You are on page 1of 57

Ayat di atas menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan bukan untuk dibaca sahaja, malah untuk difahami dan dihayati.

Bacaan al-Quran perlu dipelajari dengan guru yang mahir dan murshid. Guru pula seharusnya mengetahui metod pengajaran yang sesuai supaya pengajarannya lebih berkesan dan manarik

Panduan Menghafaz Al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Oleh kerana ia yang akhir, maka ia lebih lengkap dibandingkan dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al-Quran juga merupakan kitab yang mu`jiz. Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Dan yang lebih hebat lagi, ia boleh dihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat demikian. Tentu ada sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkan supaya menghafaznya. Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al-Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya menghafaz Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagi setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya cukup untuk dibaca di dalam solat. Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasa Aarab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara. Justeru, orang yang menghafaz AlQuran ialah orang yang memelihara Al-Quran daripada hilang. Ia menyimpannya di dalam dada, dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang. Khuram Murad menyebutkan di dalam bukunya Way to the Qur'an (1991) dengan mengatakan bahawa: The word Hifz now used in the limited sense of memorizing, includes both understanding and practice. In fact there is no English word which can accurately reflect its true and full meaning. Hifz is an essential way of making the Qur'an penetrate you. It is not a mechanical, ritual etc., it is an act of high spiritual and devotional impotence. Through Hifz one can read in prayers and ponder its meaning. It makes the Qur'an flow on your tongue, reside in your mind, dwell in your heart, and it becomes your constant companion. Berdasarkan kepada kenyataan ini, kita faham bahawa menghafaz bukan bermaksud mengingat sahaja, walau pun mengingat itu satu daripada unsur menghafaz. Menghafaz bermaksud menjaga, mengulang dan menghayati. Proses menghafaz bermula dengan membaca dan mengulang. Yang telah lekat di dalam dada itu dijaga supaya tidak hilang. Caranya ialah juga dengan selalu mengulangulang bacaan. Menghayati maksud ayat-ayat yang dibaca itu tidak dapat dilakukan

kecuali dengan memahami maknanya. Dan ini juga merupakan satu aktiviti yang perlu diambil perhatian. Menghafaz al-Quran tidak seperti menghafaz senikata lagu dan prinsip-prinsip matematik atau sains. Selain daripada sifatnya yang tidak sama itu, menghafaz AlQuran adalah ibadat. Ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.. Dengan sebab itu ia mempunyai beberapa kelebihan. Jadi, sebelum kita bincangkan tentang panduan dan cara-cara menghafaz, elok jika kita perhatikan dahulu tentang kelebihan membaca dan menghafaz Al-Quran. Firman Allah:

Maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar" Surah Al-Isra 9. FimanNya lagi:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan binasa (pahala yang bekekelan), nescaya Allah akan menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa kelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat bersyukur". Surah Fatir 29-30. Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda bemaksud:

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Ta'ala, maka baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". Riwayat Ibnu Mas'ud. Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya" Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin. Ini adalah berdasarkan firman Allah:

Bermaksud: "Dan Kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayat Al-Quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukmin". Surah Isra 82. Fadhilat Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat. Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah (Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". Riwayat Ibnu Abbas r.a. Malah,lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain. Kerana dengan menghafaz kita dapat memelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah. Dalam sebuah hadis riwayat Uthman bin 'Affan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudya: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain" Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang

kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita baik daripada Allah Ta'ala". Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w. bermaksud: "Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh" Hadis riwayat Tarmizi. Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis seperti yang dibentangkan di atas, marilah sama-sama kita insaf diri dan kembali kepada AlQuran. Iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz dan mengamal serta menghayati ajarannya. Di bawah ini dipeturunkan sedikit panduan menghafaz Al-Quran bagi yang berminat. Jika ada kemusykilan, sila hubungi penulis. Panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran Bagi guru Pendidikan Islam, sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan mengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dan kenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanya menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya. Guru juga dikehendakki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz. Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak membosankan . Di samping itu ia juga tidak mudah lupa. A. Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran. Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya. Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya akan melekat di dada kita. Antara adab-adabnya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. Bersuci dan berwuduk Memakai pakaian yang bersih Berada di tempat yang bersih dan sunyi Mengadap kiblat Ikhlaskan niat. Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allah dan rasulNya suka orang yang menghafaz Al-Quran, bukan kerana sebab-sebab lain yang bersifat keduniaan

B. Teknik menghafaz Al-Quran

1. Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan lambat-lambat (Tartil). Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya sahaja. 2. Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar. 3. Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir). 4. Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betulbetul lancar. 5. Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan. Iaitu baca tanpa melihat kepada mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat mushaf. 6. Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti langkah 1, 2, 3, 4, dan 5. 7. Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf, melainkan jika tersangkut atau tidak lancar. 8. Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar. 9. Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu di dalam solat. 10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa. Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat dipaparkan untuk tatapan pembaca. Jika ada kabaikan, itu ialah pertolongan daripada Allah Ta'ala. Jika ada kekurangan, itulah sifat manusia yang serba kekurangan, justeru berbanyak maaf dipinta. Semoga rencana yang ringkas ini memberi manfaat untuk semua.

Kaedah Pengajaran Tilawah Al-Quran

Tilawah al-Quran ialah sutu komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Dalam pelajaran ini dipecahkan kepada tiga, iaitu: 1. Tilawah 2. Kefahaman 3. Tahfiz.

Pengajaran Tilawah Al-Quran

Dalam Tilawah penekanan diberikan kepada bacaan Al-Quran secara bertajwid. Maksudnya memperbaiki bacaan Al-Quran pelajar. Dengan demikian, haruslah banyak membincangkan mengenai cara bacaan yang betul. Ini termasuklah sebutan makhraj huruf, sifat huruf, dengung, mad, dan sebagainya. Untuk ini guru mestilah membaca dahulu ayat-ayat yang hendak dipelajari dengan baik, betul, dan fasih. Kemudian diikuti dengan bacaan pelajar beramai-ramai, seterusnya bacaan pelajar secara kumpulan dan perseorangan. Selepas itu baru bincangkan hukum bacaan. Guru keluarkan hukum-hukum tertentu, misalnya Nun Sakunah bertemu dengan Sin, Nun dan To, bagaimana cara membacanya. Jawapannya; dengung. Maka guru tunjukan bagaimana cara mendengungkan kalimah itu. Kemudian minta pelajar membacanya dan perhatikan dengungnya betul atau tidak, dan harakat dengung cukup atau tidak. Jika tak betul, guru tunjukkan cara yang betul. Begitulah seterusnaya dengan hukum-hukum lain. Selepas itu bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan membaca ayat-ayat yang telah ditetapkan. Seorang Naqib dilantik untuk membimbing bacaan kawan-kawan. Guru beri tumpuan kepada kumpulan yang lemah, di samping itu guru mengawasi kumpulan-kumpulan lain. Lebih kurang 7 atau 10 minit guru panggil kelas dan beri maksud ayat yang baca dan buat kesimpulan pengajaran ayat.

