You are on page 1of 5

ULASAN BUKU / BAB DALAM BUKU / JURNAL AJ21203 SEJARAH MALAYSIA : 1900 - 1957 SEMESTER II SESI 2009/2010

__________________________________________________________________

NAMA NO. MATRIK TAJUK BAB

: : :

MARILYN JOHNNY BA08110204 MASYARAKAT BERBILANG KAUM TANAH MELAYU HINGGA 1942 DALAM SEJARAH MALAYSIA (1800-1963)

PENGARANG

MOHD. ISA OTHMAN 2002 UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD.

TAHUN DITERBIT : PENERBIT :

Pada awal bab dalam buku Sejarah Malaysia 1800-1963 iaitu Masyarakat Berbilang Kaum Tanah Melayu Hingga 1942 oleh Mohd. Isa Othman telah menghuraikan tentang maksud masyarakat majmuk dengan berpandukan kepada pandangan seorang sarjana iaitu J.S. Furnivall. Menurut Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap komuniti tersebut tinggal berkelompok mengikut kaum dalam politik yang sama. Setiap kelompok ini mengamalkan agama, adat resam, bahasa, pemikiran, kerjaya dan cara hidup yang tersendiri. Tambahan beliau lagi, perhubungan mungkin wujud antara satu sama lain tapi hanya di pasar atau kedai ketika menjalankan urusan jual beli. Penulisan bab ini membincangkan tentang proses penghijrahan oleh tiga kaum imigran iaitu orang Cina, India dan Indonesia. Penghijrahan orang Cina dikatakan telah lama berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka menerusi perdagangan. Orang Cina ini menceburi bidang perdagangan dan pertanian. Penulis telah menghuraikan tentang faktor-faktor penghijrahan oleh kaum orang Cina dan antaranya ialah keadaan di negara China yang sering berlaku bencana alam, bilangan penduduk Cina yang ramai yang menyebabkan peluang pekerjaan kurang, keadaan ekonomi China yang buruk akibat persaingan dengan barangbarang Barat dan pemberontakan yang berlaku seperti Taiping dan Boxer, sistem ekonomi yang diamalkan oleh Inggeris di Tanah Melayu, dan perkembangan pesat ekonomi di Tanah Melayu akibat perlombongan bijih timah dan pertanian. Cara kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu juga ada dibincangkan oleh penulis dalam bab ini. Orang Cina masuk ke Tanah Melayu dengan pembiayaan sendiri, melalui Sistem Kangcu, Sistem Tiket Kredit, Sistem Kontrak, dan melalui pengendalian rumah tumpangan. Pada tahun 1933, Peraturan Sekatan Penghijrahan telah dikuatkuasakan bagi menyekat kemasukan imigran lelaki dari negara China kerana masalah nisbah jantina yang tidak seimbang. Hal ini telah mendorong kepada penghijrahan kaum wanita ke Tanah Melayu. Penghijrahan orang India berlaku sejak awal kurun Masihi yang terdiri daripada pedagang, tukang dan sami Buddha, Hindi dan lain-lain. Penulis menyatakan bahawa kerajaan India tidak menggalakkan penghijrahan rakyatnya pada peringkat awal penjajahan British. Namun, apabila perjanjian Inggeris Belanda dimeterai maka ramai banduan India dari Sumatera telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat. Menurut penulis lagi, banduan-banduan ini telah digunakan sebagai buruh untuk membina bangunan dan jalan. Cara kemasukan orang India adalah melalui Sistem Kontrak, Sistem Kangani dan dengan bantuan tabung khas. Selain

daripada penghijrahan buruh-buruh, penulis juga menyatakan bahawa terdapat juga penghijrahan bukan buruh iaitu daripada golongan profesional. Sebab-sebab penghijrahan orang India adalah seperti ekonomi India yang buruk, pengenalan sistem milik tanah, sistem pendidikan moden yang diamalkan di India, bencana alam yang berlaku negara asal, dan galakan serta dasar British di Tanah Melayu. Penulis berpendapat bahawa penghijrahan orang Indonesia ke Tanah Melayu adalah suatu perkara yang biasa dan tidak asing dalam sejarah. Hal demikian kerana adanya persamaan dari segi sosial, ekonomi, agama dan adat di antara Tanah Melayu dengan Indonesia. Sebab-sebab penghijrahan orang Indonesia yang diketengahkan oleh penulis ialah dasar Belanda dan pertambahan jumlah penduduk di Indonesia khususnya di Jawa, keadaan yang aman di Tanah Melayu selepas kedatangan Inggeris, galakan daripada kerajaan, dan peluang-peluang pekerjaan khususnya di sektor ladang getah. Terdapat dua cara kemasukan orang Indonesia iaitu melalui agen yang terdiri daripada agen syarikat dan syeikh-syeikh haji, dan melalui pembiayaan sendiri. Kawasan tumpuan penghijrahan orang Indonesia di negerinegeri Melayu pantai barat ialah Johor, Selangor dan Perak. Bab ini juga menghuraikan tentang kesan daripada penghijrahan dan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh Inggeris di Tanah Melayu. Kesan yang paling menonjol adalah wujudnya lapisan masyarakat berasaskan kaum. Selain itu, penulis juga menyatakan bahawa aktiviti masyarakat lebih mendorong kepada pengelompokan kaum seperti pendidikan, petempatan dan kegiatan ekonomi. Penghijrahan kaum imigran ini telah mewujudkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Secara rumusannya, penulis telah menghuraikan tentang proses dan faktor-faktor penghijrahan oleh kaum Cina, India dan Indonesia. Selain itu, penulis juga menghuraikan kesan-kesan daripada penghijrahan dan dasar-dasar yang telah

