You are on page 1of 29

PERMAINAN KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG

KERTAS KERJA PERANCANGAN AKTIVITI PERMAINAN KANAK-KANAK

TEMPAT

: GELANGGANG TENNIS, GELANGGANG BADMINTON, GELANGGANG SQUASH, IPG KTAA, PAHANG DARUL MAKMUR

TARIKH BILANGAN PESERTA

: 15 SEPTEMBER 2010 : 20 ORANG

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK

1.0

TAJUK

Permainan kanak-kanak

y y y y 2.0

Kategori sasaran Kategori pukulan Kategori jaring/dinding Kategori serangan / kawasan

PENGENALAN

Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan dilihat sebagai satu wadah yang amat penting bagi membangun dan memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh meliputi pembinaan sahsiah, fizikal dan keintelektualan. Menyedari hakikat ini, Unit Pengajian Tamil, Semester 2, Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan telah menganjurkan sebuah permainan bagi kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Permainan kecil mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan Jasmani murid-murid di sekolah rendah. Sungguhpun objektif jangka pendek ialah menghibur dan memuaskan hati murid-murid, permainan kecil memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan muridmurid. Permainan kecil berupaya melahirkan kanak-kanak yang mementingkan semangat bekerjasama antara ahli kumpulan kerana kebanyakan permainan kecil menekankan aktiviti berkumpulan. Selain itu, permainan kecil juga menarik minat murid- murid kerana

pelaksanaanya yang bermotifkan keseronokkan. Di samping itu, permainan kecil menekankan aspek kesihatan dengan memupuk, memulihara, membangun dan mengembangkan nilai-nilai murni di kalangan murid- murid. Permainan ini juga diharapkan dapat mengabungjalinkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran kanakkanak dalam pergerakan asas serta dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam kehidupan mereka pada masa yang akan datang.

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK

3.0

RASIONAL Menyedari hakikat bahawa kemahiran dan perkembangan dalam pergerakkan asas, kanak-kanak perlu dipasti secara praktikal

sedangkan peluang untuk melakukannya amat terhad, wajarlah guru pelaih Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan diberi peluang untuk mengadakan permainan dalam kategori sasaran, pukulan, jaringan serta serangan bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Semoga pelajar-pelajar dapat memanfaatkan kemahiran yang di perolehi sepanjang berlangsungnya latihan pergerakkan asas ini dan dapat menggarap seberapa banyak kemahiran yang bersesuaian dan menyalurkan kemahiran tersebut kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain pada masa yang akan datang.

4.0

MATLAMAT

Permainan ini adalah untuk melatih para pelajar supaya mereka dapat menguasai aktiviti yang melibatkan pergerakan asas, iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan memanipulasi alatan melalui

permainan kanak-kanak. Selain itu, permainan ini juga membolehkan para pelajar belajar tentang permainan yang mengutamakan sasaran, pukulan, jaringan/dinding dan serangan serta serangan. Melahirkan murid-murid yang mempunyai perkembangan fizikal secara

menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK 5.0 OBJEKTIF Melahirkan minat murid-murid untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan. 5.2 Membolehkan murid-murid menghayati keseronokan dalam pergerakan fizikal. 5.3 Permainan kecil akan memberikan keseronokkan kepada murid - murid sekolah rendah. 5.4 Mempelajari kaedah, peraturan dan prosedur permainan yang dimain. 5.5 Memberi kepuasan dan keseronokan kepada kanak- kanak melalui permainan yang dijalankan. 5.6 Memperkembangkan potensi khususnya dalam proses pemikiran dan ekspresi diri yang kreatif dengan menggunakan tubuh badan. 5.7 Untuk meningkatkan keupayaan fizikal para peserta dengan membangunkan sifat mudah menyesuaikan diri dalam situasi berbeza. 5.8 Meneroka dan mengesan kebolehan motor tubuh badan kanakkanak. 5.9 Menerima kekalahan dan kemenangan dengan penuh

5.1

semangat kesukanan.

6.0

TARIKH 15 SEPTEMBER 2010

7.0

MASA

8.00 pagi hingga 1 petang

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK 8.0 TEMPAT Gelanggang/ padang IPG Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang.

