You are on page 1of 3

Kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang belum dapat diatasi di kota

besar seperti Kuala Lumpur walaupun sistem pengangkutan awam di negara ini
semakin hari semakin canggih. Huraikan sebab-sebab berlakunya kesesakan lalu
lintas yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam.

Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan awam
di nusa kita makin hari makin maju dan giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan.
Sehubungan dengan itu, penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita
kian banyak, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagai
jenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak kerajaan yang berjiwa rakyat
untuk penduduk di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan lalu
lintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran Ringan (LRT),
Komuter dan sebagainya. Walaupun pelbagai jenis pengangkutan disediakan,
malangnya, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita masih tidak pernah mencapai
titik noktah selama ini. Fenomena ini berubah menjadi lebih kronik dan
membimbangkan semua pihak terutamanya pada waktu puncak. Masalah ini
haruslah dititikberatkan oleh semua pihak dan bersama-samalah kita berganding
bahu menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Hal yang tidak dapat
dinafikan ialah kesesakan dan pengangkutan awam adalah simbiosis. Nescaya,
beberapa punca yang menyebabkan kesesakan lalu lintas tetap berlaku saban
waktu dalam perjalanan walakin pengangkutan awam disediakan.

Jadual perjalanan yang tidak sistematik merupakan punca utama menyebabkan


kesesakan lalu lintas berlaku. Haruslah kita menerima hakikat bahawa jadual
perjalanan yang tidak sistematik disebabkan kelemahan pihak pengurusan jadual
perjalanan. Hal ini demikian kerana pihak berkenaan tidak memahami keadaan
sebenar secara mendalam, mereka menyediakan jadual berdasarkan waktu
mereka. Sebagai contohnya, waktu pemandu akan berehat bermula pada pukul
satu tengah hari hingga pada pukul dua petang. Waktu rehat mereka merupakan
waktu rehat warga kantor dan waktu pelajar pulang dari sekolah. Natijahnya,
pelajar yang menaiki bas untuk balik ke rumah atau yang ingin menghadiri kelas
tambahan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bas. Secara ringkasnya,
kesesakan lalu lintas berlaku kerana kesibukan ibu bapa membawa anak-anak
mereka balik ke rumah atau menghadiri kelas tuisyen.

Memang yang tidak dapat dinafikan, tambang yang mahal juga menjadi salah
satu faktor kesesakan lalu lintas berlaku. Hal ini demikian kerana kenaikan harga
minyak yang disebabkan peningkatan permintaan dalam pasaran dunia dan
kejatuhan nilai Dolar Amerika telah menjejaskan taraf hidup dalam kalangan
masyarakat. Sebagai contoh, baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa
minyak petrol akan dinaikkan lagi jika kerajaan tidak mampu menanggung subsidi
harga petrol. Jumlah kenaikan harga minyak sebanyak beberapa kali ini telah
meningkatkan beban hidup masyarakat. Penataran ini menyebabkan penumpang
terpaksa menanggung lagi kos kehidupan yang lebih tinggi. Selain itu, beban ibu
bapa juga akan dipertingkatkan kerana sesetengah pelajar menaiki bas ke sekolah
atau menghadiri kelas tuisyen. Oleh sebab terpaksa menanggung kos tambang yang
tinggi, masyarakat sanggup berkereta sendiri supaya dapat mengurangkan kos
perbelanjaan bulanan. Natijahnya, kesesakan lalu lintas terus berlaku.

Tambahan pula, bilangan bas dan teksi yang tidak cukup juga merupakan satu
sebab yang sukar dinafikan. Tidaklah menghairankan jika peruntukan belanjawan
kerajaan dikatakan kurang untuk kemudahan awam kerana kerajaan lebih
mengutamakan pembangunan fizikal negara berbanding dengan meningkatkan
kebajikan masyarakat. Hal ini juga disebabkan oleh hanya beberapa bas syarikat
yang ditubuhkan seperti Transnasional, Metro, Intrakota dan sebagainya. Dengan
itu, bas awam tidak menjadi pilihan utama penumpang dari suatu destinasi ke
suatu destinasi yang berdekatan atau sebaliknya. Fenomena ini berlaku kerana
golongan muda pada zaman ini tidak mahu membazir masa dengan setakat untuk
menunggu ketibaan bas ke suatu tempat Mereka berpendapat bahawa “masa itu
emas”. Oleh hal yang, mereka rela memandu sendiri. Impaknya, masalah
kesesakan lalu lintas terus membengkak dalam arus pembangunan negara.

Satu lagi punca berlakunya kesesakan lalu lintas ialah perkhidmatan yang
kurang berkualiti dan kurang efisien. Pengangkutan awam tidak menjadi pilihan
utama generasi kini merupakan perkara yang lumrah. Hal ini demikian kerana
terdapat segelintir pemandu teksi dan bas yang biadab terhadap penumpang. Di
samping itu, kebanyakan bas berada dalam keadaan yang kotor, panas, busuk, dan
kurang selesa. Misalnya, pemandu bas tidak menghormati penumpang dengan
memarahi mereka mahupun warga tua hanya kerana mereka membawa makanan
ke dalam bas, tertekan loceng di destinasi yang salah dan sebagainya. Oleh hal
yang demikian, pengguna berasa tidak puas hati terhadap pemandu bas. Hal ini
juga menyebabkan pengguna tidak yakin akan perkhidmatan pengangkutan awam.
Justifikasinya, pengguna terpaksa memiliki kenderaan sendiri. Impak daripada hal
ini menyebabkan kesesakan lalu lintas kian hari kian serius.

Pembinaan stesen di lokasi yang tidak strategik juga satu punca yang sukar
dinafikan. Hal ini disebabkan kawasan pembinaan stesen Komuter amat jauh dari
pusat bandar utama seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Damansara, Ampang, Cheras
dan sebagainya. Pembinaan stesen Komuter di kawasan yang jauh malam di dalam
hutan menyebabkan pengguna berasa sukar untuk mendapatkan tempat meletak
kenderaan di stesen Komuter. Senario ini membuktikan bahawa pengangkutan
awam yang disediakan tidak memberi kemudahan secara langsung kepada
pengguna. Pengguna terpaksa menukar stesen dari satu stesen ke suatu stesen,
Namun begitu, pengguna juga sukar mendapat pengangkutan perantara dari stesen
Komuter ke destinasi yang hendak dituju. Untuk menjimatkan masa dan wang
untuk bertukar stesen dari satu stesen, pengguna lebih rela menggunakan
kenderaan sendiri. Habis, kesesakan lalu lintas di nusa kita terus berlaku dan tidak
pernah diselesaikan.

Secara tuntas, walaupun negara kita canggih dalam bidang sains dan
teknologi, pelbagai jenis pengangkutan awam giat dipertingkatkan oleh pihak
kerajaan. Walau bagaimanapun, senario kesesakan lalu lintas tidak dapat berjaya
dibendung selama ini khasnya di bandar-bandar utama pada waktu bekerja. Hal ini
telah membebankan rakyat dari pelbagai segi seperti masa dibazirkan pada waktu
kesesakan, kelewatan menguruskan urusan yang penting. Daripada membiarkan
masalah ini kronik, pelbagai langkah yang efisien dan praktikal harus diambil
dengan serta merta. Oleh itu, kerajaan haruslah sensitif terhadap isu-isu kesesakan
dan mengambil tindakan dengan bijak menggunakan peruntukan supaya lalu lintas
dilancarkan semula.

You might also like