diperkenalkan oleh penjajah di Tanah Melayu. Objektif penulisan bab ini adalah untuk menghuraikan bagaimana proses pembentukan masyarakat majmuk di negara ini. Bab ini akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang penghijrahan oleh kaum-kaum imigran, iaitu penduduk dari Indonesia, kaum Cina dan kaum India ke Tanah Melayu. Selain itu, kesan-kesan daripada penghijrahan dan dasar penjajah juga dibincangkan dalam bab ini. Metodologi yang diguna oleh penulis dalam bab ini adalah metodologi sejarah dan kaedah perpustakaan. Penulisan ini disediakan melalui penyelidikan yang rapi dengan menggunakan bahan-bahan rujukan tambahan bagi 2

menambahkan fakta-fakta baru. Kajian dalam bab ini lebih banyak menggunakan sumber buku daripada penulis-penulis lain untuk mendapatkan maklumat atau sumber yang berkaitan. Kebanyakkan bahan-bahan rujukan yang disediakan itu ditulis oleh mereka yang berwibawa dalam bidang masing-masing. Oleh itu, penulis dapat menyediakan satu bentuk penulisan yang baik dan berguna untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar. Hasil penemuan dalam bab ini adalah penulis ini berpendapat bahawa faktor utama yang mendorong kepada penghijrahan oleh ketiga-tiga kaum imigran iaitu penduduk Indonesia, China dan India adalah disebabkan oleh kegiatan ekonomi yang berkembang pesat di Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu telah mendorong kepada penghijrahan orang India. Akibat daripada perkembangan perusahaan ini, pihak British amat memerlukan tenaga buruh bagi perusahaan tersebut. Maka, peluang pekerjaan yang banyak menyebabkan orang India masuk ke Tanah Melayu. Pengeluasan perusahaan melombong bijih timah, permintaan terhadap bijih timah yang semakin bertambah dan kenaikan harga bijih timah di Tanah Melayu telah mendorong kemasukan buruh dari China yang begitu ramai. Perkembangan ekonomi yang berlaku di Tanah Melayu begitu pesat sekali pada abad ke-19 dan 20. Kemasukan buruh-buruh dari luar telah mendorong dan membantu kepada kelancaran dan perkembangan ekonomi. Pihak British amat memerlukan tenaga buruh bagi menggerakkan perusahaan-perusahaan yang terdapat di Tanah Melayu. Permintaan yang bertambah ke atas bijih timah membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong. Seiring dengan itu, semakin banyak buruh diperlukan. Kemasukan imigran-imigran ke Tanah Melayu telah mewujudkan masyarakat majmuk yang pelbagai kaum. Kesan yang nyata akibat daripada migrasi luar adalah dari segi sifat kepelbagaian kaum yang mendiami Tanah Melayu. Tanah Melayu yang sebelum ini hanya didiami oleh kaum bumiputera yang boleh dikatakan dari satu rumpun bangsa, kini telah menjadi tempat kediaman orang Cina, India, Sinhalese dan orang Eurasia yang masing-masing mengamalkan pelbagai budaya dan adat resam serta agama. Terdapat kelebihan dan juga kelemahan dalam bab ini. Kelebihan yang dapat dilihat adalah penulis menerangkan secara terperinci mengenai sejarah awal permulaan perhubungan sesuatu kaum imigran di Tanah Melayu. Sebagai contoh, penulis menghuraikan sejarah awal perhubungan antara Negara China dengan Tanah Melayu. Antara lain kelebihan ialah penulis

telah memberi statistik perkembangan, bancian dan juga pertambahan dari segi jumlah penduduk imigran dan perusahaan serta perlombongan di Tanah Melayu. Penulis juga menyediakan nota kaki dan bibliografi yang agak lengkap untuk memudahkan pembaca mendapatkan bahan-bahan rujukan tambahan yang bersesuaian. Kajian dalam bab ini lebih banyak menggunakan sumber buku daripada penulis-penulis lain untuk mendapatkan maklumat atau sumber yang berkaitan. Kebanyakkan bahan-bahan rujukan yang disediakan itu ditulis oleh mereka yang berwibawa dalam bidang masing-masing. Oleh yang demikian, penulis ini dapat menghasilkan sebuah penulisan yang baik dengan fakta-fakta yang cukup lengkap. Kelemahan dalam bab ini adalah penulis tidak memuatkan bahagian terakhir dalam penulisan iaitu kesimpulan. Bahagian ini penting bagi merumuskan apa yang telah dibincangkan sebelumnya atau dalam bab tersebut agar pembaca dapat mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut. Kesimpulannya, kemasukan imigran dari luar telah meninggalkan kesan yang ketara sekali terhadap negara kita iaitu pembentukan masyarakat majmuk. Masyarakat inilah yang menjadikan negara Malaysia sesuatu yang unik dan mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Dasar yang diperkenalkan oleh penjajah sebenarnya untuk kepentingan ekonomi dan keuntungan penjajah itu sendiri. Kedatangan masyarakat imigran di Tanah Melayu merupakan faktor penting yang menampung keperluan penjajah dari segi tenaga buruh, sama ada di peringkat kurang mahir, separa mahir atau keperluan pentadbiran rendah, serta penyaluran modal bagi golongan pedagang di Negeri-negeri Selat. Kesan yang didapati daripada perkembangan ekonomi di Tanah Melayu dan kemasukan buruh-buruh adalah dari segi perkembangan pembangunan infrastruktur di Tanah Melayu. Sistem perhubungan seperti landasan kereta api dan jalan raya telah memudahkan lagi proses pengangkutan dan kegiatan ekonomi dijalankan. Selain daripada itu, ia juga merapatkan lagi hubungan antara negeri-negeri di Tanah Melayu.

You might also like