You are on page 1of 9

Pameran  Program  Perkongsian  Pintar  ke  Arah  Pembestarian 

Sekolah Kebangsaan 2007 

Tempat  : Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, Melaka 
Tarikh  : 19 November 2007 
Masa  : 8.00 pagi hingga 5.00 petang 
Majlis Perasmian oleh: YB Menteri Pelajaran 

Konsep 

Pameran  ICT  ini  merupakan  pameran  bahan 


teknologi,  penyelesaian  ICT  dan  kelengkapan 
sebenar  yang  telah  dilaksanakan  oleh  pihak 
swasta  di  sekolah.  Ia  juga  akan  memperlihatkan 
bagaimana  syarikat  swasta,  berperanan 
membantu  dan  mendedahkan  teknologi 
maklumat dan komunikasi (ICT) serta  bagaimana 
kemudahan  ICT  sedia  ada  di  sekolah  boleh 
membantu  mempercepatkan  proses  membestari 
dan  memperkasakan sekolah. 

Melihat  kerjasama  antara  kementerian  dengan 


pihak  swasta  yang  berfokus  kepada  ICT  dengan 
menunjukkan  penyelesaian/program  yang 
dilaksanakan  boleh  disesuaikan  dengan 
kemudahan  dan  kemahiran  sedia  ada. 
Menunjukkan  kepada  masyarakat  bahawa  idea 
dan  konsep  yang  diamalkan  oleh  pihak  swasta 
boleh dipraktikkan di pelbagai peringkat sekolah. 

Tujuan 

Sebagai  platform  untuk  menghimpun  semua  program  khususnya  dalam  bidang 


ICT  yang  telah  dan  sedang  dibuat  oleh  agensi  luar  untuk  membantu  sektor 
pendidikan  sebagai  usaha  bersama.  Usaha  ini  adalah  sebagai  strategi 
pembestarian  sekolah  untuk  membantu  sekolah  meningkatkan  pembudayaan 
ICT.  Di  samping  mengiktiraf  usaha­usaha  yang  telah  dibuat  oleh  semua  pihak 
sebagai usaha yang positif dan perlu diteruskan untuk dimanfaatkan dalam sektor 
pendidikan. 

Objektif

· Mempromosikan  inisiatif­inisiatif  ICT  pihak  swasta  dalam  membantu 


Kementerian Pelajaran


· Mendedahkan  idea  dan  perkembangan  serta  informasi­informasi  terkini 
dalam ICT oleh pihak swasta
· Meningkatkan  penglibatan  rakan  kongsi  Kementerian  Pelajaran  Malaysia 
dalam usaha melonjakkan penggunaan ICT di dalam bilik darjah
· Memotivasi  dan  menggalakkan  guru  menggunakan  ICT  dalam  proses 
pembelajaran dan pengajaran mereka
· Menggalak dan mempertingkatkan perkongsian bahan­bahan pengajaran
· Mempamerkan  kebolehan  sekolah  khususnya  guru  dan  pelajar  dalam 
menggunakan  kemudahan  ICT  bagi  meningkatkan  kemahiran  dalam 
membantu  mempercepatkan  proses  pembestarian  sekolah.  ICT  sebagai 
alat  untuk  memudahkan  penyampaian  dan  penerimaan  pengajaran  dan 
pembelajaran  dengan  mengabung  jalinprogram  yang  dilaksanakan  oleh 
swasta.
· Mengiktiraf  peranan  dan  sumbangan  yang  telah  diberikan  oleh  syarikat 
swasta dalam  membantu kementerian mengwujudkan budaya penggunaan 
ICT  dalam  persekitaran  sekolah  (pengurusan  dan  pengajaran  dan 
pembelajaran) 

Latar belakang 

Pameran  Program  Perkongsian  Pintar  ke  Arah  Pembestarian  Sekolah 


Kebangsaan  2007  ini  adalah  sempena  dengan  pelancaran  bulan  memperkasa 
Sekolah  Kebangsaan  yang  berlangsung  dalam  bulan  November  2007.  Ia 
merupakan  salah  satu  daripada  5  aktiviti  utama  Memperkasa  SK  selain  dari 
Wacana  Memperkasa  Sekolah  Kebangsaan,  Karnival  Prasekolah,  Anugerah 
Sekolah Cemerlang dan Anugerah Kokurikulum. 

