Professional Documents
Culture Documents
awam yang terdapat dalam negara kita sebagai contoh bas, kereta api dan kapal terbang. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam akan dapat mengelakkan seseorang daripada menjadi mangsa nahas kemalangan jalan raya yang keseterusnya. Kita harus ingat bahawa malang tidak berbau jadi kita perlulah beringat sebelum terkena. Seterusnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Untuk menuju ke destinasi, masyarakat yang berbilang kaum di negara kita akan berpusu-pusu menaiki pengangkutan awam untuk menuju ke destinasi. Situasi sedemikian sedikit sebanyak dapat menyimpul tali silaturahim antara komuniti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita menaiki sesebuah pengangkutan awam khususnya monorel sudah semestinya kita akan berinteraksi dengan individu-individu di sekeliling kita. Seandainya kita menggunakan inisiatif ini secara konsisten, sudah tentu satu ikatan yang erat dapat dijalinkan sekali gus merealisasikan slogan 1Malaysia yang berteraskan satu jiwa satu bangsa. Tegasnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat memupuk perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang akan membawa kepada pembentukan sebuah negara yang aman dan sentosa ibarat air dalam talam. Tambahan pula,penggunaan kemudahan awam dapat merealisasikan persekitaran yang mesra alam selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada pencemaran.Hal ini dikatakan demikian kerana gas karbon monoksida yang dilepaskan daripada asap kenderaan dapat dikurangkan ekoran berkurangnya jumlah kenderaan di jalan raya.Sebagai contoh,pembebasan asap daripada kenderaan akan mendatangkan pelbagai impak negative terutama kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.Dalam konteks ini,asap yang dikeluarkan oleh kenderaan akan menipiskan lapisan ozon dan memaksimumkan tahap pencemaran kualiti udara.Pencemaran udara ini diibaratkanseperti duri dalam daging kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.Jika masyarakat menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam,maka tahap pencemaran alam sekitar dapat diminimumkan sekali gus dapat melestarikan persekitaran yang bersih dan indah.Sudah terang lagi bersuluh,penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat merealisasikan persekitaran yang mesra alam. Tuntasnya, penggunaan perkhidmatan awam di Malaysia menyumbang banyak manfaat dan kelebihan kepada kita semua. Dunia serba moden era ini memerlukan masyarakat yang berdaya saing dalam segala hal. Kerajaan juga hendaklah menaiktaraf perkhidmatan awam di Malaysia agar setanding dengan negara maju yang lain bak kata pepatah Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah . Oleh itu, masyarakat Malaysia diseru supaya bersama-sama menggunakan pengangkutan awam agar hasrat kerajaan untuk memajukan negara tidak tinggal impian semata-mata seiring dengan wawasan 2020.