9.0

SASARAN

Kanak-kanak yang berumur 10 tahun seramai 20 orang.

10.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

10.1

Jawatan kuasa kerja Rujuk lampiran I

10.2

Atur cara program Rujuk lampiran II

10.3

Anggaran kewangan Rujuk lampiran III

10.4

Senarai nama peserta Rujuk lampiran IV

10.5

Senarai semak sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan permainan. Rujuk lampiran V

10.6

Senarai alatan Rujuk lampiran VI

10.7 Prosedur pelaksanaan permainan

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK 10.7.1 Jenis permainan 10.7.1.1Permainan kategori sasaran.

Rujuk lampiran VII y y y Pelan kedudukan pelaksanaan permainan. Langkah langkah pelaksanaan permainan. Peraturan dan syarat-syarat permainan.

10.7.1.2 Permainan kategori pukulan.

Rujuk lampiran VIII y y y Pelan kedudukan pelaksanaan permainan. Langkah langkah pelaksanaan permainan. Peraturan dan syarat-syarat permainan.

10.7.1.3 Permainan kategori jaring / dinding.

Rujuk lampiran IX y y y Pelan kedudukan pelaksanaan permainan. Langkah langkah pelaksanaan permainan. Peraturan dan syarat-syarat permainan.

10.7.1.4 Permainan kategori serangan / kawasan.

Rujuk lampiran XI y y y Pelan kedudukan pelaksanaan permainan. Langkah langkah pelaksanaan permainan. Peraturan dan syarat-syarat permainan.

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK 11.0 SURAT MENYURAT Rujuk lampiran XII

12.0

RUMUSAN

Kami amat mengharapkan agar pelaksanaan permainan dalam empat kategori bagi kanak-kanak ini akan mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat besar kepada semua pelajar sekolah. Setinggi-tinggi harapan kami sekiranya pelaksanaan perancangan ini mendapat sokongan dan komitmen yang menggalakkan daripada pihak pengurusan sekolah. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak amat dialu-alukan dalam menjayakan lagi perancangan ini.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

.......................................... (CIK.SUBASHINI SATASILAN) Setiausaha, Program Permainan Kanak-Kanak, Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Disemak oleh,

.......................................... (ENCIK.LOGARAJA SINNASAMY) Pengerusi, Program Permainan Kanak-Kanak, Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Disokong oleh,

...................................... (ENCIK. ZAKARI BIN ZAKARIA) Pensyarah Penasihat, Program Permainan Kanak-Kanak, Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Diluluskan oleh,

........................................................... (DATO HAJI MAZLAN BIN MOHAMMAD) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis,Pahang.

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Lampiran I PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN JAWATAN KUASA KERJA

PENAUNG

DATO HAJI MAZLAN BIN MOHAMMAD ( PENGARAH IPTAA) ENCIK . ZAKARI BIN ZAKARIA (JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN) LOGARAJA SINNASAMY DURGA DEVI GOVINDASAMY

PENASIHAT

PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI

: :

SUBASHINI SATASILAN

: :

SHARMILA DEVI GOPAL NAVANITHA SINNASAMY

AHLI JAWATANKUASA KERJA BUKU PROGRAM JEMPUTAN HADIAH PERSIAPAN PADANG JURU GAMBAR MAKANAN SIJIL PERALATAN KEBERSIHAN PENGACARA : : : : : : : : : : VENKADESH RAO SURI NARAYANAN ARIVANANTHAN RAJA MANICKAM GOURI VEDIAPAN SALINI KRISHNAN PONMALAR PANNER SELVAM SATYA SHINI VIJAYAN JAYARAJALECHMEE KRISNASAMY TILAGAVATHI ELLAPAN SIVA SAKTHI MURUGAN PALRAJU DHEENA DARSHINI GANEASAMOORTHY

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Lampiran II ATURCARA PROGRAM