Pengajaran Kefahaman Al-Quran Dalam pelajaran Kefahaman Al-Quran penekanan diberikan kepada perbincangan maksud ayat. Guru tidak membincangkan aspek bacaan dan tajwid. Walau pun demikikan guru mesti juga membaca Al-Quran dan diikuti oleh bacaan pelajar secara ramai, kumpulan dan perseorangan. Guru hanyak membetulkan bacaan yang salah tetapi tidak bincangkan. Selepas beberapa orang pelajar membacanya, maka guru beri makna ayat. Selepas itu, guru berbincang besrsama pelajar tentang maksud daripada makna ayat itu. Guru minta pelajar keluarkan isi penting daripada makna ayat. Setiap yang diberi oleh pelajar ditulis di papan tulis sebagai nota. Guru merumuskan pengajaran ayat dan buat penilaian kemahiran berfikir (KBKK), kemudian nasihatkan pelajar supaya mengamalkan apa yang disarankan oleh ayat yang dibaca. Mungkin ada tajuk-tajuk tertentu boleh dibincangkan dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk pengayaan, maka guru buatkan kumpulan dan beri tajuk untuk dibincangkan. Sama ada tajuk yang sama untuk semua kumpulan atau pun tajuk yang berlainan, yang kedua ini lebih diutamakan. Setiap kumpula mesti ada seorang pengerusi dan seorang juru tulis. Selesai masa yang ditetapkan, setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk menerang dapatan perbincangannya. Akhirnya guru buat rumusan dan kesimpulan pengajaran yang dapat dipetik daripada ayat. Beri penilaian (KBKK), kemudian menasihatkan pelajar supaya mengikut apa yang disarankan oleh ayat yang dibaca dan dibincangkan.

Perhatian: Setiap kali mengajar Al-Quran pastikan ada suatu yang baru kepada pelajar. Hubungkaitkan maksud ayat Al-Quran yang dibincang dengan isu semasa, khasnya yang berkaitan dengan

pelajar sendiri, seperti akhlak, amalan nilai Islam, menutup aurat dan lain-lain. Walaupun Al-Quran menceritakan kisah Bani Israil, tetapi perangai buruk orang-orang Bani Israil itu tetap ada pada manusia hari ini, termasuklah orang Islam. Dengan ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua, di samping itu pelajar tidak merasa jemu, sesbaliknya berminat untuk belajar Al-Quran, dan dalam masa yang sama pelajar faham bahawa AlQuran bukan out of date, tetapi ia sentiasa up to date. Seperti kata Syed Naquib al-Attas Islam is forever modern

Pengajaran Tahfiz Al-Quran Tidak banyak bezanya pengajaran Tahfiz dengan Tilawah dan kefahaman. Semuanya harus bermula dengan bacaan guru, kerana bacaan guru merupakan bacaan contoh. Dengan demikian guru mesti membaca dengan baik, betul dan fasih sebutan huruf dan kalimahnya, kerana ia akan diikut dan ditiru oleh pelajar. Jika baik dan betul bacaan guru, maka akan baiklah bacaan pelajar. Demikianlah sebaliknya. Selepas bacaan, guru dan bacaan murid secara berseorangan, dan pembetulan jika ada, maka guru beri makna ayat dan buat kesimpulan pegajaran ayat. Selepas itu guru ceritakan kelebihan ayat berkenaan dan minta pelajar menghafaznya. Sehubungan dengan ini guru haruslah menerangkan cara menghafaz Al-Quran setiap kali bertembung dengan ayat hafazan. (Lihat Panduan Menghafaz Al-Quran dalam tajuk web Hafaz Al-Quran).

Model Pengajaran Kefahaman Al-Quran

Pelajaran: Kefahaman Al-Quran (Ayat 155-156 surah al-Baqarah) Tajuk: Ujian dan kesabaran

Tingkatan: Satu Bilangan Pelajar: 35 orang Masa : 40 minit

Objektif Am : Pelajar dapat membaca Al-Quran dengan baik dan mengetahui panduan Al-Quran kepada umat Islam Objektif Khas: 1. Pelajar dapat menerangkan jenis-jenis ujian Tuhan kepada

HambaNya 2. Dapat menerangkan tujuan Allah menguji manusia 3. Dapat menyenaraikan kelebihan orang yang bersabar

Langkah 1. Induksi set Setelah bertanya khabar dan berdoa, guru menarik perhatian pelajar dengan soalan-soalan yang ada kaitan dengan tajuk. Misalnya. Gambar hujan lebat dan banjir, orang dalam keadaan cemas dan sedang dipindahkah. Guru bertanya: Gambar apa ini? Bagaimana perasaan orang yang ditimpa musibah seperti ini? Dalam keadaan seperti ini apa kita mesti buat? Ya, Islam ajar kita, apabila kita menghadapi kesusahan kita mesti bersabar. Hari ini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang mencerita tentang jenis-jenis musibah sebagai ujian Tuhan kepada kita dan menggalakkan kita supaya bersabar.

Langkah 2. Membaca ayat Al-Quran Guru paparkan ayat di hadapan kelas, sama ada dengan tulisan di papan tulis, carta, LCD, tranparensi dan sebagainya. Guru ambil perhatian murid supaya mendengar bacaan guru. Guru membaca ayat dengan cermat, baik, betul dan fasih. Selepas dua kali guru minta pelajar membaca mengikut bacaan guru. Selepas itu guru minta murid membaca secara perseorangan (bilangan murid bergantung kepada masa). Guru betulkan bacaan yang salah jika ada.

Langkah 3. Perbincangan maksud ayat Guru beri makna ayat atau guru minta murid membaca makna yang ada dalam buku teks atau makna yang ditulis oleh guru dalam carta. Berdasarkan kepada makna ayat itu guru beri soalan. Contohnya: Apakah yang dijelaskan oleh ayat ini? Apakah jenis ujian Allah kepada manusia seperti yang tersebut dalam ayat ini. Ada tak ujian selain daripada ini? Sebutkan. Guru ulaskan semua jenis-jenis ujian itu. Kemudian guru bertanya: Kenapakah kita diuji dengan musibah seperti itu. Guru ulaskan jawapan murid. Guru bertanya lagi. Apa kita harus buat apabila kita diuji dengan musibah seperti yang tersebut itu? Ya, kita mesti bersabar, kerana bersabar itu banyak faedahnya. Guru terus berbincang dengan kelas tentang cara bersabar sehingga pelajar faham apa maksud bersabar dan bagaimana tindakan orang yang bersabar berbanding dengan orang yang tidak bersabar.

Langkah 4. Perbincangan dalam kumpulan Murid dipencahkan dalam beberapa kumpulan. Tajuk yang akan dibincangkan ialah; Apakah hikmah bersabar?. Jika guru mempunyai tajuk lebih daripada satu boleh dibincangkan tajuk yang berlainan bagi tiap-tiap kumpulan. Guru nasihatkan supaya setiap kumpulan melantik seorang pengerusi untuk mengandalikan perbincangan dan seorang

jurutulis. Pesankan bahawa di akhir pelajaran setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangannya. Setelah cukup masa, guru minta setiap kumpulan menghantar wakil ke depan kelas untuk membentangkan hasilnya. Kalau boleh dilekatkan di papan tulis. Setelah semua kumpulan selesai membentangkan hasil, guru ajak pelajar melihat jika ada yang sama. Kemudian guru buat rumusan bahawa hikmat bersabar itu ialah Lebih baik guru tulis dengan ringkas di papan tulis dan minta pelajar menyalinnya sebagai nota. Nota inilah yang akan dijawab dalam peperiksaan nanti.

