You are on page 1of 1

KEPENTINGAN PENTERJEMAHAN MAKNA AL-QURAN KARIM

Al-Quran Karim merupakan kitab Allah atau Kalamullah yang bermu’jizat


yang diturunkan Allah kepada rasul-Nya Muhammad s.a.w. ia merupakan penutup
bagi kitab-kitab Samawi. Allah menutup risalah-Nya kepada manusia. Sepertimana
Allah berfirman; ”Inilah Al-Quran memberi petunjuk...” (Al-Isra’,ayat 9). Al-Quran
itu merupakan cahaya dan hafalan

Islam telah menggalakan untuk memahami makna-makna Al-quran kerana Al-


quran menjelaskan kepada orang Islam hukum-hukum syariah dan orang Islam
mengambil faedah dengannya kerana padanya banyak faedah-faedah dan pengajaran-
pengajaran. Seperti mana kita ketahui Al-quran banyak menceritakan tentang kisah-
kisah. Maka diwajibkan kepada kita memahami makna-makna Al-quran dan kita
menjadikannya panduan-panduan untuk kehidupan, seperti mana Allah telah
berfirman di dalam kitabnya,
Maka apabila orang islam telah memahami makna-makna Al-quran dan
menjadikannya panduan untuk kehidupan supaya mereka memperolehi kejayaan di
dunia dan akhirat dan mereka hidup di dalam rahmat Allah. Oleh itu, kepentingan
menterjemahkan makna Al-quran supaya memahami apa yang terkandung di dalam
Al-quran.

Bahasa arab adalah bahasa Al-quran dan diwajibkan ke atas kita


mempelajarinya untuk memahami makna Al-quran. Sesungguhnya kepentingan
menterjemahkan makna Al-quran untuk mempelajari bahasa arab. Sesungguhnya Al-
quran telah memelihara bahasa arab maka diwajibkan kepada kita mengetahui kaedah
bahasa arab di setiap aspek ilmu nahu,sorof, balaghah dan bahasa. Apabila kita
mengetahui setiap kaedah bahasa arab, maka kita mampu menterjemahkan Al-quran.

Dan adapun kepentingan menterjemahakan makna Al-quran juga untuk kita


mendedahkan khazanah-khazanah yang tersembunyi di dalam Al-quran. Seperti mana
kita ketahui kebanyakkan orang yang mahir di dalam ilmu-ilmu meraka manfaatkan
di dalam agama Islam. Bagaimana ini terjadi?

Pada tahun 2005, salah seorang cendekiawan dari barat telah memeluk Islam
kemudian mendedahkan rahsia-rahsia yang terdapat di dalam Al-quran tentang
manusia. Dan di dalam Al-quran juga, terdapat peristiwa-peristiwa yang lepas dan yag
akan datang. Dan ada pun perkara-perkara yang telah lepas seperti sejarah kehidupan
para Rasul dan para Nabi. Dan akan datang pula seperti Hari kiamat, syurga , neraka
dan lain-lain lagi. Dan pada hakikatnya Al-quran banyak rahsia yang dia mahu kita
mendedahkannya dengan ilmu dan bukan dengan makna bahsa semata-mata.

Akhir sekali, diwajibkan ke atas kita menjadikan Al-quran sebagai ikutan kita
sepanjang kehidupan di dunia, Rasulullah telah bersabda : Saya telah meninggalkan
kepada kamu semua 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu
berpegang kepada kedua-duanya iaitu Al-quran dan Sunnah”.

You might also like