuai dan telah diterima, pengujian boleh dilakukan atas tahap-tahap atas peringkat tertentu berasaskan kandungan kurikulum yang dibina untuk sesuatu kursus. Prestasi pelajar selepas mengikut sesuatu kursus melibatkan sistem pendidikan yang sedia ada ditentukan melalui peperiksaan khas. Peperiksaan khas menentukan tahap pencapaian pelajar berdasarkan proses pembelajaran yang telah diikutinya dalam tempoh tertentu. Pencapaian dalam peperiksaan khas ini membolehkan pelajar pergi lebih jauh lagi untuk menguasai sesuatu displin ilmu atau menceburi bidang penkhususan yang melibatkan kerjaya tertentu. Contohnya, peperiksaan Ujuan Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan. Model Tyler merupakan model yang popular dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum kerana sistematik dan mudah digunakan. Ianya melibatkan empat langkah iaitu penetapan objektif, pemilihan kandungan, penentuan kaedah penyusunan dan penyampaian, dan menentukan kaedah penilaian. Selain daripada itu model ini dianggap logikal kerana dimulakan dengan penentuan objektif. 2.2.2 MODEL OBJEKTIF Pendekatan Objektif telah digunakan dalam pendidikan bentuk moden bermula dengan penulisan Franklin Bobbit dalam bukunya The Curriculum (1918) dan How to make a curriculum (1924). Franklin Bobbin menjelaskan bahawa manusia akan melakukan

10

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN beberapa aktiviti yang khusus melalui penyelidikan sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan masa depan. Oleh itu, manusia perlu disediakan dengan pelbagai aktiviti yang bersesuaian melalui pembentukan kurikulum. Untuk mencapai kejayaan melalui kursuskursus yang disediakan menggunakan kurikulum yang dibentuk, sesebuah kurikulum itu perlu menetapkan objektif dan matlamat yang perlu dicapai. Pada dasarnya, kurikulum dibentuk adalah untuk mencapai objektif dan matlamat pendidikan. Oleh itu, mana-mana sistem pendidikan yang ada menetapkan objektif yang perlu dicapai dalam sistem pendidikan yang dibentuk. Dalam pembentukan kurikulum, Model Objektif melibatkan objektif pendidikan, iaitu hasil yang diharapkan apabila seseorang itu melalui proses pendidikan. Proses pendidikan bermaksud satu proses pertukaran pola perlakuan terhadap sesiapa yang mengikuti sesuatu proses pendidikan. Manakala pelakuan pula melibatkan fikiran, perasaan, pelakuan yang dilakukan oleh individu yang berada dalam proses pendidikan. Dalam sistem pendidikan yang sedia ada, objektif dan matlamat telah ditentukan oleh pihak berkuasa, iaitu kerajaan. Ini adalah kerana melalui pendidikan, proses doktrinasi kerajaan dapat dilakukan dengan lebih berkesan untuk membentuk rakyat negara yang diingini. Dua Tahap Objektif

Dalam sesebuah sistem pendidikan, kurikulum yang dibina mengambil kira objektif pendidikan negara. Oleh itu, pemilihan isi kandungan kursus perlu selari dengan penetuan objektif pendidikan. Keadaan ini akan menentukan bahawa dasar kerajaan sesebuah negara dapat disebarkan melalui pendidikan. Pendekatan Model Objektif selalu digunakan oleh pakar-pakar kurikulum untuk menentukan objektif dalam kurikulum yang dibina. Pendekatan Model Objektif melibatkan dua tahap objektif, iaitu objektif kursus dan objektif pembelajaran. Tahap pertama adalah melibatkan objektif kursus. Objektif kursus ialah objektif yang dibina berdasarkan sesuatu disiplin ilmu yang hendak didedahkan kepada pelajar. Terdapat persoalan-persoalan yang perlu diberi perhatian dalam membina objektif kursus iaitu apakah hasil yang diharapkan? dan apakah seseorang individu telah mengikuti satu-satu kursus? Objektif kursus adalah objektif umum yang melibatkan penukaran pelakuan individu. Oleh itu, objektif kursus ini merupakan sesuatu yang boleh dicapai oleh semua lapisan pelajar yang mengikuti sesuatu kursus. Objektif kursus melibatkan pelakuan-pelakuan bercorak mental dan fizikal. Pelakuan bercorak mental melibatkan penguasaan

11

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN pengetahuan baru, nilai baru dan penguasaan kemahiran berfikir termasuk perubahan sikap yang diperlukan dalam bidang amali. Manakala, perlakuan bercorak fizikal melibatkan penguasaan kemahiran dan manipulasi dan percubaan sikap hasil gerak-geri budi bahasa dan lain-lain. Setiap bidang kursus mempunyai objektif yang spesifik selari dengan objektif Pendidikan Negara. Contohya di Malaysia, dalam era globalisasi, rakyat negara ini harus dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang sains dan matematik. Oleh itu, pendidikan sains dan matematik merupakan bidang kursus yang penting untuk mencapai dasar negara menjadi negara maju dalam bidang sains dan teknologi. Untuk bersaing secara global, rakyat negara ini perlu mahir dalam Bahasa Inggeris dengan tidak melupakan bahasa kebangsaan. Oleh itu, dalam system Pendidikan Kebangsaan, penekanan untuk mencapai hasrat Negara dilaksanakan melalui pendidikan sains den matematik degan menggunakan Bahasa Inggeris. Objektif kursus bagi bidang sains dan matematik diselaraskan dengan objektif pendidikan negara untuk menghasilkan generasi pelajar yang dapat bersaing diperingkat antarabangsa dengan kemahiran berbahasa Inggeris dalam bidang sains dan matematik. Objektif kursus perlu selaras dengan objektif yang ada dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan untuk menjayakan Wawasan 2020. Tahap kedua model objektif ialah objektif pembelajaran iaitu objektif yang dibina berdasarkan corak pembelajaran yang dilalui dan diperolehi oleh pelajar. Objektif pembelajaran melibatkan dua tahap, iaitu: i. ii. Objektif tahap minimum yang perlu dicapai atau dikuasai oleh pelajar dan, Objektif tahap kemajuan iaitu pencapaian bergantung kepada kebolehan individu. Objektif tahap minimum ialah tahap mudah yang perlu dicapai atau dikuasai oleh pelajar yang merupakan syarat untuk meneruskan pelajaran dalam sesuatu bidang. Objektif tahap minimum melibatkan kemahiran asas atau pengetahuan asas terhadap apa yang telah dipelajari. Objektif tahap minimum boleh diukur dengan kemajuan yang diperolehi pelajar selepas mengikuti sesi pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Objektif tahap minimum ini penting untuk mengesan keupayaan pelajar untuk terus mengikuti pelajaran sebelum meneruskan pembelajaran topik lain. Objektif tahap kemajuan pula menjelaskan bahawa setiap mata pelajaran mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu dicapai dan dikuasai pelajar. Objektif tahap kemajuan penting untuk guru kerana pengetahuan dan kemahiran lanjutan perlu dicapai dan dikuasai mengikut kemahiran pelajar. Oleh itu proses pengesanan untuk meningkatkan keupayaan pelajar dapat dilaksanakan. Objektif tahap kemajuan boleh

12

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN dikelompokkan dalam bidang pengkayaan ilmu dalam sesuatu mata pelajaran. Bidang pengatahuan adakalanya tidak mungkin dikuasai sepenuhnya oleh pelajar, oleh itu penentuan objektif adalah penting agar terdapat garis panduan atau hala tuju yang jelas dalam pendidikan. Model objektif merupakan salah satu model tradisional yang sering dijadikan rujukan utama dalam pembentukan dan penentuan kurikulum yang hendak digunakan dalam sesebuah sistem pendidikan. Dalam sistem pendidikan di Malaysia setiap matapelajaran yang didedahkan di sekolah mempunyai sukatan pelajaran yang mempunyai objektif dan matlamat pendidikan yang telah ditulis secara jelas. Pendidik dan mereka yang terlibat dengan bidang pendidikan menjadikan objektif pendidikan dalam sukatan yang disediakan sebagai panduan dan asas utama dalam penyebaran ilmu secara berkesan.

2.2.3 MODEL NATURALISTIK


Selain model objektif, model naturalistik juga merupakan model pilihan yang digunakan oleh pakar-pakar kurikulum sebagai asas untuk membentuk sesebuah kurikulum. Model naturalistik telah dibina untuk menjelaskan fenomena dan hubungan yang diperhatikan dalam projek kurikulum sebenar secara jujur dengan beberapa istilah dan prinsip. Bidang kurikulum telah berjaya mengemukakan model pembangunan kurikulum yang bermula dari Bobbit hinggalah kepada Tyler, yang mengetengahkan elemen-elemen model klasik, iaitu objektif dan pengalaman pembelajaran. Operasinya adalah untuk menentukan dan menjelaskannya dalam bentuk khusus, merangka pengalaman pembelajaran, memilih dan mengorganisasi pengalaman pembelajaran supaya dapat mencapai matlamat, dan membuat penilaian hasil daripada pengalamn tersebut. Model naturalistik mengandungi tiga elemen, iaitu dasar kurikulum (the curriculums platform), pertimbangan yang berkaitan dengannya (the deliberation) dan rekabentuk kurikulum (curriculum design). Ketiga-tiga elemen ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain sebgai asas untuk memilih dan membentuk kurikulum yang sesuai bagi sesebuah sistem pendidikan.

13

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Dasar Kurikulum Dasar kurikulum merujuk kepada sistem kepercayaan dan nilai yang diambil kira oleh pembina-pembina kurikulum sebagai panduan untuk membina kurikulum. Dasar kurikulum meliputi idea tentang sesuatu dan visi tentang apa yang seharusnya dan sepatutnya ada dalam kurikulum. Hal inilah yang memandu Pembina kurikulum dalam menentukan apa yang perlu dilakukannya untuk merealisasikan visinya.dalam sistem pendidikan di Malaysia, Dasar Pelajaran Kebangsaan merupakan unsur utama untuk menentukan bentuk pendidikan yang digunakan. Walau bagaimanapun, penetapan yang ada dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah mengambil kira dasar kerajaan terhadap pembangunan masyarakat iaitu masyarakat jenis apakah yang dikehendaki untuk negara Malaysia. Teras untuk menentukannya adalah dengan melihat prinsip-prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara dan keadaan rakyat itu sendiri. Pertimbangan Setiap keputusan untuk membentuk kurikulum dan bagaimana kurikulum akan disebarkan perlu mengambilkira pertimbangan-pertimbangan tertentu. Walker (1978), mengatakan bahawa pertimbangan mengambil kira kedua-dua aspek iaitu matlamat dan cara (means dan ends), dan kedua-duanya akan saling menentukan peranan antara satu sama lain. Matlamat dan cara mestilah dapat mengenal pasti fakta yang berkaitan atau relevan sebagai asas pembentukan kurikulum. Matlamat dan cara memastikan fakta-fakta adalah relevan dan sesuai untuk dijadikan pertimbangan dalam pemilihan kurikulum. Pembentuk kurikulum mestilah cuba mengenalpasti keperluan pengguna kurikulum yang terdiri daripada pendidik dan pelajar yang merupakan anggota masyarakat dalam sesuatu sistem sosial. Matlamat dan cara mestilah menghasilkan penyelesaian alternatif terhadap pemilihan yang tidak sesuai. Matlamat dan cara membolehkan usaha untuk mengesan langkah-langkah setiap alternatif yang dipilih mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah hasil daripada kurikulum yang dibentuk. Pertimbangan yang berkesan perlu dibuat bagi setiap alternatif yang dipilih, kesan dan akibat yang bakal dihadapi, seterusnya memilih alternatif yang terbaik sebagai ganti jika berlaku ketidaksesuaian kurikulum yang dipilih. Reka bentuk kurikulum