Langkah 5. Penilaian Guru padam semua catatan yang ada di papan tulis dan guru memberi soalan kepada kelas. Contohnya: Sebutkan jenis-jenis ujian yang diberikan Tuhan kepada manusia ? Kenapakah Allah ujikan manusia dengan berbagai macam musibah? Berikan tiga hikmah bersabar? Apa tandanya orang tidak sabar? Apa hukumnya orang yang tidak bersabar?

Langkah 6. Penutup Guru merumuskan isi pelajaran hari ini dan menasihati pelajar supaya berusaha bersungguhsungguh untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Nasihatkan pelajar supaya bersabar apabila ditimpa sesuatu musibah, kerana bersabar itu banyak kelebihannya. Setiap orang akan diuji oleh Allah dan ujian ini tidak sama antara seorang dengan seorang, dan orang yang bersabar itu mendapat pahala dan dikasihi Allah.

Model Pengajaran Tilawah Al-Quran

Pelajaran: Tilawah Al-Quran (Surah al-Baqarah ayat 1 5) Tajuk: Dengung Nun Sakinah dan Tanwin

Tingkatan: Satu

Bilangan Pelajar: 35 orang Masa : 40 minit

Objektif Am : Pelajar dapat membaca Al-Quran dengan baik dan betul Objektif Khas: 1. Pelajar dapat membunyikan dengung Nun Sakinah dan Tanwin dengan betul (pada huruf Fa, Zai, Lam dan Qaf) 2. Dapat menyebut ciri-ciri orang-orang Muttaqin.

Langkah 1. Induksi set Bertanya khabar dan berdoa. Guru boleh melakukan apa saja untuk menarik perhatian pelajar kepada tajuk pelajaran hari ini, seperti gambar orang solat, gambar dunia dan lain-lain. Kalau gambar orang solat, tanyakan; gambar apa ini? kenapa dia/kita solat?. Juruskan kepada tajuk: Kita solat untuk mendapat pangkat Taqwa, orang yang bertaqwa disukai Allah. Jadi hari ini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan ciri-ciri orang bertakwa. Kalau Gambar alam, tanyakan alam ini siapa yang jadikan? Ada lagi tak alam selain daripada yang kita nampak ini? Jika ada alam apa namanya?. (Alam ghaib). Kamu tahu apa yang ada dalam alam ghaib? Ya, ada syurga, ada neraka, ada Arasy, Kursi dan macam-macam lagi. Kita sebagai seorang Islam wajib percaya adanya alam ghaib ini. Orang yang benar-benar percaya kepada adanya alam ini akan tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa, dan orang yang bertaqwa ini dikasihi Allah. Jadi, hari ini kita akan membaca ayat-ayat AlQuran yang menceritakan ciri-ciri orang yang bertaqwa.

Langkah 2. Membaca ayat. Guru pamirkan ayat di hadapan, sama ada tulisan di papan, carta, transparensi, slaid, LCD atau sebagainya. Dalam masa yang sama, jika boleh, setiap murid mempunyai Mushaf Al-Quran. Jika guru menulis ayat, pastikan ditulis dengan Rasm Uthmani, betul, elok, dan dapat dibaca oleh murid yang di belang kelas. Tujuan carta, ialah supaya guru dapat tunjukkan tanda-tanda semasa membaca dan membetulkan bacaan murid. Tujuan Mushaf Al-Quran ialah kerana membaca AlQuran daripada Mushaf lebih baik dan lebih tepat. Selain itu ialah untuk menerangkan adab dengan Al-Quran dan juga untuk keberkatan dan mendapat pahala memandang mushaf.

Guru membaca ayat dengan diperhatikan oleh pelajar sekurang-kurangnya dua kali. Kali ketiga diikuti oleh semua murid. Kemudian minta murid membacanya secara perseorangan (dalam keadaan tertentu boleh secara kumpulan). Bilangan pelajar mengikut keadaan masa. Murid membaca di Mushaf lebih baik daripada di papan tulis. Guru betulkan bacaan yang salah. Guru mesti membacanya dengan betul (pada tempat yang salah) dan minta murid ulangkan beberapa kali sehingga betul.

Langkah 3. Perbincangan hukum bacaan Guru minta murid keluarkan kalimah (ayat) yang ada Nun Sakinah. Guru tuliskan (senaraikan) di papan tulis. Kemudian guru tanyakan bagaimana membaca kalimah ini? Dengung atau tidak dengung? Kalau dengung, guru minta murid bacakan. Jika salah, tunjukan cara membacanya. Ambil perhatian semua murid supaya mendengar dan membaca ayat berkenaan dengan dengung yang betul. Demikinlah dengan kalimah lain satu persatu. Selepas itu guru minta pelajar keluarkan kalimah (ayat) yang ada Tanwin, dan guru tuliskan di papan tulis. Guru soal pelajar bagaimana cara membaca kalimah berkenaan (satu demi satu). Dengung atau tidak dengung?. Kalau dengung bagaimana cara mendengungkannya. Jika murid bunyikan dengan cara yang salah atau tidak cukup harakat, maka guru tunjukkan cara yang betul. Minta perhatian pelajar semua supaya mendengar dan mengikut bacaan guru menyebut dengung bagi kalimat tersebut dengan betul. Minta beberapa orang murid menyebutnya untuk pengukuhan. Guru buat kesimpulan bahawa jika Nun Sakinah dan Tanwin bertemu dengan huruf seperti yang dibincangkan bacaannya adalah dengung.

Langkah 4. Latihtubi. Guru bahagikan pelajar dalam beberapa kumpulan dan tetapkan ayat-ayat yang hendak dibaca oleh setiap kumpulan. Pelajar membaca dalam kumpulan selama 7 10 minit. Guru mengawasi semua kumpulan di samping memberi perhatian lebih kepada kumpulan yang lemah. Dengan cara ini pelajar dapat membina kemahiran membaca dan semua pelajar dapat membaca.

Langkah 5. Beri pengajaran ayat. Setelah cukup masa, guru panggil semua pelajar balik ke tempat masing-masing. Guru buat kesimpulan bahawa dalam ayat yang kita baca tadi Allah menjelaskan ciri-ciri orang yang bertaqwa, iaitu ; Orang yang percaya kepada perkara ghaib mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menderma, percaya kepada kitab-kitab Allah dan yakin adanya hari Akhirat. Guru tuliskan di papan dan pelajar salin.

Langkah 6. Penilaian

Guru tulis atau siapkan beberapa ayat yang ada Nun Sakinah dan Tanwin dan minta murid bacakan ayat-ayat berkenaan mengikut pengalaman yang dibincang sebentar tadi. Contoh soalan: Bagaimana membaca ayat ini? Cuba baca ayat ini, Ahmad, dan lain-lain. Solan tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa. Contoh: Sebutkan 3 ciri orang yang bertaqwa. Minta beberpa orang murid menjawabnya.

Langkah 7. Penutup. Guru merumus isi pelajaran dan menasihati pelajar supaya, selalu membaca Al-Quran, membaca dengan cermat dan betul, melakukan solat, menolong kawan yang perlu pertolongan, kerana ini mendidik kita menjadi orang yang bertaqwa.