Hari/Masa

8.00 pagi 9.00 pagi

9.00 - 12.00 pagi

12.00 1.00 tgh hari

15 SEPTEMBER 2007

PENDAFTARAN

PELAKSANAAN PERMAINAN KANAKKANAK

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Lampiran III

ANGGARAN KEWANGAN

Makanan

RM 10 X 20orang X 1 hari

RM 200

Hadiah / sijil RM 5 x 20 orang x 1 hari = RM 100

JUMLAH

RM 300

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK LAMPIRAN IV SENARAI NAMA PESERTA

KUMPULAN 1 1. 2. 3. 4. VENKADESH RAO SURINARAYANAN SHARMILA DEVI GOPAL DEENA DARSHINI GANEASA MOORTHY UMA RENGASAMY

KUMPULAN 2 1. 2. 3. 4. ARIVANATHAN RAJA MANICKAM SUBASHINI SATASILAN PONMALAR PANNER SELVAM SALINI KRISHNAN

KUMPULAN 3 1. 2. 3. 4. SIVA SAKTHI MURUGAN PALRAJU NAVANITHA SINNASAMY JAYARAJALECHMEE KRISNASAMY SATYA SHINI VIJAYAN

KUMPULAN 4 1. 2. 3. 4. LINGGESWARAN ILMAREN GOURI VEDIAPPAN YASOTA KAVARI TILAGAVATHI ELLAPAN

KUMPULAN 5 1. 2. 3. 4. LOGARAJA SINNASANY DURGA DEVI GOVINDASAMY ANITHA KUMARI MEGAVARNAM KALAIVANI LETCHUMANAN GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK

Lampiran V

SENARAI SEMAK SEBELUM PELAKSANAAN PERMAINAN.


No. 1. 2. 3. Perkara Mengenal pasti bilangan dan nama peserta. Meminta kebenaran pihak sekolah. Mengenal pasti ahli jawatan kuasa dan mengadakan perbincangan dengan semua ahli kumpulan 4. 5. 6. 7. 8. Menyediakan alatan yang diperlukan. Memastikan tempat pelaksanaan permainan. Menetapkan tarikh dan masa. Membuat kertas kerja Menghantar kertas kerja kepada pensyarah pembimbing dan diluluskan. Ya Tidak

SENARAI SEMAK SEMASA PELAKSANAAN PERMAINAN.

No 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Perkara
Memastikan keadaan kesihatan pelajar Memastikan pakaian pelajar adalah sesuai Memastikan pelajar berada di tempat yang selesa Memastikan pelajar memanaskan badan dengan cara yang betul Penyemakan alatan Mengambil kehadiran pelajar Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal Kemudahan peti pertolongan cemas disediakan Memberi penerangan tentng aktiviti yang akan dijalankan

Ya

Tidak

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK

10 11 12

Memastikan bahawa guru menjalankan demontrasi permainan Memastikan keadaan gelanggang selamat Pengadil mestilah berada di kawasan permainan sepanjang permainan berlangsung

SENARAI SEMAK SELEPAS PELAKSANAAN PERMAINAN.


No. 1. 2. Cooling down. Mengumpulkan semua peserta di suatu tempat selepas permainan tamat. 3. 4. 5. 6. Mengumumkan kumpulan pemenang. Maljis penyampaian hadiah dan cenderamata. Mengemas kawasan gelanggang atau padang Menyimpan semula alatan yang digunakan Membuat refleksi atau postmortem terhadap perlaksanaan permainan Perkara Ya Tidak

7.

Ulasan pensyarah :______________________________________________________________ ______________________________________________________________

Tandangan ___________________ Nama Tarikh ___________________ ___________________

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Lampiran VI SENARAI ALATAN

1. Tape pengukur padang 2. Bola gimnastik 3. Pundi kacang 4. Bakul 5. Jaring gelanggang badminton 6. Kayu hoki 7. Bola hoki 8. Skitter 9. Penanda padang 10. First Aid box 11. Papan putih 12. Kapur 13. Visel

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Lampiran VII

PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

Permainan kategori sasaran.


NAMA PERMAINAN : HALANGAN 7

y Pelan kedudukan perlaksanaan permainan y Langkah-langkah perlaksanaan permainan. y Peraturan dan syarat-syarat permainan

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Langkah-langkah perlaksanaan permainan.