14

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN Reka bentuk kurikulum merupakan satu set perhubungan yang abstrak dalam penghasilan pembangunan kurikulum. Apabila kuriukulum tertbentuk dalam bentuk bahan, maka reka bentuk kurikulum menunjukkan satu kesatuan yang utuh. Oleh itu, reka bentuk kurikulum memerlukan satu kaedah untuk menunjukkan kesan penting yang berpotensi terhadap set bahan sumber yang terancang. Apabila kita membicarakan tentang kurikulum,. Kita melihat kepada hasil melalui projek-projek kurikulum. Masalahnya ialah kesan kurikulum mesti dihuraikan dalam bentuk perbuatan, bukannya bahan. Bahan-bahan adalah penting kerana bahan menggambarkan keadaan perlakuan yang memberikan kesan kepada pengguna bahan. Oleh itu, reka bentuk kurikulum adalah merupakan hubungan yang terkandung di dalam bahan-bahan yang digunakan oleh pendidik dan pelajar. Bahan-bahan yang digunakan dalam reka bentuk kurikulum memberi kesan kepada para pelajar. Masalah tentang reka bentuk ialah reka bentuk kurikulum sukar untuk menghuiraikan dengan jelas dan tepat mengenai bahan kurikulum yang disediakan. Satu kaedah diperlukan untuk menunjukkan kesan yang jelas dalam penggunaan bahan kurikulum. Salah satu cara untuk menghuraikan reka bentuk adalah dengan beberapa siri keputusan yang dihasilkannya. Oleh itu, reka bentuk kurikulum ditunjukkan oleh pilihan-pilihan yang menyebabkan penghasilannya. Dalam membentuk apa jua kurikulum, terdapat keputusan-keputusan reka bentuk yang dibentuk melalui pelbagai pandangan atau pendapat dan mengambil kira pelbagai alternatif. Keputusan-keputusan itu membentuk reka bentuk eksplisit kurikulum. Tetapi terdapat pembina-pembina kurikulum mengambil kira beberapa tindakan tertentu tanpa menghiraukan adanya alternatif lain yang boleh digunakan. Dalam hal ini, adalah janggal untuk menolak keputusan-keputusan yang dibuat walaupun keputusannya adalah sama dengan keputusan awal. Pilihan-pilihan yangtidak diambil kira atau diterima membentuk kurikulum reka bentuk implisit kurikulum. Reka bentuk kurikulum menjadikan jelas sekiranya pemilihan dibuat dengan betul setelah melalui pertimbangan dalam beberaapa bentuk pilihan, tetapi sekiranya pemilihan tidak dibuat dengan teliti, reka bentuk akan menjadi kurang jelas. Keadaan ini memberi kesan terhadap pelaksanaannya. Pendidik menyebarkan kurikulum tanpa kejelasan dan pelajar menerimanya tanpa pilihan. Dalam model naturalistik, bukan penghasilan dalam prosess kurikulum yang menjadi objek utama atau senarai objektif dan set pengalaman pembelajaran diutamakan, akan tetapi model ini merupakan satu set keputusan-keputusan reka bentuk. Proses dimana

15

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN kepercayaan dan maklumat digunakan untuk membuat keputusan ialah pertimbangan. Operasi utama dalam membuat pertimbangan ialah pemilihan titik rumusan, membuat pilihan alternatif, mengambil kira perbalahan sama ada terdapat sokongan atau bantahan dan akhir sekali memilih alternatif yang boleh menghadapi pelbagai halangan atau kekangan untuk mnggunakan kurikulum yang dibentuk. Model naturalistik yang dinamik Pereka bentuk kurikulum menghadapi pelbagai halangan dan keadaan dalam mereka bentuk sebuah kurikulum. Dengan mengambil kira halangan-halangan yang disatukan dengan prinsip-prinsip pembentukan kurikulum, Pembina kurikulum merasakan telah mengambil segala pertimbangan dalam usahanya membentuk kurikulum. Oleh itu, segala pemilihan yang dibuat dan diterima oleh pereka bentuk menjadi dasar kepada kurikulum. Pengguna kurikulum memahami dan besar kemungkinan melakukan apa yang telah dilakukan pereka bentuk kurikulum. Terdapat tiga komponen dasar dalam kurikulum yang dibentuk, iaitu konsep, teori dan tujuan atau matlamat. Konsep Konsep yang melibatkan kepercayaan, andaian dan pertimbangan yang diterima oleh pereka bentuk kurikulum dan menjadi asas untuk membuat pemilihan dikira sebagai dasar kurikulum. Setiap benda atau perkaraa yang baik, benar atau cantik boleh menjadi sebahagian daripada dasar itu. Contohnya, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan unsurunsur jasmani,emosi,rohani dan intelek yang sempurna merupakan kebenaran yang ingin dicapai untuk masyarakat negara Malaysia melalui sistem pendidikan. Teori Teori merupakan sesuatu kepercayaan tentang hubungan antara hakikat kewujudan entity dengan kepercayaan kepada kebenaran iaitu mempercayai sesuatu itu adalah benar. Oleh itu, unsur-unsur ketuhanan telah diselitkan dalam kurikulum untuk membawa manusia ke jalan yang benar. Dalam konteks ini, kita lihat kurikulum pendidikan di Malaysia adalah berpaksikan kepada ketuhanan. Tujuan atau matlamat Tujuan atau matlamat adalah kepercayaan tentang apa yang dikehendaki oleh pendidikan iaitu kebaikan dan keindahan yang terkandung dalam pendidikan seperti objektif pendidikan. Tujuan atau matlamat mencerminkan sesuatu yang perlu diberi dan diperolehi

16

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN oleh seseorang melalui sistem pendidikan. Dua lagi dasar yang kukuh dalam komponen kurikulum ialah imej dan prosedur. Imej ialah kehendak yang mahu dicapai dalam sesuatu kurikulum. Manakala prosedur pula ialah siri tindakan atau keputusan yang dikehendaki tanpa menjelaskan mengapa dan dalam cara mana kurikulum dikehendaki. Pereka bentuk kurikulum akan mengubah dasarnya jika berlaku konflik dari segi prinsip dan data. Perubahan-perubahan kecil yang berlaku dikawal dengan konsisten melalui contoh kes terdahulu. Penggunaan kes terdahulu dalam merancang komponen kurikulum amat sesuai untuk menjadi dasar dalam sistem pendidikan.

2.2.4 Model Humanistik Model seterusnya menjadi rujukan untuk pembentukan kurikulum ialah model humanistik. Model humanistik menekankan tentang perkembangan diri kanak-kanak sebagai mana yang dijelaskan oleh Maslow (1954) sebagai Self-actualisation. Mengikut model humanistik, pendidikan sebenarnya adalah berkaitan dengan mewujudkan suasana yang diperlukan dan proses penanaman motivasi diri terhadap kanak-kanak. Perkembangan kana-kanak dalam konsep ini meliputi keyakinan diri yang tinggi dan kebolehan untuk emncapai sesuatu yang baik. Model humanistik berpusat kepada pelajar yang mempunyai tanggungjawab terhadap pemudah cara manakala pengelibatan dan kaedah penemuan merupakan kaedah yang sesuai digunakan. Di samping memenuhi keperluan akademik model humanistik juga menitiberatkan tentang perkembangan emosi, iaitu perasaan dan pemikiran. Oleh itu, model humanistik menekankan kepada petensi pelajar untuk berkembang dengan kebolehan mereka sendiri melalui bantuan secara tidak langsung daripada pendidik. Pelajar boleh memikirkan cara yang sesuai untuk mereka meneroka ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar ini perlu dibantu untuk mencapai pengetahuan dan ilu yang bersesuaian dengan mereka. Model humanustik mempunyai satu sistem persekolahan yang dipanggil sekolah humanistik. Di sekolah humansitik ini, konsep yang dibentuk adalah lebih kepada penilaian. Kurikulum mengandungi aspek pratikal ciri kemanusiaan yang terpuji yang dibentuk untuk kanak-kanak mempelajari dengan baik. Sekolah ini akan berfungsi menjadi lebih daripada tempat perlindungan harian. Ciri-ciri yang menjdai imej sekolah ini ialah pertimbangan kepentingan pusat, perkara-perkara yang berkait denga kehidupan diri, tanggungjawab kepada orang lain dan menerima arahan perkara-perkara yang baik. Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan ialah pertamanya, sekolah ialah hendaklah mengenal pasti dan mengembangkan kualiti unik yang dimiliki oleh pelahar dengan meransang perasaan dan

17

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN aspirasi mereka serta membantu pelajar mencari dalam kurikulum apakah yang paling sesuai untuk mereka sehingga membolehkan mereka belajar dengan penuh selesa, selamat dan berjaya sebagai individu mahupun sebagai anggota masyarakat. Kedua, dengan menekankan cara hidup yang demikratik, sekolah juga seharusnya menitikberatkan cara hidup yang mendukung demokrsi. Cara hidup ini meliputi kebebesan bersuara, kebebas berfikir dan persamaan hak melalui pengalaman yang menyedarkan pelajar tentang hak-hak mereka sebagai rakyat dan warganegara. Sekolah adalah salah satu unit kecil dalam sistem demokrasi. Ketiga, masyarakt yang salah anggap bahawa sekolah hanyalah tempat untuk menerap, mendidik, menghasilkan ilmu dan idea berbagaibagai. Keadaan ini tidak dielekkan kerena sekolah ialah sebagai tempat sumber ilmu. Kekayaan idea memungkinkkan pertukaran dan penggunaan pendekatan sesuai untuk menyelesaikan tanggapan masyarakt, Sekolah juga merupakan tempat untuk memasyarakatkan pelajar. Pelbagai pendekatan kepada pemilihan isi yang hendak diajar dan kaedah-kaedah pengajaran boleh digunakan sebagai penyelesaian masalah salah anggap terhadap fungsi sekolah. Keempat, pentadbiran yang dapat mengurus dengan berkesan dan fleksibel. Ciri ini melihat kepada pentdbiran sekolah hendaklah juga fleksibel dengan memberi ruang kepada individu untuk bertindak dan memberi ruang kepada kurikulum untuk dilaksanakan dan bukan menyekat pelaksanaanya. Pentdabiran bukan merupakan tuan yang memerintah tetapi merupakan pemberi khidmat kepada masyarakat. Pengetua dan pemimpin seharusnya benar-benar memahami situasi sekolah dan berminat dengan tugasnya. Pentdabiran sekolah juga seharusnua mendapat pengiktirafan daripada masyarakat. Kelima, untuk membentuk arah kendiri. Iaitu sekolah memberikan tumpuan lebih kepada arah kendiri pelajar. Guru boleh menjadikanya sebagai amalan, iaitu guru merupakan pemudah cara dan pembimbing. Sekolah hendaklah juga menjurus kepada pembinaan sikap pelajar yang tahu untuk membezakan anatara perkara yang baik dengan yang buruk. Pelajar diajar dan diagalakkan untuk selalu mencari kebenaran melalui berbagai-bagai kaedah dan dengan sesiapa sahaja. Cara ini membantu penerapan nilai-nilai moral yang tinggi dan pada masa yang sama dapat menghindari nilai-nilai penupuan di kalangan pelajar. Keenam, sekolah jenis ini adalah untuk memupuk dan meningkatkan tahap pencapaian intelek pelajar dari peringkat kanak-kanak. Keadaan ini membolehkan pelajar menggunakan tahap intelek mereka untuk mencapai tahap kualiti hidup yang dikehendaki serta mencapai kepuasan hidup kerana pelajar yang sebegini meresa senang dengan apa

18

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN yang mereka lakukan, sentiasa berusaha dan mempunyai minda yang terbuka. Ketujuh dan akhir sekali, sekolah adalah bertanggungjawab ke arah pencapaian yang tinggi terutamanya dalam intelek. Model humanistik bertujuan memberikan kesedaran bahawa seluruh manusia terlibat untuk menjaga kualiti kehidupan secara keseluruhanya dengan mengamalkan nilainilai kemanusiaan sejagat. Model humanistik melihat kepada bagaimana masyarakat dapat dibentuk melalui sistem pendidikan yang digunakan, Individu yang baik yang terhasil daripada sistem ini menghasilkan ahli masyarakt yang baiK.

Kuasa luaran -Tuntuntan undang-undang -Maklumat penyelidikan -Pertubuhan profesional -Garis panduan kerajaan
PENGURUSAN Model diperkenalkan Sebagai mereka yang jelas

ini oleh bekas

Alexander dan Lewis mempunyai mengenai

Reka bentuk kurikulum -Reka bentuk kurikulum akan dimulakan -Keputusan dibuat oleh perancang kurikulum mengenai ciriciri kurikulum yang baik.