Model Pengajaran Tilawah Al-Quran

Pelajaran: Tilawah Al-Quran (Surah al-Baqarah ayat 1 5) Tajuk: Dengung Nun Sakinah dan Tanwin

Tingkatan: Satu Bilangan Pelajar: 35 orang Masa : 40 minit

Objektif Am : Pelajar dapat membaca Al-Quran dengan baik dan betul Objektif Khas: 1. Pelajar dapat membunyikan dengung Nun Sakinah dan Tanwin dengan betul (pada huruf Fa, Zai, Lam dan Qaf) 2. Dapat menyebut ciri-ciri orang-orang Muttaqin.

Langkah 1. Induksi set Bertanya khabar dan berdoa. Guru boleh melakukan apa saja untuk menarik perhatian pelajar kepada tajuk pelajaran hari ini, seperti gambar orang solat, gambar dunia dan lain-lain. Kalau gambar orang solat, tanyakan; gambar apa ini? kenapa dia/kita solat?. Juruskan kepada tajuk: Kita solat untuk mendapat pangkat Taqwa, orang yang bertaqwa disukai Allah. Jadi hari ini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan ciri-ciri orang bertakwa. Kalau Gambar alam, tanyakan alam ini siapa yang jadikan? Ada lagi tak alam selain daripada yang kita nampak ini? Jika ada alam apa namanya?. (Alam ghaib). Kamu tahu apa yang ada dalam alam ghaib? Ya, ada syurga, ada neraka, ada Arasy, Kursi dan macam-macam lagi. Kita sebagai seorang Islam wajib percaya adanya alam ghaib ini. Orang yang benar-benar percaya kepada adanya alam ini akan tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa, dan orang yang bertaqwa ini dikasihi Allah. Jadi, hari ini kita akan membaca ayat-ayat AlQuran yang menceritakan ciri-ciri orang yang bertaqwa.

Langkah 2. Membaca ayat. Guru pamirkan ayat di hadapan, sama ada tulisan di papan, carta, transparensi, slaid, LCD atau sebagainya. Dalam masa yang sama, jika boleh, setiap murid mempunyai Mushaf Al-Quran. Jika guru menulis ayat, pastikan ditulis dengan Rasm Uthmani, betul, elok, dan dapat dibaca oleh murid yang di belang kelas. Tujuan carta, ialah supaya guru dapat tunjukkan tanda-tanda semasa membaca dan membetulkan bacaan murid. Tujuan Mushaf Al-Quran ialah kerana membaca AlQuran daripada Mushaf lebih baik dan lebih tepat. Selain itu ialah untuk menerangkan adab dengan Al-Quran dan juga untuk keberkatan dan mendapat pahala memandang mushaf. Guru membaca ayat dengan diperhatikan oleh pelajar sekurang-kurangnya dua kali. Kali ketiga diikuti oleh semua murid. Kemudian minta murid membacanya secara perseorangan (dalam keadaan tertentu boleh secara kumpulan). Bilangan pelajar mengikut keadaan masa. Murid membaca di Mushaf lebih baik daripada di papan tulis. Guru betulkan bacaan yang salah. Guru mesti membacanya dengan betul (pada tempat yang salah) dan minta murid ulangkan beberapa kali sehingga betul.

Langkah 3. Perbincangan hukum bacaan Guru minta murid keluarkan kalimah (ayat) yang ada Nun Sakinah. Guru tuliskan (senaraikan) di papan tulis. Kemudian guru tanyakan bagaimana membaca kalimah ini? Dengung atau tidak dengung? Kalau dengung, guru minta murid bacakan. Jika salah, tunjukan cara membacanya. Ambil

perhatian semua murid supaya mendengar dan membaca ayat berkenaan dengan dengung yang betul. Demikinlah dengan kalimah lain satu persatu. Selepas itu guru minta pelajar keluarkan kalimah (ayat) yang ada Tanwin, dan guru tuliskan di papan tulis. Guru soal pelajar bagaimana cara membaca kalimah berkenaan (satu demi satu). Dengung atau tidak dengung?. Kalau dengung bagaimana cara mendengungkannya. Jika murid bunyikan dengan cara yang salah atau tidak cukup harakat, maka guru tunjukkan cara yang betul. Minta perhatian pelajar semua supaya mendengar dan mengikut bacaan guru menyebut dengung bagi kalimat tersebut dengan betul. Minta beberapa orang murid menyebutnya untuk pengukuhan. Guru buat kesimpulan bahawa jika Nun Sakinah dan Tanwin bertemu dengan huruf seperti yang dibincangkan bacaannya adalah dengung.

Langkah 4. Latihtubi. Guru bahagikan pelajar dalam beberapa kumpulan dan tetapkan ayat-ayat yang hendak dibaca oleh setiap kumpulan. Pelajar membaca dalam kumpulan selama 7 10 minit. Guru mengawasi semua kumpulan di samping memberi perhatian lebih kepada kumpulan yang lemah. Dengan cara ini pelajar dapat membina kemahiran membaca dan semua pelajar dapat membaca.

Langkah 5. Beri pengajaran ayat. Setelah cukup masa, guru panggil semua pelajar balik ke tempat masing-masing. Guru buat kesimpulan bahawa dalam ayat yang kita baca tadi Allah menjelaskan ciri-ciri orang yang bertaqwa, iaitu ; Orang yang percaya kepada perkara ghaib mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menderma, percaya kepada kitab-kitab Allah dan yakin adanya hari Akhirat. Guru tuliskan di papan dan pelajar salin.

Langkah 6. Penilaian Guru tulis atau siapkan beberapa ayat yang ada Nun Sakinah dan Tanwin dan minta murid bacakan ayat-ayat berkenaan mengikut pengalaman yang dibincang sebentar tadi. Contoh soalan: Bagaimana membaca ayat ini? Cuba baca ayat ini, Ahmad, dan lain-lain. Solan tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa. Contoh: Sebutkan 3 ciri orang yang bertaqwa. Minta beberpa orang murid menjawabnya.

Langkah 7. Penutup. Guru merumus isi pelajaran dan menasihati pelajar supaya, selalu membaca Al-Quran, membaca dengan cermat dan betul, melakukan solat, menolong kawan yang perlu pertolongan, kerana ini mendidik kita menjadi orang yang bertaqwa.

Persediaan guru

Sebelum mengajar Al-Quran, setiap orang guru haruslah maklum bahawa mengajar AlQuran mempunyai maksud yang luas, bukan sekadar boleh membaca sahaja, malah banyak lagi perkara lain yang mesti diberi perhatian dan pertimbangan supaya pengajaran dan pembelajaran benar-benar bermakna bagi pelajar. Antaranya ialah: 1. Guru harus sedar bahawa mengajar Al-Quran bukan sahaja bermaksud pelajar boleh menyebut huruf dan membaca AlQuran, tetapi memupuk perasaan cinta kepada Al-Quran serta menjadikan hati mereka jinak dengan Al-Quran. 2. Guru harus mampu memperdengarkan bacaan Al-Quran yang baik dan fasih sehingga boleh menimbulkan perasaan khusyuk, tenang dan lega bila mendengarnya. Dengan demikian menimbulkan minat kepada pelajar untuk terus mendengar bacaan Al-Quran. Memang naluri manusia suka mendengar suara atau bunyi yang merdu, kerana bunyi yang merdu itu boleh menambat hati dan memberi kesan kepada jiwa. Oleh kerana guru tidak mampu memperdengarkan suatu yang merdu dari Al-Quran, maka menjadikan pengajarannya hambar dan tidak menarik. Ini menyebabkan pelajar tidak berminat kepada Al-Quran, lantas mereka mencari bunyi-bunyian lain yang dianggap lebih merdu, walau pun kita tidak menganggapnya merdu serta tidak pula harmoni, malah dalam banyak hal, berdosa pula. 3. Memastikan pelajar mendapat suatu yang baru daripada maksud Al-Quran yang dibaca. Ini menimbulkan minat untuk selalu menghadiri kelas Al-Quran kerana ada sesuatu yang ia dapat. 4. Guru haruslah mengulang-ulangkan tentang kelebihan belajar Al-Quran. Kelebihankelebihan ini bukan sahaja untuk tujuan kesejahteraan di akhirat, tetapi di dunia pun telah dapat dikecapi dan dinikmati.

