You are on page 1of 7

AWASI BAHAYA AIDS

(25 Mei 2007M / 08Jamadilawwal 1428H)

َ‫خيْراَ تِ وَا ْمتِثَالَ َأوَا ِمرِ الِ وَا ْجتِنَا بَ ال َفوَا ِح ش‬


َ ْ‫حمْدُ ِللّ هِ الّذِىْ َأ َمرَناَ ِف ْعلَ ال‬
َ ْ‫ال‬
‫حمّدًا‬
َ ُ‫ وَأَ ْشهَدُ أَنّ م‬.ُ‫ أَ ْشهَدُ أَنْ لّ إِلَهَ إِلّ الُ وَحْدَهُ لَ َشرِيْكَ لَه‬،ْ‫ِم ْنهَا وَماَ بَطَن‬
‫ِهه‬
ِ ‫حمّدٍ َوعَلَى أَل‬
َ ُ‫سهيّدِنَا م‬
َ ‫ِكه عَلَى‬
ْ ‫َسهلّمْ وبَار‬
َ ‫صهلّ و‬
َ ّ ‫ ال ّلهُم‬.ُ‫َسهوُْله‬
ُ ‫ُهه َور‬
ُ ‫َعبْد‬
.ِ‫وأَصْحَاِبهِ أَ ْج َم ِعيْنَ َومَنْ َتِب َعهُمْ بِِإ ْحسَانٍِ اِلَ َي ْومِ الدّيْن‬

َ‫ َفقَدْ فَاز‬،ِ ‫ْصهيْ ُكمْ وََنفْسهِى ِبَت ْقوَى ال‬


ِ ‫ ُأو‬،َ ‫ ِاّت ُقوْا ال‬،ِ ‫ فَي َا ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّاه َبعْد‬
.َ‫اْل ُمّت ُقوْن‬
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Marilah kita panjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT yang telah
mempertemukan kita semula pada minggu ini di rumah Allah ini dalam
suasana yang tenang dan damai. Ini semua adalah nikmat Allah yang
tidak ternilai yang dikurniakan kepada kita semua. Marilah kita terus
mengabdikan diri kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya. Mudah-
mudahan kita menjadi insan yang bertakwa, kerana sesungguhnya orang
yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH,


Sesungguhnya kehidupan di dunia ini amat mempersonakan kita. Orang
yang beriman kepada Allah tidak mungkin akan diperdayakan oleh
kehidupan dunia kerana yang pastinya satu hari nanti manusia dan
makhluk-makhluk yang lain akan binasa. Sementara yang kekal hanyalah
Allah SWT Tuhan sekelian alam.

Kehidupan di dunia ini merupakan anugerah Allah yang amat bernilai


kepada manusia. Namun begitu, dalam sejarah manusia itu sendiri telah
1
dipenuhi dengan pelbagai peristiwa, ada yang mengembirakan, ada yang
menyedihkan, ada yang menyayat hati dan sebagainya termasuklah yang
membawa kepada kematian seperti diserang dengan pelbagai penyakit
dan wabak-wabak tertentu. Tetapi berkat hasil kajian dan penelitian
manusia dalam ilmu perubatan atau kedoktoran telah berjaya membasmi
penularan pelbagai wabak penyakit. Namun begitu, dunia tiba-tiba
dikejutkan dengan penemuan satu virus yang disebut sebagai HIV
(Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem
tubuh manusia melawan penyakit atau kebiasaan disebut sebagai
sindrom kurang daya tahan penyakit atau dengan panggilan ringkasnya
(AIDS) iaitu suatu penyakit yang sampai sekarang belum ditemui ubat
atau penawarnya.