1. Pelajar pelajar dibahagi kepada empat kumpulan yang terdiri daripada 4 ahli dalam setiap kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan nama iaitu A,B,C dan D ataupun mengikut tema permainan mereka pada hari tersebut. 3. Dua bulatan sasaran dan juga landasan yang mengandungi tujuh garisan disediakan. Antara jarak garisan-garisan tersebut ialah dua meter. Manakala dua bulatan sasaran akan diletakkan di setaip hujung landasan tersebut. Dua jenis warna pundi kacang disediakan. 4. Hanya dua kumpulan sahaja boleh mengambil bahagian dalam satu sesi. Kumpulan X akan berdiri di bulatan sasaran atas. Manakala kumpulan Y akan berdiri di bulatan sasaran bawah. 5. Setiap pemain akan dibekalkan sebanyak tujuh pundi kacang. Setiap kumpulan dibekalkan pundi kacang yang tidak sama warna. Setiap pemain harus melontar pundi kacang mereka ke bulatan sasaran untuk mendapatkan mata. Selepas melontar pemain tersebut harus bergerak ke garisan belakang untuk meneruskan permainan. 6. Ahli kumpulan yang mendapat mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang dan akan layak ke pusingan akhir.

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Peraturan dan syarat-syarat permainan

1. Setiap pasukkan perlu terdiri daripada empat orang pemain.

2. Pemain tidak boleh keluar daripada kawasan mereka (garisan) tanpa kebenaran. 3. Pemain harus beratur untuk bermain. Selepas seorang pemain habis bermain, baru pemain seterusnya boleh bermain. 4. Pemain tidak dibenarkan membaling pundi kacang ke kawasan sasaran. Pemain juga tidak dibenarkan berdiri di luar garisan semasa melontar pundi kacang. 5. Sekiranya pemain berbuat demikian mata yang mereka dapat tidak akan dikira. 6. peratus Kedudukan pundi kacang pada sasaran dalam bulatan, akan dikira sebagai mata. Sekiranya tidak mata itu tidak akan dikira. 7. Ahli kumpulan yang mendapat mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang dan akan layak ke pusingan akhir.

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Lampiran VIII

PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

Permainan kategori Pukulan.

NAMA PERMAINAN : HOKI JARING

y Pelan kedudukan perlaksanaan permainan y Langkah-langkah perlaksanaan permainan. y Peraturan dan syarat-syarat permainan

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Langkah-langkah perlaksanaan permainan 1. Pelajar pelajar dibahagi kepada empat kumpulan yang terdiri daripada 4 ahli dalam setiap kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan nama iaitu A,B,C dan D ataupun nama benda kegemaran pelajar. 3. Permainan ini sesuai dijalankan di gelanggang badminton kerana ukuran gelanggang yang kita gunakan ialah lebih kurang sama sahaja. 4. Setiap pemain akan diberikan sebatang kayu hoki. Bagi permainan ini hanya sebuah bola hoki akan diberikan. 5. Pasukan x dan pasukan y akan mengambil tempat masing dalam gelanggang tersebut. 6. Pemain harus menolak bola mereka di bawah jaring dan tidak boleh melebihi ketinggian jaringnya. 7. Setiap pasukan harus cuba masukan bola hoki tersebut di kawasan gol yang bertanda warna merah untuk mendapatkan mata. 8. Pasukan yang tunggu giliran mereka akan menonton dan juga menjadi pengadil gol supaya tidak ada kekeliruan mata. Ini akan membuatkan mereka belajar cara bermain serta menjaga amanah mereka. 9. Pasukan yang berjaya menjaring gol yang lebih akan dikira sebagai pemanang dan juga akan layak untuk pusingan terakhir.

