You are on page 1of 11

DERIA PENDENGARAN

Deria Pendengaran
Deria yang boleh mengesan bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar. Deria keseimbangan berperanan untuk mengawal keseimbangan apabila badan bergerak. Telinga adalah organ pendengaran manusia.

Struktur Telinga Manusia

Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: a) Telinga luar b) Telinga tengah c) Telinga dalam Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.

FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN TELINGA

BAHAGIAN Telinga luar: Cuping telinga (pinna)

FUNGSI Mengumpul & mengarahkan gelombang bunyi ke dalam telinga.

Salur telinga (ear Menghantar gelombang bunyi canal) ke gegendang telinga. Gegendang Bergetar & menghantar telinga (eardrum) gelombang bunyi ke osikel.

BAHAGIAN Telinga tengah: Osikel (ossicle)

FUNGSI

Mempertingkatkan getaran gelombang bunyi sebanyak 22 kali sebelum menghantar ke tingkap bujur. Tiub eustachian Mengimbangi tekanan udara (eustachian tube) di kedua-dua belah gegendang telinga. Tingkap bujur Menghantar getaran bunyi (oval window) dari bahagia telinga tengah ke telinga dalam.

BAHAGIAN FUNGSI Telinga dalam: Koklea (cochlea) Mengubah getaran bunyi kepada impuls. Salur separuh Mengimbangi kedudukan bulat badan. (semicircular canals) Saraf auditori Menghantar impuls dari (auditory nerves) koklea ke otak untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

MEKANISME PENDENGARAN TELINGA 1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang. 2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga. 3. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga. 4. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.

5) Getaran gelombang bunyi dipertingkatkan oleh osikel. 6) Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur. 7) Getaran tersebut merangsang sel-sel saraf di dalam koklea. 8) Sel-sel saraf dalam koklea mengubah getarn cecair kepada impuls. 9) Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

You might also like