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,


Penyakit AIDS telah mewujudkan pelbagai fenomena sejak ia mula
melanda dunia seawal tahun 70-an lagi. Namun demikian penyakit AIDS
akibat jangkitan HIV mula dikenal pasti pada tahun 1981 dan semenjak
dari itu pelbagai implikasi dan impak social, budaya, ekonomi dan politik
mula timbul akibat dari wabak ini, walaupun pelbagai usaha telah
dilakukan untuk mengatasinya sejak lebih 20 tahun yang lalu. Namun
masalah ini masih membelenggu hidup masyarakat di negara kita, ibarat
duri dalam daging dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

Kesan akibat AIDS terhadap masyarakat dunia amatlah besar, berjuta-juta


orang yang dijangkiti virus HIV, mereka kelihatan sehat dan tanpa mereka
sedari mereka memindahkan virus tersebut kepada berjuta-juta orang lain
yang menyebabkan pesakit AIDS meningkat dari masa ke semasa.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia sehingga Jun
2006, pengidap HIV di Malaysia berjumlah sebanyak 73,427 kes dengan
bangsa Melayu sebanyak 53,270 kes atau 72.5% berbanding bangsa yang
lain. Manakala kes kematian akibah AIDS bagi tahun 2006 sehingga bulan
2
Jun sahaja sebanyak 524 kes dengan purata 3 kematian setiap hari.
Angka ini cukup menakutkan kita semua kerana sepatutnya perkara
sebegini tidak terjadi kepada bangsa Melayu yang sememangnya
beragama Islam dan berpegang dengan ajaran agama yang melarang
umatnya supaya menjauhi perkara-perkara yang boleh menghampirkan
atau boleh menjerumuskan diri kepada kebinasaan. Sebagaimana Firman
Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang berbunyi:

Maksudnya : "Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana


(menegakkan) Agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan
diri kamu ke dalam kebinasaan, dan baikilah (dengan sebaik-baiknya
segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya".

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,


Di antara faktor-faktor yang menyebabkan tersebar dan merebaknya
penyakit AIDS di Malaysia adalah disebabkan oleh hasutan iblis, dadah
dan seks. Selain itu, HIV juga boleh merebak melalui ibu kepada anak
dalam kandungan, atau melalui pemindahan darah dan pemindahan
organ yang dicemari kuman HIV. Bagi mereka ini sama sekali tidak boleh
dipinggirkan apatah lagi dipersalahkan atau disisihkan dari masyarakat
kerana kebanyakan mereka ini tidak berdosa dan sepatutnya mereka
perlu diberi sokongan, bahkan sawajarnya perlu diberi perlindungan dan
pertolongan.

Sabda Rasulullah SAW:

3
ْ‫ مَ ن‬: َ‫صلّى الُ عَ َليْ هِ وَ َسلّم‬
َ ِ‫ قَالَ رَ ُسوْلُ ال‬: َ‫"عَ نْ أََن سٍ رَضِىَ الُ َعنْ هُ قَال‬
ِ‫ وَا ِح َدةٌ ِفيْهَا صَلَحُ َأ ْمرِ ه‬: ً‫َأغَا ثَ مَ ْل ُهوْفًا َكتَ بَ الُ لَ هُ ثَلَثًا وَ َس ْب ِعيْنَ َم ْغفِ َرة‬
".ِ‫ وَِث ْنتَانِ وَ َس ْب ُعوْنَ َلهُ َدرَجَاتٌ َي ْومَ اْل ِقيَا َمة‬،ِ‫كُ ّله‬
Maksudnya : “Daripada Anas R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda : sesiapa yang memberi pertolongan kepada orang yang
sedang menderita, Allah akan mengampunkan 73 kesalahannya. Salah
satu daripadanya akan diberi kemudahan urusan dalam hidupnya di
dunia, manakala 72 lagi akan diberi pada hari akhirat nanti.”
(Hadis riwayat Bukhari)

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bersempena sambutan Hari AIDS Sedunia Antarabangsa 2007 yang
disambut serentak di seluruh dunia pada 20 Mei setiap tahun anjuran
Global Health Council diharapkan dapat mencapai matlamat kempen
meningkatkan kesedaran dan memaklumkan kepada masyarakat
mengenai keburukan penyakit AIDS atau bahaya HIV serta langkah-
langkah pencegahan serta kaedah rawatan kepada pesakit HIV.