PERLAKSANAAN KURIKULUM -Melibatkan aktiviti pengajaran untuk memudahkan proses pelaksanaan rekabentuk kurikulum. -Termasuklah kaedah pengajaran, bahan dan sumber, unit perancangan, rancangan pengajaran, proses serta penyeliaan pengajaran.

2.2.5
MODEL

Saylor, (1981). pentadbir, pandangan penyeliaan

hak

dan

keperluan

serta pentadbiran yang perlu diliputi oleh kurikulum peringkat negeri dan daerah setempat atau dengan kata lain mengenai garis panduan kurikulum dan pemilihan buku teks di peringkat sekolah. Saylor et al. (1981) melihat kurikulum sebagai rancangan umum terutamanyaa rancangan untuk program pengajian individu, kursus, sukatan, unit perancangan, kenyataan dasar, nota dan pakej pembelajaran. Kurikulum mesti diambil bersama-sama sebagai satu pakej keseluruhan rancangan kurikulum oleh sesiapa yang mentadbir sekolah (Saylor et al., 1981

19

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

MAKLUMBALAS DAN UBAHSUAI

Rajah : Model Pengurusan (Sumber: Saylor J. G., Alexander, W.M dan Lewis, A. J (1981) Rajah menggambarkan Model Pengurusan yang mempertimbangkan beberapa perkara. Pertimbangan pertama iaalah berkaitan dengan matlamat dan objektif kurikulum. Matlamat dan objektif dipengaruhi oleh dua unsur utama iaitu:

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

i.

Kuasa luaran seperti tuntutan undang-undang, maklumat penyelidikan, pertubuhan profesional dan garis panduan kerajaan

PENILAIAN KURIKULUM - Menilai hasil pelajar dan perancangan kurikulum

ASAS KURIKULUM -Masyarakat -Pelajar -Pengetahuan

ii.

Asas kurikulum seperti masyarakat, pelajar dan pengetahuan. Saylor et al, (1981) telah mengelaskan set-set matlamat kepada

empat

domain

di

bawah

pengalaman

pembelajaran

iaitu

perkembangan diri, persaingan sosial, kemahiran pembelajaran dan pengkhususan (Olivia,1988). Apabila matlamat dan objektif telah dipersetujui, maka pertimbangan kedua iaitu reka bentuk kurikulum akan dimulakan. Reka bentuk ini merupakan pandangan mengenai pengajaran dan pembelajaran. Lima reka bentuk kurikulum berbeza yang berfokus kepada perkara berikut diteliti iaitu disiplin subjek, berfokus kepada sifat-sifat kemanusiaan dan proses, berfokus kepada aktiviti dan fungsi sosial dan berfokus kepada aktiviti dan keperluan individu. Reka bentuk ini berfokus kepada disiplin subjek yang menekankan kepada peranan pengetahuan dan aktiviti penyelesaian masalah. Reka bentuk ini juga berfokus kepada kemampuan spesifik yang menekankan kepada pelaksanaan objektif, analisis tugas dan pengukuran hasil. Reka bentuk ini juga menekankan sifat-sifat kemanusiaan dan proses mempertimbangkan perasaan, emosi dan nilai pelajar sebagaimana domain afektif pembelajaran. Akhirnya, reka bentuk yang berfokus kepada aktiviti dan fungsi sosial menekankan kepada masyarakat, dan keperluan individu. Reka bentuk ini yang

20

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN meningkatkan minat dan keperluan individu penting untuk memotivasikan pelajar dan meningkatkan potensinya. Reka bentuk kurikulum boleh dipilih oleh guru-guru atau disarankan oleh lembaga kurikulum sekolah (pentadbir, penyelia dan guru) atau yang disarankan oleh pusat. Walau bagaimanapun, sekolah jarang menuntut reka bentuk kurikulum kerana pelaksanaan kurikulum melibatkan guru yang menyesuaikannya mengikut kesesuaian pelajar dan untuk menepati kehendak ibu bapa. Pertimbangan ketiga ialah pelaksanaan kurikulum melibatkan aktiviti pengajaran untuk memudahkan proses pelaksanaan reka bentuk kurikulum. Ini termasuklah kaedah pengajaran, bahan dan sumber yang biasanya disenaraikan dalam kursus pengajian, unit perancangan, rancangan pengjaran dan selalu berlakunya proses pemerhatian dalam bilik darjah untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan kurikulum turut melibatkan penyeliaan pengajaran, pertemuan dan perancangan guru serta penyelia. Pelaksanaan kurikulum juga merupakan salah satu daripada aktiviti dalam program pembangunan staf. Asas bagi pelaksanaan kurikulum adalah guru, penyelia dan pentadbir. Pelaksanaan kurikulum boleh terjejas jika salah seorang daripada anggota yang terlibat dengan kurikulum itu tidak melibatkan diri. Pertimbangan keempat ialah penilaian kurikulum dalam reka bentuk ini melibatkan langkah menilai hasil pelajar dan perancangan kurikulum. Maklumat penilaian menjadi asas untuk membuat keputusan dan perancangan antara pentadbir. Walau bagaimanapun, pentadbir biasanya jarang melibatkan diri dalam hal membuat keputusan dan dalam perancangan antara pentadbir, mereka lebih senang untuk menyelia atau mengambil perunding bagi melaporkan penemuan kepadanya dan sseterusnya pentadbir hanya memaklumkan penemuan tersebut kepada guru-guru, ibu bapa atau masyarakat.

3.0

PENYUSUNAN ISI KANDUNGAN Dalam perbincangan yang lalu kita telah membincangkan model-model yang terlibat

dalam

pembentukkan kurikulum

pendidikan.

Setiap model-model yang digunakan

mempunyai kelebihannya tersendiri. Akan tetapi, dalam melihat kelebihan tersebut setiap model memerlukan penyusunan isi kandungan baik dalam membentuk kurikulum pendidikan. Penyusunan isi kandungan adalah satu kaedah untuk menetapakan atau meletakan sesuatu kurikulum yang sesuai untuk dilaksanakan dalam pendidikan.

21

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN Penyusunan isi kandungan yang sistematik membolehkan sesuatu kurikulum mencapai objektif yang dikehendaki. Oleh itu, kanduangan kurikulum yang dipilih hendaklah disusun dengan teliti.

3.1

Prinsip Model Tyler Prinsip ini diperkenalkan oleh Raplh Tyler (1964) yang menekankan tiga prinsip

utama dalam penyusunan isi kandungan dalam sukatan pelajaran dalam sesebuah kurikulum. Prinsip ini melibatkan pembinaan siri unit-unit pengajaran dan pembelajaran dan membina jadual penentuan satu set unit-unit kandungan pengajaran. Contohnya; unit-unit pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu topik dalam satu mata pelajaran atau subjek seperti unit 1, unit 2, unit 3 dan unit terakhir yang menerangkan kesimpulan sesebuah kurikulum. Tiga prinsip utama yang dicadangkan oleh Tyler dalam penyusunan isi kandungan adalah prinsip Kesinambungan atau Kontinuiti, Ketertiban atau Sekuen dan Kesepaduan atau Integrasi. Prinsip kesinambungan atau kotinuiti adalah bermaksud objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh. Tetapi prinsip ini masih menjadikan kemahiran asas masih menjadi fokus, di samping menambah kemahiran yang lain. Bagi mengurus pengalaman pembelajaran, prinsip ini merupakan kurikulum yang mengandungi pengulangan vertikal (mengufuk) iaitu peluang berterusan untuk praktis kemahiran. Dalam mata pelajaran prinsip perakaunan, asas perakaunan dan kitaran perakauan merupakan kandugan yang penting dalam sukatan pengajaran yang menjadi rujukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Maka, dengan merujuk kitaran perakaunan untuk melaksanakan setiap unit dalam sukatan pelajaran membolehkan setiap pengajaran yang dilaksanakan dapat dilakukan secara berterusan. Malahan antara kaedah yang boleh digunakan dalam prinsip ini bagi menentukan objektif atau kandungan penting secara menyeluruh adalah kaedah demortrasi, kaedah soal jawab, kaedah main peranan dan sebagainya. Sudah tentu dengan pelbagai kaedah ini, objektif pengajaran dan dicapai dan kandunagn penting dapat dipelajari dengan menyeluruh. Selain itu, menurut Bruner (1960), kesinambungan merupakan Kurikulum Lingkaran atau Spiral Curriculum, dimana kurikulum pembelajaran disusun berdasarkan saling perkaitan antara struktur idea asas dalam setiap bidang kurikulum. Iaitu prisip kesinambungan merupakan juga penentuan konsep dan prinsip yang hendak dipelajari

22

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN haruslah mengikut tertib susunan daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada pengalaman sedia ada kepada yang jauh sehingga ia menjadi satu lingkaran agar pengalaman murid dapat dikembang secara meluas dan mendalam. Contohnya; dalam mata pelajaran prinsip perakaunan asas perakauan adalah unit pertama yang akan di ajar telebih dahulu, kemudian diikuti klasifikasi akaun, dokumen perniagaan sebagai sumber maklumat, jurnal, lejer, imbangan duga, kemudiannya penyata kewangan iaitu penutupan akaun. Bagi prinsip ketertiban atau sekuen merupakan prinsip penyusunan kandungan yang berkait dengan perkaitan antara isi kandungan yang diajar atau dipelajari dengan isikandungan-isikandungan lain dalam kurikulum. Iaitu menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berurutan dengan berdasarkan pengalaman yang lalu. Bagi mata pelajaran prinsip perakauanan, sukatan pelejaran yang dibuat berdasarkan pemilihan kandungan yang saling memerlukan diantara satu sama lain atau di susun mengikut turutan. Sebagai contoh; selepas pelajar mempelajari asas-asas perakaunan, pelajar tersebut boleh mempelajari topik seterusnya iaitu dokumen sumberdengan mengikut kitaran perakaunan. Dengan ini, pelajar akan mempelajari pengalaman perihal asas-asas perkaunan sebelum ke topik seterusnya yang saling berkitan dengan topik-topik yang lain. Dalam kata lain pengurusan pengalaman pembelajaran kurikulum yang mengandungi perkembangan progresif sesuatu pemahaman iaitu sesuatu pengalaman yang baru dibina diatas pengalaman yang yang sebelumnya. Selain itu, dalam mata pelajaran prinsip perakaunan ketertiban penyusunan isi kandungan dapat dilihat melalui cara penyusunan yang sistematik. Sistematik yang di maksudkan ini kita boleh merujuk kepada sukatan pelajaran yang dibuat yang menjadi rujukan. Sukatan pelajaran tersebut disusun mengikut aras keupayaan penerimaan oleh pelajar. Iaitu, setiap topik disusun secara berturutan dari aras yang mudah kepada aras yang rumit. Aras mudah dimaksudkan kepada pengenalan mengenai perakaunan, asasasas perakaunan dan aras rumit bermula pada kitaran perakaunan yang melibatakan catatan bergu. Maka, disini kita dapat melihat pelajar berpengalaman dalam kemahiran terlebih dahulu, kemudianya kepada kemahiran berfikir yang memerlukan pelajar menyelsaikan masalah akaun berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka. Contohnya; dalam topik satu, pelajar akan mempelajari mengenal pasti jenis penyata kewangan iaitu penyata pendapatan dan kunci kira-kira, diikuti mengetahui tujuan penyediaan penyata kewangan dan akhir sekali mengetahui kepentingan penyata kewangan dalam perniagan.

23

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN Manakala prinsip kesepaduan atau integrasi adalah penyusunan yang berkait dengan perkaitan isikandungan yang dipelajri dalam kurikulum berkait dengan perkara lain yang dialami oleh pelajar samada dalam pekaran sekolah atau hal-hal diluar sekolah. Prinsip ini menumpukan penekanan penetapkan pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh. Iaitu, menghubungkait unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Contohnya; setiap hasil pembelajaran yang dilaksanakan, terdapat pelbagai penerapan kemahiran yang dapat di buat. Iaitu kemahiran yang berfokuskan matlamat pembelajaran prinsip perakaunan seperti kemahiran berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan relektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika dan sebagainya. Dalam penyusunan isi kandungan mengikut prinsip kesepaduan ini, pelbagai sasiah diri dapat dibentuk iaitu pelbagai disiplin, tema dan sebagainya dipupuk demi mencapai kurikulum bersepadu dimana ia berlandaskan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat serta berkait rapat dengan kehidupan sebenar murid. Sebagai contoh, Nilai dalam mata pelajaran iaitu aspek bekerjasama dan hormat-menghormati ditegaskan dalam kerja kumpulan atau projek dan pengetahuan dan amalan seperti ilmu yang diperoleh dalam bilik darjah boleh diaplikasikan dalam situasi kehidupan seharian di rumah, masyarakat dan sebagainya.

