You are on page 1of 17

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PPB3113 : SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN TUGASAN 1 : PENULISAN ARTIKEL

KEBERKESANAN PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

KUMPULAN: 9

FAKULTI : PENGURUSAN & EKONOMI SEMESTER : 5 SESI : 2011/2012 NAMA AHLI KUMPULAN : MOHD FAUZIE BIN MANDO D20091035950 NORHASLINA BT KHAIRI D20091035245 NUR SYAHIDA BT SYAHRIAL D20091035252 EVELLINE EGOH D20091035256

NOR AZLINA BT AZMAN D20091035243 NUR SUHAILA BT ALIAS D20091035230 NAMA PENSYARAH : ENCIK KHALIZUL BIN KHALID
PEMBELAJARAN (P&P) 1.0 Pengenalan

KEBERKESANAN PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PENGAJARAN DAN

Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Jika ianya dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Youtube mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video sebagai pengulas dan pencipta iaitu satu aktiviti yang merupakan satu kemahiran penting dalam budaya elektronik masa kini. Walaupun kebanyakan video dalam Youtube tidak mempunyai matlamat pendidikan, aplikasi ini banyak menggalakkan eksperimentasi menggunakan media baharu. Kebanyakan pendidik percaya bahawa usaha untuk membina kandungan merupakan satu latihan pembelajaran yang berguna, yang membantu untuk meningkatkan kefahaman terhadap bahan pelajaran dan peralatan yang digunakan untuk membina kandungan video tersebut.

Laman web ini merupakan sebuah laman web perkongsian video yang mempunyai fungsi untuk memuat turun, menonton dan berkongsi video di seluruh dunia untuk kegunaan pengunjung laman web tersebut. Laman web Youtube juga membolehkan pengguna untuk menyiarkan video peribadi, menonton video kegemaran mereka yang telah dimuat turunkan oleh pengguna yang lain serta memberi komen dalam bentuk perbincangan pada video yang telah dimuat turun bagi berkongsi idea, pendapat dan cadangan mengenai video yang telah dimuat turun di laman web Youtube.

Oleh kerana Youtube memudahkan hal ini, ia berpotensi untuk mendedahkan pelajar kepada wawasan dan kemahiran yang baru, serta menghubungkan mereka kepada pelbagai komuniti dalam talian. Sebagai aplikasi perisian sosial, Youtube menjadi sebahagian trend dalam kalangan pelajar Generasi Net untuk menggantikan pembelajaran pasif dengan penyertaan aktif, yang mana semua pelajar boleh menyuarakan pandangan, sesiapapun boleh memberikan sumbangan. Nilainya tidak terletak pada kandungan itu sendiri, tetapi lebih kepada rangkaian pelajar yang bekerjasama membentuk kandungan tersebut dan menyokong antara satu sama lain dalaam mencapai matlamat pelajaran.

1.1 Sejarah YouTube

Laman web Youtube telah ditubuhkan pada bulan Febuari 2005. Terdapat 3 orang pengasas laman web ini iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Mereka ini merupakan mantan karyawan di PayPal. Idea awal terciptanya laman web Youtube ini terhasil apabila mereka ingin membahagikan atau berkongsi video pesta makan malam yang dihasilkan oleh mereka melalui email tetapi hasrat mereka tidak tercapai kerana lampiran video tersebut mempunyai memori yang terlalu besar dan tidak dapat dimasukkan ke dalam email. Oleh yang demikian, mereka telah membuat keputusan untuk mencipta satu lama web video sederhana yang membolehkan video tersebut diuploadkan di internet dan ditonton oleh orang ramai. Kesan daripada penciptaan laman web tersebut menjadi salah satu lama web video sharing yang paling popular di internet dan dikenali sebagai Youtube.

Video pertama yang mula-mula di upload di dalam laman web Youtube ialah video berjudul Me At The Zoo yang dibintangi oleh Jawed Karim di lokasi kebun binatang San Diego. Sehingga kini video tersebut masih lagi terdapat dalam laman web Youtube untuk tontonan para pengunjung. Namun begitu, pemilihan nama www.youtube.com telah menimbulkan masalah kepada pengasas laman web tersebut. Hal ini kerana terdapat laman web yang sama dengan nama laman web Youtube iaitu laman web yang dikenali sebagai www.utube.com.

