You are on page 1of 7

Sel (biologi)

Sel-sel dalam kultur, di warnai untuk keratin (merah) dan DNA (hijau). Sel merupakan unit asas semua hidupan hidup. Secara amnya setiap sel terdiri daripada :

membran sel sitoplasma nukleus

Sel mula-mula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang ahli sains Inggeris Robert Hooke yang telah meneliti hirisan nipis gabus melalui mikroskop ringkas. Sel tumbuhan dan sel haiwan mempunyai beberapa perbezaan seperti berikut. Sel tumbuhan biasanya lebih besar berbanding sel haiwan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai bentuk khusus. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang terdiri daripada selulosa, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai dinding sel. Sel tumbuhan mempunyai pigmen klorofil yang tidak ada dalam sel haiwan. Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol sedangkan sel haiwan tiada kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Sel tumbuhan menyimpan tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji, sedangkan sel haiwan menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen. Molekul ialah zarah neutral yang yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang bergabung dalam kumpulan kecil dan boleh wujud sendirian. Antara contoh-contoh molekul adalah:

Hidrogen(H2) Nitrogen(N2) Oksigen(O2)

Fluorin(F2) Klorin(Cl2) Bromin(Br2)


Iodin(I2)

Fosforus(P4) Sulfur(S8) Air(H2O) Karbon dioksida(CO2) Ammonia(NH3) Benzena(C6H6) Hidrogen klorida(HCl) Sulfur dioksida(SO2) Glukosa(C6H12O6

Biologi Sel

Memahami sel-sel dari segi komponen-komponen molekulnya. Biologi sel (atau sitologi yang berasal daripada bahasa Greek, kytos, iaitu "bekas") ialah satu bidang akademik yang mengkaji sel. Kajian ini yang dilaksanakan pada tahap mikroskop dan molekul, termasuk sifat fisiologi, struktur, organel terkandung, interaksi dengan persekitaran, kitaran hidup, pembahagian, dan kematian. Penyelidikan biologi sel merangkumi kedua-dua organisma sel tunggal seperti bakteria, dan sel-sel yang khusus dalam organisma sel berbilang, seperti manusia.

Memahami kandungan sel dan bagaimana sel bertindak adalah asas untuk semua sains biologi. Menyedari persamaan dan perbezaan antara jenis-jenis sel adalah amat penting disebabkan ini membekalkan tema penyatuan yang membenarkan prinsip-prinsip yang dibelajar daripada kajian sejenis sel untuk ditentuluarkan dan dibuat lebih umum untuk jenis-jenis sel yang lain. Penyelidikan biologi sel amat berkait dengan bidang genetik, biokimia, biologi molekul, dan biologi perkembangan.

Organel

Skematik untuk sel haiwan tipikal yang menunjukkan komoponen subsel. Organel: (1) nukleolus (2) nukleus (3) ribosom (4) vesikel (5) retikulum endoplasma kasar (ER) (6) perkakas Golgi(7) Sitoskeleton (8) ER licin (9) mitokondrion (10) vakuol (11) sitoplasma (12) lisosom (13) sentriol Dalam bidang biologi sel, organel ialah salah satu daripada beberapa struktur dengan fungsi khusus yang terapung-apung dalam sitoplasma sel eukariot. Secara sejarah, organel dikenalpastikan melalui penggunaan mikroskop, serta juga melalui penggunaan pemeringkatan sel. Beberapa organel yang besar mungkin berasal daripada bakteria endosimbion:

kloroplas plastid lain, seperti leukoplas, amiloplas, etioplas, elaioplas, rodoplas, dan kromoplas. mitokondrion.

Organel yang lain termasuk:


akrosom sentriol silium/flagelum retikulum endoplasma glioksisom perkakas Golgi lisosom melanosom mitosom miofibril nukleolus nukleus parentesom peroksisom ribosom vakuol vesikel

Struktur-struktur lain yang berkaitan:


sitosol sistem endomembran nukleosom mikrotubul

Ribosom
Ribosom merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Ribosom merupakan organel yang amat kecil dengan mempunyai diamter hanya di antara 20 hingga 25 nanometer. Terdapat di jalinan endoplasma kasar atau tertabur secara bebas di dalam sitoplasma. Fungsi

Sebagai tapak sintesis protein. Protein yang dihasilkan oleh ribosom pada jalinan endoplasma kasar dirembeskan dalam bentuk enzim atau hormon. Protein yang dihasilkan oleh ribosom bebas digunakan oleh sel itu untuk tumbesaran dan memangkinkan tindak balas yang dijalankan di dalam sel itu.