3.2

Kitaran Perakuanan Kitran perakaunan ialah proses catatan perakaunan bermula daripada dokumen

sumber sehingga penyediaan penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Kitaran perakaunan dilengkapkan dalam suatu tempoh perakaunan tertentu dan akan berulang pada tempoh perakaunan berikutnya. Dengan adanya kitaran perakaunan ini ianya menjadi prinsip tatatertip yang perlu di patuhi atau diikuti secara berterusan untuk mempelajari mata pelajaran prinsip perakaunan. Ini kerana dengan berpandukan kitaran perakauan, setiap urus niaga yang direkod dapat direkod yang sistematik dari satu langkah ke langkah kitaran perakaunan. Maka, pegangan ilmu kitaran perakauan ini amat penting diterapkan kepada murid-muris untuk mencapai matlamat pembelajaran yang dikehendaki. Rajah bawah adalah rajah kitaran perakaunan yang menjadi panduan yang terdapat pada sukatan pelajaran prinsip perakaunan tingkatan 4.

24

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Rajah 3 : Kitaran Perakaunan Sumber Rujukan: Buku Latih Tubi Prinsip Perakuan Tingkatan 4 oleh Tan Siew Lian.

Langkah pertama dalam kitaran perakaunan dalah dokumen sumber atau dikenali juga dokumen perniagaan. Dokumen sumber adalah membuktikan urusniga telah berlaku, sebagai sumber maklumat perakaunan dan sebagainya. Maklumat urus niaga diperoleh dariapda dokumen yang dikerluarkan atau diterima. Contohnya invois jualan, invois belian, nota debit, nota kredi, resit dan sebagainya. Dalam merekod maklumat dokumen sumber ini, dapat dikenalpasti jenis-jenis perniagaan yang telah berlaku. Setelah selesai merekod urus niga yang telah berlaku, kita beralih kepada langkah kedua kitaran perakuanan iaitu buku catatan pertama. Buku catatan pertama merupakan data urus niaga yang dikumpul daripada dokumen sumber dan dicatatkan. Buku catatan pertama ini terdiri daripada jurnal, buku tunai dan buku tunai runcit. Semua urus niaga dicatatkan terlebih dahulu ke dalam buku catatan pertama sebelum dipindahkan ke dalam lejar dengan mengikut urutan tarikh urus niaga

25

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN Selepas mengenal pasti dan kemudianya merekod urus niga ke dalam buku catatan pertama, semua rekod-rekod urus niaga tersebut akan di pindahkan ke lejer iaitu langkah keempat dalam kitaran perakaunan. Pengeposan ke lejer merupakan catatan di buku catatan pertama akan dipindahkan ke akaun tertentu di lejer seperti lejer belian, lejer pemuitang dan sebagainya. Akaun dalam lejer ini adalah berbentuk T yang menunjukkan bahagian lajur debit dan kredit. Cara urus niaga yang di rekod berasaskan prinsip catatan bergu. Penyediaan imbangan duga adalah proses kitaran selepas catatan dipindahkan ke akaun lejar. Imbangan duga disediakan pada ahir tempoh perakaunan dengan menyenaraikan baki akaun lejer dalam lajur debit dan lajur kredit. Fungsi imbangan duga adalah untuk menyemak ketepatan kemasukan catatan bergu, menguji ketepatan pengiraan dan memudahkan penyediaan akaun perdagangan, akaun untung rugi dan kunci kira-kira. Dalam penyediaan imbangan duga jumlah di sebelah debit mesti sama dengan jumlah di sebelah kredit dan penyedian imbangan duga dalah berbentuk lajur. Setelah mendapat jumlah imbangan yang seimbang, pelarasan harus dilakukan. Pelarasan adalah langakah kelima dalam kitaran perakaunan. Pelarasan mesti dilakukan ke atas baki akaun lejer yang memerlukan pelarasan. Hanya perbelanjaan yang berhubung dengan tahun kewangan berkenaan dipadankan dengan hasil yang diperoleh pada tahun kewangan yang sama dalam perhitungan untung atau rugi pada tahun berkenaan. Antara pelarasan yang pada hari pengimbangan adalah belanja terakru, belanja terdahulu, hasil terakru dan sebagainya. Setelah itu, diikuti dengan imbangan duga selas pelarasan. Imbangan duga terselaras dengan memasukkan semua baki akaun yang telah disemak, dikemaskini, dan yang tidak memerlukan perlarasan. Angka dalam lajur debit dan kredit imbangan duga terselaras dihitung dan jumlah jalur debit mesti sama dengn lajur kredit. Apabila selesainya imbangan duga terselaras, penyata kewangan akan disediakan. Penyata kewangan ini terdiri daripada penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Bagi penyata pendapatan ianya terbahagi kepada akaun perdagangan dan akaun untung rugi. Manakala kunci kiran-kira adalah proses penyenaraian aset dan dan liabiliti tahun tersebut. Akhir sekali proses kitaran perakaunan adalah catatan penutupan. Catatan penutup dibuat dalam jurnal am dan kemudian diposkan ke lejar untuk menutup akaun hasil dan akaun belanja. Kesimpulanya, setiap kali menyelesaikan pemasalahan soalan perakaunan, pentingnya merujuk tatatertip kitaran perakaunan. Ini kerana, setiap urus niaga yang di rekod tidak boleh di rekodkan dengan sewenang-wenangnya dan kepatuhan mengikut kitaran perakaunan adalah salah satu langkah yang wajib diikuti. 3.3 Teori Konstruktivisme

26

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Konstruktivisme bermula dengan premis bahawa bersumberkan pengalaman tertentu, manusia dapat mencipta kefahaman mereka mengenai apa yang terdapat di dunia ini. Konstruktivis adalah proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Dalam fahaman untuk mata pelajaran prinsip perakaunan, sukatan pelajaran yang telah dibentuk dan pembentukkannya disusun melalui satu tahap ke satu tahap yang boleh diterima dan secara tidak langsung ianya boleh diterima oleh minda pelajar yang mempelajari subjek prinsip perkaunan dengan berupaya menyusun penerimaan pembelajaran yang berlaku. Menurut Jean Piaget (1896-1980), manusia mencipta pengetahuan baru dengan cara mengasimilasikan pengetahuan yang baru mereka peroleh itu dengan pengetahuan sedia ada. Dalam proses pembelajaran pula, maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian dariapada struktur kognitif dalam minda pelajar. Pelajar perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Malah pembelajaran yang berlaku adalah hasil usaha pelajar sendiri. Hal ini bermakna bahawa adanya proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Apabila maklumat baru dapat disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagaian daripada pengangan kuat mereka, barulah kerangka baru mengenai sesuatu ilmu dapat dibina. Proses inilah yang dinamakan sebagai konstruktivis. Oleh itu, dalam konteks penyusunan isi kandungan menggunakan teori konstruktivis bagi mata pelajaran prinsip perakaunan, kita dapat melihat pelajar di dedahkan terlebih dahulu mengenai jenis-jenis dokumen sumber sebelum membuat catatan rekod yang lain. Ini kerana, pelajar perlu menguasai tajuk dokumen sumber dengan mengetahui fungsi-fungsi dokumen sumber dan jenis perniagaan yang berlaku. Setelah menguasai tajuk tersebut barulah kerangka baru mengenai seseuatu ilmu dapat dibina iaitu guru bolah mengajar tajuk seterusnya seperti buku catatan pertama, diikuti pengepossan ke lejer dan proses-proses kitaran perakaunan seterusnya. Selain daripada itu, kaedah penyusunan isi kandungan mengikut teori ini membolehkan pembelajaran akan terbina atas perkara yang sudah diketahui pelajar mengenai sesuatu konsep. Iaitu pelajar perlu mencipta makna tersendiri daripada sebarang situasi pembelajaran. Malah aspek ini tidak diajar oleh guru. Pelajar dianggap sebagai individu yang unik dan mempunyai latar belakang yang juga unik. Dalam pendekatan ini, pelajar tidak diberikan jawapan yang betul oleh guru, sebaliknya mereka perlu meneroka jawapan dan kemudian membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu fenomena yang berlaku. Oleh itu, guru tidak lagi bertindak sebagai pengajar tetapi lebih memainkan peranan sebagai fasilitator. Contohya; semasa membuat latihan akaun, pelajar akan membuat

27

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN latihan tersebut dengan usaha sendiri berpandukan segala tunjuk ajar yang telah diberikan oleh guru. Apabila berdepan dengan masalah akuan-akaun yang tidak seimbang, pelajar meneroka bagaimana pemasalah tersebut dan akan terus membuat kajian dengan melihat semula catatan akaun yang dibuat. Disini, cikgu hanya akan menjadi pembimbing kepada mereka. Sehinggalah pelajar boleh membuat catatan ke peringakat akhir iaitu penyediaan penyata kewangan dan catatan penutup. Di sini, kita dapat melihat, penyusunan isi kandungan yang memerlukan keupayaan berfikir secara kritis dan pembelajaran adalah satu proses aktif bagi menyelesaikan masalah yang diberikan kepada pelajar. Menurut Needham (1978), dalam penyusunan isi kandungan mengikut teori ini boleh dibuat menggunakan pendekatan inquiri atau penemuan. Iaitu prinsip dan cara membina siri unit-unit pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek, berasaskan masalah atau berasaskan kajian kes. Disini kita merujuk kepada soalan-soalan latihan akaun, setiap soalan adanya dikemukaka pelbagai aspek pemasalah yang perlu pelajar kenalpasti. Selepas dikenal pasti, pelajar akan mula mencatat ke dalam akaun-akaun yang terlibat, diikuti membuat pelarasan bagi mengetahui keseimbangan catatan yang dibuat dan melakukan akaun penutup iaitu menyediakan penyata kewangan dan kunci kira-kira. Pemasalahan ini biasanya memerlukan pelajar berfikir dan usaha yang terterusan untuk mendapat jawapan yang sama dengan guru mereka. Pemasalahan soalan akaun tersebut, kita boleh keategorikannya dengan mengandaikan setiap catatan dalam pembelajaran penyelesaian berasaskan masalah. Pendekatan konstruktivis mengalakkan pelajar mengemukakan soalan kepada guru mereka. Hal ini akan menggalakkan wujudnya wacana intelektual antara pelajar dengan guru. Guru pula boleh menggunakan pelbagai pendekatan bersifat inkuiri dengan menjalankan penyelidikan dan uji kaji yanh melibatkan aktiviti social yang pelbagai. Perkara paling menarik dalam pendekatan konstruktivis ialah pembabitan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran amatlah banyak dan ini memberi peluang kepada mereka untuk membina pengetahuan baru. 3.4 Dari Mudah Ke Kompleks Prinsip penyusunan isi kandungan dari mudah ke kompleks adalah satu penyusunan isi dalam bentuk menegak dan juga bentuk mendatar, dalam erti kata lain seda turutan linear dan prinsi ini diperkenalkan oleh Taba (1962). Pendekatan menyusun isi kandungan daripada yang senang kepada yang lebuh susah sering dilakukan apabila merancang sesuatu kurikulum. Dalam mata pelajaran prinsip perakaunan kita melihat kepada sukatan