Pada November 2006, pemilik laman web tersebut iaitu Universal Tube & Rollform Equipment telah memberi ugutan kepada Youtube setelah mengalami kelebihan secara teratur yang diakibatkan oleh pengguna yang memasuki laman web Youtube. Pada bulan oktober 2006, Google Inc telah membeli laman web Youtube dengan harga bernilai 165 million dolar US daripada pengasasnya. Pada masa kini, lama web Youtube telah menjadi salah satu laman web online yang paling dominan dan popular di negara Amarika Syarikat serta diseluruh pelusuk dunia.

1.2 Jenis-Jenis Video Dalam YouTube

Terdapat pelbagai jenis video yang terdapat dalam laman web Youtube. Secara umumnya, video-video yang terdapat dalam laman web Youtube adalah berbentuk muzik atau lagu (video klip), filem, TV, serta video-video yang dimuat turun oleh oleh pengguna Youtube itu sendiri. Rakaman video boleh berbentuk informasi/pendidikan, hiburan, pujukan rayu, atau peribadi semata-mata. Semua video ini sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat iaitu kanakkanak, remaja, dan dewasa. Terdapat juga video dalam laman web Youtube yang tidak ditapis. Hal ini berikutan terdapatnya video yang tidak sesuai ditonton seperti video yang berunsurkan seks, hasutan, penderaan dan sebagainya.

Video kategori muzik atau lagu (video klip) mengandungi pelbagai jenis muzik seperti balada, nasyid, pop rock, tradisional dan sebagainya. Video kategori filem merangkumi drama kekeluargaan, percintaan, persahabatan, komedi, dan video animasi (kartun) dalam pelbagai versi penterjemahan. Terdapat juga filem yang dimuat turun memberikan pengajaran dan keinsafan kepada penonton seperti kejadian tsunami, banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. Video kategori pendidikan pula mengandungi cara belajar mengaji, mengira, membaca dan mengeja yang sesuai untuk golongan kanak-kanak yang baru belajar. Video yang sesuai untuk golongan remaja dan dewasa untuk tujuan pendidikan atau pengajaran adalah cara pengiraan matematik, proses kejadian manusia, ceramah agama, cara memasak dan sebagainya. Video tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan semata-mata kepada para penonton untuk mengisi masa lapang mereka tetapi juga memberi banyak pengajaran seperti video tsunami,

ceramah agama dan sebagainya serta digunakan oleh pelajardan pendidik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat video dalam laman web Youtube yang boleh dijadikan sebagai satu alat pendidikan dan motivasi kepada penggunanya. Namum begitu sebahagian besar kekuatanya bukan terletak pada video itu sendiri tetapi pada cara video itu digunakan atau diaplikasikan oleh pengajar dan pelajar. Video berunsurkan pendidikan yang efektif bukanlah merupakan pengajaran yang berbentuk televisyen kepada pelajar tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan menggunakan video tersebut sebagai alat bantu mengajar didalam kelas. Pada masa kini Youtube semakin banyak digunakan oleh pendidik sebagai salah satu sumber pedagogi dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Video ini digunakan sebagai satu pemangkin dan pemudahcara kepada pengajar dan pelajar untukmelakukan perbincangan dan analisis mengenai matapelajaran yang diajar didalam kelas. Penggunaan video tersebut dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat merangsang minat pelajar untuk belajar kerana terdapatnya video bergambar yang mampu membuatkan pelajar mengingat apa yang diajar dengan cepat dan berkesan, disamping dapat menambah ilmu pengetahuan sedia ada pelajar. Tambahan lagi, hasil kerja pengajar dan pelajar boleh juga dihantar ke laman web Youtube supaya pengguna diseluruh dunia dapat menonton, membaca dan membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang telah dihasilkan.