Penglibatan  syarikat  swasta  dalam  sektor  pendidikan  telah  bermula  sejak  awal 
tahun  2000.  Jumlah  sumbangan  syarikat  swasta  dalam  membantu  sektor 
pendidikan  mencecah  puluhan  juta  ringgit  sejak  ia  mula  diperkenalkan. 
Sumbangan  dan  bantuan  yang  diberikan  dilihat  sebagai  sesuatu  yang  sangat 
berharga  dan  perlu  dimanfaatkan  untuk  kebaikan  sektor  pendidikan.  Program­ 
program  yang  telah  dan  sedang  dilaksanakan  termasuk  berkaitan  dengan 
perkakasan,  perisian,  latihan  ICT,  sekolah  angkat,  aplikasi  dan  penyelesaian 
sistem pengurusan. 

Kementerian Pelajaran Malaysia melihat perkembangan ini sebagai satu indikator 
yang  positif  ke  arah  memantapkan  pendidikan  Negara  dan  menjadikannya  ia 
sebagai  kerjasama  pintar  (smart  partnership)  dalam  pendidikan.    Kementerian 
Pelajaran  senantiasa  membuka  pintu  dan  membuka  ruang  yang  lebih  kepada 
semua  pihak  menyumbang  dan  membantu  bidang­bidang  yang  dikenalpasti 
memerlukan  sokongan.  Bagi  mengiktiraf  kerjasama  yang  diberikan,  kementerian 
sering  menjemput  pihak  swasta  dalam  program­program  pendidikan  dan 
mempelawa untuk turut sama terlibat. 

Bermula dengan Konvensyen Kebangsaan Guru Dalam ICT 2006 yang melibatkan 
syarikat  swasta  dikenali  sebagai  Smart  Education  Partnerships  (SEP), 
kementerian  telah  menjadikannya  sebagai  platform  utama  untuk  mengiktiraf 
peranan mereka. Pihak swasta juga perlu melihat bidang­bidang yang bersesuaian 
sebelum  merancang  pelaksanaan  program  dengan  pihak  kementerian.  Ini  boleh 
dilaksanakan dengan mengambil kira program­program yang sedia ada di sekolah

2
atau  masih  berada  dalam  perancangan  kementerian.  Kepakaran  syarikat  swasta 
dalam  bidang  teknologi  sangat  signifikan  dan  boleh  dikongsi  untuk  meningkatkan 
kemahiran ICT guru khususnya dan sekolah amnya. 

Pameran  Program  Perkongsian  Pintar  ke  arah  Pembestarian  Sekolah 


Kebangsaan  2007  sempena  bulan  Memperkasa  Sekolah  Kebangsaan  untuk 
pertama  kali  ini  telah  menjemput  agensi­agensi  luar  bagi  membuktikan  bahawa 
semua pihak memberikan komitmen penuh untuk memantapkan sektor pendidikan 
dinegara  ini.  Syarikat­syarikat  multinasional  seperti  Intel,  AMD,  ORACLE, 
Microsoft,  SAMSUNG  dan  IBM  bekerjasama  dengan  syarikat  tempatan  seperti 
MAXIS,  Telekom  Malaysia  dan  MDeC  dalam  program  perkongsian  pintar  dengan 
kementerian.    Apa  yang  membanggakan  ialah  Kementerian  Tenaga  Air,  dan 
Komunikasi  turut  mengambil  inisiatif  membantu  pihak  Kementerian  Pelajaran 
Malaysia meningkatkan kemudahan infostruktur ICT sekolah. 

Rasional

· Pameran  ini  adalah  sebahagian  dari  inisiatif  dan  bentuk  usahasama  yang 
telah  dibuat  oleh  pihak  swasta  dengan  kerajaan.  Ia  juga  merupakan 
platform pertemuan  semua  pihak  bagi  menghargai  usaha  guru­guru  dalam 
penggunaan  dan  inovasi  ICT  di  sekolah­sekolah  menerusi  program­ 
program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak 
swasta. Di samping itu ia juga bagi mengiktiraf dan menghargai kerjasama 
dan  kolaboratif  semua  pihak  dalam  memajukan  pelaksanaan  program  ICT 
di  sekolah  sama  ada  usaha  berkenaan  adalah  inisiatif  kerajaan  atau 
swasta.

· Sektor  pendidikan  adalah penyumbang  utama  kepada  pembekalan  tenaga 


berkualiti  kepada  negara.  Sehubungan  dengan  itu  tanggungjawab  dan 
usaha  bersama  harus  wujud  di  kalangan  sektor  swasta  dengan  kerajaan 
bagi menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti dan dapat melahirkan 
pelajar yan mampu mencipta dan bersaing di peringkat antarabangsa. 