28

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN pelajaranya, isi-isi mengenai asas atau pengenalan perakaunan iaitu pendedahan kepada penyata kawangan diajar terlebih dahulu. Asas perakaunan ini adalah satu topik ini hanya melibatkan teori dan mudah di fahami oleh pelajar. Selepas mempelajari asas perakaunan, diikuti pula dengan tajuk seperti klasifiksi akaun yang merangkan jenis-jenis aset, liabiliti, hasi, belanja dan sebagainya adalah di bawah penyusunan isi secara berturutan yang kita boleh simpulkan dibawah arah mudah selepad asas. Manakala, penyusunan kompleks kita boleh lihat apabila dibahagian kitaran perakaunan. Dalam kitaran perakaunan, pelbagai proses yang perlu di patuhi dan diikuti bagi merekod sesuatu urud niaga yang berlaku. Inilah satu prinsip yang boleh digunkan dalam menyusun isi mengikut urutan. 3.5 Pendekatan Asas Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk mengorganisasikan isi kurikulum. Pendekatan yang pertama dikenali sebagai prinsip umum, sementara pendekataan yang satu lagi dikenali pula sebagai prinsip khusus. Seperti yang diketahui, prisip umum merupakan penyusunan yang bercorak umum dan keseluruhan, sementara prinsip khusus pula menunjukkan penyusunan yang khusus. Pada hakikatnya perbezaan diantara keduadua pendekatan itu ialah prinsip khusus adalah dilingkungi oleh prinsip umum. Dalam kerja-kerja untuk mengorganisasikan isi di dalam kurikulum, seseorang itu perlu melakukan aktiviti bersdasarkan prinsip umum terlebih dahulu. Ini bermakna secara umum atau keseluruhan ia perlu berfikir bagaimanakah hendak menyusun isi kurikulum tersebut. Begitu juga yang telah dipraktikkan dalam membina kurikulum untuk menyusun isi kandungan dalam sukatan pelajaran perakaunan. Terdapat dua prinsip dalaam prinsip umum yang perlu diketahui. Pertama ialah penyusunannya secara menegak dan satu lagi penyusunannya secara mendatar. Apabila berbincang mengenai penyusunan menegak, sebenarnya ia menunjukkan tentang urutan dan ulangan. Sebelum mengetahui lebih lanjut lagi mengenai konsep urutan dan ulangan itu, perlulah terlebih dahulu diterangkan maksud penyusunan menegak dan penyusunan mendatar. Penyusunan menegak bermakna tumpuan diberi kepada bentuk kaitan yang ada diantara isi pada satu tahap dengan isi-isi pada tahap-tahap berikutnya. Sebagai contoh, perlu ada kaitan menegak diantara isi-isi di tahun satu dengan isi-isi di tahun kedua, ketiga dan seterusnya dalam sesuatu kurikulum. Demikian juga dalam kurikulum yang sama, isi-isi yang diletakkan pada aras yang mudah. Ini kerena, pendedahan kepada isi dalam topik pertama

29

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN dalam darjah dua, tiga dan seterusnya. Pihak yang merancang kurikulum perlu memberi perhatian kepada bentuk ini supaya isi-isi kurikulum itu akan kelihatan mempunyai satu aliran yang bermakna dan berfaedah di antara satu tahap dengan tahap-tahap di atasnya. Inilah yang dikatakan penyusunan secara menegak. Dalam penyusunan isi kandungan sukatan pelajaran tinakatan empat dan tingkatan lima dilihat telah menggunakan penyusunan menegak dimana apa yang telah dipelajari dalam tingkatan empat akan dibawa ke tingkatan lima dan pengajarannya lebih mendalam mengenai perakaunan. Ia bermula dengan pengenalan kepada perakaunan, klasifikasi akaun, mengetahui dokumen sumber, menbuat jurnal, membina lejar, membuat imbangan duga dan seterusnya membuat penyata kewangan. Seterusnya untuk tingkatan lima isi kandungannya lebih mendalam mengenai perakaunan. Penyusunan mendatar boleh menentukan kepada bentuk kaitan diantara isi-isi dalam satu mata pelajaran lain. Sebagai contoh,bagaimanakah di antara kaitan dengan isi-isi dalam mata pelajaran perakaunan dengan isi-isi dalam mata pelajaran ekonomi dalam tingkatan yang sama? Ataupun bagaimanakah kaitan di antara isi dalam satu kursus dengan isi dalam kursus yang satu lagi di dalam tahun atau tahap pengajaran yang sama? Penyusunan isi cara ini dipanggil penyusunan mendatar. Dalam penyusunan menegak telah dinyatakan bahawa ada dua perkara yang perlu difikirkan iaitu faktor urutan dan faktor ulangan. Faktor urutan ialah penyusunan isi yang semakin meluas tau semakin mendalam dalam tingkatan-tingkatan atau tahap-tahap yang berikutnya daripada tahap-tahap yang sebelumnya. Misalnya, kalaulah isi yang hendak diajar ialah berkenaan dengan ilmu perangkaan, maka untuk tahun atau tahap pertama eloklah disusun isi-isi yang berkenaan dengan konsep nombor. Ini diikuti pula oleh isi-isi berkenaan dengan Mod, Median dan Min dan diikuti pula dengan isi-isi berkenaan dengan kekerapan, sisihan lazim dan seterusnya. Bagi tahun kedua disusun isi-isi berkenaan dengan ilmu perangkaan mengenai statistic inferential pula. Seterusnya di tahum-tahun yang berikutnya, isi-isi itu disusun supaya ianya menjadi lebih mendalam ataupun lebih khusus lagi. Seterusnya ada beberapa prinsip yang boleh digunakan sebgai panduan bagi menyusun isi dalam bentuk menegak dan juga dalam bentuk mendatar. Prinsip pertama ialah berdasarkan kerumitan atau kepayahan. Pendekatan menyusun isi daripada yang sengan kepada yang lebih susah memang sering dilakukan apabila merancang sesuatu kurikulum. Dalam ilmu Matematik sebagai contoh, diajar isi-isi mengenai tanbah dan tolak dahulu dan keudian diikuti dengan yang lebih rumit iaitu darab dan bahagi. Demikianlah juga

30

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN dengan ilmu mengenai perakaunan, terlebih dahulu diajar tentang pengenalan kepada perakaunan dan diikuti dengan mengklasifikasi akaun dan seterusnya membuat jurnal dan lejar, yang akhirnya membawa kepada pembuatan penyata kewangan. Inilah satu prinsip yang boleh digunakan dalam menyusun isi mengiktu turutan. Prinsip kedua ialah berdasarkan jarak. Ini bermakna isi-isi yang terdekat dengan pelajar, disusun dibahagian awal. Sementara isi-isi yang semakin jauh daripada pelajar disusun dibahagian akhir. Dalam mata pelajaran Perakaunan, disediakan isi-isi mengenai klasifikasi akaun terlebih dahulu dan kemudian diikuti oleh isi-isi mengenai cara mendokumenkan perniagaan untuk proses seterusnya bagi mendapatkan imbangan duga dan membuat penyata. Demikian jugalah kalau kita tumpukan tentang ilmu ekonomi. Mjungkin mula-mula akan menumpukan dengan ekonomi rumah tangga atau keluarga dan setrusnya berkembang ke ekonomi negara. Prinsip ketiga ialah berdasarkan masa atau kronologi. Prinsip ini bermaksud sesuatu ilmu itu diajar mengikut perkembangan masa. Dalam mata pelajaran Sejarah misalnya, boleh disusun dengan isi-isi mengenai sejarah diperingkat awal dan diikuti dengan sejarah selepasnya dan sehinggalah zaman sekarang. Sebaliknya kita juga boleh menyusun isi-isi itu mengikut dari zaman terakhir iaitu zaman sekarang dan kemudian membawa ke zamanzaman sebelumnya. Misalnya isi-isi mengenai perwujudan berbagai-bagai bangsa di Malaysia boleh dimulakan dengan zaman sekarang dan kemudian berundur kezamn sebelumnya hinggalah berakhir dengan peristiwa-peristiwa awal tentang bagaimana mereka itu mula datang ke Malaysia. Begitu juga dengan prinsip perakaunan, untuk membuat sesuatu penyata kewangan perlu menitik beratkan tarikh bila transaksi belian atau jualan dan sebagainya dijalankan. Prinsip keempat ialah menyusun isi-isi mengikut perkembangan penemuan kajian tentang sesuatu perkara. Isi-isi yang ditemui lebih awal mengenai satu-satu perkara itu disusun dibahagian awal dan isi-isi yang ditemui kemudian, dimasukkan selepas itu sehinggalah sampai ke peringkat penemuan yang terakhir dan diletakkan di bahagian akhir. Begitu juga dengan subjek prinsip perakaunan tingkatan empat, yang perlu dipelajari awal diletakkan di bahagian awal dan seterusnya yang perlu dipelajari selepas itu diletakkan mengikut susunan yang sesuai. Prinsip keenam yang boleh digunakan bagi menyusun isi ialah pendekatan konseptual. Dalam kes ini, prinsip-prinsip yang penting disusun dibahagian awal, sementara konsep-konsep yang kurang tentu disusun dibahagian-bahagian berikutnya. Cara ini biasanya dikenali juga sebagai susunan pendekatan umum kepada yang lebih khusus.

31

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Demikianlah prinsip-prinsip bagi menyusun isi dalam sesuatu kurikulum. Terdapat dua pendekatan asas iaitu pendekatan prinsip umum dan pendekatan prinsip asas. Pendekatan prinsip umum mempunyai dua pecahan iaitu menegak dan mendatar. Sementara pendekatan prinsip khusus terbahagi kepada tujuh iaitu jarak, kepentingan, kerumitan, kronologi dan perkembangan penemuan ilmu. Pendekatan prinsip khusus ini merupakan pendekatan yang boleh digunakan dalam pendekatan prinsip umum menegak daripada aspek urutan dan juga mendatar. Terpulanglah kepada pihak-pihak tertentu untuk memilih pendekatan yang paling sesuai untuk merancang sesuatu kurikulum. 3.6 Model Pembelajaran Kolb Pembelajaran adalah sebahagian dari kehidupan manusia dan proses ini boleh berlaku bila-bila dan di mana-mana sahaja sama ada secara formal atau pun tidak formal. Dalam proses pembelajaran secara formal, guru haruslah mengenali jenis personaliti para pelajarnya untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini adalah kerana setiap pelajar itu berbeza dan memiliki sifat yang unik disebabkan oleh suasana persekitaran dan perwarisan yang berbeza di antara mereka (Norasmah et al. 2003). Personaliti yang berbeza ini mewujudkan pelbagai gaya pembelajaran di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Para pendidik perlu menyedari hakikat ini supaya mereka dapat mengenal pasti kecenderungan seseorang itu belajar dan mempelbagaikan gaya pengajaran mereka untuk disesuaikan dengan kepelbagaian gaya pembelajaran di kalangan pelajar. Ini akan dapat meningkatkan juga hubungan baik di antara pelajar dan guru kerana pelajar akan merasakan bahawa diri mereka sentiasa diberi perhatian dan diambil berat oleh gurunya (Shahabudin & Rohizani, 2003). Pembelajaran pengalaman memberikan satu model yang menyeluruh tentang proses pembelajaran, bagaimana individu belajar, berkembang dan membangun (Kolb et al., 1999). Pembelajaran pengalaman ialah teori pembelajaran yang berasaskan tentang peranan pengalaman dalam proses pembelajaran, kepentingan penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran dan kecerdasan sebagai kesan interaksi antara pelajar dengan persekitaran. Gaya pembelajaran Kolb merangkumi empat jenis gaya pembelajaran iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, eksperimentasi aktif dan konseptualisasi abstrak. Kolb dan Fry (1975) menegaskan bahawa proses pembelajaran adalah satu proses yang berkitar. Kolb juga telah menjelaskan model gaya pembelajaran beliau seperti berikut:

32

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN Pembelajaran merupakan satu proses integrasi yang berada dalam satu kitaran dan bermula dengan pengalaman diikuti dengan pengumpulan data dan pemerhatian tentang pengalaman tersebut. Data akan dianalisis dan kesimpulan yang diperolehi akan digunakan untuk mengubahsuai tingkah laku dalam menghadapi satu situasi pengalaman yang baru. (Kolb, 1984 dalam Sadler-Smith, 1997).