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Peraturan dan syarat-syarat permainan

1. Setiap pasukkan perlu terdiri daripada empat orang pemain.

2. Pemain tidak boleh keluar dari kawasan yang ditetapkan (gelanggang) tanpa kebenaran. 3. Setiap pasukan hanya boleh bergerak di kawasan mereka sahaja. 4. Semasa bermain pemain tidak dibenarkan mengangkat kayu hoki mereka melebihi paras lutut. Pemain juga tidak dibenarkan menolak bola mereka selepas garisan jaring. Seterusnya pemain juga tidak dibenarkan mengangkat bola mereka melebihi ketinggian jaring. 5. Sekiranya berbuat demikian pemain tersebut akan diberikan kad kuning sebagai amaran. Kad amaran akan dibagi sebanyak dua kali. Jika pemain tersebut mengulangi kesalahan tersebut akan diberi kad merah dan pemain tersebut perlu keluar daripada gelanggang. 6. Pemain dibenarkan menghantar bola dalam kalangan ahli kumpulan mereka. 7. Pemain dibenarkan menolak bola mereka dari manajua dalam kawasan mereka untuk menjaringkan gol.

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Lampiran IX

PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

Permainan kategori Jaring / dinding.

NAMA PERMAINAN : BOLA DINDING

y Pelan kedudukan perlaksanaan permainan y Langkah-langkah perlaksanaan permainan. y Peraturan dan syarat-syarat permainan

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Langkah-langkah perlaksanaan permainan 1. Pelajar pelajar dibahagi kepada empat kumpulan yang terdiri daripada 4 ahli dalam setiap kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan nama iaitu A,B,C dan D.

3. Dalam setiap set permainan hanya dua kumpulan sahaja boleh mengambil bahagian. Kumpulan yang dua lagi akan menjadi penonton dan penyokong. Mereka juga akan belajar daripada kesilapan yang dibuat oleh pasukan yang sedang bermain.

4. Kumpulan yang bermain perlu mengambil tempat dalam gelanggang masing-masing.

5. Pasukan yang mulakan servis perlu menendang bola ke dinding kawasan pasukan lawan.

6. Bola yang dihantar tidak boleh melebihi garisan merah yang terdapat di dinding tersebut.

7. Gol akan dikira melalui dua cara iaitu: y Bola yang dihantar oleh pasukan A tidak boleh masuk ke kawasan pasukan A semula selepas mengene pada dinding kawasan pasukan B. Sebelum masuk, pasukan B harus menendang ke dinding kawasan pasukan A. Jikalau mereka kalah berbuat demikian maka ia akan dikira gol bagi pasukan A. y Selepas pasukan B menghantar bola kepada pasukan A, pasukan A harus menedang bola ke dinding kawasan pasukan B. sekiranya pasukan A gagal mendapat bola dan keluar daripada garisan merah yang terdapat di belakang gelanggang maka ia juga akan dikira gol bagi pasukan

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Peraturan dan syarat-syarat permainan

1. Setiap pasukkan perlu terdiri daripada empat orang pemain.

2. Pemain tidak boleh keluar dari kawasan yang ditetapkan (gelanggang).

3. Pasukan yang menendang bola ke atas garisan merah yang terdapat di dinding akan dikenakan penalti iaitu pasukan tersebut akan kehilangan markah sebanyak 1 mata. 4. Apabila pasukan A tersilap menendang bola ke luar gelanggang bola akan diberikan kepada pasukan B dan mereka akan mulakan servis pertama.

5. Pemain boleh menghantar bola dalam kalangan ahli kumpulan mereka sebelum menendang ke kawasan dinding pasukan lawan.

6. Pasukan yang menang akan berlawan dengan pasukan pemanang set seterusnya(cth:pasukan A dan C) . Manakala kedua-dua pasukan yang kalah akan bermain untuk merebut kedudukan ketiga(cth: pasukan B dan pasukan D).

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Lampiran XI

PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

Permainan kategori Serangan / kawasan.

NAMA PERMAINAN : TELUR HELANG

y Pelan kedudukan perlaksanaan permainan y Langkah-langkah perlaksanaan permainan. y Peraturan dan syarat-syarat permainan

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Langkah-langkah perlaksanaan permainan