Melalui kempen seumpama ini diharapkan pesakit-pesakit HIV khususnya


dan orang awam dapat mengetahui tentang bahaya penyakit AIDS serta
penyakit-penyakit yang timbul akibat daripada kuman HIV. Justeru, bagi
mereka yang telah disahkan positif HIV pastikan sentiasa menjaga
kesihatan dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala yang
telah disediakan secara percuma oleh pihak kerajaan serta mematuhi
peraturan-peraturan rawatan yang ditetapkan. dalam masa yang sama
jangan lupa memohan keampunan dengan Allah SWT melalui taubat yang
sebenar-benarnya, mudah-mudahan segala dosa-dosa yang lampau
diampuni. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
terhadap hamba-hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 222 :

4
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak
bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Akhirnya marilah kita sama-sama menginsafi diri sejauhmana kita telah
menjalankan amanah Allah menjaga diri, keluarga dan mereka yang
berada di bawah jagaan kita agar mereka selamat dari pengaruh dadah
dan perkara-perkara mungkar yang boleh menjerumus diri ke lembah
kehinaan dan azab seksaan api neraka Allah SWT.

Seterusnya dalam usaha kita membendung masalah AIDS, adalah tidak


wajar dibebankan kepada pihak tertentu sahaja sebaliknya masyarakat
hedaklah sama-sama turut serta dalam menangani masalah penagihan
dadah dan pelbagai penyakit sosial dalam masyarakat seperti pil khayal,
seks bebas dan sebagainya.

Selain itu, langkah-langkah mendidik dan mengawal diri, keluarga dan


masyarakat agar mereka benar-benar terhindar dan tidak terlibat dalam
sebarang aktiviti yang boleh mengundang kepada penyakit AIDS di
antaranya :

1. Anak-anak hendaklah dididik dengan didikan Agama yang


sempurna. Tanamkan penghayatan akidah dalam hati dan jiwa
mereka. Disamping mengawasi dan memastikan mereka tidak
mengabaikan kewajipan ibadah kepada Allah SWT.

2. Jauhi anak-anak dan keluarga kita daripada sebarang bentuk


hiburan yang melalaikan dan pastikan mereka sentiasa menutup

5
aurat serta jangan biarkan mereka bergaul bebas sesama lelaki dan
perempuan yang boleh mendekatkan kepada zina.

3. Kerjasama semua pihak amat penting dalam membendung wabak


AIDS terutama kempen mencegah HIV dan AIDS. Termasuklah
masyarakat perlu memberi sokongan dan menerima mereka yang
ingin kembali ke pangkal jalan serta telah insaf bertaubat.

4. Para pendidik, ketua-ketua dan para pemimpin masyarakat


hendaklah sama-sama memberi dorongan dan mendidik generasi
belia khususnya, agar benar-benar menghayati roh Islam dan
sentiasa memberi contoh tauladan yang terbaik.

،‫أعوذ بال من الشيطان الرجيم‬

Maksudnya : ”Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan,


setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka
menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan
dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat
kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

( At-Taubah ayat : 71 )

ِ‫ وََن َفعَنِى وَِإيّا ُك مْ ِبمَا ِفيْ هِ مِ نَ اليَا ت‬،ِ‫بَارَ كَ الُ لِىْ وََلكُ مْ فِىْ ال ُق ْرءَا نِ العَ ِظيْ م‬
‫ أَقُولُ َقوْلِى‬،ُ‫س ِميْعُ اْلعَ ِليْم‬
ّ ‫لوََتهُ إِّنهُ ُهوَ ال‬
َ ِ‫ وََت َقّبلَ ِمنّىْ َو ِمنْكُمْ ت‬،ِ‫وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْم‬

6
‫ُسهِلمَاتِ‪،‬‬
‫ُسهِل ِميْنَ وَاْلم ْ‬
‫ْمه لِىْ وََلكُمهْ‪ ،‬وَلِسهَاِئرِ اْلم ْ‬
‫َسهَت ْغ ِفرُ ال َ اْلعَ ِظي َ‬
‫هذَا وَأ ْ‬
‫سَت ْغ ِفرِيْنَ وَيَها نَجَاةَ التّاِئِبيْنَ‪.‬‬
‫وَاْل ُم ْؤ ِمِنيْنَ وَاْل ُم ْؤ ِمنَاتِ‪ ،‬فَا ْسَت ْغ ِفرُوهُ َفيَا َف ْوزَ اْلمُ ْ‬

‫‪7‬‬

You might also like