5. Guru harus ingat bahawa Al-Quran ialah kalam Allah yang Qadim. Bacaannya ibadat, dan mesti dibaca dengan betul, terang dan fasih mengikut bahasa Arab yang standard. Kesalahan membacanya dikira salah dan haram. Jadi guru harus mencuba sedaya belajar Al-Quran dan boleh membacanya dengan baik, kemudian cuba sedaya yang mungkin untuk mendidik pelajar supaya mereka dapat membacanya dengan baik dan tidak melakukan kesalahan bacaan pada masa akan datang. Kesalahan yang tidak dibetulkan itu menyebabkan pelajar melakukan kesalahan yang serupa berpanjangan hingga ke akhir hayatnya. 6. Guru mesti menunjukkan cara yang betul dan jelas untuk menyebut huruf-huruf AlQuran (makharijil huruf dan sifatnya) dan yang lain-lain yang berkaitan dengan hukum bacaan seperti dengung (ghunnah), panjang (mad), pendek dan sebagainya. 7. Tegaskan dari semasa ke semasa bahawa Al-Quran merupakan perlembagaan bagi orang Islam. Ia adalah kitab Petunjuk, pembimbing dan pembeda antara yang baik dan buruk. Oleh itu pelajar harus diberi peringatan bila membaca Al-Quran, bahawa kita sedang membaca peraturan Allah s.w.t.. Kita akan amalkan apa yang diperintahkan dalam ayat berkenaan. 8. Al-Quran bukan sahaja memberi panduan dan petunjuk kepada semua manusia, tetapi secara terus mendidik akhlak orang yang beriman. Jadi apabila berjumpa ayat-ayat berkenaan tegaskan kepada pelajar bahawa inilah ajaran Al-Quran. 9. Setiap peristiwa yang disebutkan dalam Al-Quran ada hubungan dengan kehidupan harian, jadi, guru harus mampu menghubungkaitkan dengan kehidupan harian pelajar. Dengan demikian barulah pelajar faham bahawa Al-Quran bukan untuk masa dahulu, tetapi ia sentiasa hidup dan menceritakan apa yang dilakukan oleh manusia sekarang. 10. Guru mestilah berakhlak dengan akhlak Al-Quran. Sekiranya akhlak guru bertentangan dengan Al-Quran, maka ini

menjadikan pendidikan Al-Quran tidak berkesan. Lebih malang lagi, menjatuhkan maruah guru atau rendah nilai peribadi guru pada pandangan pelajar, dan ini menyebabkan pelajar tidak menghormati guru.

Memilih Jenis Quran


April 4, 2008

Topik kali ini berkaitan jenis-jenis Al-Quran. Jika anda perasan, Al-Quran di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Rasm Uthmani dan Imlai. Mukaddam pula, Mukaddam ejaan Rasm Uthmani dan Mukaddam Baghdadi. Berkenaan Quran Rasm Uthmani atau Mukaddam ejaan Rasm Uthmani, sudah semakin banyak kemunculan teks-teks berwarna bagi tujuan membezakan hukum-hukum Tajwid. Penggunaan warna adalah lanjutan tranformasi penulisan Al-Quran yang bermula dengan zaman; 1-Huruf tanpa titik. 2-Huruf dengan titik. 3-Huruf berbaris I. 4-Huruf berbaris II. 5-Kalimah Al-Quran berwarna (?). Kadangkala kita beranggapan dengan kemudahan-kemudahan yang ada pada zaman ini, ia akan membuatkan kita lebih selesa dan mudah melakukan perkara-perkara kebaikan. Cth; Kita ANGGAP, kalau ada kereta, berbanding motor sekarang; senanglah kita pergi ke masjid untuk solat, walaupun hujan. Benarkah?? Kita ANGGAP, kalau ada kerja selesa sikit, boleh peruntukkan khusus untuk sedekah. Benarkah?? Dalam banyak hal, permulaannya memberikan kebaikan. Namun jika tidak di kawal, ia hanya sekadar hangat-hangat awal pekerjaan sahaja. Begitu juga dengan teks Al-Quran berwarna atau buku Iqra. Memang betul kita mementingkan sebutan yang betul, tetapi perlu juga belajar dengan teori dan kenal hurufhuruf apakah ini dan apakah hukum-hukumnya. Teks Quran berwarna hanyalah sokongan. Buku Iqra, Qiraati, Furqan dan lain-lain adalah sokongan.

Jika anda mengajar anak-anak dengan buku-buku Mukaddam seperti itu,teruskan, tetapi kenalkan juga tentang huruf dan hukum hakamnya. Jika anda mengaji menggunakan Quran Teks bewarna, teruskan, tetapi harus kenal secara teori juga hukum-hukum Tajwid bersandarkan huruf. Jangan bila dah jumpa sesuatu yang mudah; yang asas diabaikan. Buatlah pilihan yang bijak.

Mendalami Rasm Uthmani


Nama buku: Rasm Uthmani - Pelengkap Pembacaan Al-Quran Terbitan: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Penulis: Abd Rahman Abd Ghani. Harga: RM15. Pengulas: W. Rahimah Draman MUNGKIN ramai yang tahu dan biasa mengenai Mashaf al-Quran. Malah hampir setiap negara Islam mempunyai mashaf al-Quran masing-masing termasuk negara kita dengan Mashaf al-Quran Malaysia. Tetapi jarang yang tahu mengenai Rasm al-Quran, iaitu bentuk penulisan dalam al-Quran. Lazimnya ilmu ini hanya terdedah di kalangan pelajar jurusan pengajian al-Quran. Tanpa mengetahui sejarah dan kaedah penulisan al-Quran, pasti berlaku kesilapan sewaktu mentelaah Kalam Allah itu. Sebabnya al-Quran yang dibuku dan dicetak di seluruh dunia mempunyai beberapa kaedah penulisan, meskipun hanya Rasm Uthmani yang diiktiraf jumhur ulama. Buku Rasm Uthmani: Pelengkap Pembacaan Al-Quran tulisan Abd. Rahman Abd. Ghani antara cara mudah orang awam mengetahui dan memahami kaedah penulisan al-Quran. Buku setebal 160 muka surat dengan lima bab utama mengenai Rasm Uthamni ini diperincikan melalui huraian dalam tajuk-tajuk kecil secara berurutan. Bermula dengan sejarah mengenai penulisan al-Quran di bab 1, buku ini menceritakan bila, bagaimana dan mengapa penulisan al-Quran dilakukan. Bab ini membolehkan anda tahu bagaimana sejarah tulisan Arab bermula, asal usulnya serta bilangan mashaf serta keistimewaan yang ada dalam Mashaf Uthmani. Untuk tahu bagaimana kaedah penulisan Rasm Uthmani, pembaca boleh menelaah pada bab dua yang dihurai dalam 33 muka surat. Abd. Rahman turut menjelaskan enam kaedah al-Quran Rasm Uthmani di samping menyentuh mengenai perbezaan penulisan dalam mashaf-mashaf Uthmani. Buku yang mula diterbitkan Yadim awal November lalu untuk edaran bagi cetakan pertama (2008) turut memuatkan kelebihan-kelebihan Rasm Uthmani di bab tiga.