2.0

Penggunaan YouTube Dalam Kalangan Guru

Di dalam bidang pendidikan, penggunaan youtube semakin kerap digunakan oleh para pendidik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka. Malahan, youtube satu alat pendidikan dan motivasi yang amat berpengaruh. Menurut Duffy (2008), youtube pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yang berbentuk televisyen kepada pelajar tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan video sebagai alat untuk penzahiran. Youtube semakin banyak digunakan oleh pendidikan sebagai satu sumber pedagogi untuk segala perkara, daripada acara menarik yang bernialai berita di serata dunia hinggalah kepada secebis kisah kehidupan untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Bagi seorang pendidik atau lebih dikenali sebagai guru, penggunaan youtube amat sesuai dan berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah

mahupun dalam kelas. Ini boleh dilihat dengan penggunaan youtube ianya dalah pemudah cara bagi guru perbincangan dan analis di dalam kelas. Contohnya, guru mengajar tajuk ajaran sesat di Malaysia, maka guru akan mencari filem-filem pendek di internet melalui youtube dan memuat turunya bagi membantu kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pegajaran. Dengan pengajaran pengunaan tayangan video pendek ini, membolehkan keberkesan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, yang mana memberi kefahaman dan keseronokan belajar kepada pelajar dengan adanya hiburan tayangan video walaupun video tersebut adalah sebuah cerita. Dengan pengajaran dan pembelajaran ini juga, membolehkan pelajar tidak berasa bosan didalam kelas. Maka, tayangan video itu telah mencapai matalamat pengajaran yang dibuat dan memberi kesan yang bermakna kepada pelajar yang terlibat. Selain itu, youtube boleh digunakan oleh guru untuk mendapatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokan pelajar di dalam kelas. Contohnya, penggunaan youtube dalam subjek matematik. Iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru menunjukkan tayangan rakaman video dengan menunjukkan langkahlangkah pengiraan dengan mengunakan animasi kartun yang melakar langkah-langkah pengiraan tersebut. Penggunaan video ini, menunujukkan kebolehan kepakaran guru bagi mencapai matalamat pengaran dan memberi ilmu pengajaran yang sangat bermakana kepada pelajarnya. Malahan, guru juga menggunakan youtube untuk menunjukkan video nyanyian bagi menghafal fomula matematik iaitu belajar matematik sambil menyanyi. Menyanyi dapat meningkatkan kecekapan seseorangn dalam mengira. Ini dibuktikan dengan penemuan formula mengira sambil menyanyi KASDIM oleh Ahsahri Kasdi, guru di sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor yang dinobatkan pemenang ke-3 guru Inovatif Sekolah Rendah Sempenan Hari guru Peringkat Kebangsaab 2000. KASDIM atau nama penuhnya kaedah Ahsahri dalam Inovasi Matematik merupakan suatu kaedah pembeljaran dan pengajaran secara menyanyi utuk menghafal formula-formula matematik dan menyelesaikan masalah pengiraan. Kaedah ini melibatkan animasi bergerak dalam video youtube yang melibatkn nyanyian, pengiraan dengan pelbagai animasi bergerak dan berbagai bentuk animasi. Kaedah KASDIM ini sesuai untuk pelajar sekolah tahap satu dan dua. Bagimanapun, formula mengira sambil menyanyi terbukti berjaya apabila keputusan subjek matematik dalam peperiksaan UPSR sekolahnya meningkat sedara mendadak dari 69 peratus pada tahun 1997 kepada 898 peratus pada tahun 2000. Maka, setiap kali sesi matematik, beliau akan menggunakan set induksi iaitu mengambil masa lima minit pada awal pembelajaran dengan mendengarkan video lagu formula matetamik yang hendak diajar kepada

pelajara yang menggunakan youtube. Dengan penggunaan video yang aktif kepada minda pelajar.

dalam youtube ini,

membolahkan pelajar berminat untuk belajar di dalam kelas dan boleh memberi ransangan