Pengalaman Konkrit (Intuisi)

akomodato r Eksperimentasi Aktif (Tindakan)

diverger konverge r

Pemerhatian Reflektif (Pemerhatian) asimilato r

Konseptualisasi Abstrak (Pemikiran)


RAJAH 1 Rajah 4: Menggambarkan secara ringkas model gaya pembelajaran Kolb. Dalam pembelajaran ini, guru perlu memainkan peranan untuk menerapkan gaya pembelajaran yang dapat diterima dan diserap oleh pelajar terutamanya bagi subjek prinsip perakaunan. Model ini boleh diperincikan lagi seperti berikut: i. Pengalaman konkrit Dalam pengalaman konkrit, pelajar terlibat dengan pengalaman baru. Intuisi amat ditekankan. Pelajar perlu berfikiran terbuka, mudah beradaptasi, intuitif dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. ii. Konseptualisasi abstrak Pelajar berusaha untuk mengatur dan menyusun maklumat secara sistematik dan logik ke dalam bentuk konsep, teori dan idea. Aspek pemikiran ditekankan berbanding intuisi. iii. Pemerhatian reflektif Pelajar menjadi pemerhati yang objektif. Kemahiran mendengar, memerhati, dan menyedari perubahan amat penting bagi individu yang terlibat dalam gaya pembelajaran ini. Rogers (2002) dalam menerangkan sikap pelajar reflektif menyatakan bahawa sesetengah

33

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN orang gemar bersikap tunggu dan lihat, memerhati dan mendengar perbincangan orang lain terlebih dahulu dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan apabila soalan diajukan, mereka mengambil masa untuk berfikir, teragak-agak dan kurang berkeyakinan. iv. Eksperimentasi aktif Pelajar terlibat secara langsung dengan persekitaran. Gaya dominan yang terlibatdalam eksperimentasi aktif ialah pengujian. Strategi utama adalah mencari jalan penyelesaian yang tepat dan mendapat keputusan yang praktikal. Kolb juga telah mengkategorikan pelajar atau individu ke dalam kumpulan yang dikenali sebagai diverger, asimilator, konverger dan akomodator berdasarkan empat gaya pembelajaran yang tersebut. Ciri-ciri diverger ialah mempunyai kebolehan dalam menjana idea, suka mendengar dan berkongsi idea, gemar menyatukan pengalaman dengan perasaan, mempunyai imaginasi yang baik, mampu melihat suatu perkara dari pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan inovatif. Pelajar yang tergolong sebagai asimilator pula mempunyai kekuatan pada kebolehan mencipta model berasaskan teori dan memahami konsep yang abstrak, gemar menyatukan pemerhatian dengan pengetahuan sedia ada dan ingin sentiasa mendapat jawapan yang betul dalam menyelesaikan masalah. Konverger pula merupakan pelajar yang aktif, gemar menyatukan teori dan praktis, menggunakan pengetahuan abstrak dan juga akal waras (common sense), serta mempunyai kelebihan dalam mengaplikasikan idea-idea yang praktikal dalam proses pembelajaran. Sementara akomodator pula merupakan pelajar yang sangat aktif dan kreatif, belajar dengan mencuba hingga berjaya tanpa bantuan dari pengajar, merupakan kumpulan yang bersifat intuitif, menjana kesimpulan berasaskan intuisi, berani mengambil risiko dalam melakukan sesuatu, mudah beradaptasi dengan situasi baru dan mempunyai kebolehan semula jadi sebagai ketua.

34

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

4.0 KAJIAN PENERAPAN KEMAHIRAN DALAM SUKATAN PELAJARAN PRINSIP


PERAKAUNAN

35

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Rajah 1: Analisis Penerepan Kemahiran Dalam Suakatan Pelajaran Perakauanan. Sumber Rujukan: Sukatan Pelajaran Perakaunan KBSM Tingkatan 4 Graf di atas menunjukkan analisis penerapan kemahiran berdasarkan matalamat sukatan pelajaran perakaunan KBSM tingkatan 4 untuk melahirkan individu yang

36

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN mempunyai kemhiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan relektif,

mengamalkan budaya kerja yang beretika, kemahiran komunikasi, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan. Melaui graf ini, dapat dilihat beberapa penerapan kemahiran yang ada pada setiap hasil pembelajaaran pada setiap tajuk dalam kurikulum mata pelajaran prinsip perakaunan setalah di analisis. Penerapan pertama yang berjaya diterapkan kemahirannya adalah perakaunan sebagai satu pengajian asas dengan 52 kali bilanganya dalam setiap hasil pembelajaran di setiap tajuk dalam sukatan pembelajaran pelajaran ini. Perakaunan sebagai satu pengajian asas adalah tunjang utama bagi mendalami subjek prinsip perakaunan, ini kerana dengan penganggan yang kuat dalam menguasai asas-asas perakaunan kita boleh memahami konsep-konsep perakaunan ataupun boleh melakukan kerja-kerja mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. Sebagai pelajar yang telah mengetahui akan kepentingan dan jenisjenis penyata kewangan, fungsi-fungsi kitaran perakaunan. Maka memamng perlu perakaunan sebagai satu pengajian asas adalah tertinggi penerapanya dalam setiap hasil pembelajaran yang perlu ada di dalam sukatan pelajaran prisnip perakaunan. Ini kerana juga, motif pengajian asas adalah untuk menerapkan kebolehan menyepadukan ilmu kitaran perakauan dengan nilai murni, adab dan etika kerja perakanan untuk memahami dan menilai prestasi perniagaan. Pemikiran kritikal dan reflektif merupakan penerapan kemahiran yang kedua berjaya diterapkan dengan bilangan 48 kali dalam setiap hasil pembelajaran dalam setiap tajuk. Di dalam pembentukkan hasil pembelajaran yang efektif, pengelibatan pemikiran atau berfikir dikalangan pelajar amat di perlukan. Ini kerana, setiap tajuk-tajuk yang diajar memerlukan pelajar berfikir perkaitan setiap tajuk dalam perakauanan. Contohnya, dalam kitaran perakaunan, pelajar-pelajar perlu mengetahui turutan perkitran perakauan bagi menyelesaikan soalan yang diberikan. Maka disini, pelajar memerlukan pemikiran yang kritikal dan relflektif dalam menyelesaikan soalan tersebut. Oleh itu, kita dapat menyifatkan pentingnya penerapan kemahiran pemikiran kritikal dan reflektif dalam pembentukan sukatan pembelajaran ini. Malahan, dengan adanya kemahiran ini pelajar boleh mengaplikasikannya semasa di dalam alam pekerjaan. Di dalam dunia perkerjaan keupayaan menyelesaiakan masalah bekerja amat perlu pada diri seseorang itu. Jadi dengan kebijaksaan pemikiran kritikal dan reflektif boleh membantu dalam menyesaikan sesuatu masalah. Dan pada asasnya, matalamat penerapan kemahiran ini, bertujuan meletakan pelajar berkeupayaan berfikiran secara kritis serta refletif (mengimbas kembali)

37

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN dalam pelbagai situasi perniagaan dengan mengambil pendekatan menyeluruh dan melakukan muhasabah diri. Ketiga adalah budaya kerja yang beretika merupakan penerapan kemahiran yang ada dalam hasil pembelajaran dengan bilangan 27 kali dalam setiap topik. Budaya kerja yang beretika yang hendak diterapkan dalam hasil pembelajaran mata pelajaran ini, adalah matlamat utama untuk memupuk budaya kerja yang beretika berasaskan sifat teliti, tekun, menepati masa dan mematuhi peratuaran serta boleh membezakan anatara amalan kreatif dengan amalan penipuan di kalangan pelajar dari mula mereka belajar perakaunan. Di dalam pembentukan kurikulum mata pelajaran prisnip perakaunan ini, penerapan kemahiran seperti unsur budaya kerja yang beretika adalah satu perkara yang amat penting. Ini kerana, dengan penerapan sifat kerajinan atau amalan kerja yang berdisiplin membolehkan pelajar boleh belajar mendisiplinkan diri untuk mengatur masa mereka dengan baik, sentiasa tekun belajar, jujur dalam melakukan kegiatan kehidupan mereka sama ada di sekolah atau diluar sekolah. Jadi, berpatutan adanya penerapan kemahiran budaya kerja yang beretika dalam hasil pembelajaran dalam pembentukan kurikulum mata pelajaran prinsip perakaunan ini. Keempat ialah akauntabiliti yang merupakan kemahiran yang berjaya di terapkan hasil dari pembelajaran mata pelajaran tersebut. Matlamat untuk menerapkan kemahiran akauntabiliti ini adalah membolehkan seseorang pelajar bertanggungjawab kepada pencipta diri, masyarakat dan negara ke atas keputusan dan tindakan yang diambil. Dalam mempelajari mata pelajaran perakaunan ini, banyak perkara-perkara yang perlu diambil tahu dan belajar walaupun perkara tersebut dianggap remah. Ini kerana, dalam menyelasaikan sesuatu masalah perakaunan, contohnya semasa membuat latihan, memerlukan pelajar menyelasaikan dengan teliti latihan tersebut dengan kemahiran yang ada sehingga boleh mendapat jumlah pengimbangan yang sama. Akan tetapi, apabila tidak mendapat jumlah pengimbangan yang tidak sama terhadap akaun urus niaga yang dibuat, pelajar terpaksa melihat balik akaun-akaun yang dibuat. Ini memerlukan sifat tanggungjawab untuk terus berusaha menyiapkan kerja tersebut. Oleh itu, dengan ilmu yang telah di terapkan dari awal lagi dari pembelajaran perakaunan ini, seseorang itu boleh mengaplikasikan di alam pekerjaan. Ini kerana dalam dunia pekerjaan, seseorang pekerja perlu melakukan kerja mereka dengan telus, berasa bertanggungjawab terhadap kerja dan sebarang keputusan yang diambil memerlukan pendapat atau pandangan yang melibatkan orang lain atau orang di sekeliling. Dengan ini, wajarnya kemahiran akauntabiliti diterapkan dalam pembentukan kurikulum mata pelajaran prinsip perakaunan.

38

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN Kelima adalah kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang merupakan kemahiran yang diterapkan dalam pembentukan sukatan pelajaran prinsip perakauan ini dengan bilangan penerapan tiga kali sahaja. Matlamat utama penerapan kemahiran ini adalah untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat melalui pembelajaran akses kendiri, tearah kendiri dan penilaian kendiri. Maknanya adalah mempelajari prinsip perakaunan ini adalah untuk memberi kemahiran asas dalam bidang perakaunan dengan mengenali perkara-perkara yang amat penting dalam perakaunan untuk dijadikan bekalan selapas tamat persekolah. Walaupun sekadar, mempunyai Siljil Pelajaran Malaysia, tetapi seseorang pelajar yang telah mengambil mata pelajaran prinsip perakaunan telah mempunyai asas kemahiran dalam bidang perakaunan. Maka mereka boleh menggunakan kemahiran tersebut untuk mencari peluang pekerjaan di dalam bidang akaun dan boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk mendapatkan kecemerlangan dalam kerja mereka. Jadi inilah yang dimaksudkan sesuatu yang kita belajaran boleh diguna untuk sepanjang hayat. Maka, kita boleh menyifatkan kewajaran penerapan kemahiran ini dalam mata pelajaran prinsip perkaunan ini walaupun jumlah penerapan dalam sukatan pelajaran yang agak sedikit. Keenam pula ialah penerapan kemahiran berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dengan bilangan sekali sahaja bagi hasil pembelajaran yang dibuat dalam topik mata pelajaran tersebut. Kemahiran ini memerlukan penerapan terhadap penggunaan ICT oleh pelajar. Iaitu mengkehendaki pelajar berupaya, mahir dan pakar menggunakan ICT seperti internet, perisian asas dan perisian perakaunan. Kemahiran ini didapati kurang diterapkan dalam sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut kerana kurangnya pendedahan pelajar terhadap penggunan ICT dalam pembelajaran mereka. Penggunaan ICT di kalangan pelajaran ini, kita boleh melihat kepada kerja-kerja kursus yang diberikan oleh guru mereka. Kerja-kerja kursus tersebut memerlukan pelajar mengunakan interent untuk mencari maklumat mengenai kerja kursus tersebut dan membuat laporan dalam bentuk cetakan kepada guru mereka. Jadi dengan cara ini penerapan kemahiran dalam penggunaan ICT dapat dilakukan. Akan tetapi, pada masa akan datang kemahiran ini sangat penting untuk dijadikan bekalan ilmu kepada pelajar. Ini kerena, pada zaman sekarang penggunaan ICT sangat diperlukan. Maka, disini kita dapat menyatakan pentingnya penerapan kemahiran ini dalam setiap hasil pembelajaran pada setiap topik dalam sukatan pembelajaran prinsip perkaunan. Ketujuh merupakan kemahiran berkomunikasi dan kelapan pula adalah pendekatan pembelajaran bermakna. Kedua-dua penerapan kemahiran ini merupakan penerapan kemahiran yang berada dalam kedudukan sifar dalam hasil pembelajaran bagi sukatan peljaran ini. Tiadanya penerapan kedua-dua kemahiran ini berkemungkinan kaedah