Bab tiga juga, pembaca diterangkan mengenai rukun-rukun bacaan al-Quran, keistimewaan dan kaedah huruf-huruf tertentu dan hukum mengguna Rasm Uthmani serta Rasm Qiyasi dalam al-Quran. Untuk mengetahui rahsia tanda-tanda pada huruf-huruf dalam penulisan Rasm Uthamani, pembaca boleh menyelak pada bab 4 yang dihuraikan dalam 16 lagi tajuk kecil termasuk pengenalan mengenai Mashaf riwayat tertentu dalam pembacaan al-Quran.

Isnin, 26 April 2010

Penulisan Al-Quran Rasm Uthmani

Pada hari Ahad 17 April baru-baru ni saya berkesempatan menghadiri satu seminar sehari mengenai Penulisan Rasm Uthmani di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri di Shah Alam. Penuhlah Dewan Seminar Masjid tu. Alhamdulillah ramai yang berminat nak tahu. Masing-masing sabar menunggu hingga tiba waktu asar. Saya ingin nak kongsi sedikit mengenai sejarah penulisan Alquran. Pada yang dah tahu tu, jadikan ia sebagai ulang tayanglah. Penulisan Al Quran Pada Zaman Saidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A.

Selepas Rasulullah s.a.w wafat, para sahabat telah melantik Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa peperangan antaranya ialah

peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-quran telah gugur syahid. Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang yang menghafaz al quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut. Peristiwa ini telah mendorong Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha pengumpulan al-quran kerana dibimbangi al-quran akan terhapus kerana ramaiQurra' yang gugur syahid. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a yang pada mulanya tidak bersetuju, akhir bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al quran yang telah ditulis dan dihafaz di zaman Rasulullah s.a.w dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Maka terkumpullah al quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf. Setelah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila beliau wafat, lembaran suhuf itu disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saidatina Hafsah bin Umar al-Khattab r.a. iaitu isteri Rasulullah s.a.w. Penulisan Al Quran Pada Zaman Saidina Uthman Bin Affan R.A.

Pada masa pemerintahan Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca alquran menurut kaedah-kaedah bacaan para sahabat yang masyhur antaranya: Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit r.a. dan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan Saidina Uthman bin Affan dan Abu Darda' r.a. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a., Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit r.a, Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Abu Musa al-Asha'ari, r.a. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan Abdullah bin Mas'ud, Saidina Ali bin Abi Talib, r.a. Saidina Uthman bin Affan r.a, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a. Pada tahun 25 hijrah satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-quran. Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin al-Yaman kepada Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a.. Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah Saidina Uthman bin Affan mencari jalan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut.

Khalifah Saidina Uthman bin Affan telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari: Abdullah bin Zubair

Said bin Al-'As

Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a.

Lembaran-lembaran suhuf al-quran yang diambil dari simpanan Saidatina Hafsah binti Umar AlKhattab r.a. dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al quran ini hendaklah berdasarkan bacaan Qurra''. Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy. Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak 6 mushaf al quran. Sebuah mushaf untuk Saidina Uthman bin Affan dinamakan "Mushaf-al Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah. Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk wilayah-wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan mutqin di dalam bacaan al quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka dari daripada: 1. Abdullah bin Saaib r.a. ke Mekah 2. Al-Mughirah bin Abi Syibab r.a. ke Syam 3. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah 4. Amru bin Qais r.a. ke Basrah 5. Zaid bin Thabit ke Madinah Selepas itu, Saidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran alquran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Saidina Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan telah diterima dari Baginda Rasululah s.a.w. secarmutawatir. Usaha-usaha pengumpulan al quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Saidina Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:

Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al quran Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang. Sumber di atas adalah sebahagian dari kertas kerja Ustaz Haji Shafiee bin Shaari yang dibentangkan di seminar ini.

1 MuqaddimahDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Al-Hamdulillah,syukur kepada Allah Ta ala, Solawat serta salam buat Junjungan Mulia NabiMuhammad s.a.w dan para ahli keluarganya,sahabatsahabat serta pengikut baginda yang setialagi jujur hingga keakhir zaman.Dengan izin dan rahmat Allah dapatlah saya menyiapkan tugasan yang bertajuk Kaedah-kaedahPenulisan Rasm Uthmani ini sebagai pelengkap kepada pengajian Modul HBQE 1203 RasmUthmani.Sesungguhnya, bidang pengajian ini terlalu banyak menyimpan sejarah yangsememangnya perlu dipelajari dan diamalkan oleh setiap muslim. Kefahaman terhadap sejarahkaedah penulisan rasm akan memantapkan lagi cara membaca al-Quran dan menambahkeyakinan terhadap isi kandungannya yang telah diwahyukan.Dewasa ini, semakin banyak cabaran yang datang mengancam masyarakat Islam dari pelbagai sudut termasuklah dari aspek sejarah keagongan Islam yang seboleh mungkin ingin di putar belitkan faktanya.Dalam soalkaedah pembacaan al-Quran, golongan musuh Allah telah menyebarkan dakyahnya denganmenyatakan bahawa ia adalah ciptaan manusia semata-mata.Justeru itulah,maka wujudnyapelbagai wajah qiraat yang pada mereka direka dengan sewenang-wenangnya.Adalah menjadi harapan saya agar apa yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepadasemua sebagai bahan sampingan untuk percambahan ilmu rasm khususnya buat diri sayasendiri dan sesiapa yang sudi mentelusurinya di kemudian nanti.Terima kasih tidak terhinggabuat tutor, Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim atas bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak jemu- jemu dihulurkan di setiap sesi tutorial, hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia untuk berkongsi buah fikiran,idea jugasumber maklumat dari awal hingga akhir .Akhir kalam, apa yang kurang itu adalah kelemahan diri saya, Allah sahaja yang MahaMengetahui dan kepada Nya saya bertawakkal.