Selain daripada tahu menggunakan youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi melaksanakan keberkesanan youtube dalam pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu tahu akan teknik-teknik penggunaanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, untuk mendapatkan keberkesanan penggunaan youtube yang digunakan oleh guru dan dapat mencapai matalamat pengajaran. Berikit adalah beberapa panduan untuk guru yang berkaitan dengan penggunaan video yang khusus untuk menggalakkan tontonan secara aktif dan memaksimumkan pembelajaran: 1. Segmen iaitu membenarkan pelajar menonton video dalam beberapa segmen pendek. 2. Nota adalah video yang sesuai untuk membina kemahiran pencatatan nota. Ambil nota semasa tontonan pertam, kemudian putar semula dan ulang tayang untuk membuat semakan nota. Ini boleh dilakukan secar individu atau berkumpulan sebagai satu perbincangan kelas atau sesi sumbangsaran. 3. Jeda adalah menggunakan butang jeda (pause) untuk menghentikan video seketika agar pelajar boleh meramal perkara yang akan berlaku atau mengingat semula perkara yang telah berlaku. 4. Tanpa suara bagi babak video yang menekankan visual, padamkan suara dan ceritakan. Teknik ini sangat sesuai untuk penyenaraian langkah-langkah sesuatu proses. 5. Tanpa gambar menggunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang ditanyangkan. Bandingkan ramalam dengan video sebenar. 6. Pratonton pratonton setiap video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya dengan objektif dan hasil pembelajaran pelajar. 7. Gabungkan

gabung video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran secara menambahkan komponen eksperimen pelajaran. Aktiviti boleh dilakukan sebelum menonton, iaitu dengan mengatur pentas, membuat semakan, menyedikan maklumat latar belakang, memperkenalkan topik. Aktiviti boleh dilakukan selepas menonton untuk memperkukuh, mengaplikasi atau memperluas maklumat yang disampaikan oleh program. Selalunya, video boleh digunakan sebagai satu pengenalan atau pendorong kepada aktiviti amalan yang bakal dilakukan. 8. Fokus iaitu memberikan tugas khusus kepada pelajar ketika menonton. Perkenalkan video dengan mengemukkan soalan, perkara untuk diperhatikan, perbendaharaan kata yang didengar atau aktiviti yang boleh menjadi kandungan program lebih bermakna dan jelas. Dengan memberikan tanggungjawab tertentu kepasa pelajar semasa menonton, guru boleh mengekalkan fokus pelajar kepada tugasan dan mengarahkan pengalaman pembelajaran kepada objektif pembelajaran. Pastkan aktiviti susulan dilakukan semasa dan selepas menonton. 9. Selepas selepas pelajar menonton video, pertimbangkan apakah yang menarik minat merke?. Perkara apakah yang tidak difahami oleh mereka?. Bagaimankah guru boleh mengaitkan program tersebut dengan pengalaman dan perasaan mereka?. Minta pelajar menulis komen atau blog tentang video tersebut.

3.0

Penggunaan YouTube dalam Kalangan Pelajar

Kemajuan teknologi maklumat pada hari ini telah memberi banyak kebaikan terutama dalam bidang pendidikan. Tahap keberkesanan penggunaan teknologi maklumat terutamanya youtube dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan berdasarkan kepada keupayaannya dalam meningkatkan kefahaman, pencapaian ,kreativiti pelajar dan minat pelajar terhadap bidang teknologi maklumat, kecuali bagi penggunaan audio dan animasi yang mudah melencong tumpuan pelajar. Persepsi pelajar didapati menyokong penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar lebih meminati pembelajaran yang mengandungi unsur animasi kerana ini dapat mengurangkan tahap tekanan yang dialami oleh mereka semasa pembelajaran.

Penggunaan ICT contohnya dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah,terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P dalam kelas. Kaedah pertama adalah kaedah tutorial . Menurut kaedah ini, ICT (youtube) telah digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran ekspositori (menyampaikan maklumat kepada murid, demonstrasi sesuatu fenomena , latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem). Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi mempersembahkan maklumat, membimbing, memberi latihan dan menilai pencapaian. Kaedah kedua adalah kaedah penerokaan. Kaedah ini berlaku apabila ICT iaitu

youtube digunakan sebagai medium untuk mengakses atau mencari maklumat daripada internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknya boleh dikawal. Dalam kaedah ini murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi seperti pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan kajian masa depan dan aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi. Kaedah ketiga adalah kaedah ICT sebagai alat aplikasi. Dalam kaedah ini, ICT digunakan bagi membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti menghasilkan karangan, membina jadual atau graf, melakar gambar dan sebagainya melalui pemerhatian mereka dalam video yang terdapat di dalam youtube tersebut. Kaedah keempat pula adalah sebagai alat pemudah berkomunikasi. Dalam kaedah ini ICT digunakan untuk membolehkan guru dan murid berkomunikasi daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti teks, grafik. audio dan kombinasi pelbagai mod. Melalui kaedah ini boleh digunakan bagi melaksanakan pembelajaran seperti pembelajaran kolaboratif, meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan juga melibatkan pakar di dalam ataupun di luar negara dalam proses P&P. Kaedah-kaedah di atas menerangkan kelebihan penggunaan ICT terutamanya kelebihan penggunaan youtube dalam kalangan guru dan juga murid dalam meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. walaupun kandungan di dalam youtube