39

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN pengajaran yang digunakan untuk mendapatkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya murid-murid boleh fokus samasa guru mereka mengajar dan tiada komunikasi diantara kawan-kawan dan hanya komunikasi diantara guru sahaja. Bagi kemahiran pendekatan pembelajaran bermakna, mungkin penerapan tidak berlaku kerana kurangnya amalan dalam mengaplikasikanya dalam kehidupan sebenar. Kesimpulanya, setiap penerapan kemahiran yang dibuat mempunyai matlamatnya tersendiri. Matlamat tersebut adlah untuk menentukkan kejayaan dalam membentuk sesuatu kurikulum dan hendak melahirkan insan yang berkebolehan dari pelbagai aspek seperti dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Maka dalam analisis yang telah dibuat, kemahiran yang paling banyak bagi penerapan kemahiran dalam sukatan pelajaran adalah perakaunan sebagai satu pengajian asas manakala kemahiran berkomunikasi dan pendekatan pembelajaran bermakna langsung tiada diterapkan dalam sukatan pelajaran prinsip perakaunan ini. Jadi dalam tranfomasi pendidikan sekarang rasanya tiada masalah untuk kita menerapkan kesemua kemahiran matlamat tersebut.

4.1

Cadangan Untuk Pembaikan Semula Melalui perbincangan kita yang lalui mengenai analisis penerapan kemahiran

berdasarkan matalamat pembentukkan kurikulum prinsip perakaunan tingkatan empat terdapat dua jenis matlamat yang tidak berjaya atau tiada diterapkan dalam sukatan pembelajaran bagi mata pelajran tersebut iaitu kemahiran berkomunikasi dan pendekatan pembelajaran bermakna. Kemahiran berkomunikasi mengikut matlamat pembentukan kurikulum ini adalah membolehkan pelajar berkemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan yakni berupaya menyampaikan idea dengan jelas dan yakin. Malah berkemahiran untuk menkadi pendengar yang baik dan berkomnukasi secara interpersonal dengan beradab, sama ada dalam menjalankan tugas yang berkaitan perakaunan atau yang lain. Maka, kita dapat melihat matlamat ini mahukan wujudnya komunikasi yang pelbagai hala dalam pengajaran dan pembelajaran. Disini, perlu ada satu penambahbaikan dalam sukatan pembelajaran yang melibatkan kemahiran komunikasi. Mungkin kita boleh selitkan satu subtopik dalam tajuk dua iaitu Komunikasi Dalam Asas Perakaunan. Subtopik ini mugkin kita boleh cadangakan pelajar membuat satu kerja kursus untuk mengenalpasti setiap klasifikasi akaun iaitu menyatakan kepentingan, jenisjenis, fungsi dalam setiap huraian klasifikasi akaun dalam topik dua tersebut. Kerja kursus ini haruslah dibuat dalam kumpulan dan setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja

40

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN mereka. Maknanya dalam melaksakan kerja kursus ini, pelajar akan saling berkomunikasi dengan ahli kumpulan dan secara tidak langsung mereka akan lebih faham mengenai tajuk dua yang akan atau diajar oleh guru mereka. Dan mereka mempunyai pengalaman pembelajaran sendiri dalam melakukan kerja mereka. membuat kerja-kerja yang lain. Bagi kemahiran pendekatan pembelajaran bermakna dalam matlamat pembentuk kurikulum ini adalah mewujudkan pembelajaran bermakna dengan menghubungkaitkan teori dan amalan perakaunan dalam pendekatan dalam pendekatan kontekstual dan autentik (berkebolehan berfikir, manaakul dan merealisaikan dala persekitaran perniagaan sebenar). Kemahiran ini melibatkan aplikasi ilmu perakaunan yang dipelajari dalam kehidupan yang sebenar dan di gunakanya secara menyeluruh dan bermakna. Kemahiran ini mugkin kita selitkan di bawah tajuk tiga iaitu dokumen perniagaan sebagai sumber maklumat. Dalam tajuk ini, ianya melibatkan pendedahan terhadap jenis-jenis dokumen perniagaan yang terlibat dalan sesebuah perniagaan. Maka kita letakan satu subtopik dibawah tajuk tersebut iaitu Aplikasi Dokumen sendiri Perniagaan. Maksudnya adalah mengkehendaki invois atau pelajar resit mendapatkan jenis-jenis dokumen perniagaan seperti Malah hasil pembentangan kerja mereka tersebut, membolehkan mereka berkeyakinan dalm melakukan kerja dan boleh

mengumpulkan semua resit yang ada dijadikan sebuah buku log. Selepas itu, buat dalam buku log tersebut, pelajar dikehendaki buat nota kaki terhadap setiap jenis dokumen yang mereka kumpul. Ini adalah untuk menambah kefahaman mereka akan setiap fungsi jenis dokumen tersebut untuk memudahkan mereka melakukan catatan ke buku catatan pertama. Ini kerana, biasanya pelajar masih keliru mengenai jenis dokumen yang terlibat contonya, invios asal dan invios salinan. Biasanya pelajar keliru untuk memahami dimana letaknya urus niaga invois asal dan invois salinan dalam buku catatan pertama. Maka dengan buku log tersebut pelajar menjadikannya panduan sehingga menjadi pengangan yang kuat dalam setiap kali menyelesaikan masalah latihan akaun. Malah, boleh di aplikasi dalam bidang perkejaan kelak. Maka, ini boleh dikatakan pembelajaran yang bermakna kerena pelajar boleh menaakul setiap pembelajaran yang dibuat dan boleh digunakan bagi persekitaran dalam bidang yang mereka ceburi. Secara keseluruhanya, pembaikan atau pemurnian semula sukatan pembelajaran ini biasanya bergantung kepada keperluan, kehendak dan keadaan sekeliling. Semakin banyak berlakunya tranformasi dalam bidang pendidikan, maka seringkali berlakunya penambahbaikan dalam sukatan pembelajaran dalam sesebuag kurikukul pendidikan.

41

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

5.0

KAJIAN PEMBANGUNAN NILAI MURNI MELALUI KURIKULUM Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan

tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988) Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani. Rasional Nilai-Nilai Murni Dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita. Masyarakat kita tiada semangat muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum. Selain daripada itu tekanan daripada cendikiawan Islam terutama sejak Persidangan Sedunia Tentang Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977 serta penularan pelbagai jenis penyakit kerohanian, akhlak, sosial dikalangan pelbagai lapisan masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih kepada isu nilai dalam pendidikan. Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih. Maka apakah corak pandangan hidup atau "world view" yang harus didedahkan kepada pelajar atau belia sekarang untuk mereka hayati, amal dan wariskan?. Untuk melihat output dan product yang positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha

42

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN mendidik mereka agar selaras dengan penyataan FPN ini. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak. Masyarakat adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPN yang dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat bersekolah. Mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni. Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada melalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan sendiri. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan. Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana: " Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan." 5.1 Aspek-aspek Nilai Murni

Umum mengetahui aspek nilai murni kadangkala sukar diterjemah dan dikenal pasti dalam isi kandungan sesuatu subjek. Namun, dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Harian yang sedia ada, nilai murni ini dapat dirungkai. Kajian kali ini adalah untuk mengenal pasti pembangunan nilai murni yang dapat diterapkan melalui kurikulum Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat. Kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti nilai murni tersebut adalah merujuk kepada Buku Rancangan Mengajar Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 yang ditulis oleh Khalid Ismail, Ibrahim Tamby Chek dan Baharudin Omar. Kajian ini juga menggunakan 16 nilai murni yang telah diperakui oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) selain itu, terdapat juga 3 tambahan nilai murni yang telah diambil berdasarkan kriteria yang ada dalam etika bagi Malaysian Institute Of Accountants (MIA) iaitu sistematik, pembuktian dan kepercayaan. Tambahan nilai murni ini diambil dari etika (MIA). Ini adalah disebabkan nilai-nilai tersebut selaras dengan apa yang perlu diterap dalam diri pelajar yang mungkin menjadi akauntan kelak. Oleh itu, sebelum kajian ini

43

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN dilakukan, diharapkan kesemua nilai murni tersebut telah pun diterapkan dalam kurikulum prinsip perakaunan tingkatan empat dan lima. Berikut adalah aspek nilai murni yang dikaji:

1. Baik Hati - Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang
lainsecara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain.

2. Berdikari - Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung


kepada orang lain.

3. Hemah Tinggi - Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang
patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.

4. Hormat Menghormati - Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial


dengan memberi layanan yang bersopan.

5.

Kasih sayang - Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri.

6. Keadilan - Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat
sebelah.

7. Kebebasan - Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan


undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara.

8. Keberanian - Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin


dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana.

9. Kebersihan fizikal dan mental - Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan
kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian.

10. Kejujuran - Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas
tanpa mengharapkan sebarang balasan.

44

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

11. Kerajinan - Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,
kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.

12. Kerjasama - Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada
peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.

13. Kesedaran - Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan
sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.

14. Kesyukuran - Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat
dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.

15. Rasional - Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.

16. Semangat Bermasyarakat - Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan


bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat. Nilai Murni Tambahan Mengikut Etika Di Dalam Malaysian Institute Of Accountants (Mia)

17. Sistematik Berfikir sistematik ialah berfikir logik, yang bergerak selangkah demi
selangkah dengan penuh kesedaran dengan turutan yang tersusun.

18. Pembuktian proses membuktikan dan meyakinkan kebenaran sesuatu peristiwa


dengan menggunakan bukti-bukti serta dokumen-dokumen yang ada ketika transaksi perniagaan dilakukan

19. Kepercayaan - Secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap


sesuatu perkara. ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu.

45

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Jadual 1 menunjukkan bahawa analisa pembangunan nilai murni melalui kurikulum prinsip perakaunan tingkatan 4 telah dilaksanakan. Di bahagian kiri setiap baris terdapat senarai tajuk bagi ketujuh-tujuh bab yang ada di dalam buku mata pelajaran prinsip perakaunan tingkatan 4. Manakala nombor yang ada pada baris pertama adalah merupakan nombor untuk rujukan nilai murni yang dikaji. Seterusnya nombor di bahagian jumlah atau yang berada di baris bawah sekali menunjukkan jumlah penerapan nilai murni daripada ketujuh-tujuh bab yang ada. Carta 2 pula menunjukkan carta bagi senarai penerapan nilai murni mengikut urutan dari yang tertinggi atau lebih ditumpukan sehinggalah kepada nilai murni yang kurang ditumpukan dalam mata pelajaran prinsip perakaunan tingkatan 4. Di dalam carta, paksi x menunjukkan nilai-nilai murni yang dikaji iaitu sebanyak 19 nilai. Manakala paksi y menunjukkan jumlah penerapan nilai murni. Jumlah tertinggi ialah sebanyak 7 yang selaras dengan bilangan bab yang ada di dalam mata pelajaran prinsip perakaunan tingkatan 4. 5.2 Dapatan Kajian Berdasarkan analisa penerapan nilai murni di dalam jadual 2 dan carta 1, dapat dilihat terdapat nilai-nilai yang lebih ditumpukan dan terdapat juga nilai-nilai yang kurang ditumpukan ketika guru mengajar subjek prinsip perakaunan tingkatan 4 ini. Nilai murni yang paling banyak ditumpukan dalam mata pelajaran ini iaitu hormat-menghormati, keberanian, kejujuran, kerjasama dan rasional yang menunjukkan penerapan nilai tersebut ada dalam kesemua tujuh bab. Seterusnya nilai sistematik, berdikari, kebebasan, kerajinan dan kepercayaan terdapat dalam enam bab berbanding sebelumnya. Manakala nilai kebersihan fizikal dan mental terdapat lima bab yang memberi penerapan nilai tersebut. Nilai pembuktian, hemah tinggi dan semangat bermasyarakat pula menunjukkan ianya terdapat hanya dalam empat bab sahaja. Kemudian nilai keadilan dan kesedaran menunjukkan penerapan nilai tersebut terdapat sebanyak tiga bab sahaja. Akhir sekali, penekanan terhadap nilai yang paling terendah iaitu sebanyak satu bab sahaja iaitu nilai baik hati, kasih sayang dan juga kesyukuran.