PENULISAN AL-QURAN SELAIN RASM UTHMANI ? Solleh Al-Fatimi

Tatkala zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a, satu krisis besar besar berlaku iaitu perbezaan cara membaca al-Quran di kalangan umat Islam. Terdapat sebahagian bacaan mereka bercampur dengan kesalahan. Mereka bukan setakat mempertahankan dan berpegang pada bacaan mereka, malah menentang sesiapa sahaja yang menyalahi bacaan mereka, bahkan mereka saling mengkafirkan. Bagi atasi masalah ini, Saidina Uthman r.a melantik dan memerintahkan Zaid bin Thabit alAnsari, Abdullah bin Zubair, Said bin al-As dan Abdul Rahman bin al-Haris bin Hisham alQurasyiyyin agar menyalin dan memperbanyakkan mushaf. Hasil dari usaha mereka ini, para ulama telah mengistilahkan metod penulisan ini dengan ar-Rasm al-Uthmani lil Mushaf.[1] Namun demikian, para ulama berselisih dalam menetapkan hukum metod penulisan ini. Perselisihan ini terbahagi kepada tiga pendapat. 1. Penulisan Rasm al-Uthmani bagi al-Quran adalah bersifat tauqifi; suatu yang ditetapkan yang wajib dipakai dalam penulisan al-quran dan sampai ketahap mensucikannya. Mereka menisbahkan tauqif ini kepada Nabi s.a.w. 2. Ramai dari kalangan para ulama yang berpendapat bahawa Rasm al-Uthmani bukanlah tauqifi daripada nabi s.a.w, tetapi ianya merupakan istilah (cara penulisan) yang dipersetujui oleh Saidina Uthman r.a dan diterima baik oleh umat Islam. Maka wajib berpegang dan menggunapakai metod ini, dan tidak harus menyalahinya.

3. Segolongan berpendapat bahawa Rasm al-Uthmani merupakan satu istilah, dan tidak ada penghalang daripada menyalahinya. [2] Walaupun demikian, pandangan yang kedua adalah lebih kuat dan rajih. Perkara ni sebagaimana yang dipegang oleh Manna al-Qattan;[3] Setelah saya menilai, pandangan kedua adalah pandangan yang rajih, dan penulisan al-Quran wajib mengikuti metod Rasm al-Uthmani yang dikenali dalam mushaf. Ia merupakan penulisan yang disepakati yang diwarisi oleh umat Islam sejak zaman Saidina Uthman r.a lagi. Pemeliharaan rasm ini merupakan satu jaminan yang kuat bagi penjagaan al-Quran daripada perubahan dan penggantian huruf-hurufnya. Dan sekiranya dibenarkan penulisan al-Quran dengan penulisan istilah imla (penulisan berdasarkan kepada cara baca) di setiap masa, perkara ini akan membawa kepada perubahan tulisan mushaf dari semasa ke semasa. Bahkan metod imla itu sendiri turut berbeza kecenderungannya pada sesuatu masa dan bermacam variasi pada sebahagian kalimah antara negeri-negeri". Oleh yang demikian, berusahalah mempelajari al-Quran dengan menggunakan mushaf uthmani yang mendapat pengiktirafan dari seluruh umat Islam. Sekalipun sebahagian kita menemui kesukaran untuk membacanya pada perinkat awalnya, namun ia merupakan satu kaedah penulisan yang mantap dan teguh. Salam persahabatan dengan al-Quran. Kalamullah. ______________________ [1] Manna al-Qattan. (1998). Mabahith fi Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah ar-Risalah; 115 [2] ibid; 131-133 [3] ibid; 133-134 Labels: al-Quran |

Saktah
SAQTAH : Menurut istilah Ilmu Tajwid saktah bermaksud: Menghentikan bacaan sekejap tanpa menukar nafas dengan kadar masa dua harakat dan menyambung kembali bacaan dengan nafas yang sama. Sebahagian Ulama Qurra menjelaskan bahawa saktah adalah sejenis waqaf yang lemah lembut tanpa bertukar nafas. Tujuan bacaan saktah adalah untuk mengasingkan antara dua patah perkataan supaya tidak menimbulkan kesamaran kepada pengertian ayat-ayat tertentu. Didalam al-Quran Rasm Uthmani terdapat tanda huruf sin kecil ( ) terletak diatas huruf akhir pada beberapa kalimah untuk menunjukkan berlaku hukum saktah pada kalimah itu. Saktah juga disebut sebagai Saktah Lathifah (berhenti sejenak), iaitu memutuskan suara (selama dua harakat) di akhir kata dalam satu nafas. Dan ditandai juga disebelah hujung ayat diluar bingkai dengan tanda tertentu. Saktah Latifah terdapat dalam ayat-ayat berikut:

1. QS. Surah Al-Qiyaamah : Ayat 27. (Wa qiilaman ... raaq)

2. QS. Al-Kahfi : Ayat 1. (Lahuu 'iwajaa ... qayyiman)

3. QS. Al-Muthoffifin : Ayat 14. (Kallaa bal ... raana 'ala)

4. QS. Al-Haaqqah : Ayat 28. (Annii maaliah ... halaka anni)

5. QS. Yaa Sin : Ayat 52. (Min marqadinaa ... hadzaa)

Bacaan saktah berlaku apabila kita membaca satu ayat secara sambung tanpa waqaf, jika bacaan saktah itu berlaku pada ayat yang mempunyai tanda Waqaf Tam seperti didalam surah Yasin ataupun hukum saktah itu berlaku pada Rasu Ayat (Kepala Ayat) seperti didalam surah al-Kahfi dan juga didalam surah al-Haqqah, maka harus bagi kita berhenti dan menukar nafas pada tempat-tempat tersebut dan tidak berlaku hukum saktah pada tempat-tempat tersebut. Dan adalah menjadi satu kesalahan jika kita meninggalkan bacaan saktah tanpa alasan yang munasabah pada surah al-Qiyamah: 27 dan pada surah al-Mutaffifin: 14, kerana perbuatan tersebut menyalahi kaedah bacaan yang Mutawatir.

Waqof, Ibtida Dll


Waqof
Bahasa = menahan / berhenti Istilah /rukun waqaf =
1. memutuskan bacaan dan nafas 2. mengambil nafas baru, 3. niat meneruskan bacaan.

Tempat2 berhenti:
(1) nombor ayat / akhir ayat. (2) 6 tanda waqof dalam rasm uthmani: 1 2 3 4 5 6 lam alif = waqof mamnu = haram henti mim = waqaf lazim = wajib henti jim = waqof jaiz = berhenti boleh, sambung boleh sod lam ya= wasal aula menyambung lebih baik qof lam yaa = waqof aula berhenti lebih baik 2 x tanda titik tiga = waqaf muanaqah = berhenti pada salah satu tanda itu.

(3) Kalau tiada tanda berhenti, dan kehabisan nafas ( berhenti sebelum putus nafas) Cadangan = berhenti sebelum kalimah2 athof (penyambung). > kalimah athof = wa, fa, thumma, au, am, bal, illa, dll > Jangan berhenti di antara 2 kalimah yg satu maksud - contoh= ri-aa an-naas = riyanya manusia = jangan berhenti di ri-aa > kerana kalimah2 ini bergandingan. - berhentilah di an-naas. - kalau darurat dan terberhenti di ri-aa, maka lafaznya betul, tapi maknanya salah. > Apa maksud lafaznya betul ?

- dapat berhenti di hujung kalimah, bukan di pertengahan kalimah. - berhenti di kalimah yg telah mencukupkan lafaz ayat dari segi irob b. arab.