adakalanya mengandungi unsur-unsur atau video yang tidak sesuai ditonton oleh pelajar, namun kelebihannya dalam era teknologi maklumat pada masa kini tidak dapat disangkal lagi. Penggunaan youtube sebagai media atau kaedah guru pembuka bicara pengajaran (set induksi) dapat dilihat menarik minat pelajar. Pelajar akan cuba memproses dengan meneka tajuk apa yang akan diajar oleh guru pada hari tersebut. Contohnya guru menunjukkan gambargambar persekitaran tugas seperti gambar pembekal, pelanggan, peniaga,pemodal dan sebagainya. Guru meminta pelajar memberikan buah fikiran mereka tentang video yang dilihat oleh mereka. Semasa video dari youtube ditayangkan, input iaitu audio dan visual yang dilihat oleh pelajar akan masuk ke dalam otak mereka. Seterusnya mereka akan melakukan pemprosesan data dan juga maklumat di dalam otak mereka terhadap apa yang dilihat sebentar tadi. Apabila mereka sudah mendapat jawapan terhadap persoalan guru tadi, maka output ataupun jawapan akan dikeluarkan secara lisan oleh pelajar. Di sini dapat dilihat pelajar telah melakukan pemprosesan terhadap input yang dilihat dan hasilnya output yang pelbagai daripada semua pelajar. Pelajar dapat menggunakan youtube dalam mencari bahan subjek bagi matapelajaran yang diajar oleh guru. Sebagai contoh bagi memudahkan pelajar memahami konsep sesuatu subjek yang diajar oleh guru, pelajar boleh mencari maklumat tambahan melalui internet khususnya melalui youtube yang lebih berbentuk visual. Contohnya bagi matapelajaran biologi seperti proses perkembangan fetus di dalam rahim ibu. Dengan adanya teknologi yang lebih canggih pada masa kini memberikan gambaran lebih awal kepada pelajar bagaimanakah proses tersebut boleh berlaku. Pelajar akan diberikan pendedahan dan memudahkan mereka untuk memberikan tindakbalas berdasarkan input secara teori yang dipelajari mereka di dalam kelas. Seterusnya menggalakkan lagi pelajar melakukan penerokaan dan menyumbang idea mereka. Youtube juga adalah satu cara yang lebih murah dan cepat. Pelajar yang tidak berkemampuan juga boleh mengakses youtube walaupun hanya seketika dan tidak terhad kepada golongan yang berada semata-mata. Melalui perancangan yang rapi oleh guru-guru, mereka boleh mengaplikasikan penggunaan youtube dalam kaedah mengajar dan sumber bahan mereka. Mereka meminta pelajar-pelajar melaksanakan dengan mencari bahan rujukan atau projek mereka melalui youtube. Di samping dapat menggalakkan pelajar sentiasa mengikuti arus pemodenan teknologi terkini, ini juga dapat menggalakkan pelajar daripada

membuang masa hanya dengan permainan semata-mata ketika berada di siber kafe. Guru boleh melakukan refleksi setelah pelajar menunjukkan hasil kerja mereka dan juga melakukan penilaian mengikut objektif yang telah ditetapkan. Sekiranya perlu, guru boleh melakukan penambahbaikan dalam usaha berterusan menjadikan dan melahirkan pelajar minda kelas pertama.