Membran plasma
Membran plasma juga dikenali sebagai membran sel. Sel ini merupakan suatu bahagian dalam suatu sel. Membran plasma mempunyai selaput nipis, kenyal, dan separa telap. Membran plasma mempunyai ketebalan di antara 7.5 hingga 8 nanometer. Ia terbina daripada dua lapisan lipid dan protein. Fungsi Membran plasma berfungsi untuk mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar. Ia juga dapat mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel. Ia telap kepada air dan lipid tetapi tidak telap kepada bahan-bahan tidak berpola. Molekul-molekul kecil dan bahan larut lipid dapat melalui lapisan lipid dengan mudah. Contoh molekul-molekul kecil ialah:

air oksigen karbon dioksida

Contoh molekul-molekul larut lipid ialah:


gliserol asid lemak vitamin - A, D, E, K hormon jenis steroid

Selain itu, membran plasma berfungsi untuk melindungi organel-organel di dalam sel.

Nukleus
Nukleus merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Nukleus merupakan organel berbentuk sfera atau bujur dan dikelilingi oleh membran nukleus. Di dalamnya mengandungi nukleolus dan nekloplasma yang mengandungi kromosom. Fungsi nukleus ialah untuk mengawal sebarang aktiviti sel. Oleh itu, nukleus boleh dianggap sebagai pusat kawalan sel.

Fungsi
Nuklues berfungsi untuk mengawall segala aktiviti sel. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal pertukaran bahan antara nukleus dan sitoplasma berlaku melalui liang-liang di membran nuklues. Nuklues juga mempunyai maklumat pewarisan padanya

Mitokondrion
Mitokondrion merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Mitokondrion adalah suatu organel berbentuk rod dan sfera di dalam sitoplasma. Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu: 1- Membran dalam 2- Membran luar

Jasad Golgi
Jasad Golgi merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Jasad golgi terdiri daripada kantung-kantung pipih halus berselaput membran yang terletak selari di antara satu sama lain. Fungsi Jasad golgi mempunyai fungsi iaitu dapat mengangkut dan mengubahsuaikan bahan kimia yang kemudiannya dibungkus dalam vesikel lalu dirembeskan. Bahan-bahan kimia tersebut ialah:

glikoprotein karbohidrat hormon

Glikogen

Bahagian struktur glikogen Glikogen ialah sejenis polimer glukosa dan merupakan karbohidrat simpanan yang terdapat dalam tisu haiwan dan mikroorganisma. Kira-kira 1-2% berat basah otot rangka dan 10% berat basah hati ialah glikogen. Glikogen mempunyai struktur yang bercabang-cabang. Bilangan unit glukosa antara cabangan adalah antara hingga 10 unit. Pada titik cabang terdapat ikatan glikosida -1:6. Unit-unit glukosa dalam satu rantai linear dihubungkan oleh ikatan glikosida -1:4. Setiap cabangan luar mengandngi 12-18 unit glukosa. Dalam molekul glikogen, terdapat hanya satu hujung penurun dan banyak hujung bukan penurun. Biasanya hujung penurun terdapat di bahagian dalaman molekul dan oleh itu glikogen tidak dapat menunjukkan sifat penurunan apabila diuji dengan larutan Fehling atau Benedict. Sebanyak 93% daripada ikatan glikosida dalam molekul glikogen adalah jenis 1:4, manakala 7% adalah ikatan glikosida jenis -1:6. Molekul glikogen biasa disintesiskan pada protein primer yang kemungkinannya ialah enzim glikogen sintase. Darjah percabangan dalam struktur glikogen adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan amilopektin kanji.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Glikogen"

You might also like