Harapan

· Memberikan gambaran sebenar pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah oleh 
swasta kepada orang ramai bagi membuktikan bahawa penyelesaian 
tersebut boleh dilaksanakan

· Memberikan ruang dan peluang kepada pihak swasta untuk bekerjasama 
membantu sekolah

· Mengiktiraf peranan dan fungsi yang diberikan oleh swasta khususnya 
melaksanakan ICT di sekolah

· Menggalakkan peranan swasta dan memangkin usaha kerajaan dalam 
mengembleng tenaga membantu sektor pendidikan


Ringkasan  Pameran  Program  Perkongsian  Pintar  ke  arah 
Pembestarian Sekolah Kebangsaan 2007 

Intel  –  Latihan  guru,  Excellence  in  Science  and  Math  for  K­12 
Education,Technology innovation at Universities, Community learning, dan lain­lain 
projek  komuniti  dan  penggunaan  Interaktif  White  Board  dalam  bilik  darjah  oleh 
Smart Board. Kumpulan sasaran adalah 80 % penglibatan murid. 

SAMSUNG  –  digital  class  room  –  mempamerkan  konsep  penyampaian 


Pengajaran  dan  Pembelajaran  menggunakan  peralatan  ICT  dalam  usaha  untuk 
meningkatkan  pembudayaan  ICT  di  sekolah.  Kumpulan  sasaran bagi  program  ini 
adalah guru dan murid. 

Time  Engineering  –  Menjadikan  5  sekolah  sebagai  sekolah  angkat  dengan 


memberikan  ruang  kepada  komuniti  setempat  berkongsi  pengalaman  dan 
kemahiran  dengan  sekolah.  Sekolah  dibekalkan  dengan  peralatan  ICT  seperti 
computer,  pencetak,  LCD,  perisian,  rangkaian  internet  dan  latihan  kepada  guru. 
Sumbangan berbentuk kewangan juga diberikan kepada murid sekolah. 

Microsoft / Prestariang – Pendedahan penggunaan ICT kepada guru menjadikan 
guru  lebih  inovatif  dan  kreatif  dalam  keadah  menyampaikan  pengajaran  serta 
menjadikan  suasana  pembelajaran  lebih  menarik.  Guru­guru  yang  dipilih  adalah 
dari  mereka  yang  telah  mewakili  Malaysia  dalam  PROGRAM  MICROSOFT 
PARTNERS IN LEARNING ­ Innovative Teachers Conference ­  Asia Pacific Seoul 
di  Korea  Selatan,  di  Bangkok,  Thailand  dan  di  Siem  Reap,  Kemboja.  Kumpulan 
sasaran  adalah  guru  Matematik  dan  guru  Sains  sekolah  menengah  dan  rendah. 
Program  ini  menawarkan  ‘multimedia­based  courseware’  yang  diolah  dan 
disepadankan dengan kurikulum sekolah serta merangkumi contoh­contoh terbaik 
pengintegrasian  ICT  dalam  pelbagai  subjek  untuk  membantu  para  guru 
meningkatkan  keyakinan  dalam  membuat  keputusan  dan  pilihan  tentang 
bagaimana menggunakan ICT secara efisyen dan efektif. 

KTAK/GITN  –  Menyediakan  kemudahan  talian  jalur  lebar  kepada  sekolah  untuk 


mengakses  internet  melibatkan  penggunaan  tiga  jenis  teknologi  iaitu  terminal 
bukaan  sangat  kecil  (VSAT),  wayarless  dan  talian  asimetrik  digital  pelanggan 
(ADSL).  Pemilihan  jenis  teknologi  yang  digunakan  adalah  bergantung  kepada 
lokasi  sekolah  serta  kesesuaian  dan  kemudahan  fizikal  sedia  ada.  Kementerian 
Pelajaran  Malaysia  telah  meminta  GITN  melaksanakan  Perkhidmatan 
Keselamatan  Terurus  (Managed  Security  Services  atau  MSS).    MSS  digunakan 
bagi memantau dan mengawasi penggunaan rangkaian keselamatan penggunaan 
Internet. GITN  turut terlibat dengan projek­projek seperti penajaan peralatan ICT 
bagi  projek  K­Perak  e­Learning  Cluster  No.  1  (KPEC),  pengambilan  25  buah 
sekolah angkat seluruh Malaysia (GTL Schools) dan penyediaan portal SchoolNet 
yang dikenali sebagai SchoolZone. 