4.0 Kekerapan Penggunaan YouTube Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Pada masa kini, kaedah pengajaran secara tradisional dilihat tidak lagi relevan untuk digunakan. Penggunaan kaedah pengajaran yang biasa memungkinkan pelajar untuk memahami konsep yang akan disampaikan tetapi pelajar mungkin tidak tahu bagaimana pengetahuan tersebut boleh diaplikasikan di dalam kehidupan sebenar. Masalah situasi di dunia sebenar adalah lebih kompleks dan pelbagai perbandingan apa yang diajar oleh guru di sekolah (Stephen dan Crawley,1994). Pembelajaran melalui web atau lebih dikenali sebagai epembelajaran merupakan strategi baru yang diperkenalkan dalam kaedah pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama. Menurut Majlis Teknologi Kebangsaan Malaysia (MTMK) melaporkan terdapat 10 juta pengguna youtube dijangka dalam tahun 2003. Terdapat 10 juta pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001 menurut sumber (Berita Harian, 14 Jun 2002 ) .Hal ini menunjukkan penggunaan internet dalam pembelajaran mahupun kehidupan seharian telah pun diaplikasikan oleh kebanyakan masyarakat di negara kita. Penggunaan web dalam pembelajaran atau lebih dikenali juga sebagai e-pembelajaran semakin giat digunakan di dalam institusi pendidikan.Namun begitu, sangat menyedihkan apabila e-pembelajaran melalui youtube di dalam pengajaran dan pembelajaran kurang mendapat sambutan oleh kebanyakan sekolah terutamanya sekolah di kawasan pedalaman. Setelah mengkaji secara mendalam, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan penggunaan youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah kepakaran guru yang terhad di sesebuah sekolah. Tidak semua guru di sekolah mahir dalam mengimplementasikan penggunaan youtube di sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya, guru yang mahir dalam bidang tersebut akan dilatih terlebih dahulu sebelum dihantar ke sekolah. Tetapi bilangan guru yang terlatih dalam bidang ini sangat

terhad dan ianya menjadi kekangan kepada kekerapan penggunaan youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor yang kedua ialah kekurangan khidmat sokongan di peringkat sekolah. Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan perkakasan yang sangat terhad di mana bilangan komputer yang sedikit turut menjadi kekangan apabila kerosakan berlaku. Sekiranya berlaku kerosakan, guru komputer yang boleh membantu menyelenggara komputer sangat kurang dan pembaikpulih memerlukan kos yang tinggi. Oleh yang demikian, komputer yang rosak selalunya dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaikpulih. Tambahan pula, kerja-kerja membaikpulih komputer ini dibebankan oleh seorang guru pakar dalam bidang pengkomputeran sahaja. Kesimpulannya, penggunaan youtube dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan di sekolah tersebut. Bukan itu sahaja, masalah isi kandungan dalam web seperti youtube juga turut menjadi penyebab kekerapan penggunaan youtube dalam pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Hal ini disebabkan oleh maklumat yang dipaparkan oleh web tidak ditapis terlebih dahulu dan banyak mengandungi unsur-unsur yang memudaratkan dan tidak sesuai untuk pelajar. Tidak dapat dinafikan terdapat banyak unsur seperti keganasan, seks, khabar angin, diskriminasi, dadah dan sebagainya di dalam laman web youtube. Kajian yang dijalankan di Amerika mendapati seramai 48 peratus guru sukar mencari laman web yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dalam kelas. Kajian yang telah dijalankan oleh School Board Foundation dalam Thomas (2000) mendapati ibu bapa bimbang terhadapat laman web lucah, 27 peratus yang bimbang terhadap keganasan dan 20 peratus bimbang terhadap kandungan kebencian. Masalah maklumat yang tidak tepat juga merupakan salah satu kegagalan penggunaan Youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat maklumat yang dibekalkan tidak menepati silibus pengajaran dan ada pula yang bercanggah dengan fakta yang sebenar. Keadaan ini menyebabkan guru sukar membuat pilihan mengenai bahan pengajaran yang sesuai dan tepat untuk disampaikan dan dikongsikan dengan pelajar. Penghasilan bahan pengajaran dengan menggunakan Youtube oleh guru-guru masih lagi di peringkat yang rendah. Kajian Foong (1999) telah menunjukkan bahawa seramai 12.5 peratus sahaja guru di Selangor yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan

merekabentuk laman web. Kebatasan penggunaan ini menyebabkan guru kurang menghasilkan bahan pengajaran dengan menggunakan youtube.

