You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN 1

Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua Sekolah Kebangsaan Bintulu, guru-guru sejahtera. pengiring dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, selamat pagi dan salam

Pada hai ini, tamatlah sudah kursus jati diri yang pelajar ikuti selama tiga hari dua malam di Kem Semilajau Bintulu. Tentu pelajar tidak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarga dan berehat setelah penat menjana minda dan tenaga untuk mengisi kekososongan rohani dan jasmani. Sesungguhnya, banyak manfaat dan faedah yang diperolehi para pelajar sejak kita mula menggerakkan tulang empat kerat untuk aktiviti pertama kita di sini.

Sejak awal lagi para pelajar telah didisiplinkan dengan bermacam-macam undang-undang yang ketat. Bagaimanapun ia bukan bertujuan untuk menyusahkan pelajar. Semua itu adalah untuk memastikan para pelajar benar-benar berdisiplin, mendengar arahan serta dapat membentuk fizikal dan mental yang sempurna. Di sini juga para pelajar dapat berdikari dan membentuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

Semua aktiviti yang dijalankan adalah untuk menyedarkan para pelajar mengenai erti perjuangan sebenar dalam dunia realiti para pelajar. Sebelum ini ramai dalam kalangan kita hanya menikmati keselesaan dan tidak pernah merasai kesusahan hidup. Diharap aktiviti sebegini dapat mematangkan para pelajar menempuh cabaran yang mendatang.

Para pelajar sekalian, Melalui aktiviti abseling, jungle trekking dan treasure hunt, semuanya adalah untuk melatih para remaja menjai lasak supaya dapat menentang anasir luar. Para pelajar yang berani dan lasak adalah harapan kita untuk memimpin negara pada masa depan. Ia juga boleh mengeratkan perpaduan dan semangat kekitaan antara kaum. Melalui semangat muhibah yang diterapkan, para pelajar akan lebih bersikap bergotong royong dan tolong menolong dalam menjalani kehidupan seharian pada masa akan datang. Janganlah kita hanya mementingkan diri sendiri dan takut menghadapi cabaran. Ini kerana sikap tersebut hanya akan membawa kehancuran kepada negara amnya dan masyarakat kita khasnya.

Selain itu, altiviti sebegini juga dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan mendalami ilmu tentang cara hidup di hutan serta mengenai flora dan fauna. Benar kata pepatah, belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Begitu juga pelajar sekalian, pendedahan ini

sesungguhnya memberi pengalaman baru bagi mereka yang pertama kali mengikuti program sebegini.

Setelah beberapa hari di sini, saya bagi pihak penganjur memohon maaf sekiranya sepanjang program ini berlangsung kami telah terkasar bahasa dan terlanjur kata sama ada ianya kami sedari ataupun tidak.

Akhir kata, dengan berakhirnya kursus ini diharap dapat memberikan tunjuk ajar yang baik oleh saya dan orang-orang di sini. Apa yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Dengan ini saya akhiri ucapan ringkas ini dengan ucapan terima kasih.

TEKS UCAPAN 2

Salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan kepada Cikgu Anisah dan juga rakanrakan sekelas sekalian.Terima Kasih kerana telah memberi peluang kepada saya menyampaikan ucapan dalam majlis yang penuh bermakna.

Seperti yang kita semua sedia maklum,majlis pada petang ini merupakan majlis perpisahan guru kelas kita,Cikgu Anisah yang akan berpindah ke sekolah baru pada minggu hadapan.Saya selaku ketua kelas ingin megucapkan jutaan terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar cikgu selama ini.

Cikgu Anisah merupakan seorang cikgu yang sangat berdedikasi dan megambil berat tentang murid-muridnya. Beliau tidak membiarkan murid-muridnya ketinggalan dalam pelajaran.Bagi memastikan kejayaan semua murid,beliau telah mengadakan kelas tuisyen secara percuma untuk murid-murid yang kurang cemerlang. Cikgu Anisah juga banyak membantu dalam menceriakan kelas sehingga kelas kita menjadi kelas terbersih sepanjang tahun.Banyak lagi sumbangan Cikgu Anisah yang tidak dapat saya senaraikan dalam ucapan ini. Perpindahan cikgu ke sekolah baharu merupakan kehilangan yang besar kepada kami semua. Segala tunjuk ajar nasihat cikgu akan kami ingat sampai bila-bila.Kami semua juga memohon maaf atas kenakalan kami sepanjang cikgu mengajar kami.Kami juga berharap agar cikgu gembira sepanjang mengajar di sekolah ini. Segala jasa cikgu amat kami hargai dan hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Sekian terima kasih.

You might also like