IBM  ­  Kidsmart  Early  Learning  –  bahan­bahan  prasekolah  dengan  menumpukan 


kepada peralatan berkonsepkan ICT untuk menjalankan aktiviti di kalangan kanak­ 
kanak prasekolah. 

ORACLE  –  Think.Com  merupakan  portal  pendidikan  global  yang  telah  dibina 


khusus  untuk  murid  dan  juga  guru  untuk  berinteraksi,  berkomunikasi  dan  juga 
berkolaborasi  secara  online.  Ia  disediakan  oleh  Oracle  Education  Foundation


(OEF)  secara  percuma.  Komuniti  sasaran  terdiri  daripada  murid  yang  berusia  di 
antara  7  hingga  17  tahun    yang  berada  didalam  pendidikan  formal.  Di  Malaysia, 
program Think.Com ini telah dilaksanakan di 822 buah sekolah. 

TELEKOM MALASIA BERHAD 
Inisiatif  dilaksanakan  secara  meluas  melibatkan  507  buah  sekolah  di  sekitar 
negara.  Program­program  yang  dilaksanakan  oleh  Kumpulan  TM  adalah  seperti 
berikut:
· Projek TM eSchool, Program Celcom Xchange, Projek TM Net Cyber 
School, Sekolah Angkat TM / Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi / 
Khazanah Nasional dan Program Sekolah Angkat K­Perak eLearning 
Cluster – GITN 
Projek TM eSchool merupakan salah satu program Tanggung jawab Sosial 
Korporat Kumpulan TM dalam Sektor Pendidikan. Projek fasa pertama telah 
dilancarkan pada 28hb April 2007 di 3 sekolah iaitu SMK USJ 12, Subang Jaya, 
Selangor, SMK Seksyen 11, Shah Alam, Selangor dan SM (Laki­laki) 
Methodist, Kuala Lumpur. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperkenalkan 
“Klang  Valley  Broadband  Push  Initiative  (KVB90)”  dan  projek  sekolah    angkat 
merupakan  salah  satu  aktiviti  dibawah  program  tersebut.  4  sekolah  di  kawasan 
Lembah Klang telah dikenalpasti menggunakan konsep eSchool :
· SMK  Cyberjaya,  SMK  St.  John,  SK  Taman  Tun  Dr.  Ismail,  Sekolah 
Menengah Agama Bestari JAIS 

Matlamat dan objektif adalah:
· Untuk  menaiktaraf  infrakstruktur  dan  perkhidmatan  jalur  lebar  di  institusi­ 
institusi awam.
· Menggalakkan penggunaan ICT di kalangan guru, pelajar dan ibubapa.
· Menggalakkan  penggunaan  aplikasi  sekolah  berasaskan  web  untuk 
membantu dan memudahkan pentadbiran harian sekolah.
· Membolehkan  guru  dan  pelajar  menikmati  proses  pengajaran  dan 
pembelajaran secara online.
· Menggalakkan  gaya  hidup  online  dengan  menggunakan  kemudahan 
infrastruktur jalur lebar yang disediakan. 

MDeC  –  Konsep  pembestarian  untuk  88  Sekolah  Bestari,  WSMS  yang  telah 
dirintiskan di sekolah dan penggunaan SSQS. Demo pembelajaran menggunakan 
interactive  white  board.  Mempamerkan  laman  web  MSC  Malaysia,  e­Bahan  dan 
LCMS 

KTAK/MAXIS – Konsep latihan ICT kepada pelajar sekolah rendah. Mendedahkan 
ICT  di  peringkat  awal  persekolahan  dengan  memfokus  kepada  pelajar  tahun  4 
untuk  menggunakan  aplikasi  ICT  dalam  kehidupan  seharian.  Mockup  bilik  darjah 
seperti di dalam kem latihan kumpulan sasaran pelajar tahun  4 akan dipamerkan. 

AMD  –  Mempamerkan  penyelesaian  teknologi  Smart  ThinClient  kepada  sekolah. 


Penyelesaian  teknologi  Smart  ThinClient  dapat  membantu  mengurangkan  kos, 
mengurangkan  masa  dan  tenaga  guru  mengurus  dan  menyelenggara  makmal 
komputer.  Penyimpanan  dan  penyebaran  bahan  Pengajaran  dan  Pembelajaran


dapat  dilakukan  dengan  lebih  berkesan  di  samping  dapat  meningkatkan 
penggunaan komputer di sekolah. 