5.0 Sejauh Mana Keberkesanan Penggunaan YouTube Pembelajaran

Dalam Pengajaran Dan

Youtube yang diketahui umum merupakan wadah tontonan percuma yang boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja melalui aplikasi internet. Sebahagian besar masyarakat menganggap Youtube adalah medium untuk memuat turun video pilihan. Namun begitu, perantara ini sebenarnya telahpun dikehadapankan sekali lagi dengan mengangkat pendidikan sebagai salah satu teras dalam penyampaian perkhidmatannya. Melalui pelancaran laman web Youtube/teacher (http://www.youtube.com/teachers) dan Youtube/education (http://www.youtube.com/education) sedikit sebanyak telah memudahkan para penggiat bidang pendidikan untuk mengadaptasi pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk audio dan visual. Satu kemudahan rangkai kerja yang dipersembahkan oleh Youtube dalam membantu pendidikan telah dicerakinkan kepada 10 perkongsian idea. Antara 10 perkongsian idea yang boleh diadaptasi melalui penggunaan Youtube adalah Pencetus perbincangan yang meriah, Memberikan semua maklumat atau isi pelajaran, Video yang hebat yang boleh dilihat dan dimuat turun. Sebagai salah satu arkib kerja, ianya turut membenarkan pelajar untuk belajar dengan lebih mendalam tentang sesuatu mata pelajaran, Guru boleh mengesan pelajar yang berkeyakinan dalam mata pelajaran, serta Guru boleh membuat kajian bagi peperiksaan akan datang. Selain itu guru boleh mengadakan pusat Youtube di dalam kelas, Membuat kuiz sambil diiringi video bagi mendapatkan respon segera pelajar dan juga Mengajak pelajar membuat pencarian video interaktif dan Memberi kelainan kepada suasana pembelajaran yang dapat menarik perhatian pelajar. 10 cerakinan tersebut membolehkan seorang guru menguasai muridmuridnya kerana umum mengetahui pembelajaran berbentuk audio visual seperti Youtube memberikan memori yang lebih baik kepada pelajar. Perkongsian yang dibuat antara guru dengan murid tidak terbatas dengan dunia sukatan pelajaran dalam buku teks sahaja bahkan mencapah hingga jaringan global.

Youtube yang memberikan kemudahan seperti di atas tidak menyingkirkan kewujudan guru secara total. Walaupun di negara membangun seperti Amerika Syarikat telah mengadakan sistem pembelajaran video di rumah pada tahun 1992, namun kewujudan guru amat diperlukan kerana Guru dan aplikasi Youtube perlu seiringan dalam memberikan ilmu kepada pelajar masa kini. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam Youtube perlu melalui persediaan sebelum dipersembahkan kepada pelajar. Video Youtube yang dipaparkan perlu signifikan pada tajuk pembelajaran kerana kita sedar kala kini Youtube juga menghamburkan kita video yang mengandungi unsur lewah dan tidak sejajar dengan dunia pelajar yang dianggap masih perlu dibimbing. Berikut merupakan prinsip umum yang perlu dititik beratkan untuk memilih sumber :1. Sebarang jenis bentuk video Youtube mestilah menjelaskan maksud yang harus disampaikan. Oleh itu kepada guru yang menggunakan Youtube sebagai bahan, boleh akses ke pautan laman web yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran iaitu (http://www.youtube.com/teachers) memudahkan lagi penjurusan servis. 2. Imej, objek, persekitaran dan apa sahaja yang dipaparkan di Youtube mestilah sesuai konteks pembelajaran dan elakkan paparan yang sering dilihat. Biar kita ambil contoh memperlihatkan video Lagu Negaraku kepada pelajar tingkatan 6 adalah tidak efisyen kerana golongan sedemikian, pelajar sudah menghafal dan mengetahui secara jelas lagu berkenaan. 3. Video Youtube yang dipilih haruslah memberangsangkan pelajar. Terdapat kes di mana, pelajar hanya memperoleh sedikit output pembelajaran sedangkan video Youtube yang ditayangkan memakan masa. 4. Guru harus menyemak penggunaan aplikasi Youtube. Seorang pendidik seharusnya tidak meremehkan bahawa anak murid akan memahami video yang ditayangkan kali pertama dan guru perlu mengambil maklum balas murid. Contohnya, Youtube memberikan banyak video dari berlainan bahasa seperti bahasa asing, oleh itu pemilihan bahasa juga penting bagi memudahkan kefahaman pelajar. 5. Ramai mengetahui, Youtube agak kebelakang dalam penginterpretasian persembahan grafik berbentuk data seperti carta pai, jadual dan peta. Perkara yang wajib diambil kira oleh seorang pendidik adalah mencari video yang benar-benar menggambarkan topik atau (http://www.youtube.com/education) untuk

pembelajaran. Hal ini penting kerana video yang dikatakan tidak menghimpunkan input yang menyeluruh hanya membuang masa.