46

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Dapatan ini jelas menunjukkan terdapat banyak juga nilai yang kurang diterapkan dalam mata pelajaran prinsip akaun ini. Hal ini berlaku mungkin disebabkan penerapan nilai-nilai tersebut telah dilaksanakan dalam subjek atau mata pelajaran lain dan sebagainya. Seterusnya, mengupas punca dan alasan mengapa ada nilai yang jumlah penumpuan dalam mata pelajaran prinsip perakaunan tingkatan 4 ini tinggi manakala ada juga yang jumlah penumpuan nilai murninya adalah rendah. Nilai yang lebih ditumpukan dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan 4: 1. Hormat-Menghormati 2. Keberanian 3. Kejujuran 4. Kerjasama 5. Rasional Huraian: 1. Nilai hormat-menghormati ini paling banyak diterapkan adalan kerana dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, sikap hormat-menghormati antara guru dan pelajar sentiasa diterapkan bagi memudahkan proses penyampaian ilmu. Guru dan pelajar juga akan ada konsep hormat dimana pelajar akan patuh dan akur atas arahan guru mereka di dalam kelas. Maka oleh sebab itu nilai hormat-menghormati ini paling banyak ditumpukan. 2. Selain itu, bagi nilai keberanian ianya dapat dilihat penerapannya sewaktu guru meminta pelajar memberi pendapat atau ketika guru bertanya soalan dan pelajar pasti akan menjawab. Ini menunjukkan nilai keberanian ini sering diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Aspek nilai kejujuran ada tersedia dalam setiap bab di dalam meta pelajaran prinsip perakaunan tingkatan 4. Ini kerana subjek itu sendiri menekankan pelajar supaya jujur dalam merekodkan serta membuat kitaran perakaunan untuk mendapatkan serta mengetahui maklumat sebenar kewangan.

47

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

4. Bagi nilai kerjasama, didapati setiap bab dalam mata pelajaran ini memerlukan para pelajarnya bekerjasama tidak kira sama ada dengan guru atau dengan rakan-rakan mereka sendiri terutama ketika proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Inilah yang menyebabkan penumpuan terhadap nilai kerjasama lebih diterapkan.

5. Seterusnya bagi nilai rasional, sudah pasti subjek prinsip perakaunan tingkatan 4 ini mengajar pelajar supaya bersikap lebih rasional denagn diri dan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi apabila membincangkan tentang kitaran perakaunan. Nilai yang kurang ditumpukan dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan 4: 1. Baik Hati 2. Kasih Sayang 3. Kesyukuran Huraian: 1. Nilai baik hati didapati kurang diterapkan dalam mata pelajaran prinsip perakaunan tingkatan 4. Ini mungkin disebabkan oleh konten dalam mata pelajaran akaun itu sendiri yang sentiasa mahukan ketepatan dalam membuat kira-kira akaun ataupun kitaran perakaunan. Seperti contoh, kebanyakan bab di dalam subjek ini selalunya mahukan keuntungan dan bukannya kerugian. Tiada istilah bersedekah di dalam subjek ini. Yang ada hanyalah pelajar belajar konsep meterialiti yang bermaksud butiran yang mempunyai kepentingan relatif yang tinggi terhadap pembuatan keputusan (mampu mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat) akan dilaporkan di dalam penyata kewangan. Butiran kecil atau remeh boleh diabaikan. Material atau tidak sesuatu butiran itu bergantung pada nilai urus niaga atau saiz perniagaan. 2. Nilai kasih sayang juga kurang ditumpukan dalam subjek ini kerana apa yang diajar di dalam prinsip perakaunan tingkatan 4 ini adalah pelajaran yang 48

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

hanya berkaitan dengan pengenalan akaun, profesional, konsep-konsep akaun, berkaitan kewangan, mendokumentasikan, cara merekod dan menyediakan penyata serta yang berkaitan dengan materialiti. Hal ini menyebabkan penerapan nilai kasih sayang yang ingin diterapkan kurang berkesan atau tidak dapat dilaksanakan. 3. Nilai kesyukuran dilihat kurang ditumpukan. Mungkin kerana kebanyakan bab dalam subjek ini lebih mementingkan keuntungan perniagaan bukan kerugian. Selain itu, konsep-konsep yang diterapkan dalam perakaunan juga lebih kepada mementingkan materialiti dimana setiap perbelanjaan atau transaksi perlu direkod untuk dikira dalam penyata nanti. Selain itu, di dalam dunia perakaunan atau perniagaan sebenar juga, pasti setiap entiti atau sesebuah syarikat itu mahukan keuntungan semaksima mungkin. Inilah yang menyebabkan nilai-nilai kesyukuran kurang dititik beratkan. 5.3 Ulasan Dapatan Kajian Daripada keseluruhan dapatan kajian, didapati ada beberapa nilai-nilai murni yang masih belum dapat diterapkan secara sepenuhnya dalam mata pelajaran prinsip perakaunan. Ini terjadi adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor pertama adalah disebabkan isi kandungan ataupun konten di dalam mata pelajaran itu sendiri yang sudah sedia maklum tidak ada ataupun kurang berkaitan dengan nilai-nilai yang ada seperti nilai kesyukuran, baik hati serta kasih sayang. Faktor kedua adalah disebabkan subjek-subjek lain telah banyak pendedahan bagi kesemua nilai-nilai murni yang ada sedangkan di dalam mata pelajaran prinsip perakaunan penerapan untuk semua nilai tidak sesuai untuk dilaksanakan. Hal ini memberikan keseimbangan kepada pelajar untuk belajar kesemua mata pelajaran seterusnya kesemua nilai-nilai murni tersebut dapat meresap ke dalam jiwa mereka untuk dijadikan tabiat bagi menempuh alam pekerjaan kelak. Faktor yang ketiga adalah peranan guru yang mengajar. Guru itu sendiri sebenarnya adalah sebagai pemudahcara atau penyampai untuk memastikan penerapan nilai murni dapat diserap dalam jiwa anak-anak murid mereka.

49

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

5.4

Cadangan Penambahbaikan Bagi meningkatkan lagi tahap penumpuan kesemua nilai-nilai murni yang

telah disenaraikan, peranan utama sekali ialah guru. Guru memerlukan kreativiti yang tinggi. Hal ini dapat dilaksanakan sekiranya kesemua guru-guru mata pelajaran Prinsip Akaun mendapat perhatian oleh pihak kementerian untuk diberi masa dan waktu untuk mereka sama-sama membincangkan cara terbaik dan kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar supaya kesemua nilai murni dapat diterapkan. Seterusnya, guru sepatutnya kreatif dan merancang Rancangan Pengajaran Harian dengan sebaiknya bagi memasukkan kesemua 19 unsur nilai murni serta yang telah disenaraikan supaya ianya dapat membentuk jiwa pelajar yang baik dan seimbang untuk membimbing mereka menjadi manusia yang baik kelak. Contohnya, di dalam pengajaran, guru banyak mengaitkan kitaran perakaunan dengan hidup bermasyarakat serta saling kasih mengasihi walaupun mata pelajaran Prinsip akaun ini kurang penekanan terhadap nilai tersebut. Contoh lain seperti, guru menerapkan nilai-nilai bersyukur terhadap apa yang telah dimiliki oleh para pelajarnya sesuai dengan bab-bab yang ada di dalam mata pelajaran Prinsip Akaun tersebut.
Cadangan seterusnya adalah, peranan penulis buku teks dan rujukan meletakkan nilai murni yang dapat diterapkan kepada pelajar yang belajar subjek tersebut. Contohnya, di awal atau akhir setiap bab, diberi objektif bagi setiap pembelajaran. Tidak salah sekiranya mereka menambahkan objektif penerapan beberapa nilai murni yang dapat diserap dalam jiwa pelajar bagi setiap bab yang ada. Hal ini akan memudahkan proses dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani para pelajar kerana merekalah yang akan membimbing dan menjadi pemacu negara suatu hari kelak.

6.0

KESIMPULAN Sukatan pelajaran Prinsip Perakaunan tingkatan 4 ini telah disemak semula bagi

membolehkan murid-murid mendapat kemahiran sebenarnya memenuhi keperluan badan profesional dalam menyediakan satu set lengkap rekod perakaunan berdasarkan urus

50

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN niaga atau peristiwa perniagaan mengikut prinsip perakaunan yang diterima pakai serta mentafsir maklumat kewangan yang telah disediakan. Dalam Prinsip Perakaunan, murid-murid didedahkan tentang konsep dan prinsip asas perakaunan, proses lengkap penyediaan penyata kewangan, perancangan kewangan dan pengurusan pengekosan. Di samping konsep, prinsip dan kaedah perakaunan, muridmurid juga didedahkan kepada penggunaan komputer dalam sistem perkembangan teknologi maklumat semasa. Setiap murid mempunyai keupayaan dan cara belajar yang berbeza. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu digunakan supaya proses penerimaan pengetahuan dan penguasaan kemahiran menjadi lebih berkesan. Justeru, kurikulum yang holistik bersifat autentik menggabungkan falsafah, teori dan amalan menggunakan pendekatan kontekstual bagi menghasilkan pembelajaran bermakna diperkenalkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih fleksibel dan berkesan. perakaunan serta menganalisis maklumat untuk membuat keputusan selaras dengan keperluan kekonomi dan

6.0 BIBLIOGRAFI Ismail Khalid, Tamby Chek Ibrahim, Omar Baharuddin. 2000. Rancangan Mengajar Prinsip Perakaunan Tingkatan 4. Edisi Pertama. Malaysia: Prentice Hall

51

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Slattery Patrick. 2006. Curriculum Development In Postmodern Era. Edisi Kedua. New York: Routledge Zaini Muhammad. 2006. Pengembangan Kurikulum. Edisi Pertama. Surabaya, Indonesia: CLKAF Hamzah Daud Muhammad. 1994. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah. Judul 1, siri 2.Perpustakaan Negara Malaysia: Citra Publishing Idi Abdullah.1999. Pengembangan Kurikulum: Teori Dan Praktik. Edisi Pertama. Jakarta, Indonesia: Perpustakaan nasional
Lai Wan Hooi, Kok Bin Tee, Yoke Kim Lim. 2000. Prinsip Perakaunan. (Jilid II), Selangor: Pelangi Bublishing Group Bhd. Arof Razali. 1991. Pengantar Kurikulum. Edisi Pertama. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rahim Hamdan Abdul. 2007. Pengajian Kurikulum. Edisi Pertama, Cetakan Kedua. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Ah Meng Ee. 1998. Pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah. Edisi Kedua. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2011. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Prinsip Perakaunan Tingkatan 4. Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum. 52

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Daud Hamzah Mohd. 1994. Reka Bentuk Kurikulum. Cetakan Pertama. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Knight Peter, Yorke Mantz. 2004. Learning, Curriculum and Employability in Higher Education. Edisi Pertama. London, New York: Taylor and Francis Group. Yusof Rohaila, Karim Faridah, Osman Norasmah. 2007. Kesan Strategi Pembelajaran Pengalaman Terhadap Pembangunan Kompetensi: Perspektif Pendidikan Perakaunan Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia

Osman Norasmah, Rashidah Osman Siti. Pendidikan-definisi-dan-konsep-html. daripada http://dukeamienerev.blogspot.com/2009/01pendidikan -definisi-dan-konsephtml Beberapa-Pengertian-Kurikulum.Html. Daripada Http://Destalyana.Blogspot.Com/2007/09/Beberapa-Pengertian -Kurikulum.Html. 2007. Didapati Pada: Ogos 25,2011, 2009. Didapati pada: October 25,2011,

53

PPE3063: KURIKULUM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

54

You might also like