1. Pelajar pelajar dibahagi kepada empat kumpulan yang terdiri daripada 4 ahli dalam setiap kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan nama iaitu A,B,C dan D. 3. Pasukan menyerang akan mengambil tempat di belakang garisan merah. Manakala pasukan penjaga akan mengambil tempat di tengahtengah dua garisan merah. Pundi kacang akan diletakkan di belakang pasukan penjaga iaitu di luar garisan merah. 4. Pasukan penyerang perlu mengambil pundi kacang yang dijaga oleh pasukan penjaga dan perlu membawa ke garisan merah kawasan mereka. Manakala pasukan penjaga akan dibekalkan dua buah bola gimnastik untuk mengenakan pasukan penyerang yang datang untuk mengambil pundi kacang. 5. Apabila kena bola tersebut ahli kumpulan pasukan penyerang, akan dikira sebagai kalah dan akan dikeluarkan daripada gelanggang. 6. Markah akan dikira mengikut pundi kacang yang diambil oleh pasukan penyerang dalam masa tertentu. 7. Selepas habis set tersebut kedua-dua pasukan akan tukar tempat mereka. Pasukan penyerang akan menjadi pasukan penjaga manakala pasukan penjaga akan menjadi pasukan penyerang. Pemenang akan layak ke pusingan terakhir.

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Peraturan dan syarat-syarat permainan

1. Setiap pasukkan perlu terdiri daripada empat orang pemain.

2. Pemain tidak boleh keluar dari kawasan yang ditetapkan (gelanggang). 3. Pasukan penyerang boleh masuk kawasan penjaga secara kumpulan atau pun berpasangan. 4. Pasukan penjaga tidak boleh mengenakan bola di kepala dan dada pemain pasukan penyerang. sekiranya kena di bahagian badan yang dilarang maka penalti akan diberikan kepada pasukan penjaga dan mereka juga harus memberi sebuah pundi kacang kepada pasukan penyerang. 5. Seterusnya pasukan penjaga juga tidak boleh mengenakan pemain penyerang semasa berada di kawasan belakang garis merah sama di tempat mereka ataupun di kawasan terdapatnya pundi kacang. 6. Bola yang keluar daripada gelanggang hanya pemain penjaga sahaja boleh mengutip balik ke kawasan mereka. 7. Pundi kacang yang diambil oleh pasukan penyerang boleh membuat hantaran kepada ahli mereka yang terdekat dengan garisan merah dan bukanya kepada ahli pasukan yang berada di belakang garisan merah. 8. Pasukan penjaga juga boleh menghantar bola mereka kepada ahli pasukan mereka sama ada dalam gelanggang ataupun dari luar gelanggang. 9. Pasukan yang menang akan berlawan dengan pasukan pemanang set seterusnya(cth:pasukan A dan C) . Manakala kedua-dua pasukan yang kalah akan bermain untuk merebut kedudukan ketiga(cth: pasukan B dan pasukan D).

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK Lampiran XII Setiausaha, Permainan Kecil Unit PISMP IPGM 2 Pengajian Tamil, KM 10, Jalan Padang Tengku, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. ___________________________________________________________ En Zakari Bin Zakaria, Pensyarah Pendidikan Jasmani, Jabatan Pendidikan Jasmani, KM 10, Jalan Padang Tengku, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. 26 OGOS 2007

Tuan / Puan Memohon Kebenaran Membuat Program Permainan Kecil Merujuk kepada perkara diatas,adalah dimaklumkan bahawa kelas kami semester 2 ingin melaksanakan satu program mengenai pergerakan asas pada

Tarikh Hari Masa Jumlah Peserta Pensyarah

: 15 / 09 / 2007 : Rabu : 8.00 pagi 1.00 tengah hari. : 20 orang : 2 orang

2. Sehubungan dengan itu, kami memohon kelulusan pihak tuan untuk membenarkan kami menjalankan program tersebut.

3.

Kami amat berharap kelulusan dan sokongan dari pihak tuan bagi

menjayakan program ini.Pertimbangkan dan keperhatinan pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

PERMAINAN KANAK-KANAK

SEKIAN TERIMA KASIH. Disediakan Oleh,

(SUBASHINI SATASILAN) Setiausaha Program Permainan Kecil, PISMP IPGM 2 PT Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, KM 10, Jalan Padang Tengku, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Disemak oleh,

(LOGARAJA SINNASAMY) Pengerusi Program Permainan Kecil, PISMP IPGM 2 PT Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, KM 10, Jalan Padang Tengku, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

GURU PELATIH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

You might also like