Waqaf Nabawi/Jibril
- Waqaf yang dilakukan oleh Jibril as semasa beliau membacakan kepada Rasulullah saw. - Ia juga dikenali dengan waqaf nabawi waqaf sunnah waqaf itba - Terdapat 10 tempat yang disepakati. 1. al Baqarah : ayat 148 2. Ali Imran : ayat 95 3. al Maidah : ayat 48 4. al Maidah : ayat 116 5. Yusuf : ayat 108 6. al Rad : ayat 17-18 7. al Nahl : ayat 5 8. al Sajdah : ayat 18 9. al Naziat : ayat 23 10. al Qadr : ayat 3-4 Tanda bagi waqaf jibril -berbeza-beza samada ditanda dengan waqaf lazim, waqaf shilliy, waqaf qiliy, waqaf jaiz ataupun tidak ditandai dengan sebarang tanda waqaf.

Sebab2 berhenti (waqof)


Ada 4 jenis Waqof:
1. Idhtiraari - terpaksa waqof kerana sebab2 darurat putus nafas, bersin, tercekik, menangis dll .. Harus hukumnya, kerana Allah tidak memikul hambanya sesuatu yg mereka tidak terdaya. 2. Ikhtiyaari - waqof atas pilihan sendiri. Ada 4 tahap :o 1.Waqaf tam, = waqof yg telah sempurna susunan lafaz/kalimatnya(I robnya) , telah difaham maksudnya, memulakan bacaan dari perkataan berikutnya (tanpa ibtida kerana tidak ada hubungan dengan ayat sebelumnya). o 2.Waqaf kafi, = berhenti di tempat yg sudah sempurna susunan lafaznya(I robnya) , ayat yg seterusnya masih ada hubungan makna dengan ayat sebelumnya. Boleh teruskan bacaan pada kalimah yg berikut setelah waqaf. o 3.waqaf hasan, = waqof yg difahami ayatnya, tetapi ayat yg seterusnya ada hubungan lafaz dan makna dengan ayat sebelumnya .. Hendaklah ibtida . o 4.waqaf qobih = waqaf/berhenti pada tempat yg tidak memberi makna bagi ayat itu. Hanya boleh dilakukan dalam keadaan darurat.. Kena ulangi balik ayat itu. 3. ikhtibari= waqaf apabila sedang mengajar, menyoal dan sebagainya. Waqaf untuk menerangkan hukum kalimah itu. harus ibtida dari kalimah itu atau sebelumnya untuk mencukupkan maknanya. 4. intizhari = waqaf di sesuatu kalimah, diulang membaca ayat dengan bacaan qiraat yg lain pula. untuk mencukupkan bentuk2 qiraat yg ada pada kalimah itu.

Ibtida

Bahasa = memulakan Istilah = memulakan bacaan setelah waqaf. > Selepas waqof, tarik balik di tempat2 seperti kalimah2 athof CONTOH : hatta=sehingga, thumma=kemudian, laa=tidak, maa=apa,tidak, min=dari, fa=maka, qoolu=mereka telah berkata ( atau jika nampak kata kerja ) . illa = kecuali wa=dan > kalau kalimah sebelum dan sesudah wa mempunyai baris yg sama di hujung kalimah, maka jangan mula dari wa .. Contoh = ibrahiima wa ismaiila = jangan mula dari = wa ismaiila

Qot-u
Bahasa = Memutuskan. Istilah = Niat berhenti bacaan quraan. > Jika mahu mula baca lagi, hendaklah baca istiazah. Berlainan dengan waqaf, tak perlu istiazah. > Mestilah memutuskan bacaan dengan sempurna. Jangan putus di pertengahan ayat. Putuslah di akhir ayat, akhir surah, akhir juz, di hizb, di rubu.

Saktah
- bukan tanda waqof, kerana tak memenuhi rukun waqof. Bahasa= Diam Istilah = memutuskan suara pada suatu tempat tanpa menarik nafas baru sekadar 2 harakat sambil menyambung bacaan. Tandanya = siin Sakta adalah cara bacaan qiraat riwayat hafs an asim. Wajib sakta pada 4 tempat : >1. >2. >3. >4. wa qiila man (s) raaq (Qiyamah: 27 ) marqodina (s) haaza ( Yasin: 52) kalla bal (s) raana ( Muthoffifin: 14 ) iwajaa (s) qoiyiman ( alKahfi: 1 )

============= Tambahan ==========

Waqaf Taufiqi, Nabawi, Ijtihadi

(1) > > Waqaf Taufiqi - Waqaf yg ditentukan Allah - Contoh = waqaf di penghujung ayat ; yg ada nombor ayat - hukum =sunat muttabaah (2) > > Waqaf Nabawi ( waqaf Jibril ) (3) > > Waqaf Ijtihadi :1. 2. 3. 4. Waqaf idhtirari Waqaf ikhtiyari Waqaf ikhtibari Waqaf intizhari

Aridh lissukun
Huruf yg berbaris ketika waqaf ( tiada huruf mad). 1. Waqaf pada huruf yg berbaris yg sebelumnya juga huruf berbaris. Berapa wajah ? = lihat baris pada huruf terakhir. > baris atas = satu wajah ( sukun mahad ) = contoh: kazalika > baris bawah = dua wajah ( sukun mahad dan raum ) =contoh: bihi > baris depan = tiga wajah ( sukun mahad, raum dan isymam ) = contoh: manafiu ( contoh2 di atas diambil dari ms 34 alQuran) Kalau waqaf di kalimah = lakumu ..> lakum ( mim asalnya sukun, baris dhamma atas mim adalah baris yg mendatang ) Satu wajah saja = izhar asli. 2. Waqaf pada huruf yg berbaris yg sebelumnya huruf mati.
y y y y y y

2 wajah yg dibolehkan (1) Waqaf iskan (contoh = wannas-l) (2) Waqaf tahrik ( contoh = wannasl ) (3) tak boleh = waqaf mutaharrik ( contoh= wannasal ) Lagi contoh = Wal-fajr, wal- aSr Waqaf arid lissukun wa huwa mukhtii ( dalam keadaan di ikhfa ) Contoh = Wal-ins waqaf di hujung kalimah yg ada mad lazim kalimi = hukumnya bukan mad aridh lissukun tapi mad lazim arid lissukun . = satu wajah = 6 harakat Kalimah = baiit = waqaf = Mad liin

Perhatian: Kalau kalimah memang patut mutaharik (ketika wasal) jangan pula ditahrikkan contoh wajaalna -bukan wajalna

Wasal pada Surah Ali-imran.


(1) Wajah bacaan pertama = Ayat 1 (waqaf) + Ayat 2 Aliif LaaaaaaaammmMiiiiiiiiim (sukun) . Allahu Bagaimana kalau wasal = Ayat 1 (wasal) + Ayat 2 ?
Kalau tengok ejaan = 2 sukun yg bertemu = sukun mim jumpa sukun lam ( yg didahului oleh hamzah wasal ) - Kalau dua sukun yg bertemu, sukun pertama kenalah tukar kepada baris bawah :Jadi sepatutnya = Aliif LaaaaaaaammmMiiiiiiiiimi+llahu Tapi tak boleh baris bawah, kerana ini kalimah Allah, jadi mim sukun itu ditukar kepada baris atas = sebabnya untuk menta zhim (membesarkan) lafzul jalallah.

Wajah bacaan kedua dan ketiga; dengan wasal :(2) Aliif LaaaaaaaammmMiiiiiiiiima+llahu ( mim 6 harakat ) (3) Aliif laaaaaaaammmmiima+llahu ( miin hanya dua harakat) Hanya surah ali-imran saja begini.

You might also like