You are on page 1of 1

NAMA : AZIAH BINTI AB.

RAHMAN NO MATRIK : 110629 SUBJEK : PENGANTAR SOSIOLOGI PENSYARAH : FARRAH WAHIDA BT MUSTAFAR NAMA RUJUKAN : NOTA PISMP PENGARANG : MOHAMMAD SYMSUL IZWAN BIN MD FAUZI

PENGENALAN SOSIOLOGI
Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial dan institusi ataupun dikenali sebagai anggota masyarakat. Sosiologi juga adalah ilmu yang mempelajari seluruh seluk beluk yang berhubungan dengan sosial. Sosiologi juga adalah ilmu sosial yang mengkaji manusia dan hubungan manusia di dalam masyarakat. Apa yang dipelajari dari manusia adalah masalah yang timbul di dalam masyarakat. Sosiologi hanya membahas masalah tanpa berniat menyelesaikannya.. Sosiologi dari segi teori seringkali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia, atau secara ringkasnya mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat. Sosiologi yang muncul pada abad ke-19 dianggap sebagai tindak balas akademik tentang gaya kemodenan, pandangan hidup manusia apabila dunia semakin kecil dan tersebar. Ahli sosiologi berharap, melalui ilmu ini dapatlah kita memahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan iaitu mencari persamaan antara kita dan juga untuk membentuk penawar kepada perpecahan atau krisis moral masyarakat.

You might also like