6.0 Kesimpulan Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan teknologi internet membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Gabungan kedua-dua teknologi ini semakin merancakkan lagi penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknologi ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem pendidikan negara samada di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Pembelajaran menerusi internet atau web adalah pendekatan baru yang semakin mendapat perhatian dan ia masih dikaji daripada pelbagai aspek oleh golongan pendidik. Kecanggihan multimedia seperti youtube yang mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting dalam kandungannya, membolehkan bidand pendidkan maju selaras dengan kemajuan bidang IT pada masa kini. Dengan penggunaan youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ianya amat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dan mengasah bakat-bakat guru dalam

menggunakan IT dalam pengajaranya bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan youtube dalam kalangan pelajar adalah antara satu kaedah yang berkesan dalam menarik minat pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tajuk yang diajar oleh guru. Input yang diterima melalui pemerhatian dalam youtube seterusnya pemprosesan maklumat tersebut oleh pelajar akan menghasilkan output dan juga tindakbalas yang berkesan dalam melahirkan modal insan kelas pertama di samping menarik minat pelajar. Maka dengan adanya cara pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan maju seperti ini, dapat membuka mata dan hati para pelajar di untuk berfikiran lebih optimistik dan lebih terbuka dalam menerima dan menimba ilmu. Begitu juga kesan yang diterima oleh para pendidik bilamana cara menyampaikan ilmu menjadi semakin mudah dengan pelbagai variasi yang boleh dipilih untuk dijadikan alat bantu mengajar dan secara tidak langsung ilmu itu disampaikan kepada pelajar mereka secara efektif. Hal ini dapat memudahkan lagi proses pencurahan ilmu disamping membina satu masyarakat sentiasa cakna dengan kemajuan yang seiring dengan perubahan masa.

BIBLIOGRAFI Kamarudin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan (edisi Kedua). Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise Noor Adreen Binti Md Hamdani (2007). Pembangunan Perisian Pembelajaran Berasaskan Web Menggunakan Kaedah Simulasi Bagi Matapelajaran CNB2013 Telecommunocations bagi Sub Topik Teknologi Rangkaian Tanpa Wyar Untul Rangkaian Kawasan Setempat. Diperolehi pada Oktober 19, 2011 daripada http://eprints.utm.my/6002/1/97Noradreen.pdf Neufail (2009). Peranan ict dalam dunia pendidikan. Diperolehi pada Oktober 20, 2011 daripada, www.docstoc.com Hafizzah Bedin, Mohd Izzat Mohd Sarip & Suhaida Saptu. (2011).Seminar Bahasa Melayu

Pengajaran ; Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Peribahasa. Diperolehi pada Mac 20, 2011 daripada http:// www.mlcs.sg Aldrix Blog (2009). Sejarah Awal Berdirinya Youtube. Diperoleh pada Oktober 22, 2011 daripada http://apocalytyo.blogspot.com/2009/11/sejarah-awal-berdirinya-youtubecom Khairul Ikhsan (2009). Teknologi internet dalam pendidikan. Diperoleh pada Oktober 22, 2011 daripada my.opera.com Mohamed Amin Embi (2009). Strategi penggunaan Youtube dalam pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh pada Oktober 22, 2011 daripada www.scridb.com Namaberita (2010). Apa itu Youtube? Diperoleh pada Oktober 22, 2011 daripada www.namaberita.com/2010/.../apa-itu-you-tube.html Youtube (2008). Youtube education. Retrived October 24, 2011 from (http://www.youtube.com/education) Youtube (2008). Youtube teachers. Retrived October 24, 2011 from (http://www.youtube.com/teachers)

You might also like