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
Pelaksanaan  PPSMI  mengikut  fasa  Fasa  1­3,  Fasa  4  dan  5  (ada  elemen,  Audio 
Box,  PC  di  makmal  sains)  dan  Fasa  6.  Menunjukkan  perbezaan  dari  segi  susun 
atur  perkakasan  yang  dibekalkan  bagi  menunjukkan  kesungguhan  kementerian 
dalam  usaha  melengkapkan  sekolah  dengan  kemudahan  ICT.  Bahagian 
Perolehan  dan  Pengurusan  Aset  Kementerian  Pelajaran  Malaysia 
bertangungjawab  menguruskan  perkara  ini  dengan  kerjasama  Time  System 
Integrator dan KUB/MIMOS.


Agensi yang terlibat dalam Pameran Program Perkongsian Pintar 
ke Arah Pembestarian Sekolah Kebangsaan 2007 

1.  Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi 
Blok E4 & 5, Kompleks Pejabat Kerajaan Parcel E 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Putrajaya 
(u.p. Encik Ahmad Amin bin Esa) 

Maxis Communications Berhad 
Aras 18, Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre 
Off Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur 
(u.p. Puan Norliza binti Samsudin) 

Warisan Global Sdn. Bhd. 
Tingkat 1, Wisma Eng Choon, 55­59, Jalan Ampang 
50450 Kuala Lumpur 
(u.p. Puan Nurul Ashiqin binti Mohd. Nasir) 

GITN Sdn. Berhad 
Aras 31, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur 
(u.p. Encik Edzlyzam bin Md. Ali) 

2.  Intel Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. 
Lot 102, Tingkat 1, Tower A 
HP Towers, No. 12, Jalan Gelenggang, Damansara Heights 
50490 Kuala Lumpur 
(u. p. Puan Amy Hashmida binti Hashim) 

3.  SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn. Bhd. 
3B­9­3A, Aras 9, Blok 3B, Plaza Sentral 
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur 
(u.p. Cik Lee Shin Mei) 

4.  TIME Engineering Berhad 
Aras 11, Wisma TIME, 249, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur 
(u.p. Puan Sharifah binti Kasim) 

TIME Systems Integrators Sdn. Bhd. 
Aras 8, Wisma TIME, 249, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur 
(u.p. Mejar (B) Mohamed bin Kamis) 

5.  Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd. 
Aras 30, Tower 2 
Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre 
Off Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur 
(u.p. Encik Farad Alhusaini) 

6.  Prestariang Technology Sdn. Bhd. 
Aras 3, Plaza FSBM 
3539, Jalan Teknokrat 7, 63000 Cyberjaya 
(u.p. Encik Abdul Hamid bin Abdul Rahman)

7.  IBM (Malaysia) Sdn. Bhd. 
Tingkat 19, Plaza IBM 
8, First Avenue 
Persiaran Bandar Utama 
47800 Petaling Jaya 
(u.p. Puan Isma Shahtulaswan binti Ismail) 

8.  AMD Far East Ltd. 
Aras 40, Tower 2 
Petronas Twin Towers 
Kuala Lumpur City Centre 
Off Jalan Ampang 
50088 Kuala Lumpur 
(u.p. En. Zaini Hussain/Puan Erma Zahayu binti Ahmad) 

10.  Multimedia Development Corporation (MDeC) 
MSC Headquarters 
2360 Persiaran APEC 
63000 Cyberjaya 

14.  Oracle Corporation Malaysia Sdn. Bhd. 
Aras 38, Menara Citibank 
165, Jalan Ampang 
50450 Kuala Lumpur 
(u.p. Puan Hayati binti Harudin) 

17.  Telekom Malaysia Berhad 
Tingkat 51, Aras Utara, 
Menara TM, Jalan Pantai Baharu 
50672 Kuala Lumpur 
(u.p. Puan Zainon binti Haji Ahmad)


ATUR CARA MAJLIS 

1000  Ketibaan Tetamu Jemputan 
Ketibaan Pegawai­Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia 
1015  Ketibaan Y. B. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein 
§  Lagu Negaraku 
§  Bacaan Doa 
Ucapan Aluan 
§  Pengerusi Jawatan Kuasa Pelaksana 
Pameran Program Perkongsian Pintar Ke Arah Pembestarian 
Sekolah Kebangsaan  2007 

Ucapan Perasmian oleh Menteri Pelajaran Malaysia 
§  Y. B. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein 
Persembahan Multimedia 
Penghargaan Inisiatif Swasta 
Penyampaian Sijil dan Cenderamata 
Lawatan ke Tapak Pameran 
1300  Jamuan Makan Tengahari

You might also like